BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, November 22, 2009
Cerpen : Kerana Kasih-Mu, Tuhan
Nama Pena : satu_sentuhan

Engku Murni terduduk. Gagang telefon diletak perlahan sebelum dia menekup muka dengan kedua tangannya dan menangis teresak-esak.
"Ya Allah. Ya Allah…"
Itu sahaja perkataan yang mampu dilafaznya.
Ini bukan kali pertama air matanya tumpah dalam seminggu dua ini. Sejak kebelakangan ini, dia menerima berbagai berita buruk yang cukup meruntun perasaannya. Hari ini, terasa bagaikan terputus tangkai jantungnya apabila diberitahu bahawa pelaburannya sebanyak 25 ribu ringgit hangus begitu sahaja di tangan orang yang sangat dipercayainya. Apa lagi yang mampu dilakukan Engku Murni selain menangis.
"Tuhan, hamba Mu ini sudah tidak berdaya. Tak sanggup lagi nak berdepan dengan semua dugaan-Mu ini. Tolonglah aku," rintihnya dalam esak tangis yang berpanjangan.
Kepalanya berdenyut-denyut mengingatkan hutang yang terpaksa ditanggung akibat dari bisnesnya yang kerugian. Minggu lalu, anaknya Salina menghubunginya untuk memaklumkan tentang pemecatannya dari jawatan Pengerusi Eksekutif Syarikat Rampai Corporation Sdn Bhd. Dia tidak terkilan kehilangan satu jawatan penting, tetapi ada faktor lain yang cukup memedihkan hatinya berkaitan dengan pemecatan itu.
"Mama yang cetuskan Rampai Corporation. Sepatutnya mama jangan mudah menyerah kalah. Kita kena fight. Tuntut hak kita," pujuk Salina dalam telefon semalam.
Bagi Engku Murni, apa yang berlaku ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa. Yang memecatnya dari Rampai Corporation pun bukan orang lain. Anak menantunya sendiri. Syarikat yang asalnya ditubuhkan sebagai satu projek keluarga, kini menjadi rebutan anak-anak, setelah melihatkan prestasi Rampai Corporation yang meningkat mendadak.
Syarikat itu menjadi pengeluar produk rawatan herba tradisional. Hasil kerja keras dan promosi yang meluas, produk keluaran syarikat itu mendapat sambutan hangat. Engku Murni yang asalnya dilantik oleh anak-anak sebagai Pengerusi Eksekutif, menarik nafas lega dengan perkembangan perniagaan keluarganya.
Bagaimana pun langit tidak selalunya cerah, Tuhan mentakdirkan suatu dugaan yang pahit kepadanya. Semuanya bermula apabila salah seorang anak dan menantunya sendiri mula berminat mencari jalan singkat mendapat untung lumayan. Anak bongsunya Zila dan menantunya Fuad, yang merupakan sebahagian daripada ahli lembaga pengarah, telah didatangi oleh seorang wakil dari satu syarikat gergasi Cina. Mereka menawarkan bayaran yang lumayan untuk membeli hak milik resepi asal produk herba dari Rampai Corporation.
Lantaran terpesona dengan wang ringgit yang banyak itu, Zila dan suaminya Fuad, beriya-iya hendak menjual resepi produk syarikat. Sedangkan syarikat itu bukan hak peribadi mereka tetapi adalah milik keluarga dan masing-masing ada sahamnya di situ. Engku Murni tidak setuju dengan tawaran itu kerana tidak mahu bisnesnya dilumpuhkan oleh orang lain suatu hari nanti. Begitu juga Salina.
Namun siapa dapat menghalang bila keinginan nafsu mengatasi pertimbangan akal dan perasaan. Demi memenuhi kehendak nafsu, Zila dan Fuad telah memecat Engku Murni dan Salina dari menjadi ahli Lembaga Pengarah.
