BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, November 17, 2009
Novel : Jiranku Kekasihku 14
Nama Pena : Mel Mellisa

Dia mendiamkan dirinya seketika. Aku juga diam. Aku mengerlingnya sekilas. Sesekali aku dengar dia mengeluh beberapa kali. Wajahnya diraup dengan telapak tangannya. Aku hanya membatukan diri. Tak berani nak bersuara buat masa ini melihatkan keadaan moodnya yang seperti kacau bilau.

"Ini bukan seperti yang Faiz fikirkan."
Katanya lembut setelah lama berdiam dan mengeluh saja. Pandangannya dilepaskan ke jalanraya. Kemudian berpaling memandang kemukaku. Aku juga memandangnya.

"Apa maksud abang bukan seperti yang Faiz fikirkan? Fikir apa?"
Aku bertanya terus. Tak sabar untuk mendengar jawapannya. Aku lihat dia menggigit bibirnya. Pandangannya sekali lagi dia halakan ke jalan raya. Melihat kereta-kereta yang bersimpang siur menyelusuri jalan raya dan membelah kepekatan malam.

"Sebenarnya, abang…"
Dia tidak meneruskan kata-katanya. Kata-katanya terhenti disitu. Sekali lagi menghembuskan keluhan halus. Aku juga mengeluh. Peluh aku sudah mula keluar dari liang-liang roma walaupun penghawa dingin yang terpasang di kereta ini begitu sejuk. Aku berdebar menunggu kata-kata seterusnya dari dia.

"Ok, macam ni. Memang betul apa yang Faiz dengar tu. Memang abang dari keluarga diraja. I admit it. Tapi…"
Jari telunjuknya dinaikkan ke atas. Bulat matanya memandangku. Aku membalas pandangannya dengan mataku yang bulat juga. Aku menunggu butir-butir lanjut darinya. "Tapi itu langsung tak mengubah kasih abang pada Faiz. Abang tetap sayangkan Faiz. Tak berubah walaupun sedikit."
Sambungnya tenang. Matanya yang bersinar itu terus-terusan ditujukan ke mataku. Aku sedikit tersentuh dengan kata-katanya.

"Kenapa abang tak berterus-terang saja dengan Faiz?"
Aku lontarkan pertanyaan padanya. Mukaku tidak dipalingkan padanya sebaliknya aku lontarkan pandangan ke luar tingkap. Melihat sekumpulan mat rempit sedang berlumba haram di tengah Jalan. Ada yang macam superman, yang terbalik, hai..macam-macam lagi. Kalau accident terus mati karang kat tengah Jalan tu. Mati katak. Sempat lagi aku menyumpah Mat-mat rempit tu.

"Perkara tu tak penting, Faiz. There’s no reason I have to tell you."
Pantas aku berpaling ke mukanya yang sedang menunduk memandang stereng keretanya. Aku merengus. Memanglah tak ada kepentingan dalam hidup dia tapi penting bagi aku. Sebabnya? Bonda dia tak suka aku! Aku tak setaraf dengan anaknya! Itulah masalahnya.

"Memang takde kepentingan pada abang tapi penting bagi Faiz. Faiz tak sama taraf dengan abang. Bonda abang tak suka Faiz. Faiz tak sama darjat dengan abang. Faiz bukan kerabat diraja. Faiz bukan anak sapa-sapa. Faiz orang kampong saja."
Dia sedikit tersentak dengan kata-kataku yang sedikit beremosi. Kedua-dua keningnya bagaikan hendak bercantum. Memang aku beremosi ketika meluahkan kata-kata itu. Dah lama aku pendamkannya. Dia menghembuskan keluhan halus dan memicit-micit kepalanya. Dahinya dikerutkan sedikit.

"Ya Allah, sampai macam tu sekali Faiz fikir. Sebab tu abang kata, ianya tak seperti yang Faiz fikir."

"Tak sama apa? Memang betulkan Bonda abang tu tak suka Faiz? Faiz dengar dari mulut abang sendiri semasa abang bercakap dalam telefon dengan Bonda abang tu. Terang-terangan dia tak sukakan Faiz! Dia mahu abang kahwin dengan Tengku…Tengku apa tah Faiz tak ingat nama dia apa. Then, she’s call me perempuan kampong! Yang jelas dan nyata, dia mahukan abang berkahwin dengan perempuan yang sama golongan dan sama level dengan abang. Abang tau tak?!"
Aku membentak keras. Aku memandangnya dengan ekor mata yang tajam. Suaraku juga kedengaran sedikit tinggi dari biasa. Nafas aku dah mula menjadi kencang. Hidung juga sudah kembang kempis memandangnya. Terkeluar semua yang terbuku dalam hati aku ni. Puas hati aku. Aku mendengus dan mengetap bibir geram.

"Faiz…Faiz…"
Keluhnya menyebut namaku. Tergeleng-geleng kepalanya beberapa kali. Wajahnya berubah riak tenang. Aku mendengus geram bila melihat dia membisu tidak membalas kata-kataku. Memang betullah tu! Aku merengus kasar dan menjelingnya lagi. Dia diam tanpa kata.

"Betulkan? Betulkan apa yang Faiz cakap? Kenapa abang diam? Faiz memang tak layakkan untuk berdamping dengan abang? Anak orang kampung macam Faiz ni memang tak sesuai bergandingan dengan abang, kan? Faiz..."

"No!"
Pintasnya dengan suara yang agak kuat. Bergema satu kereta dengan suaranya yang lantang.. Terangkat bahu aku sedikit mendengar jeritan kuatnya yang menyapa gegendang telingaku. Terus terbantut semangat aku nak luahkan isi hati dengan perasaan yang berkobar-kobar tadi. Merenung tajam mataku.

sejurus, dia mengeluh halus. Memicit dahinya berulangkali sebelum memusingkan badannya mengadapku. Kedua-dua tangannya menggamit tubuhku untuk mengadapnya juga. Dagu aku diangkat dan menyuruhku memandang ke mukanya. Tapi, aku memandang ke tempat lain. Hatiku bungkam dan begkek.

"That’s not true. Abang tak pernah anggap Faiz macam tu. Bagi abang, Faiz adalah segala-galanya untuk abang. Abang sayang dan cintakan Faiz sepenuh hati abang."
Suaranya mengendur. Aku diam saja mendengar tutur bicaranya yang kedengaran sayu. Nada suaranya juga berubah lembut. Airmata aku sudah berani-beraninya turun ke pipi. Mataku juga tak berganjak dari memandang ke tepi. Langsung aku tak memandang ke mukanya.

"Keluarga abang tak sukakan, Faiz."
Luahku padanya dengan nada yang mengendur. Aku menahan tangisanku. Kepala aku tundukkan. Tiada kekuatan untuk membalas renungannya. Sekali lagi dagu aku diangkat. Aku beranikan mataku untuk menentang sepasang anak matanya.

"Bukan. Bukan macam tu. Mereka tak faham sebenarnya. Faiz janganlah salah sangka. Bonda tak macam tu. Dia akan faham kalau abang terangkan segalanya. Dia akan faham betapa abang sayang dan cintakan Faiz.Tiada orang lain yang layak berdampingan dengan Tengku Sharizal bin Tengku Shahruddin selain dari Nur Faiza Iman binti Kamaluddin. Tiada orang lain."
Aku tergamam mendengar kata-katanya. Mataku membulat memandang sepasang matanya yang memancarkan sinaran cinta yang meluap-luap terhadapku.

