BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, November 10, 2009
Novel : Hanya Dia 2
Nama Pena : Puteri Selendang Biru

BAB 4

SUDAH seminggu Aiman berada di Pantai Miami bersama Maisara. Sepanjang masa Maisara berada di sampingnya.
Membancuh susu, memandikan dan menidurkan Aiman bagai sudah menjadi tanggungjawab Maisara selama Aiman di situ. Maisara senang melakukan semua itu.
Walaupun Aiman masih kecil namun kasih sucinya bagai dapat dirasai Maisara. Aiman sentiasa menangis apabila terjaga dari tidurnya. Namun, apabila Maisara menghampiri, tangisannya akan terhenti. Dia akan tersenyum apabila Maisara memanggil-manggil namanya. Melihatkan Maisara, Aiman akan menendang-nendang kakinya dan tangannya diangkat tinggi seolah-olah ingin menggapai Maisara dan meminta Maisara mangangkatnya.
Perlahan-lahan Maisara meletakkan Aiman di dalam baby court setelah bayi itu terlena. Tubuh kecil itu dipusing dan dia meletakkan Aiman secara meniarap agar bayi itu tidak mudah terkejut.
Rambut Aiman yang jarang-jarang dibelai perlahan lalu dia menghembuskan nafasnya.
Hari ini, Maimun akan menghantar Aiman kepada Fariz semula setelah seminggu bayi itu bersama mereka.
Hati Maisara merasa gelisah. Dia pasti merindui Aiman. Aiman sudah menjadi sebahagian dari hidupnya. Ingin sahaja dia meminta agar Aiman diserahkan padanya. Tetapi, siapalah dia. Fariz lebih berhak terhadap anak itu. Mana mungkin Fariz menyerahkan darah dagingnya kepada Maisara melainkan…..
Maisara menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak! Dia tidak mahu memikirkan perkara itu. Mengingatkan sahaja permintaan Suhana dan rayuan Maimun, fikirannya akan jadi tak menentu.
"Sara….." Terdengar satu suara garau menegurnya dari belakang.
Maisara terngadah. Degup jantungnya semakin kencang. Dia cukup mengenali suara itu. Suara yang sudah lama tidak didengarnya. Suara yang telah lama tidak menyebut namanya.
Maisara kaku di situ. Ingin berpaling dan memandang empunya suara itu, dia tidak sanggup. Lantas dia hanya membeku di situ dan membuang pandangannya pada Aiman.
Dia dapat merasa dirinya semakin dihampiri. Derapan kaki itu semakin mendekat. Melalui ekor matanya, dia dapat melihat susuk tubuh yang telah pun berdiri di sisinya.
"Sara…." Suara itu kedengaran lagi. "Sara apa khabar?"
Maisara memejam matanya rapat. Dia cuba menenangkan hatinya sendiri sedangkan dia tahu bila-bila masa sahaja airmatanya akan mengalir.
Apa khabar? Setelah apa yang kau dah lakukan, kau masih bertanyakan khabar aku?
Tanpa menjawap soalan itu dan tanpa memandang wajah di sebelahnya, Maisara berpusing lalu langkah dihayun untuk meninggalkan ruangan itu.
Namun langkahnya terhenti apabila lengan tangannya digenggam. Maisara menutup matanya rapat. Dia cuba mencari kekuatan untuk berhadapan dengan lelaki itu.
"Lepaskan saya!"
Terdengar satu keluhan dilepaskan. Perlahan-lahan dia terasa tangannya dilepaskan. Maisara yang membelakangi Fariz memeluk tubuh.
"Maafkan saya…." Buat pertama kali Maisara mendengar ungkapan itu dari Fariz setelah apa yang terjadi dahulu.
"Awak terlalu bencikan saya?" tanya Fariz.
"Tak perlulah awak menagih simpati dari saya setelah apa yang awak dan Suhana telah lakukan pada saya. Apa yang berlaku cukup menyiksa perasaan saya!"
"Awak terlalu pantas menjatuhkan hukuman tanpa awak ketahui hakikat yang sebenarnya, Sara," ujar Fariz lagi. "Saya tahu awak tersiksa, tapi sekurang-kurangnya maafkanlah kesalahan Suhana."
Hati Maisara tersentuh mendengar nama Suhana meniti di bibir lelaki itu.
"Awak tak layak menuduh saya begitu sedangkan segala yang terjadi berpunca dari awak sendiri!"
Tanpa menunggu lebih lama, Maisara berlalu keluar dari kamar itu. Lebih lama dia di situ, dia khuatir jika kemarahan dan kesedihan yang selama ini dipendam tidak dapat di tahan. Dia tidak mahu orang tuanya mengetahui apa yang telah terjadi antara dia, Fariz dan arwah Suhana.
Fariz yang masih disitu hanya memerhati langkah Maisara yang berlalu pergi.
Dia tahu perbuatannya cukup mendera gadis itu. Takkan mudah baginya mendapat kemaafaan Maisara. Kebencian Maisara padanya cukup jelas dari reaksi yang ditonjolkan.
Fariz mendekati Aiman dan mengusap lembut rambut yang halus itu agar bayi itu tidak terganggu tidurnya.
"Maafkan papa Aiman…" lesu tutur kata yang diucapkan.
Perlahan-lahan Fariz mengangkat tubuh kecil Aiman dan membawanya dalam pelukan. Kemudian dia berlalu menuju ke tingkat bawah di mana Khalid dan Maimun sudah sedia menunggu.
"Kalau senang-senang datinglah ke mari bawa Aiman sekali ya Fariz," pinta Maimun. "Aimanlah satu-satunya harta yang ditinggalkan arwah Su. Janganlah dipisahkan dia dari kami."
Fariz mengangguk-angguk. Dia sedar, keluarga mertuanya lebih berhak terhadap Aiman berbanding dia dan keluarganya.
"Umi jangan risau, Fariz akan bawa Aiman ke sini bila-bila saja umi mahu," janji Fariz.
"Kalau ada apa-apa jangan segan-segan datang ke sini. Walaupun arwah Su dah tak ada, Fariz tetap menantu kami," ujar Khalid kemudian.
"Fariz faham, abah." Kemudian Fariz menunduk dan menyalami kedua-dua orang tuanya. "Fariz pulang dulu."
Sebelum Fariz pergi bersama Aiman, sempat Khalid dan Maimun mengucup cucu mereka.
Hati Maimun mengangis. Entah bila agaknya Aiman dan Fariz akan datang ke sini lagi. Aiman…..

DI balik jendela kamar, Maisara memerhati Fariz membawa Aiman bersamanya.
Pintu kereta di sebelah kiri di buka. Aiman diletakkan di dalam baby’s chair. Kemudian Fariz ke tempat pemandu dan menghilangkan diri di dalam perut kereta.
Tak lama kemudian, kereta Fariz keluar dari perkarangan rumah.
Tirai jendela ditutup. Maisara bersandar di situ lalu melepaskan keluhan.
Kenapalah fariz perlu datang ke mari? Bukankah umi dan abah yang sepatutnya menghantar Aiman ke sana.
Kesal hatinya tidak terkira. Kalau tidak kerana kedatangan Fariz tentu sahaja dia akan memeluk dan mencium Aiman sepuasnya sebelum bayi itu meninggalkan rumah ini.




BAB 5


MAISARA membelek-belek dirinya di cermin besar itu. Dia berpusing ke kanan dan ke kiri untuk melihat penampilannya. Setelah berpuas hati dia bergerak mencapai tas tangan dan fail di atas meja.
Kemudian kakinya melangkah menuruni anak tangga, satu persatu. Langkahnya di hayun menuju ke meja makan.
Khalid dan Maimun yang hampir menyudahi sarapan pagi mereka lantas membuang pandangan kapada Maisara yang sudah pun duduk di sisi mereka.
"Kenapa lama sangat bersiap?" tanya Maimun. Maisara di sisinya hanya tersenyum.
Memang pagi itu Maisara agak terlambat untuk bersarapan bersama mereka. Dia perlu memastikan penampilannya kemas untuk menghadiri temuduga. First impression is important.
"Kejap lagi Pak Kassim akan harta Sara ke sana," beritahu Khalid.
"Tak payahlah abah, Sara boleh pergi sendiri," bantah Maisara.