Hati Engku Murni amat terguris dengan sikap anak menantunya itu. Namun sebagai ibu, dia lebih mementingkan kasih sayang dan kerukunan keluarga dari berebut wang ringgit dengan anak-anaknya. Salina tidak dapat menerima tindakan Zila terhadap Mama mereka. Dia sendiri bukanlah memikirkan sangat soal duit ringgit tapi dia geramkan Fuad yang dianggapnya tidak sedar diri. Dia tahu, selama ini Zila hanya mengikut telunjuk Fuad.
"Biarlah Ina. Doakan saja mereka tu insaf. Mama tak nak kamu adik-beradik bergaduh," pujuk Engku Murni waktu Salina meledakkan kemarahannya semalam.
"Zila tak patut buat mama macam ni. Semua resepi produk Rampai Corporation dari mama. Mama lagi berhak ambil alih syarikat itu."
"Mama tak kisah. Insya-Allah, selagi hidup, adalah rezeki dari Tuhan."
Kesedihan Engku Murni tidak terhenti di situ sahaja. Sewaktu berlaku pergolakan di dalam Rampai Corporation Sdn Bhd, Engku Murni telah merancang persiapan untuk menjalankan perniagaan sendiri. Setelah bertemu dengan rakan kongsi yang dirasakan mampu mengurus perniagaannya dengan baik, Engku Murni telah mengeluarkan kesemua baki duit simpanannya sebanyak RM 25 000 sebagai modal permulaan. Dia merancang untuk mengeluar satu produk tradisional yang resepinya masih belum jatuh ke tangan Zila dan Fuad. Sewaktu perbincangan diadakan antara Engku Murni dan rakan kongsinya itu, dia cukup yakin bahawa masa depannya tetap cerah di dalam dunia perniagaan. Bagaimanapun Allah juga yang mengkehendaki dia ditipu dalam usahasama itu. Rakan kongsi itu menghilang diri setelah dua puluh lima ribu ringgit bertukar tangan. Hampir pengsan Engku Murni waktu menerima berita itu. Untuk seketika, dunia dirasakan terlalu sempit.
Engku Murni memang tiada tempat mengadu. Suami telah lama meninggalkannya sejak beristeri muda. Dia tidak sanggup berkongsi rasa sedihnya itu dengan Salina kerana Salina sendiri telah berkeluarga. Meskipun dia sering menasihatkan Salina supaya bersabar dengan setiap dugaan yang datang, hakikatnya dia sendiri hampir rebah. Cuma pengaduannya pada Tuhan yang mampu menenangkan sedikit perasaannya. Begitupun ada waktunya, dia rasa tidak berdaya untuk meneruskan hidup.
Hari itu, ketika dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Johor Bharu, Tuhan mempertemukan Engku Murni dengan Sharifah Khairiah. Empat puluh lima minit di dalam kapalterbang, membuka ruang untuk mereka berkenal-kenalan. Wajah bersih dan tutur lembut Syarifah Khairiah seakan magnet yang menarik sepenuh perhatian Engku Murni kepadanya. Entah mengapa, Engku Murni yang selama ini lebih suka menyimpan rahsia peribadinya sendiri, mudah sahaja meluahkan segala yang terbuku di hati.
"Untunglah Puan Engku. Besarnya perhatian Tuhan pada Puan. Sayangnya Allah pada Puan," kata Syarifah Khairiah sambil menguntum senyuman manis.
"Saya dah kehilangan segala-galanya. Suami tak peduli, anak buat saya musuh, bisnes lingkup, Syarifah masih kata saya untung?" tanya Engku Murni dengan senyum tawar.
"Tuhan tu, kalau Dia sayang seseorang, Dia akan ‘menyusah-nyusahkan’ orang itu. Mungkin dengan ditakdirkan orang lain suka menyakitkan hatinya, mengganggu kehidupan, merosakkan perniagaannya."
