Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Setelah 6 bulan selepas perpisahan Alia dengan Syazwan, Alia telah diperkenalkan dengan seorang lelaki, Imran, yang merupakan teman kepada rakan sekolejnya. Mereka membuat janji untuk bertemu di Midvalley untuk saling mengenali dengan lebih dekat lagi. Alia bertemu Imran bersama Marisa dan Syaza, memandangkan ini kali pertama Alia bertemu dengannya. Bukan apa, untuk mengelakkan dirinya dari rasa canggung untuk berhadapan dengan Imran.
Imran, seorang yang mudah mesra, sangat penyayang dan sangat caring terhadap Alia walaupun mereka hanya berkawan, dan Alia sendiri tidak pernah memberikan sebarang harapan kepadanya. Rupanya yang kacak, tubuh badan dan ketinggiannya yang ala-ala pelakon Bollywood, Saif Ali Khan itu membuatkan Alia tertarik untuk memandangnya. Namun begitu, renungan tajamnya pada Alia mematikan hasratnya untuk mengamatinya lebih lama. ‘Malu lah kena tenung macam tu’. Bisik Alia di dalam hati.
"Hai Lia. Dah lama sampai ke?" Imran menegur Alia ketika berada di hadapannya. "Hai, tak lama pun. Baru je. So, apa kita nak buat hari ni? Nak pergi mana ye?" soal Alia semata-mata untuk menghilangkan keresahan dalam hatinya. "Emm, kita tengok wayang nak tak? Saya teringin nak tengok cerita Ratatouille tu. Mesti kelakar. Awak tak kisah ke kita tengok cerita tu?" Cadang Imran. "Emm, saya tak kisah. Apa-apa pun boleh, layaan.." kata Alia sambil meniru aksi Fara Fauzana, dj radio kegemarannya.
Hari yang bersejarah buat Alia kerana buat pertama kalinya, dia menonton wayang bersama jejaka yang baru 2 bulan dikenalinya. Walaupun begitu, Alia rasa selesa menonton bersamanya. Alia tidak ada rasa kekok pun untuk berhadapan dengan Imran setelah selesai menonton dan makan bersamanya. Orang kata, kalau jumpa buat kali pertama, pasti ada perasaan malu dan segan untuk berbual, makan bersama dan sebagainya. Namun, perasaan itu tiada pada Alia. Malahan, Imran yang kelihatan sedikit canggung di hadapannya. ‘Mungkin saja memang dia seorang yang pemalu’, bisik Alia di dalam hati.
Mereka berpisah di stesen komuter memandangkan arah perjalanan yang berlainan. Imran terpaksa ke KL Sentral kerana motosikalnya ditinggalkan di sana sebelum dia menaiki tren ke Midvalley. Alia pula menaiki tren menuju ke Seremban. Namun, sebelum berpisah, Imran membisikkan sesuatu di telinga Alia yang mampu membuatkan Alia jadi tidak menentu.
"Awak nampak lebih cantik kat luar daripada dalam gambar hari tu." Ucap Imran. "Terima kasih. Tapi saya rasa biasa je. Janganlah awak memuji untuk mengambil hati saya." Jawab Alia malu. "Emm, Alia. Saya ikhlas tentang apa yang saya cakap ni. Mata saya tak menipu. Apa pun, I’ve had a great time with you, my dear.."
Serentak itu, Imran berlalu meninggalkan Alia menuju ke seberang stesen untuk ke KL Sentral. Alia hanya mampu memandang dengan pandangan yang dirasakan cukup pelik di mata orang lain. ‘Malu!! Mananya tidak, aku fikirkan dia yang malu untuk berdepan dengan aku, tapi nampaknya dia lebih bijak mengawal perasaan’. Ujar Alia sendirian.
Di dalam tren, Alia masih lagi memikirkan sikap dan kata-kata Imran sebentar tadi sehingga tanpa sedar, dia terduduk di sebelah seorang jejaka yang berpakaian santai, jeans dan t-shirt lengan pendek. Alia hanya tersedar apabila jejaka itu terjerit kecil kerana Alia telah terpijak kakinya secara tak sengaja.
"Ouch.." jerit jejaka itu. "Opss, sori. Sakit ke? Sori, saya tak perasan. Betul-betul tak perasan." Ujar Alia memohon maaf. "Emm, takpela. Dah terpijak, nak buat macam mana. Nasib baik awak tak pakai kasut tumit tinggi. Kalau tak, lagi kuat saya menjerit tadi." Jawab jejaka itu. Wow! Senyuman yang sangat menawan. ‘Ish, apa lah aku ni. Ke situ pulak terfikir. Sempat lagi’. Gumam Alia dalam hati.
"Anyway, saya Amir. Amir Aizat. Awak?" jejaka itu memulakan perkenalan. "Emm, saya Alia. Nur Alia. Awak nak pergi mana ni?" jawab Alia berbahasa. "Saya nak ke Seremban. Ada kerja sikit. Awak nak pergi mana ni? Sorang je ke?" tanya Amir. "Emm, saya nak balik Nilai. Taklah, ada lagi 2 orang kawan saya. Tu ha, kat hujung sana tu." Ujar Alia sambil menunjukkan teman-temannya, Marisa dan Syaza yang berada di hujung koc yang mereka naiki. "Oh, ok. Ingatkan awak sorang. Baru nak temankan." Ketawanya yang bersahaja itu menarik perhatianku. Terserlah lesung pipitnya yang dalam. "Emm, takpela. Terima kasih je. Kawan-kawan saya ada." Jawab Alia bersahaja. Sepanjang perjalanan, mereka hanya mendiamkan diri dan melayan perasaan masing-masing. Sampai di Stesen UKM, Amir Aizat menegur Alia.
"Alia, boleh saya mintak nombor telefon awak? Emm, mana la tau kalau tiba-tiba kaki saya sakit sebab awak pijak tadi, boleh saya mintak ganti rugi dari awak". Ujar Amir sambil tersenyum. "Emm, awak nak nombor telefon saya? Untuk apa?" tanya Alia, pelik. "Ala, Alia ni. Saya bukan nak jual la. Jangan risau. Tak salah rasanya kalau saya nak berkawan dengan Alia kan?" jawab Amir pula. "Emm, ok. Ambil ni. Jangan jual ye. Dan jangan hilangkan pulak." Alia menyerahkan nombor telefonnya yang ditulis di atas sekeping kertas kepada Amir Aizat. "Ok, thanks. Jangan risau ok.. malam nanti, I’ll call you." Janji Amir kepada Alia. Alia hanya mampu tersenyum mendengarkan kata-katanya. Bukan mengharap, tetapi dia sendiri tidak pasti apa namanya perasaan yang ada sekarang ini.
Dalam perjalanan, Alia masih lagi memikirkan kata-kata dan tingkah laku Imran sewaktu mereka hendak berpisah untuk pulang ke tempat masing-masing tadi. Masih terngiang-ngiang di telinga Alia kata-kata pujian Imran yang sedikit mengusik perasaannya. Maklumlah, orang dah lama tak bercinta. Dah tak biasa dengar kata-kata pujian macam tu. Masa bercinta dengan Syazwan pun, boleh dikira dengan jari, berapa kali pujian yang diberikan kepada Alia. Syazwan memang seorang yang tidak suka memuji. Namun, Alia tetap bahagia dengan dia. ‘Ish, kenapa pulak aku ingat kat dia ni.’ Desis Alia di dalam hati.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan