BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, November 09, 2009
Novel : Cintaku milikmu 2
Nama Pena : saidatul firdaus

Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam, Banisya diserang kebimbangan kerana Mardhiah dan Ikmal masih belum pulang, dari petang lagi mereka keluar, sehingga sekarang masih belum pulang. Banisya bimbang jika terjadi sesuatu ketika dalam perjalanan, Banisya segera berisghtifar,
"Semoga dijauhkan perkara yang tidak baik." Bisik hati kecilnya.
Selepas mendapat panggilan telefon petang tadi tergesa-gesa Mardhiah bersiap untuk keluar, Ikmal pula merengek-rengek untuk mengikut neneknya itu. Dalam keadaan kelam kabut itu Mardhiah menerangkan kepada Banisya bahawa abangnya baru sahaja kemalangan dan kini sedang di rawat di unit rawatan rapi.
Bunyi telefon yang nyaring mematikan lamunannya, pantas kaki di atur ke telefon. "Assalamualikum.." Kedengaran suara Mardhiah di hujung talian.
"Waalaikumsalam.. aunty kat mana?"
"Emm.. ada di rumah abang aunty lagi ni, tadi nak balik, tapi hujan pula, nak balik pun aunty rasa takut pula. Faham-faham sajalah, mata dah tua ni, nak memandu malam, hujan pula tu, jadi aunty balik esok saja lah."
"Baiklah, buat Nisya risau saja, along mana aunty?"
"Ada tu, tengah seronok main dengan bapa saudaranya. Nisya, Abang Iz dah balik?" "Belum.."
"Iz ni, sejak akhir-akhir ni suka sangat balik lambat, tak apa lah, Nisya kunci rumah elok-elok, Abang Iz ada kunci sendiri kan."
"Baiklah.."
Mardhiah memutuskan panggilan selepas memberi salam. Siaran televisyen langsung tidak menarik minat Banisya, entah kenapa dia masih berasa tidak sedap hati walaupun tahu Mardhiah dan Ikmal sudah berada dalam keadaan selamat, dia cuba mengendahkan rasa gusarnya itu. Akhirnya Banisya terlena di atas sofa dengan televisyen yang masih terbuka.
Banisya tersedar dari lenanya apabila terdengar ketukan bertalu-talu dari luar rumah. Matanya tiba-tiba menjadi segar, hatinya diserang kebimbangan,
"Siapa pula ni?" Tetapi dia tetap melangkah menuju ke pintu, sebelum membuka pintu dia mengintai ke luar melalui tingkap. Setelah memastikan Izdihar yang berada di luar rumah, baru lah dia berani membuka pintu, sekilas dia memandang jam di dinding, hampir pukul tiga pagi.
"Lambatnya balik." Detik hati kecilnya.
Izdihar merempuh masuk sebaik saja pintu rumah dibuka, tubuh Banisya sedikit terdorong ke belakang apabila di rempuh oleh Izdihar. Alangkah terkejutnya Banisya melihat keadaan Izdihar, keadaannya agak tidak terurus, dari pandangan Banisya, Izdihar kelihatan seperti orang mabuk. Bau busuk yang keluar dari mulut Izdihar meyakinkan lagi tanggapan Banisya.
Banisya malas hendak masuk campur urusan peribadi Izdihar, tetapi dia tetap terkejut melihat keadaan Izdihar, kerana sepanjang hampir empat bulan dia di banglo ini, dia tidak pernah melihat Izdihar dalam keadaan begitu. Selepas menutup kembali pintu, dia segera hendak menuju ke biliknya. Semasa melalui ruang tamu, Izdihar yang terduduk di atas sofa secara tiba-tiba menarik lengannya, tersentak Banisya dengan perbuatan Izdihar itu.
"Apa ni abang Iz?"
Izdihar menarik tubuh Banisya ke arahnya membuatkan Banisya terduduk di atas ribaannya.
"Apa ni Abang Iz..! Lepaslah..!"
Banisya meronta-ronta cuba untuk bangun dari ribaan Izdihar, tetapi lelaki itu lebih cepat mengemaskan pelukannya. Banisya sudah mula hendak menangis, di kepalanya sudah terbayangkan perkara yang buruk sahaja..
"Diam..!"
Banisya menjadi kecut dengan suara nyaring Izdihar, air matanya juga sudah merembes keluar. Tetapi dia masih cuba untuk melepas diri dari Izdihar.
"Aku cakap diam.. diam lah..!"
"Lepaskan Nisya, tolong lah Abang Iz.."
Banisya cuba merayu kepada Izdihar, tetapi lelaki itu tidak mengendahkannya, Banisya merasa lemas dalam keadaan sebegitu di tambah pula dengan bau busuk dari mulut Izdihar membuatkan kepalanya mula berdenyut.
"Kenapa Sara buat abang macam ni?"
Nada suara Izdihar berubah mendadak, dia menangis di hadapan Banisya. Banisya sedikit kaget dengan keadaan emosi lelaki itu yang berubah secara mendadak.
"Abang sayangkan Sara, kenapa Sara buat abang macam ni? Kenapa Sara nak tinggalkan abang?"
Banisya merasakan pegangan lelaki itu semakin longgar, dia mengambil kesempatan itu untuk melepas diri, pantas dia bangun dari ribaan Izdihar dan berlari menuju kebiliknya.
"Sara..! Jangan tinggalkan abang..!"
Banisya tidak mempedulikan suara nyaring Izdihar, dia hanya mahu segera sampai kebiliknya. Belum sempat pintu biliknya ditutup, Izdihar merempuhnya dengan kasar. Pucat wajah Banisya melihat wajah bengis Izdihar, pintu bilik itu ditutup dengan kasar oleh Izdihar dan dikunci.
"Kau nak kemana hah?!"
"Tolong lah Abang Iz.. jangan buat macam ni.."
"Buat apa kau nak takut? Aku ni suami kau, bukan orang lain..!"
"Tolonglah Abang Iz.."
"Oo.. dengan jantan lain kau layan, dengan suami sendiri kau nak lari?!"
Banisya terpinga-pinga mendengar kata-kata Izdihar, tidak mengerti apa yang dimaksudkannya. Izdihar mengheret tubuh Banisya dengan kasar ke atas katil, kudrat yang ada pada Banisya tidak mampu untuk melawan Izdihar.
"Sakit Abang Iz..! Jangan buat macam ni..! Sakit Abang Iz..!"
Izdihar tidak mempedulikan rayuan Banisya, dia menindih tubuh gadis itu. Banisya menahan rasa perit di pipinya akibat ditampar berkali-kali oleh Izdihar apabila dia meronta-ronta untuk melepaskan diri. Tubuh Banisya semakin lemah kerana dipukul oleh Izdihar, pandangannya semakin kabur, dan kemudian semakin gelap.
Perlahan-lahan Izdihar membuka matanya, kepalanya masih terasa berat. Matanya tiba-tiba menjadi segar apabila melihat wajah Banisya begitu hampir dengannya, lebih memeranjatkan lagi apabila melihatkan dirinya dalam keadaan yang memalukan, tanpa sebarang pakaian. Dia bingkas bangun dan mencapai seluarnya yang berada di atas lantai.
"Ya Allah, apa yang aku dah buat ni?!"
Segala-galanya masih kabur, dia masih tidak dapat mengingati peristiwa yang telah terjadi semalam, melihatkan keadaan dirinya dan Banisya dia tahu dia telah melakukan sesuatu yang buruk kepada Banisya. Hatinya bergetar hebat, terketar-ketar dia menyelimutkan tubuh Banisya yang separuh terdedah itu, lebam-lebam di wajah Banisya menambahkan rasa gusarnya. Dia mengutip pakaiannya yang bertaburan di lantai dan segera berlalu ke biliknya.
Selepas membersihkan diri, Izdihar duduk termenung di atas katilnya. Perkara yang terakhir yang dia ingat ialah malam itu dia telah mengekori Maisarah sehingga ke kelab malam dan dia juga ternampak Maisarah bercumbuan dengan lelaki lain.
"Ya Allah, apa aku dah buat ni? Aku dah janji dengan ibu aku tak akan sentuh lagi air syaitan tu..! aku dah mungkir janji..!"
Apa yang diingatnya semalam, sebaik sahaja pulang ke rumah, Maisarah sedang menunggunya di ruang tamu dan dia telah menuntut haknya sebagai suami dari Maisarah.
"Tapi Maisarah dah lama keluar dari rumah ni, habis tu semalam siapa pula yang aku.."
Izdihar berishgtifar beberapa kali, wajahnya diraup beberapa kali dengan kedua belah tangannya. Terbayang di matanya wajah Banisya yang penuh dengan lebam-lebam.
"Apa yang aku dah buat ni..! Ya Allah, kenapa jadi sampai macam ni? Kenapa aku tak boleh kawal diri..! Apa aku nak katakan pada ibu?!"
********************
Selepas berkali-kali dia mengetuk pintu tetapi tiada tindak balas dari dalam rumah, Mardhiah membuka pintu dengan kunci yang terdapat padanya. Sebaik sahaja pintu terbuka Ikmal terus meluru ke bilik Banisya.
"Mana pula Iz ni? Kereta ada, tak pergi kerja ke dia?"
Mardhiah berbicara sendiri, dia hairan melihat keadaan rumah itu yang sunyi sepi, jam sudah hampir pukul 12 tengah hari, selalunya pada waktu ini Banisya sudah sibuk memasak di dapur, tetapi bayang gadis itu langsung tidak kelihatan.
"Nenek, nenek.. acik tak nak uka pitu.. long tuk dah.. acik tak nak uka pitu.."
Hati Mardhiah sudah mula merasa gusar, naluri ibunya mengatakan sesuatu yang buruk telah berlaku sepanjang ketiadaanya di rumah itu.
"Nisya, buka pintu ni.. aunty ni.. Nisya.."
Masih tiada sebarang respon dari Banisya. Tidak mahu membuang masa, Mardhiah pantas mengambil kunci pendua yang terdapat di dapur.
"Nisya.."
Banisya membatukan dirinya, Mardhiah tidak dapat melihat wajah gadis itu kerana Banisya duduk membelakangkan dirinya, hanya kedengaran esak tangisnya.
