BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, November 26, 2009
Novel : Jiranku Kekasihku 15
Nama Pena : Mel Mellisa

Setelah dua hari aku duduk berkurung di rumah kerana dilanda demam, akhirnya aku kembali bekerja. Walaupun esoknya aku dah cuti semula (hari minggu) semangat nak kerja tu tetap ada. Malaysia Boleh! Aku Boleh! Nak jadi pekerja yang rajin dan berdisiplin kononnya. Opss…hari ini aku pergi kerja tumpang kereta abang. Sebabnya? Aku tiada kereta. Kenapa? Sebabnya kereta aku sudah dua hari ditinggalkan di Hospital. Kesian kereta aku tu. Berpanas dan berembun. Bersendirian tanpa aku di sisi. Cewah! Tapi, takpe. Esok, aku mandikan lah dia. Bukan kotor sangat pun. Cuma berdebu sedikit. Aku menguis daun-daun kering yang jatuh berguguran di atas bumbung keretaku. Aku mengusap-usap kereta kesayanganku sambil bercakap-cakap dengannya macam orang gila.

"Sudah-sudahlah tu telek kereta. Dah pukul berapa ni?"
Tegurnya sambil mengunjukkan jam tangan Rolexnya padaku. Aku mengangkat kening padanya. Rupanya dia menunggu aku tadi. Ish, buat apalah nak tunggu aku ni. Nak masuk, pergilah masuk dulu. Nak tunggu aku pulak cik abang aku ni.

"Kenapa tak masuk dulu?"
Kataku ketika kami berjalan seiringan masuk ke pintu utama Hospital. Aku mengangkat tangan pada beberapa orang kakitangan yang menegur kami. Sempat lagi Nazifa, seorang juru x-ray Hospital ini mengenyit mata padaku dan melayangkan jari telunjuknya padaku. Aku hanya tersenyum saja. Selanjutnya, aku mengerling ke wajahnya yang tersenyum sinis.

"abang takut ada orang tu kena masuk Tanjung Rambutan sebab bercakap dengan kereta. Karang bila ada orang nampak, dikatanya Faiz gila. Nanti abang juga yang susah terpaksa keluarkan Faiz dari Tanjung Rambutan tu. Bukan senang tau."
Selamba saja jawapan yang terpacul dari mulutnya. Aku membeliakkan mataku padanya yang ketawa kecil. Ringan saja tangan aku melepuk lengannya. Ambik!

"Jahat. Padan muka!"
Tukasku sambil menunjukkan ibu jariku padanya. Dia tersengih suka. Aku juga tersenyum sambil menjelingnya lagi. Sakit hati!

"Dr. Sharizal"
Langkah kami terhenti. Tina a.k.a gegedik sudah berdiri di depan kami. Dia ni lagi! Menyibuk je! Haih…meluatnya aku tengok muka dia tu. Sakit hati. Peristiwa beberapa hari lepas kembali terlayar di ingatan bila ternampakkan dia. Tiba-tiba hati aku jadi sakit bila mrngingat tentang kejadian itu. Aku memandang ke mukanya tapi dia tidak memandang ke mukaku sebaliknya menghalakan pandangannya kepada abang sayang aku ni. Pagi-pagi dah nak kacau. Ish! Ganggu emosi aku saja! Huh…

"Ye Tina. Ada apa?"
Soal abang pada Tina. Tina terus mengambil tempat di sebelah abang sambil menghulurkan sekeping fail. Dia tidak menghiraukan aku yang tegak berdiri di sebelah doctor dia ni. Menyampahnya aku dia duduk dekat-dekat dengan abang. Aku rasa macam nak tarik saja tubuh Tina menjauhinya. Aku tak suka dia terlalu dekat dengan abang. Aku cemburu! Memang aku cemburu sekarang! Aktiviti gedik menggedik sudah bermula bila dia mendekatkan lagi jaraknya dengan tubuh abang. Eii…geramnya! Apa yang lebih menggeramkan aku ialah si Tina boleh tersenyum jahat dengan aku sambil menjeling tajam ala-ala perempuan sihir ke muka aku! Dasar nenek kebayan! Eii…ni yang aku tak boleh tahan ni. Mendidih je darah aku ni. Jantung aku dah berdegup laju menahan api kemarahan yang bakal menyala kalau tidak dikawal. Sabar Faiza. Sabar. Aku menyabarkan diri sendiri. Cuba untuk mengawal diri supaya tidak bertindak keterlaluan. Yang cik abang aku ni, buat derk je dengan aku yang masih berdiri kat sebelah dia tu. Dia layankan saja si Tina. Kecik hati aku.

