Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Anif duduk diam-diam di 'seat' belakang. Babah terus juga memandu, sedikit pun tidak berkalih pandang pada mama di sebelah. Sesekali babah menyebak rambut. Nampak benar babah tidak senang dengan kehadiran Anif di dalam kereta itu. Anif tahu, babah butuh berdua-duaan dengan mama. Anif cuma menganggu dunia babah yang tenteram.... " Anif.....ceritalah pasal Fifi tu. Bah pun nak dengar jugak. Kan bah?" Mama masih menggesa Anif. Anif terus juga diam. Buat apa dia bercerita, kalau babah tidak bersedia menadah telinga. Perlahan, Anif menerokai dunia ilusinya sendiri. Anif ingin bermain-main dengan Fifi, budak perempuan yang rambutnya selalu bertocang dua. Anif selalu tarik tocang Fifi, sampai dia akan lekas-lekas pulang mengadu pada ibunya yang juga dipanggil 'mama'. Kenapa ada banyak 'mama' dalam dunia ini? Mama Fifi lain dengan mama Anif. Mama Fifi tiada adik dalam perutnya. Mama Fifi selalu masak cekodok untuk Fifi. Sedap betul cekodoknya. Anif terliur. Tapi cekodok mama pun sedap juga. Lebih sedap daripada cekodok 'mama ' Fifi. Sebab ini mama Anif, bukan mama orang lain. Anif bangga dengan mama. Orang selalu panggil mama ' cikgu'. Semua orang pun begitu. Anif masih ingat semasa mama adakan jamuan, sebab babah berjaya naik pangkat. Ramai kakak-kakak dan abang-abang memenuhi ruang tamu mereka yang tidak seluas mana itu. Mama masak nasi tomato dengan ayam masak merah. Semua memuji masakan mama, semuanya makan bertambah. Ada yang bermain-main dengan Anif. Ada yang mencubit pipi gebu Anif. Ada juga yang memeluk tubuh Anif. Anif suka dilayani begitu. Itu tandanya orang sayang padanya. Anif tersenyum-senyum seorang... " Bah ni kenapa? Dah hilang akal nampaknya...dengan anak sendiri nak buat gaduh!" Mama menutup siaran radio yang sejak tadi berkumandang, memenuhi ruang yang sepi antara mereka. Anif pekup telinga lagi. Kali ini lebih kuat. Anif lihat mama memasamkan wajahnya. Mama berpeluk tubuh. Kedengaran suara mama begitu keras pada babah tadi. Anif tidak suka mendengar suara mama yang melengking seperti itu. Babah kan suami mama. Mama tak boleh tinggikan suara pada babah. Nanti mama tak dapat masuk syurga. Anif takut bila mama tinggi suara tadi, mesti adik dalam perut mama lebih-lebih lagi. Anif cuba buka mulut tapi suara mama lebih dahulu menerpa gegendang telinganya. " Kalau bah tak nak cakap dengan Anif, jangan cakap dengan ma jugak!" Suara mama tambah keras. " Ma..." Perlahan suara babah menerjah telinga Anif. Datar nada suara babah. Mama tetap membatu. Wajah mama tetap tegang. Marah mama masih belum mengendur. Lama mama memasang jeda. " Ok....Anif, kita pergi rumah Tok Mak ngan Tok Bah ya. Diorang pun rindu kat Anif." " Seronoknya....Anif pun dah rindu kat Tok Mak ngan Tok Bah." Anif sedikit girang, baharu kali ini dia rasa bahagia. Babah dah pun tegur Anif. Tentu babah sudah maafkan Anif. Setelah itu, babah terus juga diam. Mama tersenyum-senyum. Anif tengok, mama genggam tangan babah di stereng. Kali ini lekuk di pipi mama nampak betul-betul terserlah..
