Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tuk..tuk..tetiba kedengaran bunyi pintuku diketuk. Pantas ku mengelap air mataku. "Oh, Ira!" jengah mukaku di pintu. "Eh beb ade masalah ke?" sergah Ira sambil melabuh punggungnye ke atas tilam empuk yang baru dikemas. "Ah..nothing la beb,biasa la Zul buat hal lagi...geram aku..ntah pompuan mane call aku suruh aku tinggalkan Zul. Katenye dorang dah couple 2 tahun." Balasku dengan tangan lincah mengemas kertas-kertas yang berterabur atas meja. Baru aku perasan assignment tak siap tapi mengelamun setelah dapat panggilan ntah dari perempuan mane. "Dah la, berapa kali Zul buat ko macam ni beb,tinggalkan jer..lepas belajar nanti ko sure dapat lebih baik daripada jantan tuh.." senyum Ira buat aku tenang. Terngiang-ngiang suara Ira, teman bicara ketika di zaman kolej dulu. "Manalah ko ketika ini ye" kata hati yang merindui teman yang setia di waktu susah dan senang. Sudah 3 tahun tidak kutemui wanita yang cergas dan pintar di kolej dulu. Habis belajar di kolej aku ditempatkan belajar di IPTA manakala Ira terpilih untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Rezeki Ira, cuma sekeping poskad je la yang kudapat ketika 5 bulan pertama Ira di sana. Sibuk mungkin, iye la bidang yang Ira pilih pun bukan calang-calang orang dapat pergi sana.Biasiswa lagi...tuah badan la Ira. Aku ni mengelamun je terkenangkan kawan-kawan..solat Zohor belum ditunaikan jam dah pukul 3 petang. Kejap lagi ada mesyuarat AJK di Foyer Asrama. Sibuknye aku. Inilah angkara nak duduk lama di asrama. Aku pun terlibat dengan benda-benda ni. Senior kate kalau tak aktif kene tendang. Bingkasku bangun ambil wuduk untuk mengerjakan yang wajib. Diharap mendapat ketenangan dunia dan akhirat. ******************************************* Dihujung dewan terlihat kelibat Wan teman sekuliah aku, orang Johor. Pantang bersuara pasti ade je yang tak kene. Kuat complaint. Pasti dalam mesyuarat nanti paling banyak soalan daripada dia. Ah lantak la yang pening Pengerusi. " Woi, Kay!" sergah Mar dengan sebatang keropok lekor ditangan. " Ko ni terkejut aku baru nak melayan perasaan, Mar ko terlibat dalam mesyuarat nanti?" tanyaku bersulam senyum melihat gelagat Mar yang sememangnye kuat makan walaupun ku tau tujuan mereka sama dengan aku. Pertanyaan yang tak perlu di jawab. " yang ko tersengih-sengih kenapa, Kay ?" sampuk Dira dari tadi asyik membelek diari yang tak pernah lekang ditangan. " xde ape la..korang terlibat dengan mesyuarat kan dah jom masuk nanti bising si lidi tu!" sambil menarik tangan Dira ke dewan. " ko ni Kay.."balas si Mar sambil menghabiskan baki lekor ditangan. "sudah...sudah..dah nak mula si Arif dah pandang-pandang tu" sergah si Dira . Perjalanan mesyuarat tak masuk dalam kepala langsung yang aku tahu untuk mengadakan sambutan para Junior yang akan masuk semester depan. Terima je tugas diberi yang penting aku masih diterima dalam asrama ini. " Ko ni asyik mengelamun je Kay..ade masalah ke? Nak kate masalah rumahtangga boyfriend pun xde..masalah belajar..ko boleh tahan aku tengok..cite la beb..kite nak start exam minggu depan kene release semua masalah" Mar berteka-teki melihat teman yang satu dari semalam berdiam durjana. "..minggu ni teman aku gi Mines.." Kay cuba alih topik agar teman-teman ini xdapat menyelam keresahan dalam dirinya. Kekasih yang satu..sungguh sukar untuk dikongsi cerita bersama teman dan keluarga. Hanya Ira suatu ketika dulu mengetahuinya. Bagaimana aku ingin ceritakan..entah la. " la pasal nak ajak kitorang kuar minggu ni..aku ok, ko Dira..jangan cakap abang ko dari Terengganu nak datang.." dengan bingkas Mar setuju. " Eh mane ko tau cik abang aku nak datang..ko baca mesej aku eh?? Tak dapat la Kay, Mar..aku dah janji ngan tunang aku nak balik kampung minggu ni" dengan loghat Pahang Dira berseloroh. " Ish no hal la Dira..Mar ade temankan aku...kan Mar..kan..kan" "..aku xkisah la beb..lagipun kene gak enjoy sebelum exam nih..orang dah bertunang kenelah amik restu..ko balik kampung bile Dira, hari Khamis ko tak de kelas kan?" " Hari Khamis ade kelas sampai pukul 10 then aku gerak la" jawab Dira ringkas sambil berbalas-malas mesej di handphone. ****************************************** Keadaan agak sibuk di stesyen komuter harini. Biasanye hari sabtu ni yang duduk berhampiran pasti pulang ke kampung lagi pula peperiksaan tinggal dua minggu. Macam-macam ragam..si Mar pula tak muncul tiba. "Mmm..xpelah aku beratur beli tiket dulu la.."detik hati sambil melihat ramainye budak-budak seuniversiti aku nak keluar. "..wei Kay sorry, aku gi fakulti hantar assignment En. Azhar.." termengah-mengah Mar dapatkan aku. "..okey..aku ingat ko tak turun..nah tiket.." " ko belanja eh..thanks" usik Mar. Senyumku tanda ia buat Mar. Marliza bukan satu fakulti dengan aku tapi kitorang rapat sebab satu asrama. Kepala boleh tahan..makan kuat..anak tunggal ..orangnye happy selalu bagaikan tiada masalah. Adira orang Pahang baru jer bertunang awal semester tadi, softperson, bijak berbicara..anak sulung dari enam beradik..sesuai jadi penasihat kitorang kalau ade masalah. " Kay, ko planning ape nak datang sini?" "Saje jalan-jalan Mar..kite gi makan dulu nak?" Aku dan Mar pun melangkah masuk Mc’Donald..mudah..cepat..tak payah fikir nak makan lauk ape. Orang muda memang macam nih, fastfood jadi pilihan. " Kite tengok wayang nak lepas nih..ape ek menarik? Mar mulakan bicara setelah asyik menikmati hidangan pilihan. " ok..ok.."aku pasti setuju sebab nak release tension punye pasal. " Assalamualaikum, Kasih Amanda kan?" " Yup..Waalaikumsalam" balasku ringkas dengan mata terbeliak memandang tubuh sasa didepanku. " Hei Ashraf la...Kasih tak ingat lagi ker? Kenalkan Azim kawan Ash...Kasih belajar mane sekarang? Lain Kasih sekarang nyaris Ash perasan lesung pipit tu" bingkas Ashraf melihat renungan confuse aku. "Hmm..hmmm" dehem Mar menghentikan lamunan aku. " Sorry...sorry. Ni Intan Marliza. Mar ni Ashraf and ni..." sambil menunding jari kat mamat berkaca mata belakang Ashraf. " Aku dah dengar la nama dia Azim. Jom duduk sekali." sangkal Mar terus. Planning nak tengok wayang tak menjadi setelah jumpa Iqbal Ashraf. Lelaki yang menjadi teman bermain ketika kecil di laman rumah lama. Teringat zaman kanak-kanak. Aku, along, kak Ngah, Ashraf, kak Roza n beberapa budak-budak kampung sungguh happening selagi ibu tak jerit balik untuk mandi selagi tu kami bermain. Senyumku sepanjang pulang ke asrama tak hilang sambil bercerita dengan Mar zaman kanak-kanak kami. Kenangan itu sehinggalah abah ditukarkan setelah naik pangkat ke Felda Ramun, Kota TInggi. ******************************************* Pertemuan hari itu tak abis begitu sahaja diteruskan dengan bertukar nombor telefon dan e-mail. Hari berganti hari..minggu berganti minggu. Cuti semester bermula, tahun depan aku tahun akhir masuk tahun keempat jurusan Engineering Mechanical. Akhirnya penantian bakal berakhir dan aku bakal genggam segulung ijazah mengikut jejak langkah Along dan kak Ngah. Kisah terserempak dengan Ashraf ku cerita kepada kekandaku. Bile bersua sekali-sekala bagai riuh rumah ibu. Kami adik-beradik sangat rapat tapi jarang berjumpa. Along kini bekerja di Paka, Terengganu manakala kak Ngah di Sarawak. Kirana dan Awiz pula tinggal di asrama Sekolah Menengah Sains Muar. Kebetulan mereka semua cuti untuk saja berkumpul adik-beradik kata Along dan Kak Ngah memandangkan cuti sekolah dan aku cuti semester. Ibu la paling bahagia. Pelbagai hidangan disediakan menjamu tekak anak-anak yang pulang. Abah seperti biasa keluar pagi balik lewat petang menghabiskan sisa kerja yang tinggal 4 tahun sebelum pencen. Kirana Asyikin dan Awiz Kelana adik kembar aku setelah 6 tahun aku menjadi bongsu lahir la mereka. Walaupun aku kekok menerima sekaligus 2 adik tapi bila sudah besar sedikit sebanyak kebahagian memiliki adik amat bermakna sebab ramai orang berkata aku bertuah miliki abang,kakak,adik lelaki dan adik perempuan. Pelbagai cerita kami kongsi sehingga tiada rahsia pada kami adik-beradik. Kalau bergaduh pun sekejap kerana ibu pandai ambil hati kami supaya berbaik. Awiz ade girlfriend menjadikan perbualan kami menjadi lebih hangat sehingga tak sedar abah panggil solat Maghrib berjemaah. Sudah pandai bercinta Awiz, sekejap masa berlalu makin membesar tapi Along dengan kak Ngah belum kahwin lagi. Kesian ibu ngan abah berbuih cakap pasal mereka sampai abah kenalkan kak Ngah dengan engineer tempat abah kerja. Selesai solat berjemaah kami makan bersama. Disini la meja kami mengutara apa saja yang kami ingini, cakap apa saja ibu dan abah jadi penasihat. " Abah.. ibu flight angah esok pukul 10 pagi tau..nanti Along hantar kat airport ye." pesan kak Ngah walaupun kelmarin dia dah ingatkan pada ibu. " Eh! Abah ingat cuti seminggu, ni balik awal ade orang tunggu kat sana ker?" seloroh En. Rahim sambil menjeling Pn. Azura, ibu kepada anak-anaknye. "..abah..kite banyak kerja la. Bile dapat tukar sini kite bincang hal ni ye abah" jawab kak Ngah sopan. " Abah bukan ape Along..Angah..abah makin tua..nanti si Kasih pula yang langkah bendul. Semalam kawan lama abah di Perak ade call abah. Korang kenalkan pakcik Mustafa, sebelah rumah kite dulu.."sampuk ibu. Aqil Qusyairi dan Kamila Amira tersenyum-senyum. Mereka sudah tahu pertemuan Iqbal Ashraf dan Kasih Amanda sebulan yang lalu. Kini along dan kak Ngah pun sudah mula berhubung dengan kak Roza serta beberapa teman sekampung melalui Iqbal Ashraf. " Ape Along pandang-pandang nih..kawan abah call tanya khabar ibu ngan abah la" "...Along tak cakap ape-ape pun.." "Ish kamu ni along, sakat adik buat ape..mereka jemput datang kenduri kawin la" pintas ibu. "..ooooooooo.." serentak kami berlima. Ashraf Iqbal ker kahwin. Tak sabar la tuh. Apa aku peduli kalau die yang kawin. Aritu Ashraf ade uar-uar nak hantar rombongan meminang tapi aku tolak memandangkan hati masih sayang dan cinta pada Zulkifli bin Hamidi. Penolakanku dengan alasan masih nak cari yang terbaik selepas tamat belajar kelak. Ashraf faham dan katanya akan tunggu dan lihat.
Selesai Solat Isya’ macam biasa berkumpul adik-beradik ape lagi topik menyakat Kasih Amanda lagipun esok kak Ngah dah pulang Sarawak. Awiz dan Along mengadap PS2, ini la peluang Awiz untuk main kalau tidak abah tak bagi memandangkan SPM makin hampir. Kirana agak pendiam ikut perangai ibu tapi bila suruh berpidato dia paling lantang, juara seluruh Johor manakala Awiz lebih cenderung bidang Matematik. Orang kata lelaki memang cerdas dalam Matematik. Aku bersyukur dapat keluarga bahagia macam ini. Tapi masalah aku yang satu tidak pernah aku bercerita pada sesiapa hanya Dira insan yang pernah menjadi telingaku di zaman Kolej. Sudah lupa ke Zul pada ku? Walau ape dugaan kami bercinta kini ku masih tunggu dia di Tanah Air ini. Perlu ke aku tunggu atau biar dilepaskan tali yang kusimpul rapi dengan kesabaran yang ada. Zulkifli, insan pertama yang kucintai kini berada di negara orang menjalankan tugas ayahnye. Hampir 2 tahun tanpa berita antara aku dan dia. Perkenalan kami sejak dibangku sekolah terjalin dengan pertemuan tanpa dirancang setiap hari menaiki bas yang sama. Akhirnya, kami bercinta. Orang kate cinta zaman sekolah cinta monyet tapi kesetiaan aku sehingga kini. Hampir 7 tahun kami berkawan, tamat sekolah kami jarang berjumpa sehingga dia dihantar ayahnye ke Arab untuk menjaga projek di sana. Bagaimana boleh ku terima Ashraf sedangkan perasaan kasih dan sayang masih ada pada Zul?
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
okayy gak nih!
nampak matang