Dia menarik nafas sebelum menyambung, "Listen, walau apa pun terjadi, kita akan lalui semua ini bersama. You’re not alone. I will be by your side. Kita akan sama-sama hadapinya. Kita akan tempuhinya bersama. Trust me. Tiada siapa yang boleh menghalang cinta abang pada Faiz. Even Bonda sekalipun. Hanya ajal saja yang boleh memisahkan kita."
Tuturnya lembut. Jari-jemarinya menyentuh lembut ke pipiku. Mengusir air mata yang kian tega menuruni pipiku. Walaupun jari-jemarinya yang kasar itu menyentuh pipiku, terasa sedikit perit, tapi aku relakan. Hatiku sedikit terpujuk dengannya yang berjaya memujuk hatiku yang lara dek kerana terlalu emosional memikirkan tentang penerimaan keluarganya terhadapku. Ketakutan dan keresahanku berkenaan dengan keluarganya beransur-ansur reda bila mendengar penjelasannya. Namun, ketakutakan itu masih aku rasai lagi. Entahlah. Jauh di sudut hati, aku masih diburu resah. Takut kalau keluarganya...argh...kisah aku dan dia ni dah macam cerita dongeng pulak aku rasa. Dah macam cerita Cinderella. Cuma, aku takde ibu tiri dan kakak-kakak tiri dan juga keluarga putera raja tu tak pulak membantah pilihan anaknya. Eh, sama ke? Ish...mengarut lagi.

Malam yang semakin larut kami isikan dengan meluahkan isihati masing-masing. Senang kata, soal hati dan perasaan masing-masing. Kebanyakkannya lebih menjurus kepada hari bahagia kami. Hari bahagia? Semestinya menjurus ke soal perkahwinan. Bibirnya tidak habis-habis menyebut tentang hal itu.

"Abang hantar rombongan meminang hujung minggu ni, ya?"
Aku membulatkkan biji mataku padanya. Pantas, telapak tanganku singgah di lengannya.

"Jangan nak buat pasal. Faiz belum bagitahu mak lagi. Ish...abang ni. Tak sabar-sabar"
Balasku lantas menjelingnya. Bibir mengukir senyuman mekar. Dia tersenyum nakal ke arahku. Pipi aku dah mula panas rasanya. Darah sudah menyerbu di kawasan muka.

"Habis tu, bagilah tau mak sekarang. Cakap abang nak meminang hujung minggu ni."
Usiknya lagi. Sekali lagi tanganku singgah di lengannya. Kali ini, aku cubit manja lengannya. Kami kemudiannya ketawa bersama-sama. Hai....bahagianya aku rasa dunia ni.

"Faiz!"
Aku tersentak. Pantas aku membuka mata. Aku lihat Ellin berkerut memandangku. Aku meraup muka dengan telapak tanganku. Aku lihat sekeliling. Aku berada di bilik stor belakang. Rupa-rupanya aku tertidur di sini. Dan semasa aku tidur di sini, otak aku memutarkan semula apa yang terjadi malam tadi. Sampai terbawa-bawa pulak. Bila masa aku pejamkan mata pun aku tak perasan. Setahu aku, tadi aku menelan panadol actifast kerana kepala aku tiba-tiba diserang sakit kepala.

"Kau tidur kat sini? Kau mengingau ke? Tersengih-sengih pulak tu."
Ellin sudah melabuhkan punggungnya di sebelahku. Dia mencebikkan bibirnya padaku. Aku tersengih sedikit padanya dan memejam mataku semula. Terasa pening lagi kepala aku ni.
Soalannya tidak lagi aku jawab.

"Kau mengigau kahwin lagi dengan Dr. Sharizal heh? Baik kau cakap"
Ellin menyindir. Dia sudah melayangkan jari telunjuknya kemukaku. Matanya dipicingkan sedikit. Kisah ‘dulu’ yang memalukan muka aku sampai sekarang dibangkitkan semula. Kurang asam! Sempat lagi nak menyindir aku. Aku menepis jari runcingnya dihadapan mukaku.

"Mana ada. Pandai-pandai je kau ni. Aku tertidur tadi lepas makan panadol. Kepala aku tiba-tiba pening pulak."
Alasanku. Jari-jemariku memicit dahi aku yang sengal. Sakit kepala ni merebak-rebak ke dahi dan memeningkan bola mata. Ellin mencebik. Peha aku ditepuknya. Berbirat aku rasa tepukan berapi si Ellin ni.

"Yelah tu. Tapi, aku tengok kau pun macam tak bermaya jek. Pucat semacam jek. Kau sakit ke? Meh sini aku rasa dahi kau"
Dia meletakkan belakang tangannya ke dahi aku. Aku biarkan saja. Sesaat dua saat, dia menarik tangannya. Macam tindakan refleks.

"Huih…panasnya. Kau demam ni. Better kau ambik MC hari ni. Berehat kat rumah."
Wajah Ellin sudah memancarkan kerisauan. Menunjukkan sikap prihatinnya padaku. Memang aku rasa macam nak demam dengan kepala aku dah berpusing-pusing ibarat roda impian ni. Aku rasa semua barang-barang dalam bilik stor ni macam nak tumbang dan menimpa aku. Air-cond ada pun tak terasa sejuknya. Badan aku juga tergigil-gigil. Betul ke aku nak terkena demam ni? Takkan pasal semalam pun boleh terdemam-demam ni? Demam terkejut ke?

"Takpelah. Aku okay lagi ni"
Ujarku perlahan. Tangan aku gawang-gawangkan ke udara tanpa tidak mahu. Mataku dipejamkan semula. Ellin mengeluh.

"Jangan degillah. Nanti melarat karang sapa nak tanggung? Dah…dah. Jom aku bawak kau pergi jumpa doctor. Ambil MC hari ni"
Katanya tegas. Dia sudah menarik tanganku untuk bangun. Aku memberatkan badan. Sengaja bercampur malas.

"Ish...beratlah kau ni, Faiz. Badan je nampak kecil tapi berat. Berat dosa ke apa?"
Dia mengeluh. Tubuhnya terhumban semula ke sofa.

"Hei, cakap tu biar berlapik sikit heh?"
Dalam pada aku sakit kepala tu, telinga aku boleh lagi dengar apa yang dia katakan. Sesedap rasa je mengata aku ye. Aku dengar dia ketawa kecil selepas itu.

"Oklah sorry. Dah cepat bangun"
Arahnya lagi. Aku akhirnya bangun dengan malasnya dan mengikut dia membawa aku berjumpa doctor. Badan aku sudah semakin tak larat nak berdiri. Apalah aku ni, takkanlah pasal semalam pun sampai nak terdemam-demam. Lemah betullah aku ni.


………………………..

Aku balik ke rumah setelah mendapat MC dua hari. Hari ini dan esok. Bagus betul Dr. Azri bagi aku cuti dua hari. Kebetulan dia bertugas di klinik. Ni semua rekemen kuat dari Ellin yang memintanya memberi aku cuti dua hari dan atas budi bicara Dr. Azri juga yang melihatkan keadaan aku yang lemah longlai, tak bermaya maka dapatlah aku cuti dua hari. Kereta kesayangan aku terpaksa tinggalkan di hospital kerana tak larat nak memandu. Ellin juga tak bagi aku bawak kereta takut nanti aku pulak yang menjadi orang yang meng-check in wad hospital. Hospital tu dah tak mampu nak tampung orang ramai dah. Dah penuh sesak katanya. Ish, takkanlah kalau aku sorang yang masuk wad hospital terus jadi sesak kot? Hai, macam-macam kawan aku tu. Ada saja peluang nak mengenakan aku. Dia juga menawarkan dirinya untuk menghantar aku pulang.

Setelah melucut tudung kepala dan menukar baju, aku terus merebahkan diri di katil. Remote pendingin hawa yang berada di meja kecil di tepi sudut katil aku capai. Menekan punat on. Serta-merta udara sejuk mula melingkar ke segenap ruang bilik. Terasa nyaman sikit. Ubat yang diberi aku pandang sepi. Nantilah aku makan. Aku nak tidur dulu. Kepala dah semakin memberat. Mata sudah mula untuk melabuhkan tirainya. Sesaat, dua saat, mata aku tertutup rapat.

………………………

Aku melihat sekeliling. Aku kini berada di sebuah pantai. Ya, pantai. Tempat yang selalu arwah ayah bawa aku semasa aku kecil. Tapi, macam mana aku boleh berada di sini? Aku menggaru kepala. Pelik juga. Aku meliarkan mata ke segenap ruang pantai. Tiada seorang manusia pun yang aku nampak. Yang kedengaran hanyalah deruan ombak yang kuat memukul pantai. Rambut aku juga terbuai-buai oleh tiupan angin dari pantai. Aku tertoleh ke sebelah kiri. Mataku tertancap pada sesusuk tubuh yang sedang berdiri tidak jauh dariku. Seorang lelaki tua sedang berdiri di bawah pohon kelapa. Aku amat-amati wajah yang sedang tersenyum manis kepadaku. Mataku tiba-tiba membulat. Ayah!

Aku terus berlari mendapatkannya. Aku berhenti setapak dihadapannya. Merenung kematanya yang redup. Wajahnya kelihatan bersinar-sinar dan bercahaya. Bau badannya juga harum semerbak umpama bau-bauan dari syurga. (macamlah aku pernah pergi syurga).


"Ayah"
Ucapku lagi pada ayah. Ayah menguntum senyumannya padaku dan kedua-dua tangannya mengusap lembut kepalaku.

"Ayah!"
Aku terus memeluk tubuhnya. Ayah membalas pelukanku. Dibahunya aku lepaskan segala kerinduan aku padanya. Aku menangis teresak-esak. Sudah lama aku tak merasi pelukan ayah sebegini. Sudah lama kau tidak mendapatkannya. Bauan harum dar tubuhnya terus meresap masuk ke rongga hidungku.

"Kakak rindukan ayah."
Kataku lagi. Ayah menggosok perlahan belakangku. Rambutku juga diusapnya lembut. Agak lama berkeadaan begitu, ayah merungkaikan pelukanku. Mengesat pipiku yang basah dek kerana tumpahan air mata yang melata disekitarnya.

"Anak ayah dah nak kahwin. Ayah gembira."
Kedengaran perlahan nada suara ayah menuturkan kata-katanya. Aku tersenyum malu. Menundukkan sedikit wajah. Kedua-dua tanganku memegang tangannya yang masih mengusap pipiku.

"kakak…"
Ayah bersuara lagi. Aku mendongak. Merenung lagi matanya yang redup. Terasa sejuk dan mendamaikan apabila melihat pandangan mata ayah yang redup. Menenangkan jiwa.

"Tiba masanya kakak kena mencari seseorang yang boleh mewalikan kakak."
Aku tersentak. Apa maksud kata-kata ayah? Aku kena cari seseorang yang boleh mewalikan?

"Wali? Apa maksud ayah?"
Soalku dengan penuh tanda tanya. Berkerut dahi aku. Apa maksud kata-kata ayah? Dia bukan wali aku ke? Kalau bukan dia, siapa? Dia ayahku. Ayah menundukkan wajahnya sedikit. Memandang ke mukaku semula. Bibirnya masih lagi menguntum senyuman mekar padaku. Dia menarik kepalaku menyentuhi bibirnya dan mencium ubun-ubun kepalaku.

"Kalau kakak ingatkan ayah selalu, sentiasalah berdoa untuk ayah."
Tutur ayah perlahan tanpa menjawab soalanku. Mataku bulat memandang ayah yang masih lagi meleretkan senyuman di pinggir bibirnya. Perlahan-lahan aku lihat tubuh ayah menghilang perlahan-lahan dan sekelip mata terus hilang dari pandanganku.

"Ayah!"
Jeritku nyaring memanggil ayah. Aku tersentak dan bingkas bangun dari pembaringan. Tercungap-cungap sedikit nafasku. Aku pandang kiri dan kanan. Aku masih berada di bilikku. Akuu memejam mataku. Selanjutnya, aku beristigfar beberapa kali bila menyedari aku bermimpi tadi. Aku bermimpi bertemu dengan arwah ayah. Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya perlahan. Cuba meredakan saluran pernafasanku. Tenang. Astagfirullah. Aku beristigfar lagi. Aku menadah kedua-dua belah tangan dan berdoa. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau tempatkanlah ayahku dikalangan orang-orang yang Engkau kasihi. Aku berdoa untuk ayah seraya meraup muka dengan kedua-dua telapak tangan. Fikiran aku kembali mengingatkan kata-kata arwah ayah di dalam mimipiku tadi. Apa maksud kata-katanya itu? Cari wali? Siapa wali aku kalau bukan dia, Pak Ngah dan adik lelakiku? Sekarang ayah sudah tiada. Hanya Farizal dan Pak Ngahlah yang perlu untuk jadi wali kalau aku bernikah kelak. Aku pantas meraup muka lagi. Ini semua mainan tidur. Hanya sekadar mimpi. Tapi, bau haruman di tubuh arwah ayah masih dapat aku rasakan di celah rongga hidung. Terasa menusuk-nusuk baunya ke lubang hidungku. Ish…mainan tidur! Cepat-cepat aku mengusir andaian yang bermain di fikiranku. Ini semua mainan tidur! Tegas aku lagi di dalam hati. Aku mengerling ke jam dinding. Sudah pukul 6 petang. Aku sudah terlepas solat zohor. Ni kes terlajak tidurlah ni. Keluhku. Pandanganku tertumpu pula pada telefon bimbitku yang berkelip-kelip. Aku silentkan tadi telefon ni kerana tidak mahu diganggu. Pantas saja tanganku mencapainya. Tertera nama orang yang aku sayangi.

"Hello."
Sapaku dengan suara yang sedikit serak. Rambut aku sebakkan ke belakang.

"Hello. Faiz tidur ke? Puas abang call tapi tak berangkat. Macam mana sekarang? Badan tu dah okay?"
Soalnya dengan nada risau. Risau juga dia. Getusku dalam hati. Aku meraup muka sekali lagi. Merebahkan badan lagi di katil.

"Faiz tertidur tadi. Sorry ya. Tak sempat nak bagitau abang. Macam mana abang tau Faiz tak sihat?"
Aku bertanya. Aku menutup mulutku menguap yang dengan belakang tangan.Kepala aku garu-garu dengan tangan. Rasa gatal pulak kulit kepala ni. Banyak kelemumur agaknya.

"Azri yang bagitahu. Lin juga bagitahu. Macam mana sekarang Faiz rasa? Dah sihat dah? Ubat dah makan?"
Aku mengerling plastik yang berisi pelbagai jenis ubat yang aku bawa dari hospital. Aku tak sentuh langsung ubat tu sejak aku balik rumah tadi. Balik tadi terus terbongkang di katil.

"Dah. Faiz dah makan ubat. Ada rasa kurang sikitlah."
Balasku berbohong. Bohong sunat. Kalau aku bercakap benar, nanti dia marahkan aku dan akan mengeluarkan ‘tazkirah’nya kat aku. Tak larat aku nak mendengarnya walaupun membawa kebaikan pada aku.

"Baguslah macam tu. Abang risau sangat tadi. Dah makan?"
Dia bertanya. Aku terharu dengan keprihatinan dia padaku. Rasa macam nak menyanyi lagu ‘Terharu’ nyanyian Jamal Abdillah dan Mawi. Dia memang sangat prihatin terhadapku.

"Belum"
Balasku pendek serentak menggelengkan kepala. Macamlah dia nampak aku tengah gelengkan kepala ni. Ish…

"Ok, kejap lagi abang balik. Abang belikan makanan untuk Faiz ya. Jangan ke mana-mana tau."
Aku mengiyakan. Aku dah sakit membayak ni nak pergi mana pulak? Takkan nak pergi supermarket kot? Mestilah aku ada kat rumah!Apalah cik abang aku ni. Talian diputuskan. Aku melontar telefon bimbit di sisi. Otak aku kembali berfikir tentang mimpi di siang hari aku tadi. Aku masih tercari-cari apa maksud kata-kata ayah. Wali? Cari Wali? Argh…pening kepala nak berfikir. Alah, itukan mainan tidur. Nonsense! Siang pulaktumimpinya. Aku kerling jam lagi dinding. Pukul 6.15 petang. Sempat lagi kala nak sembahyang asar. Tanpa melengahkan masa,aku bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Walaupun badan aku tak larat, aku gagahkan juga. Ini wajib kita tunaikan. Takde kompromi.

…………………………..

Dia menghantarkan aku sebungkus nasi ayam melalui beranda atas rumahnya. Memandangkan jarak antara beranda rumah aku dengan beranda rumah dia tidak jauh, dia hulurkan saja dengan tangan dan aku terpaksa menonjet sedikit untuk menyambutnya. Tangan pendeklah!

"Terima kasih. Buat susah-susah abang je"
Ucapku padanya ketika bungkusan Nasi Ayam itu bertukar ke tanganku. Aroma nasi ayam itu menusuk-nusuk ke lubang hidungku. Aku ukirkan sedikit senyuman padanya. Mulut aku tak dapat nak ukirkan senyuman yang lebih kerana aku rasa macam mulut aku ni berat sangat. Nak bercakap pun malas sebenarnya. Dia membalas senyuman aku dan menggelengkan kepalanya.

"Tak ada apa yang susah untuk, Faiz."
Balasnya. Pandangan matanya yang lembut menyapa mataku. Ada senyuman kecil terukir cantik di bibirnya. Terserlah lagi lesung pipitnya yang mahal dan menjadi igauan itu di kedua-dua belah pipinya. Aku jadi tertawan pulak. Bibirku juga menguntumkan senyuman balas untuknya.

"Macam mana boleh demam ni?"
Soalnya dengan muka yang berkerut. Aku memandang kemukanya yang berkerut seribu satu dinar itu.

"Entah. Kalau nak kena demam tu, demam juga. Abang ingat Faiz panggil ke demam datang kat Faiz? Macam ni, ‘hoi demam! Hinggaplah kat badan aku ni! Boleh macam tu?"
Balasku dengan suara yang lemah gemalai dengan membuat sedikit lawak sarkis. Dia ketawa mendengarnya.

"Faiz…Faiz. Sakit-sakit pun nak buat lawak. Dapat cuti berapa hari?"
Soalnya dengan senyuman masih terukir di bibir. Mungkin masih lagi lucu bila mendengar lawak sarkis aku tadi.

"Dr. Azri bagi dua hari. Ellin yang suruh"
Balasku sambil tersengih. Teringat pada Ellin yang memaksa Dr. Azri memberi aku cuti dua hari. Katanya, aku demam teruk dan perlukan rehat secukupnya di rumah. Ish, macamlah dia yang doctor. Tak dapat aku bayangkan wajah Dr. Azri yang berkerut bila mendengar hujahan demi hujahan dari Ellin. Lastly, aku dapat juga cuti dua hari. Aku tergelak bila mengingatkannya.

"Oh, yeke. Baguslah macam tu. Abang tengok pun pucat saja muka tu. Berehatlah kat rumah. Lepas makan ni, makan ubat tau. Lepas tu berehat dan tidur."
Sambungnya kemudian yang lebih kepada mengarah aku. Yelah tu. Dia kan doctor. Suka suki nak mengarah orang sakit macam aku ni. Aku menganggukkan kepala.

"Yes, doctor."
Ucapku dan mengukir senyuman di pinggir bibir untuknya. Sempat lagi aku buat tabik hormat padanya. Senyuman terukir lagi di bibir merahnya melihat gelagat aku.

"Ok. Sekarang pergi makan. Dah malam ni. Kalau ada apa-apa call abang, tak pun jerit je nama abang kat sebelah ni"
Pesannya sekali. Sekali lagi aku mengangguk dan membuat tabik hormat padannya.

"Yes,doctor"
Sengaja aku mengusiknya. Mulutnya tersengih dan menggeleng entah keberapa ratus kali agaknya. Nasiblah. Berkawan dengan aku ni memang kena banyak buat aksi gelengan. Bagus untuk senaman leher tu.

Dia meminta diri masuk ke dalam rumahnya kerana mahu mandi. Bau badannya yang selalu berbau wangi tu pun dah hangit pengit dah. Kembang kempis juga hidung aku menahannya tadi. Aku mengangguk saja. Sejurus, aku membawa bungkusan nasi ayam dan aku capai plastik ubat turun ke tingkat bawah. Kalau ikutkan, aku malas nak turun bawah. Aku tak larat dah nak turun naik tangga ni. Sendi-sendi semua macam nak lumpuh. Oleh kerana di bilik ni tiada menyimpan stok air masak, dan perut aku juga sudah mengeriut bunyinya minta diisi, terpaksa jugalah aku gagahkan diri untuk turun walaupun tak larat. Kalau ada maid kan senang?

....................................
posted by Penulisan2u @ 8:57 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
8 Comments:
  • At 17/11/09 10:57 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam mel mellisa..
    yes!1st cments..
    t'tgu2 jgk story ni..thanks post cepat..
    mmg bes..!!2 y rse cam pendek je..??hehehe..
    so,cntinue cepat2..ade blog x..??
    keep on writing..
    niya1501@yahoo.com

     

  • At 17/11/09 8:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestt la cpat la smbungg..
    ada bl0g x??
    anyway cter yg mnarik n sweet..hakhak


    ~sn0w_princess

     

  • At 17/11/09 11:08 PTG, Blogger bidadari cinta said…

    best nya
    syg betul dr shahrizal kat faiz tu..

     

  • At 18/11/09 11:39 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    aloo mel...u pnye citer mmg bst giler!!jln citer da ade,cma kna gilap sikit lg jek bg lg smooth jln citer u...tema cm cite p ramlee "antara 2 darjat"....moga u lbh kreatif utk hasilkan novel yg lebih superb!good luck!!

     

  • At 18/11/09 6:16 PTG, Blogger -Lysa Alyssa- said…

    Salam...

    Terima kasih diatas komen-komen anda semua...sebenarnya saya tahu cerita P. Ramlee tu...hehe...sebenarnya saya membayangkan Faiza masa tu dalam keadaan blurr..blurr...sebab tu saya letak cerita cinderella...walau apa pun, terima kasih atas komen itu.

    Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan perbaiki setiap kelemahan saya sepanjang menulis novel ini.

    saya budak baru belajar...
    hehe...

    Mel Mellisa

     

  • At 18/11/09 9:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Wow...amazing! Keep it up!

     

  • At 26/11/09 12:05 PTG, Blogger @chik said…

    crite yg best cepat2 sambg ye hee ;)

     

  • At 2/12/09 9:28 PTG, Anonymous syamizi azwaza said…

    salam writer, citer nih memang best. si faiz ada sakit ke? selalu je x sihat. jgn la buat citer yang sad ending ek. gud job. teruskan berkarya.

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group