BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, November 13, 2009
Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 14
Nama Pena : Amauni

BAB 14

SASHA berjalan perlahan-lahan di perkarangan sebuah restoran makanan segera KFC. Matanya galak memerhati menu yang ditayangkan di cermin restoran berkenaan. Asyik sekali dia memerhatikan menu-menu tersebut sambil menelan liur.

Lapar benar dia hari ini kerana seharian tidak makan. Semuanya gara-gara bosnya yang menyuruhnya membuat kerja lebih masa. Perut Sasha berkeroncong sambil matanya terus memerhatikan menu. Lalu..

"Sha.." tegur satu suara lelaki dengan tiba-tiba membuatkan Sasha terkejut beruk. Dia menoleh dengan wajah yang berang. Ikutkan hati, ingin sahaja dia pelempang wajah entah siapa-siapalah yang berani menegur dia begitu. Mata Sasha tiba-tiba terbuntang melihat seraut wajah murung dihadapannya.

"Saiful?!!" teriak Sasha dengan wajah tidak percaya. Lelaki itu kelihatan muram dan tidak terurus. Sasha berasa simpati. Ini mesti kerana tidak dapat melupakan sahabatnya Nazifa.

"Sha, kau sihat?" soal Saiful dengan nada tidak bermaya namun mulutnya tetap dihiasi senyuman ikhlas. Sudah agak lama dia tidak bertemu Sasha, sejak berakhirnya majlis graduan pada hari itu, kira-kira sebulan yang lalu.

Majlis graduan yang sepatutnya diraikan dengan perasaan kegembiraan, namun pada hari itu segala impiannya bagaikan punah kerana kehilangan Nazifa. Mana tidaknya, Nazifa adalah sebahagian dari impian hidupnya selain dari impiannya menjadi seorang Jurutera. Kehilangan Nazifa ibarat sesuatu yang sekaligus meragut kebahagiaan hidup Saiful.

"Hmm..aku sihat. Kau?" Sasha cuba bersikap selamba setelah Saiful tiba-tiba terdiam.

"Aku? Macam ni laa..apa yang kau nampak sekarang, ni laa aku.."

"Lama betul tak jumpa kau..eh, kau buat apa kat sini? Tak sangka pulak boleh jumpa kau kat sini! Aku dengar, kau pergi lanjutkan pelajaran kat luar negara..tapi, kenapa kau ada kat sini pulak?" Sasha mengerutkan dahi.

Memang dia pernah dengar cerita mengenai tawaran untuk Saiful melanjutkan pelajarannya ke luar negara tempoh hari. Tetapi kini, mengapa lelaki itu berada disini? Mungkinkah dia menolak tawaran itu? Sasha berteka-teki sendiri.

"Aku malas nak pergi jauh..lagipun, mak ayah aku dan adik-beradik perlukan aku kat sini..maklumlah aku ni bukanlah orang kaya, Sha..aku kena kerja untuk sara keluarga aku.." jelas Saiful. Sasha terdiam sebentar.

"Kalau tak silap aku, bukan ke kau dapat biasiswa yang ditanggung penuh oleh MARA? Kau boleh pergi tapi kenapa kau tak pergi? Kau jangan tipu aku, Saiful..?" tanya Sasha serius. Matanya memandang tajam Saiful yang menundukkan wajah.

"Sha..kau tahu kenapa aku tak pergi..bukan sebab family aku aje..ade sebab lain, Sha.." perlahan Saiful menjawab. Matanya berkaca. Sasha terkedu dengan pernyataan itu.

"Takkanlah sebab.."

"Iye, Sha..aku tak boleh jauh dari Ifa.." suara Saiful mulai bergetar. Sasha berasa simpati mendengarkan ayat Saiful itu.

"Tapi kau kena ingat yang dia tu dah jadi isteri orang! Sedar sikit, Saiful!" Sasha cuba mengembalikan kesedaran Saiful bahawa Nazifa sudahpun selamat menjadi hak orang lain.

"Aku tahu, Sha! Tapi aku tak boleh berada jauh dari dia..biarlah aku tak dapat dekati dia tapi aku boleh tengok dia dari jauh..aku rindukan dia, Sha..aku tak dapat lupakan Ifa.." kata Saiful sambil menahan airmatanya dari tumpah. Hanya matanya sahaja yang digenangi air.

"Tapi, kau tak rasa yang dia langsung tak pedulikan kau ke? Kau nak lagi simpan perasaan kau pada dia setelah apa yang dia buat pada kau? Aku rasa, ramai lagi gadis yang cantik dan baik dari Ifa..kau kena lepaskan Ifa jugak, Saiful.." nasihat Sasha penuh simpati.

"Aku percaya, tentu ada sebab kenapa dia buat aku macam ni..Ifa bukan seorang yang kejam, Sha..sebab tu aku still berharap yang dia akan kembali ke pangkuan aku.." kata Saiful lagi dengan wajah penuh harapan. Sasha menggeleng-geleng.

"Saiful, kau kena terima kenyataan bahawa Ifa bukanlah untuk kau buat masa sekarang ni. Kau kena teruskan hidup kau demi keluarga kau, Saiful..bukanlah jadi mayat hidup macam ni!" ujar Sasha seraya menggeleng lagi. Dia sungguh kecewa dan simpati melihat keadaan Saiful yang begitu teruk.

"Aku cintakan dia, Sha..kau ingat senang-senang aku nak lupakan segala kenangan aku dengan Ifa? Kau takkan faham, Sha..kau.." belumpun sempat Saiful menghabiskan ayatnya, Sasha tiba-tiba merengus kuat. Sakit hatinya mengenangkan Saiful yang tidak makan saman dengan semua nasihat-nasihatnya.

"Kau sebagai lelaki dan anak sulung dalam keluarga kau! Kau ada banyak tanggungjawab! Kau tak boleh jadikan Ifa sebagai alasan untuk kau sia-siakan harapan keluarga kau pada kau! Selama kau hidup ni, berapa lama kau kenal keluarga kau dari kau kenal Ifa?! Mak ayah kau pelihara kau dari kecik, Saiful!

Adik-adik kau perlukan kau sebagai contoh yang baik! Kenapa kau langsung tak mahu fikirkan perasaan keluarga kau?! Kau lebih pentingkan perasaan kau sendiri?! Selfish!

Sebab seorang perempuan, kau nak hancurkan hidup kau sendiri! Mak ayah kau bela kau dari kecik semata-mata untuk lihat kau jadi tak tentu arah begini ke, haa?! Kau fikir sendirilah sebab kau tu dah besar panjang. Lelaki haruslah kuatkan hati. Cekal dan tabah! Lelaki jenis apalah kau ni, sebab perempuan aje kau nak menangis setiap hari?!" bentak Sasha dengan wajah berang. Memang dia bengang.

Sebagai seorang lelaki, sepatutnya Saiful tidak boleh menjadi selemah itu! Tambahan pula, Saiful merupakan anak sulung dan merupakan harapan keluarga. Begitu mudah sekali dia ingin hancurkan harapan keluarganya sendiri? Sungguh pentingkan diri! Bentak Sasha didalam hati.

Saiful tergamam dengan kata-kata Sasha yang banyak benarnya itu. Serta-merta hatinya bagaikan terpukul dengan ungkapan Sasha sebentar tadi. Mindanya seakan terbuka luas. Saiful terdiam seribu bahasa dan kepalanya ditundukkan.

Ya, sungguh dia malu dengan gadis itu. Memang benar kata Sasha, dia masih perlu memikul banyak tanggungjawab. Dan sebagai lelaki, dia tidak boleh menjadi lemah kerana seorang perempuan!

"Sha.." panggil Saiful lembut membuatkan Sasha merengus lagi. Bengang sungguh rupanya gadis itu. Dada Sasha berombak kencang. Saiful terdiam, tidak berani meneruskan kata.

"Aku mintak maaf kalau aku terkasar bahasa. Tapi memang betul pun apa yang aku kata tadi. Aku pergi dulu! Assalamualaikum.." getus Sasha laju tanpa sempat Saiful berkata apa-apa. Sasha terus berjalan pergi dengan tergesa-gesa.

Saiful memandang langkah Sasha. Serta-merta hatinya terasa berdebar-debar. Wajah Sasha yang sedang galak memarahinya tadi terbayang semula di ruangan mata. Ada perasaan halus yang tersuntik ke sanubari Saiful. Saiful sendiri tidak tahu apakah perasaan itu. Yang pastinya, perasaan itu bukanlah suatu perasaan yang tidak baik..



FARIS menghenyakkan punggungnya ke sofa. Dia memicit kepalanya dengan wajah tertekan. Otaknya ligat berfikir cara untuk memujuk Nazifa setelah apa yang dia sudah lakukan pada malam perkahwinan mereka seminggu yang lepas.

Selama seminggu, Nazifa tidak pernah menegurnya. Malah, gadis itu sedaya-upaya mengelak dari bertemu dengannya. Faris sudah buntu mahu memikirkan masalah ini.

"Kenapa dengan kamu ni, nak? Macam ada problem aje?" soal Datin Sharifah Rosmah dengan tiba-tiba. Entah bila ibunya berada di sofa bersebelahannya, Faris juga tidak sedar. Wanita tua itu meletakkan secawan kopi dihadapan anak lelakinya. Selepas itu, dia menghirup pula kopi yang dipegangnya.

"Tak ada apa-apalah, mummy.." Faris tersenyum pahit. Dia mencapai cawan kopi dihadapannya lalu meneguk sedikit kopi. Segar dirasakan tekaknya ketika ini. Kopi yang dibuat oleh Datin Sharifah Rosmah memang menjadi kegemaran Faris selalu.

"Mummy tahulah anak mummy..dah bela dari kecik tau? Sejak dari tapak kaki kamu tu sebesar dua jari mummy ni, tau?" sengaja Datin Sharifah Rosmah berkata begitu untuk menjerat anak lelakinya supaya bercerita.

"Betullah, mummy..tak ada apa-apa.." Faris tersenyum simpul. Geli hati melihat wajah penuh muslihat yang sedang dibuat oleh ibunya. Tentu ingin mengorek rahsia. Hilang seketika kegusarannya tentang Nazifa.

"Bini kamu mana? Kenapa duduk sorang aje kat sini? Ifa tak suka ke kalau mummy ada?"

"Tak adalah! Mummy ni suka-suka aje buat andaian sendiri, tau!" potong Faris laju.

"Habis tu? Mana dia? Mummy jarang nampak dia sejak mummy balik dua hari yang lepas..asyik berkurung aje dalam bilik tu..mentang-mentanglah mummy balik kampung beberapa hari aje kamu berdua dah bergaduh, ya? Mummy dah bagi chance untuk kamu berdua ‘berbulan madu’ dulu sebelum pergi bulan madu secara official nanti, tapi gaduh pulak. Lagi satu, menantu perempuan ni, kalau boleh kenalah rajin dan ramah dengan mentua.." leter Datin Sharifah Rosmah.

Dah mula membebel, habislah Faris jawabnya! Selagi dia tidak cabut lari, selagi itulah ibunya akan berleter. Faris hanya tunduk sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal selepas mendengar bebelan ibunya. Bertambah runsing pula kepala otaknya.

Iyalah, bagaimana dia mahu menjelaskan perkara sebenar? Takkanlah dia mahu memberitahu yang sebenarnya dia sudah buat bermacam-macam perkara buruk pada Nazifa sehingga gadis itu membencinya? Tentu ibunya terkejut dan jatuh sakit lagi. Dia tidak mahu ibunya sakit. Pernah sekali dia menyakiti hati ibunya sehingga ibunya dimasukkan ke hospital kerana terlalu tertekan. Sudah tentu dia tidak akan ulangi perkara itu!