"Abang, Faiz pergi dulu ye. Dah lambat"
Kataku akhirnya kerana tidak tahan melihat kelakuan Tina yang menjelikkan. Aku mengepal penumbuk di belakang badan. Kalau aku tak sabar, memang dah kena debik si Tina ni. Dia belum tahu silat cekak aku kalau dah keluar karang, ada yang masuk ICU nanti. Tina tersenyum mengejek padaku. Menyirapnya darah aku ni. Aduh…sabarkanlah hati hambaMu ini Ya Allah…

"Ok. Nanti rehat kita jumpa ya"
Aku mengangguk saja dan terus berlalu meninggalkan mereka berdua dengan perasaan yang mendongkol. Baik-baik aku dah sihat sekarang ni terus jatuh sakit semula bila melihatkan kelakuan memualkan dari Tina. Hew…geram!

………………..

Aku berjalan sepantas yang mungkin menuju ke tempat kerjaku sehingga telah melanggar tubuh Dr. Azri. Tubuhnya terdorong ke belakang sedikit akibat dari pelanggaran tak disengajakan tadi. Semua barang yang dipegang terus berterabur jatuh ke lantai. Tak sangka, dia melatah rupanya. Nampak macho tapi melatah. Rasa nak tergelak pulak aku tapi tak kena dengan masanya untuk aku aku tergelak dengan latahnya.

"Sorry, doc. Saya tak sengaja"
Kataku sambil membantu mengambil barangnya yang berterabur di lantai dan menghulurkan padanya semula. Aku lihat raut wajahnya berkerut.

"Kenapa ni, Faiza? Nampak kelam kabut saja?"
Dia bertanya setelah barangnya yang aku kutip tadi telah berada di tangannya. Aku tersenyum nipis. Nan busybody pulak Mat Penang ni. Bisik aku dalam hati.

"Errr…takde apa-apa."
Jawabku pendek.

"Awak dah ok ke ni?"
Dia bertanya lagi sambil memicing matanya ke mukaku. Nampak macam dia tengah x-ray muka aku ni.

"Tadi dah ok, sekarang ni rasa nak demam lagi"
Kataku dan terus berlalu meninggalkannnya terpinga-pinga di situ. Dia menjerit-jerit memanggil namaku. Ah..aku dah tak peduli. Mood aku dah lari sekarang ni. Daripada bersemangat nak datang kerja terus down separuh semangat tu. Ni semua gara-gara si Tina gedik! Aku menyampah tengok muka dia! Menyampah! Aku menjerit geram di dalam hati.

…………………

"Pehal kau ni monyok macam tempe basi ni?"
Ellin menegur dari luar. Aku tengok dia dengan muka yang serabut sambil memegang topi kledar kokak dan togel berwarna biru cair yang telah pudar warnanya. Dengan rambut yang terbang mengerbang tak disanggul seperti selalu. Muka pun berpeluh-peluh. Kelihatannya dia seperti baru berlari pula bila termengah-mengah menagambil nafas. Aku kerutkan dahi. Budak ni naik motor ke? Mana kereta Honda Jazz kebanggaan dia tu?

"Yang kau menjingjing topi kledar kokak ni kenapa? Kau naik motor ke? Kereta kau mana?"
Aku tidak menjawab pertanyaannya sebalik aku pula yang menyaolnya semula berikutan penampilan peliknya hari ini. Memang pelik. Pelik tapi benar.

"Aduh…penat gila aku Faiz. Adoyai…"
Ellin mengeluh tatkala kakinya melangkah masuk ke dalam menuju ke stor belakang untuk meletakkan topi kledarnya. Aku hanya memerhatikannya. Dia kembali semula ke depan dan menghenyakkan punggung di kerusi. Mencapai sekeping kertas A4 di atas meja dan melipatnya dua. Kertas itu dikibaskan ke mukanya. Menghilangkan rasa tidak selesa dengan haba panas yang masih melingkarinya kesegenap tubuh. Bajunya juga sedikit basah kerana berpeluh.

"Kenapa lambat, Lin? Kau bawak motor ke? Kereta kau mana?"
Soalku lagi dengan perasaan pelik yang memintal-mintal di otakku. Dia tidak menjawab lagi pertanyaanku sebaliknya hanya bernafas tercungap-cungap. Kertas yang menjadi kipas mukanya itu sudah renyuk seribu aku tengok. Selepas itu, dia mencapai lagi beberapa keping kertas A4 dan seperti tadi melipatnya dua dan dikibaskan ke dirinya pula. Aku hanya memerhati dan diam menanti jawapannya. Kisah aku tengah marahkan si Tina berkubur begitu saja.

"Adoyai, Faiz. Kau tau, kereta aku tu boleh buat hal kat tengah jalan. Aku tak taulah macam mana enjin boleh mati. Start banyak kali pun tak mahu hidup. Entah mana silapnya pun aku tak tau. Aduh…"
Ujarnya. Tangannya masih lagi mengipas dirinya yang berpeluh. Baju kurung yang dipakainya juga turut dikibaskan. Menghalau haba panas dari tubuhnya yang langsing. Air-cond yang terpasang dans sedia sejuk itu tidak mampu untuk menyejukkan dirinya.

"Macam mana boleh mati pulak? Kau tak check ke enjin kereta kau tu?"
Aku bertanya lagi. Pelik juga. Selalu Ellin orang yang sangat teliti soal kereta Honda Jazznya itu. Macam mana enjin boleh mati dan tak hidup.

"Aku pun tak taulah, Faiz. Nasib baik workshop dekat je. Diorang pun datang bantu tadi. Hmm..nasib baik dia bagi aku pinjam motor kapchai dia tu. Kalau tak, lagi lambat aku"
Aku hampir nak tergelak bila Ellin kata dia naik motor kapchai. Ye ke? Tak dapat aku bayangkan dia bawak motor macam tu dengan pakai baju kurung, heels sampai 3 inci. Topi kledar pun togel dan kokak macam tu. Mesti poyo muka dia yang cantik tu. Hei, kelakar pulak.

"Kau bawak motor kapchai, Lin?"
Aku bertanya bagaikan tidak percaya. Ellin mengangguk perlahan. Terus meletus tawa aku selepas itu. Macam nak terguling saja dilantai bila aku bayangkan rupanya membawa motor kapchai dan diserikan lagi dengan memakai topi kledar togel dan kokak macam tu. Haha...

"Habis tu, dah terlambat. Tak kisahlah naik motor kapchai pun, kapchailah. Takde aku kisah. Asalkan aku sampai tempat kerja. Kau ni! Gelak pulak! Hah..Gelak?!"
Di a memukul aku dengan kertas yang dijadikan sebagai kipas mukanya ke lengan aku. Marah kerana aku gelakkan dia gila-gila. Dia merengus-rengus dan merungut-rungut. Menjeling tidak puas hati ke arahku. Haha…aku gelengkan kepala beberapa kali.

"Ha,yang kau tadi pehal muncung sedepa je aku tengok? Dah macam apa tah muncung kau panjangnya tadi"
Dia menarik muncung bibir aku sampai tubuh aku ikut sekali ke depan. Kurang asam betul budak ni. Aku menepis jarinya yang sesedap rasa menarik muncung aku tadi. Dia ketawakan aku pulak.

"Aku geram dengan si Tina lah"
Kataku sedikit kasar. Dah mulalah darah aku nak menggelegak semula. Ellin ni spoilt betullah. Baik-baik aku dah lupakan dia boleh tanya pulak. Ni yang angin puting beliung aku nak sampai ni.

"Pehal dengan minah gedik tu? Dia warning kau lagi ke?"
Ellin bertanya dengan kerutan di dahi. Sebelum ini aku ada menceritakan pada Ellin mengenai Tina yang ‘menyerang’ aku beberapa hari lepas.

"Dia tak warning tapi dia menggedik dengan cik abang aku tu. Eii..geramnya aku."
Aku meluahkan kegeraman pada Ellin. Tiba-tiba aku jadi geram semula. Aku dapat rasakan hidung aku kembang kempis semula. Kertas yang ada ditangan aku renyuk-renyukkan dan aku campakkan ke tepi. Aku bayangkan kertas yang direnyukkan itu muka si Tina.