"Nisya.."
"Napa acik nangis nenek..?"
"Ya Allah, kenapa ni Nisya?"
Mardhiah memegang wajah Banisya yang kelihatan lebam, Banisya mengaduh kesakitan.
"Apa dah jadi ni? Kenapa muka Nisya lebam-lebam ni?"
Banisya masih diam membisu, air matanya tidak henti-henti mengalir. Hati Mardhiah menjadi berang apabila matanya tiba-tiba terpandangkan jam tangan milik Izdihar di atas lantai bilik itu.
"Apa yang Abang Iz dah buat pada Nisya?!"
Terketar-ketar Banisya cuba mengeluarkan suara, tetapi seakan tersekat di kerongkongnya. Tanpa menunggu Banisya menghabiskan ayatnya, Mardhiah pantas beredar keluar dari bilik itu. Dia tahu pasti Izdihar telah melakukan sesuatu kepada Banisya. Mengingatkan perangai lama Izdihar, tidak mustahil Izdihar melakukan sesuatu yang buruk kepada Banisya.
"Izdihar..!"
Bergema suara Mardhiah di dalam banglo dua tingkat itu. Mendengarkan suara Mardhiah yang nyaring itu, Ikmal pantas berlari mendapatkan Banisya, tanpa mempedulikan Banisya yang sedang menangis, dia terus memeluknya. Buat seketika hati Banisya terasa damai apabila tubuh kecil Ikmal mendakapnya dengan erat. Dengan berat hati Izdihar melangkah ke ruang tamu, dia tidak berani memandang wajah Mardhiah. Melihatkan wajah keruh Izdihar, Mardhiah semakin yakin sesuatu yang buruk telah berlaku.
"Apa yang Iz dah buat pada Nisya?"
Izdihar diam membisu, wajahnya tunduk memandang lantai.
"Cakap pada ibu, apa yang Iz dah buat pada Nisya?! Sampai lebam-lebam muka dia..! Iz dah buat apa?!"
Tanpa disangka-sangka Izdihar meluru ke kaki Mardhiah dan memeluknya dengan erat.
"Ampunkan Iz, ibu..! Iz dah buat dosa..! Iz tak sedar ibu..! Iz tak sengaja..!"
Mardhiah sudah dapat mengagak apa yang telah dilakukan oleh Izdihar, terasa lemah lututnya, dia jatuh terduduk di hadapan Izdihar.
"Kenapa Iz buat macam ni? Apa yang kita nak beritahu pada keluarga dia Iz.."
Izdihar mencapai pula kedua belah tangan Mardhiah,
"Iz akan tanggung semuanya ibu.."
"Senangnya Iz bercakap, kenapa boleh jadi sampai macam ni?!"
"Iz tak sedar ibu, Iz hanya nampak Maisarah.."
Tiba-tiba Mardhiah menarik tangannya dari pegangan Izdihar.
"Lagi-lagi perempuan tu..! Lupakan saja dia, kenapa susah sangat nak lupakan dia?! Dia dah musnahkan hidup Iz..! sekarang ni disebabkan dia, Iz dah musnahkan hidup Nisya..!"
"Iz tahu Iz dah buat dosa besar.. semua ni disebabkan air setan tu..! Tolong lah Iz ibu..!"
Mardhiah bingkas bangun langkahnya lemah diatur ke telefon.
"Assalmualaikum, Milah, Aunty Dhiah ni.."
***************************************************************
Sudah masuk tiga minggu peristiwa hitam itu berlalu, tetapi Banisya masih tidak dapat melupakannya. Tidur malamnya sering terganggu dengan mimpi-mimpi yang buruk. Jamilah susah hati melihat keadaan Banisya itu, hendak dikhabarkan pada keluarga Banisya di kampung, tidak dibenarkan pula, Banisya tidak mahu keluarganya merasa bimbang dengan dirinya. Mengenangkan nasib gadis itu membuatkannya dia mengeluh berat.
"Kenapa mengeluh sampai macam tu sekali Milah?"
Jamilah seakan tersedar dari mimpi, dia terlupa kini dia sedang berhadapan dengan suaminya, Yusof.
"Emm.. Nisya tu lah, saya tak tahu nak buat apa lagi."
"Kan anak Aunty Dhiah tu dah berjanji nak bertanggungjawab, apa masalahnya lagi?"
"Eii.. senang saja abang bercakap kan? Nisya tu dalam trauma tau tak? Hari masa kita ambil dia tu, lebam-lebam muka dia, abang tak ingat ke? Entah apa yang di buat si Iz tu pun kita tak tahu. Saya tak sangka Iz tu macam tu, nampak baik saja."
"Semua orang melakukan kesilapan, Iz tu pun bukan teruk sangat, kalau tak tak kan dia sanggup nak bertanggungjawab."
"Hemm.. tengoklah nanti saya cuba pujuk dia lagi, saya pun tak tahu nak pujuk macam mana lagi, macam bercakap dengan batu pun ada, senyap je tak berkutik sikit pun."
Yusof tersenyum sendiri melihat memek muka Jamilah.
"Senyum, senyum apa? Kita cakap dia senyum pula.."
"Sudah lah tu, minum dulu air teh ni, dah sejuk pun, malam ni awak pujuk lah lagi Nisya tu. Abang bukan apa, lagi lambat, lagi bahaya, buatnya ada isi nanti macam mana?" Jamilah mengakui ada benarnya kata-kata suaminya itu.
"Nisya terima saja lah lamaran Iz tu, ini untuk kebaikan Nisya juga."
Seperti selalu, Banisya hanya mendiamkan diri, Jamilah hampir saja berputus asa untuk memujuk gadis itu.
"Kalau jadi apa-apa pada Nisya, macam mana mak di kampung? Kalau orang kampung tahu tentang ini, lagi malu Nisya sekeluarga. Sebelum terlambat, Nisya kahwin lah
dengan Iz, akak risau kalau-kalau tak sempat pula. Maafkan lah Iz, dia pun dah berjanji nak bertanggungjawab."
"Nisya tak boleh terima dia kak, macam-macam Nisya rasa bila teringatkan dia. Benci, takut, sedih, semua ada, macam mana Nisya nak hidup dengan dia?"
"Nanti bila Nisya dah kahwin, mungkin semua perasaan tu akan hilang, buat masa sekarang, Nisya kena fikirkan masa depan Nisya, macam mana kalau Nisya mengandung? Minta maaf lah apa yang akak nak kata ni. Kalau Nisya tak nak kahwin dengan Iz, dengan keadaan Nisya sekarang ni, siapa lagi yang mahukan Nisya? Nisya kena berfikir secara rasional, bukan ikut emosi saja."
Banisya terdiam seketika, hati kecilnya turut bersetuju dengan kata-kata Jamilah, lelaki mana yang mahukan kelapa yang telah di tebuk tupai?
"Tapi nanti apa pula kata mak, tiba-tiba nak kahwin?"
Jamilah mengeluh kelegaan melihatkan Banisya yang sudah mula termakan kata-kata pujuknya.
"Itu Nisya tak perlu risau, tahu lah akak dan abang Yusof uruskan, yang penting, Nisya setuju dengan pernikahan ni."
Buat seketika mereka masing-masing membisu, Jamilah menunggu penuh sabar kata putus dari Banisya. Kalau boleh Jamilah tidak mahu menangguhkan lagi pernikahan mereka berdua, bimbang jika sesuatu yang lebih buruk akan terjadi.
"Ikut akak lah, Nisya pun dah tak tahu nak fikir apa lagi, apa pilihan yang Nisya ada sekarang?"
Jamilah tersenyum lebar mendengar kata setuju daripada Banisya, sekurang-kurangnya
pernikahan ini dapat mengurangkan rasa bersalahnya terhadap Banisya dan keluarga Banisya. "Itu Nisya jangan risau, isyallah, semua boleh diuruskan."

*********************
"Abang tahu Nisya masih tak boleh terima semua ini, tapi abang rasa ini saja jalan yang terbaik untuk kita berdua. Abang tahu semua salah abang, abang minta maaf sangat-sangat." Izdihar mati kata apabila Banisya langsung tidak membalas kata-katanya.
"Nisya, tolonglah bercakap dengan abang, kalau Nisya marah kan abang sekali pun, tolong lah, untuk hari ini saja, demi mak Nisya, jangan bermasam muka dengan abang, nanti mak Nisya kata apa pula."
Banisya masih diam membisu, wajahnya masih terpaku memandang permandangan di luar rumah melalui tingkap yang terbuka luas.
"Nisya dengar tak apa yang abang cakap ni?"
"Hemm.. dengar.. Nisya tak pekak lagi, tahu lah Nisya nak bawa diri."
Izdihar mengeluh lemah, keras sungguh hati gadis itu, tetapi Izdihar tidak menyalahkannya.
"Abang keluar dulu, nanti Nisya keluarlah, semua orang tengah tunggu Nisya."
Banisya mengeluh kelegaan sebaik sahaja Izdihar meninggalkan bilik itu, berdua-duaan dengan lelaki itu membuatkan dirinya merasa seram sejuk, peristiwa hitam itu kembali terbayang di kepalanya setiap kali dia memandang wajah lelaki itu. Kini dirinya telah sah bergelar isteri kepada Izdihar. Dia tidak menyangka akan menjadi isteri pada usia semuda ini, kepada lelaki yang tidak dicintainya pula. Banisya segera berishtighfar panjang apabila memikirkan ini semua adalah qada dan qadar dari Ilahi, sebagai hamba dia seharusnya redha dengan apa yang berlaku. Namun jauh di sudut hati kecilnya masih ada rasa sesalnya, walaupun redha, tetapi dia tetap seorang insan yang biasa.
Dengan berhati-hati Banisya menuruni anak tangga, niat di hati hendak berkurung di dalam bilik sahaja, tetapi memandangkan sanak-saudara Izdihar yang hadir membantutkan niatnya itu.
Baju kurung yang dipakai untuk pernikahannya telah berganti dengan sepasang baju kurung berwarna biru lembut. Kakinya laju di atur menuju ke arah ibunya,
"Nisya dah solat?"
"Sudah, Isya dan Ziq mana mak?"
"Entah, tadi ada di depan, main dengan Ikmal, ada di luar kot. Kenapa Nisya salin baju ni? Nanti orang tak kenal pula mana satu pengantin."
"Err.. rimas lah pakai baju tu, lagipun tadi berpeluh banyak, itu yang Nisya tukar baju ni."
"Mak nak balik esok."
"Eh, kenapa cepat sangat nak balik? Tunggu lah lagi dua tiga hari."
"Isya dan Ziq kan sekolah, takkan nak ponteng sekolah pula?"
"Isya tak kisah mak, sambung cuti dua tiga hari lagi pun seronok juga." Batrisya tiba-tiba menyampuk dari belakang ibunya.
"Hish..! buat terkejutkan orang saja..!" Batrisya tertawa kecil, bukan niatnya untuk mengejutkan ibu dan kakak nya itu.
"Opss.. sorry.. Kak Nisya, Abang Iz cari, dia ada di luar."
"Buat apa dia cari Kak Nisya?"
"Eh akak ni, mana lah Isya tau.. akak pergi lah tanya dia sendiri."
"Yelah, yelah.."
Dengan berat hati Banisya menuju ke laman rumah dua tingkat itu. Walaupun sekadar majlis yang ringkas, sebuah khemah untuk tetamu tetap disediakan. Dari dalam rumah Banisya dapat melihat dengan jelas Izdihar sedang berbual dengan beberapa orang tetamu yang langsung tidak dikenalinya.
"Abang Iz.."
"Nisya.. Mak Anjang, Pak Anjang, ini, kenalkan Nisya."
Banisya menghulurkan salam kepada kedua suami isteri itu, sedaya upaya dia cuba menunjukkan wajah yang ceria.
"Ini mak saudara sebelah papa abang, tadi masa akad nikah diorang tak sampai lagi." Banisya sekadar mengangguk tanda memahami penerangan yang diberikan oleh Izdihar.
"Kecil molek saja orangnya, kalau nak dibandingkan dengan Iz."
Banisya dan Izdihar saling berpandangan apabila mendengar kata-kata daripada bapa saudara Izdihar itu, ternyata ada benarnya, tubuh Banisya hanya setinggi bahu Izdihar, buat seketika mereka berdua saling berpandangan.
Menjelang asar, semua tetamu sudah mula mengundurkan diri, Banisya membantu ibunya mengemas bahagian dapur, dia tidak betah untuk duduk sahaja.
"Ibu.. nak andi.." Tergamam seketika Banisya apabila mendengar kata-kata Ikmal, Ikmal memanggilnya dengan panggilan ibu.
"Ibu.." Tangan kecil itu menarik lembut tangannya.
"Nisya pergilah mandi kan Ikmal dulu, lagipun tinggal sikit saja nak kemas ni."
"Emm.. baiklah.."
"Nak ukung.."
Banisya hanya menurut kata-kata Ikmal, semasa hendak menaiki tangga, mereka berselisih dengan Izdihar.
"Papa.. nak ukung.. nak ukung.."
"Along ni, tadi kata nak mandi.."
Banisya cuba mengimbangkan diri apabila Ikmal meronta-ronta hendak pergi kepada Izdihar.
"Ok..ok.. papa dukung.."
Izdihar mengambil Ikmal dari Banisya, keadaan tangga yang sempit itu membuatkan tubuh mereka begitu hampir, membuatkan Banisya malu sendiri berada dalam situasi itu.
"Nak mandi dengan siapa ni?"
"Ngan ibu.."
Izdihar tersenyum kecil apabila mendengar Ikmal memanggil Banisya dengan panggilan ibu, ternyata anaknya itu cepat belajar, baru semalam dia berpesan kepada Ikmal agar memanggil Banisya dengan panggilan ibu dan hari ini Ikmal dapat melakukannya dengan baik sekali.
"Nak mandi dengan ibu, tapi papa kena dukung sampai atas ye?"
Ikmal sekadar tersengih mendengar kata-kata Izdihar. Banisya mengekori dari belakang sehingga mereka sampai ke tingkat atas.
"Nisya kalau nak mandi, bolehlah guna bilik abang, tak perlulah guna bilik ibu, lagipun barang-barang Nisya kan dah dipindahkan ke bilik abang."
Banisya hanya mendiamkan diri sambil tangannya sibuk menanggal pakaian Ikmal.
"Abang akan pindah ke bilik tetamu, Nisya tak perlu risau, barang-barang abang pun dah dipindahkan ke bilik tu."
Izdihar menambah kata-katanya apabila melihat Banisya tidak bersuara.
"Nisya ikut saja."
Izdihar tersenyum lega mendengar persetujuan dari Banisya. Banisya adalah menantu di rumah ini, tak tergamak Izdihar membiarkan Banisya tinggal di bilik bawah yang di khaskan untuk pembantu rumah. Lagipun bilik itu telah meninggalkan sejarah hitam buat Banisya.
