Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Diperhatikannya sekali sekelilingnya untuk memastikan tiada orang yang bakal melihat apa yang bakal dibuatnya nanti. Setelah pasti merasakan kesemua pengunjung tasik sibuk dengan aktiviti mereka, dia mengemaskan baju dan seluarnya. Berdandanan sambil bercerminkan bayangnya sendiri di dalam tasik. Setelah dia berpuas hati dan menarik nafas panjang dia memulakan langkahnya.
Sasarannya adalah seorang wanita yang sedang enak beristirehat di atas sebuah kerusi. Sesekali dia minum air dari botol mineral yang dibawanya untuk menghilangkan keletihan agaknya sudah beberapa pusingan gadis itu berlari, dia sendiri tidak pasti. Diaturnya langkahnya perlahan merapati gadis itu, sedang fikirannya merangka-rangka apa yang bakal dikatakan kepada gadis itu nanti.
Semakin dia menghampiri degupan jantungnya semakin laju, malah dia pasti dia hampir dapat mendengar degupan jantungnya itu disebabkan gugupnya yang tidak menentu. Sesekali langkahnya terhenti kerana gusar dengan tindakannya itu namun setelah meyakinkan dirinya sendiri dia kembali meneruskan perjalanan. Gadis itu sudah pun menyedari kehadirannya dan pandangan tepat gadis itu membuatkan dia hampir pitam, namun digagahinya juga untuk diteruskan.
Kini mereka sudah hampir berhadapan, dia cuba memberikan senyuman namun agak kekok. Fikirannya menerawang memikirkan aksi-aksi filem yang pernah ditontonnya sambil cuba meniru gaya tetapi kejanggalannya jelas kelihatan. Diangkatnya tangan sambil mulutnya mula menyusun kata.
"Assalamualaikum… cik, cik, cikgu…." dan akhirnya dia tewas juga. Terus dia berjalan sambil tangannya diangkatkan. Menegur entah siapa di belakang, yang pasti gadis itu tahu bukan dirinya. Malah gadis itu sendiri turut berpaling mencari orang yang ditegur Razak sebelum Razak akhirnya hilang dari pandangannya.
Setelah pasti gadis itu tidak lagi melihatnya,Razak menghembuskan nafas kelegaan. Dia melangkah menyusuri tasik sambil memerhatikan pengunjung yang seronok bermain bersama keluarga dan pasangan masing-masing. Gelak tawa mereka sesekali mengejutkan beberapa merpati yang terbang rendah mencari makan. Cemburu dengan kebahagiaan mereka Razak mencapai seketul batu dan melemparkan jauh ke tengah tasik. Mengenang akan hidupnya yang tidak pernah berteman membuatkan dia mengeluh sendirian.
Petang itu, dia kembali menghuni tasik itu kesepian dan keseorangan. Dia tidak lagi pasti akan tujuannya ke situ, sedangkan dia tahu hatinya akan sakit melihat pasangan-pasangan yang berjalan dan beriadah bersama mengisi kekosongan di waktu petang. Ingin dicari pasangan di situ tapi dia sendiri tidak mengetahui caranya. Malah ada di antara pasangan itu yang jauh lebih muda dari membuatkan dia malu sendirian.
Tidak kerana dia sombong mahupun dia seorang yang anti perempuan, cuma perasaan malunya yang terlalu menebal menyebabkan dia sering mengelak diri dari berurusan dengan perempuan, apatah lagi untuk mencari pasangan. Entah di mana silapnya dia sendiri tidak tahu. Jangankan bercakap, bertentang mata sahaja sudah cukup untuk membuatkan dirinya berpeluh dingin. Seringkali dia nyaris terlanggar tiang akibat berjalan sambil tunduk menekur jalan. Mujur setakat ini, dia mengajar di sekolah khusus untuk pelajar lelaki. Meskipun ada guru wanita kesemuanya jauh lebih tua dari dirinya dan sudahpun berumahtangga.
"Belum sampai masa lagi agaknya, jodoh tu kan ketentuan Tuhan" itu yang selalu difikirkan untuk menyedapkan hatinya sendiri. Ingin diadu pada siapa dia sendiri tidak tahu. Ingin ditanya pada rakan sekerja di sekolah takut dirinya diketawakan. Umur sudah 20 lebih baru terasa ingin mencari pasangan. Sudah beberapa kali dirinya diusik rakan sekerja akibat tidak pernah berpasangan terutama dari penolong kanannya, Cikgu Ismail yang sudahpun beristeri tiga.
Berkali-kali mereka cuba menjodohkan dia, tetapi dia menolak. Malu rasanya meminta pertolongan dalam perkara sebegitu. Terasa bagai mereka mempermainkan dirinya dan sudahnya dia memendam perasaan sendiri. Hanya di tasik ini dia meluahkan perasaan malah sudah beberapa kali dicubanya untuk menegur wanita-wanita yang ditemuinya di sini namun dia gagal menuturkan kata. Jauh di sudut hatinya dia mengharapkan mereka yang menegur dirinya terlebih dahulu kerana ingin berkenalan dengan dirinya tapi dia lebih tahu itu tidak lebih dari khayalannya semata-mata.
Lamunannya terhenti apabila dia melihat seorang gadis genit berlari keseorangan menuju ke arahnya. Sekali lagi dia ingin cuba menegur, sekurang-kurangnya bercakap sepatah dua dengan gadis itu. Tapi apa yang hendak dikatanya? Hendak bertanya cuaca? Ah, cuaca sentiasa cerah sekarang ini. Hendak dipuji orangnya? Dia sendiri yang akan berasa malu. Atau menggunakan cara lama, bertanyakan waktu? Mana hendak disembunyikan jam tangannya pula.
Makin difikirkan dia merasakan dirinya makin gugup sedangkan gadis itu semakin menghampiri dan dalam beberapa saat lagi akan melewati dirinya. Mulutnya terkumat kamit membaca doa untuk mendapatkan keberanian sedangkan jantungnya yang sudah tenang kembali berdegup laju. Matanya menatap gadis itu, mulut perlahan dibuka tetapi tiada suara yang kedengaran. Akhirnya dia tewas sebaik gadis itu menguntum senyuman. Razak hanya tunduk sambil gadis itu terus berlalu pergi meninggalkan dirinya mengeluh kehampaan. Menyedari dirinya sudah tewas Razak melangkah menuju ke pintu keluar tasik, mendapatkan keretanya dan terus berlalu pergi.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hehehe...
teruskan...
cam besh je nie....