Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Awal-awal pagi lagi Irsyad sudah masuk ke bilik pejabatku. Mungkin dia sudah tiada kerja. Dia terus baring di sofa sambil tersenyum senang.
"Hoi, dah takde kerja dah ke?" Sindirku sambil mataku masih tidak berganjak dengan skrin komputer.
Aku terdengar dia tergelak. "Bosanlah.." Ujarnya perlahan. Dia kemudian tiba-tiba bangun dan menuju ke arahku. "Banyak lagi ke kerja?" Tanyanya seakan merisaukan diriku.
Aku hanya tersenyum. "Sejak bila kau dah pandai ambil berat pasal aku ni?"
Dia duduk di hadapanku. "Yelah, kau tu berpenyakit. Karang kerja berat-berat sangat, susah aku nanti. Orang ambil berat pun nak marah." Dia mula merajuk.
"Yelah, sikit je ni. Aku pun dah mula sakit kepala ni." Kataku sambil memandang ke arahnya.
"Ha, kan aku dah cakap. Makan ubat. Bawak tak?" Lagaknya seperti abang kepadaku.
Aku akui memang sejak dari kecil dia mengenaliku. Dari makanan kegemaranku sehinggalah ke warna kegemaranku, dia telah tahu semuanya. Aku rasa bertuah dapat mengenalinya. Dia mempunyai pendirian yang tetap, tidak mudah marah dan mengambil berat. Itulah Irsyad yang ku kenal. Dari dulu sehingga sekarang. Aku baru teringat. "Ops, tak bawakla. Tertinggal dalam rak." Apalah aku ni?
"Lain kali ingat bawak. Nanti bertambah teruk migrain kau." Dia meninggikan suaranya. Mukanya langsung tiada terukir senyuman. Yang ada cumalah kebimbangan.
Aku mengangguk lemah. Kadang-kadang aku terpaksa kalah dengan sikapnya. "Yelah cik abang sayang.." Ops, terlepaslah pulak. Aku mula cuak lantas mengalihkan pandangan ke arah skrin komputer.
"Aa? Apa kau cakap tadi? Ulang balik." Dia mendekatkan telinganya ke arah diriku. Bibirnya tersenyum nakal.
Jantungku berdebar. Mukaku terasa panas. "Mana ada apa-apa." Ujarku sedikit perlahan.
"Ada.. Ala… yang selalu suami isteri panggil tu.. Apa dia ye?" Dia memandang tajam ke arahku.
Hatiku sudah mula geram dengan perangainya. Aku terus mencubit lengannya. "Gatal..!!" Dia mengaduh kesakitan dan menggosok-gosok lengannya. "Sakitlah, SAYANG.." Dia mengenakanku.
Aku hanya menjeling ke arahnya. Kemudian, kami terus membuahkan tawa. Tetapi yang pasti, jantungku berdebar melihatnya.
Petang itu aku pulang awal dari biasa. Aku mengemas mejaku lantas mengambil beg tanganku di tepi meja dan keluar dari bilik. Niatku, aku ingin pulang awal kerana migrain ku sudah pun menjadi-jadi. Baruku teringat ubatku tertinggal di dalam kamarku. Sudah acap kali ibuku menegur agar aku tidak terlalu memikirkan kerja, tetapi apakan dayaku.
Suasana di pejabat itu masih belum lengang dengan staf-staf yang sedang sibuk dengan tugas mereka. Aku pula menekan-nekan kepalaku yang berdenyut-denyut. Tidak tahan rasanya untuk pulang ke rumah.
"Lisa, saya nak balik awal sikit. Uruskan apa yang patut." Arahku pada Lisa sebaik sahaja aku melintasi mejanya.
"Baik, Cik Layla." Turutnya sambil memandang ke arahku lantas mengerutkan dahinya. "Sakit kepala lagi?" Tanyanya yang sudah biasa melihatku diserang penyakit yang sejak kecil aku alaminya.
Aku hanya tersenyum kelat melihatnya. Lantas aku berjalan perlahan-lahan kearah lif. Sebaik saja pintu terbuka, aku terus masuk sambil tidak berhenti-henti memicit kepalaku.
Sampai saja tingkat ke 5, pintu lif terbuka. Aku hanya menundukkan kepalaku sambil menahan kesakitan. Aku juga malas mengambil tahu siapa yang telah masuk dan berdiri di sebelahku. Aku dapat rasakan orang itu memandangku biarpun aku tidak memandangnya. Suasana hening sehinggalah pintu lif terbuka.
Tanpa berlengah, aku terus mengatur langkahku menuju ke tempat parkir kereta. "Layla."
Aku terberhenti dari berjalan sebaik saja mendengar satu suara memanggilku. Lantas aku menoleh dan mendapati Fauzan sedang tersenyum memandangku. Dia mendekati diriku. Macam mana dia boleh ada di sini?
Aku berpura-pura tersenyum sedangkan aku sedang menahan kesakitan yang amat sangat. "Awak buat apa kat sini?" Suaraku menekan.
"Oh, saya baru dari pejabat ayah awak. Ada benda yang perlu dibincangkan. Tadi masa kat lif takkan awak tak perasan. Saya tengok je awak bilalah nak tegur saya. " Suaranya begitu ceria.
Gurauannya langsung tidak mencuitkan hatiku malah menambahkan kesakitanku. Tiada moodku untuk berbual dengannya. Aku hanya tersenyum pahit.
Seakan menyedari ketidaksenanganku, air mukanya berubah. "Awalnya awak balik. Kenapa ni?" Dia menatap wajahku yang sedang mengerutkan dahi.
"Takde apa-apa. Saya balik dulu." Ujarku lemah. Lantas aku terus berpaling dan menuju ke keretaku.
Aku memandu dan sehinggalah sampai ke jalan raya. Pandanganku berpinar-pinar. Aku mengeleng-gelengkan kepalaku. Berharap agar pandanganku pulih semula tetapi menjadi semakin teruk. Aku lihat sekitarku terbahagi kepada dua. Aku gagahkan diriku dan entah kenapa kereta yang ku bawa tersasar ke jalan yang bertentangan dan....
"Streeet...."
Ada bunyi terhempas dengan kuat lantas pandanganku menjadi gelap.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan