Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Abah aku nie Ketua Polis daerah.Nama pun polis.Abah garang dan tegas.Sepatah kata abah..Jangan berani nak menyampuk.Kalau tak nak rasa kena lempang,diam aje.Sifat garang abah hanya abah kasi special pada aku.Yelah,aku kan anak tunggal dalam keluarga nie.Perempuan pulak tu.Orang kata anak tunggal nie manja.Isk..isk..aku tak rasa macam tu pun..
"Abah dinaikkan pangkat.,"ayat itu menambahkan debaran di dalam dada.
"Dekat Selangor.Lusa lapor diri,"sambung abah lagi.
Wajah emak aku pandang.Emah tenang aje.Langsung tidak timbul riak terkejut.Mugkin mak dah lama tahu hal nie.Perasaan aku masa tu..susah nak cakap.Serius cakap,seumur hidup aku nie,aku tak pernah berpindah ke mana-mana.Semua nie macam mimpi.
"Abah faham..Nurul dah lama dekat sekolah tu..Nak tak nak..Nurul kena ikut abah dengan mak,"aku menghirup air fresh orange di atas meja.
"Nurul okey aje..dah tu..surat-surat pindah sekolah macam mana?,"aku cuba tersenyum walaupun senyuman aku nie terasa amat pahit.Kau dah matang.Dah 17 tahun Nurul..takkan nak melalak kot?Perasaan sedih aku simpan jauh di sudut hati.
"Abah akan selesaikan.Besok,Nurul duduk rumah.Tolong mak kemas barang.Lusa kita dah nak pergi,"aku tersentak.
"Tapi..tapi..,"aku tergagap-gagap.Kalau betul aku kena pindah..takkanlah tak ada langsung masa yang tinggal untuk aku berjumpa dengan rakan-rakan buat kali terakhir?
"Besok Nurul duduk rumah,"ujar abah tegas.Kata-kata abah itu umpama kata putus.Sekali lagi wajah emak menjadi mangsa aku.Aku mengharapkan pengertian emak.Tolong lah mak..
"Abahnya..bagilah Nurul pergi sekolah.Sekejap pun jadilah.Dia nak jumpa kawan-kawan tu,"emak bersuara lembut.Abah memandang tepat ke arahku.
"Boleh ya,abah?,"ujarku pula sedikit memujuk.Abah payah sikit nak berkompromi.Lembut lah hati abah..Amin..
"Hurm..pergilah masa tengahari.Pagi tu..tolong mak kemas barang.Abah takut tak sempat nak kemas,"aku tersenyum.Tengahari pun tengahari lah..
****************************
Aku merebahkan diri di atas katil.Aku mesti akan rindukan bilik nie..Aku merenung kipas yang berpusing.
"Nurul..,"pintu dikuak dari luar.Tersembul wajah emak di muka pintu.
"Ye mak..nape?,"aku bangun dari pemabringan sambil tersengih-sengih.
Emak duduk di tepi katil.Emak menggosok-gosok belakang aku.
"Sabar lah Nurul.Bukan mak dengan abah mintak nak pindah.Dah rezeki abah ada dekat sana,"
"Nurul tahu..mak..,"
"Dah tu..kenapa mak nampak Nurul macam berat hati aje nak tinggalkan tempat nie?Entah-entah Nurul sedih sebab kena tinggalkan pakwe kat sini…,"aku ketawa besar mendengar ayat yang keluar dari mulut mak.
"Ke situ pulak mak nie..sedih tak semestinya sebab pakwe mak..Ada orang sedih sebab kawan-kawan.Macam Nurul nie,Nurul sayang sangat kat kawan-kawan Nurul..Nurul tak tahu kalau Nurul boleh sesuaikan diri ke tak dekat tempat baru nanti,"
"Iye ker?,"emak makin kuat mengusik aku.Aku memegang erat tangan emak.
"Mak nie..nanti Nurul bercinta betul-betul baru mak tahu,"aku bersuara separuh mengugut. Muka emak berubah tatkala mendengar kata-kataku itu.
"Emak tak kisah kalau Nurul nak bercinta.Mak paham jiwa orang muda nie.Mak pun pernah muda jugak dulu.Tapi pandai-pandailah Nurul tanggung kalau tahu dek abah nanti,"
"Nurul acah je tadi..ape lah mak nie..Nurul tak nak kecewakan abah,"aku memeluk bahu emak.
Aku tahu abah akan mengamuk jika dapat tahu aku bercinta.Memang dari dulu lagi aku sering dinasihati agar oleh abah agar jangan cuba nak bercinta selagi bergelar seorang pelajar.Bekerja sebagai seorang anggota polis menyebabkan abah sering didedahkan dengan pelbagai kes yang melibatkan remaja.
Kes dadah,rogol,bunuh dan merompak hari ini turut membabitkan remaja.Bahkan ada remaja yang masih lagi bawah umur terlibat dalam kes-kes seperti ini.Jadi,aku tidak boleh menyalahkan abah seratus peratus sekiranya abah terlalu prejudis soal couple ber ‘couple’ nie.
Kalau ditanya pada semua remaja..tipulah kalau ada yang kata tak nak couple.Aku pun teringin nak couple.Teringin nak rasa perasaan orang yang tengah dilamun cinta.Tapi aku masih ada rasa takut.Aku takut abah marah.Aku takut pelajaran aku terganggu.Aku takut nanti aku menangis bila putus cinta.Aku tak nak macam tu. Jadi,daripada aku terus diselubungi dengan rasa takut.Rasa tidak tenteram.Biarlah aku tepis dulu perasaan cinta tu jauh-jauh.Sampai masanya nanti..aku yakin akan ada insan benar-benar ikhlas menyayangi aku.Yeah..I’m sure.
"Eh,mak dengan abah nak pergi sembahyang dekat masjid nie.Nak ikut?Nurul punya pasal lah nie.Sampai mak melalut ke benda lain,"emak memukul lembut lenganku.
"Lah..mak masuk bilik Nurul nak ajak pergi masjid ker?Ingatkan mak nak pujuk Nurul..,"aku memuncungkan mulut.
"Pergi masjid lagi penting dari pujuk kamu.. Nurul.Nak pergi ke tak nak nie?Cepat sikit.Dah lambat nie,"emak mula menggesa aku.
"Jap..jap..Nurul pergi ambil wudhuk jap,"aku berlari ke bilik air.Excited pulak rasa nak pergi masjid.
"Emak tunggu dekat bawah yer,"aku menganggukkan kepala.
***********************
Bila balik rumah aje...jam dah pukul 10 malam.Tadi ada ceramah dekat masjid.Aku terus terkam tv.Ada pulak cerita best.Apa lagi...layan aje lah.Cerita hindustan pun hindustan lah.Yang sedihnya...aku tak sempat nak tengok sampai habis.Sebab ribut tiba-tiba berdentum dekat luar rumah.Abah pulak duk jeling-jeling aku.Tu apa lagi.Nak suruh tutup tv la tu.Dengan perasaan yang tak ikhlas...aku menutup televisyen...and masuk dalam bilik tidur aku.
Aku jadi teringat pada Malisa.Malisa sedih ke tak ea kalau dia tahu aku dah nak pindah.Aku mencapai handset di hujung katil.Kemudahan SMS aku gunakan.Save sikit kredit aku.
"Aku tak ada masa lah nak main-main.Tapi tak tahulah pulak kot-kot ayah aku saje nak kenakan aku,"suara Malisa di hujung talian tidak kedengaran.Tak kan menangis kot?
"Pergi..dalam pukul 12..aku nak ambil barang bawah meja..sambil-sambil tu..boleh la jumpa kau ngan kawan-kawan kita,"
"Nape tak pergi waktu pagi?,"
"Pagi tu aku kena tolong mak kemas barang,"terdengar keluhan di hujung talian.
"Cuba kau tengok jam sekarang,"aku yang mendengar nie rasa pelik.
"Kenapa pulak?,"satu pertanyaan terlontar keluar dari mulutku.Aku memandang jam loceng di tepi katil.12:01 tengah malam.
"Happy birthday..aku harap kau tak lupakan aku,"
"Thanks Lisa..Kau orang pertama yang wish aku,..bye.."aisey..ini yang buat air mata aku nak meleleh nie.
"Eh...nanti jap..Ada lagi orang yang wish kat kau.Dari petang tadi dia suruh aku tolong wish kat kau...dia doakan moga Nurul panjang umur dan murah rezeki,"Malisa nie saja nak kasi aku saspen.
"Siapa yang suruh kau wish tu?,"teringin jugak aku nak tahu.
"Ada lah..rahsia...,"talian di sana diputuskan.
"Hoi..hoi..,"Cis..mengada betul.Nak main rahsia-rahsia lah pulak.Kalau nak berahsia..lebih baik tak payah beritahu.Kan senang..tak adalah aku nie tertanya-tanya.
***************************
Malisa meletakkan handset di tepi bantal.Dia tersenyum.Sorry Nurul..Lagu Takin back my love berkumandang.Saper pulak nie.Syafiq.
"Hello Lisa..macam mana?Kau dah wish ke belum?,"suara tidak sabar Syafiq kedengaran.
"Dah…aku wish..tapi macam yang kau suruh..aku tak sebutlah nama kau,"
"Bagus2…,"Syafiq ketawa.
"Aku nak tanya sikit nie…,"Malisa sedikit teragak-agak.
"Apa dia?,"
"Apasal kau marah Nurul kat sekolah tadi?,"
"Eh..ada ker aku marah?Mana ada...,"
"Tak usah nak tipu la..kau marah dia kan?Aku yang duduk dekat belakang korang nie dengar,"
"Aku just marah sikit aje,"ucap Syafiq tidak puas hati.
"Hal kecik pun nak marah..kalau tak silap aku kau marah dia sebab dia tak cakap terima kasih kan?,"Malisa meneka.Itulah antara apa yang dia sempat pasang telinga tatkala mendengar perbualan Nurul dan Syafiq.
Tawa Syafiq makin kuat kendengaran.
"Dasar telinga lintah!Semua kau dengar yerk..Memang hal kecik.Sebab tu aku nak Nurul pujuk aku,"kata-kata Syafiq ada nada rajuknya.Malisa sudah mencemikkan bibir mendengarnya.
"Dah2 la merajuk.Kau nie macam budak-budak la...nak kena pujuk,"
"Alah..sekali-sekala..aku merajuk dengan Nurul aje.Aku bukan apa..Teringin jugak nak dengar Nurul cakap lembut-lembut dengan aku.Ini tak..dia cakap dengan aku macam nak makan orang,"
"Nurul dah tak ada masa nak pujuk kau...,"
"Kau cakap macam Nurul tu nak pergi jauh aje,"
"Memang pun...Nurul nak pindah Selangor...besok last day dia,"Syafiq ketawa kecil.
"Tipu ar…nak kelentong tu agak-agak ar..baru petang tadi aku jumpa dia dekat kedai,"
"Habis tu..macam mana nie?Aku still gaduh dengan dia..,"
"Bila dia datang besok...kau mintak maaf dengan dia.Lagi satu,besok aje peluang terakhir kau.Kalau betul kau suka dekat dia...cakap,"
"Hurm...tengok lah macam mana.Kau bukan tak tahu...bila aku nak luahkan perasaan aje perasaan nervous tu tiba-tiba aje datang..eh..kau boleh tolong bagi dompet Nurul kat dia tak?,"
"Macam mana pulak dompet Nurul boleh ada dekat kau?,"
"Hohoho..aku kan genius...Aku cilok masa aku jumpa dia dekat kedai Pak Amin siang tadi.Dia tak ada tanya kau pasal dompet dia?,"Malisa ketawa.Macam-macam lah Syafiq nie.Kalau tahu dek Nurul...compirm Nurul mengamuk.
"Tak ada lah pulak..dia tak perasan kot...So...apa yang kau dapat bila curik dompet Nurul?,"
"Aku dapat belanja dia..ingat senang ker weh nak belanja Nurul Fathinia?Part yang kau suka time dia pandang aku semcam aje.Cute...lawa..dia punya tangan yang paling aku ingat...putih melepak..,"
"Dah2 ar Syafiq geli geleman aku dengar ayat jiwang kau...memang sah kau dah angau,"Malisa menyampuk.
"Eh...kau tak dengar sampai habis lagi..tangan dia putih melepak..pergh..banyak gila bulu roma,"
"Itu fitnah tu...,"balas Malisa pula sambil turut tergelak.Huhu..Sian kau Nurul.Jadi mangsa kitorang.
"Kau jeles ker?Aku boleh aje puji kau...kau nie kan Lisa...lawa sangat,"
"Ah..tak payah...buat sakit telinga aku aje..kau bukannya ikhlas..lain la kalau Daniel puji...baru tak tidur malam aku,"
"Weh2..ma aku dah ketuk pintu bilik tu...chow eh...,"Syafiq meminta diri.
"Keyh..bye...,"Malisa menekan butang merah.Syafiq tu baik apa.Memang pelik la kalau Nurul tak jatuh cinta dengan Syafiq.Budak-budak perempuan dekat sekolah pun ramai yang syok ngan Syafiq.Tapi of course la,Syafiq tak boleh lawan dengan Daniel.Daniel tetap di hati walaupun Daniel tak sehandsome Syafiq.
Dia tahu semua tentang Nurul..Cuma tak pernah lagi bertandang kat rumah Nurul.Selalu jugak nak mengekor Nurul balik rumah.Cuma Nurul tu lah...ada aje alasan dia..Abah dia garang lah.Garang sangat ker abah Nurul?Entah la...dia tak pernah lagi terserempak dengan abah Nurul.Kalau terserempak pun bukannya dia kenal..Masa time nak tandatangan rekod profile,tak pernah sekali pun abah Nurul datang.Yang datang hanya Puan Latifah.Emak Nurul yang ramah-tamah.
************************
Aku mencari di bawah katil...Beg sekolah dah petang semalam aku selongkar.Pelik2...mana perginya dompet aku nie?Habis la aku kalau dompet aku betul2 hilang.Ada IC dekat dalam tu.Kalau hilang IC la yang leceh nie.Nak kena buat yang baru lagi.Sah kena marah dengan abah.Mesti abah akan kata, ‘IC sekeping pun tak reti nak jaga’
"Nurul...cepat la sikit..cari apa lagi?Abah dah tunggu dekat kereta tu..,"jeritan emak mematikan pergerakan aku.
"Okey mak!!Nurul nak turun lah nie..,"aku mencapai kerongsang.Lantaklah dompet tu..Ada lah tu dekat mana-mana.
Aku laju menuruni tangga.Abah nie tak penyabar sikit.Kena cepat...nanti kena marah..Bila abah dah naik darah...air mata aku nie tak sah kalau tak meleleh.Kena tengking.Sapa tahan beb?
***********************
Aku menyusuri kaki lima sekolah.Semua orang tengah belajar.Pertukaran sekolah aku..abah yang selesaikan.Aku datang sekolah nie pun dengan abah.Abah bagi masa 15 minit.Sekarang abah tengah tunggu dalam kereta dekat luar sekolah.Kalau ikutkan hati...aku nak pergi sekolah naik skuter.Ye lah...tak ada limit masa.Hrmm...nak buat macam mana...skuter aku tengah tunggu lori...nak kena angkut pergi Selangor.Aku menuju ke kelas 5 Ibnu Sina.
Terjenguk-jenguk dekat dalam kelas.Tak ada cikgu pun.
"Nurul!!!,"jeritan seseorang dari dalam kelas membuatkan aku tersengih-sengih.
"Sekarang masa Chemist kan?,"aku bertanya pada Malisa.Malisa menganggukkan kepala.
"Cikgu pergi bilik guru...,"sampuk Daniel pula.Macam tahu-tahu aje apa yang aku nak tanya.
"Aku nak ambil barang bawah meja,"aku menuju ke tempat duduk aku.Laci meja aku kosongkan.Nasib baik sikit aje brang-barang aku.Kalau tak...jenuh la nak bawak turun tangga.Ada something bawah meja aku..Hadiah?Tempat Syafiq pulak kosong.Tak dapat la jumpa musuh aku buat kali terakhir.
"Hadiah tu Syafiq yang kasi..ambil lah..sempena Birthhday kau,"tambah Amira pula.
"Oh...,"telefon bimbitku tiba-tiba berbunyi.
"Ya...jap lagi Nurul turun...o.k,"aku menekan butang merah.Wajah rakan-rakan sekelasku aku pandang.
"Sorry kalau aku ada buat salah dengan korang.Abah aku nak cepat tu..Belajar rajin-rajin sikit weh,"aku memeluk Malisa,Amira dan semua budak perempuan.Masa tu,aku tak dapat tahan air mata nie dari mengalir.Sungguh.Aku akan rindukan sekolah nie.
"So...KP baru...kau jaga baik-baik sekolah nie..jangan buat perangai pemalas kau tu,"Danie tergelak ketika mendengar amanat terkhir yang disampaikan olehku itu.Tadi sempatlah jugak aku terserempak dengan guru disiplin,Cikgu Ruzman kata..sayanglah aku dekat sekolah nie jadi KP..dekat sana nanti jadi budak biasa aje..Itu apa yang Cikgu Ruzman cakap.Aku baru aje pegang jawatan KP..tak sampai tiga bulan pun.Apa-apa pun..aku tahu..aku nie bukan seorang KP yang baik.yang terlalu tegas...ada masanya aku juga tak terkecuali daripada melanggar peraturan sekolah.Baru sahaja kakiku ingin melangkah keluar dari kelas,tanganku ditarik.
"Tak nak tunggu Syafiq ker?Dia tolong cikgu Chemist ambik fail dekat bilik guru,"kening Malisa terangkat.Dia tersenyum.
"Tak ada kerja aku nak tunggu dia..okeylah..aku pergi dulu..bye,"laju sahaja kakiku bergerak menuruni tangga.Terjumpa pulak dengan cikgu Chemist.
"Cikgu Faridah,"aku bersalam-salaman dengan Cikgu Faridah.Dekat belakang Cikgu Faridah,ada Syafiq.Tengah pegang sekotak fail.
"Dengar cerita...awak nak pindah sekolah..dekat mana?,"Cikgu Faridah tersenyum.
"Selangor,"
"Belajar rajin-rajin Nurul..biar dapat result bagus.Cikgu tahu kamu pandai.,"Cikgu Faridah kemudiannya meminta diri.Bimbang kawan-kawan aku tunggu terlalu lama.Aku menyoroti langkah Cikgu Faridah.Syafiq pula kaku di hadapan aku.
"Kau nie pulak kenapa?Tak nak balik kelas?,"seperti biasa...aku bertanya dengan perasaan menyampah.Urghh..aku still berdendam dengan mamat nie.Sebab semalam dia marah aku.Lagipun dia sendiri kata kan...dia tak nak kawan dengan aku..Ikutkan hati malas dah nak bertegur sapa dengan dia nie.Syafiq mengukirkan senyuman.Macam handsome?Erkk..tapi memang handsome pun..ish...tak boleh2...Syafiq tu tak handsome.Perangai entah apa-apa.
"Dah nak pindah pun nak gaduh dengan aku lagi?Okey lah..kita kawan.Kosong-kosong lah ek,"
"Banyak cantik muka kau,"Mintak maaf?Sorry..maaf tak diterima.Aku nie payah sikit kalau nak maafkan orang.Tak tahu la kenapa.Memang aku nie jenis yang keras hati kot.
Syafiq ketawa mendengar kata-kata aku.Lawak ker?Aku nie tengah serius dia boleh bantai gelak.Ini yang buat aku bengang nie.
"Aku anggap kau dah maafkan aku...,"mata Syafiq melekap pada hadiah di tanganku.
"Selamat Hari Jadi Nurul...kalau kau tak nak maafkan aku..bagi balik hadiah yang aku kasi tu,"cheh..main ugut-ugut la pulak.
"Kau nak balik ker?Ambil lah..aku tak kisah..,"aku menghulurkan bungkusan hadiah kepadanya.
"Sekali jer...cuba kau terima maaf aku..Tu jer yang aku mintak sebagai balasan hadiah tu...lepas nie kau susah dah nak jumpa aku Nurul,"aku yang mendengar menimbang-nimbang.
"Okey la..aku maafkan kau.Terima kasih la sebab bagi aku hadiah nie,"Syafiq aku lihat tersengih-sengih.
"Cair aku....ikhlas tak nie kau maafkan aku?,"
"Tak,"aku menjawab pendek.
"Poyo..ermm..er..er..aku ada benda nak cakap nie...huhh,"Syafiq menarik nafas.Entah apa yang dia gelabah sangat.
"Er...aku...aku...,"tak sempat dia nak menghabiskan ayat,kolar baju Syafiq tiba-tiba ditarik dari belakang.
mmm...mesti becinta ble dah jumpa kat 'u'..adat la tu gaduh tp suke..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ni mesti abah nurul dtg..