" Anif, meh sini sayang. Salam Tok Mak." " Mak sihat?" Mama peluk tubuh Tok Mak yang berisi. Anif lihat Tok Mak mengusap-ngusap perut mama. Tok Mak senyum lebar. Anif menghampiri Tok Mak dan Tok Bah. Dipeluk tubuh Tok Bah yang kurus melidi. Tok Bah sudah tiada gigi. Tok Bah pakai gigi palsu yang babah belikan. Tok Bah senyum hambar. Anif peluk tubuh Tok Bah, erat sekali. " Hilmi, mak nak cakap sikit dengan kamu."Tok Mak mengatur langkah ke arah dapur. Mama bingkas bangun. Anif yang duduk di sebelah mama, pun turut sama bangun. " Min duduk dulu. Borak ngan abah. Dah lama tak bercakap dengan Min." Tok Bah lekas-lekas menyelit. Mama akur. Babah membontoti langkah Tok Mah. Anif ikut babah. Tapi babah tak pula marah... " Kamu pergilah mana-mana...mak kasihan betul pada Jasmin tu." Tok Mak mengusap-ngusap bahu babah. Anif lihat, babah tersedu-sedu di bahu Tok Mak. Kali pertama, Anif lihat babah menangis seperti anak kecil. " Kita ikhtiar sama-sama. Yang penting kamu kena kuat." Tok Mak menyeka air mata yang semakin deras mengalir. " Mak...Mi tak kuat. Mi kesian pada Min." Sayu suara babah. Inikah babah...lelaki yang selalu tampak gagah. Tapi babah pun manusia...babah pun ada rasa. Babah pun ada emosi. Cuma kali ini emosi babah terhambur. Di hadapan mata Anif sendiri. " Kita kena tolong Min. Mak ngan abah ada..." Tok Mak merangkul tubuh babah. Kali ini babah mengangguk. " Bah...jom kita balik!" Mama melaungkan nama babah. Anif tersentak. " Kenapa ni ma?" Buru-buru babah keluar ke ruang tamu diikuti Tok Mak. " Abah ni dah nyanyuk...ada ke dia kata..." Bicara mama terhenti. Dipekupnya muka. Babah menghampiri mama, seperti tidak perlu bertanya apa-apa lagi. Babah sudah maklum. Diusapnya bahu mama yang terhinggut-hinggut menahan tangis. Babah nampak sedih. " Anif memang dah tak ada sayang...kita kena terima. Allah lebih sayangkan Anif." Suara babah bergetar. Babah menahan sebak. " Bah pun dah tak betul agaknya! Anif ada lagi. Betul-betul depan kita. Sayang...meh dekat mama." Mama mendepangkan tangannya. Anif kecil hati. Anif tidak ikut kata mama. Perlahan Anif mula menjauh. " Nif....Meh sini sayang. Meh sini. Jangan tinggal ma..." Mama terjelopok di lantai. Babah lekas-lekas mencapai tubuh mama yang nampak tidak berdaya. Anif menyapu air mata yang mengalir di pipi. " Nif...jangan merajuk dengan ma. Meh dekat ma." Sayu suara ma. Anif diruntun sebak. Tapi dia mesti pergi. Kerana ma....
Anif lihat mama dari jauh. Anif tidak muncul di hadapan ma. Anif hanya 'hidup' dalam dunia cinta mama. Kini dia mesti pergi. Demi ma. Demi bah. Demi Tok Mak. Demi Tok Bah. Dan demi adik. Anif mahu lihat mama untuk kali penghabisan. Mama duduk di atas sofa, diam tidak berkutik. Babah sedang melayari internet. Hari Sabtu yang tenang. Angin bertiup sepoi bahasa. Sepi memecahkan suasana. Anif melangkah ke arah mama. Mengumpul sisa keberanian. Anif sentuh tangan mama. Mama senyum. Mama kucup pipi Anif. Lama mama tenung wajah Anif. Anif pun tatap mata mama. Tiada kata-kata. " Pergilah....ma lepaskan." Berderai air mata ma. " Bah.....kita ke kubur Anif." Ma menguntum senyum. Mata Anif berkaca. Babah tersentak. Jari-jemari bah yang menari di atas 'keyboard' serta-merta terhenti. Sejenak, babah tersenyum. Hati Anif diresapi bahagia......yang teramat!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan