BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, November 02, 2009
Novel : Cinta untukmu 1
Nama Pena : kihd_virgurlz

"Syira nak ke mana tu?" Soal mama kepada ku yang telah ‘get ready’ untuk merayap seperti biasa. Alaa bukan ke mana dan dengan siapa pun. Paling-paling dengan Ayana, anak Mak Temah. Merangkap rakan sepermainan, sepergaduhan dan seumpamanya sejak dari kecil sampailah sekarang.

"Hmmm… nak ke taman jap! Dengan Ayana dan Sofea. Ma jangan risau la, bukan tak biasa pun," yelah! Hampir setiap hari kami keluar bersama. Tiada apa lagi yang perlu dikhuatirkan.

Hehe aku tau ma tak kisah aku keluar dengan budak berdua tu. Dia tau anak nya ni akan ‘okay-okay’ saja dengan kawannya tu.

Paling teruk pun anaknya dengan Ayana tu pernah bergaduh tarik-tarik rambut. Itu pun dah lama, masa mereka kecil-kecil dahulu. Waktu itu, budak berdua ni berebut nak naik basikal. Aku baru belajar main basikal dan mengajak Ayana bermain sekali. Alih-alih Ayana yang pandai bawak basikal dulu. Lepas tu aku pun tak puas hati dan merebut basikal itu sebab tak rela Ayana menaikinya. Biasa arr budak-budak!! Apa lagi, gaduh arr.

Akhirnya mama belikan untuk Ayana sebuah lagi basikal. Ayana suka sangat waktu tu. Aku pun dah tak kisah waktu itu kerana aku selalu bonceng dia. Sampai sekarang aku tak pandai tunggang basikal. Aku dah cuba tapi sakit oit jatuh basikal! Akhirnya aku menyerah kalah. Walaubagaimanapun, aku gembira sangat kerana Ayana sanggup menjadi rider ku. Hehe… Lagi bezz maa orang bawak!!!

Macam itu lah hubungan aku dengan Ayana. Mama pun senang aku berkawan dengan Ayana. Aku pun dah anggap Mak Temah macam mak aku yang kedua. Cuma papa je yang seperti kurang senang melihat mama dan aku melayan Mak Temah dan Ayana seperti keluarga sendiri. Aku tidak tahu kenapa papa bersikap dingin dengan Mak Temah dan Ayana. Mama cakap mungkin papa penat kerja. Kadang-kadang saya iakan ajer!

Sofea pula anak kawan mama dan papa. Baru pindah ke kawasan perumahan kami dan tinggal tidak jauh dari rumah kami. Selalu juga gaduh dengan anaknya yang seorang ni, tapi macam Ayana juga. Gaduh-gaduh manja saja. Tidaklah sampai masuk icu…


Aku, Ayana dan Sofea berjoging menuju ke taman yang selalu menjadi destinasi kami di waktu petang. Inilah aktiviti kami kalau tiada aktiviti di sekolah pada waktu petang. Kalau nak di ikut kan memang jauh tapi kami lebih suka berjoging daripada naik basikal. Almaklumlah!!!

"Perh! Penat giler!" Bebel ku.

"Aik! Merungut pulak. Macam tak biasa jerr… Alaa aku tau, sejak akhir-akhir ni kau semakin bersemangat nak pergi ke taman ni," Ayana tersengeh-sengeh macam memerang! Cukup memualkan hatiku yang melihatnya. Bikin panas jer minah ni.

"Apa??? Apa yang bagi aku semangat nak ke sini tu??? Kau cakap cepat! Mulut tu tak sayang betul! Cubalah kau hargai sikit nikmat yang Tuhan bagi kat kau tu. Silap-silap hari bulan boleh senget mulut kau tu tau tak???" Huhh! Main serkap jarang jer minah ni! Tapi………

"Ekeleh! Ingat aku tak tau? Kau selalu usha MAMAT tu kan?" Sambil tu Sofea menuding jari ke arah mamat yang jual burger di situ. Mamat tu baru lagi berniaga dekat sini. Tak sampai sebulan pun, tapi dah kena gossip. Kesian… Kejam betul kawan-kawan aku ni.

"Oit! Kurang ajar… Sebelum dia ada pun aku berSEmANGAT kau tau? Sesedap rasa jerr!" Aku masih tidak mahu mengaku. Eeee… Takkan nak mengaku kot? Malu ar watnyer dia orang pecah temberang aku kat mamat tu… Mau tak dapat aku cuci mata lagi kat sini… Huhu…

Ayana hanya menjuihkan bibirnya tanda protes kepada ku…

"Sudah! Tak payah nak buat muka tuntung kau kat sini! Jom aku belanja BURGER SPECIAL!!!" Sempat lagi aku mengangkat-angkat keningku menunjukkan simbol kegatalanku kepada mereka berdua… Hehe

"Amboi! Gatai! Tapi tak nak mengaku… Suka hati kau lah Syira…" bebel Ayana.

"Whatever!!!" Sampuk Sofea dalam nada yang agak gedik.


"Awak! Bagi tiga burger special macam biasa erk…" Order ku tanpa banyak songeh. Eeeeee… Dia orang buat hal lagi! Hampeh betul lah!!! Buat muka miang kat sini pulak!

Ayana mengangkat-angkat kening menunjukkan kegatalannya pula. Rasa seperti nak ku lunyai-lunyai kan je minah seorang ni… Betul-betul menguji kesabaran ku… Hendak sahaja ku hentak-hentak, renyuk-renyuk, ketuk-ketuk, gunting-gunting, siat-siat kan minah ni! Nasib baiklah aku ni seorang yang penyabar. Kalau tidak memikirkan nasib Mak Temah mungkin minah ni dah lama lunyai… Huhh!!! Sofea pula asyik tersengeh-sengeh macam ape entah! Jangan la mamat ni perasan… Fuhh!! Malu aku dapat kawan-kawan ribena ni.

"Awak! Ini burgernya dah siap…" Hah!! Terkejut aku… Betul-betul tak sedar yang mamat burger ni panggil aku dari tadi… Arrhhhh… malunyer…. Cepat-cepat aku bayar harga burger itu dan terus beredar dari daerah yang memalukan aku tu…


"Oit! Menung teringat mamat burger ke?" Giat Ayana kepada ku… Hampeh punya member. Agak-agak arr… Buatnya papa dengar tak ke naya aku yang lunyai nanti…

"Shhhh! Nanti papa dengar," bisik ku kepada Ayana. Takut juga kalau-kalau papa dengar. Huhu… Siapa tak takut…

"Okeh-okeh…" bisik Ayana dalam nada perlahan. Seolah-olah memerliku. Kurang ajarrr!

"Eeee… Kau ni dari tadi cari nahas dengan aku!" Nyebelin!!! Haa!!! Jangan sampai aku ngomong indon…

"Alaaa… Rileks arr… Tu pun nak marah? Tak baik tau!" ayat ‘Tak baik’ Ayana yang dibuat dalam nada mengajuk Fauziah Nawi dalam Raja Lawak membuatkan aku tergelak tiba-tiba. Tiba-tiba je padahal tak da arr lawak sangat. Saja nak ambil hati dia je. Lepas itu terus aku cuba buat muka selenga… Tapi tak menjadi dek faktor kecomelan ku yang terlampau-lampau.

"Sudah! Aku cuma nak ingat kan kau wat homework. Jangan asyik berangan jerr…" Bebel Ayana…

"Yee! Aku tau. Dah siap pun… Kau dah siap ke?" Hmmm aku tau dia mestilah dah siap. Kalau tak, takkan dia sibuk nak ingat kan aku pulak…

"Dah… Hmm tak pe arr! Aku nak tidur. Esok nak sekolah. See uuu…" Ayana memuncungkan mulutnya bagi mendapatkan nada yang tepat bagi vokal ‘U’…

Hmmm… Ada-ada saja. Aku melambai-lambaikan tangan seperti padi di sawah yang telah masak untuk dituai…


"Syira! Untuk kau…" Daim memberikan aku sebuah kotak kecil…
Hmmm apa lagi lah mamat ni. Aku mengambilnya lantas terus membukanya walhal aku dapat rasakan ini hanyalah taktik dia nak kenakan aku lagi.

"Arrrhhhhhh!!!!" jerit aku, Ayana dan Sofea serentak! Huhh sekurang-kurangnya bukan aku seorang sahaja yang terkena. Budak berdua ni pun terkejut besar bila seekor lipas keluar dari kotak itu. Malah jeritan mereka lebih nyaring daripadaku. Maklumlah! Aku kan ‘cool’ orangnyer… Hehe… Hampeh punyer samdol!!!

"Sorry Ayana… Saya tak berniat nak kenakan awak… Saya hanya target minah ni jerr…" Hampeh! Sorry kat Ayana jerr? Aku tengok muka Ayana kemerahan. Mungkin terkejut lagi atau… tettt… Aku tak tahu kenapa Ayana kalau dengan mamat ni baik sangat… Pijak semut pun tak mati!

"Aik! Ayana jerr? Aku yang takda kene-mengena dengan perang kau dan Syira ni, kau tak nak mintak maaf jugak ke?" Soal Sofea tak puas hati.

"Entah nyer mamat cendol ni! Amboi bukan main lagi berAnak Wayang kat sini… Kau tak da kerja ke selain aniaya aku? Tak tau ke berDOSA??? Dengan buah hati kau bukan main lagi ayat berbunga-bunga… SAMDOL penjual cendol betul arr kau ni!" Bebel ku sepuas hati…

Daim hanya berlalu sambil menyerupai seekor kerang busuk. Tersengeh-sengeh!!!

"Haa! Kau ni apahal diam pulak? Cuba lah kau nasihat kan sikit pakwe kau tu agar berbuat baik selalu…" Aku mula berhujah kepada Ayana yang masih buat muka sepuluh sen dan terus berlalu…

"Hampeh betul pasangan ni! Sehati sejiwa jerr!! Wat muke slamber derk jewh…" Bebel Sofea pula…


"Nah!" ayana menyerahkan kembali buku rujukan yang dipinjam dari aku.

"Dah abeh guna ke?" soal ku.

"Hmmm… Aku dah abeh wat nota untuk chapter yang baru kita belajar. Nanti kalau aku nak guna lagi aku pinjam la balik. Kau tak kisah kan?" Soal Ayana pula…

"Hmmm… Tak kisah asalkan kau suruh pakwe kau jangan buli aku lagi… hehe…" merah padam muke Ayana … Padan muka… Semalam bukan main lagi kau sakat aku dengan mamat burger… Amek kau mamat cendol… Tapi aku tau kau suka… Kan???

"Tengok tu!!! Tersengeh-sengeh!! sebijik macam mamat cendol tu!" usik ku lagi…

"Hehe" hanye tu je yang mampu Ayana suara kan??? Gatai betul…

"Ehem-ehem!!! Makcik-makcik sekalian… Apa kata kita berangkat ke kantin sekarang??? Tuan puteri sudah laparrr…" huhu… Sofea… Sofea… Kuat makan betul…

"Tuan puteri kunun… Nenek kebayan ada arrr…" balasku cuba menyedarkan Sofea yang perasan… Ada hati nak berangan di siang-siang hari pulak minah ni…


Di dalam kelas… Daim menyelinap masuk ke dalam kelas seperti lagak penyamun. Apa lagi laa yang nak dibuatnya tak tau la aku…

Mana la aku tau sebab masa tu aku kat kantin dengan budak sengal berdua tu…

Cendol menyelitkan sesuatu ke dalam buku yang dipinjam oleh Ayana tadi… Salah aku jugak… Aku lupa nak simpan buku tadi ke dalam beg atau laci ku… Sebaliknya aku biarkan saja buku itu di atas meja…


"Ayana! Cepat arr masuk stadi sesame," ajakku…

"Hmmm… Dah start ke??? Ke berangan???" Hehe macam tau-tau je…

"Ha yelah! Dah tau lagi mau tanya ke?? Cepat la explain kat aku… Kau kan cikgu aku yang paling tidak berdisiplin! Tengok tu… Datang kelas pun lambat dan telah membiarkan aku berangan sehingga ke alam perfantasian ini! Ayat apa aku cakap ni??? Hehe" memang macam tu lah aku… Suka mendengar tusyen free… Bukannya apa, nak bantu Ayana jugak… Kesian dia tak ada orang nak dengar dia berleterrrr… hua3…

"Ha yelah tu… Bukan ke cikgu dah pesan banyak kali jangan berangan..." Ayana meniru gaya cikgu BM di sekolah sambil menggerakkan jari telunjuknya di hadapan muka ku…

"Sudah!! Berangan lebih-lebih pulak…" aku terus membuka buku rujukan Kimia. Aku sengaja memilih subjek ini untuk diterangkan oleh Ayana. Aku kan bebal sikit bab-bab sains ni… Aku memang tak berminat nak hafal-hafal ni…

Tiba-tiba!!!!!

"Surat apa pulak ni???" Soal aku kehairanan melihat sekeping kertas yg dilipat rapi. Siap bau wangian yang harum semerbak lagi! Ini tak lain tak bukan surat cinta… Tapi dari siapa???

"Cuba lah kau baca… Manalah tau kot-kot admire kau bagi surat" Ayana menyuruh aku membuka dan membaca isi kandungan surat itu.




















"Siapa? Rosli Tambi? Faizal Selenga? Fauzan Hero Malaya?" Soal Ayana tidak sabar. Siap menyebut beberapa nama hero pujaan ramai untuk meneka pengirim surat laying tersebut.

"Haa! Aku tau… Ashriq Jejaka Jambu Batu!" Teka Ayana lagi. Tekaannya yang tidak tepat itu aku biarkan begitu sahaja.

Dia yang semakin penasaran merampas surat itu dari tanganku. Isi surat itu ditelitinya.

"Tak!!! Tak mungkin…" aku cuba menjelaskan kepada Ayana tapi dia pantas melarikan diri ke dalam biliknya…

Aku cuba mengetuk pintu biliknya agar dia keluar tapi dia degil… Mak Temah dan Mama pun pelik… nak tak nak aku terpaksa balik ke bilik ku semula…

Aku tak nak mama syak apa-apa… Macam mana kalau mama tau aku dapat surat cinta… Mama dah pesan yang Papa tak suka aku bercinta waktu sekolah… Tapi kenyataannya memang aku tak bercinta dan tak kan bercinta pun dengan Daim… Tak mungkin aku mengkhianati Ayana… Cewah!!!


"Ayana … kau marah lagi ke dengan aku???" soal ku pada Ayana setelah kami sampai di kelas… sepanjang perjalanan ke sekolah kami hanya mendiamkan diri di dalam kereta… Tidak biasanya begitu…

"Ha’ah lah ayana… tak kan sebab Daim kau nak musnah kan persahabatan kita??? Huhu.. Sampai hati kau Ayana…" Agak over pulak Sofea ni…

"Tak… Tak kan aku nak marahkan kau… aku tau bukan salah kau… tak pe… Kalau kau suka kan dia… aku redha… aku tak nak jadi penghalang antara kau dan dia," agak poyo ayat Ayana pada kali ini…

"Perh!!! Redha… bagus…" Sofea tau yang aku tak kan tergamak buat Ayana begitu…

"Ayana! Kau kenal aku kan??? Aku tak de hati pun dengan dia… mungkin ini hanya taktik dia nak kenakan aku lagi… nanti aku cakap dengan dia…" aku memang dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Daim... Mana mungkin dia suka kan aku… Kami kan selalu gaduh… Tapi aku tak sangka dia sanggup main-mainkan perasaan orang… kalau aku sahaja yang menjadi mangsa tidak mengapa… Ini melibatkan Ayana … Tak kan aku nak biarkan saja…

"Betul-betul!!!" sokong Sofea ala-ala Upin Ipin…


"Oit samdol!!! Ape maksud kau???" aku campakkan surat itu ke muka Daim… padan muka!!! Kira okay lah tu daripada aku campak batu kat atas kepala dia…

"Maksud apa??" soal Daim kehairanan… Purapura tak tahu…

"Apa maksud kau dalam surat ni??? Aku tau kau tak puas hati dengan aku tapi jangan sampai nak main-mainkan perasaan Ayana… kau tak kesian ke dengan Ayana???" memang aku benci sangat muka tak bersalah Daim…

"Siapa yang nak main kan perasaan Ayana??? aku betul-betul ikhlas… Memang dari dulu aku yakin yang aku dah jatuh cinta tapi aku cuma tunggu saat yang tepat.." aku tak tau lagi nak cakap macam mana… memang menyampah giler aku…

Tiba-tiba aku ternampak Ayana dan Sofea di hujung kantin… berhampiran dengan aku dan Daim… Sejak bila diaorang berada di situ tidak pula aku ketahui… Ayana dengar atau tidak apa yang diucapkan oleh Daim sebentar tadi tidak juga ku ketahui… Aku berharap agar dia tidak mendengar ucapan Daim yang pasti membuatkan dia bertambah kecewa… Aku tahu dia dah lama memendam rasa dekat Daim… Daim juga aku sangkakan begitu…

Ayana menyusup melarikan diri… Aku??? Aku tidak tahu nak buat apa lagi… Aku bertambah yakin Ayana sudah mendengar segala-galanya…

"Puas hati kau???" bentakku pada Daim… Lantas aku berlari mendapatkan Ayana.

Daim hanya memandang hampa… Adakah dia bertepuk sebelah tangan???


"Ayana… kau okay ke??" aku menjejaki Ayana di sebuah pondok bacaan seperti yang diberitahu Sofea…

"Aku okay… kau jangan risau… Aku yakin aku akan okay satu hari nanti bila aku dapat terima kenyataan yang slama ni aku bertepuk sebelah tangan" ujar ayana sedih…

"Perh!! Pengorbanan yang besar… Oit Ayana… Aku yakin Syira tak de hati kat mamat cendol tu… Bukan ensem sangat pun dia tu… kalau dia buat hal, kau cari je yang lain… yang lagi ensem macam Eddie aku… dah arr ensem… setia pulak tu…" eee… kecoh betul Sofea ni… sempat lagi puji Eddie buaya tu???

"Kau ni kecoh betul arr Sofea… kau tak tau ke si Eddie kau tu sekarang tengah sibuk tackle budak baru si Zana tu… Kau tak de perancangan apa-apa ker???" tak kan Sofea tak sedar kot yang pakwe dia curang???

"Ish!!! Aku tau dia main-main je dengan si Zana tu… Hati dia tetap dekat aku…" haaa… gasak kau la nak cakap apa pun Sofea…

"Ayana, aku yakin Daim pun suka kan kau… Cuma aku tak sangka yang dia sanggup korbankannya hanya kerana permusuhan kami yang aku anggap hanya sekadar gurauan… Aku betul-betul tak sangka yang dia anggap serius hal ini… Mungkin dia cuma mau permainkan aku…" Aku kesal kekasaran aku selama ini yang aku anggap gurauan semata-mata sudah membuatkan Daim membalas dendam dengan cara sebegini…



"Syira! Ayana okey??? Aku betul-betul tak sangka yang selama ini dia tak suka kan aku… Tapi aku nak kau tahu yang aku betul-betul ikhlas suka kan dia… Semalam aku berani kan diri ku untuk selitkan surat tu kat dalam buku kimia dia… Kalau aku tau macam ni jadi nya, sumpah aku rela jadi kawan dia selama-lamanya pun tak mengapa… Itu lebih bagus daripada dia menjauhi aku…" Daim menyudahkan ayat nya dalam nada sayu….

Sayu… Nadanya saja… Tapi cukup untuk mengejutkan aku!!! Perh!!! Baru aku faham… Aku dan Ayana dah salah paham… Rupanya surat tu untuk dia… Daim anggap buku tu milik ayana… Aku tersenyum kelegaan…

"Sampai hati kau senyum??? Aku nak kau cakap kat Ayana yang aku minta maaf banyak-banyak… Aku janji yang aku tak kan ganggu dia lagi…" Daim terus berlalu…

"Oit samdol!!! Tunggu!!! Ayana pun suka kat kau… Kami saja wat drama sebabak… Hehe…" Giliran aku wat muka kerang busuk… Selalunya mamat ni yang buat muka macam tu…

"Kau biar betoi??? Tak kan Ayana pun dah jadi macam kau??? Penganiaya perasaan aku??" Ade riak gembira di wajah Daim… Werrkkk!!! Tadi bukan main seposen lagi ayat dia…

"Dah!!! Nanti jumpa time balik nanti…" Giliran aku untuk terus berlalu… Hanya senyuman aku hadiahkan untuk Daim sewaktu dia memanggilku kembali… Agak tidak berpuas hati mamat ni dengan penjelasan aku sebentar tadi…


Aku terus duduk sebelah Ayana dan Sofea sambil mempamerkan senyumanku yang sungguh manis…

"Sampai hati kau… Aku dah arr tengah sedih ni!!!" Sedih sungguh aku tengok muka minah ni…

"Aku ada kejutan untuk kau…" Tak sabar aku nak beritahu Ayana akan hal yang sebenarnya…

"Apa dia???" E’eh!!! Sofea pula yang terlebih excited…

Ayana hanya wat derk… Buat muka cuak…

"Sebenarnya kan… Isi kandungan surat tu memang benar-benar ikhlas… Hehe… Tapiiiiikkkaaannn" Aku cuba menceritakan hal sebenar kepada Sofea sekaligus mengumpan Ayana …

"Hampeh kau kan??? Kau pun dah suka kat mamat samdol tu?? Takpe aku dah redha…" Memang betul-betul seposen muka Ayana waktu itu…

"Tapi sebenarnya surat tu untuk kau… Daim ingat tu buku kau…" Bisik ku kepada Ayana… Risau ada orang curi dengar…

Ayana terus memalingkan muka ke arah ku… Cewahh!! Tadi bukan main sombong lagi…

"Tapi kau jangan bagitau dia tau yang kita dah salah faham… Karang dia kata aku perasan pula… Eee tolong sikit!! Tak ingin aku dengan mamat samdol kau tu…" Malu aku kalau samdol tau…

"Hehe… Mana ada dia samdol… Tak baik tau!!!" Ayana mula menggatal… Amboi tadi bukan main frust menonggeng…

"Aik!!! Tadi pun kau sendiri yang kata dia samdol… Sekarang lain pulak???" Aku yakin betul tadi Ayana sempat kutuk mamat samdol tu dengan gelaran tu…

"Hehe… Tadi lain, sekarang lain…" Huhu… Yelah! Sekarang minah ni dah gatalll…

"Oit… Ape kes ni bisik-bisik??? Aku nak tau jugak… Sampai hati kauorang… Macam ni ke kauorang kata kawan…" Rajuk Sofea…

Tiba-tiba loceng yang menandakan waktu rehat berbunyi… Cikgu Ramlah segera masuk ke dalam kelas kami… Huhhh… Aku tak abeh lagi cerita dengan Ayana …

"Nanti lepas Puan Ramlah keluar aku citer arr… Jangan arr merajuk karang tua kerepot…hua3" usik ku kepada Sofea…

"Ha yelah!!! Aku dah cakap kat dia… Jumpa time balik sekolah nanti…" bisikku kepada Ayana sambil menunjukkan simbol ‘okey’ kepada Daim di belakang…

Tiba-tiba je ada seorang mamat merenung ke arahku sambil tersenyum… ingat senyuman dia semanis aku ke??? Huhh!! Perasan punya Ashriq.. Pelajar kegilaan ramai gadis di sekolahku… Aik perasan pula… Bukan aku cakap dengan dia pun… Tersenyum-senyum… Bajet ensem je… Huhh lagi… Aku wat derk jewh…


"Awak!!!" Panggil Daim…

"Ha tu ha buah hati kau… Aku balik dulu ekk??? Nanti aku suruh samdol antar kau…" Bisik ku kepada Ayana…

"Cewah!!! Date pertama Ayana… Kau nak tips tak??? Aku boleh bagi…" Eleh mentang-mentang arr Sofea jauh berpengalaman dalam hal ini berbanding kami berdua… Eksyen pulak minah ni…

"Haaa… Tak pe arr… Aku tak cukup masa ni… Nanti bila-bila aku amek tusyen free dengan kau…" Ayana menunjukkan minat dengan tawaran Sofea… Huuuuuaaaaiiiiii…..

"Oit samdol!!! Jaga Ayana baik-baik… Nanti kau antar dia balik kan??? JANGAN LEWAT-LEWAT TAU…" Sengaja aku highlight kan perkataan itu… Risau juga orang kalau dah berpacaran lupa jam… Karang tak pasal-pasal Mak Temah risau…

"Okeyh!!" Tersengeh-sengeh Daim.. Balik ke perangai asalnya… Suka sangat buat muka macam tu…


"Hahh nak ke mana tu?" Soal mama seperti biasa…

"Macam biasa la ma… Ke taman…" Hari ni aku terpaksa pergi sendirian… Ayana tak balik lagi…

"Seorang??? Ayana mana??? Tak balik sekali ke tadi???" Hahh… apa aku nak cakap ni???

"Tak… Tadi Ayana bincang sikit dengan kawan dia… Nanti kawan dia hantar tau Mak Temah… Mak Temah jangan risau pulak… Dia okay je tu… Syira pergi dengan fiya je ni…" Kebetulan Mak Temah datang hantar minuman…

Mak Temah hanya mengangguk…

"Tak minum sekali Mak Temah??? Mari laa… Teman kan saya…" mama memerli aku…

"Ma… Yelah Syira minum sikit… Tapi tak boleh lama-lama sebab dah lambat ni… Mak Temah pun mari la minum sekali…" Aku cuba mengambil hati mama…

"Haa macam itulah… Apa la yang dikejarkan dekat taman tu??? Ada buah hati ye??? Bagitau papa nanti…." Mana mama tau nie??? Huhu…

Aku cuma mampu tersenyum…


Seperti biasa… Aku berjoging ke taman tu… Aktiviti mencuci mata… Baik untuk jasmani dan rohani… Hehe… Tapi hari ini aku keseorangan… Sofea saat-sat terakhir membatalkan niatnya untuk menemani aku kerana ada date dengan eddie nya… Ayana pun dah berjangkit demam cinta dengan Sofea,,, Takpe… Aktiviti tetap perlu diteruskan…

Sedang aku mengomel sendirian, tiba-tiba!!! Ada seseorang yang melanggar ku dari belakang… Mangkuk tu tersungkur… Beg tangan yang dipegangnya juga jatuh… Aik!!! Nampak macam lelaki, tapi pakai beg tangan… Spesies apakah ini??? Tapi mangkuk tu bangun dan terus berlari menyelamatkan diri dari dikejar seorang pemuda…

Mangkuk punya mangkuk!!! Sakit tau tak???

Akhirnya pemuda yang mengejarnya berjaya mengambil semula beg itu tapi mangkuk itu tak berputus asa dan berjaya meloloskan dirinya yang mangkuk. Lelaki itu berlari mendapatkan seorang mak cik dan memberi beg tu kepada mak cik tersebut…

"Maafkan saya tak dapat kejar peragut tu… Cuba la mak cik periksa kot-kot ada barang yang hilang" Lelaki itu bercakap sambil termengah-mengah… Kepenatan mengejar peragut merangkap mangkuk tadi…

"Terima kasih nak… alhamdulillah tak da hilang apa-apa… Terima kasih ye nak… Kalau tak de anak tak tau la mak cik apa nak jadi… Duit gaji mak cik semua dalam beg ni…" Kesian aku tengok mak cik tu… Sanggup mangkuk tu ragut mak cik tu… Nasib baik ada hero tu…

"Tak pe mak cik… Jalan tu hati-hati sikit lain kali…" Mak cik dan hero tadi terus pergi…

Helleow!!! Tak kan tak nampak aku kot??? Sampai hati…
Mentang-mentang lah aku pakai baju hijau… Tak kan ingat pokok bergerak kot…

Aku cuba untuk bangun dari jatuh… Aku mencuba untuk berpaut pada sebatang pokok yang hampir dengan ku…

Akhirnya aku berjaya bangun sendiri… Ye!!! Sendiri tanpa bantuan sesiapa… Bukan mangkuk tu, mak cik tu dan bukan hero yang ku puji-puji tadi…

Aku mencuba untuk berjalan tapi…..

"Arghhh!!!" Kaki aku sakit sangat… Mungkin terseliuh… Nyaris-nyaris aku jatuh terduduk semula lagi… Mujur ada seseorang yang menyambut ku dari belakang… Nafas ku tiba-tiba sesak… Tak mungkin aku menghidap asma…

"Maaf kan saya… Kalau tak disebabkan saya kejar peragut tu mesti awak tak jatuh… Awak boleh berjalan tak ni??" Haa??? Hero yang tadi tu ke??? Aku memberanikan diri melihat wajah nya… Dari tadi aku hanya mendengar perbualannya dengan mak cik tadi… tak sempat nak tatap muka hero itu tadi…

Hahh!!! Mamat burger tu… Aku terkedu…

"Awak… Awak tak apa-apa???" Soal mamat burger lagi sambil mengeluarkan sehelai sapu tangan dan mengelap darah yang mengalir di siku ku.

"Haa??? Yee.. Tak de apa… Otak je bergegar sikit tadi" Aik sempat lagi aku buat lawak bodoh tu… Sebenarnya aku tak tau nak cakap apa…

"Awak yang selalu beli burger tu kan??? Memandangkan awak pelanggan tetap saya, apa kata saya hantar awak balik… Lagi pun awak tak boleh berjalan tu… Tu pun kalau awak tak kisah naik motor buruk saya…." Wah!!! Peluang…

"Hmmm… Mestilah saya terpaksa setuju… Kalau saya berjalan dalam keadaan macam ni sampai esok pun tak sampai rumah agaknya… Hehe" Aku tak melepaskan kesempatan yang ada…

"Saya SYAMIER.." Owh Syamier nama mamat burger ni…

"Saya SYIRA…" Aku terus mencuba untuk bangun tapi kali ini dengan bantuan Syamier… Tak sanggup aku nak duduk lama-lama merenung mata nya… Huhu… Takowt!!!


"Assalamualaikum…" Ayana la tu…

"Waalaikummussalam… Masuk ah!" Aku menyuruh Ayana masuk… Memang aku tengah boring pun waktu tu…

"Nah makanan kau… Teruk ke kaki kau???" Soal Ayana… Macam tak nampak je…

"Tak de arr patah lagi… Haa! Kau ape citer petang tadi… Aku ingat kan tak reti-reti nak balik…" Huhu orang bercinta memang macam tu…

"Hehe… Aku dah jadi dengan dia… Dia dah terus terang dengan aku tadi… Aku pun sama… Aku betul-betul sayangkan dia," Yee aku tau…

"Haa!!! Kau pulak ape citer??? Balik-balik dengan kaki terseliuh lepas tu mamat burger pulak yang hantar??? Terkejut aku tengok waktu kau balik tadi…" Ayana menjungkitkan keningnya… Kegatalannya terserlah…

"SYAMIER arr nama dia…" Aku tersenyum bermakna…

Tiba-tiba papa datang… Terganggu perbualan kami… Gila??? Nak cerita benda macam ni depan papa… Nak cari nahas???

"Hmmm… Aku pergi dulu ekk.. Kau rehat lah…" Ayana minta diri… mungkin dia juga agak kurang senang dengan kehadiran papa…


"Amacam kaki??? Nak papa panggilkan Doktor Ezrul??? Boleh dia tolong tengok-tengok kan apa yang patut…" Soal papa prihatin kepada nasib anak nya yang seorang ni…

"Hmmm… Tak payah la pa… Lagi pun tadi Syamier dah hantar Syira ke klinik sebelum balik… Dah x-ray pun… Cuma terseliuh sikit je… Tak de apa laa…" Jual mahal pulak aku ni… Apa salahnya papa nak panggil Doktor Ezrul… Hehe… Doktor Ezrul ialah doktor persendirian keluarga kami… Muda dan kacak orang nyerr… (",)

"Syamier??? Siapa tu??" Haa??? Aku sebut nama dia ke tadi… Alamak!!!

"Haa??? Bukan sesiapa… Dia yang tolong Syira tadi… Dia yang kejar peragut yang langgar Syira tadi… Name dia pun baru tau tadi…" Jawab ku agak kecut… Huhu…

"Bukan boyfriend kan???" Tersedak aku dengan soalan papa ni… Aik! Belum apa-apa dah syak yang bukan-bukan… Aku baru tau nama belum apa-apa lagi…

"Tak ada lah…" Jawab ku ringkas…

"Papa bukan apa… Papa tak suka anak papa ni bercinta waktu belajar… Tambah-tambah lagi dengan orang yang tak ada masa depan… Papa dengar tadi dia hantar Syira dengan motor je kan… Hmmm… Tak pe lah kalau bukan boyfriend… Haa Syira tidur lah… Rehat… Papa pun nak masuk rehat ni… Esok papa ada meeting penting… Selamat malam… Assalamualaikum…" Arghhhh!!! Belum apa-apa dah kena amaran… Apa kes???

"Waalaikumussalam…" Jawabku sebelum papa bergerak keluar…


Hari ini aku cuma terperuk dalam bilik… Dapat cuti mc seminggu tak perlu lah ke sekolah… Asyik-asyik!!! Tapi sunyi lah… Tak dapat buat apa pun… Makanan pun Mak Temah yang hantar ke dalam bilik… Ayana pula ke sekolah… Bosannya!!!

Dengan kaki yang berdengket-dengket aku keluar dari bilik… Aku terlihat pintu bilik mama renggang… Aku cuba mengintai mama di dalam… Walaupun mama pernah berpesan jangan suka mengintai orang… Akibatnya nanti boleh dapat sakit mata… Tapi sekali sekala dapat mc lama sikit bagus juga… Hehe…

Aku lihat mama sedang termenung jauh sambil membelek album gambar lama… Entah apa saja yang difikirkan mama…

Aku terus turun ke ruang tamu untuk menonton televisyen… Tidak lama kemudian, mama menemani ku menonton televisyen…


"Papa tanya apa semalam???" Tiba-tiba soalan itu keluar dari mulut mama…

"Hmmm… Kenapa???" Soal ku kembali…

"Syira jangan ambil hati dengan papa… Kalau jodoh Syira dengan orang yang tidak berharta, mama terima… Bagi mama, manusia sama saja… Kaya atau miskin tiada bezanya… Harta bukan ukuran kebahagian kita…" Aku faham perasaan mama…

"Mama jangan risau… Syira tak ambil hati pun… Lagi pun memang Syira dengan Syamier tak ada apa-apa pun lagi…" Huhu…

"Syamier??? Sedap nama… Baik pula tu orangnya… Tolong kejar peragut… Susah nak jumpa budak muda macam tu sekarang…"

Aku cuma mampu tersenyum… Sedekah…


"Ehem-ehem!!! Tak keluar dengan Daim kerrr???" Giat ku pada Ayana…

"Tak arr… Tak kan setiap hari nak keluar… Banyak lagi kerja lain… Lagi pun tadi kat sekolah kan dah jumpa… Lain arr orang tuuuuuu… Hehe…" kurang ajaq!!! Tak pe!!!

"Esok teman aku pergi taman… Dah seminggu aku tak cuci mata… Mata aku dah kurang jelas dah ni" Huhu…

"Amboi!!! Sabar arr sikit… Kaki kau tu dah sembuh ke???" Soal Ayana…

"Alaa… Dah elok arr… Lagi pun esok aku dah habis mc… dah kena ke sekolah minggu depan… Aku nak ucap terima kasih dekat dia sebab hantar aku hari tu…" Hehe…

"Haa yelah tu… Ucap terima kasih kunun… Whatever!" Ayana mesti sudah mengetahui niat ku yang sebenarnya… Hehe… Whatever…


Hari ini aktiviti petang ku kembali seperti sedia kala… Hehe…

"Awak… Macam biasa erk… Burger dua…" Hari ni hanya aku dan Ayana sahaja yang menjalankan aktiviti petang kami… Sofea tidak dapat ikut serta kerana ada urusan dengan Mr. Eddienya…

"Okay… Macam mana dengan kaki awak??? Dah sembuh ke??" Wah!!! Prihatin jugak mamat ni dekat aku…

"Hmmm… Dah okay dah… Seminggu dapat mc, rehat kat rumah je" Seminggu pun dah terseksa tak dapat jumpa kau, mamat burger ku…

Mamat burger ku hanya mampu tersenyum apabila aku mencubit Ayana… Mana taknya… Dia buat muka lagi… Mungkin Syamier sedar akan hal itu… Huhu… Segan nya… Kontrol-kontrol!!!

Aku duduk mendekati seorang budak kecil… Mungkin adik Syamier kerana aku sering melihat budak itu membantu Syamier di gerai burgernya…

"Hai dik… Buat apa tu???" Soal ku cuba mengakrabkan diri…

"Buat kerja sekolah…" Jawab budak itu ringkas… Kadangkala dia bertanyakan Syamier jika terdapat soalan yang mengelirukan…

"Awak, burger awak dah siap… Oleh kerana kaki awak baru sembuh… Saya belanja burger ni untuk meraikannya…" Baeknyerrrrrrrr……


Hari demi hari… Hubungan Ayana dan Daim semakin rancak… Daim sering menghantar Ayana pulang ke rumah… Mak Temah juga sudah tahu akan hal itu… Daim telah meminta restu Mak Temah untuk berkawan dengan anaknya, Ayana… Nampaknya, Mak Temah juga menyukai Daim… Pandai betul mamat cendol itu membodek bakal mak mertuanya…

Hubungan aku dengan Syamier juga semakin akrab… Kami sedang mengenali hati budi masing-masing…

Pada pandangan ku… Syamier seorang anak yang berbakti kepada ibunya… Ibunya seorang ibu tunggal yang kehilangan suami akibat kecelakaan… Syamier tidak mahu bercerita lanjut akan hal bapanya… Mungkin ada sesuatu yang tidak mampu untuk dikenang dan dikongsi bersamaku… Aku tak mahu memaksanya tambahan pula hubungan kami masih baru…

Tentang budak kecil yang selalu bersamanya itu, Fahmi, rupanya adalah anak angkat ibunya… Ibunya menjaga fahmi sejak ibu bapa fahmi, jiran mereka di kampung meninggal dunia akibat kemalangan… Syamier amat menyayangi fahmi mungkin kerana mereka mengalami nasib yang sama…

Hmmm... Sofea pula sedang mengalami krisis bersama Eddie… Dia mula menyedari kecurangan Eddie… Akhirnya dia sedar yang Eddiie hanya seorang playboy yang tidak mengerti makna cinta sejati…

Tapi apa kurangnya dengan Sofea… Baru putus cinta dengan Eddie, sudah berani bermain cinta dengan Zikrie pula… Yang bertambah dahsyat lagi ialah, tak sampai sehari pun dia merana akibat putus cinta… Petang itu juga dia menjalin cinta dengan Zikrie… Playgirl juga minah nie… Apa-apalah asalkan kau bahagia Sofea…


Petang itu Daim membawa Ayana makan di sebuah restoran ternama…

Ketika mereka baru sahaja melangkahkan kaki ke dalam restoran itu, tiba-tiba seorang lelaki menyapa Daim…

"Apa kau buat di sini??" Soal lelaki itu…

"Ayah… Daim cuma makan-makan dengan kawan…" Jawab Daim…

"Kawan atau girlfriend???" Soal lelaki itu lagi…

"Errrr…" Daim tidak tahu samaada mahu berlaku jujur atau tidak… Dia takut ayahnya akan marah jika dia mengaku yang dia sudah terperangkap dalam jerat percintaan…

Tiba-tiba seorang lagi lelaki datang tapi kali ini menyapa ayah Daim…

"Assalamualaikum Encik Rasyid… Lama dah tunggu saya???" Sapa lelaki itu mesra…

"Waalaikumussalam…" Jawab ayah Daim… Masih dalam nada marah…

"Errrr…" Gilran Ayana pula terkedu…

"Ayana!!! Apa kamu buat di sini???" Oh tidak… Papa menangkap Ayana keluar berdua dengan anak rakan bisnesnya… Tapi apa yang perlu dirisaukan… Ayana bukan anak papa jadi tiada sebab papa mahu menghalang hubungan mereka…

"Encik Saiful kenal dengan perempuan ni???" Soal Encik Rasyid…

"Lebih dari kenal… Dia anak orang gaji saya…" Jawab papa ringkas…

"APA??? Daim… Ayah nak kamu balik sekarang jugak!!!" Ayah Daim nampak sangat marah… Dia menarik Daim yang masih terpinga-pinga itu…


"Jadi selama ini kamu bercinta dengan anak Encik Rasyid???" Soal papa agak marah…

"Ye tuan… Kami saling cinta…" Jawab Ayana terketar-ketar…

"Kau tak sedar ke kau tu siapa??? Hanya anak pembantu rumah aku… Kau dah jatuhkan air muka rakan bisnes aku… Dia tak suka kau berkawan dengan Daim, satu-satunya pewaris hartanya… Aku nak kau putuskan hubungan dengan Daim… Aku tak nak hubungan bisnes kami terjejas kerana kau!!!" Marah betul papa pada malam itu…

"Abang… Abang tak ada hak langsung nak halang Ayana… Abang bukan papa dia pun… Anak pembantu rumah pun ada hati dan perasaan juga…" Mama membela Ayana…

"Itulah awak… Buat baik sangat dengan orang macam ni… Akhirnya apa yang kita dapat??? Kita juga yang susah nanti!" Bentak papa lagi dan terus pergi…

"Ayana… Maafkan papaku…." Aku merasa bersalah sangat…


Di sekolah, Daim sedaya upaya memujuk Ayana… Aku juga… Aku tak mahu Ayana turut menjadi mangsa akibat ketamakan papa… Bukankah banyak lagi peluang perniagaan… Kalau sudah rezeki pasti tidak akan ke mana…

Sofea dan Zikrie turut membantu dalam usaha memujuk Ayana kembali kepada Daim…


Petang itu… Aku ke taman seorang diri… Ayana berkurung di dalam bilik… Mama kata aku kena beri ruang sedikit kepada Ayana untuk bertenang…

Aku menceritakan masalah ini kepada Syamier… Dia hanya mampu memberi aku dorongan agar bersabar dengan sikap papaku... Mungkin suatu hari nanti papaku akan lebih prihatin tentang perasaan orang disekelilingnya berbanding mengejar kekayaan duniawi semata-mata…


"Kau dari mana???" Soal papa marah-marah kepada ku… Apa hal pula ni??? Aduyaiii…

"Dari taman pa" Jawab ku acuh tak acuh…

"Kau jumpa dengan lelaki tu lagi kan??? Papa nak tanya lagi sekali… apa betul kau dengan dia tidak ada hubungan apa-apa???" Soalan papa yang cukup membuatkan jantungku bergerak kencang... Jeng! Jeng! Jeng! Huhu apa aku nak jawab ni…

"Tak dapat jawab kan??? Bermakna kau tak ada apa-apa dengan dia… Bagus kalau macam tu… Papa dengan Encik Rasyid pun dah sepakat nak satukan kau dengan Daim… Lepas SPM kamu berdua akan bertunang!" Tegas sekali ayah mengarah-arah ku…

"Haa!!! Papa jangan nak buat kerja gila! Syira tak cinta kan Daim… Lagi pun Ayana yang cintakan dia…" Jawab ku kurang bersetuju dengan keputusan drastik papa… Bukankah papa yang melarang aku bercinta semasa belajar… Sekarang apa sudah jadi???

"Abang jangan nak buat gila!!! Gadai kan anak awak semata-mata nak jaga hubungan niaga awak!!!" Marah mama kepada papa mungkin mama juga sudah tidak tahan lagi dengan karenah papa…

"Papa tak kira! Syira kena dengar cakap papa kali ni… Papa tak nak Syira berkawan dengan orang yang tak ada masa depan macam lelaki kat taman tu… Pilih Daim dan buang Ayana dari hidup Daim!!!" Papa terus pergi enggan mendengar sebarang bantahan lagi…

Aku dengan Daim???
Buang Ayana dari hidup Daim???

Sanggup papa libatkan aku dalam masalah perniagaannya… Semata-mata nak jaga hubungannya denga Encik Rasyid, dia sanggup buang prinsipnya sendiri iaitu aku tidak akan dibenarkan bercinta ketika belajar…


"Ayana… Kau jangan risau… Walau macam mana pun aku tak akan bersetuju dengan keputusan papa" Aku cuba menenangkan Ayana…

"Aku minta maaf… Sebab aku dan Daim, kau pulak yang jadi mangsa…" Ayana pula yang merasa bersalah kepada ku…

"Aku pun nak mintak maaf di atas semua kesalahan papaku…" Aku yang seharusnya merasa bersalah…


Papa sudah melarang aku untuk pergi ke taman lagi… Aku malu dengan Syamier… Sanggup papa mengeji dirinya yang tidak bersalah sama sekali kepada papa… Papa datang ke taman pada petang itu… Setelah puas menghina Syamier dengan gelaran yang tak sepatutnya, papa memaksa aku pulang bersamanya pula…

Aku tidak berkesempatan mahu meminta maaf kepada Syamier… Aku hanya mampu mengirim surat tanda memohon kemaafan melalui Sofea… Hanya Sofea yang menjadi penghubung antara aku dan Syamier…

Hubungan aku dan Ayana juga masih baik… DIa mengerti yang ini semua bukan kehendak aku… Tapi dia masih bermasam muka dengan Daim… Berbagai cara yang Daim lakukan untuk memujuk Ayana kembali kepadanya…

Sofea dan Zikrie banyak membantu kami ketika masalah ini semakin genting…

Aku pun tak tahu apa yang seharusnya aku lakukan… Aku mencuba untuk memberi sepenuh tumpuan kepada SPM yang semakin hampir… Syamier juga menyuruh aku tumpukan perhatian kepada pelajaranku…

Semoga aku mendapat keputusan yang cemerlang seperti Syamier… Dia menjadi inspirasiku… Masakan dia yang hidup serba sederhana boleh mendapat keputusan cemerlang sedangkan aku tidak…

Syamier memang genius… Dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang tapi terpaksa melupakan niatya untuk menyambung belajar… Katanya walaupun dia mungkin boleh mendapat biasiswa tetapi tidak mungkin dia harus meninggalkan ibunya… Dia terpaksa memikul tanggungjawab untuk mencari rezeki bagi menampung hidup ibunya dan Fahmi…

Orang yang macam ini yang papa katakan tiada masa depan??? Cuma nasib Syamier tidak sebaik orang macam papa…


Akhirnya SPM telah tamat… Satu beban terlepas dari bahuku… Sekurang-kurangnya aku telah berusaha sehabis mampu…

Tapi aku tahu bahawa ada satu lagi beban yang bakal menimpa aku… Kisah pertunangan aku dengan Daim yang dicanang-canang oleh Papa…

Segala urusan hanya diuruskan oleh papa… Aku dan mama sama sekali tidak berminat dengan rancangan gila papa… Papa menempah segala hantaran dan persediaan di sebuah butik perkahwinan…

"Apa sahajalah yang tak mampu dibeli oleh duit papa…" Kata papa bangga…


Petang itu aku memberanikan diri untuk ke taman… Aku ingin sekali berjumpa dengan Syamier sebelum hari pertunangan yang tidak pernah kuingini… Aku sendiri kurang pasti samaada majlis itu berjaya di batalkan atau tidak… Keinginan papa terlalu kuat…

"Awak… Saya tahu awak marah dengan papa awak… Tapi jangan jadi anak derhaka… Mungkin suatu hari nanti awak akan tahu betapa berharganya kasih sayang seorang ayah…" Mungkin Syamier terkenangkan arwah ayahnya…

Kata-katanya membuatkan aku berfikir sejenak… Mungkin papa jarang menunjukkan kasih sayangnya berbanding mama tetapi aku yakin papa juga sayangkan aku…


Tanpa pengetahuanku, papa telah mengupah seorang pengintip untuk mengekori pergerakan ku… Akibatnya papa tahu pertemuan aku dan Syamier…

Petang itu, papa mengekori Syamier hingga ke rumah nya…

Papa terkejut apabila Syamier tiba di sebuah rumah yang agak usang… Rumah yang masih diingatinya penduduk lamanya…

Papa terus mengetuk pintu rumah itu… Akhirnya Syamier membuka pintu…


"Ye pak cik…" Syamier tidak menyangka bahawa dia akan menerima kehadiran papaku sebagai tetamu pada petang itu…

"Aku cuma nak ingatkan kau jangan kacau Syira lagi… Dia akan bertunang dengan Daim tak lama lagi… Seseorang yang lebih berkelayakan dari kau!!!" Papa kembali kepada tujuan asalnya iaitu mengingatkan Syamier akan hal pertunangan aku…

"Siapa tu Mier???" Ibu Syamier menjenguk ke pintu rumah setelah mendengar suara seorang lelaki menengking anaknya… apakah kesalahan anaknya sehingga diherdik sebegitu rupa…

Papa terkedu melihat wanita itu… Begitu juga sebaliknya…


"Imaaa…" Papa agak terkejut dengan kemunculan wanita itu…

"Abang…" Ibu Syamier juga tidak menyangka lelaki yang menengking anaknya itu rupanya abang kandungnya sendiri…

Saiful…
Abang kandung Sarimah yang sanggup memerangkap adiknya sendiri… Kerana abangnya itu lah dia dibuang keluarganya yang malu dengan berita tangkap khalwat antaranya dan Amir… Ayah kepada Syamier…

Abangnya juga yang menyebabkan suami tercinta pergi meninggalkannya… Saiful dan Amir bergaduh di tepi jalan raya… Saiful menolak Amir sehingga Amir jatuh terduduk di atas jalan raya… Ketika itulah secara tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju dan melanggar suaminya… Suaminya cedera parah dan meninggal dunia di hospital…

Masih Imaa ingati pesanan Amir… Maafkan Saiful… Jaga Syamier baik-baik… Pesanan terakhirnya tidak mungkin Imaa lupakan… Tapi hatinya masih belum ikhlas memaafkan abangnya itu…


Malam itu papa tidak senang duduk jadinya… Masih dia ingati wajah pucat adiknya… Dia merasa cukup bersalah kerana telah menganiaya adiknya itu… Sudahlah mencemarkan nama adiknya… Menambah sengsara adiknya lagi dengan kematian Amir yang sangat-sangat tidak disengajakan olehnya…

Kerananya, adik dan anak saudaranya yang masih kecil waktu itu terpaksa hidup melarat…

"Maafkan abang, Imaa.." Itu sahaja yang mampu diucapkan kepada adik nya… Memang dia berniat untuk meminta maaf kepada adiknya sejak kematian Amir tetapi adiknya telah menghilangkan diri entah ke mana… Kata jirannya pulang ke kampung… Kampung mana yang didiami oleh adiknya itu tidak pula diketahui…

"Abang Amir memang dah pesan suruh Imaa maafkan abang cuma Imaa saja yang belum sedia untuk memaafkan abang…" Ujar imaa pada pertemuan tidak diduga itu… Anaknya, Syamier hanya diam membisu… Mungkin dia juga belum ikhlas memaafkan pembunuh ayahnya…

"Abang minta maaf banyak-banyak… Abang tahu abang salah… Tentang kejadian itu memang abang tidak sengaja… Tiba-tiba sahaja kereta itu muncul…" Papa cuba menjelaskan kejadian sebenar…

"Mungkin kemalangan itu tak kan terjadi kalau abang berhenti ganggu hidup kami!" Imaa terus beredar dari ruang tamu meninggalkan Saiful dan Syamier…

"Maafkan pak cik, Syamier…" Papa meminta maaf pula pada anak saudaranya itu…

"Syamier dah lama maafkan pak cik… Arwah ayah meninggal sebab dah ajal dia bukan sebab pak cik…" Syamier… Baru sekarang pak cik sedar yang kamu ni seorang anak yang baik… Pak cik menyesal hina kamu yang bukan-bukan dulu…


"Ibu… Sudah la tu… Perkara yang lepas jangan dikenang-kenang… Kan ayah dah pesan suruh maafkan Pak Cik Saiful… Tak baik berdendam nanti memakan diri sendiri…" Syamier cuba memujuk ibunya…

"Ibu bertuah ada anak macam Syamier… Syamier tak ubah macam perngai ayah Syamier… Baik hati dan bertanggungjawab…" Sesungguhnya memang Sarimah bangga dengan anaknya itu…

"Ibu jangan marah dengan Pak Cik Saiful lagi ya…" Pujuk Syamier lagi…

Sarimah hanya mengangguk menuruti kehendak anaknya yang tidak ubah seperti perangai arwah suaminya… Dia telah berjanji dengan arwah Amir untuk menjaga Syamier dan Fahmi… Walaupun Fahmi bukan anak kandung mereka tetapi dia telah menganggap dan menyayangi Fahmi seperti anaknya sendiri… Syamier juga sangat menyayangi Fahmi…


Pagi itu papa berjumpa Encik Rasyid… Ingin membatalkan hasrat mereka untuk mengadakan majlis pertunangan aku dan Daim…

"Apa kena dengan kau ni Saiful??? Majlis tu lagi sebulan je lagi kau tau???" Marah Encik Rasyid…

"Maafkan saya… Tapi saya tak sanggup nak korbankan masa depan anak saya demi bisnes saya semata-mata…" Papa cuba menerangkan keadaan yang sebenar…

"Sudah!!! Jangan kau bagi alasan… Kau fikir aku nak sangat berbesan dengan kau… Banyak lagi orang lain…" Tuan Rasyid masih marah-marah…

"Encik Rasyid… Saya nasihatkan encik restuilah hubungan Daim dan Ayana… Jangan kerana harta, encik korbankan Daim… Dia betul-betul cintakan Ayana…" Pujuk papa kepada Encik Rasyid…

"Daim anak aku… Terpulang kepada aku apa aku nak buat… Sudah, kau boleh keluar sekarang!!!" Encik Rasyid memanggil setiausahanya untuk memanggil pengawal bagi mengusir papa keluar…


"Ayana… Pak cik dah batalkan majlis pertunangan Syira dan Daim… Ayana jangan risau lagi okay…" Kata papa kepada Ayana…

"Kenapa pak cik buat begitu??? Macam mana dengan bisnes pak cik???" Soal Ayana pula…

"Kamu jangan risau kalau soal itu… Rezeki ada di mana-mana… Pak cik nak minta maaf kalau selama ini perbuatan dan perkataan pak cik mengguris hati kamu dan mak kamu… Sekarang pak cik dah sedar…" Sambung papa lagi…

"Sudahlah pak cik… Kami dah lama maafkan pak cik… Ayana pun nak minta maaf kalau selama ni kami menyusahkan keluarga pak cik…" Ayana hairan apa yang merubah sikap Encik Saiful…


"Ma… Papa mana???" Aku mendekati mama yang sedang menikmati udara segar pada malam itu di halaman rumah kami…

"Tadi papa di dalam bilik… Belek album lama…" Mama merasakan ada sesuatu tidak kena dengan suaminya itu…

"Betul ke Syira dengar papa dah batalkan pertunangan Syira???" Soal ku lagi…

"Ya… Betul tu… Syira jangan risau lagi… Papa tak akan paksa Syira lagi… Papa restui hubungan Syira dengan Syamier… Papa sudah sedar akan kesilapan papa sebelum ini…" Kata papa yang tiba-tiba muncul tanpa disedari olehku dan mama… Papa ni macam chipsmore arr pula… Tiba-tiba je muncul…

"Apa yang merubah fikiran papa???" Aku turut berasa hairan dengan sikap papa…

"Masa lalu…" Papa terus beredar… Aku semakin kebingungan…


"Apa maksud abang dengan masa lalu???" Soal Yasmin di dalam bilik… Dia berasa hairan dengan sikap aneh suaminya sejak akhir-akhir ini…

"Dunia ni kecil je… Rupa-rupanya Syamier tu anak adik abang…" Papa membuka cerita…

"Maksud abang??? Anak Sarimah dan Amir???" Soal mama terkejut…

"Ya… Mereka kembali ke sini dan tinggal di rumah lama Amir… Rumah yang sempat dibelinya sebelum dia pergi…" Ucap papa sayu…

Barulah mama faham kenapa sikap papa berubah sejak akhir-akhir ini… Sering pula membelek album foto yang lama…

Mama sedia maklum yang suaminya dan Amir berkawan rapat dulu… Tapi entah kenapa tiba-tiba permusuhan tercetus antara mereka… Terus terang dia memang sempat menjalin hubungan cinta dengan Amir… Tapi dia kecewa apabila Amir ditangkap basah dengan Sarimah… Sebelum Amir meninggal, dia sempat bertemu Amir… Kata Amir… Mungkin antara mereka tiada jodoh… Dia mendoakan Yasmin bahagia bersama Saiful…

Ketika itu memang dia sudah berkahwin bersama Saiful… Itu pun diatur oleh keluarganya… Dia cuba menyemai rasa cinta terhadap Saiful… Alhamdulillah… Perkahwinan mereka kekal walaupun Saiful selalu bersikap dingin tetapi ada kalanya suaminya itu pandai juga menunjukkan kasih sayangnya… Dia mencuba untuk menerima suaminya apa adanya…


Malam itu papa termenung di beranda… Mengambil udara segar katanya… Ke mana fikirannya menerawang tidak pula ku ketahui…

Mama hanya menyuruh aku agar tidak menganggu papa… Papa perlukan sedikit masa, itu yang mama beritahu kepadaku…

Apa agaknya yang sering menganggu fikiran papa sejak akhir-akhir ini… Ahhh… Tak kisah la… Yang penting sekarang papa dah berubah… Tidak lagi sering marah-marah… Malah dia merestui hubungan aku dan Syamier… Papa dan ibu Syamier seperti sudah lama kenal…


Saiful sebenarnya terkenang zaman dia dan arwah Amir dari kecil hinggalah dewasa… Amir ialah anak pembantu rumahnya dan pemandu ayah nya… Tapi ayahnya menganggap mereka semua sudah seperti keluarga… Ayahnya seorang yang berhati mulia tapi entah kenapa sifat ayahnya itu tidak turun kepadanya…

Dia menjadi seorang yang mementingkan diri, iri hati dan terlalu mengejar kekayaan dunia… Dia terlalu bongkak dengan kekayaan milik ayahnya…

Dia berasa bangga apabila dapat mengahwini Yasmin, isterinya kini yang dianggap tidak layak untuk Amir… Pesaingnya sejak dari kecil… Dia memang akan berasa kurang senang dengan kesenangan Amir… Ayahnya terlalu melebih-lebihkan Amir… Sedangkan anak sendiri tersisih… Tapi itu hanya dari sudut pandangannya sahaja… Walhal ayahnya tidak pernah mengabaikannya… Entah kenapa dia tidak pernah merasa bersyukur dengan nikmat yang telah Allah kurniakan buatnya…

Sanggup dia merampas buah hati Amir itu pun dengan menjerat adik kandungnya sendiri… Bukan Sarimah yang menconteng arang ke muka ahli keluarganya tetapi dialah orangnya… Saiful lah yang seharusnya bertanggungjawab ke atas semua permasalahan ini… Dia yang merancang agar Amir ditangkap khalwat dengan Sarimah…

Sekarang… Saiful ingin menebus kesalahannya…

Malam ini juga dia akan berterus terang kepada Yasmin akan kesalahannya… Dia tidak mahu Yasmin berpandangan negatif lagi kepada Amir… Sesungguhnya Amir ialah seorang lelaki yang baik, jujur dan ikhlas… Kes khalwat yang meragut kepercayaan Yasmin terhadap Amir hanyalah terhasil dari rancangan jahatnya…


Aku terdengar perbualan papa dan mama tadi… Baru aku ketahui kenapa papa berubah sikap akhir-akhir ini… Semua angkara masa silamnya yang penuh dengan sifat iri hati dan dendam…

Aku menelefon Syamier dan menceritakan segalanya… Rupa-rupanya Syamier sudah mengetahui akan hal itu… Dia telah memaafkan papa dan ingin melupakan persengketaan antara papa dan keluarganya…

Aku berterima kasih kepadanya kerana sanggup memafkan kesalahan papa… Syukurlah papa sudah menyedari kesalahannya…

Mama juga sudah mampu menerima kesalahan papa… Kini, mama semakin mengerti akan kata-kata arwah Amir… Jodoh terletak di tangan Tuhan… Terima lah suratan takdir dari Ilahi…


Petang itu, aku, Ayana dan Sofea berjoging mengambil angin di taman… Sudah lama kami tidak keluar bersama… Ayana bekerja sampingan di sebuah pasaraya… Manakala Sofea pula baru pulang bercuti bersama keluarganya… Cuti selepas SPM tidak disia-siakan… Aku??? Aku hanya di rumah menemani mama dan sekali-sekala mengikut papa ke pejabat… Hubungan aku dan papa sudah semakin baik…

"Hmmm… Lama tak datang ke sini… Macam-macam dah berubah… Dah tak boleh nak tempah burger kat mamat burger kau lagi…" Sofea cuba mengumpan aku… Dari tadi kami hanya diam melayani perasaan sendiri…

"A’ah!!! Tak dapat lah kau belanja kami lagi…" Ayana turut serta…

"Tak apa… Nanti aku suruh dia buatkan untuk korang…" Aku cuba mengikut rentak mereka…

Hmmm… Syamier sudah tidak berniaga lagi… Papa menyuruhnya berhenti berniaga untuk menyambung pelajarannya yang terganggu dahulu akibat desakan hidup… Baru semalam aku melawat ibunya di rumah… Syamier hanya menjaga ibunya di rumah… Ternyata ibunya menghidap penyakit buah pinggang yang sudah serius… Setiap hari ibunya perlu menjalani rawatan di hospital bangi menyalin darah… Syamierlah yang merawat ibunya… Simpati aku tidak dapat membantu mengurangkan kesakitan ibunya…

"Hahh!!! Ni kenapa termenung pulak ni???" Sergah Sofea…

"Tak ada apa… Cuma aku terkenang penderitaan yang mak ngah alami sekarang…" Ucap ku sayu…

"Doa lah banyak-banyak agar mak imaa cepat sembuh.." Ayana cuba menenangkan ku…

"betul tu… kami pun akan doakan mak imaa cepat sembuh…" sofea menyokong ayana…

Aku hanya mampu mengamin kan doa-doa mereka… memang itulah yang aku lakukan setiap hari… mendoakan kesejahteraan aku, keluargaku termasuk mak ngah… adik papaku… x lupa juga sahabat-sahabat aku…


Malam itu… ketika di meja makan… papa menyuarakan hasratnya untuk mendermakan buah pinggang untuk adiknya…

"tapi abang… pembedahan tu x menjejaskan kesihatan abang ke??" mama agak risau dengan kesihatan papa…

"papa dah bincang dengan doktor… doktor cakap pemindahan buah pinggang tu mungkin akan berjaya kalau papa menjaga kesihatan papa… mereka hanya akan melakukan pembedahan sekiranya kesihatan papa dalam keadaan baik… walaupun papa sudah berumur tapi doktor kata masih ada peluang walaupun berisiko…" papa menjelaskan situasi sebenar…

"saya x kesah kalau itu memang niat abang… yelah… imaa tu kan adik kandung abang… jadi wajarlah kalau abang nak membantu dia… Cuma saya risaukan kesihatan papa…" ujar mama…

"alaa min… kat luar tu dah banyak pemindahan buah pinggang dilaku kan… dan banyak yang berjaya… penerima bahkan penderma buah pinggang mampu meneruskan hidup mereka seperti orang normal…" jelas papa lagi…

"kalau macam tu kata abang, min ikut je… syira macam mane???" mama menyoal ku…

"ape yang papa rase kan terbaek, syira ikut je" kata ku… walaupun ade sedikit kerisauan seperti mama tapi setelah mendengar penjelasan papa, aku sedikit tenang…


"ape lagi yang dimenungkan tu bang???" soal yasmin setelah melihat suaminya asyik termenung… banyak sangat yang difikirkan suaminya akhir-akhir ni… takut menjejaskan kesihatannya pula…

"abang teringatkan anak lelaki kita… irham… dah lame x dengar berita… merajuk lagi ke dia dengan abang agaknya…" ternyata papa masih sayang akan anak sulungnya itu…



Khairil Irham…
Anak lelaki saiful yang melanggar kemahuan papa nya untuk berkahwin dengan gadis yang sedarjat dengan mereka…
Namun, kehadiran ika amat bermakna baginya…
Baginya, ika lah segalanya…
Harta bukan ukuran kebahagiaannya…
Akibat menurut cinta hatinya, dia dibuang oleh papa nya…
Mungkin suatu hari nanti papa akan memahami hatinya…

"abang rindukan irham??? Abang dah maafkan dia???" soal mama… sesungguhnya dia masih berhubungan dengan anak nya itu… dia tak sanggup putus hubungan dengan darah dagingnya… tanpa pengetahuan saiful, mereka sering berhubungan melalui telefon dan sesekali menemui anak dan menantunya… serta cucu-cucunya…

"abang dah lama maafkan irham… Cuma ego abang yang menghalang abang untuk menjejakinya… tapi abang nak sangat jumpa dia sebelum pembedahan nanti… abang nak tengok menantu abang…" ucap saiful sayu…

"abang jangan risau… nanti min suruh irham balik jenguk abang… min minta maaf… sebenarnya min tak pernah putus hubungan dengan irham…" mama membongkar rahsia yang disimpan selama ini… hannya dia dan anak keduanya yang tahu akan hal ini…

"yeke??? Tak lah… abang tak marah… suruh irham balik cepat dan bawak menantu abang sekali…" ada riak gembira di wajah papa…

"menantu je??? Abang nak tahu??? Abang sebenarnya dah jadi datuk… irham dan ika dah ada dua anak… Izhar dan Aleesya… " mama teruja bercerita akan cucunya…

"owh!!! Banyak yang abang ketinggalan ni…hubungi irham suruh dia balik sekarang jugak… abang nak luangkan masa dengan cucu-cucu abang…" papa semakin teruja untuk menemui cucu-cucunya…

Mama tersenyum melihat suaminya yang sudah memaafkan anak sulungnya… berjauhan dari anak-anaknya amat menyakiti nya… dia beruntung kerana irham sudi mengirim berita dan memberi nombor telefon sekiranya ingin dihubungi…

Malam ini juga dia akan menelefon irham agar segera pulang… anak nya sedang berada di kuala terengganu… menguruskan bisnes yang di usahakan sendiri…


Hari nie rumah kami riuh rendah menyambut kepulangan abang irham… kepulangan yang kunanti-nanti kan sekian lama… selama ni aku dan mama hanya mampu menemui abang irham sekeluarga seyap-senyap tanpa pengerahuan papa… ketika papa ada urusan di luar Negara, pasti kami tidak akan melepaskan peluang ke terengganu menjenguk anak saudara ku yang comel-comel macam aku… hehe…

Tapi hari ni segalanya sudah berubah… kami tidak perlu sorok-sorok dengan papa lagi… bahkan papa cukup senang dengan kepulangan anak sulungnya itu… detik-detik yang mengharukan yang mungkin dapat aku lupakan… abang irham dan papa saling bermaafan seperti hari raya pula… mama tersenyum bahagia…


"wow!!! Rajinnya menantu mama ni…" aku memuji kak ika yang menyediakan hidangan untuk makan malam…

"yelah!!! Tengok arr siapa yang pilih…" abang irham menyampuk tiba-tiba…

"eee…. Sibuk je kat sini… mane ade lelaki kat dapur ni… risau sangat orang apa-apakan kak ika…" gerutu ku…

"yelah!!! Manelah tau adik abang ni buli isteri abang… nasib baik ade mama dan mak temah tolong tengok-tengokkan isteri irham ni… kalau tak habis kene buli dengan syira dan ayana…" abang irham menyakat ku…

"aik… ape kaitan dengan ayana pulak… ayana tolong abang irham awasi syira lagi tau…huh…" ayana merajuk apabila nama nya dikaitkan…. Alaa… merajuk manja je… werk!!!

"opsss!!! Yeke??? Bagus lah kalau macam tu… tolong jage kak ika dari syira tau… nanti abang bagi upah aiskrim…" usik abang irham pada ayana…

"abang ingat ayana budak-budak macam dulu lagi ke???" rajuk ayana lagi…

Abang irham hanya ketawa mengekek-ngekek dah macam ape daa… abang irham pergi menjenguk papa yang dari tadi asyik melayan karenah cucunya…

Mama dan mak Temah hanya mampu tersenyum melihat telatah kami… kak ika hanya menggelengkan kepalanya melihat karenah suaminya dengan adik-adiknya…

Irham sering menceritakan kepadanya tentang syira dan ayana… mereka sudah seperti adik-beradik kata suaminya… sebelum ni dia hanya berjumpa adik-adik irham seketika ketika mereka melawat irham di terengganu… kini mereka tinggal serumah… bahkan bersama papa irham yang dahulunya melarang hubungan nya dengan irham… Alhamdulillah, papa irham sudah menerimanya…


Hari ini, hari yang penting bagi keluarga ku dan syamier. Pembedahan untuk pemindahan buah pinggang antara dua beradik akan di jalankan…

Aku bahkan seluruh keluarga ku dan syamier berdebar-debar di luar wad menunggu khabar dari doktor… adakah kedua-dua beradik ini akan terselamat… adakah akan ada yang terkorban??? Semua orang dalam keadaan kegelisahan…

Akhirnya doktor keluar dan dia membawa berita gembira… kedua-dua beradik itu selamat… walaupun papa banyak kehilangan darah tapi keadaannya stabil… mak ngah juga begitu… alhamdulillah…


Hari ini kami mengadakan majlis doa selamat bagi memanjatkan kesyukuran kerana papa dan mak ngah selamat dalam pembedahan…

Aku ternampak papa berbual dengan syamier… apa yang dibualkan tidak pula aku ketahui… aku cuba untuk menghampiri mereka untuk mendengar dengan lebih jelas butir bicara mereka tetapi tiba-tiba!!!

"ha!!! Skodeng yerk???" sergah abang irham… huh!!! Hampeh betul… kacau line jerk…

"mana ade… orang tengah cari line telefon… problem tadi…" aku cube caver line…

"ha ye… kat sini line dah tak clear… cuba cari kat tempat lain pulak ye…" perli abang irham sambil tersenyum sinis…

Ahh… whatever… aku terus berlalu…


Akhirnya keputusan peperiksaan SPM keluar… walaupun keputusan aku tidak sehebat mana tapi aku bersyukur kerana menepati sasaran ku…

Ayana pula begitu cemerlang terutama dalam matapelajaran sains… memang itu minat dan kelebihannya… dia bercita-cita mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang sains khususnya dalam bidang perubatan… Awal-awal lagi dia sudah memohon untuk memasuki matrikulasi dalm jurusan sains.

Aku??? Aku berkemungkinan besar akan mengambil jurusan perniagaan… mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi… mungkin sedikit sebanyak aku boleh membantu abang irham yang akan mengambil alih bagi mengurus syarikat papa… kata papa, dia mahu berehat… jadi, abang irham akan mengendalikan syarikatnya…

Sofea??? Sofea sepertiku juga… kami akan sepakat melanjutkan pelajaran bersama-sama…

Syamier??? Syamier juga akan turut serta melanjutkan pelajaran… dia memilih untuk melanjutkan pelajaran di sekitar kuala Lumpur saja… tidak mahu berjauhan daripada ibunya… katanya, ibunya baru selesai pembedahan… jadi, dia mahu menjaga dan merawat ibunya… (",)…

Kami sepakat untuk melanjutkan pelajaran bersama-sama… aku, syamier, sofea dan zikrie… ayana agak jeles kerana tidak dapat bersama-sama lagi…

"nak buat macam mana ayana… dah ko nak yang nak sangat sambungjauh-jauh nun kat sana buat apa??? kiteorg ni anak yang solehah… Tak mau berjauhan dari family…hehe" usik sofea kepada ayana…

"ekeleh!!! Anak solehah kunun… anak mak ada arrr…" ucap ayana memerli kami…

"ala… nanti aku gi lawat ko tiap-tiap minggu… jangan kau bz layan marka penang sudaa!!!" usik ku lagi…

"yolah tu!!!" kata-kata ayana disambut dengan gelak ketawa kami… sahabat-sahabat yang amat bererti buatku… werk!!!


Kami berkelah di taman yang menjadi tempat servis mencuci mata bagi aku, Ayana, dan Sofea untuk sekian kalinya… Hari ini bukan setakat kami bertiga malah Syamier, Daim dan Zikrie turut ikut serta…

Menariknya lagi, pada hari ini gerai burger akan dibuka oleh Syamier bagi memeriahkan lagi suasana… Dapatlah melepaskan kempunan Ayana dan Sofea…

Tapi kegembiraan itu hanya seketika… Selepas ini ada di kalangan kami yang akan berpisah… Ayana akan melanjutkan pelajaran di Pulau Pinang… Daim pula akan ke luar negara… Encik Rasyid mahu dia melanjutkan pelajaran di luar Negara… Sudah pasti ini hanyalah sekadar agenda jahatnya untuk memisahkan Ayana dan Daim. Ahh! Aku yakin Daim akan kuat menghadapi dugaan dari ayahnya itu.


"Eeee… Mana pergi Syamier kau ni? Sesedap hati pulak suruh kita jaga gerai dia ni! Curi tulang ke apa?" Bebel Sofea seperti biasa.

"Wah! Kata Syamier je erk? Si Zikrie kau tu mana? Curi juga la tu…" Aku pun hairan mana pula perginya mereka bertiga terrmasuk Daim. Aku, Ayan dan Sofea pula yang kena membereskan tugas-tugas menghias burger. Dah jadi macam rupa apa je burger-burger ni. Mujurlah semuanya sudah dimasak oleh pakar burger ku. Nak harap zikrie dengan mamat cendol tu? Huhh!!!

"A’ah laa… Mana pula dia orang pergi," kata Ayana dalam nada yang agak seposen.

"Hahhh! Tu pun dia orang datang… Bila masa pula dia orang bawa binatang tu???" Ayana agak teruja dengan kehadiran Daim. Amboi! Tadi bukan main tak bermaya aku tengok.

"Awak! Nanti lepas makan kita naik basikal okay?" Apa kes Syamier ni? Kan aku dah bagi tahu yang aku dengan basikal tak boleh bersatu. Tak kan tak faham-faham lagi kot?

"Haha! Kenapa? Tak reti naik basikal? Anak jiran aku yang tadika pun pandai bawak basikal. Kau???" Daim sengaja mengambil kesempatan ini untuk mengutuk ku lagi.

"Awak…" Aku merenung ke arah Syamier mengharapkan pembelaan daripadanya.

"Saya ajar awak okay?" Ha yelah… Masuk icu siapa nak tanggung kos perubatan aku! Huhh!


Selesai makan, kami meneruskan aktiviti yang telah dirancang oleh Syamier tanpa pengetahuanku. Banyak kali juga aku hampir tejatuh, mujurlah Syamier memegang basikal yang ku naiki.

Ayana dan Sofea? Jauh meninggalkan ku yang masih terkial-kial mahu menaiki basikal. Aku pun tak tahu dekat mana dia orang sewa basikal-basikal ni. Tak mahal ke? Kongsi-kongsi sudah lah, ini sewa sorang satu. Huhu… Entah-entah basikal curi… Ish! Tak kan pula Syamier nak curi? Kalau Daim dan Zikrie mungkin lah. Haha…

Berkat kesabaran ku dan Syamier, akhirnya aku berjaya menunggang basikal sendiri. Walaupun macam kura-kura tapi jadilah daripada tak bergerak langsung.

Kami meneruskan perjalanan dengan memusing-musing sekitar taman dan tasik yang indah itu. Kelibat Ayana dan Sofea langsung tak kelihatan. Perh! Sampai hati dia orang tinggalkan kami berdua.


"Awak! Kita tangkap gambar kat sini nak?" Soal Syamier setelah memberhentikan basikalnya. Hmmm… Seperti ku kenal tempat ini. Tempat aku berkenalan dengan Syamier. Eh silap! Aku kenal dia dekat gerai burger dia. Maksud aku, kenal dengan lebih dekat lagi. Ciwah!

"Kat sini?" Soal ku sambil menggosok-gosok pokok yang pernah menjadi saksi sewaktu aku tersungkur dahulu. Malu aku dengan pokok ni. Hehe…

"Kalau awak nak apa salahnya. Pokok ni lah yang awak paut bila tak da siapa bantu awak dulu kan?" Syamier tersenyum sendiri. Hampeh nyerrr…

"Yelah! Sampai hati awak waktu tu buat-buat tak nampak saya. Awak buat saya macam pokok bergerak je kan?" Aku teringat bagaimana sakit hatinya aku bila dia seolah-olah tidak menyedari kehadiranku.

"Hehe janganlah marah. Sekarang ni saya pergi mana-mana asyik nampak awak je tau!" Yelah tu Syamier! Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar di bawah pohon yang sangat bermemori bagi kami.


"Owh! Kat sini rupanya kau orang berdua berpacaran. Puas kami cari ingat kan dah balik nangis jatuh basikal!" Kurang asam betul Sofea punya ayat. Nak merasa makan tayar basikal agaknya.

"Sorry sikit erk! Aku dah boleh bawak basikal lah…" Aku cuba membetulkan pandangan Sofea kepada aku. Dia sudah tidak boleh memperkecil-kecilkan aku lagi.

"Kalau macam tu tak payah lah kita jogging lagi lepas ni. Naik basikal je lah hari-hari," sampuk Ayana agak memerliku. Aku tahu la selama ni kami terpaksa jogging sebab aku tak boleh bawa basikal.

"Owh! Aku ingatkan selama ni kau orang ikhlas rupa-rupanya…" Owh! Terpaksa rupanya.

"Mestilah dia orang ikhlas sebab kesian kan kau. Kalau dia orang naik basikal, tak syak lagi kau mesti tertinggal kat rumah tak bergerak-gerak macam tadi," sampuk Zikrie pula. Wah! Mamat ni sekali-sekala join kita orang, mulut boleh tahan juga!

"Haha! Aku setuju seratus peratus!" Daim memang tak melepaskan peluang ini untuk mentertawakan aku.

Ahh! Whatever…

Kami terus pulang semula ke gerai Syamier untuk berkemas pulang walaupun hilai tawa Daim belum berkesudahan.


Hari ini, aku, Sofea dan Syamier menemani Mak Temah bagi menghantar Ayana untuk mendaftarkan diri di Matrikulasi di Langkawi. Mama tidak dapat ikut serta kerana kesihatan papa yang kurang baik. Abang Irham pula pulang ke Terengganu bagi menguruskan perpindahannya ke Kuala Lumpur. Abang Irham akan memenuhi permintaan papa bagi menguruskan syarikat papa di Kuala Lumpur. Manakala syarikat abang Irham di Terengganu akan diuruskan oleh pekerja abang Irham yang sangat dipercayainya. Sekali-sekala dia akan turun padang bagi memantau perkembangan syarikatnya itu.

Semalam, Daim berangkat ke luar Negara. Dia akan melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkemuka di London. Semuanya atas usaha Encik Rasyid yang ingin merenggangkan hubungan anaknya dan Ayana. Keinginan Ayana untuk menghantar Daim sehingga menaiki pesawat terbantut gara-gara kekecohan ayah Daim. Encik Daim mencaci Ayana dengan berbagai kata-kata kesat.

Tak sepatutnya Encik Rasyid berperangai begitu. Bukankah dia sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada kami yang masih muda-mudi ini. Bukankah di media massa telah sibuk berkempen ‘Budi Bahasa Budaya Kita’? Tidak mungkin Encik Rasyid terlalu sibuk dengan perniagaannya sehingga tiada masa untuk menonton televisyen? Jikalau tidak berkesempatan menonton iklan di televisyen pun di syarikatnya tak kan tidak ada membeli perkhidmatan surat khabar? Nama sahaja syarikat besar! Huhu… Apa sahajalah yang ku bebelkan ini.

Berbalik kepada kekecohan yang terjadi di lapangan terbang tempoh hari, masih ku ingat bait-bait dialog kurang asam Encik Rasyid.

"Kau tak tahu malu ke? Siapa suruh kau ke sini? Kau tak layak hantar anak aku. Dia tak perlukan kau lagi sebab dia dah ada Amy yang akan menemaninya sepanjang dia berada di sana," aku pasti kata-kata Encik Rasyid telah mengguris hati Ayana.

Yang aku bertambah pasti lagi, Ayana semakin berbulu melihat Amy yang tergedik-gedik di sisi Daim. Amy sibuk memaut lengan Daim walhal sudah berapa kali Daim menepis tangannya. Ahhh! Dasar perempuan tak tahu malu. Dialah yang seharusnya menerima gelaran itu, bukannya Ayana. Orang dah jelas-jelas tak sudi, tapi masih terhegeh-hegeh. Buat malu kaum wanita sahaja.

Yang aku paling tidak berpuas hati, aku turut terkena tempiasnya. Ada ke patut Encik Rasyid sound aku?

"Haa! Kau Syira kan? Anak Encik Saiful? Kau cakap dengan bapa kau tu, ingat dia layak nak jadi besan aku? Bukan setakat besan, rakan bisnes aku pun tak layak kau tahu!" Wah! Apa Encik Rasyid ingat papa nak sangat ke berbesin dengan dia? Eh! Silap pulak… Berbesan!

"Kau pesan kat dia lagi, tunggulah padahnya kerana berani menghina aku. Sekali saja dia tolak lamaran aku, berkali-kali aku akan tolak lamaran bisnesnya. Huhh! Kalau dia aku tak suka, seluruh keturunan dia aku tak suka kau tahu???" Ekeleh pak cik ni lebih-lebih pula. Ada aku kisah ke dia tak suka kat aku??? Cak! Cak! Cak!!!

Ayana terus menarik tangan ku untuk meninggalkan tempat itu. Nasib baik tak tercabut tangan aku dibuatnya. Ayah Daim punya fasal lah ni! Hati Ayana begitu pedih mendengar kata-kata Encik Rasyid. Aku turut memahaminya.

Daim? Dia cuba mengahalang Ayana dari pergi tapi terpaksa menuruti kehendak bapanya. Akhirnya, dia hanya memerhati buah hatinya pergi tanpa sempat menenangkan hati Ayana yang cukup terguris dengan tindakan ayahnya itu.

Amy? Aduyaiii… Selama Daim melanjutkan pelajaran di luar Negara, gadis gedik itu akan mendampinginya. Mereka akan melanjutkan pelajaran di tempat yang sama. Yang pasti, dia hanya berbaik-baik dengan Amy di depan ayahnya sahaja. Itu pun atas rayuan mamanya yang tidak mahu melihat ayahnya asyik marah-marah sahaja. Risau juga kalau-kalau penyakit darah tinggi ayahnya naik semula.


"Sudahlah Ayana... Janganlah kau fikirkan sangat kata-kata Encik Rasyid tu lagi. Lambat laun pasti dia akan menerima kau seadanya sepertimana papaku menerima Syamier," pujukku kepada Ayana yang masih bermasam muka.

"Betul! Betul!" Sofea seperti biasalah. Tak sah kalau tak menyampuk dengan trademark Upin-Ipin Itu.

Ayana hanya tersenyum tawar. Biasalah! Senyumannya kurang gula.

Aku dan Sofea membantu Ayana dan Mak Temah berkemas. Maklumlah, Ayana akan menginap di tempat tinggal yang baru. Segalanya disusun rapi. Bolehlah Ayana berehat setelah kami pulang nanti. Itu pun sebelum sesi ‘ragging’ yang bakal dijalankan seniornya berlangsung. Ayana mengerutkan keningnya tanda protes apabila aku dan Sofea menimbulkan perkara tersebut. Haha.


Setibanya di rumah, aku membersihkan diri dan menunaikan kewajipanku. Setelah itu, aku berkira-kira untuk berehat sahaja bagi menghilangkan rasa lelahku setelah seharian perjalanan.

Hmmm… Entah bagaimana kehidupanku tanpa Ayana. Kami tidak pernah berjauhan sejak kecil. Kemana-mana sering bersama. Aku terpaksa akur dengan keputusan Ayana. Dia harus mengejar cita-citanya yang sejak kecil lagi sudah diimpikannya.

Mujurlah Syamier dan Sofea bersamaku. Tidaklah aku keseorangan di sini. Kami akan memulakan pengajian di Universiti Lim Kok Wing. Dengan harapan agar aku dapat bertemu seseorang. Hehe.


Malam itu Syamier menelefon ku. Ku luahkan segala kerisauan ku kepadanya. Aku bimbang hubungan kami akan renggang sekiranya berjauhan.

"Apa awak nak bimbang? Teknologi sekarang kan cangih-canggih. Awak boleh telefon dia setiap hari kalau awak nak…" Betul juga kata Syamier tu tapi kalau setiap hari begitu, melambung lah bil telefonku. Kan sudah berlaku satu pembaziran.

"Semua orang akan berpisah juga suatu hari nanti. Kita pasti akan menemui pencipta kita bila tiba masanya. Waktu tu, tak ada siapa yang boleh melawan takdir… Teknologi pun tak boleh nak hubungkan kita masa tu…" Sambung Syamier lagi.

"Kenapa pula awak tetiba cakap macam tu? Buat saya makin risau lah!" Apa lah Syamier ni. Bukannya nak redakan aku, ditambahnya lagi kegusaranku.

"Waktu tu, awak tak boleh nak telefon sekalipun sms. Tapi saya harap bila saya sudah tak ada nanti, awak akan kenang segala kenangan kita bersama…" Syamier ni nak kena agaknya?

"Awak ni kenapa? Sudah-sudah lah tu… Jangan lagi bincang pasal benda macam ni. Saya tak suka lah!" AKu cuba menukar topik perbincangan yang lain.

"Yelah tu… Kita tukar topik… Nak cerita pasal apa? Anak kucing???" Gurau Syamier setelah mendengar rungutanku.

"Haa boleh juga! Anak kucing dekat rumah awak ada berapa ekor?" Aku sudah mula merepek.

Kami terus berbual tentang anak-anak kucing dan binatang peliharaan yang lain. Macam-macam lah Syamier ni…


Masa yang terluang sepanjang minggu ini aku habiskan dengan membuat persiapan terakhir sebelum aku meneruskan pengajianku. Tidak banyak persiapan yang harus aku lakukan kerana aku tetap akan tinggal di rumahku. Aku akan berulang-alik ke rumah sahaja setiap hari. Syamier akan menjadi pemandu sukarelawan ku buat sementara waktu. Aku dalam usaha untuk mendapatkan lesen memandu.

Sebelum kami memulakan kuliah, aku, Sofea dan Syamier bercadang mahu ke Pulau Langkawa bagi melawat Ayana. Hampir setiap hari dia akan menelefonku merungut didera seniornya. Simpatiku kepadanya membawa keputusan untuk ke sana. Mak Temah enggan turut serta kerana tidak mahu memanjakan anak manjanya yang seorang itu. Dasar anak mak! Hehe… bukan aku yang memberi gelaran itu kepadanya sebaliknya abang Irham.


"Haha… Padan muka kau!" aku dan Sofea menggelakkan Ayana yang menceritakan detik seminggu yang cukup menyeksakan bagi dirinya. Dia menceritakan bagaimana keadaan dirinya sewaktu dimarahi akibat terlewat bangun pada suatu pagi. Dia tidur dengan lena akibat aktiviti yang padat pada siang harinya. Haha… kalau lewat sedikit tak mengapalah. Ini sampai pukul sepuluh? Budak lain dah habis sarapan, baru dia tergocoh-gocoh nak mandi. Ish! Ish! Ish!

"Hampeh kau! Gelakkan aku pulak! Syamier, cubalah kau nasihatkan awek kau ni agar menjadi insan yang lebih prihatin sedikit. Orang tengah panas, dia bikin panas lagi. Huhu…" Keluhan Ayana di hujung ayatnya membuatkan aku dan Sofea semakin geli hati. Mengeluh tak habis-habis!

"Haha… Sudah lah tu. Kau tak ada aktiviti apa-apa lagi kan?" Soal ku bagi mendapatkan kepastian.

"Kenapa?" Seraya itu Ayana menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Ekeleh! Buat-buat tanya pula. Jomlah keluar dari penjara kau yang tak seberapa ni. Kita using-pusing satu pulau ni nak?" E’eh! Sofea pula yang terlebih teruja. Biasalah! Insan yang bernama Sofea sememangnya agak over tapi tak apa.

"Hehe… Mestilah nak! Aku pun tak pernah lagi jalan-jalan kat sini. Tapi mana adil kau orang berdua date, tak kan aku nak date dengan Sofea kot?" E’eh! Lebih-lebih pula minah ni. Asyik nak kenakan aku dengan Syamier je kerjanya. Daim dah tak ada, Syamier pula yang jadi mangsa. Huhu…

"Taklah! Hari ni kita orang cuti berdating berdua. Memang kami sengaja ambil cuti khas untuk kau. Kesian asyik mengadu kena dera setiap hari." Wah! Pandai juga Syamier membalas serangan yang dimulakan oleh Ayana. Haha! Padan muka kau Ayana…

"Wahh! Syamier kau ni boleh tahan juga mulutnya. Sebijik macam kau jugak!" Terkena juga Ayana dengan Syamier. Itulah, jangan sangka air yang tenang tiada buaya. Jikalau tiada buaya sekali pun, mungkin ada ikannya.

"A’ah lah! Selalunya dia ni tak da arr berbisa sangat mulut tu," Sofea turut tidak menyangka yang Syamier boleh bergurau kasar dengan mereka pada hari yang indah ini. Haha…

"Tak da lah! Aku gurau je lah…" Syamier mengukirkan senyumannya dengan harapan Ayana tidak tersinggung dengan gurauannya. Ekeleh! Kalau nak dibandingkan dengan Daim dan Zikrie, lagi bernanah hati aku mendengarnya tempoh hari. Akhirnya berbalas juga dendam aku pada mereka berdua. Haha… Hari tu bukan main kutuk aku kan…


Kami bersiar-siar di sekitar Pulau Langkawi. Ke tepi pantai dan tidak lupa juga untuk melawat tempat bersejarah. Sofea beria sangat untuk ke telaga Mahsuri. Katanya ingin mengkaji sejarah Mahsuri. Gasak kau lah Sofea. Puaslah Ayana melepaskan geramnya setelah seminggu di penjara.

Kami meneruskan perjalanan untuk pulang setelah menghantar Ayana pulang semula di Matrikulasi. Kami terpaksa pulang awal kerana perjalanan yang agak jauh. Bimbang sampai di rumah setelah matahari terbenam.


Setelah menghantar Sofea pulang ke rumah, Syamier mencadangkan agar aku mencuba memandu keretanya. Memang aku sedang dalam proses untuk mendapatkan lessen memanduku. Sesekali aku mendapat kelas memandu yang diajar oleh Syamier.

Kami memilih untuk ke kawasan perumahan memandangkan kawasan itu kurang kenderaan.

Kami bertukar tempat duduk. Aku menekan pedal minyak dan terus memandu. Setelah beberapa sesi latihan memandu, aku semakin mahir memandu kereta tersebut. Tidaklah seperti waktu mula-mula aku mencuba memandu tempoh hari, tak ubah seperti kura-kura lambatnya.

"Kalau macam ni gayanya, mesti lepas punyalah waktu ujian memandu nanti!" Syamier memberikan aku galakan yang tak henti-henti.

"Hehe… Gerenti maaa… Thank you sir!" Aku mengangkatkan tanganku untuk tabik kepada jurulatih ku yang seorang itu.

"Well! Tengoklah siapa yang ajar kan?" Syamier menunjukkan muka riaknya. Dia tergelak besar setelah aku menarik muka bagi menunjukkan tanda protesku ke atas ketakburannya itu.


Aku terus memandu tenang sehinggalah ada objek bergerak melintas di hadapan keretaku. Mujurlah aku sempat membrek kan kereta tersebut. Syamier cuba menenangkan aku yang tergamam dengan kejadian yang mengejut itu. Dia bergegas keluar dari kereta.

"Adik tak apa-apa?" soal Syamier kepada kanak-kanak perempuan yang masih terduduk mencari sesuatu.

"Abang ada nampak kucing saya? Tadi saya kejar Comel!" mungkin kucing itu diberi nama comel. Serentak itu terdengar suara kucing mengiau di sebalik semak-samun. Syamier terus mendekati kucing itu.

"Nah kucing adik. Lain kali jangan main kat jalan ray tau. Bahaya!" Pesan Syamier kepada kanak-kanak tadi.

"Awak! Tak ada apa-apa lah! Awak tak langgar pun budak tu tadi. Saya teman dia melintas jalan dulu ye? Dia kata rumah dia kat sebelah sana tu je," Syamier menjelaskan kejadian yang sebenarnya.

"Okay!" Ucap ku agak lega. Mujurlah aku tak langgar budak tu.

Aku hanya memerhati Syamier menghantar budak itu ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian tadi. Kenapalah budak sekecil itu dibiarkan berjalan seorang diri tanpa kawalan.

Syamier kelihatan berbual dengan emak kepada budak tadi. Mungkin berpesan untuk lebih mengawasi anaknya itu.

Dari jauh lagi Syamier telah menunjukkan isyarat bagus kepada ku menunjukkan yang semuanya dalam keadaan terkawal.


Malam itu, aku sekeluarga ke rumah Syamier. Mak Ngah mengadakan majlis kenduri. Kenduri apa tidak pula aku ketahui. Suasana majlis itu agak murung. Ramai juga yang turut hadir termasuklah Ayana yang bergegas balik dari Pulau Pinang.

"Awak! Mak Ngah buat majlis kenduri apa? Tiba-tiba je?" soal ku cuba kepada Syamier cuba mencari kepastian.

Syamier hanya mengukirkan senyumannya dan terus berlalu pergi. Mungkin membantu mengemas maklumlah baru selesai kenduri pasti bersepah rumah.


Hari ini aku memulakan sesi kuliahku. Aku hanya pergi bersama Sofea memandangkan Syamier ada hal mendadak. Katanya, dia akan tiba ke kelas lewat sedikit.

"Saya Farish! Awak?" Sepupu Zikrie menghulurkan salam perkenalan.

"Syira," jawabku acuh tidak acuh.

"Sofea… Zikrie cakap awak ni sepupu dia kan?" Sofea cuba merungkai ketegangan antara aku dan Farish. Entah kenapa aku tidak selesa denga kawan baru aku itu.

"Yup!" Zikrie membalas ringkas dan terus mengambil tempat duduk di belakang kami. Mungkin terasa dengan tindakan ku yang seperti tidak berminat untuk berkenalan dengannya.

Syamier? Sehingga tamat kelas, dia masih tidak muncul-muncul juga.


Sedang aku melangkah keluar dari kelas barulah nampak kelibat Syamier. Entah dari mana dia datang.

"Sorry! Saya lambat, ada hal sikit tadi. Nampaknya saya tak dapat hadir pada kuliah pertama saya," kata Syamier termengah-mengah. Mungkin kepenatan setelah berlari mengejar kelas tadi. Apalah agaknya hal yang menyebabkan dia terpaksa tidak menghadirkan diri ke kelas pertamanya tadi.

"Syira, kau nak ikut kami tak?" Sofea mengajak aku untuk turut serta dalam acara jalan-jalan cari makan mereka.

"Jomlah! Awak ni dari tadi senyap saja. Bukan senang tau nak dapat makan free. Zikrie nak belanja ni," celah Farish. Memang dari tadi aku sedar dia asyik memerhatikan aku. Hmmm… Ada-ada saja lah dia orang ni!

"Tak pa lah Sofea. Kau pergi je dengan dia orang. Aku balik dengan Syamier je Okay? Jumpa lagi esok!" Aku terus beredar dari situ mengelak pujukan-pujukan mereka seterusnya.


Hari ini Syamier tidak memandu keretanya, jadi kami hanya menaiki teksi. Kami tidak terus pulang ke rumah sebaliknya singgah sebentar di pusat membeli belah. Tengok-tengok barang sahaja kerana tiada yang berkenan di hati.

Kami mengambil keputusan untuk menonton wayang. Sudah lama juga rasanya kami tidak menonton wayang.


Sebaik keluar dari panggung, secara kebetulan aku terserempak dengan Farish bersama dengan seorang gadis.

"Awak dengan siapa?" Soal Farish yang kelihatan begitu intim dengan gadis disisinya.

"Dengan Syamier, ke toilet sekejap tadi katanya," entah kenapa lama pula Syamier ke toilet. Aku ingin memperkenalkannya dengan Farish. Selepas kelas tadi tidak berkesempatan kerana aku terburu-buru mengelak ajakan mereka.

"Owh… Kenalkan ini Tiara," aku bersalaman dengan gadis itu.

"You… Jomlah kita makan. Perut I dah berbunyi ni," gadis itu mengajak Farish beredar segera. Gadis itu seperti kurang menyenangi kehadiranku.
Baguslah!

"Excuse me… Saya terpaksa pergi dahulu. Jumpa lagi esok!" Farish kelihatan serba salah dan cuba menepis tangan Tiara yang memeluk erat tangannya.

Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala ku menyetujui kepemergian mereka.


"Awak! Sorry lama. Hehe…" Syamier tiba setelah lama berada di toilet.

"Kenapa lambat sangat? Tadi Farish ada dekat sini. Baru je ingat nak kenalkan awak dengan dia," rungutku kepada Syamier.

"Siapa pula Farish tu? Buah hati baru awak?" Aik! Tak kan lah Syamier cemburu kot?

"Takde lah! Kawan baru kita lah. Dia tu sepupu Zikrie tapi awak jangan terkejut tau kalau dia ada hati dekat saya. Almaklumlah!" Aku sengaja mengusik Syamier.

"Wah! Baru hari pertama dah ada admire tapi tak apa. Saya yakin awak tak kan curang dengan saya. Mana awak nak dapat lelaki macam saya dah sekarang ni. Limited edition tau!" E’eh! Lebih-lebih pula dia ni. Apa-apa saja lah Syamier oit!


" Syira ke mana tadi? Lambat balik?" Soal mama sebaik aku melangkah masuk ke rumah.

"Sofea mana? Tak balik sekali ke?" Tambah mama lagi. Amboi! Banyaknya soalan mama. Soalan tadi pun belum sempat kujawab, sekarang bertambah-tambah soalan bonus daripada mama.

"Sofea ada hal tadi. Balik dengan Syamier tadi. Syira naik dulu," terang ku dan terus menuju ke bilik. Aku ingin membersihkan diri dan berehat.


Selepas isya’, aku hanya terperuk di dalam bilik. Ingin melepaskan lelah setelah mengharungi hari pertama kuliah ku. Aku belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baruku itu.

Sofea???
Aku tahu yang dia sedaya upaya agar aku tidak berasa keseorangan. Keprihatinan Sofea aku dahului dengan ucapan terima kasih tapi apa kan daya, aku masih seperti tidak berminat dengan dunia baruku. Aku terperangkap dengan dunia yang aku cipta kan sendiri.

Tambahan pula dengan kehadiran Farish Mirza, sepupu kepada Zikrie. Entah kenapa aku berasa teramat kurang selesa pabila dia menghampiriku. Aku merasa seolah-olah terganggu dengan kehadirannya.

Masih ku ingat sewaktu di kafe pagi tadi. Ketika Sofea dan Zikrie pergi membeli makanan untuk kami, Farish mencuba mendekatkan diri denganku. Setiap pertanyaan Farish ku jawab endah tak endah.

Mujurlah wujud makhluk-makhluk gedik yang menghampiri kami. Ternyata tanggapan pertama ku kepada Farish tepat. Semua perempuan yang dijumpainya akan dilayan manja. Tidak sampai sejam berkenalan, sudah berani mencuit pipi makhluk-makhluk tersebut.

Makhluk tu pun macam tak kisah. Mungkin sudah spesiesnya sebegitu, hendak dibuat bagaimana lagi. Jangan pula sekali-kali menyamakan aku dengan makhluk seperti itu. Aku tidak semurah itu. Bukan mudah untuk memperlakukan aku sebegitu. Aku bukanlah jenis yang mudah di ‘ayat cinta’ oleh mana-mana lelaki. Bagiku, cinta itu akan hadir dengan sendirinya.


Hari kedua aku menjejakkan kaki di universiti, biasa-biasa sahaja. Syamier juga sudah menghadiri kuliahnya pada hari ini. Risau juga aku bila dia tiba agak lewat pada hari ini. Sedikit pun dia tidak menegurku. Mungkin kesal kerana aku memilih untuk pergi kuliah bersama Sofea.

Apa kan daya, Sofea tibe di perkarangan rumah ku lebih awal daripada Syamier. Tak mudah untuk aku menolak ajakannya. Bimbang dia pula berkecil hati nanti. Sudahlah semalam aku menolak untuk turut serta acara jalan-jalan cari makannya.

Syamier memilih untuk duduk berjauhan nun di hujung meja berhampiran pintu keluar dewan. Sedikit pun dia tidak memandang ke arah kami sewaktu aku mencuri lihat kea rahnya. Perh! Boleh tahan mamat burger ni kalau merajuk.


"Awak! Kenapa masam saja ni? Tadi masa kuliah pun tak tegur saya, menonong je duduk sorang-sorang kat tepi tu kan. Merajuk erk?" aku cuba untuk memancing Syamier untuk memecahkan kebisuannya.

"Nak merajuk kenapa pulak?" Akhirnya bersuara juga mamat ni. Walaupun jawapannya pendek sahaja tapi suatu permualaan yang baik.

"Tengok tu… Tengok muka pun dah tahu lah! Awak merajuk sebab saya ikut Sofea pagi tadi dan tak tunggu awak kan? Awak… Takkan saya nak tolak pelawaan Sofea. Nanti dia kata apa pulak?" aku cuba membuatkan Syamier untuk memahami keadaanku. Bukan aku tidak mencuba menolak tetapi Sofea berkeras mahu aku pergi bersamanya.

"Bukan fasal tu lah…" Aik! Kalau bukan sebab tu, sebab apa pula. Tidak terlintas pula alasan alternatif yang lain di benak fikiranku, sebab apa Syamier merajuk.

"Betul apa yang awak cakap semalam. Budak tu memang minat kat awak," Hahh! Aku gurau je semalam, tak sangka pula Syamier ambil serius akan gurauan ku itu. Tambahan pula reaksinya semalam tenang sahaja.

"Awak cemburu?" Aku menyoal Syamier untuk mencari kepastian. Namun dia hanya diam membisukan diri.

"Hei… Kan awak juga yang cakap semalam, susah nak dapat lelaki macam awak sekarang ni. Limited edition… Takkan saya sia-siakan awak pula…" Aku menggunakan ayat sepuluh sen agar Syamier mengalah dan tidak merajuk lagi.

"Entahlah! Dia tu asyik berkepit je dengan awak. Dari pagi tadi lagi saya perhatikan!" Owh! Dalam diam rupanya mamat burger ni skodeng kita orang rupanya.

"Awak jangan risaulah! Walaupun saya ni comel tapi saya akan tetap setia dengan awak. Dia tu tak de ciri-ciri menantu yang sesuai untuk mama dan papa saya," Memang tiada langsung ciri-ciri yang baik di pandangan mataku. Semua yang buruk-buruk belaka.

Syamier hanya berlalu sambil menghadiahkan ku sebuah senyuman yang penuh makna. Kembang dengan pujian-pujian melambungku kepadanya barangkali. Biarlah asalkan rajuknya tidak berpanjangan.

Aku sendiri kurang senang dengan layanan Farish kepadaku. Sejak aku dan Sofea turun daripada kereta pada pagi tadi, dia terus mengekori kami. Ke mana-mana asyik muka dia. Bosan sungguh rasanya.


Di sesi kuliah seterusnya, Syamier tidak kelihatan. Ke mana lagilah agaknya dia ni? Asyik menghilangkan diri. Nanti bila mamat gedik tu datang dekat dengan aku mula lah merajuk tak tentu pasal.

"Awak cari siapa?" Haa! Tengok tu… Baru je sebut nama dia dalam hati, dah datang! Menyemak betul lah!

"Awak jangan ganggu saya boleh tak?" Aku terus melangkah ke tandas, tak tau pula kalau-kalau dia nak ikut. Memang cari nahas lah namanya tu.


Akhirnya, selesai juga seesi kuliahku pada hari itu. Sofea mengajakku untuk bersiar-siar bersamanya dan Zikrie. Pasti mamat gedik itu akan menyibukkan diri untuk turut serta.

"Aku sakit kepala lah Sofea. Tak apa lah, kau saja yang pergi, aku boleh balik sendiri…" Aku cuba memberi alasan. Kalau begini setiap hari, alasan apa lagi yang harus kugunakan. Ini semua mamat perasan punya pasal lah! Asyik menganggu ketenangan hidupku.

"Hmmm… Tak apalah! Aku tak jadilah keluar dengan diaorang. Aku hantar kau balik ye! Nah kunci kereta! Aku nak ke tandas sekejap, nak terkucil! Hehe…" Sofea tergocoh-gocoh ke toilet. Ada-ada sahaja Sofea ni.


"Awak! Tak nak ke sekali-sekala keluar dengan kami?" Tiba-tiba je makhluk gedik ni muncul. Eeee… Kalau tak ganggu aku tak boleh gamaknya.

"Maaf! Saya kurang sihat hari ni, jadi mungkin lain hari saja…" Sekarang ni memang aku betul-betul pening dengan karenah mamat ni. Boleh sakit jiwa rasanya kalau aku jumpa dia hari-hari.

"Kalau begitu, mungkin kita boleh keluar berdua hujung minggu ni?" Farish mengumpanku.

"Berdua? Mungkin tidak!" Tolong sikit! Keluar dengan Sofea pun aku malas kalau mamat ni ada. Inikan pula keluar hanya berdua dengan dia.

"Awak ni macam tak suka kan saya je… Kenapa? Apa salahnya kalau kita keluar berdua. Asyik berkepit dengan Sofea je, awak tak ada kawan lain ke? Apa kata saya tolong isi kekosongan dalam hidup awak?" Farish menawarkan dirinya yang jelas-jelas tidak ku ingini langsung. Tak kan tak faham lagi kot?

"Maksud awak?" Aku mencari kepastian daripada Farish. Bimbang juga hal Ayana dan Daim berulang kembali. Tapi kalau kes begitu berulang, siapa pula kali ini? Tak kan dia ada hati dengan Sofea sekali gus meminta bantuan aku. Tak mungkin akan ku bantu kerana di mana harus ku campakkan Zikrie?

"Maksud saya, saya dengan awaklah! Mungkin kita boleh jadi pasangan kekasih yang paling ideal di sini…" Huhh! Kali ini tiada lagi salah faham. Semua yang ku bayangkan, benar-benar belaka.

"Orang macam awak ni ingat semua perempuan mudah di ayat agaknya. Kelmarin saya terserempak awak dengan perempuan lain tengok wayang, lepas tu bergurau senda dengan yang lain di depan mata saya. Sekarang? Awak nak samakan saya dengan mereka?" aku terus beredar menuju ke kereta Sofea. Tak kuasa nak layan playboy gedik tu.


Farish cuba menghalang laluanku. Dia mencuba memegang tanganku tapi segera ku tepis.

"Awak! Sejak hari pertama saya jumpa awak, saya sudah terjatuh cinta dengan awak. Sudi tak awak jadi kekasih saya?" Dia memegang bahu ku, menyuruh aku memandang wajahnya.

Tak semena-mena aku hilang kawalan. Tangan kanan ku memecut laju ke pipinya. PANGGGG!!! Haa padan muka kau! Suka-suka je pegang-pegang.

"Maaf! Saya langsung tak berminat untuk turut serta dalam permainan cinta awak. Saya bukan macam kekasih-kekasih awak yang lain yang mudah cair dengan ayat jiwang awak yang tak seberapa tu. Saya tak perlukan madah-madah cinta dalam hidup ini. Semuanya sudah lengkap dengan kehadiran Syamier. Syamier is my boyfriend!" Dengan tegas aku menyebut nama Syamier agar dia faham yang aku sudah berpunya.

Sepantas mungkin aku menyelinap masuk ke dalam kereta Sofea. Bimbang juga mamat gedik dan psiko itu melakukan perkara-perkara di luar kawalan. Mungkinkah aku orang pertama yang menolak perlawaannya. Ahh! Bangganya aku dapat reject dia macam barangan reject kat pasar daa…


"Haa! Kenapa aku tengok kau main kejar-kejar dengan Farish tadi? Skandal yerk?" Sofea menyerkap jarang setelah masuk kereta.

"Banyaklah kau punya skandal! Mamat gedik tu perasan aku ni teringin sangat nak bercouple dengan dia. Dia ingat aku ni macam perempuan lain agaknya. Cinta pakai buang!" Aku melepaskan geramku di hadapan Sofea.

"Mana pulak kau tahu dia nak cinta pakai buang dengan kau. Entah-entah serius ke. Cubalah kau bagi peluang kat dia sekaligus diri kau sendiri…" Sofea ni macam nak makan kasut saiz lima agaknya. Kalau tak kenyang kasut saiz lima, takpe aku boleh beli saiz sepuluh dekat pasaraya.

Takkan dia nak ajar aku khianati Syamier? Tau lah dia tu bekas player, tapi tak payah lah ajar aku buat benda tak berfaedah tu.

"Kau ni dah gila ke apa? Cacat otak? Aku kan dah ada Syamier! Tak kan kau nak ajar aku jadi player macam kau?" Haa! Ambik kau…

"Syira… Sudah-sudah lah tu… Kau kena terima hakikat! Bagilah peluang kat diri kau dan mulakan lah lembaran hidup yang baru…" Sofea agak ragu-ragu dalam menyuarakan pendapatnya pada kali ini. Mungkin bimbang kemarahanku meledak. Aku bukan marah, nasihat je!

"Apa maksud kau? Aku betul-betul tak faham dengan perangai kau sekarang. Kalau aku tahu kau nak bela si Farish tu, tak payah aku cerita dekat kau… Sudahlah! Aku naik teksi lagi bagus!" aku betul-betul tak faham dengan perangai Sofea. Dia tahu yang cinta aku dan Syamier tulus dan ikhlas. Tapi masih memberi aku galakan untuk menerima cinta palsu Farish.

"Okay! Okay! Aku minta maaf. Aku hantar kau sampai rumah okay?" Sofea kerisauan melihat aku yang sudah benar-benar naik angin.

Aku hanya mendiamkan diri. Sofea meneruskan perjalanan. Aku tak ada niat nak marahkan kawan aku ni tapi… Entahlah! Apa kena lah dengan Sofea ni… Sanggup dia buat aku dan Syamier macam ni.


Di rumah, aku dikejutkan dengan kehadiran Mak. Dia pulang ke Malaysia setelah bertahun-tahun hidup di rantau orang. Maklumlah! Pak Su bekerja sebagai pakar teknologi di sebuah syarikat di Korea.

Lama juga aku tidak berjumpa Mak Su, adik kepada mama… Seingat aku kali terakhir aku bermain dengan anak Mak Su, Azzran ketika aku masih di sekolah rendah.

Suasana di rumah agak gamat dengan kehadiran mereka. Mak Su membebel panjang kerana tidak dapat hadir pada perkahwinan abang Irham. Jemputan abang Irham yang terlalu mendadak membuatkan mereka sekeluarga tidak dapat menghadirkan diri kerana sudah terikat dengan komitmen lain.

Kiranya ini adalah pertemuan pertama Mak Su dan kak Ika. Pak Su tidak kelihatan, katanya terus ke Sabah atas urusan kerja. Anaknya, Azzran tidak pulang bersama kerana terikat sesi kuliahnya di sana. Kata Mak Su, Azzran berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di sana. Jadi Mak Su akan tinggal di rumah kami untuk beberapa hari.


Malam itu aku termenung panjang memikirkan pelbagai persoalan dalam hidupku. Aku tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baruku.

"Menung apa lah agaknya anak saudara Mak Su ni?" Soal Mak Su tiba-tiba yang menghentikan lamunanku. Sejak bila pula agaknya Mak Su berada di balik pintu bilik ku itu. Aku langsung tidak menyedarinya.

"Tak ada apalah. Lama ke Mak Su mengendap Syira tadi?" Seingatku tadi sewaktu aku masuk ke biliikku, mereka yang lain berborak-borak dengan Mak Su di ruang tamu. Pening dengan keadaan bingit di bawah, aku terus menuju ke bilik. Maklumlah, sudah lama tak jumpa. Banyak betul cerita yang di borakkan.

"Hmmm… Lama jugalah! Entah apa agaknya yang difikirkan sampai tak sedar pun ada orang mengendap ye… Nasib baiklah Mak Su yang mengendap. Kalaulah Azzran yang mengendap…" E’eh Mak Su ni! Nak sangat agaknya anaknya mangendap orang. Apa kes???

"Apalah Mak Su ni! Ke situ pula difikirnya. Takkan lah si Azzran tu nak hendap Syira. Apa yang dia dapat?" Yelah! Betul apa aku kata, nak buat apa dia nak intai aku. Nampak sangat ketidak warasan dia kalau buat macam tu. Mengintai anak dara orang! Kalau masa budak-budak dulu lainlah ceritanya pula.

"Haha… Manalah taukan… Bukan waktu dulu-dulu dia selalu intai Syira ke? Nak ajak main sama-sama? Tapi masa tu Syira buat tak tahu je dengan dia. Kejamnya anak saudara Mak Su ni!" Mak Su mengimbau kembali kenangan sewaktu aku kecil dahulu.

"Hehe… Masa tu kan Syira selalu main dengan Ayana. Lagi pun tak best lah main dengan dia. Mak Su tak ingat ke dia pernah sepak bola tepat ke muka Syira. Habis merah satu muka tau!" Aku turut mengimbau kenangan silamku dahulu.

"Hmmm… Itu dulu… Takkan Syira tak maafkan dia lagi kot?" Yeke? Tak sangka pula aku ni pendendam rupanya.

"Ish Mak Su ni… Syira dah lama maafkan dia… Lagi pun bukan dia sengaja pun waktu tu…" Sebenarnya aku sudah lama melupakan peristiwa itu.

"Hmmm… Yelah tu! Macam mana dengan kuliah? Kawan baru?" Mak Su mengubah topik…

"Entahlah…" Aku hilang mood untuk bercerita.

"Kenapa pula ni? Ada masalah? Ceritalah dekat Mak Su…" Mak Su mencuba mengorek masalahku…

"Tak ada apa-apa lah…" Aku hanya mendiamkan diri. Hanya senyuman ku hadiahkan kepada Mak Su sebagai jawapan kepada pertanyaannya tadi. Mak Su hanya menggelengkan kepala melihat karenahku.


Hujung minggu itu, awal-awal pagi lagi aku telah keluar ke taman. Kali ini dengan menunggang basikal. Aku ingin mengambil angin pagi yang segar lagi nyaman.

"Nak buat apa ke taman pagi-pagi ni? Sampai tak sempat nak makan! Selalu pergi waktu petang…" Mama agak bising dengan karenahku yang tidak sempat menjamah sarapan pada pagi itu.

"Nak ambil angin pagi kejap!" Balasku sambil mengikat tali kasut.

"Sorang-sorang? Sofea mana?" Soal mama lagi.

Aku hanya mendiamkan diri. Kenapa harus disebut nama itu? Aku masih kesal dengan sikapnya semalam.

"Syira pergi kejap je maa…" Aku menjamah sedikit sarapan di meja makan dan terus menyalami mama, papa dan Mak Su yang sudah berada di meja makan.

"Syira pergi dulu…" Ujarku sambil melangkah keluar.


Aku menghentikan basikal tepat di hadapan tasik yang sudah lama tidak ku kunjungi. Kali terakhir aku ke sini ketika berkelah bersama mereka sebelum kami berpisah melanjutkan pelajaran.

"Syira selalu ke sini?" Soal Farish tiba-tiba. Mana pula dia tahu aku ke sini?

"Selalu juga. Dengan Ayana, Sofea dan Syamier…" Aku menjawab acuh tak acuh.

"Sofea sudah cerita tentang Syira dan Syamier. Syamier tu baik kan…" Farish memulakan bicara. Dia cuba menyelami perasaan gadis di hadapannya itu. Cerita yang disampaikan oleh Sofea betul-betul menyentuh perasaannya. Dia semakin ingin mendekati Syira walaupun kehadirannya seperti tidak diingini.

Aku hanya mendiamkan diri. Merenung keindahan tasik di hadapan mataku. Masih ku ingat bagaimana gamatnya suasana sewaktu kami masih bersama-sama dahulu.

"Tak hairan lah Syira sayang sangat dekat dia. Tapi Syira kena terima hakikat yang Syira dengan dia sudah tidak boleh bersama lagi…" Farish menyuarakan apa yang terbuku di dalam hatinya.

"Apa maksud awak? Sudahlah! Jangan ekori saya lagi!" Aku memberi amaran kepada Farish. Aku mengambil basikalku dan terus pergi jauh dari pandangan Farish. Muak melihat muka mamat sengal itu.


Aku meletakkan basikalku di tepi pokok dan terus duduk di bawah pohon itu. Aku membelek foto yang dirakam di dalam telefon bimbitku. Gambar aku bersama rakan-rakanku. Entah kenapa aku berasa amat jauh dari rakan-rakanku. Aku merenung lama ke dalam foto aku bersama Syamier yang dirakam di bawah pohon ini.

"Awak tengok apa?" Soal Syamier yang datang tiba-tiba.

"Awak ni suka buat saya terkejut!" Macam nak luruh jantungku dibuatnya.

"Hehe… Sorry! Awak buat apa dekat sini?" Soal Syamier lagi apabila pertanyaannya tadi tidak dijawab.

"Mencanak sotong lah! Tak nampak ke orang tengah berangan? Melayan perasaan…" Jawabku agak kesal dengan Syamier. Dia sering menghilangkan diri sejak akhir-akhir ini. Datang dan pergi dalam sekelip mata sahaja.

"Awak marah dekat saya?" Banyak soal pula dia hari ni…

"Tak ada lah Cik Abang Chipsmore…" Aku memerlinya lagi…

"Hei… Janganlah macam ni! Awak merajuk erk???" Syamier mendugaku.

Aku hanya mendiamkan diri mengalihkan pandangan ku ke arah seorang pak cik yang berada tidak jauh dariku. Dari tadi aku merasakan ada mata yang asyik memerhatikan gerak geri ku. Mungkin hanya perasaanku sahaja. Pak cik itu hanya menjalankan tugasnya memelihara kebersihan persekitaran taman, itu sahaja.

"Hmmm… Awak nak aiskrim?" Syamier cuba mengambil hatiku.

"Pagi-pagi lagi awak nak bodek saya dengan aiskrim?" Pertanyaanku tidak disambut Syamier apabila dia terlebih dahulu berlari mendapatkan penjual aiskrim bermotor itu.


"Awak! Nah Aiskrim…" Aku menoleh ke belakang apabila mendengar Syamier memanggilku.

"Apa awak nak lagi?" Soal ku terkejut dengan kehadiran Farish. Aku fikirkan tadi Syamier yang datang.

"Saya nak minta maaf dari awak…" Ujar Farish sambil menghulurkan aiskrim yang sedari tadi dipegangnya.

"Saya maafkan awak tapi sekarang tolong jangan ganggu saya lagi!" Aku terus berlalu pergi mencari Syamier yang hilang entah ke mana.

"Awak nak pergi mana?" Farish ni tak reti bahasa agaknya? Aku dah cakap jangan ganggu aku, apa lagi lah yang dia nak agaknya.

Gagal menjejaki Syamier, aku pulang sahaja ke rumah. Niatku untuk menghilangkan tekanan hanya menambahkan lagi tekanan yang sedia ada.


Pagi itu, aku merasa amat malas untuk menghadiri kuliah. Sofea awal-awal lagi sudah berada di hadapan rumah untuk menjemputku.

"Kau marah lagi ke dengan aku?" Pertanyaan Sofea menghentikan lamunanku.

"Tak adalah! Cuma, aku tak faham kenapa kau sampai hati cakap macam tu?" Aku meluahkan kekesalanku.

"Aku minta maaf ok?" Sofea masih ragu-ragu dengan ku.

"Yelah cik Sofea oit! Aku maafkan kau…" Jawabku lagi bagi meyakinkan Sofea. Seraya itu, gelak tawa ku dan Sofea berderai. Akhirnya, hubungan kami yang tegang kembali pulih.


"Awak! Saya betul-betul minta maaf pasal semalam…" Farish memohon kemaafan sekali lagi. Aku sendiri kurang pasti sudah berapa kali dia memohon maaf.

Aku hanya mengalihkan pandangan ke arah Sofea. Sofea hanya membuat muka tak ada perasaannya.

"Aku dah maafkan kau. Berapa kali lagi aku nak cakap?" Aku rimas betul! Pagi-pagi ni, ramai pula nak minta maaf. Aku dah cakap aku maafkan tu, sudahlah! Aku terus berlalu meninggalkan Farish.


Selesai kuliah, Sofea mengajakku makan-makan sebelum menghantarku pulang. Syamier pun tak muncul-muncul, kali ni aku bersetuju. Tambahan pula, hubungan aku dan Sofea baru pulih.

Yang menyengalkan lagi, mamat gedik ni ada juga… Entah kenapa, aku pantang betul tengok muka Farish. Pasti hatiku kurang senang.

"Hmmm… Sofea! Aku tunggu kau dekat kereta?" Aku meminta diri setelah seleraku terbantut mengadap Farish.

"Takkan dah habis makan kot??? Tak luak pun kau makan tu???" Soal Sofea kurang percaya.

"Tak ada selera. Kau makan lah dulu, aku tunggu dekat dalam kereta…" Sofea tanpa banyak tanya menghulurkan kunci keretanya. Perutnya haruslah diisikan dahulu. Sudahlah makan menghadap Zikrienya, pasti berjam-jam lamanya.


"Awak!" Jerit Farish dari jauh! Apa lagilah mamat ni nak??? Aku mempercepatkan langkahku. Malas melayan karenah Farish.

Farish pantas menyentap tanganku.

"Awak nak apa lagi???" Kesabaranku benar-benar terhakis. Geram dengan sikap Farish yang tak henti-henti menganggu ketenteraman hidupku.

Benci menanti jawapan yang tak keluar-keluar dari mulut Farish, aku beredar
posted by Penulisan2u @ 4:50 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
5 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group