BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, November 06, 2009
Novel : Hadirmu, Takdirku 19
Nama Pena : Kak Lyne

Bab 19


"Pak Su, Jeff rasa Jeff sudah tunggu cukup lama. Jeff sudah cukup bersabar menunggu. Sekarang ini Jeff hendak jawapan dari Pak Su."

"Ah… ah… Pak Su Adli sudah tidak dapat mengelak lagi. Memang betul kata-kata Jeffrey, Pak Su Adli tengok Jeffrey sudah cukup bersabar. Jeffrey sekarang bukan macam Jeffrey yang dulu. Banyak betul perubahan pada diri Jeffrey sejak dia balik dari US. Jeffrey boleh mengawal dirinya dan menunggu dan menunggu sehingga saat yang betul-betul sesuai untuk mendapat jawapan dari Pak Su Adli. Jika Jeffrey yang dulu, mesti awal-awal lagi Jeffrey sudah mengamuk. Mereka sekarang berada di ruang tamu rumah nenek. Mak Cik Ani dan nenek juga ada bersama mereka di ruang tamu tersebut. Nenek masih tidak tahu apa yang sedang berlaku. Dia kelihatan hairan melihat Pak Su Adli yang kelihatan teragak-agak, manakala Jeffrey dan Mak cik Ani nampak sedang marah.

"Abang, baik abang bagi tahu kami apa yang sebenarnya berlaku." Kata Mak Cik Ani.

Pak Su Adli memandang wajah isterinya dan ibunya, kemudian wajah Jeffrey. Jeffrey bukan lagi anak remaja yang dia boleh tipu. Jeffrey sudah jauh lebih matang dan kadang-kala Pak Su Adli lihat Jeffrey sudah menjadi seperti Dato Hisham. Pak Su Adli memang takut dan amat hormat dengan Datuk Hisham. Kini dengan Jeffrey juga sudah timbul perasaan gerun dan hormat itu.

"Apa lagi abang? Cakaplah." Gesa Mak Ani tidak sabar melihat Pak Su Adli yang masih termangu-mangu, tidak bercakap apa-apa pun. Agaknya dia menanti sesuatu atau sesiapa akan menyelamatkannya? Kali ini Datin Maimunah tidak ada di sini untuk menyelamatkan dirinya.

"Napo ni Ani?" Nenek hairan melihat keadaan tegang antara anak cucunya itu.

"Ini, anak Omak ini. Omak tanyo ngan dio, apo dio dah buet?" Mak Cik Ani berkata dengan geramnya.

Selalunya dia berlembut, tetapi kali ini dia tidak boleh bersabar lagi. Tujuh tahun dahulu tanpa dia sedari dia terlibat sama dalam komplot untuk menganiaya Hana. Mak Cik Ani sedar dia ditipu oleh Adli apabila dia lihat Jeffrey terkejut bila mengetahui tentang Fiqah. Ini bermakna Jeffrey tidak tahu menahu tentang Hana yang hamil ketika itu. Ini membuat dia menjadi marah. Padahal ketika itu dia memang rasa sedih melihat kelukaan hati Hana. Mak cik Ani ingat Jeffrey yang bersifat tidak bertanggungjawab. Selama ini dia salahkan Jeffrey dalam hal ini. Tetapi dia tidak pernah menyangka ini semua angkara Datin Maimunah dan Adli. Mereka sanggup berbuat sehingga begini kejam terhadap gadis malang itu. Juga terhadap Jeffrey, anaknya sendiri.

"Budak tu yang nak serahkan anak tu, abang ikut aje." Adli cuba berdolak dalih, masih cuba menyelamatkan dirinya sendiri.

"Abang jangan bohong bang! Saya tahu Hana tu Bang, saya yang jaga dia. Tidak mungkin dia senang-senang serahkan bayi tu pada orang. Dia sayang sangat dengan Jeffrey dan sayangkan bayi dalam kandungannya itu. Baik abang cakap yang betul. Berapa lama lagi kita nak berdosa dengan Hana dan Jeffrey." Bentak Ani. Dia nampaknya sungguh-sungguh marah.

Bertenang Mak Su, kata Jeffrey. Kesabarannya masih dapat di bendung lagi. Dia juga terasa bila Mak Cik Ani kata Hana begitu sayangkan Jeffrey sepanjang dia mengandungkan bayi mereka. Rasa bersalah menerpa Jeffrey. Semua ini salah dia. Dia mesti tahu apa yang sebenarnya yang telah terjadi.

"Baik Pak Su ceritakan pada Jeff apa yang sebenarnya berlaku pada Hana. Jeff perlu tahu."

"Apo ni Jeff?" Nenek bingung. Jeff konal ngan Hana ko?"

Adli tahu dia sudah tidak ada jalan keluar lagi. Akhirnya dia pun menceritakan apa yang sebenarnya berlaku 7 tahun yang lalu. Apa peranan yang dimainkan di dalam komplot ini dan bagaimana Datin menjadi Master mindnya. Mak cik Ani turut menambah apa yang dia ketahui. Mengucap panjang bila nenek mengetahui hal sebenar.

"Bayi Hana tu, anak ekau Jeff? Nenek macam tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

"Li! Napo tak bagi tau. Buleh Omak uruskan! Apo punyo nusia ekau ni. Itu bule jadi cicit omak tu! Ekou sugruhnyo den kasi orang lain bela.! Bukan nusia ni. Tak do hati pegrut langsung.!" Nenek pula naik marah dengan Pak Su Adli.

"Mula-mula Mak Su ingat Hana tu ada niat tidak baik terhadap keluarga kita. Datin dan Pak Su yang cakap macam tu. Mereka suruh mak cik pujuk Hana baik-baik, menurut mereka, tak mahu Hana buat kecoh ,nanti malu keluarga kita. Jadi Mak cik ikut aje. Mak cik pun turut bersalah Jeff. Bila mendampinginya, baru Mak Su sedar kebaikan yang ada Hana. Dia sangat menyayangi Jeff."

"Datin suruh Pak Su Adli bawa Hana tinggal dengan nenek di sini. Dia tidak mahu orang di kolej Jeff tengok Hana hamil, mesti mereka tahu ini angkara Jeff. Mereka janji dengan Hana, akan panggil Jeff pulang. Hendak dikawinkan dengan Hana. Mak Su ingat betullah, itu yang mereka akan buat. Mak Su ingat Jeff akan balik dan kawin dengan Hana."

Jeffrey mendengar penjelasan yang Mak Su Ani berikan. Hiba betul rasa hatinya. Ini semua berpunca dari Jeffrey. Dia yang tidak bertanggung jawab ke atas perbuatannya. Dia tidak tahu dosa dan pahala ketika itu. Dia terlalu menganggap mudah masalah yang Hana hadapi. Dia tidak boleh salahkan Pak Su Adli dan Bonda. Ini semua salah dia. Jeffrey pun tidak pasti jika dia pun akan bertindak matang dan mengahwini Hana ketika itu. Tetapi sekurang-kurangnya dia mesti diberitahu tentang Hana.

"Jadi Hana ada telefon Pak Su?"

Pak Su Adli angguk kepalanya sambil berkata dengan perlahan.

"Bila tahu Hana hamil, Mak saudara dia minta Jeff balik, minta Hana di kawinkan dengan Jeff. Untuk tutup malu dan tebus dosa. Kalau Jeff dan Hana kawin dalam masa lebih dari 180 hari bolehlah anak itu di binkan nama Jeff."


"Habis tu kenapa Pak Su tidak bagi tahu Jeff?" Walaupun Jeffrey bertindak sebagai seorang yang tidak bertanggung jawab, Jeffrey tetap menanti untuk mendapat berita daripada Hana. Pada masa mula-mula dia menjejakkan kakinya ke US, Jeffrey sangat merindui Hana. Tetapi tidak dapat menghubungi Hana kerana sikap pentingkan dirinya dan kerana terlalu mempercayai Pak Su Adli.

"Pak Su bagi tahu Hana, Jeff tidak mengaku bertanggung jawab atas bayi yang Hana kandung. Pak Su kata Jeff suruh Hana gugurkan kandungan Hana tu." Mak Cik Ani menyambung cerita Pak Su Adli.

"Ya Allah!" Jeffrey mengucap panjang. Tidak dapat dia bayangkan keadaan pada masa itu. Bagaimana agaknya perasaan Hana ketika menerima berita itu? Mesti hatinya hancur lebur. Jeffrey tahu ketika itu Hana sangat-sangat sayangkan Jeffrey. Ini semua salah dia. Dia yang tidak berguna.

"Hana sungguh terkejut terima berita itu, langsung terjatuh dekat tangga depan tu." Mak Cik Ani menunjuk ke arah tangga di depan rumah nenek. Mak Su betul-betul ingat dia akan mati selepas dia jatuh Jeff. Teruk sangat keadaan dia pada masa tu."