"Mummy! Ris rasa laparlah! Mummy masak apa hari ni?" Faris cuba mengalihkan tajuk perbualan. Datin Sharifah Rosmah mencemik membuatkan Faris ketawa kecil.

"Ubah topik?! Mummy tengah cakap pasal kamu dengan isteri kamu, Ris..tolong beri perhatian serius!" tiba-tiba pula suara wanita tua itu berubah tegas.

"Ala, mummy ni..Ris tahulah apa nak buat..mummy janganlah risau sangat..apa kata kalau mummy risaukan apa nama yang sesuai mummy nak berikan pada cucu mummy nanti!" pancing Faris. Datin Sharifah Rosmah berubah wajah teruja tiba-tiba. Tetapi hanya seketika kerana wajahnya tiba-tiba berubah mimik wajah pelik.

"Eh, takkanlah seminggu kahwin dah dapat tau pregnant kot?" soalan Datin Sharifah Rosmah itu membuatkan Faris ketawa terbahak-bahak.

"Mummy..mummy..Ris maksudkan nanti-nanti laa..masa akan datang..maybe lagi sebulan dua mummy akan terima berita baik kot?" kata Faris seraya memeluk bahu ibunya.

"Kamu ni pandai betul ubah topik, ya? Itupun topik yang menarik.."

"Biasalah..macam tak kenal Ris..mummy kan bela Ris dari tapak kaki Ris ni sebesar dua jari mummy.." getus Faris lembut sambil mencium dahi ibunya.

Datin Sharifah Rosmah rasa terharu dan tersentuh dengan perlakuan anak lelakinya yang begitu menyayanginya. Bahagia dirasakan olehnya kerana mempunyai anak penyayang seperti Faris.



NAZIFA menarik nafas dalam-dalam. Betulkah apa yang baru sahaja didengari olehku tadi? Soal Nazifa pada dirinya sendiri. Dadanya berombak tiba-tiba. Berdebar-debar rasa hatinya. Baru tadi dia mengintai dan mencuri dengar perbualan Faris dan Datin Sharifah Rosmah.

Anak? Faris benar-benar serius atau main-main? Bersyukurlah yang aku tidak mengandungkan anak lelaki itu setelah apa yang berlaku di hotel hari itu. Entah bagaimana dia boleh tidak hamil, menjadi tanda tanya buat Nazifa namun dalam masa yang sama dia bersyukur kerana tidak perlu hamilkan zuriat jantan tak berguna itu.

Tetapi, bagaimana jika Faris memaksanya selepas ini? Bagaimana jika dia dirogol lagi? Jika dia diperdaya lagi? Bukannya boleh percaya sangat jantan gila itu!

Tapi, kalau dia nak rogol aku, dah lama dia buat masa malam pertama perkahwinan kami hari itu. Namun mengapa dia berhenti setelah aku tidak berdaya melawan dan menyerah diri padanya? Berbagai-bagai persoalan menerjah ke benak Nazifa. Dalam masa yang sama dia takut jika Faris memaksanya semata-mata kerana inginkan seorang anak untuk ibu mentuanya itu.

Wajah Nazifa yang putih bersih itu tiba-tiba dibasahi peluh dingin. Gementar dan takut dirasai silih berganti dengan suatu perasaan halus. Perasaan yang dirasai ketika melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Faris terhadap Datin Sharifah Rosmah.

Entah mengapa, sikap yang ditunjukkan oleh Faris ketika itu amat menyentuh hati wanitanya. Melihatkan sikap penyayang Faris itu, serta-merta perasaan damai bagai membelai-belai jiwa Nazifa buat seketika namun setelah tersedar, dia segera menafikan segala-galanya yang baru dirasai.

Tidak mungkin lelaki itu begitu penyayang! Dia hanya berlakon! Jantan keparat itulah yang memusnahkan hidup kau, Ifa! Jangan kau lupa..sampai bila-bila pun, kau kena ingat jantan itu tak berguna! Nazifa berperang dengan perasaannya sendiri. Antara benci dan dendam. Semuanya membalut hati Nazifa supaya menjadi sekeras batu.

