BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, November 10, 2009
Novel : Cintaku satu 4
Nama Pena : sofi

Taufik Azhari menghayun langkah dengan penuh keyakinan melintasi para pekerjanya di pejabat. Sambil berjalan, dia cuba untuk membalas senyuman yang dilemparkan kepadanya. Dia sedar setiap kali dia lalu, pasti ada pekerja perempuan yang menoleh, memandang wajahnya. Mungkin terpesona melihat ketampanan wajahnya, kut!

Dan senyuman menguntum di bibir!

"Pagi, bos!" Setiausahanya menyapa sambil membuntuti Taufik memasuki bilik. Pejabat yang luas dan maskulin itu bertemakan hitam putih, warna kegemaran lelaki tampan itu.

"Pagi! So what’s my agenda for today?" Soalnya sambil menyangkutkan kot di belakang kerusi. Air suam dituang ke dalam gelas dan dia duduk meneguk air itu sedikit demi sedikit sambil merenung Suhana.

Hai bos aku ni, kalau dapat tengok orang….? Cucuk mata tu baru tahu, bisik Suhana dalam hatinya.

"Pagi ni tak ada apa-apa appointment, bos. Cuma nanti dalam pukul sebelas, bos akan jumpa dengan encik Fauzi untuk berbincang tentang konsep pengubahsuaian hotel kita di Port Dickson tu! Tapi pada pukul tiga……"

"Itu, nanti awak beritahu saya. Sekarang, sambungkan panggilan ke rumah. Saya nak cakap dengan umi!" Taufik memberi arahan.

Suhana mengangguk. Menelefon ibunya di awal pagi sudah menjadi satu rutin bagi Taufik semenjak ayah dan adiknya meninggal dunia.

Taufik menyandarkan tubuhnya di kerusi. Sepasang matanya kemudian terarah kepada sekeping gambar foto di hadapannya. Sudah hampir tiga tahun gambar itu dibingkaikan dan diletakkan di situ. Setiap kali dia merenung gambar itu, hatinya turut tenggelam bersama kesedihan sepasang mata yang sedang memandangnya.

"Bos, your umi is on the line!" Suara Suhana mengejutkannya. Segera gagang diangkat.

"Assalamualaikum, umi. Tengah buat apa tu?" Taufik bertanya.

"Macam biasa, Fik! Nak buat apa lagi?" Soal ibunya pula.

Taufik tersenyum. Dia tahu bahawa pada ketika ini ibunya sedang berbual-bual dengan Mak Ton dan Tina sambil bersarapan di tepi kolam renang. Rutin biasa setiap hari. Rutin hidup seorang wanita yang kesunyian setelah kehilangan dua orang yang amat disayanginya.

Satu keluhan dilepaskan. Kasihan ibunya. Hati tuanya terguris bila Roslan tidak mahu berkahwin dengan Rosnita sedangkan mereka sudah bercinta bagai nak rak. Ibunya malu bila Datin Aini memutuskan tali persahabatan yang telah terjalin sekian lama kerana hal itu. Bila tiba-tiba Roslan memberitahu bahawa dia sudah terlanjur dan ingin berkahwin dengan perempuan yang bernama Nurul Liyana itu, kemarahan ibunya memuncak!
.............

"Perempuan yang baik, yang layak dibuat isteri tidak akan menyerahkan mahkotanya sebelum kahwin!" Jerkah umi kepada Roslan.

Roslan hanya tersengih membuatkan ibunya bertambah marah.

"Yang kamu ni gatal sangat nak kahwin ni kenapa? Abang kamu tu dah 27 tahun umurnya, tak ada pun dia sebut nak bernikah. Tapi kamu? Baru 25 dah mengada-ngada. Dah tu bercinta dengan orang lain, kahwin pulak dengan orang lain!"

"Umi, dah jodoh Lan dengan Liyana, nak buat macam mana? Tolonglah, umi. Izinkanlah kami kahwin!" Roslan merayu.

"Tidak! Umi tak akan izinkan. Orang miskin ni tak ada lain niatnya, mesti nakkan harta kamu!" Puan Rohani masih berkeras tidak membenarkan.

"Umi, biarkanlah dia orang kahwin. Lagipun dia orang dah terlanjur. Kesian budak perempuan tu. Dah Lan nak bertanggungjawab tu, kan elok?" Taufik yang asyik berdiam pada mulanya, mencelah.

Roslan mengangkat jari seolah-olah mengucapkan terima kasih. Dia tahu, ibunya lemah dengan ketegasan abangnya.

"Yalah tu! Betul ke kamu tu yang pertama, Lan atau…..entah-entah dia tu dah ditebuk tupai-tupai lain?"

Soalan uminya yang satu ini nampaknya berjaya menyebabkan Roslan marah.

"Umi, Liyana budak baik. Jangan umi nak cakap yang bukan-bukan. Lan yang pertama dan Lan yang terakhir dalam hidup dia. Sekarang cuba umi cakap betul-betul. Umi nak benarkan Lan kahwin dengan dia atau tidak?"

"Kalau tidak? Apa kamu nak buat?" Ibunya menyoal garang.

"Lan akan pergi jauh dari sini dan sampai Lan mati, umi tak akan jumpa Lan lagi!" Jawab Roslan tegas.

Umi menangis teresak-esak mendengar kata-kata anak bongsunya. Akhirnya dia terpaksa merelakan.

Sememangnya umi amat bencikan Nurul Liyana. Umi tidak boleh langsung melihat seraut wajah itu. Pasti dia akan menghina dan memaki hamun! Dan gadis itu tidak pernah bersuara melawan. Taufik tahu gadis itu terpaksa menerima segala penghinaan itu kerana sayangkan adiknya. Betulkah?

Entahlah, dia sendiri tidak tahu mengapa gadis bernama Nurul Liyana itu mengahwini Roslan. Kerana cinta kepada adiknya? Kalau betul, mengapa sepasang mata gadis itu sentiasa mengawasi pergerakannya?

Arghh, tentu sahaja dia menyedari hakikat itu. Gadis itu melihat dirinya seperti seekor helang yang ingin menyambar! Masakan dia tidak tahu. Namun dia tidak pernah peduli jauh sekali untuk mengambil kesempatan.
..................

"Fik, apa hal senyap saja ni?"

Soalan umi mengejutkannya. Rupa-rupanya dia sudah jauh mengelamun.

"Maaflah, umi! Tak tahu apalah kenanya dengan Fik hari ini!" Jawabnya sambil tergelak-gelak.

"Itulah, bila umi suruh kahwin, tak mahu. Kalau ada bini tidaklah panjang angan-angan kamu tu!" Kata uminya lagi.

Taufik tersengih.

"Umi tak ada lain. Kahwin, kahwin! Biarlah dulu, umi. Fik belum jumpa dengan gadis yang istimewa itu lagi." Jawabnya, mula gelisah apabila hal kahwin dibangkitkan. Tidak mahu meneruskan perbualan, dia memberi alasan akan bertemu klien. Tidak lama kemudian gagang diletakkan.
.............

Tidak sampai sepuluh minit kemudian, Suhana terjengul di hadapannya. "Bos, ada orang nak jumpa!" Dia berbisik.

Taufik kehairanan bila Suhana berbisik begitu. Dia terus sahaja ketawa.

"Apa halnya dengan awak ni, Suhana? Siapa nak jumpa saya? Suruh sahajalah dia masuk." Jawabnya.

"Bos nak jumpa dia ke?" Soal Suhana serba salah. Berbisik lagi.

Dahi Taufik sudah berkerut. "Siapa?" Desaknya.

Suhana teragak-agak untuk menjawab.

"Siapa?" Soal Taufik dalam nada yang lebih tegas.

Suhana menunjukkan wajah wanita dalam gambar di atas meja Taufik, wanita yang sedang menangis itu.

Taufik ketawa. "Awak ni janganlah nak bergurau pulak." Katanya.

"Betul, bos. Dia datang nak jumpa bos! Memang dia! Takkanlah saya tak kenal pulak? Dah tiga tahun saya tengok gambarnya kat atas meja bos tu! Memang dia yang ada kat luar tu!"

Taufik menelan liur. Wajah Suhana dipandang, penuh keraguan. Kehairanan. Perempuan ini datang nak jumpa aku? Tapi, kami tidak saling mengenali. Macam mana dia tahu nak cari aku? Untuk apa?

"Bos?" Suhana menagih jawapan.

"Suruh dia masuk!" Arahnya.

Sebaik Suhana keluar, Taufik segera berdiri. Dia benar-benar tidak tahu apa yang patut dibuatnya ketika itu. Berdiri salah, duduk pun salah. Bila pintu bilik diketuk, dia menyuruh masuk namun perkataan itu seperti tidak mahu keluar daripada peti suaranya.

Taufik segera mencapai gelas dan meminum air yang ada untuk menghilangkan perasaan gemuruhnya. Akhirnya, dia telah menemui suatu sudut di dalam bilik itu untuk menenangkan perasaannya yang gementar itu.

"Masuk!"
...........

Pejabat ini penuh dengan manusia yang ganjil, fikir Nurul Hana. Tadi sewaktu dia memberitahu kepada setiausaha lelaki ini, wanita itu merenungnya dengan wajah yang pelik. Lama pula tu. Kini, di dalam bilik ini, dia cuba mencari lelaki itu. Rupa-rupanya dia sedang merenung dari suatu sudut yang agak terlindung. Agaknya dah puaslah tu menengok apa yang dia nak tengok. Getusnya di dalam hati.

Taufik berjalan ke arah Ana.

"Nama saya Taufik Azhari bin Ahmad Rizal. Kata Suhana tadi, saudari ni nak jumpa saya. Tapi, kita belum pernah jumpa dan berkenalan, kan? Kalau kita pernah bertemu, saya tidak mungkin akan dapat melupakan saudari." Ujarnya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

Hmm, gatal juga orang ni! Agaknya, dialah si Taufik yang kak long tulis dalam diari tu. Abang kepada abang Lan. Tapi, aku bukan nak jumpa dia. Aku nak jumpa ayah dia. Macam mana ni?

Dengan wajah yang serius dia memberitahu, "Saya datang ni sebenarnya nak jumpa dengan Encik Ahmad Rizal bin Abdul Razak."

"Nak jumpa ayah. Tapi kenapa?" Soal Taufik.

"Dia ada tak?" Soal Ana dalam nada yang tegas.

"Awak ni agaknya dah lama tak baca surat khabar atau tak tengok TV. Awak ni siapa?" Giliran Taufik pula bertanya.

"Apa kaitannya saya dengan tengok TV dan baca akhbar?" Soal Ana sambil mendudukkan dirinya di atas kerusi tanpa dipelawa. Tidak kuasa dia hendak menjadi bahan pameran kepada lelaki itu.

Taufik menjungkitkan keningnya. Hmm, berani juga minah ni, fikirnya.

"Saudari, kalau saudari ada baca paper, atau tengok TV, tentu awak dah tahu bahawa ayah saya sudah lama meninggal. Dah dua tahun dah!" Katanya.

Tiba-tiba dadanya bergetar bila dilihatnya gadis itu termenung. Ada sesuatu yang kurang enak sedang bersarang di dalam hati. Siapakah perempuan ini dan apakah hubungannya dengan ayah? Adakah dia…? Hisy, tak mungkin. Ayah seorang yang baik! Nauzubillah! Tapi, dia asyik bertanyakan ayah, mengapa?

Ana jadi bimbang. Tujuan dia datang adalah untuk bertemu dengan seorang lelaki tua yang dirasakan mudah untuk diajak berbincang. Tapi kini? Dia sedang berada dalam bilik lelaki ini. Ana pasti inilah Taufik Azhari, nama yang digilai oleh kak longnya. Inilah Taufik, abang kepada Roslan, abang iparnya. Nampaknya, hari ini, dia terpaksa meminta pertolongan kepada lelaki ini pula.

Tiba-tiba rasa risau itu menerpa.

Lelaki ini lain macam orangnya. Orangnya nampak pelik dan menakutkan. Macam mana dia hendak memberitahu tentang Irfan kepada mamat ni? Wajahnya itu macam susah nak dibawa berunding. Habis tu kalau yang tua dah mati? Terpaksalah berbincang dengan yang masih hidup! Dan pastinya lebih mudah untuk berbincang dengan lelaki di hadapan ini daripada berbincang dengan ibunya, kan? Soalan-soalan itu berlegar-legar di ruang fikirannya.

Ana tidak mahu berlengah lagi. Dalam tajam renungan Taufik kepadanya, dia meletakkan fail di atas meja. Kemudian dia mengeluarkan gambar pernikahan kak long dan abang Roslan. Dia juga mengeluarkan surat nikah mereka dan akhirnya, dia meletakkan sijil mati kakaknya di situ. Dia mengumpul kekuatan untuk berbicara.

"Di hadapan encik itu, saya dah letakkan gambar nikah kak long saya dengan abang Lan, adik encik. Mereka nikah di masjid Sg Limau, Kulim. Itu kampung halaman saya. Selepas dua hari mereka kahwin, mereka balik ke Kuala Lumpur. Dua bulan tanpa khabar berita. Tidak ada surat, tidak ada telefon."

Taufik tidak menyahut. Menunggu gadis itu meneruskan cerita.

"Tiba-tiba, kakak saya balik ke rumah sambil menangis. Katanya, Abang Lan baru meninggal. Dia sesak nafas semasa mereka baru sudah sembahyang Isyak. Dia meninggal di dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke hospital."

Taufik diam lagi. Peristiwa itu masih melekat dalam ingatannya. Betapa ibunya tidak dapat mempercayai perkhabaran yang doktor bawa. Betapa ibunya tidak dapat menerima hakikat bahawa Roslan sudah tiada. Lantas, kemarahan dilampias ke arah Nurul Liyana. Ibunya menganggap Liyana yang membunuh Roslan. Kalau tidak kerana mengahwini Liyana, Roslan tentu masih hidup, kata ibunya. Kerana sedih dan marah, Liyana dihalau. Ibunya tidak membenarkan Liyana melihat jenazah Roslan. Langsung tidak dibenarkan mendekat.

"Tapi, kenapa mak encik halau dia? Kenapa mak encik tak benarkan dia melihat jenazah abang Lan? Dia kan isterinya?"

"Umi saya sedih sangat masa tu. Roslan ialah anak kesayangannya. Dia tak dapat nak berfikir dengan betul!" Taufik membela ibunya.

Ana mencebik. Alasan! "Tujuh bulan lepas itu, kakak saya pula meninggal."

Sekali ini, dia mendapat perhatian Taufik. Ayatnya membuat lelaki itu terpegun.

"Liyana juga dah meninggal?" Soalnya, tidak percaya.

"Ya." Jawab Ana ringkas. Dia melihat sahaja lelaki itu membaca sijil mati yang diletakkan di atas meja.

"Sakit apa?" Taufik nampaknya ikhlas ingin tahu.

Lama Ana menundukkan wajah sebelum dia berani bertentang mata dengan lelaki di hadapannya. Matanya tepat ke anak mata Taufik bila dia menyatakan, "Kakak saya meninggal dunia tujuh hari selepas dia melahirkan anaknya."

Taufik terhenyak di kerusi.

"Mereka ada anak? Lan ada anak?" Soalnya dan nada itu seakan kembali bertenaga.

"Ya, mereka ada anak. Ini surat beranaknya." Ana menjawab.

"Irfan bin Roslan. Dah tiga tahun umurnya. Di mana dia sekarang?"

"Encik nak jumpa dia ke?" Ana bertanya.

"Dia kan anak saudara saya. Tentulah saya nak jumpa dengan dia." Jawab Taufik.

"Dia sakit."

Taufik terpana. Betulkah apa yang dia dengar ini? Dia ada anak saudara dan sekarang budak kecil itu sedang sakit. Dengan perlahan-lahan, dia cuba mengutip fakta. Sesuatu terkesan di otaknya. Gadis di hadapannya direnung tajam.

"Saya dah faham sekarang. Saya ada anak saudara yang dilahirkan tiga tahun dahulu. Dulu dia sihat tetapi sekarang dia sakit. Maknanya, kalau dia masih sihat sekarang, saya tidak akan tahu bahawa saya ni ada anak saudara. Betul tak, saudari?" soalnya tegas.

"Kalau awak berada di tempat saya, di tempat keluarga Nurul Liyana, awak juga akan melakukan perkara yang sama. Awak juga akan menyembunyikan hakikat itu daripada pengetahuan ibu mertuanya yang zalim, yang asyik menghinanya!" Jawab Ana tegas.

Taufik terpaku di tempat dia duduk. Matanya mencerlung. "Wow! Tahniah! Awak dah berjaya buat saya marah! Sudahlah awak sembunyikan suatu hakikat yang penting, sekarang awak kutuk umi saya pulak!"

"Hei, itu bukan kutuk, tahu! Itu kebenaran. Memang emak awak asyik mengata kakak saya kerana dia bencikannya. Takkanlah awak tak tahu pulak?" Ana pantas menjawab.

Dan Ana memang tidak bersedia dengan tindakan Taufik. Lelaki itu datang menghampirinya dan tanpa Ana sempat berbuat apa-apa, Ana ditarik bangun dan kemudian diseret ke pintu.

"Saya nak awak keluar dari sini sekarang. Saya tak mahu tengok muka awak lagi! Keluar!" Jerit Taufik sambil melangkah semula menuju ke meja.

Ana benar-benar tidak menyangka bahawa lelaki itu sanggup menghalaunya.

Aduhai, Ana! Apa yang sedang engkau lakukan ini? Engkau sudah menyebabkan lelaki ini marah. Dia tidak suka engkau mengata ibunya walaupun dia tahu sikap buruk ibunya itu. Kau memang berhak mengutuk orang tua itu tetapi, bagaimana dengan Irfan? Ingat Irfan, Ana. Ingat nasib dan masa depannya!

"Tolong maafkan saya, saya……"

Ya ALLAH, dia belum keluar lagi rupanya. Taufik bergegas mendekati wanita itu semula.

"Awak tak dengar ke apa yang saya kata? Saya nak awak keluar, sekarang juga! Saya cukup pantang kalau orang menuduh umi saya yang bukan-bukan!"

"Encik Taufik, tolonglah. Saya mengaku saya salah mengata emak encik. Saya tahu saya salah mengutuk seorang yang sangat encik sayangi. Saya betul-betul menyesal. Tolong maafkan saya, please!" Rayunya dengan sepasang matanya itu.

"Maafkan saya?" soalnya sambil mula mengukir senyuman.

Tiada jawapan. Hanya sepasang mata lelaki itu yang sedang memberitahu sesuatu. Isyarat apakah? Ana tidak tahu dan dia tidak mahu tahu. Yang penting baginya kini, Irfan.

"Encik Taufik, boleh tolong lepaskan tangan saya tak? Sakit sangat!" Bisiknya. Sememangnya sepasang tangannya itu sangat sakit bila lelaki itu memulas ke belakang sebelum menolak dirinya tadi. Hisy, kasar sungguhlah pakcik ni! Marahnya tapi cuma di dalam hati.

Tangannya dilepaskan. Taufik tahu pada ketika itu hatinya sedang berkocak hebat. Dia melihat wanita itu menggoyang-goyangkan tangannya. Sudah tentu dia kesakitan bila tangannya dipulas tadi. Perasaan kasihan tiba-tiba hadir. Tanpa sedar, dia mengurut sepanjang lengan gadis itu. Tujuannya hanya satu. Dia ingin mengurangkan kesakitan itu namun Ana yang terlalu terkejut dengan pantas melarikan sepasang tangannya.

Lama suasana sepi dalam bilik itu bila Taufik tiba-tiba bertanya, "Siapa nama awak?"

"Nurul Hana binti Abdullah."

"Umur?"

"23 tahun."

"Kerja?"

"Kerani!"

Mak aii, yang dia tanya tentang aku ni, kenapa pulak?

Akhirnya, Ana memberitahu tujuan kedatangannya ke situ sambil mengeluarkan surat-surat laporan doktor pakar.

"Irfan mengidap sakit jantung berlubang. Saya tak faham dan tak tahu macam mana nak cerita pada encik tapi itu surat doktor pakar di IJN. Kata doktor, untuk pembedahan Irfan, kami perlu membayar sebanyak RM20, 000. Kami orang miskin, kami tak ada duit sebanyak itu. Itulah sebabnya saya ke sini. Saya nak pinjam duit tu daripada encik."

‘Isy...kenapa dia diam? Dia tak nak bagi pinjam ke? Susah ni!’

"Encik, saya kerja. Saya janji, saya akan bayar balik duit tu pada encik. Saya tau saya tak dapat nak bayar sekali gus. Tapi saya boleh bayar secara beransur-ansur. Encik boleh potong duit gaji saya. Saya sanggup!"

Taufik menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Wajah gadis yang baru sahaja habis bercakap dengan penuh emosi itu ditatap. Dia kagum dengan kesungguhan gadis itu untuk menyelamatkan anak saudara mereka. Dia tahu bahawa gadis ini sebenarnya benci sangat kepada dirinya dan keluarganya. Gadis ini sangat marah kepada ibunya. Dia tahu. Ucapan maaf itu adalah kerana dia terpaksa. Dan kini janji itu pula. Sanggup membayar walau mengambil masa seumur hidup hanya untuk mendapatkan wang RM20,000 itu. Aduhai……

"Mana saya tahu sama ada awak ni cakap betul ke atau menipu ke?" Soalnya, ingin menduga. Wajah itu nampak merah. Marahlah tu!

"Kita boleh pergi ke IJN sekarang. Irfan ada di situ dengan ayah saya!" Jawab Ana.

"Ok, sekejap ya!" Taufik menekan interkom. "Suhana, masuk sekejap!"
posted by Penulisan2u @ 12:50 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
2 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group