Engku Murni memandang Syarifah Khairiah dengan kening berkerut. "Macam mana pulak tu…"
Syarifah tersenyum lagi mendengar pertanyaan dari Engku Murni. Kasihan dia melihat seorang insan di hadapannya itu yang terkapai-kapai, tidak nampak jalan keluar dari kemelut masalahnya.
"Puan Engku, bila hamba itu telah disusah-susahkan, tentulah dia terpaksa mencari Tuhan untuk mengadu dan minta tolong. Sebenarnya Tuhan sangat suka mendengar hamba-hamba-Nya merintih, merayu-rayu dan menangis meminta pertolongan-Nya. Sebab itu Tuhan susah-susahkan Puan Engku. Dia nak Puan Engku datang kepada-Nya."
"Tapi saya rasa ujian ini terlalu berat. Kadang-kadang saya bertanya pada Tuhan. Kenapa aku yang Kau pilih, Tuhan. Kenapa bukan orang lain?"
Air mata Engku Murni mula menitis berjuraian di pipinya.
"Jangan putus asa, jangan buruk sangka dengan Tuhan. Mintalah bantuan dari-Nya. Dia pasti membantu."
"Memang saya selalu bangun tahajud. Minta Tuhan bantu saya selesaikan masalah saya. Tapi setakat ni, saya masih buntu. Rasa macam Tuhan tak dengar pun doa saya," keluh Engku Murni sambil menyapu air matanya.
"Mungkin, apa yang Puan Engku minta pada Tuhan, bukan itu yang Tuhan mahu Puan Engku faham dari ujian-Nya. Saya agak Puan Engku cuma mahu segala-galanya kembali seperti asal. Keluarga yang harmoni dan kejayaan dalam bisnes, bukan begitu?"
"Ya. Memang itu yang saya minta dari Tuhan. Salah ke permintaan saya tu?"
Syarifah Khairiah tidak menjawab. Dia membiarkan Engku Murni dengan perasaannya.
"Ujian yang Allah beri kepada manusia ni sebenarnya untuk memaksa manusia buat post mortem. Supaya cari salah sendiri. Mungkin ada sesuatu pada kita yang Allah tak suka, sebab tu, Allah tarik apa yang ada. Allah nak bersihkan dosa kita di dunia, supaya di Akhirat kita selamat."
"Dalam hal ini saya tidak bersalah. Mereka yang menzalimi saya, mengapa pula saya yang menerima akibatnya?" tingkah Engku Murni, kurang puas hati.
"Tentang orang yang menzalimi kita, tak payah kita fikir. Tuhan ada cara-Nya sendiri untuk ‘memproses’ mereka pula. Yang penting, kita kena anggap, kerana dosa kitalah, Allah datangkan segala ujian, kesusahan dan kesakitan. Tuhan berhak mengatur hidup kita dan Maha suci Tuhan dari menzalimi."
Untuk beberapa ketika, Engku Murni terdiam.
"Mungkin betul kata Syarifah tu. Saya bukan muda lagi dan baru peringkat umur inilah saya rasa dekat dengan Tuhan. Sedangkan dulu…" Engku Murni menelan air liur.
"Itulah sebenarnya dosa kita. Sudah lama kita tidak mempedulikan Tuhan. Sedangkan Tuhan setiap hari mengurus kehidupan kita, mengurniakan rezeki, memberi kesihatan, ilmu dan lain-lain lagi. Dia tidak pernah lupa kepada kita. Tapi kita sering melupakan Tuhan," kata Syarifah Khairiah lembut.
Engku Murni tersentak. Betul juga, fikirnya. Masa senang dulu, dia tidak pernah terfikir hendak bersyukur kepada Tuhan. Memanglah mulutnya berkata Alhamdulillah, tapi mana bukti syukurnya? Dia tidak pun menggunakan segala kesenangan yang diperolehi itu untuk berkongsi dengan makhluk Tuhan yang lain. Semua digunakan untuk kesenangan dan keselesaan diri dan keluarga semata-mata, manakala yang selebihnya disimpan untuk kepentingan diri sendiri juga.