"Naik apa? Nak naik Kancil Sara yang selalu meragam tu?" Khalid menggeleng. "Entah-entah belum sampai setengah jalan buat hal lagi."
Maisara mencebik. Dia tahu Kancil yang di belinya ketika di Perlis itu memang selalu meragam. Maklumlah kereta second hand. Tetapi itulah harta pertama yang dibeli dengan titik peluhnya sendiri.
"Dah berapa kali abah suruh Sara tolak Kancil tu. Tapi Sara degil!"
"Abah janganlah cakap macam tu. Kancil tu masih boleh digunakan lagi. Bukan selalu dia meragam. Kadang-kadang je, itu pun kalau perjalanan jauh," bidas Maisara.
"Kalau diikutkan, Pantai Miami dengan pusat bandar memanglah tak jauh mana. Tapi abah takut kalau-kalau Sara ‘tersangkut’, macam mana? Bila dah tersangkut perjalanan yang dekat tetap mengambil masa yang lama. Kalau Kancil tu buat hal, bila jam, jam teruslah nampaknya Kancil tu," omel Khalid.
"Betul cakap abah tu Sara. Karang temuduga ke mana, Kancil ke mana. Tanam anggur lagilah nampaknya," usik Maimun sambil tersengih.
"Habis kalau Pak Kassim hantar Sara, abah pergi kerja dengan apa?"
"Kita pergi sekalilah. Lepas dia hantar abah ke pejabat, dia hantar Sara pulak." Khalid menghirup kopi yang mesih berbaki. "Nanti Pak Kassim tunggu sampai habis temuduga."
Maisara hanya terdiam. Ada betulnya jugak saranan abahnya. Tak perlulah dia bersusah payah pergi sendiri.
"Dah jom!" Sekilas Khalid melihat jam di pergelangan tangannya. "Temuduga pukul sembilan, kan? Nanti lambat pula!"

MAISARA menarik nafas lega. Setelah mengucapkan terima kasih dia berlalu keluar. Daun pintu ditutup perlahan. Segala-galanya dipastikan sempurna.
Sebelum keluar dari pejabat yang terletak di Bangunan Syed Putra itu, sempat dia berbual sebentar dengan seorang staff perempuan, Noni nama timangannya.
"Terima kasih ye, Noni," ucapnya seraya memandang kepada seorang perempuan dan dua orang lelaki yang masih berada di kerusi menunggu. "Ramai ke yang datang temuduga?"
"Banyak permohonan, tapi cuma empat orang sahaja yang dipanggil. Tapi itupun untuk jawatan berbeza."
"Jawatan berbeza? Jawatan yang saya pohon ni??" Maisara mula melebarkan senyuman. Noni yang memahami apa yang tersirat di hati Maisara mendekatkan bibirnya dengan telinga gadis itu.
"Antara awak dengan perempuan yang sorang lagi tu," Dia memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah seorang lagi perempuan yang sedang duduk bersama Maisara sebentar tadi.
Maisara mengangguk-anggukkan kepalanya lalu tersenyum memandang Noni. Gadis yang memakai skirt pendek separas lutut dan berkemeja biru lembut ini memang peramah dan mudah mesra.
"Tapi saya harap, awak yang akan diserap masuk. Sebab dari tadi saya tengok perempuan tu, langsung tak senyum. Tak mesra alam!"
Maisara tertawa kecil. Ayat Noni yang terakhir itu menggeletek hatinya.
"Saya pun harap macam tu." Maisara bersuara riang. "Belum dah kerja dah dapat kawan!"
Setelah berbual-bual seketika, Maisara meminta izin untuk pulang. Sebelum dia keluar dari ruangan pejabat, sempat Noni memberitahu segala keputusan akan dimaklumkan selewat-lewatnya tujuh hari berkerja bermula dari esok hari.

DALAM perjalanan pulang ke Pantai Miami, sekali lagi Maisara membelek-belek fail ditangannya. Sijil-sijil Penghargaan yang disimpan, dibelek satu-persatu. Sengaja dia berbuat begitu untuk menghilangkan rasa bosannya.
Sampai sahaja di muka terakhir fail, tangannya terhenti di situ. Matanya terancap kepada foto yang terselit disitu. Pantas wajahnya berubah.
Foto Aiman yang diambilnya ketika bayi itu dalam jagaannya, di ambil dan ditatap lama. Terasa ada takungan di kelopak matanya.
Aiman…..
Perasaan rindu terhadap bayi itu semakin membuak-buak. Lebih dua minggu dia tidak melihat wajah comel itu setelah Fariz mengambilnya. Rindunya pada tangisan dan senyuman manja Aiman terbayang diruang ingatannya.
Maisara mengerling jam di tangan. Baru jam sebelas. Tentu Fariz masih lagi di pejabat. Inilah masanya!
"Hari ni, abah ada meeting di mana-mana tak? Atau keluar berjumpa dengan klien?"
"Tak," jawap Pak Kassim ringkas. "Kenapa, Sara nak ke mana-mana ke?"
"Kalau tak keberatan boleh tak Pak Kassim hantar Sara ke rumah Fariz? Sara rindukan Aiman!" Sebak suara itu menuturkan kata.
Lantas, Pak Kassim memandu keretanya memasuki perkarangan rumah mewah di Bandar Tanjung Bungah itu.
Setibanya di pintu depan banglo tiga tingkat itu, Maisara memberanikan diri. Loceng ditekan. Apabila pintu pagar terbuka, Maisara melangkah masuk ke halaman lalu berhenti di situ menanti orang datang menjemputnya.
"Non Sara!" Kelibat pembantu rumah warganegara Indonesia muncul setelah pintu utama di buka dari dalam.
"Tarti, ada orang di rumah?" tanya Maisara. Tarti membuka luas pintu utama lalu menjemputnya masuk.
"Jemput duduk, non. Non datang pasti mahu jumpa sama Aiman, kan?"
"Tak de orang di rumah ke Tarti?" tanya Maisara sekali lagi kerana soalannya masih belum dijawap. Suasana di rumah besar itu sunyi dan sepi.
Maisara mengetap bibir. Rugi seandainya Aiman tidak ada sedangkan dia sudah pun tiba di situ.
"Non duduk bentar ye….Tarti bikin minumannya." Kelibat Tarti hilang tanpa menjawab soalannya.
Maisara berjalan-jalan sambil matanya memerhati ruang tamu yang luas dan dihiasi indah dengan pelbagai barangan seramik. Terdapat berbagai tulisan khat yang terlekat di dinding. Terdapat juga pasu-pasu bunga yang Maisara pasti tentu mahal harganya menghiasi sudut-sudut ruangan tamu itu.
Tetapi bukan pada perhiasan di rumah itu yang menjadi perhatiannya. Dia masih tertanya-tanya ke mana pergi penghuni di rumah besar itu.
Setelah yakin dan pasti penghuni rumah itu tidak ada, pantas Maisara berlalu pergi tanpa menunggu Tarti datang semula.
"Sara!" Suara garau itu mematikan langkah Maisara. Maisara cukup kenal dengan suara itu. Tanpa berpaling dan bersuara, langkah diteruskan semula.
Namun sekali lagi langkahnya terhenti apabila dia terdengar tangisan Aiman. Dia berpaling. Aiman yang berada dalam dukungan Fariz menangis kuat. Kakinya di tendeng-tendang dan tangannya yang digenggam, terkapai-kapai. Aiman menangis sambil memandangnya seolah-olah bayi itu mahu Maisara mengambilnya.
Sebak mendengar tangisan itu, airmata Maisara juga tumpah dan mengalir ke pipi. Tanpa memperdulikan Fariz, Maisara terus menerpa Aiman dan mengambilnya dari Fariz.
Maisara pura-pura tidak mengendahkan lelaki itu saat tangan mereka bersentuhan ketika Aiman bertukar tangan. Aiman dipeluk erat dan wajah bayi itu dicium sepuasnya. Tangisan Aiman terus terhenti sebaik sahaja Maisara mengusap dan membelainya.
"Aiman dah minum susu ke?" tanya Maisara walaupun dia tahu Aiman tidak akan menjawap soalan itu. Soalan itu lebih ditujukan kepada Fariz tetapi dia tidak mahu bertanya terus kepada lelaki itu.
Fariz yang memahami soalan itu ditujukan kepadanya hanya tersenyum. Lalu dia menghenyak tubuhnya berhadapan dengan Maisara. Maisara mula kelihatan tak tentu arah tetapi dia cuba bersikap selamba.
Sesekali matanya mencari kelibat Tarti yang hilang sedari tadi.
Mana Tarti ni? Kata nak buat air, tapi tak muncul-muncul pulak!
"Dia baru lepas minum susu," jawab Fariz. "Sara sihat?"
Soalan Fariz tak bersambut. Maisara terus mengacah-acah Aiman hingga bayi itu tertawa mengekek.
Satu perubahan baru bagi Maisara. Sewaktu bersamanya dahulu Aiman hanya tersenyum tetapi bayi kini bayi itu sedah pandai mengekek. Maisara makin terhibur mendengar Aiman mengekek.
Fariz yang menjadi pemerhati juga ikut tersenyum melihat Aiman yang terhibur dengan acahan Maisara.
Tiba-tiba sahaja Aiman berhenti mengekek. Acahan Maisara tidak bersambut. Kemudian Maisara melihat, wajah Aiman berubah merah. Sesekali Aiman meneran. Maisara ketawa kecil.
"Aiman ‘uk-uh’ ke sayang…"
"Kenapa? Dia ‘melepas’ ke?" tanya Fariz.
Maisara menyelak sedikit lampin Aiman. Memang benar telahannya. Mahu tak mahu Maisara terpaksa juga bertanya kepada Fariz.
"Mana lampin Aiman?" tanya Maisara tanpa memandang lelaki di depannya.
"Di bilik atas. Marilah saya tunjuk." Fariz mendahului Maisara ke tingkat atas.
Pintu bilik dibuka untuk memberi laluan kepada Maisara. Maisara melangkah masuk. Sempat matanya melirik setiap sudut kamar itu. Luas dan ringkas hiasannya.
Aiman diletakkan dibirai katil. Setelah membuka pakaian Aiman, Maisara membawanya ke bilik air. Tak lama kemudian Maisara muncul dan melihat segala persiapan Aiman telah diletakkan di atas katil.
Maisara mengerling Fariz yang berdiri di muka pintu, bukan dia tidak tahu sedari tadi mata itu sentiasa memerhati pergerakannya. Memang dia agak gemuruh namun sengaja dia berpura-pura tidak mengambil peduli terhadap pandangan lelaki itu.
Usai menyiapkan bayi itu, pantas Maisara membawa Aiman turun semula. Sesekali mata Maisara melirik mencari kelibat lain jika ada.
"Awak cari siapa?"tanya Fariz yang menyedari kelakuan Maisara.
"Mana semua orang?"
"Diorang semua tak ada," ringkas sahaja jawapan Fariz. "Sebab tulah saya terpaksa ambil cuti, jaga Aiman. Nasib baik awak datang." Fariz bersuara manis.
Dia ingin sekali bermesra dengan gadis itu seperti waktu lalu. Mendengar suaranya, jelingan manjanya dan senyumnya. Namun semua itu hanya impian. Dia tahu semua yang dirinduinya itu telah hilang semenjak dia memilih untuk bersama Suhana.
Maisara melirik jam dipergelangan tangannya. Sudah terlalu lama dia di situ. Dia khuatir jika terlalu lama, dia akan menyusahkan Pak Kassim yang sedari tadi masih menunggunya. Lagi pun, Pak Kassim perlu menjemput abahnya pulang jam enam nanti.
Setelah meminta diri kepada Fariz, Maisara menyerahkan Aiman kepada lelaki itu. Sebelum itu Maisara sempat memeluk dan mencium Aiman.
"Sara…" Fariz mencapai pergelangan tangan Maisara sebelum sempat dia melangkah pergi.
"Selalulah datang ke mari….Saya pasti, Aiman akan rindukan awak!"
Sebaik Fariz berkata begitu Maisara menarik tanggannya dan berlalu pergi. Dia hilang di dalam perut kereta yang kemudiannya pergi dari perkarangan rumah.
Saya juga akan rindukan awak….Sara…
posted by Penulisan2u @ 9:00 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
7 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group