"Kau jangan layan sangat si Tina tu. Dia sebenarnya dah gila meroyan tau tak. Perasan lebih. Takde faedahnya kau geramkan dia tu. Dia memang macam tu. Ha, sekarang ni, lebih baik kau buat kerja kau. Kau tak nampak orang dah ramai tunggu nak ambik ubat tu"
Ellin menunjukkan jari telunjuknya yang runcing itu ke luar. Ha’ah lah. Dah ramai yang tunggu. Ada yang dah berkerut-kerut mukanya. Ada yang marah-marah. Ish, aku ni. Apalah nak fikir pasal Tina pulak. Nanti disebabkan Tina, rosak terus reputasi kerja aku. Kata nak jadi pekerja yang berhemah. Baik aku buat kerja aku seperti yang Ellin cakap. Ada juga faedahnya. Nak sakit hati dengan Tina pun buang Karen saja. Nanti, rosak terus mood aku pagi-pagi yang indah ini.

…………………

Seperti yang dijanjikan, kami keluar rehat bersama. Kami memilih untuk makan di luar. Bukan di kantin Hospital. Dia nakkan privacy kononnya. Ada juga aku mengajak Ellin tapi dia menolak kerana tiada mood untuk makan. Sebab? Dia risaukan keretanya yang rosak tu sampai nak makan pun tak berselera. Kesian dia. Sudahnya, dia terus ke surau. Hajatnya untuk melelapkan mata sebentar sebelum menunaikan solat. Hai, kereta rosak masih boleh tidur? Makan tak mahu pula. Ish…apalah Lin ni.

Aku memesan makanan kegemaran aku iaitu Nasi ayam dan air sirap limau sementara dia memesan Nasi Goreng Ayam dan air suam. Bila aku tanya kenapa dia memesan air suam dan bukannya air lain? Jawapannya dia memang suka minum air suam dan tak suka minum air manis. Nak jaga kesihatan katanya. Aku mencebikkan bibir. Habis tu kat kantin Hospital tu selalu minum air kopi tu apa? Air kopi lagi banyak kaffein dan manis pulak tu. Dia hanya mengulumkan senyuman saja.

"Dah bagitahu mak ke belum pasal kita?"
Soalnya ketika kami selesai menjamu selera. Aku mengangkat kening. Hati aku tiba-tiba diburu resah bila persoalan itu timbul dari celahan bibir merahnya.

"Belum"
Balasku pendek dan menggelengkan kepala. Air sirap limau yang masih bersisa aku sedut sampai habis. Sengaja aku tidak pandang ke mukanya. Apa reaksinya bila aku berkata begitu?

"Bila nak bagitahu?"
Dia meneruskan pertanyaannya. Aku mengulum bibir dan mendongakkan muka memandangnya. Teragak-agak.

"Err…nantilah. Faiz belum fikirkan lagi"
Jawapan aku itu mengundang rasa tidak selesa padanya. Dia mengeluh dan menyandarkan diri di kerusi. Kedua-dua tangannya disilangkan dan diletakkan dibelakang kepala. Aku menelan liur bila melihat wajahnya berubah serius. Aik? Kenapa ni?

"Kadang-kadang abang rasa, Faiz macam tak beriya-iya bila abang bangkitkan perkara ni. Faiz macam tak serius dan tak kisah saja abang tengok. Main-main. Macam abang saja yang terhegeh-hegeh. Faiz langsung takde respons. Abang bosan tau tak?"
Tiba-tiba dia marah. Macam nak bercantum kening aku ni bila dengar bait-bait katanya tu. Sedapnya kata aku tak seruis dan main-main. Dia ingat aku boleh lelapkan mata ke bila fikirkan soal ni? Macam-macam yang aku fikir dia tak tahu. Dah mulalah aku tak senang duduk. Punggung pun rasa panas. Geramnya aku! Hei, kau tau tak kau tu bukan anak orang biasa? Kau tau tak sebab kau tu anak raja, keluarga diraja buatkan otak aku serabut bila fikirkan pasal ni? Kau tau tak aku takut bila fikirkan penerimaan keluarga kau kat aku? Kau tak tak? Ingin saja aku luahkan perkataan itu padanya.

"Sampai hati abang cakap Faiz macam tu. Abang tau tak Faiz tak tidur malam bila fikirkan perkara ni? Sebab selalu fikirlah tu sampai Faiz jatuh sakit sampai dua hari? Abang tau tak?"
Balasku tenang dengan suara yang mendatar disertai dengan keluhan halus. Aku memicit kepala aku yang tiba-tiba berdenyut. Perkara biasa yang terjadi setiap kali aku sedang runsing.
Aku kecil hati dengannya sebab menuduh aku tak serius dan main-main. Dah lah aku kecil hati dengan dia pagi tadi. Ish! Geramnya! Aku tumbuk muka dia yang handsome tu karang baru tahu! Tukas aku dalam hati saja. Aku pandang ke mukanya yang berubah menjadi serba salah. Tau pun kau nak serba salah! Kutuk aku lagi dalam hati.

"Ok, maafkan abang. Abang tak bermaksud nak kata begitu. I’m sorry ok…abang…"

"Kalau abang dah bosan dengan Faiz, dah menyampah nak layan kerenah Faiz, baik kita putus saja"
Entah mengapa, perkataan itu yang terbit dari celahan bibir aku. Aku kecewa dengannya sebenarnya kerana menganggap aku tidak serius dan main-main. Aku juga kecewa bila setiap kali perkara ini dibincangkan, pasti kami akan bertikam lidah.

"No!"
Jeritnya kuat. Bergema satu restoren itu mendengar suara jeritannya yang tiba-tiba. Aku sendiri tersentak. Orang ramai yang sedang menjamu selera tiba-tiba terhenti pergerakan masing-masing. Mata mereka tertumpu ke arah meja kami. Aku jadi malu pula bila kami jadi tumpuan. Dia merenung tajam ke mukaku.

"Ada apa-apa ke encik?"
Seorang budak pelayan restoren datang menghampiri meja kami.

"Nothing. Takde apa-apa,"
Balasnya perlahan. Budak pelayan itu beredar selepas itu. Aku dengar abang mendengus kasar. Mukanya diraup dengan kedua-dua tapak tangannya.

"Sayang, please…jangan cakap macam tu. Abang tak suka Faiz cakap macam tu. You know how much I love you?"
Suaranya sudah mula mengendur. Aku hanya diam. Menundukkan wajah memandang meja. Dah mulalah air mata aku ni nak turun. Semenjak dua menjak ni, mudah saja airmata aku ni nak turun. Dulu tak macam ni. Sekarang saja dia buat perangai pulak. Ish…ni semua pasal manusia kat depan aku nilah!

" Abang tak bermaksud nak marah Faiz macam tu. Abang cuma risau kalau Faiz akan tinggalkan abang. Itu saja. Sebab tu, abang nak segerakan perkahwinan kita sebab abang tak mahu kehilangan Faiz. I love you so much. Abang paling takut kalau Faiz tinggalkan abang."
Aku terkedu mendengar luahan isi hatinya terhadapku. Tak sangka kata-kata itu yangkeluar dari mulutnya. Kepala yang tertunduk memandang meja segera aku angkat. Pandangan mata aku dan dia bertaut. Dapat aku rasakan sinaran matanya yang penuh dengan cinta yang bernyala-nyala. Seketika, aku seakan terpukau dengan sinaran cinta dari matanya. Kami terkaku begitu. Kerana tidak tahan menahan getaran hebat yang menampar dada, aku akhirnya memutuskan pandangan kami dan memandang ke arah lain.

"Abang tak sanggup nak berpisah dengan Faiz. Sudahlah abang penat-penat nak mengayat Faiz, nak pikat Faiz ni, tiba-tiba nak putus? Faiz nak putus dengan abang macam tu je? Sebab benda ni?"
Dia menduga. Aku terdiam mendengar ayat itu darinya. Kepala aku tundukkan lagi memandang ke meja yang beralas merah hati ini. Kedengaran agak lucu juga bila dia mengatakan dia penat-penat mengayat aku. Yeke macam tu? Aku rasa macam mahu ketawa saja. Tapi, aku tak boleh ketawa. Aku mesti kena serius. Sebenarnya, aku pun tak sanggup juga nak berpisah dengannya. Perasaan sayang padanya semakin hari semakin menebal. Takkan semudah itu aku nak minta putus. Mulut ni pun! Celupar sangat! Kalau dia betul-betul nak putus macam mana? Haru biru gelap gelita hidup aku ni. Aku tak sanggup lagi nak hadapi episod duka lagi. Cukup-cukuplah aku menderita selama ini.

"Pandang muka abang, Faiz. Jangan asyik tunduk saja. Please…"
Pintanya perlahan. Dia mengintai kemukaku yang menunduk. Macam nak ketawa aku bila dia mengintai sehingga kepalanya mencecah meja. Perasaan nak ketawa terpaksa aku tahan-tahan dahulu. Akhirnya aku angkat juga muka bila tengok dia beriya-iya mengintai ke mukaku yang semakin lama semakin menunduk. Macam resmi padi. Makin berisi makin menunduk! Aku pandang ke mukanya. Bersahaja. Dia merenung ke mataku. Sekali lagi aku seakan terpukau oleh panahan asmara melalui matanya yang berwarna coklat tu.

"Faiz tak mungkin tinggalkan abang. Apa yang Faiz takutkan abang yang tinggalkan Faiz"
Luahku pula setelah lama bertatapan mata dengannya. Malu dan tidak selesa bila ditenung sebegitu.

"Dah berapa kali abang cakap kan, abang takkan tinggalkan Faiz"
Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali dan cuba mencapai tanganku tapi pantas aku menariknya. Tak manis kalau dipandang orang. Dia mengerti tindakan aku. Dia menarik semula tangannya dan disatukan kedua-duanya. Seketika, kami diam tanpa bicara.

"Abang bukan orang biasa."
Tuturku perlahan. Menggigit-gigit bibir. Mataku merenung matanya.

"Habis tu, kalau bukan orang biasa abang ni apa? Robot? Cicakman? Superman? Keluang Man? Transformers?"
Soalnya dengan membeliakkan bola mata coklatnya. Entah kenapa kali ini, aku boleh tergelak bila mendengar jawapannya begitu. Nak buat lawak pulak. Tak kena tempat tau tak? Transformers? Macam perli aku je gamaknya. Macam dia tak tahu Transformers adalah filem kegemaran aku. Aku menjelingnya.

"Taklah. Maksud Faiz, abang ni bukan orang biasa macam Faiz. Faiz ni hanya orang kampong saja. Sedangkan abang tu, anak raja"
Balasku pula. Merendah diri kononnya.

"Raja mana? Rajachulan? Raja Kapor? Rajagopal,? Rajawali? Raja Bersiong?"
Cepat dia membalas sambil tersengih. Nak pura-pura tak tau pulak. Aku menggetap bibir. Pantas saja tanganku menghadiahkan satu tamparan hinggap dilengannya.

"Mengada-ngada. Lesing karang?"
Aku menunjukkan siku aku padanya. Dia tersengih lagi. Suasana sentimental sebentar tadi tiba-tiba berubah ceria pula dengan lawak sarkis dia tu. Dia memang pandai nak ceriakan keadaan. Nak bergurau senda dengan aku pulak.

"Anak raja ke, anak kampong ke, sama saja. Darah yang mengalir dalam darah anak raja pun sama merah dengan darah anak orang biasa. Pernah ke Faiz dengar kalau orang tu keturunan raja, darah dia warna lain selain dari merah? Ada ke? Kalau ada, siapa? Biar abang toreh kulit dia tengok darah dia warna apa?"
Bersahaja saja mukanya bila bercakap perkara itu. Aku tergelak sekali lagi. Airmata yang bertakung di tubir mata sedari tadi aku seka dengan jari telunjuk.

"Sudahlah. Jangan fikirkan lagi tentang soal darjat ke apa ke. Kita sama saja. Yang penting, kita kena fikirkan pasal diri kita. Tentang keluarga abang tu, Faiz jangan risau. Abang akan selesaikannya sendiri. Sekarang ni, Faiz kena beritahu mak di kampung pasal kita. Pasal kita nak kahwin. Itu saja"
Pintanya bersungguh-sungguh. Akhirnya aku menganggukkan kepala tanda bersetuju. Ada sedikit keyakinan mula terlakar dalam diriku. Keyakinan tentang diriku terhadap dirinya. Dia menggariskan senyuman lagi di bibirnya. Aku juga menghadiahkan sebuah senyuman untuknya. Sebuah senyuman bahagia untuk diriku dan dirinya.
posted by Penulisan2u @ 5:09 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
8 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group