BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, November 02, 2009
Novel : Aurabidadari 1
Nama Pena : Nazrina Hussin

Penulis sudah menulis 3 buah Novel di pasaran sejak tahun 2000 - 2005, antaranya Sepenuh Hati Sepenuh Jiwa, Mencintaimu dan Janjimu Kepadaku terbitan rhythm publishing

{PROLOG}

"Saya sudah tidak tahan lagi tinggal di rumah ini,"jerit Salmah kepada suaminya. Beg bajunya segera dicapai lalu meninggalkan Azri seorang di bilik. Tersentak dengan perlakuan isterinya itu Azri bangun mengejar isterinya. Nampaknya Salmah tekad untuk meninggalkan rumah itu hari ini.

Bukannya mereka tidak pernah bergaduh selama ini. Mereka selalu bergaduh tapi tidaklah sehebat hari ini. Entah hantu jenis apa yang merasuk fikiran isterinya itu? Selalunya bila dipujuk Salmah akan beralah tapi tidak kali ini. Isterinya itu tetap dengan keputusan yang dibuatnya.

"Sal masih lagi isteri Az tau. Meninggalkan rumah ini bermakna Sal meninggalkan Audra dan Az. Apa yang harus Az terangkan pada Audra?" katanya berlembut cuba memujuk isteri yang amat dicintainya itu. Azri menarik beg di tangan isterinya itu. Salmah menarik semula begnya malah tangan Azri segera ditepisnya. Akhirnya Azri melepaskan lengan isterinya. Bukan sifatnya berlaku kasar. Malah selama ini dia tidak pernah menjentik Salmah. Isterinya itu ditatangnya bagaikan minyak yang penuh.

Salmah berhenti di tepi anak tangga lalu menentang tajam mata suaminya. Buat kali terakhir dia menatap wajah suami yang dicintainya itu. Biarlah dia pergi. Keputusannya kali ini muktamad. Dia tidak akan termakan pujuk rayu suaminya itu lagi.

"Sal inginkan kebebasan bukannya terperuk di rumah memandang siling dan menanti Az dan Audra setiap hari di depan pintu," ucap Salmah keras. Azri meraup mukanya. Dia tahu isterinya itu berbohong. Dia tahu yang lahir dari mulut Salmah itu adalah alasan karut semata-mata. Sejak disahkan mengandung isterinya itu mengambil keputusan untuk tidak bekerja. Salmah mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada rumahtangga dan anak yang bakal lahir. Sekarang ini kebebasan dijadikan alasan untuk Salmah meninggalkannya.

"Az terlalu sayangkan Sal. Mana mungkin Az melepaskan Sal pergi." Azri berdoa di dalam hati, memohon agar hati isterinya itu lembut.

"Sal masalah yang ada kita tempuh bersama. Zalim Az namanya membiarkan sayang hidup keseorangan. Az sayangkan Sal, selagi ada hayat Sal tetap menjadi isteri Az. Susah senang kita tempuhi bersama. Sal tidak ingat akan janji kita dulu? Walau apa yang terjadi sesuatu ke atas Az atau Sal, kita akan menghadapinya bersama" Itulah perkataan yang dilafazkannya tika melamar Dianna sebagai isterinya.

Pelbagai dugaan terpaksa dihadapinya sebelum mengahwini Salmah. Kedua ibu bapa Salmah tidak membenarkan anak perempuan mereka itu mengahwini Azri. Orang yang bukan sebangsa dan seagama dengan mereka.

Ketika itu, apalah yang ada pada dirinya. Dia hanya seorang pelajar hanya hanya bergantung kepada biasiswa dan hasil pendapatan bekerja secara sambilan di salah sebuah restoran segera yang berdekatan dengan tempat tinggalnya. Kini dia tinggal sebatang kara setelah kematian ibunya setahun yang lepas. Ayahnya telah meninggal dunia ketika dia berumur sepuluh tahun.

Salmah menyeka air matanya. Dia tahu Azri adalah seorang suami yang baik. Sekali pun tidak pernah melakukan perkara yang boleh menyakiti hatinya. Namun dia tidak sanggup keadaan ini berterusan biarlah dia pergi.

"Jangan pergi Sal. Audra masih perlukan Sal sebagai emaknya," rayunya menarik lembut lengan Salmah. Sekiranya Salmah pergi sudah tentu satu-satunya anak yang mereka ada itu akan kehilangan kasih sayang emaknya.

"Maafkan Sal, Az. Sal tekad…lepaskanlah Sal pergi demi kebahagiaan kita bersama."

"Jangan pergi Salmah…"Azri menyentuh bahu Salmah.

"Lepaskan!!!" Salmah menepis tangan Azri lalu berlari menurun anak tangga.

"Salmah!!!"

"Emak!!"

Azri dan Audra berlari menghampiri Salmah yang jatuh berguling dari tangga.

"Emak!!!" kedengaran tangisan Audra memecah kesunyian rumah.


{1}


Audra Ezriannna menolak troli yang berisi begnya. Matanya meliar memandang keadaan sekeliling. Sibuk nampaknya para penumpang memunggah beg masing-masing. Nasib baiklah dia tidak membawa ke semua barangnya balik. Kalau tidak memang parah dia menolak troli. Dia terpegun seketika melihat perubahan KKIA.

Selama tujuh tahun berada di luar negara baru kini dia menjejakkan kakinya ke negeri kelahirannya ini. Dia melemparkan senyuman ke arah seorang perempuan yang boleh dipanggil nenek. Tidak jauh darinya berdiri seorang pemuda tersenyum manis kepadanya. Audra melemparkan senyuman tatkala melihat lelaki itu.

Gatal!! Gumannya di dalam hati sebaik saja melihat pemuda itu mengenyitkan matanya ke arahnya. Semakin laju dia menolak troli. Matanya meliar mencari orang yang menjemputnya. Siapalah yang akan menjemputnya? Ayahnya awal-awal lagi sudah memberitahu tidak dapat menjemputnya. Katanya ada mesyuarat yang tidak dapat dielakkan, mereka hanya akan bertemu bila dia sampai di rumah.

"Huh…ayah hari pertama aku pulang pun dia tidak ada masa untuk menjemput aku," Audra mengomel sendirian.

"Cik Audra…"tegur seorang pemuda yang lengkap memakai seragam persis seorang pemandu kereta peribadi. Audra menjeling nakal. Boleh tahan juga dia ni. Audra menganggukan kepalanya. Handsome macam ni kerja jadi drebar. Muka lelaki di hadapannya itu kalau dianalisa memang tidak sesuai jadi drebar, jadi akauntan atau lawyer bolehlah. Kalau jadi model lagilah boleh. Model yang berkulit gelap. Orang lelaki tidak apa kalau kulit agak gelap sedikit. Asal jangan hitam legam sudahlah.

Pemuda itu tersengih apabila menyedari dia diperhatikan oleh anak gadis majikannya. Nampaknya gadis itu lebih cantik daripada dilihatnya di dalam gambar. Pakaiaan…fuhhh mak datuk nenek, hebatnya. Nampak ranggi dengan jaket kulit serta seluar kulitnya itu. Macam berjalan dengan model pula rasanya.

"Cik, boleh saya tolong?" dia menawarkan perkhidmatan.

Audra tersipu malu apabila disergah sedemikian rupa. Ketara sangat dia sedang memerhatikan lelaki itu. Dia melarikan anak matanya ke arah lain. Audra masuk ke dalam perut kereta setelah pemuda itu membukakan pintu untuknya. Bertuah dia hari ni kerana ada orang handsome membukakan pintu.

Jika dibandingkan dengan bekas teman lelakinya Ronan atau Stephen memang tidaklah setampan mana raut wajah drebar ayahnya itu. Dia boleh leka memandang wajah itu. Belum apa-apa lagi dia sudah ditimpa perasaan. Audra tersenyum sendirian. Dasar perempuan mata bola keranjang.

"Awak ni driver ayah? Jarang ada orang muda kerja jadi driver," katanya tersekat-sekat. Nampak gayanya dia harus membiasakan diri bercakap bahasa ibundanya. Walaupun mempunyai rakan dari negara yang sama, mereka lebih selesa menggunakan bahasa inggeris. Namun Audra tidak pernah melupakan sama sekali bahasa Melayu. Malah Grandma dan Grandpa Audra boleh memahami dan bercakap sedikit bahasa Melayu.

Audra memerhatikan pemandu ayahnya yang tersenyum simpul itu. Perlilah tu. Perkataan orang muda yang diungkapkan oleh Audra sememangnya mencuit hati Muzammil. Nasib baiklah muka sebiji macam minah salleh kalau muka Melayu asli memang Muzammil ketawa golek-golek di depan Audra. Dia memerhatikan anak majikkannya melalui cermin di hadapan. Sekali-sekala dia mendongak memandang cermin hadapan.

"Itu orang lain Cik. Orang macam saya ni sudah memadailah kalau dapat kerja halal."

"Panggil saja saya Audra. Mudah dan senang. Cik…nampak sangat awak hormatkan saya," kata Audra sambil mengenakan kaca mata hitamnya. Cahaya matahari yang memancar menjadikan mata Audra silau. Panas!! Walaupun penghawa dingin kereta dipasang namun dia masih terasa bahangnya. Nampak gayanya dia terpaksa menyesuaikan keadaan cuaca di sini. Audra menekapkan tangannya ke pipi dan dia merasakan di pipinya bahang panas.

"Saya digaji untuk melakukan kerja ini Cik….errr Audra. Sekarang ni payah hendak cari kerja Cik. Maaf Audra…lidah ni tidak biasa menyebut nama Audra tu. Apa kata Datuk nanti sekiranya mendengar saya memanggil Cik dengan nama saja?"

Alahai…panjangnya jawapan. Datuk…Datuk…, apa sangatlah menyebut namanya. Ayah tidak akan marah. Panggil apa sekalipun dia tidak akan marah!! Sikit-sikit Datuk. Macamlah besar sangat pangkat Datuk tu? Esok lusa kalau ada cucu pun dapat pangkat Datuk juga. Audra mengerling Muzammil.

"What’s your name?" tanya Audra perlahan.

"Audra tanya apa tu?" sengaja dia buat tidak dengar. Terkekeh-kekeh Audra ketawa mendengar pertanyaan lelaki itu. Dia menekup mulutnya. Terlupa dia bercakap dengan drebar ayahnya. Agaknya dia tidak faham.

"Apa nama awaklah?" tanyanya sekali lagi.

"Ahmad Muzammil. Hendak panggil Mat pun boleh. Hendak panggil Mil pun boleh, mana-manalah yang selesa pada Audra."

"Hebat nama tu. Kalau macam tu Audra panggil Mil sajalah. Boleh?" dia tersenyum manis. Jantung Muzammil berdegup kencang mendengar alunan suara Audra yang merdu itu. Apa-apalah Audra hendak panggil sayang lagilah boleh.

"Cantiknya…" Audra terpesona melihat keindahan yang berada di depan matanya.

"Apa yang cantik tu…?"

"Pemandangan tempat lahir Audra. Mil… kalau Audra tidak silap dulu tempat ni laut bukan? Sekarang sudah ada padang golf dengan resort pula. Berubah sekali keadaannya di sini," cetusnya.

Memang cantik pun Audra. Itulah lama sangat di luar negeri sampai tempat lahir sendiri pun dilupakan. Hebat sangatkah negeri orang itu sampai melupakan negeri sendiri?

"Sebelah sana tu lagi cantik kalau Audra lepak sebelah malam. Nama tempat tu Anjung Senja, kalau hendak tengok matahari terbenam pun boleh" katanya menuding ke arah kiri.

"Makanannya pun sedap Audra. Ada satu gerai tu jual bakso. Sedap tau Audra," katanya lancar berbicara. Muzammil pun hairan. Mengapa dia begitu mudah bercakap dengan anak majikannya itu?. Sedangkan selama ini dia amat segan hendak bercakap dengan mereka yang bergelar perempuan. Sifat pemalunya memang tidak boleh dikikis.

"Bakso? Makanan apa tu Mil?" tanya Audra cuba mengingati makanan yang pernah dimakannya selama ini.

"Mil terangkan pun bukannya Audra tahu pun. Ada masa nanti Mil belanja Audra makan bakso," Muzammil tersenyum menampakan lesung pipitnya.

"Bab belanja ni memang Audra sangat suka. Ada masa nanti Mil bawalah Audra berjalan-jalan. Mil…boleh bawa Audra ke satu tempat?" pintanya.
"Boleh Audra. Ke mana?"

"Convent. Sekolah lama Audra. Mil tahu di mana tempatnya bukan."

"Tahu! Sue pun sekolah di sana," Muzammil menekan minyak menuju ke arah yang dimaksudkan. Anak bos setiap katanya harus dituruti. Best jadi anak orang kaya ni. Keluarkan saja perintah sudah tentu pekerja mendengarnya.

"MIL inilah sekolah menengah Audra dari tingkatan satu sampailah ke lima," dia memberitahu. Muzammil memerhatikan mulut itu berceloteh.

"Sekolah budak perempuan kan Audra?" Sebenarnya dia memang tidak tahu ini sekolah perempuan. Banyak sekolah perempuan di bandar ni memang convent yang paling menyerlah. Menyerlah sebab prestasi pelajarannya dan yang paling menyerlah ialah pelajarnya yang cun-cun belaka.

Zaman persekolahan Audra tidak seperti anak remaja yang lain. Masa sekolahnya Audra lebih menumpukan perhatian lebih kepada pelajaran. Dia tidak hiraukan benda yang remeh-temeh ni. Pagi dia ke sekolah, petang pula dia ada kelas tuisyen di sekolah. Hari Sabtu pula sibuk dengan kegiatan ko-kurikulum. Akhirnya usaha Audra itu tidak sia-sia. Dia akhirnya dapat belajar ke luar negeri dan pulang dengan segulung ijazah yang diimpikannya selama ini.

"Kenapa? Girlfriend Mil sekolah sini?" Audra mengenakan. Muzammil menjeling ke arah Audra. Perlilah tu!! Kata Datuk Azri, emak Audra ni orang Irish. Maknanya dia ni hasil perkahwinan campur. Cantik…putih gebu orangnya. Muzammil merenung pipi Audra yang merah semulajadi itu. Jimat duit membeli blusher.

"Mil…Soalan Audra tidak dijawab," katanya sedikit meninggi. Layan perasaankah dia ni? Sah memang sah makwe dia sekolah di sini.

"Saya orang kampung Audra. Sekolah kampung manalah gadis-gadis sekolah bandar hendak pandang saya ni," jawabnya merendah diri.

"Mil tahu? Audra ni tidak ada kampung. Lahir Audra sampailah ke besar ni belum pernah masuk ke kampung. Ingin sangat hati ini hendak tengok kampung orang."

"Jarang orang hendak tengok kampung. Sedangkan orang kampung sekarang ni semuanya berhijrah ke bandar. Tidak mahu lagi bekerja di kampung," Muzammil mengerutkan keningnya. Macamlah dia baik sangat. Dia sendiri pun bukan main lagi berharap sangat dapat kerja di bandar.

"Nanti kalau ada masa Mil bawalah Audra ke kampung Mil. Bolehkan?" entah mengapa lancar lidahnya bertutur dengan jejaka di hadapannya itu. Seakan-akan ada keserasian di antara mereka berdua.

"Apa salahnya kalau Audra sudi…"

Audra memandang sekolahnya dari kejauhan.

"Sejauh mana pun kau pergi Audra, kau mesti ingat akan tempat lahirmu. Aku tahu kau ni degil, apa daya aku hendak melarang kemahuan kau Audra. Kau tetap dengan keputusan kau. Kalau kau rindukan aku baliklah Audra," pesan Nasyrah teman baiknya. Audra mengesat airmata di pipi temannya itu. Cuma Nasyrah seorang saja temannya di sekolah. Memang dia terkenal dengan sikap sombongnya di sekolah walaupun sebenarnya dia bukan yang orang bersikap demikian.

Baginya biarlah dia dituduh sombong dan tidak mahu berkawan dengan orang lain. Apa yang penting dia cemerlang dalam pelajaran.

Audra mendengus. Zalim sungguh dirinya kerana tidak memberi khabar berita kepada Nasyrah selama dia berada di luar negeri.Dia tahu dia bersalah pada temannya itu.

"Maafkan aku Nas kerana membisu tanpa khabar berita," bagaikan terbayang di matanya melihat Nasyrah berada di hadapannya. Nasyrah tempat dia mengadu segalanya. Keakraban itulah yang menjadikan dia dan Nasyrah bagaikan kembar yang tidak seiras. Sentiasa berdua ke sana ke mari. Adakalanya Audra akan menghilangkan diri setiap kali terusik dengan tingkahlaku ayahnya. Rumah Nasyrah menjadi tempat dia bermalam.

"Aku ada bekal nasi lemak sambal udang. Marilah makan," pujuk Nasyrah yang memerhatikan Audra menongkat dagunya. Dua tiga hari ini Audra nampak monyok.

"Marilah…" pujuk Nasyrah. Audra mengelengkan kepalanya. Selalunya pantang dia sebut nasi lemak sambal udang pasti gadis itu akan menyambar bekal yang dibawanya.

"Aku tidak lapar," jawab Audra tidak berminat dengan tawaran Nasyrah itu. Seleranya langsung tertutup. Hendak bercakap pun dia malas dua tiga hari ni. Semuanya gara-gara perempuan itu. Hatinya semakin membengkak dan semakin mendendami perempuan itu.

"Kau ada masalah?" Nasyrah merenung teman di hadapan. Selalunya dia tidak macam ni.

"Isteri ayah aku tu…. Meluat aku tengok muka dia tu. Macamlah baik sangat. Depan ayah aku punyalah dia berlagak baik dengan aku jangan cakaplah. Semalam dia ugut aku, dia hendak ayah kurangkan duit belanja," Audra mendengus. Kalau ada tombak kala itu mahu saja direjamnya perempuan itu.

Nasyrah melopong. Kes berat ni kalau sampai wang saku Audra pun perempuan itu hendak masuk campur. Memang dia pun tidak berapa sukakan wanita itu. Setiap kali dia bertembung dengan mama tiri Audra itu, pasti dia akan dihadiahkan dengan jelingan maut dan senyuman sinis.

"Nasib baiklah kadangkala ayah aku tidak pedulikan cakap perempuan tu. Kalau ayah aku pun sebelahkan bini dia tu, nampak gayanya aku kena pindah. Aku pindah sementara ke rumah kau boleh Nas? Bila dapat keputusan SPM nanti aku pindah pula ke rumah Grandma aku." Memang dia sudah berazam sebaik saja mendapat keputusan SPM dia akan pindah ke negara asal emaknya. Sebulan lagi SPM akan menjelang, dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya untuk mendapatkan keputusan yang baik. Bolehlah dia keluar daripada rumah itu.

"Rumah aku sentiasa terbuka untuk kau Audra. Sekalipun kau hendak tinggal selamanya tiada masalah bagi keluarga aku tapi kau mesti dapat izin daripada ayah kau. Aku tidak mahu kau cabut dari rumah macam tu saja" Nasyrah melihat ada senyuman terukir di bibir Audra. Audra memeluk temannya itu.

Nas…aku amat merinduimu, detik hatinya.

"Mari Mil kita balik," Audra menarik tangan Muzammil. Sudah setengah jam dia memerhatikan sekolah lamanya. Rindu akan kenangan silam. Teringat akan kenakalan ketika bersama Nasyarah. Teringat semula ketika dimarahi oleh cikgu kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

Audra menarik tangan Muzammil. Muzammil berhenti menapak. Audra menoleh. Seulas senyuman terpamer.

"Ini Malaysia Audra kalau hendak pegang tangan anak teruna orang kenalah minta izin dulu. Bukannya suka-suka main tarik tangan anak orang," ucap Muzammil mengusik. Ohh…macam tu undang-undang di Malaysia sekarang ni, hendak pegang tangan anak teruna orang kena minta izin dulu.

Heepp…eppp mana ada undang-undang macam tu. Pegang tangan orang yang bukan muhrim bukankah haram hukumnya/ Audra menyedari Muzammil mempermainkannya. Jahat, detik hatinya lalu mencebik. Muzammil mengenyitkan matanya. Dup dap dup dap hati Audra berdebar kencang. Dia tertunduk malu.






MUZAMMIL memerhatikan tingkahlaku Audra itu dengan penuh tanda tanya. Baru sekejap tadi dia melihat keceriaan Audra dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibirnya. Alih-alih dia kepenatan pula. Muzammil melangkah mengikut arah tuju Audra dari belakang.

"Emak!" hatinya dipagut pilu. Kejadiaan itu tidak mungkin dilupakannya. Sekiranya pertengkaran itu tidak berlaku sudah tentu emaknya tidak akan terjatuh dari tangga.

Muzammil semakin hairan melihat tingkahlaku Audra yang menyeka pipinya. Sepatutnya apabila balik ke rumah sendiri, hati akan berasa gembira maklumlah bertemu dengan keluarga sendiri. Ini tidak sebaik saja melangkahkan kakinya ke rumah ini wajah yang tadinya berseri itu bertukar menjadi muram.

"Audra menangis?" tanyanya. Audra menoleh ke belakang tidak menyangka Muzammil berada di belakangnya.

"Mata masuk habuk. Jangan busy body. Letaklah beg tu di sana," katanya garang. Sibuk betul Muzammil ni. Baru beberapa jam kenal, sibuk pula bertanya itu dan ini.

Muzammil terkejut mendengar kata-kata gadis itu. Dia bukannya hendak menyibukkan diri tapi dia lemah semangat bila melihat kaum hawa menangis.

"Maafkan Audra. Audra tidak sengaja hendak marah Mil. Esok kalau Mil senang Audra belanja makan ice-cream," pujuknya.

Muzammil tergelak kecil mendengarkannya. Hari-hari dimarahi oleh gadis itu pun tidak mengapa. Kenyang makan ais-krimlah dia jawabnya.

"Mil maafkan. Audra berehatlah dulu," katanya meninggalkan Audra bersendirian.

"Audra berehatlah…," Ucap Muzammil sebelum berlalu pergi. Sempat dia menjeling ke arah Audra yang sedang leka memandang segenap ruang biliknya itu.

Audra menghempaskan diri di atas katil. Dia sendiri tidak pernah bermimpi untuk balik semula ke rumah itu. Selama ini ayahnya selalu memujuknya agar pulang sekiranya dia cuti tapi dia enggan. Walaupun ayahnya memujuk dan mengirimkan tiket kepadanya namun dia tetap tidak mahu. Cuma sejak dia tamat belajar wajah emaknya sentiasa terbayang-bayang di ruang matanya. Bagaikan ada sesuatu yang menarik perasaannya untuk pulang. Audra menutup rapat matanya. Kenangan lama menjelma.

Audra menghulurkan slip perperiksaannya kepada ayahnya. Seperti yang dijangkakannya dia tahu anak gadisnya itu akan mendapat keputusan yang cemerlang.

"Audra bercadang hendak melanjutkan pelajaran ke tempat Grandma. Auntie Dianne sudah mencari-cari tempat yang sesuai untuk Audra di sana. Semuanya sudah diuruskan oleh Auntie Dianne dan Audra boleh bertolak ke sana selewat-lewatnya minggu depan," jelas Audra berbohong. Tawaran Grandma dan Grandpanya membawanya untuk bercuti sebelum dia mula belajar amat menggembirakan hatinya. Jauh daripada ayahnya dan yang penting jauh daripada mama tirinya.

Datuk Azri mengeluh. Dia tahu bukan dia orang yang pertama mendapat tahu tentang kejayaan anaknya. Dia menyedari bahawa anaknya itu lebih rapat dengan keluarga arwah isterinya berbanding dengan dirinya sendiri.

Audra melirik ke arah ayahnya. Fuh!! Fuh!! Mudah-mudahan ayahnya itu membenarkan dia pergi. Audra sabar menantikan jawapan ayahnya.

Dia terkilan dengan ayahnya yang tidak menemaninya mengambil keputusan tadi. Ayah orang lain pun sibuk juga tapi tidaklah sesibuk ayahnya itu. Teman-temannya yang lain ditemani oleh mama dan papa mereka untuk berkongsi kejayaan sedangkan dia hanya dihantar oleh pemandu ayahnya. Telefon ke rumah pun tidak, macamlah ayahnya tidak tahu yang keputusan SPM keluar hari ini.

Audra menjeling ke arah ayahnya. Masam nampaknya muka tu. Sedih agaknya setelah mendengar keputusan yang telah dibuatnya. Jangan salahkan dirinya. Keputusan yang dibuat adalah mukatamad. Audra nekad!

Suhaidah tidak mahu campur perbualan dua beranak itu. Matanya pura-pura khusyuk menonton televisyen.

"Universiti tempatan banyak. Kenapa Audra hendak pergi jauh ni? Apa Audra tidak suka tinggal di rumah ni?"

Memang pun dia tidak suka tinggal dalam rumah ni. Kejayaan ini adalah tiket untuk Audra keluar dari rumah ini untuk beberapa tahun mungkin untuk selamanya. Mungkin juga untuk seumur hidup. Terngiang-ngiang suara Auntie Dianne di telefon tadi apabila dia mengkhabarkan kejayaannya yang cemerlang. Sekiranya ayahnya tidak mahu membiayai pelajaraannya dia akan berusaha mendapatkan biasiswa. Sekiranya dia layak untuk mendapat biasiswa Auntie Dianne sudah bersedia untuk membiayai pelajarannya. Soal kewangan tidak timbul sekarang ni yang penting dia mendapat keizinan daripada ayahnya untuk pergi.

"Hendak cari pengalaman baru di negeri orang. Lagi pun sejak arwah emak pergi Audra tidak pernah balik ke sana. Ayah ada adik-adik , Audra pergi pun tentu tidak akan meninggalkan sebarang kesan. Audra bukan siapa-siapa di rumah ni" Sindirnya pedas. Audra memandang tajam wajah di hadapannya itu. Sesekali menjeling mama tirinya. Sudah tentu wanita itu gembira mendengar keputusannya. Bolehlah dia bermaharajalela di rumah ini.

Azri pijar mendengarkan ayat anaknya. Dia tahu hati anaknya itu keras. Bila sudah membuat keputusan sukar hendak ditarik balik. Azri merenung wajah Audra. Teramat payah baginya hendak membuat keputusan. Azri meraup mukanya.

"Audra…" Azri berlembut memujuk.

"Audra tetap akan pergi walaupun ayah tidak benarkan. Ini cita-cita Audra. Ayah tidak berhak menghalang. Audra rimas berada dalam rumah ni?" ucapnya penuh dengan sindiran. Matanya merenung tajam ke arah mama tirinya. Azri mengelengkan kepalanya. Dia tidak pernah membuang Audra dari kehidupannya. Audra tetap anaknya. Anak yang disayanginya.

"Baiklah jika itu kemahuan Audra. Ayah tidak menghalangnya," putusnya dengan berat hati.

"Yahoo!!" Audra melonjak kegembiraan. Berlari keriangan naik ke atas menuju ke biliknya. Dia tidak sabar hendak mengkhabarkan berita gembira ini kepada Grandma, Grandpa dan Auntie Dianne. Sedangkan hati Azri bagaikan disiat-siat melihat gelagat anak gadisnya itu.

posted by Penulisan2u @ 5:58 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
3 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group