Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kata orang cinta itu membahagiakan,tapi cinta juga membuat ramai jiwa yang merana. Teringat ku kepada kisah semalam yang mengulit jiwa dan menyentuh hati. Lyn, aku cinta padamu setulus hatiku dan tiada orang lain yang mampu mengantikan tempatmu dalam hatiku. Itulah kata-kata yang pernah diluahkan seorang jejaka padaku suatu masa dahulu. Ketika itu aku merasakan hidupku terlalu sempurna hingga aku mengenepikan orang lain dalam hidupku. Tapi kini segala itu telah berlalu. Kata-katanya hanya dusta belaka dan terlalu perit untuk diungkapkan. "Lyn, kau buat apa tu?Termenung memanjang dari tadi aku tengok.", laungan Ena membuat ku tersentak dari lamunuan."Tak ada apa-apa.Lyn Cuma teringat pada keluarga dikampung tadi,"balas ku dengan wajah selamba. Ya ke?, entah-entah ingat pada pakwe kot!.Jerit Ena saja mengusik ku. Engkau ni kan tak ada kerja lain ke?,bentakku. Ena menunjukkan reaksi terkejut. Akibat tersedar bahawa percakapannya menyentuh jiwaku maka Ena cepat-cepat memohon maaf. Apabila melihat reaksi teman baik ku itu aku jadi serba salah. Maafkan Lyn ye, saya tak sengaja. Bukannya Na tak tahu yang saya paling tak suka bila dibabitkan berkenaan perkara mengenai cinta ni. Hati saya dah tak ada lagi dan telah tertutup untuk mana-mana lelaki. Kawan baik ku itu cuma mampu mengangguk kepala tanda memahami. Entahlah,mengapa aku terlalu beremosi. Ena teman baikku, teman sebilik ku dan juga teman sekuliahku. Setiap saat masa ku habiskan bersamanya. Aku dan Ena sama-sama menuntut ilmu dimenara gading dan datang dengan harapan yang mengunung didada. Hari itu, aku dan Ena menghadiri kuliah seperti biasa. Tiba-tiba dalam keadaan terburu-buru masuk ke dewan kuliah aku telah terlanggar seseorang. Dadaku terasa sesak dan aku tidak dapat mengimbangi tubuhku. Namun mujur tangan sasa itu sempat mengimbang tubuhnya dan memaut pinggang ku. Dada ku terasa berdebar-debar dan tak pernah ku rasakan debaran seperti itu. Wajah ku tiba-tiba pucat, aku merasa sangat terkejut dengan apa yang ku lihat. Ku leraikan pautan lengannya pada pinggang dan terus meminta maaf."Maafkan saya, saya tak sengaja, kataku tanpa memandang ke wajahnya. Perasaan malu menebal di dada, namun perasaan itu tidak setebal dan sesakit hatiku. Setelah mengucapkan kata-kata maaf, aku terus mengajak Ena beredar dari tempat tersebut. Wajah itu mengingat kan ku pada luka lama dan wajah itu jugalah yang pernah membina tembok dalam hatiku. Jay, kenapa kau muncul dalam hidupku setelah hati ku kau lukai. Semakin ku usir bayangan mu keluar dari hidupku namun makin kuat namamu dalam ingatan. Luka lama ku berdarah kembali. Kehadiranmu membuka luka lama dan tragedi yang ku cuba lupakan dan lupuskan dari hidupku. Teringat ku kembali pada peristiwa 4 tahun lalu. Ketika itu aku terlalu menyayangi mu, segala kata-kata mu ku percayai sepenuhnya. Tiada sekelumit pun rasa sangsi dan curigaku bermukim dihati. Setiap detik kita habiskan bersama mengharungi suka dan duka. Namun cinta itu buta sehingga aku membutakan mataku jua untuk mengenepikan pelajaran, kawan-kawan dan segalanya. Aku jadi insan yang lupa seketika pada kehadiran insan lain dalam hidupku. Semakin hari keputusan peperiksaan ku merosot dan aku yang dulunya seorang pelajar yang aktif mula menyepikan diriku. Akibat susulan perbuatan ku yang terlalu asyik dan hanyut terlalu jauh bersama cintamu, keputusan peperiksaan ku cukup tidak memuaskan. Ketika itulah engkau meninggalkanku