"Tanyalah pada diri kita, adakah kita semakin khusyuk beribadah kepada-Nya apabila semakin banyak nikmat Tuhan yang kita terima?" khutbah Syarifah Khairiah lagi.
Engku Murni tersentak lagi. Dia teringat ketika menguruskan Rampai Corporation dulu, sembahyang pun macam ayam patuk padi. Kadang-kadang kerana sibuk menjalankan perniagaan, tertinggal sembahyang.
"Oh Tuhan, memang benarlah aku berdosa pada-Mu," rintih hati Engku Murni.
"Kita berdosa kerana tidak pedulikan Tuhan. Padahal kita telah berjanji kepada Tuhan di alam roh dulu, bahawa kita akan menjadi hamba-Nya yang sentiasa beribadah kepada-Nya. Kita juga berjanji untuk menjadi khalifah-Nya yakni menunaikan segala amanah yang dipikulkan ke atas kita di dunia ini."
Engku Murni tersedar kini. Rupa-rupanya dia telah begitu jauh dari Tuhan. Hidupnya penuh kelalaian. Patutlah Tuhan susah-susahkan hidupnya, lantaran dosa yang begitu banyak.
"Sebab itu saya kata Puan Engku beruntung. Di dunia lagi Tuhan sudah hukum Puan, dengan tujuan agar Puan sedar dan bertaubat," kata Syarifah Khairiah lagi.
Engku Murni mengangguk-angguk. Kini dia mula nampak hikmah ujian yang menimpa. Dia rasa bersyukur kepada Tuhan kerana menyedarkannya dari kelalaian selama ini. Andainya Tuhan biarkan dia dalam kemewahan dan menjayakan perniagaannya, belum tentu dia akan ingat kepada Tuhan.
Sewaktu kapalterbang hampir mendarat di KLIA, Engku Murni sempat bertukar-tukar business card dengan Syarifah Khairiah. Sewaktu bersalaman, Engku Murni memeluk Syarifah Khairiah.
"Terima kasih atas segala nasihat Syarifah itu," kata Engku Murni separuh sebak.
Sewaktu melangkah turun dari pesawat, Engku Murni merasakan dadanya lapang. Ibarat seorang pesakit yang sesak nafas, diberi bekalan oksigen.
"Ya Allah, semoga aku mampu jadi hamba yang faham setiap maksud takdir-Mu ke atasku. Semoga aku bukan lagi hamba yang selalu buruk sangka pada-Mu. Ampunkan aku kerana biadabnya aku pada-Mu selama ini hingga aku menyalahkan-Mu di atas setiap ujian yang menimpa. Ampunkan aku, wahai Tuhan," bisik hati Engku Murni penuh syahdu.
Seminggu kemudian, Syarifah Khairiah menerima panggilan telefon daripada Engku Murni. Rupa-rupanya setelah dia bertaubat dan mendekatkan diri kepada Tuhan, anak dan menantunya tiba-tiba saja berubah hati dan menyesal dengan perbuatan mereka. Mereka telah berjumpa Engku Murni meminta maaf dan mengajaknya untuk bersama kembali dengan Rampai Corporation.
Demikianlah kasih Tuhan pada hamba-Nya. Bila seseorang itu selesai hubungannya dengan Tuhan, maka Dialah yang akan menyelesaikan masalah hamba-Nya.
posted by Penulisan2u @ 4:22 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
2 Comments:
  • At 23/11/09 6:15 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    gud story...
    len dr yg len...




    ~lover~

     

  • At 24/11/09 11:42 PG, Anonymous Ungu Ranger said…

    erm..
    xder perenggan,
    susah nak baca..

    susah nak paham.
    last skali,
    sy x baca pun..

    huhu,,

    maaf ya!
    len kali jaga2 skit..

    perenggan kena ada!

    cuba lagi yaa..
    chayok2!
    ;)

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group