Selesai memandikan Ikmal, Banisya tidak lagi melihat kelibat Izdihar. Banisya merasa sedikit terharu apabila melihat semua pakaiannya tersusun rapi di dalam almari baju Izdihar. Dia sendiri tidak pasti bila barang-barangnya dipindahkan ke bilik ini, mungkin semasa ketiadaannya beberapa minggu yang lalu. Seingat dia sewaktu keluar dari rumah ini, dia hanya membawa beberapa helai pakaian sahaja. Pakaian yang di bawanya dari rumah Jamilah dipunggah keluar dan disusun rapi di dalam almari. Buat seketika dia terlupakan tentang Ikmal, sejak akhir-akhir ini dia terlalu banyak mengelamun hingga terlupakan orang di sekelilingnya. Selesai mengemas, baru dia terfikirkan tentang anak kecil itu, rupa-rupanya Ikmal telah terlena di atas katil, Banisya sendiri tidak pasti bila Ikmal terlena.
"La.. dah tidur rupanya dia, patut lah nenek panggil dia tak menyahut."
"Eh.. aunty cari Ikmal ke?"
"Tadi dia kata nak air milo, tapi nak mandi dulu, alih-alih, tidur pula dia."
"Nisya pun tak perasan bila dia tertidur."
"Emm.. tak apalah, nanti ibu simpan milo tu dalam ice box lah."
Dengan berhati-hati Mardhiah menutup pintu bilik, bimbang mengejutkan Ikmal, dia duduk bersimpuh di sebelah Banisya.
"Nisya, boleh ibu tanya sikit?"
"Tanya apa?"
"Nisya marah kan ibu ke?"
"Eh, tak adalah, kenapa pula Nisya nak marah."
"Nisya jarang sangat bercakap dengan ibu sejak balik dari rumah Milah, sebab tu ibu ingatkan Nisya marah kan ibu."
"I..bu.."
Nisya memberanikan diri memanggil Mardhiah dengan panggilan ibu, terasa kekok pula.
"Nisya ada nak cakap apa-apa, bagitahu lah, ibu takkan marah."
"Emm.. sebenarnya.. Nisya rasa kekok dengan keadaan kita sekarang ni, mungkin sebab tu Nisya tak banyak bercakap."
"Maksud Nisya?"
"Yelah, tiba-tiba daripada majikan, jadi mak mertua pula.."
"Oh.. sebab itu lah.. Nisya, ibu tak pernah memilih menantu, dah tersurat Nisya jadi menantu ibu."
"Tapi Nisya ni sekadar gadis kampung saja."
"Ibu pernah bermenantukan orang bandar Nisya, bukan semua di bandar ni bagus. Ibu tahu semua ini bukan kehendak Nisya, Ibu nak minta maaf dengan Nisya kerana melibatkan Nisya dalam masalah keluarga ini. Semua ni salah ibu, tak pandai menjaga anak."
"Nisya tak salah kan ibu, tapi Nisya harap ibu boleh bagi masa kepada Nisya untuk sesuaikan diri.. Nisya.."
Belum sempat Banisya menghabiskan ayatnya, tiba-tiba wajahnya berkerut seakan sedang dalam kesakitan dan beberapa saat kemudian dia terus meluru ke dalam bilik air. Mardhiah sedikit tergamam dengan apa yang berlaku. Naluri ibunya seakan mengerti apa yang akan bakal berlaku selepas ini.
Mardhiah mengurut perlahan belakang Banisya, wajah Banisya sudah bertukar kemerahan, habis semua isi perutnya dimuntahkan.
"Nisya dah ok sikit?"
Banisya mengangguk lemah, Mardhiah memimpin Banisya ke katilnya.
"Nisya rehat lah dulu, biar ibu bawa Ikmal ke bilik ibu."
Banisya mengangguk lemah, kepalanya sudah mula terasa berdenyut. Dengan berhati-hati Mardhiah mengangkat tubuh kecil Ikmal, dia tidak mahu mengganggu Banisya berehat. Selepas tubuh Ikmal diletakkan di atas katil di biliknya, Mardhiah segera mencari Izdihar, Izdihar harus diberitahu segera tentang keadaan Banisya.
Kelihatan Izdihar sedang khusyuk menonton rancangan televisyen bersama Haziq dan Huzaifah.
"Iz.."
"Ibu.. Along mana?"
"Dia dah tertidur kat atas lepas mandi tadi. Ikut ibu ke bilik bacaan sekejap, ada benda ibu nak bagitahu."
Izdihar hanya menurut kata-kata ibunya, Haziq dan Huzaifah pula masih khusyuk menonton televisyen, ketiadaan Izdihar langsung tidak disedari.
"Kenapa ni ibu?"
"Ibu rasa Nisya dah mengandung."
"Mengandung? Mana ibu tahu ni?"
"Tadi dia muntah teruk kat atas."
"Macam mana ni ibu, kalau mak Nisya tahu macam mana?"
"Esok ibu bawa Nisya ke klinik, Iz kena hantar balik family Nisya seorang diri saja lah, Nisya tak boleh ikut. Ibu takut nanti jadi apa-apa kat rumah dia, mak dia syak pula nanti."
"Tapi, boleh ke ibu, nanti apa pula kata mak dia, anaknya tak ikut balik sekali."
"Nanti pandai lah ibu nak pujuk mak Nisya tu."
"Ibu, Iz minta maaf kerana menyusahkan ibu, dari dulu sampai sekarang Iz asyik menyusahkan ibu saja."
"Hemm.. sudah lah, benda dah jadi pun, apa yang penting sekarang Iz kena jaga Nisya baik-baik, dia amanah Iz, lupakan apa yang telah terjadi, kita buka buku yang baru. Ibu nak bawakan air minuman untuk Nisya, Iz buat biasa saja, tahu lah ibu nak uruskan."
Hampir pukul 2 pagi, Banisya terjaga dari tidurnya, selepas makan ubat petang tadi, dia terus terlena, rasa loya yang kuat membuatnya terjaga, tanpa sempat memasang lampu, dia meluru ke dalam bilik air, menghamburkan segala isi perutnya. Izdihar yang sedang tidur di sofa juga turut terjaga apabila mendengar bunyi bising di bilik air.
"Kenapa ni Nisya?"
Banisya tidak membalas pertanyaan Izdihar, sebaliknya terus menghamburkan isi perutnya. Izdihar turut bersimpati dengan Banisya, dia sendiri tidak tahu apa yang hendak dilakukan, kesudahannya dia hanya mengurut perlahan belakang Banisya, niatnya hanya mahu memberikan kelegaan kepada Banisya. Tetapi tanpa di sangka-sangka Banisya menepis kasar tangannya.
"Apa ni..!"
"Nisya.. abang cuma.."
Banisya merapatkan tubuhnya ke sinki, rasa loyanya sudah berkurangan, timbul pula rasa seram sejuk apabila melihat Izdihar begitu hampir dengan dirinya. Izdihar menjarakkan dirinya apabila melihat wajah Banisya yang dalam ketakutan itu.
"Sorry, abang tak ada niat lain, abang cuma nak tahu keadaan Nisya je."
Izdihar berlalu keluar dari bilik itu apabila tiada sebarang respon daripada Banisya.
Izdihar kembali semula ke bilik dengan sebotol air masak dan gelas kosong. Banisya bingkas bangun apabila melihat Izdihar memasuki bilik itu, matanya tidak lepas dari memandang Izdihar, rasa seram sejuknya kembali semula.
"Ni air minuman, Nisya rehat lah, abang nak tidur dulu."
Banisya hanya menjadi pemerhati setia melihat Izdihar meletakkan botol berisi air minuman itu di atas meja bersebelahan katilnya. Setelah itu Izdihar berbaring pula di atas sofa kecil di sudut bilik itu. Timbul rasa kasihan pada Banisya melihatkan keadaan Izdihar itu, tetapi dipendamkan saja di dalam hatinya.
"Maafkan Nisya kerana tak boleh jadi seorang isteri yang baik."
Ucapan itu tidak mampu diluahkan kepada Izdihar, hanya bergema di dalam hatinya sahaja.
"Alhamdullilah, semua berjalan lancar, senang hati saya tengok diorang berdua dah selamat, terima kasih lah Wiyah kerana sudi terima anak akak tu."
"Ish.. tak ada apa-apa lah, sepatutnya saya yang patut berterima kasih kerana keluarga Kak Dhiah sanggup terima Nisya sebagai menantu rumah ini. Nisya tu dah la muda lagi, takut tak pandai nak uruskan keluarga Kak Dhiah pula."
"Akak ni, bukan lah nak memuji sebab Nisya tu menantu akak, tapi Nisya tu memang pandai uruskan rumah tangga, sejak dari mula-mula dia bekerja di sini lagi. Sebab tu akak tak ragu-ragu dengan keputusan Iz untuk mengambil Nisya sebagai isteri dia."
Zawiyah tersenyum kelegaan mendengar kata-kata Mardhiah. Dia tidak henti-henti memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan suami dan mertua yang baik buat anaknya itu.
"Wiyah nak balik hari ini juga ke? Tak nak rehat sehari dua dulu?"
"Bukan Wiyah tak nak, tapi esok kan dah mula sekolah."
"Ye tak ye juga, lupa pula akak, ye lah, anak dah lama tak sekolah, mana lah ingat hari-hari sekolah dah."
"Lepas zohor, boleh lah bertolak, nanti kalau lambat-lambat kasihan pula pada Iz."
"Emm.. boleh tak kalau Nisya tak ikut sekali? Bukan apa, akak nak ke klinik, akak ingat nak ajak Nisya temankan, dari semalam tak sedap badan."
"Eh, tak apa, kalau akak pergi ke klinik seorang diri lagi bahaya, kalau jadi apa-apa, boleh juga Nisya tengok-tengokkan."
Mardhiah tersenyum kelegaan mendengar kata-kata Zawiyah. Niat Mardhiah hanya satu, tidak mahu mengeruhkan keadaan, dia tidak mahu Zawiyah mengetahui keadaan sebenar yang telah menimpa Banisya.
Banisya mengeluh kelegaan apabila mengetahui dia tidak perlu menghantar ibunya pulang ke kampung, lebih baik ibunya tidak mengetahui keadaan dirinya sekarang. Perbualannya dengan Mardhiah lewat petang semalam kembali mengganggu fikirannya.
"Esok kita pergi klinik, buat pemeriksaan, ibu rasa Nisya bukan salah makan ni." Banisya menelan air liur mendengar kata-kata Mardhiah, hatinya tiba-tiba diserang kebimbangan. Entah kenapa air matanya tiba-tiba sahaja mengalir keluar.
"Eh, kenapa menangis ni?"
"Nisya takut bu.."
Mardhiah memeluk erat tubuh Banisya, hati ibunya tersentuh melihatkan keadaan Banisya.
"Jangan takut, ibu ada bersama Nisya.."
"Kak, buat apa duduk atas tangga ni?"
Teguran Huzaifah mematikan lamunannya, dia melemparkan senyuman kepada adik bongsunya itu.
"Tak ada apa-apa lah, awal adik akak ni bangun?"
"Huzai lapar la kak.."
"Ni dah gosok gigi belum?"
"Belum.."
"Ha.. pergi gosok gigi dulu, lepas tu baru boleh makan."
Walaupun dengan wajah yang masam, Huzaifah tetap menurut arahan Banisya. Seketika kemudian terdengar tangisan Ikmal dari bilik Mardhiah, Banisya bergegas menuju ke bilik itu.
"La.. menangis kenapa ni?"
Tangisan Ikmal terus berhenti sebaik sahaja melihat wajah Banisya.
"Nak cucu.."
"Ish.. bangun-bangun tidur terus minta susu, jom mandi dulu, lepas mandi baru acik bagi susu."
"Nak cucu.. nak cucu.."
Ikmal melompat turun dari katil dan terus berlari keluar dari bilik itu. Banisya cuba mengejar anak kecil itu, perbuatannya mengundang padah apabila tiba-tiba terpijakkan kereta mainan milik Ikmal, menyebabkan dia tidak dapat mengimbangi tubuhnya.
Segala-galanya berlaku dengan pantas, sedar-sedar saja dia sudah berada dalam pelukan Izdihar. Tanpa disedari Banisya juga turut berpaut pada tubuh Izdihar untuk mengimbangkan dirinya dari terjatuh.
"Along..! berapa kali papa pesan, simpan barang mainan ni elok-elok..! bahaya betullah..!"
"Kenapa Iz?!"
Semua orang menuju ke tangga untuk melihat apa yang telah terjadi.
"Ehem.. romantiknya pagi-pagi ni."
"Hish..! sibuk je Ziq ni."
"Sakit lah Angah..!"
Haziq mengaduh kesakitan apabila di cubit oleh Batrisya. Izdihar segera melepaskan tubuh Banisya apabila tersedar mereka masih berpelukkan di hadapan semua orang. Wajah Izdihar dan Banisya masing-masing kemerahan menahan malu.
"Err.. tak ada apa-apa bu, Nisya ni hampir nak terjatuh tangga tadi sebab terpijakkan kereta mainan along tu."
"Nisya ok ke tu?"
"Err.. ok..ok.."
Tanpa menunggu lama Banisya terus turun berlalu ke dapur, dia merasa begitu malu dengan kejadian sebentar tadi. Izdihar pula cuba berlagak selamba dan terus menuju ke ruang tamu mencari kelibat Ikmal.
"Ada-ada saja lah diorang ni, mujur tak jadi apa-apa, mana si along ni, nak kena dia ni.. berapa kali dah kita pesan, simpan barang mainan tu elok-elok. Ha.. tu pun dia..!"
Ikmal segera berlari dan menyorok di sebalik tubuh Banisya apabila melihat neneknya meninggikan suara.
"Dah la Kak Dhiah, budak-budak, biasalah, lagipun tak ada apa-apa jadi pada Nisya, sepatutnya Nisya tu yang kena lebih berhati-hati."
Mardhiah mengeluh lemah mendengar kata-kata Zawiyah, hatinya cukup bimbang mendengarkan Banisya hampir terjatuh tadi.
"Tahu takut, lain kali buat lagi, tahu lah papa nak buat apa dengan along..!"
Ikmal terus menangis apabila dimarahi oleh Izdihar pula, tubuh Banisya dipeluk erat. "Dah, dah, jangan nangis, jom kita minum susu.."
Banisya mengangkat tubuh Ikmal dan kedua pipi anak kecil itu diciumnya.
"Bucuk la anak ibu ni, dah, jangan nangis.."
Banisya mendukung Ikmal sehingga ke dapur, tangisan Ikmal segera berhenti apabila dihulurkan botol susu oleh Banisya.
Izdihar menggelengkan kepala melihat keletah Ikmal, sejak akhir-akhir ini Ikmal agak manja dengan Banisya. Ikmal seringkali bertanyakan tentang Banisya sepanjang tiga minggu ketiadaannya di rumah ini. Anak kecil itu demam hampir tiga hari kerana merindukan Banisya, sengaja Izdihar tidak menceritakan kejadian itu kepada Banisya, dia tidak mahu menambahkan kekusutan yang ada pada Banisya.
posted by Penulisan2u @ 4:51 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
7 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group