Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Perlahan-lahan aku mengusap perutku yang semakin membesar. Hampir 8 bulan kini aku bergelar seorang isteri. Mencintai dan dicintai. Menemui takdirku disaat hati ini pasrah untuk mengenali erti cinta. Cinta yang buat hatiku terluka. Kenangan yang lalu membuatkan hatiku begitu terusik. Tapi kini segalanya berakhir setelah aku temui erti cinta yang sebenar. Sesungguhnya tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan aku bahagia dengan kehidupanku sekarang.
*****************************************
6 tahun yang lalu... "Hai, boleh berkenalan?" itulah detik pertama aku mengenali insan bergelar lelaki. Dimana ianya bakal merubah kehidupanku seterusnya. Aku mengenalinya bukanlah sekadar memandang rupa parasnya semata tetapi kerana keikhlasan yang terpancar dimatanya untuk mengenaliku. Sejujurnya hati ini takut untuk menerima kehadirannya. Memandangkan dia adalah salah seorang pelajar lelaki yang digilai oleh pelajar perempuan dikolejku. Tetapi semua itu bukan halangan untuk aku menambah kenalan aku. "Ahmad Danial" Ya, nama itu semakin lama semakin sebati dengan jiwaku. Keprihatinan dan sikap terbuka Danial membuatkan aku mulai membuka pintu hatiku sedikit demi sedikit. Semakin lama hati ini semakin tidak keruan bila bersamanya. Inikah cinta? Adakah perasaan indah ini adalah cinta? Adakah aku mencintainya? Adakah dia mempunyai perasaan yang sama? Dan entah kenapa pelbagai soalan sentiasa bermain dibenak fikiranku. Tetapi yang pasti aku senang berkawan dengannya.
Penghujung semester 2 bermulalah satu sejarah dalam hidupku. "Myra, saya berharap hubungan kita lebih dari seorang kawan," aku terkesima. Tidak ku sangka aku turut mendapat tempat dihatinya. "Errr........" aku kelu. Tetapi hakikatnya hatiku menjerit!! "Takpe Myra. Saya tak paksa awak beri jawapan sekarang. Tapi saya tetap akan nantikan jawapan dari awak," "Danial, apa yang boleh saya katakan saat ini, sekiranya kita ada jodoh kita pasti bersama," Tidak! Bukan ini yang ingin ku katakan. Ya! Yes!! Itulah yang ingin aku ucapkan kepadamu. Tapi.... Namun, senyuman yan terukir dibibir Danial cukup melegakan hatiku. Sekurang-kurangnya dia tidak berkecil hati dengan jawapanku. Aku nekad! Aku akan mencari masa yang sesuai untuk meluahkan perasaanku padanya. Semestinya hari itu adalah detik yang paling manis dalam hidupku.
3 minggu lagi bakal menjelang hari yang amat bersejarah dalam hidupku. Ulang tahun Danial yang ke 22. Aku sedang merangka persiapan untuk meraikan majlis itu. Rahsia ini aku sembunyikan baik Danial mahupun teman-temanku yang lain. Kerana saat ini aku nekad untuk meluahkannya. Sudah lama aku biarkan ia menjadi tanda tanya. "Myra, kau buat apa tu?" tegur Azlin teman sebilikku. "Eh, tak buat apa-apa. Baru balik ke?" "A’ah, baru je. Tadi aku tengok futsal. Siapa lagi kalau bukan pemain kesukaanku. Hensemnya Danial," kata Azlin sambil merebahkan tubuhnya ke katil. Aku tersenyum. Ya, Azlin. Memang aku tak nafikan katak-kata kau tu. Sudah acapkali aku mendengarkannya baik dari mulut kau ataupun buah bicara teman-teman yang lain. Cemburu juga hati ini bila orang sedang memperkatakan insan yang kita sayang. Aku cuma mampu mendiamkan diri memandangkan aku dan Danial tiada ikatan janji. "Myra, kau rapat dengan dia kan? Rekemen la aku dekat dia. Aku selalu jeling-jeling dia tapi dia buat tak tahu jer," aku hanya tersenyum. Berat rasa hati ini untuk menceritakan keadaan sebenar kepada sahabatku. Walaupun hakikatnya aku sudah tidak mampu untuk berahsia lagi.
Dua tiga hari kebelakangan ini aku jarang berjumpa dan berbicara dengan Danial. Sms yang ku hantar juga tidak berjawab. Adakah dia sibuk? Atau sesuatu terjadi kepada dia? Selalunya Danial sentiasa akan menunggu di luar bilik kuliahku tetapi kebelakangan ini dia tidak lagi menungguku. Perasaan ingin tahuku meluap-luap. Aku memberanikan diri ke bilik kuliah Danial yang terletak 2 blok dari blok bangunanku. Buat pertama kalinya aku menjejakkan diri di blok bangunan Danial. Debaran kian terasa. "Awak, tumpang tanya. Bilik kuliah Ahmad Danial di mana?" tanyaku kepada seorang pelajar perempuan yang kebetulan lalu berhampiranku. "Bilik yang paling hujung sekali," katanya dan aku mengucapkan terima kasih. Sebaik tiba di bilik tersebut, hanya kelihatan beberapa orang pelajar sahaja. Tiada seorang pun yang menyerupai susuk tubuh yang aku cari. Aku memandang di persekitaran bangunan tersebut dan pandanganku terhenti disepohon pokok ditepi padang. Sesusuk tubuh yang aku cari ternyata ada di sana. Dia tidak kelihatan sakit atau sedih. Keadaannya baik sahaja. Malah dia sedang bergelak ketawa bersama seseorang. Seseorang yang aku kenali. Azlin!! Apa yang sebenarnya berlaku? Mereka kelihatan sungguh mesra. Apa yang mereka bualkan? Macamana Azlin begitu mudah rapat dengan Danial sedangkan sebelum ini Danial tidak mengenalinya. Satu perasaan yang aneh hadir dalam hatiku. Rasanya perit dan sakit. Inikah yang dinamakan nikmatnya cinta? Aku bagaikan patung yang tak mampu bergerak ketika ini. Menyaksikan drama yang terbentang di hadapan mataku. Walaupun jaraknya lebih 10 meter tetapi ianya amat jelas dipandanganku. Dadaku merasa sesak. Nafasku bagai terhenti tatkala melihat Danial tanpa segan silu membelai rambut Azlin yang jatuh diwajahnya. Tidak tahan rasanya untuk melihat adegan seterusnya. Aku menguatkan diri melangkah pergi membawa kemelut di hati. Aku merebahkan diri dikatil sebaik tiba dibilikku. Perasaan ingin tahu semakin meluap-luap. Apa yang mereka bualkan? Apa hubungan mereka berdua? Entah kenapa tangan ini mudah sahaja menghubungi Danial. "Hello..." suaraku sedikit bergetar. "Hai Myra," "Awak sedang buat apa?" "Herm...saya sibuklah hari ni Myra. Ada discussion dengan group di perpustakaan dari pagi. Makan pun tak sempat lagi. Kenapa Myra? Awak rindu saya ke?" Bohong!! Jeritan pertama yang bergema di dalam diriku. Kenapa awak berbohong Danial. Kenapa? Sampai hati awak sembunyikan pada saya. Hatiku sebak. "Eh, takdelah. Ingat nak ajak awak makan malam hari ni," aku cuba menahan sebak di dada. "Alamak Myra. Malam ni tak bolehlah. Saya ada hal," tanpa sedar air mataku sudahpun mengalir. "Oh ye ke? Takde rezeki. Maybe next time," aku segera menamatkan perbualanku sebelum Danial menyedari keadaanku. Mana perginya janji dia untuk menanti jawapan dariku? Mana perginya kasih dia untukku? Atau semua ini adalah janji palsu semata? Entah kenapa aku rasakan hubungan aku dan dia selama ini adalah satu pendustaan. Atau Danial berkawan rapat dengan Azlin kerana dia teman sebilikku? Aduh, makin berat rasanya kepala ini. Semakin banyak persoalan yang tiada jawapannya. Semakin keliru kehadirannya dia dalam hatiku. Semburan minyak wangi milik Azlin memenuhi disegenap ruangan bilik kami. Wanginya... Aku memerhatikannya. Azlin sedang memperkemaskan dandanannya. "Kau nak keluar ke? Dengan siapa?" aku sekadar berbasa-basi. "Keluar dengan someone special," katanya sambil tersenyum. "Siapa?" "Adalah... Nanti dah tiba masanya aku bagitau okay," kata Azlin lalu beredar. Aku tidak mampu untuk berfikir lagi. Kejadian siang tadi masih bermain-main difikiranku. Setelah Azlin keluar aku merapati meja belajar Azlin. Bukan niatku untuk mencerobi batasan atau mencuri. Tapi hatiku betul-betul ingin tahu keadaan sebenar. Puas aku mencari dan akhirnya di salah satu buku Azlin terselit sekeping kad. Kad Undangan Ulang Tahun Ahmad Danial. Aku terduduk. Kenapa? Kenapa aku tidak dijemput? Atau ini kejutannya kepadaku? Yang pasti aku tidak tersalah pandang ketika Danial membelai rambut Azlin. Hatiku semakin kusut.
Hari yang dinanti semakin tiba. Tetapi aku masih tidak menerima sebarang undangan ke majlis Ahmad Danial. Aku masih menunggu dan terus menunggu. Rancanganku untuk membuat kejutan kepada Danial terkubur begitu sahaja. Danial pula semakin menjauhiku. SMS dan panggilan yang ku terima darinya sekadar bertanya khabar. Adakah aku bertepuk sebelah tangan? Adakah Danial bukan seorang yang benar-benar mencintaiku? Adakah ini semua silapku? Azlin tidak lagi bercerita mengenai Danial. Tetapi dia banyak menghabiskan hari minggunya di luar dan bergayut sehingga lewat malam. Adakah dia punya rahsia yang tidak aku ketahui?
Kini detik yang dinanti telah tiba. Hatiku pilu kerana sehingga kini memang tiada satu panggilan dari Danial untuk mengundangku ke majlisnya. Kini aku pasti bahawa aku bukan siapa-siapa buat dirinya. Kerana sifat ingin tahu, aku gagahkan diriku mengunjungi rumahnya. Setibanya aku di sana, aku terpaksa menyembunyikan diriku dicelah-celah tetamu yang lain. Lagaknya seperti sang pencuri. Aku tidak mahu Danial melihat kehadiranku yang tidak diundang. "Bukk!!" Kerana terlalu asyik berwaspada dari dilihat orang yang aku kenali, aku terlanggar seseorang. Baju putihku bertukar warna dan basah. "Maafkan saya," hanya itu yang mampu aku ucapkan tanpa memandang ke arah empunya diri. "Tak apa. Awak okay? Baju awak basah ni." Kata lelaki itu. Risau. "It’s okay. Salah saya. Saya pun memang nak balik ni. Maaf ya," kataku lalu berlalu. Malu rasanya dengan kejadian yang berlaku. Tiba-tiba langkahku terhenti. Dihadapanku kelihatan Ahmad Danial dan Azlin. Mesra. Tangan Danial dengan mesra merangkul bahu Azlin. Manakala Azlin sedang menyuapkan kek ke mulut Danial. Tetamu yang hadir bersorak gembira dan tepuk tangan. Semuanya gembira melainkan aku. Aku hanya mampu menitiskan air mata melihat semua yang berlaku. Dan kini aku pasti..... Aku bukan untuknya..
"Termenung apa tu sayang?" suara itu mengejutkan lamunanku. "Eh, abang. Bila balik?" "Dah lama. Termenung jauh sampai abang balik pun tak sedar. Termenung apa tadi?" aku memeluknya. "Sayang teringatkan kisah lama. Masa kita mula berjumpa dulu," kataku sambil tersenyum. "Owh, kisah sayang terhendap-hendap tu ye. Orang datang majlis ketawa dia datang majlis menangis," perli suamiku. "Alah, abang. Kisah lama," "Ya, memang kisah lama. Tapi kalau bukan kerana kejadian tu, mesti abang tak kenal dengan sayang," kata suamiku dan aku tersenyum. Ya, memang betul tu. Kalau bukan aku terlanggar dia dahulu mungkin sehingga kini aku masih bersendiri. Ahmad Danish. Itu nama suamiku. Abang kepada Ahmad Danial. Ketika ini aku berterima kasih kepada Ahmad Danial kerana dia, aku dipertemukan dengan jodohnya. Kini aku bahagia dengan kehadiran Ahmad Danish disisiku. "Tapi susah juga nak tackle sayang. 2 tahun abang mencuba. Kita berkawan berkongsi rasa suka dan duka dan akhirnya sayang terima abang. Terima kasih sayang," "Sayang yang patut berterima kasih dengan Danial. Kalau bukan kerana dia semua ni takkan berlalu dengan pantas," Danish mengangguk dan kami sama-sama tersenyum. Benarlah kata orang cinta yang hilang akan tetap diganti dengan cinta yang baru. Dan cinta yang hilang itu tidak semestinya indah seperti yang diharapkan. Cinta sentiasa ada untuk setiap insan.
b0d0 t0l la 0rg yg gelak kat atas tue,macam bg0s sgat,...crminla muka tue,k0t2 h0d0h ke,...dah nma p0n cerpen-cerita pendek,..nak panjang k0 g refer kat 0rg yg bt kmus dwan suh add pktaan cerpan-crita panjang,...kaw222222,.pdn muke,..g00d luck writer
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
glew pendek........kaw222222 writer x de idew aark