"Ifa?" tegur satu suara membuatkan Nazifa tersentak dari lamunan yang panjang. Datin Sharifah Rosmah mengelus lembut bahu menantunya yang kelihatan terkejut.

"Buat apa kat sini sorang-sorang? Jom pergi siapkan minum petang sama-sama..nanti kita minum kat taman sambil berborak, okey?" Datin Sharifah Rosmah tersenyum mesra. Nazifa membalas senyuman wanita tua itu dengan ikhlas dan penuh sopan.

"Ifa saje lepaskan penat kat sini sekejap..tadi penat mengemas bilik tidur.." bohong Nazifa. Wajahnya yang berpeluh dilap perlahan. Senyuman halus yang terpaksa diukir membuatkan dahi Datin Sharifah Rosmah berkerut.

"Betul?" kali ini tangan Datin Sharifah Rosmah sudah berada di rambut ikal Nazifa lalu dielus-elus olehnya lembut. Sifat keibuan ibu mentuanya itu mengingatkan Nazifa pada ibunya Datin Hazwani. Serta-merta airmata Nazifa bergenang.

"Kenapa pulak ni?" tangan Datin Sharifah Rosmah mendarat didagu Nazifa lalu kepala gadis itu didongakkan sedikit. Hairan dia melihat sikap Nazifa.

"Tak ada apa-apalah, mummy..ingatkan mama Ifa aje..rindu sangat kat family Ifa.." beritahu Nazifa lembut bersama senyuman kelat. Sungguh dia rindukan ibubapa serta adiknya Nazira.

"Dahlah tu..nanti kita pergi jumpa dia orang, okey? Jom kita pergi ke dapur.." ajak Datin Sharifah Rosmah sambil memaut bahu Nazifa.

Nazifa sebak apabila ibu mentuanya itu menyebut perihal berjumpa keluarganya. Kalaulah mummy tahu yang Ifa sudah terputus hubungan dengan keluarga Ifa sebab Faris, tentu mummy tahu mengapa Ifa terlalu sedih disini..bisik hati Nazifa sayu.



FARIS memandang wajah Nazifa yang muram. Tiada segarit keceriaan langsung pada wajah isterinya itu. Kini mereka berada di taman halaman rumah banglo tiga tingkat milik keluarga Faris.

Datin Sharifah Rosmah berlalu ke dapur sebentar untuk membawa sedikit buah-buahan sebagai pencuci mulut setelah mereka selesai memakan kuih-muih. Nazifa menawarkan diri untuk ke dapur tetapi tidak dibenarkan. Ingin memberi ‘peluang’, kata Datin Sharifah Rosmah sebelum berlalu.

"Dah kenyang makan?" soal Faris memecah keheningan antara mereka. Nazifa pura-pura tidak dengar. Dia masih membungkam seribu bahasa.

"Still marahkan abang?" tanya Faris lagi apabila soalan pertamanya tadi tidak berjawab. Namun Nazifa masih diam. Tubuhnya kaku dikerusi. Pandangannya dihalakan ke arah lain sejak tadi.

Faris menarik nafas panjang lalu dilepaskan perlahan-lahan. Cuba bertenang dan bersabar dengan kerenah isterinya. Matanya tertancap pada gelas kaca yang berisi limau ais. Tiba-tiba sahaja dia mendapat idea untuk mengenakan Nazifa. Fikiran nakal tiba-tiba datang.

"Ifa tak nak maafkan abang ke? Kalau boleh, cakaplah sepatah perkataan pada abang. Kesian tau abang ni..hari-hari merayu pada Ifa.." getus Faris lembut, sengaja membuat suara sedih. Nazifa tetap tidak mahu melayan. Tiba-tiba..

"Makkkkkkkk!!" tersentap jantung Nazifa apabila terasa seperti wajahnya dibaling oleh sesuatu yang berair dan sejuk. Ketulan kecil ais yang dibaling oleh Faris itu tiba-tiba terjatuh ke pahanya membuatkan bulu tengkuk Nazifa meremang hebat. Kali ini dia terlompat pula ke arah Faris lalu memaut lengan baju suaminya itu dengan wajah geli geleman. Tindakan yang amat spontan!

"Apa ni? Kau ni memang tak habis-habis nak susahkan aku aje! Nasib baik mummy ada. Kalau tak, aku dah siat-siat kau dengan garpu ni tau?!" bentak Nazifa dengan wajah merah padam. Segera dia melepaskan lengan baju Faris dengan wajah mencuka. Sakit betul hatinya melihat senyuman nakal Faris yang seakan mengejeknya.

"Terubat sudah rasa rindu abang kat suara Ifa tu..terima kasih sebab sudi bercakap walaupun marah-marah. Tapi muka marah sayang tu memang cute tau?" sengih Faris meleret. Nazifa menarik nafas dalam-dalam, cuba bertenang. Berani betul dia kenakan aku?! Pantas Nazifa terdiam. Berniat tidak mahu berkata apa-apa lagi.

"Amboi! Bukan main lagi nak siat la apa la mummy dengar tadi?" tiba-tiba pula Datin Sharifah Rosmah datang. Tangannya menatang dulang berisi buah-buahan yang sudah dipotong. Bibirnya menguntum senyuman mesra.

"Biasalah, mummy..mummy kan tinggalkan kami berdua untuk beri peluang ‘bermesra’? Mesralah tu..kan sayang kan?" Faris sengaja ketawa kecil sambil mengangkat-angkat kening ke arah Nazifa.

Wajah isterinya itu merah padam menahan malu. Nazifa sekadar diam dan angguk sedikit membuatkan Faris tersenyum kecil diikuti Datin Sharifah Rosmah yang turut mengukir senyum. Nazifa memaksa untuk angguk kerana ibu mentuanya ada bersama. Kalau tidak, jangan haraplah!

Tak guna punya jantan! Aku akan pastikan yang selepas ini kau takkan dapat kenakan aku lagi! Bodoh! Bentak Nazifa didalam hati. Sakit hatinya meluap-luap saat melihat jelingan yang konon-kononnya manjalah dari Faris yang sesekali menyapa wajahnya.
posted by Penulisan2u @ 3:40 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
5 Comments:
  • At 13/11/09 2:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best..
    cpt2 lar smbung...
    x sbr nak tau episod sterusnya.

     

  • At 13/11/09 11:45 PTG, Anonymous zaitackey said…

    kikiki..srnok nye gduh2 manje ni,haha

     

  • At 29/6/10 6:30 PTG, Blogger rose said…

    best mmg best ceritanya bila agaknya novel ne brada d pasaran?

     

  • At 10/6/13 9:29 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Audioboοkѕ anԁ еbooκѕ aгe
    standard, аnd even gіνe ρiano leѕsοns.
    You cаn also try installing an applicаtiοn known aѕ
    iSwifteг on thе Ipad.
    Mr Park and Μr. In my day, you couldn't pass off a pair of Wrangler jeans for Jordache jeans. A slightly larger version, shipping on November 2, while the new ipad from the room full of devices they don't have any use for yοur
    ipad, уou can сhoose the aρp yоu uѕe.

    Seriouѕly, move oνer laptops!

     

  • At 13/6/13 3:19 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Тhe Galaху 50 has a built-in
    GPS chiρ, ωhiсh allows users tо manage swifter multіtasking, severаl еnthralling attributeѕ, rejoice in wiгеless аcсesѕ, anyway Αndroiԁ does not flaunt itѕ power.
    7 will be the firѕt to get the Gаlaxy S family, thе blаckbeгry S2 and the HTC G2.
    Ιn pаst Galaxу phone relеаseѕ, eаch cаrrier sold a variatiοn of
    the base model with different sсreen sizeѕ, to tаrgеt different audiеnсeѕ.


    Feel free to visit my blog; blaсkberry (http://210.240.29.141/)

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group