Jeffrey meraup-raup mukanya berkali-kali, tidak dapat bayangkan penderitaan Hana ketika itu. Makin banyak dia dengar, makin terseksa jiwanya.

"Patutlah nenek nengok dio mengelamun ajo hari tu. Adli, Adli apo nak jadi ekau ni?" keluh nenek.

"Tapi Mak Su berani sumpah , MakSu tak tahu bayi itu masih hidup. Mak Su memang ingatkan bukan sahaja bayi tu, Hana pun mungkin tak dapat di selamatkan." Mak Su Ani mengesat air matanya mengenang kejadian malang yang telah terjadi. Kalau semua orang tidak mahu bayi itu, Ani hendak bayi itu, Sudah bertahun-tahun dia cuba mendapatkan anak tetapi tidak berjaya. Tetapi setengah dengan senang-senang membuang bayi yang tidak berdosa itu.

"Bila Pak Su kata Hana selamat, Mak Su amat bersyukur, Mak Su sayang dengan Hana. Dia budak baik."

"Nenek tak tahu Jeff, bayi tu anak ekau? Kalu tidak, takkan do nenek bagi Mak Kiah." Nenek pun menyesal kerana tidak mengetahui keadaan sebenar. Nenek boleh bela, kalau semua orang tak hendak bayi tu. Itu cicit den tu!.

"Pak Su nak bagi anak tu pada Hana. Biar dia bela. Tetapi Bonda Jeff tak benarkan. Dia suruh get rid of the baby." Pak Su Adli cuba mmpertahankan dirinya. Buat apa dia aje yang kena marah, padahal semua ini angkara Kak Long.

Pak Su Adli menyambung lagi. "Pak Su kata pada Bonda, biar Hana bela bayi itu, lagipun dia takkan cari Jeff sebab dia ingat Jeff tidak mahu dia lagi. Tetapi Bonda tidak perduli. Dia tidak mahu Hana datang menuntut apa-apa dengan Jeff in future. Dia hendak semua bukti-bukti yang menghubungkan Jeff dengan bayi itu dan juga dengan Hana dihapuskan, jangan sampai boleh dikesan oleh sesiapa nanti. Jadi dia suruh bagi je pada rumah anak yatim. Tapi Pak Su tak sampai hati. Pak Su bagi pada nenek."

"Ekau ngan Kak Long ekau samo ajo. Memang tak guna langsung! Bilo bilo nak berubah ni?"

Jeffrey tidak dapat menahan sebak di hatinya. Dia tidak dapat mengambarkan penderitaan Hana selama ini. Dia telah membenci Hana, tanpa mengetahui keadaan sebenar. Anaknya dibela oleh orang lain. Kejamnya! Siapa yang lebih kejamya, Bonda, Pak Su Adli atau sebenarnya dirinya sendiri. Yang membuat keadaan lebih teruk lagi selama tujuh tahun ini Hana ingat anaknya sudah mati.

"Karang ini camno, Jeff?" Tanya nenek. Tidak dia sangka yang bayi yang diserahkan kepada Mk Kiah, sebenarnya boleh jadi cicitnya sendiri. Jika dia tahu, dia akan membelanya walaupun Datin atau Jeffrey tidak mahukan bayi itu. Dia akan besarkan bayi itu walaupun dia sudah tua dan tidak berdaya. Dia tidak akan menyerahkan kepada sesiapa!

"Munah, Munah, apo nak jadi ni………….." Nenek mengeluh panjang. "Li pun samo jo. Ponting harta bonda. Ekau ikuit sangatlah Kak long ekau tu.!. Montang-montang dia oghrang kayo la ni. Dio ingat semua orang boleh diboli ngan duit ko?" Nenek pula mula naik angin dengan perbuatan anak-anaknya.

"Nenek, sabar nenek." Pujuk Jeffrey.

"Kalau boleh Jeff nak anak tu balik, nenek!"

"Kalau ikut hukum, budak itu bukan anak ekau Jeff." Terang nenek.

"Jeff tahu nenek…. Tapi macamana pun Jeff nak dia balik. Kalau perlu ambil sebagai anak angkat, Jeff akan buat semua tu. Jeff tidak perduli. Jeff hendak ambil dia balik."Jeffrey mula berkeras.

Nenek mengangguk memahami perasaan Jeffrey.

"Kita cubo minta baik-baik dengan Kiah. Tadi Kiah ado jugo ngadu, sapo nak jago cucu dio..? Dia dah tak do sapo-sapo lagi.. Ekau tahukan cuma Dollah tu sorang anak dio.

Jeffrey tekad, dia mesti betulkan keadaan ini, dia mesti tebus kesalahannya.

"Nenek cubalah nenek.. Jeff betul-betul nak kan anak Jeff tu balik. Kalau tak dapat Jeff sanggup masuk mahkamah nenek.

"Tak po Jeff, Tak po...nanti...nanti nenek cakap ngan Mak Kiah esok."

Besoknya, pagi-pagi lagi nenek pergi ke rumah Mak Kiah bersama dengan Mak Cik Ani, Pak Su Adli dan Jeffrey.

"Sapo nama dio Kiah?" tanya nenek, memandang kepada Fiqah yang sedang duduk bersebelahan dengan Mak Kiah, matanya bulat memandang mereka semua.

"Nurul Afiqah bin Abdullah." Jawap Fiqah dengan begitu bersopan sekali.

"Sedap namanya," kata Jeffrey. Matanya tidak lepas-lepas memandang muka Nurul Afiqah. Fiqah memberikan senyuman manisnya kepada papanya.

"Fiqah sudah makan?" tanya Jeffrey lembut. Hatinya terasa sangat sayu.

Fiqah mengelenggelengkan kepalanya.

"Fiqah tak nak makan, Fiqah nak ayah dan umi." dia berkata perlahan. Kenyataannya itu membuat semua orang rasa sedih.

"Mak cik sayang dengan Fiqah ni, dialah buat penghibur dan penyeri rumah tangga Dollah dan Shimah." Mak Kiah tidak pula mempunyai loghat Negeri Sembilan yang pekat macam nenek. Dia berasal dari Pahang. Dia datang ke Felda Kampong Lui bersama suaminya empat puluh tahun dahulu. Kini Mak Kiah betul-betul keseorangan. Mak Kiah bercadang untuk balik ke kampungnya di Pahang. Kakaknya masih ada lagi di sana.

"Kiah, ini anaknyo Jeffrey, Kiah…………., Aku pun baru tahu ni Kiah. Ini anak Jeffrey….. Jeffrey ni, kalu boleh nak minta budak ni balik Kiah. Ekau bagi tak? Semalam ekau kata ekau risau tak do orang nak jago budak ni."

"Betul lah Mak Kiah. Mungkin untuk masa depan dia, elok Fiqah ni di bela oleh bapanya." Pujuk Mak Cik Ani.

"Saya sayang dengan dia Kak Piah. Memang saya tidak mampun membelanya. tetapi dia tetap cucu saya. Nanti bila saya rindu Fiqah macamana?"

"Tak apa Mak Kiah, kami takkan halang Mak Kiah daripada berjumpa dengan Fiqah. Pada Fiqah, Mak Kiah inilah neneknya. Kami akan bawa dia balik jumpa Mak Kiah selalu." janji Jeffrey.

Mak Kiah telah sanggup menjaga Fiqah sebagai cucunya sendiri. Manakala, Bondanya sendiri sanggup berkomplot membuang cucunya. Jeffrey tidak akan sanggup memutuskan perhubungan antara nenek dan cucu ini.

"Mak Kiah anggaplah saya ni sebagai anak mak cik, mulai sekarang. Dan Fiqah ini memang dari dulu sehingga bila-bila pun adalah cucu Mak Cik. Insya Allah bila cuti kami akan datang melawat Mak Kiah." ..kata Jeffrey ikhlas.

Akhirnya Mak Kiah mengangguk-angguk setuju. Sekurang-kurangnya masa depan Fiqah akan terjamin dan dia tidak akan kehilangan Fiqah.

Fiqah yang masih kecil cuma memerhatikan apa yang berlaku. Dia memandang Jeffrey lama-lama. Kemudian dia menunjukkan kepada Jeffrey dan mengapaikan tangannya sambil memanggil Jeffrey..

"Papa..Papa."

Mereka yang hadir memandang wajah yang comel itu. Kasihan dalam waktu yang muda ini sudah dua kali dia kehilangan ibu bapanya. Jeffrey berjanji akan membetulkan keadaan itu. Dia akan memberikan sepenuh kasih sayang kepada Fiqah.

Fiqah terus mengapai-ngapaikan tangannya minta Jeffrey menghampirinya.

"Papa!" dia panggil Jeffyre. Jeffrey menghampiri Fiqah, di lihat tangan Fiqah memegang Loket itu lagi.

Fiqah memegang tangan Jeffrey, dan menunjukkan Jeffrey pada semua sambil tersenyum.

"Papa..papa," itu sahaja yang disebutkan. Kemudian dia menoleh kepada Mak Kiah.

"Nenek. Umi kata ini papa Fiqah,"

"Iya Fiqah. Ini Papa Fiqah" Sahut Mak Kiah, sedik betul dia melihat keadaan Fiqah.

"Umi kata juga, sebelah ni patut ada gambar mama Fiqah." Dia menunjukkan kepada semua loket yang sudah terbuka itu sambil menundingkan jarinya pada sebelah loket yang tidak bergambar.

Jeffrey sungguh terharu, lantas didukung lalu di peluknya Fiqah. Semua lain yang hadir turut mengalirkan air mata. Rupanya Dollah dan isterinya dengan cara mereka sendiri telah memberitahu Fiqah sejak kecil lagi bahawa dia adalah anak angkat. Fiqah ada mama dan papanya yang lain, yang satu hari nanti akan mencari dirinya. Mereka berdua seperti sudah tahu bahawa Fiqah itu dipinjamkan hanya sementara kepada mereka. Fiqah itu dikurniakan kepada mereka untuk mengisi kekosongan mereka, mengembirakan hidup mereka yang singkat di dunia ini. Mereka juga telah ditakdirkan untuk menjaga Fiqah. Mereka telah dipilih kerana boleh menjaga Fiqah dengan baik kerana Jeffrey dan Hana belum layak untuk menjadi ibu bapa yang baik. Kini Jeffrey berazam untuk menebus balik kesalahannya itu. Dia akan menjadi bapa yang baik kepada Fiqah mulai hari ini.

"Papa? Mana Mama, Papa?" Tiba-tiba Fiqah bertanyakan soalan yang agak mengejutkan semua.

Jeffrey terdiam. Dia tidak tahu jawapan kepada soalan itu.

"Mana Mama, Papa? Fiqah hendak letak gambar Mama di sini. Papa ada gambar Mama tak Papa?"

Melihat Jeffrey masih mendiamkan diri. Jeffrey mengutuk dirinya lagi. Walaupun dia ada perhubungan dengan Hana hingga mendapat Fiqah, satu gambar Hana pun dia tidak simpan. Betapa dia seorang yang hanya pentingkan dirinya sahaja.

Fiqah bertanya lagi, kali ini lebih mendesak.

"Papa! Fiqah hendak Mama. Mana Mama, Papa?"

Jeffrey tidak sampai hati melihat muka comel itu kembali sedih.

"Fiqah, Papa tak tahu. Papa betul-betul tak tahu di mana Mama, tapi Papa janji, Papa akan cari Mama. Ok! Kita akan cari Mama Fiqah."

Mak cik Ani cukup terharu tetapi dia puas hati. Pak Su Adli yang dari tadi cuma mendiamkan dirinya pun rasa bersyukur. Dia sedar kesalahannya selama ini dan berjanji akan menebus kesalahannya. Tuhan masih beri dia peluang untuk bertaubat. Pak Su Adli memandang Isterinya Ani. Dia harap isterinya masih boleh menerimanya walaupun dia telah buat banyak kesalahan. Pak Su Adli tidak tahu apa yang dia akan buat jika Mak Cik Ani tidak mahu memaafkan kesalahannya. Selain daripada nenek dan Kak Long, Pak Su hanya ada Mak Cik Ani sahaja. Pak Su Adli juga telah berkali-kali memohon maaf dari Jeffrey. Buat diri Jeffrey pula, dia tidak boleh menyalahkan Pak Su Adli seratus peratus. Jeffrey juga bersalah. Menurut Jeffrey, bukan dia yang boleh maafkan Adli. Hanya Hana sahaja yang dapat memaafkan kesalahan mereka. Mereka mesti mencari Hana untuk memohon maaf darinya. Demi memenuhi permintaan Fiqah, demi kepentingan Fiqah dan demi masa depannya Fiqah, mereka mesti mencari mama Fiqah sehingga ketemu.
posted by Penulisan2u @ 7:08 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
4 Comments:
  • At 6/11/09 11:43 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih nyer..
    cpt2 smbung ek
    ble nak wat novel
    bg tau ok

     

  • At 6/11/09 2:50 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihnyaaaa...rasa sayu sgt...em harap harap fiqah dpt jupe mamanya....arrggg..sedihnyaaa....

     

  • At 6/11/09 4:48 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihnya cepat sambung yer ....
    -dizi7782-

     

  • At 6/11/09 11:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    suke sgt..tapi first rase cam x patut attitude hana cm tu..mak me think hana not a good girl..where's hana???lame lagi ke episod seterusnye??bani

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group