Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tengku Shaqila jungkit bahu. " Er … aku balik dululah. Aku ada kerja sikit," Tengku Shaqila segera mengemaskan barang-barangnya. " Aqila, minumlah dulu," pelawa Afiq. " Terima kasih. I’m fasting," " Puasa ganti ? Afiq mengusik. Merah padam muka Tengku Shaqila. " Hari ni hari khamis. Bukankah sunat kalau berpuasa hari ni ?" Muka Afiq merah. Menahan malu. " I’m sorry. I’m go first," Afiq angguk. Namun, hatinya berat sebenarnya untuk melepaskan Tengku Shaqila pergi. Tak tahu. Entah kenapa !
Bab 6 " Selamat pagi, cikgu," ucap pelajar-pelajar 5 Adil. " Selamat pagi. Kamu semua boleh duduk," " Hari ni, saya akan mengajar kamu bagaimana untuk membuat cerpen. Diakhir kelas nanti, saya nak kamu tulis satu kisah tentang pergorbanan ibu dan bapa saya. Kemudian, hantar dan letakkan diatas meja saya, esok," Wajah Tengku Shaqila berubah pucat serat-merta. " Baiklah, Raihana, ceritakan sikit pasal kedua-dua orang tua kamu," Raihana bangun. " Ibu saya bekerja sebagai kerani di kilang membuat sabun. Bapa saya cikgu di sekolah menengah. Walaupun, sibuk bekerja, mereka sentiasa mencurahkan kasih sayang dan perhatian kepada saya. Itu lebih daripada apa yang saya perlukan, cikgu,’ Afiq memandang wajah lesu Tengku Shaqila. "Baiklah. Afiq ? Kamu pula macammana ?" Afiq bangun. " Mak saya seoarang pereka langskap manakala ayah saya, ahli perniagaan. Mereka sibuk bekerja dua puluh empat jam tetapi sangat memberikan perhatian kepada saya," " Okey, pelajar terakhir, Aqila," Tengku Shaqila mengagahkan diri untuk berdiri. " Mak saya … ayah saya … dah meninggal cikgu. Rasanya, tak ada apa untuk diceritakan," Cikgu Ishak simpati. " Maaf. Saya tak tahu. Jadi, sekarang awak tinggal dengan siapa ?" " Dengan abang saya," " Oh, begitu ? Abang awak kerja apa ?" " Saya ada dua orang abang. Seorang programmer, dan seorang lagi penganalisa data," Apa ? Patutlah dia pandai computer ! Maknanya, dia bukannya orang miskin ! " Er.. kalau macam tu, awak boleh duduk," Pintu kelas diketuk. Encik Dahlan, budak pejabat sekolah memaklumkan sesuatu kepada Cikgu Ishak sebelum berdar ke kelas lain pula. " Saya minta maaf semua, pengetua memberi kebenaran untuk kamu semua pulang awal hari ini kerana ada semua guru ada taklimat penting pukul 1 nanti," " Tak mengapa, cikgu," Cikgu Ishak keluar. " Afiq, Aqila, Cikgu Farouk suruh korang ke biliknya sekarang," Aisyah memberitahu. Afiq dan Tengku Shaqila menurut sahaja. Mereka berjalan beriringan. " Aku ada sedikit fakta tambahan tentang powerpoint tu," ujar AFiq memecah kesepian diantara mereka. Tengku shaqila sekadar mengangguk. Tiada mood sebenarnya. " Kau datanglah rumah aku nanti," " Rumah kau kat mana ?" " Sebelah rumah kau ?" Afiq terkejut sakan. " Rumah usang tu, rumah aku. Kalau kau takut rumah aku tu roboh, tak perlulah datang. Kau just berikan data-data tu kepada aku. Pandai-pandailah aku nanti," " Er .. aku tak bermaksud macam tu,"entah kenapa, ayat itu terkeluar dari mulutnya. Tapi yang pasti, hatinya seperti menghalangnya dari berkasar dengan gadis itu. " Pergi kau dari sini ! Anak sial ! Sejak kau lahir, hingga umur kau 7 tahun, kau ni hanya membawa malang. Masa kau baru lahir, mak kau meninggal. Setiap tahun, anak-anak perempuan aku pula meninggal. Kau ni memang pembawa sial," " Papa, kenapa papa cakap macam ni kepada sayang ? Sayang tak bersalah !" Tengku Danish, waktu itu 17 tahun membantah. " Kau jangan fikir kau dah besar, Danish !!" " Betul apa yang Danish cakapkan itu, papa. Sayang tak bersalah. Semua ini adalah Qada dan Qada’," " Ah, papa tak peduli ! Wahid !! Kau pergi buang budak ni. Aku tak mahu tengok muka dia lagi," Tengku Shaqila menangis teresak-esak. Tengku Danish dan Tengku Danial memujuk adik kesayangan mereka itu. " Kalau papa tetap dengan keputusan papa, papa akan menyesal ! Kami pun akan pergi sekali," Tengku Danish dan Tengku Danial tegas. " Sekali kau melangkah keluar, satu sen pun harta papa kau tak dapat. Kau bukan anak aku lagi !!!," " Kami tak hairan dengan harta papa. Kami akan pergi. Terima kasih kerana sanggup membuang kami !!," " Aqila ? Aqila ?" Tengku Shaqila tersentak. " Kenapa awak asyik renung kertas ujian awak ? Tak percaya ?" Cikgu Farouk menyoal. Afiq mengeluh. Markahnya dan Tengku Shaqila sama sahaja. 99%. " Terima kasih, cikgu. Saya minta diri," Tengku Shaqila segera mengatur langkah pergi. Cikgu Farouk kehairanan. Syed Mohd Afiq segera mengejar Tengku Shaqila sehingga ke luar pintu pagar sekolah. " Aqila kenapa ni ?" Tengku Shaqila pengsan. Potato yang ternampak akan kejadian itu segera menghampiri Tengku Shaqila. Lantas, membawanya masuk ke dalam perut kereta. " Nanti dulu. Awak ni siapa ?" Afiq menyoal. " Awak ni bukan ke budak yang buli Tengku Shaqila hari tu ?" " Tengku Shaqila ?" " Ya, gadis inilah," " Ap ? Apa ?" " Awak nak tercegat kat sini saja ? Tolonglah bukakan pintu ini untuk saya. Saya nak letak Tengku kat dalam," Afiq menurut saja. " Naiklah, cepat," Banyaknya rahsia perempuan ni ! " Eh, kenapa nak balik rumah ? Kenapa tak dihantarnya ke hospital ?" Potato sekadar senyum. Segera dia meluru keluar sebaik sahaja tiba dikediaman majikannya itu. " Tomato, panggilkan Dr Manggis," Potato menjerit seraya meletakkan Tengku Shaqila didalam biliknya. " Awak tunggu sini. Saya nak hubungi abang-abang Tengku sekejap," Afiq angguk. Matamya melilau kesekeliling ruang bilik itu. Cantik dan hebat. Semuanya mengkagumkan. Sejak dia mula melangkah masuk ke rumah yang bersambung dengan rumah usang tadi, hatinya penuh dengan perasaan takjud. Seorang perempuan dua puluhan lengkap berpakaian doktor memeriksa keadaan Tengku Shaqila. " Bagaimana keadaan adik saya ?" soal Tengku Danish dan Tengku Danial serentak, termengah-mengah. Penat. Bergegas mereka pulang sebaik sahaja mendengar berita buruk yang menimpa adiknya itu. Afiq memandang kedua-dua pemuda berwajah seiras itu. Kembar kut ! Kacak sekali ! " Tengku Shaqila deman panas, Tengku," " Ya Allah," Tengku Danish dan Tengku Danial segera menghampiri Tengku Shaqila. " Usahlah Tengku khuatir. Saya akan menjaganya dengan baik," " Macammana boleh jadi macamni ?" Tengku Danish tegas. " Maaf, Tengku. Tiba-tiba, Tengku Shaqila pengsan," Potato gugup. " Adik ini siapa ?" Tengku Danial memandang Afiq. " Saya Afiq, rakan sekelasnya. Aqila pengsan dihadapan saya," " Macammana boleh jadi macamni ?" Tengku Danial menyoal. " Asalnya, Aqila okey saja tapi mukanya berubah menjadi pucat bila Cikgu Ishak suruh dia ceritakan tentang pergorbanan ibu dan bapanya kemudian, tuliskan satu cerpen tentang hal tu," " Apa ?" Tengku Danish menyinga. "Danish !" Tengku Danial menenangkan abang kembarnya. Tengku Danish dan Tengku Danial memegang erat tangan Tengku Shaqila. Apa sebenarnya yang terjadi ? Afiq tertanya-tanya. " Saya minta diri dulu," Tengku Danial dan Tengku Danish mengangguk.
Bab 8 " Macammana ni ? Aku dah lamalah tinggal dunia penulisan ni. Mana nak ingat macammana cara nak tuliskan karangan ?" " Kau hentam jelah. Kita reka jelah," " Ish, susahlah. Tak ingat. Kalau suruh design software, aku tahulah," " Ial, kita buat jelah demi adik kita yang sorang ni," Tengku Daniel mengangguk setuju.
Bab 9 " Saya dengar hari ni, genap tiga hari Aqila tak datang ke sekolah. Kamu semua tak pergi melawat dia ?" Cikgu Afzal, Guru matematik tambahan menyoal. Pelajar-pelajar 5 Adil mengelengkan kepalanya berkali-kali. " Kami tak tahu di mana rumahnya, cikgu," " Cikgu kelas kamu ?" " Guru kelas kami cuti bersalin, cikgu," " Oh, begitu ! Jadi, hari ni saya nak mengajar tentang binomial distribution. Ada sesiapa yang dah tahu pasal Binomial distribution ?" Semua mengeleng kepala kecuali Syed Mohd Afiq. " Apa yang awak faham tentang Binomial distribution, Afiq ?" "Saya tak tahu macammana nak terangkan tapi kalau cikgu berikan soalan, insyaallah, saya cuba jawab," " Okey. Awak dengar soalan saya. X is a binomial distribution random variable such that X~B(n,p). if its mean and standard deviation are 60 and 3 respectively, find the value of p and of n," Afiq kelihatan mencontengkan sesuatu di kertas kiranya. " p=1/4 and n=240,"
" Betul. Sekarang, beritahu pada rakan sekelas awak, macammana jalan kerjanya," Afiq bangun. Menuju ke papan putih. Mean=60 np=60 from np=60 n(1/4) =60 n =240 Afiq kemudiannya, berjalan ke tempat duduknya. "Bagus, Afiq. Saya bangga dengan awak. Insyaallah, SPM ni 10A1 dalam gengaman awak," "Terima kasih, cikgu. Semoga saya berjaya memperolehinya, berkat doa cikgu," " Insyaallah. Kamu semua, haruslah mencontohi Afiq. Belajar dahulu sebelum memasuki kelas. Barulah pelajaran mudah masuk," Pelajar-pelajar lain mengangguk tanda faham. " Tak perlulah, Abang Ish dan Abang Ial cuti. Sayang boleh jaga diri sendiri. Lagipun, Dr Manggis, potato dan tomato ada untuk tengok-tengokkan sayang. Esok, sayang dah nak ke sekolah," "Apa ?" Tengku Danish terkejut. " Apasal pulak ?" " Sayangkan tak sihat lagi. Macammana nak belajar ? Lagipun, sayangkan dah tahu semua tu even subjek tu cikgu belum ajar sekalipun ?" " Tak bolehlah macam tu, abang. Walaupun, Cikgu Ciku ada untuk ajar Sayang tapi sayang tetap kena pergi sekolah. SPM dah dekat. Sayang nak jadi macam abang berdua. Berjaya," " Yelah, tapi dengan syarat. Syaratnya, Potato yang hantarkan," " Yelah, abang ooi. Sayang dah rindu giler dengan sekolah ni," " Rindu giler dengan sekolah ataupun rindu giler dengan Afiq ?" " Apa ni, abang Ish ? Dia tu classmate Sayang jelah. Dahlah suka kutuk+kacau sayang. Menyampah betul dengan mamat tu. Berlagak bukan main," " Dia nak usyar Sayanglah tu," Tengku Danial menambah. Satu kepala dengan kembarnya. " Usyar apanya, rumah dia sebelah ni je," Tengku Shaqila menjuihkan bibirnya. " Kalau sebelah rumah lagi senang. Senang nak buat kenduri kahwin. Nak meminang+menikah senang," Tengku Danish dan Tengku Danial mengusik. Makinlah menjadi-jadi perangai mereka bila muka adik comel mereka itu sudah macam udang kena bakar. " Teruklah abang Ish dan abang Ial ni !!!" " Assalamualaikum …," Afiq menghulurkan salam sebaik sahaja pulang dari sekolah. " Waalaikummussalam," jawab tomato dan Potato. " Aqila ada, bang ?" " Ada. Masuklah dulu," " Maaf menganggu, Tengku," pinta Potato di muka pintu bilik Tengku Shaqila. " Ada apa, Potato ?" " Afiq datang. Katanya, mahu melawat Tengku Shaqila," Tengku Danish dan Tengku Danial saling berpandangan kemudian, ketawa kuat. " Abang !!!" Tengku Shaqila naik geram. "Baru sebut dah datang,"ujar Tengku Danish. Terkekeh ketawa. "Kuat jodoh, tu !" Tengku Danial pula menambah. TEngku Shaqila pura-pura merajuk. Terus dia bangun. Menuruni anak tangga. Menuju ke arah Syed Mohd Afiq. " Kau dah sihat ?" Afiq menyapa. " Oklah sikit," " Tadi, Cikgu Afzal bertanyakan kau," " Tanya apa ? Aku tak datang sekolah ?" Afiq angguk. Seraya menghulurkan nota dan latihan-latihan selama tiga hari dia tidak menjejakkan kaki ke sekolah. Tengku Shaqila mengambil huluran itu. Apasal mamat ni baik sangat dengan aku ? Biasanya, mulut tu ikut sedap saja cakap atau bila dah tahu aku ni taklah sehina yang dia fikirkan, baru dia mahu berbaik dengan aku ? Atau dia sukakan aku ? Apa yang aku merepek ni ?? " Aqila ? Aqila ?" Afiq memanggil. " What ?" " Kau ni suka sangat mengelamun. Ni ha, data yang aku cakapkan tu. Aku tak boleh nak editkan dalam powerpoint tu sebab, semuanya pada kau," "Okey, nanti aku siapkan," " Er … lagi satu, esok birthday aku, jemputlah datang," " Kat rumah kau ? Ataupun kat mana ?" " Diamlah kau. Nanti mereka dengar," bisik Tengku Danish. Curi-curi dengar percakapan mereka. " Ajak sambut birthday. Pandai saja budak lelaki tu nak tackle sayang. Sayang tu macam tak de perasaan, ya. Tengoklah, Afiq tu bukan main lagi dia pandang Sayang tapi Sayang buat-buat tak Nampak je," " Diamlah, woi. Nanti mereka dengar," Tengku Danish dan Tengku Danial senyum jahat. " Ya, kat rumah aku," Tengku Shaqila mengangguk. Kemudian, suasana menjadi sunyi. Kebisuan tercetus diantara mereka. " Er .. aku minta diri dulu," Afiq bangun. Berkira-kira untuk pergi. " Afiq, … jangan beritahu sesiapa pasal aku, okey ?" " Pasal kau ? Pasal apa ?" " My life," " Okey," " Thanks. Jumpa esok, dekat sekolah," " Okey, assalamualaikum," " Waalaikummusalam," Afiq berjalan keluar. Tengku Danish dan Tengku Danial berlari menuruni anak tangga. Menarik tangan Tengku Shaqila masuk ke dalam perut kereta. " Kenapa ni ? Nak ke mana ?" Tengku Danial jungkit kening kepada Tengku Danish. " Abang !!" " Beli presentlah," " Present ? Nak buat apa ?" " Untuk bakal adik ipar," " Wow, Abang Ial nak kahwin ke ?" Tengku Shaqila terkejut. Tengku Danish ketawa. Tengku Danial menarik muka. " Bukan untuk abang Ial, tapi untuk Afiq. Esokkan birthday dia," " Oh, ya ke ? What ?? Abang curi dengar perbualan kami ?" " Kami kebetulan terdengarlah," " Teruk betul,"
salam... best la cerita nie....harap2 dpt sambungkan dengan cepat ye,,x sbr nak tahu sambungannya.kepada penulis novel ini semoga berjaya dlm karier penulisan!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sweet la.. sonk nye dpt abg2 cmtu..