saat ku terlalu memerlukan mu. Aku umpama menerima nasib "sudah jatuh ditimpa tangga". Engkau tidak menghubungi ku lagi, aku jadi tidak keruan. Hidupku menjadi serba tak kena, tertekan dan terlalu memeritkan. Teman-teman ku tiada disisi saat aku memerlukan sokongan dan dorongan. Namun apa yang paling memeritkan aku jadi resah memikirkan perubahan sikap mu. Engkau bukan Jay yang aku kenal dulu, terlalu jauh bezanya. Pangggilan telefon ku tiada satu yang pernah kau jawab. Kau seolah-olah menyingkirkan aku jauh dari hidupmu. Hati terlalu perit ketika itu, memikirkan apa kesalahan yang pernah aku lakukan sehingga hubungan kita menjadi renggang. Tuhan itu Maha Adil dan Maha Mengetahui, aku diberikan petunjuk setelah menangis terlalu lama dan jiwaku terseksa.1 Januari itulah yang merungkaikan segala persoalan. Aku menghubungi mu lagi dan ketika itu engkau menjawab segala panggilanku. Hello, Jay. Lyn ni, kenapa Jay tak pernah jawab panggilan Lyn? Apa salah saya Jay, kataku dalam tangis. Satu persatu soalan ku lontarkan, sehingga hatiku menjadi lebih tenang. Lyn, Jay nak minta maaf dari hujung kaki hingga ke hujung rambut, Maafkan Jay,jika kata-kata Jay bisa melukakan hati Lyn.Terus terang Jay katakan hati Jay bukan untuk Lyn lagi." Ketika itu ku rasakan dunia telah berakhir. Kata-kata Jay, insan yang ku terlalu sayang dan harapkan benar-benar menguris hatiku. Demi ego yang bermukim di hati ku teruskan jua kata-kataku. Jay,Lyn ucapkan tahniah kerana Jay telah melukakan hati Lyn dan tahniah kerana telah memiliki insan lain selain Lyn. Itulah kata-kata akhir yang sempat ku luahkan disaat akhir ku menghubunginya. Namun jauh disudut hati masih tersimpan hasrat sebuah penantian. Aku mengharapkannya kembali dalam hidupku dan biarlah segala yang berlaku itu hanyalah mimpi ngeri. Harapan ku itu rupa-rupanya hanyalah mimpi indah semata yang tak mungkin menjadi realiti. Hari demi hari berlalu dan bulan berganti bulan silih berganti. Suatu hari, aku menerima khabar dari teman mengatakan bahawa engkau bakal melangsungkan perkahwinan pada keesokan harinya. Dunia ku rasa telah berakhir dan hati ku hancur dan pecah berderai bak kaca. Ku sedar itulah hendaknya, nekad meninggalkanku. Aku redha dan cuba belajar untuk menerima hakikat. Alangkah menyakitkan erti cinta itu, membuat manusia terluka dan berharap untuk tidak ingin merasa nikmat cinta itu kembali. Peristiwa itu jugalah yang mendorong dan menjadi ransangan untuk aku sampai ketahap yang tidak pernah ku harapkan ini. Tahun ini merupakan tahun akhirku sebagai seorang mahasiswa yang akan bakal bergelar pendidikan dan arkitek minda anak bangsaku. Kini ku berpegang pada prinsip bahawa cinta bukanlah untuk melemahkan, namun untuk menguatkan dan cinta bukanlah untuk ditangisi kesakitannya namun disyukuri keindahan dan hikmahnya. Ia mengajar kita untuk berdikari dan menjadi insan yang lebih matang. Sesungguhnya pengalaman itu adalah guru paling berharga dalam hidup setiap insan. Semenjak pertemuan itulah, Jay sentiasa menghubungiku. Hidupku sentiasa tidak tenteram umpama lautan yang sentiasa bergelora. Aku jadi serba salah, namun bukan senang bagiku untuk ku memaafkan kesilapan dan luka yang pernah kau toreh. Setiap perbuatan mu itu menjadi azimat dalam hidupku. Kadang-kadang rasa sayang ku mengatasi segala kebenciaan. Aku jadi tak mengerti tentang hidup ini. Semakin ku cuba untuk membenci dan melupakan mu, semakin dalam rasa sayang itu dan semakin tebal ingatan ku terhadapmu.
2
“ Lyn, kau tahu tak semalam Jay telefon aku..?Dia cakap nak jumpa kau malam ni di tepi pantai. Jadi dia suruhlah aku pujuk kau supaya kau setuju. Jadi, camana? Kau setuju tak. Dia cakap perkara ni penting.”Entahlah Na, aku pun tak tau nak jawab apa. Nantilah aku bagitau kau. Rasa malas pun ada, lagipun aku dah tak nak tengok muka Jay lagi. Kehadiran Jay kembali dalam hidup umpama membuka luka lama. Aku tak sanggup untuk terluka kali kedua.”Entahlah, mengapa hidupku penuh dengan dugaan. Ketikaku asyik termenung panjang, tiba-tiba telefon bimbit ku mendendang lagu DEALOVA. Hello, Lyn, Jay ni..boleh tak Lyn jumpa Jay sekejap. Ada sesuatu yang Jay ingin beritahu. Tolonglah, Jay rayu. Lepas ni Jay tak akan ganggu Lyn lagi. Itulah bicara Jay. Oklah, Lyn sudi. Tapi tak boleh lama, Lyn banyak kerja ni.
Sebagaimana yang telah dijanjikan ku menanti Jay di tempat yang dijanjikan. Bersaksikan pantai dan laut yang menderu umpama mengerti hatiku.Sebisa mana luka ku namun sayang itu tetap ada.Eheem...Lyn teringatkan siapa ni? Terserentak ku dari lamunan. Rupa-rupanya insan yang ku tunggu telah sampai. Jay lama dah sampai ke? Maaf Lyn tak sedar tadi. Jantung ku berdegup kencang. Sesungguhnya tak dapat ku nafikan bahawa hanya Jay yang mampu membuat hidup seolah tidak keruan.. Lyn, maafkan Jay kerana melukakan hati Lyn dahulu. Jay tahu Jay, andai kata Lyn ingin membenci Jay seumur Lyn, Jay tak kisah. Aku jadi terpana seketika. Tanpa ku sedar air mata ku mengalir laju. Kata-kata Jay seolah-olah membuat ku teringat pada peristiwa yang terlalu pahit dalam hidupku itu. Luka lama ku seolah-olah berdarah semula. Lyn, maafkan Jay kerana membuat Lyn terluka begini. Tangan kasar Jay menyentuh lembut pipi ku. Ketika itu aku terlupa seketika pada luka semalam. Sesungguhnya aku merindui dirinya walaupun mulut ku mengatakan benci. Erat ku dalam dakapannya melepaskan segala rindu dan perasaan yang ada. Setelah hati ku mula lega, cepat-cepat aku meleraikan pelukan ku pada badannya. Aku jadi malu dan tiba-tiba perasaan benci itu datang kembali. Aku jadi benci pada diri sendiri, betapa lemahnya aku di depan Jay. Hari itu aku muntahkan segala apa yang ada pada hatiku dan segala apa yang aku rasa. Jay……tahu tak bila Jay buat Lyn seperti ini, Lyn rasa seolah-olah tak berguna langsung. Jay pergi tanpa alasan. Ketika Lyn menghadapi saat-saat sukar dalam hidup Lyn mujur teman-teman dan keluarga ada disamping Lyn. Ketika itu seoalah-olah Jay hanya ingin mempermainkan Lyn. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Keluarga Lyn jadi malu. Apatah lagi diri ini. Ketika itu kemana hilangnya Jay yang mencintai Lyn sepenuh hati dan pernah berjanji walau apapun terjadi Jay takkan tinggalkan Lyn. Namun yang berlaku adalah sebaliknya. Impian kita berkecai sekelip mata. Lyn, maafkan Jay. Jay mengaku Jay yang salah. Jay memungkiri janji kita. Jay tak tahu mengapa, ketika itu Jay tiba-tiba membenci Lyn, kata Jay padaku.Tapi Jay sendiri yang memilih takdir hidup Jay sebegini. Jay yang memilih untuk berkahwin, maka takdir itu Jay dah tentukan sendiri. Bagi Lyn takdir itu ditentukan kita sendiri. Kita yang memilih tetapi Tuhan telah memberi kita pilihan, kataku pada Jay. Buat seketika aku menangis meluahkan segala rasa yang aku ada. Sementara itu juga bahu Jay kujadikan sandaran tempat aku menangis meluahkan segala rasa. Jay, Lyn tak nak menangis lagi, kerana walau keluar air mata darah sekalipun semua itu takkan berubah. Jay tetap telah menjadi milik orang dan telah bergelar bapa. Kebahagiaan hidup Jay nyata didepan mata. Biarlah Lyn terus begini, lagipun Lyn mampu menghadapi segalanya.Lyn tak nak kerana Lyn, kebahagiaan rumahtangga Jay terganggu. Biarlah Tuhan yang menentukan segalanya, kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Biarlah Lyn pahatkan kenangan kita sebagai memori indah yang tak akan Lyn lupakan seumur hidup. Sesungguhnya pengalaman itu adalah guru paling berharga.
3 Semenjak peristiwa itu aku lalui hidup dengan lebih tenang, tabah dan sabar. Aku percaya segala yang berlaku ada hikmahnya. Bertahun peristiwa itu berlaku, namun aku tetap seperti dulu. Lyn yang ceria hidupnya walaupun dalam hatiku terselit seribu satu cerita. “Selamat pagi semua. Apakhabar hari ini? Cikgu harap semua sihat-sihat belaka. Sebelum cikgu mulakan kelas, hari ini cikgu nak kenalkan kepada pelajar-pelajar semua pelajar baru kelas ini iaitu Daren Lo. Baiklah cikgu harap pelajar-pelajar semua memberikan kerjasama dan tunjuk ajar yang sebaiknya kepada pelajar baru ini.”Kita akan mulakan kelas seperti biasa. Sebagaimana hari-hari biasa hari itu juga berjalan dengan lancarnya. Namun satu yang menganggu fikiranku, iaitu pelajar baru. Namanya seperti pernah ku dengar. “Hoi...cepat keluar.Tengok apa yang awak dah buat pada kereta saya. Tak ada mata ke? Perempuan bodoh, dasar perempuan tak habis berangan.”Aku terkejut seketika.Tampannya, aku jadi terpana seketika.\"Maafkan saya encik, saya tak sengaja. Tadi saya tak perasan kereta encik ada di depan.”kataku dalam keadaan mengelabah.\"Hei, perempuan tengok apa awak dah buat pada kereta teman lelaki saya. Hancur.”Aku jadi berang.\"Aku dah letih-letih minta maaf tapi perempuan ni siap kutuk aku lagi.Sabar Lyn.”aku berkata dalam hati.\"Cik, saya tak buta lagi, saya dah minta maaf pun. Nah ini wang ganti ruginya. Saya tak sengaja tadi. Lagipun saya ni belum gila lagi nak langgar kereta orang sesuka hati. Jadi kawal sikit mulut cik, jangan sesuka hati nak marah orang.”Kata ku tanpa menoleh lagi. Jejaka tadi tetap dengan gaya berlagaknya. Dasar orang kaya sombong,bentak ku dalam hati. Hari itu aku pulang dengan rasa sebal didada. “Na, engkau nak tau tak tadi aku punyalah geramnya.Aku terlanggar kereta orang, tapi aku tak sengaja pun. Tiba-tiba makwe dia dengan muka selambanya sesuka hati mak bapak dia maki hamun aku. Aku apalah lagi, dah aku minta maaf dia tak nak terima. Jadi aku bagi je ayat aku yang sinis lagi tragis tu. He...he..! Biar dia rasa. Apa dia fikir pakwe dia yang kaya dia berlagak pula. Tapi kan Na, pakwe tu punyalah handsomenya. Rasa macam aku pula yang jatuh cinta. He...he.”,ujar ku pada Ena.La........engkau tu Lyn bukannya tak ada orang yang nak tapi engkau tu je yang jual mahal. He..he...prince charming mana yang engkau nak tunggu lagi ni?, usik Ena pada ku.Dah...dah.jangan pula nak lebih. Engkau dah masak nasi tak? Aku laparlah ni. Hari ni kan giliran engkau. Masak sedap-sedap ye. Nanti bila engkau dah kahwin mesti suami kau sayang giler kat kau.He..he..!, sakat ku.
Bermula saat itu hari-hari yang ku lalui sentiasa ceria. Aku jadi lupa seketika pada duka yang lama. Hari ini genap setahun aku bergelar pendidik. Pagi itu aku balik dari sekolah seperti biasa. Memandu kereta biru kesayangan ku.Banyak tugasan yang perlu aku selesaikan, tambahan pula tidak lama lagi peperiksaan akhir tahun menjelang tiba. Kerinduan ku pada kampung halaman membuak-buak. Teringat pada karenah adik-adik yang menyerikan hari-hariku, pada burung yang berkicau indah di angkasa, dan angin yang berhembus indah yang mengasyikkan dan menyegarkan minda yang kusam. Dum....dum......pandangan ku jadi berpinar. Dunia ku rasakan gelap. “Aduh........sakitnya. Saya dimana ni?Awak siapa?Apa terjadi pada saya?,dalam tangis aku bertanya. Aku jadi bingung. Rasanya seolah pemuda tersebut aku kenal dan pernah lihat wajahnya.Saya tolong awak picitkan kepala tu. Sakit di bahagian mana? Saya rasa lebih baik awak berehat di sini dahulu saya takkan apa-apakan awak.Jarinya terasa menjalar di dahiku. Walaupun tidak rela aku membiarkan sahaja kerana kepala ku terasa lega dengan sentuhannya. Tanpa ku sedari aku tertidur semula.Doktor bagaimana keadaan kawan saya? Adakah kecederaannya agak serius?,Amir bertanya.Awak jangan risau kawan awak hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. Cuma dia perlu berehat. Mir, ada apa-apa ke? Aku tengok makwe engkau yang seorang ni jauh lebih cantik dan sopan dari si Amy tu.Oklah, aku pergi dulu ye.Apa-apa hal engkau beritahulah nanti. Aiman, aku tahulah engkau tu doktor, jadi janganlah perli aku. "Cantik juga perempuan ni ye. Rasa-rasanya aku pernah jumpa, tapi dimana? Terbayang kembali peristiwa minggu lalu.Inilah gadis yang langgar kereta kesayangan aku haritu. Tak pasal-pasal dia gaduh dengan Amy. "Bibek.! Bibek.Ya saya tuan,boleh saya bantu tuan?Ohya, Bibek saya nak keluar sekejab, jadi bibek tolong tengokkan dulu cik yang dalam bilik saya tu. Pastikan dia jangan balik dulu. Suruh dia tunggu saya. Lagipun dia belum sembuh lagi. “Sayang lama ke dah tunggu?Maaf, Aim lambat tadi, ada masalah sikit.Sayang nak apa hari ni?Tangan halus Amy memeluk erat lengan Aiman. Aiman tersenyum manja sambil memaut erat pinggan Amy. “Ala...Amy nak pergi shopping hari ni.Lagipun minggu depan Amy ada show di Sabah.Sayang temankan yer?Sayang Aim.”kata Amy sambil dengan selambanya mencium pipi kekasih hatinya.Kekasih yang di sayangi hanya pada hartanya. “Ok, demi sayang Aim sanggup buat apa saja. Tapi Aim tak suka sangatlah sayang selalu pakai baju seksi macam ni. Semua orang pandang. Aim jadi cemburu tau. Aim nak sayang janji lepas ni jangan selalu pakai macam ni yer?,”ujar Aiman. Kekasih hatinya itu hanya memandang kosong. “Jangan haraplah aku nak berubah. Lagipun memang dah pakaian aku macam ni. Leceh betul mamat ni.”Amy mengumam geram di hatinya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
macam best je..;
sambung cepat..