Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ana cuba berjalan laju-laju untuk menyaingi derap langkah kaki lelaki di sebelahnya yang panjang-panjang. Dalam hati terasa geram kerana Taufik berjalan tanpa menghiraukan dirinya.
Ketika di dalam lif, Ana hanya membisu. Namun sepasang matanya begitu asyik memerhati wajah Taufik yang kini sedang bersandar di dinding lif itu sambil memejamkan mata. Hati nakal mengakui, mengiakan apa yang pernah Liyana catatkan di dalam diari. Sememangnya lelaki ini memiliki segala-galanya dari segi fizikal. Segala-gala yang diidamkan oleh seorang wanita!
Kantoi habis, bila tiba-tiba Taufik membuka mata. Pandangan bertaut. Renungan tajam lelaki itu tidak dapat dielak. Pipi Ana terasa panas. Malu sungguh bila tertangkap. Hati kat dalam, hai, tiba-tiba berdegup-degap! Apatah lagi bila melihat segarit senyuman sedang terukir di bibir lelaki itu! Sungguh menggoda....
Beginikah Liyana dahulu? Beginikah perasaannya bila terpandangkan Taufik Azhari? Beginikah juga apa yang berlaku pada kakaknya setiap kali melihat wajah dan senyuman Taufik?
Ana menggelengkan kepala. Tidak! Dia bukan Liyana. Dia berbeza daripada kakaknya. Lelaki di hadapannya ini tidak mungkin dapat menggodanya dengan senyuman itu. Lelaki di hadapannya ini tidak mungkin dapat menyentuh hatinya. Tidak langsung akan dibenarkan menghampiri!
Apa jua yang dirasai, segera ditolak ke tepi. Ana tahu, dia ke sini dengan satu tekad. Dengan satu tujuan. Itu sahaja! Tidak akan dia fikirkan perkara-perkara yang remeh temeh. Hanya Irfan! Dan dia cuba mengingatkan dirinya tentang kezaliman yang dilakukan kepada Liyana. Itu akan menjadi tembok untuk memisahkan diri dan perasaannya daripada Taufik Azhari!
Lif sudah berhenti. Mereka sedang melangkah ke arah deretan kereta. Alat kawalan jauh berbunyi dan kini, Taufik sedang membuka pintu kereta untuknya. Wah gentlemannya! Ana segera masuk dan memakai tali pinggang keledar. Tidak lama kemudian lelaki itu sudah sedia untuk memulakan perjalanan.
"Kita ni nak ke mana?"
Taufik menjungkit kening. "Irfan di mana? Bukan ke tadi saudari kata dia di IJN?"
‘Ya tak ya jugak! Tapi kenapa pakcik ni dok tersenyum kat situ? Kenapa tak jalan lagi?’ Ana bermonolog sendiri.
"Jomlah!" Ajaknya.
"Tadi, berapa markah yang saya dapat?" tanya Taufik.
"Hah?" Ana terpinga-pinga. Wajah tampan itu dipandang.
"Kan ke dari tadi awak asyik menilai diri saya ni? Dari dalam lif tadi, awak tengok saya dan lepas tu tersenyum-senyum. Tentulah markahnya tinggi, tak gitu?" Soal Taufik lagi.
Ana diam. Sesungguhnya dia hairan. Mata lelaki itu tadi tertutup rapat. Jadi bagaimana pula dia tahu bahawa dirinya direnung? Argghh...dia ni ada ‘sixth sense’ kut?
"Jangan malu, saya tak marah awak tengok saya macam tu. Suka lagi adalah! Ok, sekarang boleh saya tahu berapa markah yang awak nak bagi?" Taufik berkata lagi.
Mengapakah suara itu seperti hendak menggoda pula? Hisy...memang betullah! Dia ni gatal jugak orangnya, omel Ana dalam hati.
Ana tahu kalau dia diam pasti lelaki ini akan terus-terusan mengusik jadi lebih baik dia mengikut rentak permainan yang telah dimulakan.
"Hmm, 10 per 10." Jawabnya.
"Wow, tingginya. Kenapa?"
Taufik sudah tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.
"Sebab, ALLAH yang ciptakan awak. Siapa saya untuk mengkritik ciptaan Yang Maha Esa?" Jawab Ana.
Taufik terkedu. ............
"Mak awak masih hidup?" Ana mengalihkan perhatian lelaki itu daripada dirinya.
Taufik mengangguk. "Dia sudah tidak berapa sihat sejak kematian Roslan dan ayah. Untuk bergerak pun terpaksa menggunakan kerusi roda." Ujarnya.
"Berapa umurnya?" Ana bertanya lagi.
"57 tahun."
"Sama tua dengan ayah saya!"
"Ayah awak kerja apa?" Taufik pula ingin tahu tentang keluarga gadis itu.
"Kerja kampung. Ambil upah menoreh getah, potong rumput, jual buah durian kalau tiba musimnya. Apa saja, asalkan kami sekeluarga boleh makan dan boleh hidup!"
"Awak dah kahwin?"
Ana terkejut mendengar soalan itu. ‘Baik aku jawab ya.’ Fikirnya namun belum sempat berbohong....
"Lamanya nak jawab! Belumlah tu, kan!" Kata Taufik sambil tersenyum lagi.
Murah sungguh lelaki ini dengan senyuman, detik dalam hati Ana.
"Kenapa pulak awak sibuk nak tahu tentang saya dah kahwin ke belum? Peliklah awak ni." Jawab Ana sambil menarik muka masam. Menyampah betul dia dengan lelaki yang seorang ini. ..........................
Abdullah memandang ke arah pemuda yang sedang berjalan di sisi anaknya. Menarik perawakannya. Bergaya orangnya. Siapakah dia?
"Assalamualaikum, ayah." Ana menegur sambil mencium tangan ayahnya. Melihat ayahnya yang masih merenung Taufik, dia segera memperkenalkan, "Ayah, ini encik Taufik Azhari, abang kepada arwah abang Lan. Encik Taufik, inilah ayah saya, Abdullah."
Taufik segera bersalam dengan Abdullah. "Maafkan saya dan umi. Kami tak tahu Liyana dah meninggal." Katanya.
Abdullah tersenyum hambar.
"Awat yang ayah ada kat sini. Mana Irfan?" Ana menyoal.
"Nurse sedang bagi dia mandi. Sat lagi, kita boleh masuk." Ayahnya menjawab.
"Pakcik dah makan? Saya ni belum bersarapan lagi. Kalau pakcik pun belum makan, boleh kita makan sama-sama." Taufik mengajak.
"Pergilah, ayah. Biar Ana yang tengokkan Irfan." Ana berkata kepada ayahnya.
"Awak tak nak makan sekali?" Taufik bertanya.
Ana menggelengkan kepala.
"Hang dah makankah, Ana?" Abdullah bertanya.
"Ayah makanlah dulu. Sat lagi Ana tahulah nak cari!" Ana menjawab pantas. Dia ingin segera menemui Irfan. Dia ingin segera menjauhkan dirinya daripada lelaki yang masih asyik merenung dirinya. Lelaki ini tak takut pada ayahkah? Soalnya sendiri.
"Nanti saya belikan awak nasi lemak dengan teh tarik." Taufik berjanji.
"Janganlah susahkan diri!" Balas Ana sambil berpura-pura tersenyum.
Cis, berani dia mempermainkan aku di depan ayah? Hisy, geram betul.
"Kita nak makan di mana, encik. Maaflah. Pakcik tak pandai nak tolong carikan tempat makan kat sini." Abdullah berkata.
Taufik tersenyum. "Panggil saya Taufik, pakcik. Sebenarnya, kita makan di sini saja. Ada cafeteria kat dalam. Jangan risau. Jom."
Sempat lagi Taufik menoleh ke arah Ana. Sebelum melangkah pergi, mata dikenyitkan kepada gadis itu. Ana yang tercengang memandangnya membuat dia tersenyum. Dia tahu, saat ini pastilah Nurul Hana binti Abdullah sedang mengutuk-ngutuk dirinya. Tapi yang pasti, dia bahagia...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan