Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Serpihan kayu bersepah umpama kaca yang pecah. Kepingan papan yang hancur sedikit masih melihatkan rupa bentuknya. Tali yang diperbuat daripada ekor kuda terjurai di sekeliling serpihan. Ukiran halus yang dibuat di Paris tercalar sana sini.
Orang ramai berhimpun di sekeliling benda yang terjatuh itu. Cello yang jatuh itu hampir mengenai seorang kanak – kanak tetapi sempat diselamatkan oleh Akito. Akito tunduk mengutip cello itu. Utsumi yang berada di halaman auditorium turut membantu.
Azusa terduduk. Dia melihat kelibat lelaki dan juga cellonya yang terhempas dari atas. Badannya yang lemah dibiarkan saja rebah di lantai mozek yang sejuk tetapi sempat dipangku oleh Sakima sensei. Sakima sensei memimpin Azusa untuk berdiri.Kanagi, Hatori dan Mizuki menarik 2 orang lelaki turun tangga. Ray sudah berlalu pergi ke dewan.
" Azu – chan, awak tak apa – apa? " tanya Sakima sensei.
Azusa berasa terlalu lemah untuk bergerak. Mindanya bagai dikawal oleh satu kuasa asing. Kepalanya berat seakan – akan ada batu besar di dalamnya. Matanya kabur. Mukanya kemerah – merahan. Tangannya menggigil, menahan kemarahan.
‘ Selepas ini persembahan Aki dan seterusnya aku tetapi…. ‘ Matanya dipejam rapat. Dadanya sebak menahan tangisan. Hayate tersengih – sengih melihat keadaan Azusa. Lelaki yang sudah agak tua di sebelahnya hanya berdiam diri.
" Sekarang ini persembahan Aki… " kata Hayate.
" Selepas itu, giliran kamu..! " gertak Hayate lagi.
Tiba – tiba Azusa bangun. Dalam keadaan terhuyung – hayang, dia menghampiri Hayate dan menumbuknya. Namun tumbukan Azusa amat lemah ekoran badannya juga lemah. Tidak cukup dengan satu tumbukan, dia menampar Hayate dan mencakar muka Hayate. Hayate tampak berang. Lelaki tua itu masih berdiam diri.
Akito dan Utsumi tiba dengan serpihan cello terpilu. Azusa menghampiri mereka dan mengambil satu serpihan cello yang tajam lalu cuba menikam Hayate.
Kanagi segera menahan Azusa. Sakima sensei cuba merampas serpihan cello itu. Akito segera menyerahkan serpihan cello kepada Ray lalu mendapatkan Azusa. Dipeluknya Azusa supaya dia tenang. Azusa meronta – ronta minta dilepaskan tetapi Akito memeluknya kuat hingga menyebabkan kedua mereka jatuh terduduk. Azusa berhenti meronta dan Akito mengusap kepala Azusa. Lembut.
" Azusa – chan, menangis sajalah. Saya tahu…kamu menghadapi saat yang amat sukar. Teramat sukar. Azusa – chan, kamu masih ingat pada perjuangan Meister Ryo Hakuji, pemilik asal Cello Terpilu? Dia juga menghadapi saat yang sukar. Apa yang penting, kita tidak boleh berputus asa meskipun ia sudah terlambat. " kata Akito. Tangannya mengusap – usap kepala Azusa. Azusa masih lagi dalam pangkuannya, menangis teresak – esak.
" Cik muda Hinohara… "
Mereka menoleh ke arah lelaki itu. Akito memandang tepat ke arah lelaki itu. Lelaki itu kelihatan seperti berusia 46 – 49. Pandangan mata Akito amat tajam. Ah, darah muda memang mudah panas!
" Maafkan kami kerana berbohong. Sebenarnya itu bukan cello cik muda Hinohara tetapi ia cello yang palsu. "kata lelaki itu.
" Baka o jii san! " tengking Hayate.
" Maafkan pak cik, tuan muda Hayate. Pak cik tak sanggup melihat perjuangan cik muda Hinohara putus akibat pak cik. Biarkan dia berjuang… " Lelaki itu tunduk.
" BAKA!! Kau patut dengar arahan aku! Bukan arahan kau! " tengking Hayate. Kakinya dihentak kuat. Tangannya digenggam kemas. Tetapi Hayate tidak dapat bertindak lebih kerana Hatori menahan tangannya. Hatori juga tidak kurang hebatnya dalam pertahanan diri.
‘ Gandingan hebat antara Fuyumi Aki dan harpnya amat menarik! Sekarang dijemput pula saudari Azusa Hinohara untuk tampil ke pentas. ‘
Azusa menarik – narik tali leher Akito. Akito tunduk memandang Azusa. Tangannya masih mengusap kepala Azusa. Lagaknya tidak ubah seperti seorang abang yang penyayang. Azusa memberi isyarat tentang cellonya.
" Cik muda Hinohara, cello itu ada di luar auditorium. Saya tak tahu di mana tuan Hayate menyimpan cello itu. "kata lelaki itu lagi.
Azusa mula bersemangat. Kepalanya terasa ringan sedikit. Sakima sensei memulakan rancangan dengan pantas. Dia mengarahkan semua orang buat kerja untuk bantu Azusa. Hatori, Sakima sensei dan Ray pergi menghantar Hayate dan lelaki itu kepada pihak polis. Akito dan Utsumi senpai harus membawa Azusa ke dewan secepat mungkin. Mizuki dan Kanagi harus mencari cello itu di halaman auditorium. Toshiki pula harus menyimpan serpihan itu di dewan sebagai bukti.
Semua orang mula menjalankan kerja masing – masing. Masa yang ada benar – benar singkat. Toshiki diam sepanjang jalan. Bukan kerana dia berseorangan atau mengantuk tetapi kerana dia memikirkan tentang kata – kata Azusa.
Toshiki menawarkan kepada Azusa untuk meminjamkan cellonya kepada Azusa. Tetapi Azusa menggeleng. Toshiki tetap berkeras untuk membantu Azusa namun Azusa tetap dengan jawapannya.
" Kenapa kamu nak susahkan diri kamu? Bukankah sama saja kalau guna cello yang lain? " kata Toshiki. Agak menekan suaranya.
Azusa memberi isyarat cellonya istimewa. Itulah cello yang paling disayanginya. Dia takut cellonya rosak mahupun calar. Lagipun cello itu ialah ‘ suaranya ‘. Dia mahu orang mengenali dia bukan kerana dia tetapi cellonya yang pernah berjasa kepadamya dan tuan sebelumnya.
Toshiki berhenti berjalan. Dia faham perasaan Azusa. Namun alasan yang diberi oleh Azusa masih tidak dapat diterimanya bulat – bulat. Mungkin satu hari nanti ada jawapannya.
‘ Minta maaf para hadirin sekalian. Saudari Azusa Hinohara akan dibubarkan daripada pertandingan ini kerana dia memperlekehkan pertandingan untuk kelewatannya. Maka saudari Arisa Hinohara, peserta yang memperolehi markah tertinggi, akan menggantikan Azusa Hinohara dengan lagu Life is Like a Boat. ‘
Azusa terjelepok jatuh. Pandangannya menjadi kelam. Kepalanya terasa ditekan – tekan. Mukanya pucat. Badannya lemah. Segala isi hati yang dia dengar selama ini bergema dalam mindanya.
‘ Sampai hati Arisa! Sudahlah ambil giliran aku kemudian ambil lagu pertama aku! BAKA!!! ‘
Jeritan Akito dan Utsumi senpai didengarnya sayup saja. Matanya perlahan – lahan ditutup rapat. Azusa benar – benar putus asa. Tiada makna dia hidup lagi. Harapannya hancur. Biarlah dia mati sekarang….
Eh?
Lelaki itu lagi..!
Tetapi kali ini, wajah lelaki itu tampak lebih jelas. Dia memiliki paras rupa yang kacak. Pemakaiannya biasa tetapi menarik. Dia merenung Azusa sambil tersenyum. Bayangan lelaki itu hilang apabila badannya terasa digoncang dan matanya dibuka perlahan.
Apabila dia membuka matanya, Azusa dapati dia berada di hadapan meja solek. Sedikitpun Azusa tidak pandang cermin di hadapannya. Dia masih memakai gaun hitam yang elegan itu. Seorang gadis jelita berada di sisinya sambil tersenyum.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best cite ni.........
cepat2 sambung ek....
saya suka sgt....
terutama cara akito layan azusa.........
teruskan berkarya....
gud luck....