Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Nia nak pergi rumah Airin sekejap. Nia pergi dulu, ya?" ujar Dania meminta izin.
Dania sebenarnya tidak berpakat pun dengan Airin. Dia saja mahu ke rumah temannya itu.
Pon,pon!!! Kedengaran sebuah motosikal membingitkan teliga Dania. Penunggang motosikal itu ialah Amir.
"Woi, kata anak Dato’. Alah, tak akan naik basikal aje kot?"soal Amir sambil ketawa.
Dania hanya mengetap gigi menahan marah.
"Hoi, kau pernah mandi parit tak? Alah, tak bestlah kalau tinggal kat kampung tapi tak penah mandi parit." Sejurus selepas itu, Amir menghimpitkan motosikalnya dengan basikal Dania lalu…opps!!
Buah nangka dah jatuh da..!! buruk betul jadinya.
Dania jatuh ke dalam parit yang berada di situ. Mukanya yang sememangnya agak cerah bertukar dari putih kepada biru kemudian hijau kemudian ungu dan menjadi sangat merah.
Gelak Amir masih kedengaran.
"Tak guna punya mamat telinga piring astro.! Aku bagi kang." Ujar Dania.
"Apa kau kata? Kurang jelaslah. Anyway, kau hati-hati sikit duduk dalam tu sebab, dah ramai orang kena gigit dengan ular,tau!" ujar Amir membuatkan Dania berasa agak gelisah.
Dania seakan-akan mahu menangis. Dia begitu takutkan ular. Matanya memerah, hampir menangis.
Amir yang melihatnya berasa begitu simpati. Dia menghampiri Dania berhasrat ingin menolong gadis itu.
Namun,melihatkan keadaan Dania, satu idea mahu mengenakan gadis muncul apabila dia melihat kelibat seekor belut berhampiran Dania.
"Ular, ular!" jerit Amir.
Demi mendengarkan jeritan itu, Dania menarik tangan Amir lalu debuk..!!
"Wei, kenapa kau tarik aku? Tengok, sekarang aku dah basah!." Marah Amir. Namun, dia berasa begitu kesian apabila melihat Dania menangis teresak-esak sambil memeluk batang tubuhnya. Amir terkejut.
‘Aduhai, dia peluk aku lah pulak. Syok jugak. Hehehe..dahla tak ada orang ni."bisik hati Amir.
Amir perlahan-lahan mengusap rambut Dania yang basah lencun.
Bibir Dania terketar-ketar kerana begitu takut.
"Dania, sebenarnya tu bukan ular. Itu belut aje." Kata Amir. Sejurus selepas itu, Dania meleraikan pelukannya. Tangisannya terhenti. Mukanya memerah.
"Oh, awak kenakan saya,ya?" ujar Dania dalam keadaan marah.
"Aku saje je. Kau tu salah jugak. Peluk aku macam lah aku ni laki kau." Balas Amir sambil tersengih-sengih.
Namun, Dania tidak menolak apabila Amir menghulurkan tangan untuk keluar dari situ.
SELEPAS kejadian itu, Amir sering kali mengejeknya di sekolah sehinggalah suatu hari, perlakuan Amir dilihat begitu melampau.
"Kelas,korang semua nak tengok free show tak?" ujar Amir berdiri di hadapan kelas. Dia memang sudah dikenali dengan perangai gila-gila bahasanya itu.
Seluruh kelas memberi tumpuan terhadap Amir. Masing-masing ingin mengetahui apa yang ingin di tunjukkan oleh Amir.
Amir tersengih. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya lalu melemparkannya kepada Dania.
"Ular,ular!!" jerit Amir. Dek kerana terlampau terkejut, Dania meloncat-loncat sambil menjerit-jerit. Namun, jeritannya terhenti apabila dia menyedari bahawa ular itu hanyalah ular plastik sahaja. Seluruh kelas menjadi gamat mentertawakan Dania.
Dania yang menyedari keadaan itu berasa amat malu. Belum pernah lagi dia merasakan dipermainkan sebegitu. Matanya berkaca-kaca menahan tangis.
‘No, Dania. You can’t cry. Come on, Dania.’ Ujar Dania pada dirinya sendiri.
"Eleh, aku pun tak heran lah. Ngantuk adalah. Aku nak tidur dulu." Lalu, dia meletakkan kepalanya di atas meja dan menyembunyikan wajahnya.
Sebenarnya, Dania tidak tidur namun dia menangis. Dia juga begitu hairan, sejak dia berpindah ke kampung dia mula menjadi seorang yang lemah-lembut dan sensitif. Mana pergi sikapnya yang suka melawan pun dia tidak tahu.
Amir yang kembali duduk di tempatnya dapat mendengar tangisan Dania. Hatinya sedikit tersentuh. Sudah dua kali Dania menangis kerananya. Ah, perempuan!
Nalurinya mengasak untuk memujuk Dania namun, hatinya menegahkan. Kesudahannya, dia membiarkan sahaja Dania melepaskan tangisannya.
SETELAH dua hari peristiwa di dalam kelas itu terjadi, Amir dan Dania tidak bercakap walaupun sepatah. Dania senang dengan keadaan ini kerana tiada lagi pertelingkahan antara mereka namun, Amir berasa begitu sunyi. Dia sebenarnya mahu Dania sedar bahawa Dania tu taklah hebat mana pon. Kalau dia boleh membuli orang dulu, nah rasakan! Sekarang dia pula dibuli.
Cikgu ada memaklumkan kepada semua pelajar mengenai gejala ber ‘couple’ dikalangan pelajar yang semakin serius. Jadi, semua pelajar digalakkan memberi informasi agar perkara ini dapat dikurangkan.
Amir mendapat satu cadangan untuk menyakitkan hati Dania. Dia memaklumkan kepada guru disiplin bahawa Dania mempunyai hubungan dengan seorang pelajar tingkatan 6 Atas yang kebetulan begitu meminati Dania. Dia menyuruh Amir agar menjadi posmennya dan Amir menukar isi surat itu lalu memberikannya kepada Encik Yusry.
" Dania. Sila ikut saya ke bilik sahsiah." Panggil Encik Yusry di suatu petang.
Dania tanpa kata hanya menurut langkah Encik Yusry. Dia berasa agak tidak senang dan sekarang pasti semua pelajar kelasnya memandang serong terhadapnya.
"Awak ada hubungan dengan Farid ke?" soal Encik Yusry. Dania terkejut.
"Tak ada cikgu. Malah, saya tak kenal pon dia ni cikgu." Ujar Dania.
"Saya jumpa surat cinta yang Farid kasi kat awak. Masih bersekolah, sudah pandai bercinta. Awak nak Dato’ Zahari tahu ke?"
Dania terkejut. Dia sanggup melakukan apa sahaja tapi, janganlah melukai hati papa dan mamanya.
Farid juga diasak perkara yang sama namun, dia hanya diam seolah-olah mengakui bahawa semua itu benar.
"Cikgu, maafkan kami. Kami janji tak akan mengulangi lagi." Kata-kata Farid seakan-akan mengesahkan segalanya itu benar.
‘Cis, tak guna Farid! Aku panggil geng-geng lama aku suruh kerjakan kau kang.’ Bisik Dania dalam hati.
Dania yang melihat isi kandungan surat itu berasa ingin muntah. Seumur hidup dan sesosial-sosialnya pun, dia belum pernah lagi ber ‘couple’.
"Saya bagi kamu dua pilihan. Memanggil ibu bapa kamu ke sekolah ataupun kamu berdua mesti disandingkan di hadapan semua pelajar di perhimpunan bagi menjadi tauladan kepada semua" ujar Encik Yusry.
Dania tersentak. Dia tiada pilihan. Salah satu harus dipilih.
"Baiklah. Saya rela disandingkan di perhimpunan asalkan keluarga kami tidak mengetahui hal ini." Jawab Dania. Manakala, Farid hanya terangguk-angguk mempersetujuinya memandangkan ayahnya juga seorang yang teramat garang.
"Baiklah. Semuanya dah selesai. Kamu boleh ke kelas masing-masing." Arah Encik Yusry.
"Kenapa awak tidak menafikan perkara itu?" soal Dania kepada Farid setelah mereka menaiki tangga menuju ke kelas.
"Go to the hell with your stupid love. Remember, I hate you so much!" jerit Dania kepada Amir.
Dia berlari memasuki kelas. Semua ini harus dilupakannya. Dia redha menanti saat yang memalukan esok.
Ketika dia memasuki kelas, semua orang memandangnya. Dia buat-buat tidak tahu dan cuba sedaya mungkin menahan tangis. Hanya Airin tempat dia meluahkan rasa.
TIBA saat yang dinantikan. Dania dan Farid disandingkan di perhimpunan pagi. Sepanjang sesi itu, Dania hanya menundukkan kepala. Dia merasakan ingin meminjam kulit ayam sebentar kerana kulitnya saat itu dirasakan cukup nipis.
Cikgu menyatakan bahawa jangan bercinta pada zaman persekolahan dan mengugut kepada sesiapa yang ditangkap bercinta selepas ini akan dikenakan hukuman yang lebih berat lagi.
Selesai sesi itu, giliran guru-guru lain berucap. Dania meminta izin pengawas untuk ke tandas. Matanya merah menahan sebak dan malu. Namun, langkahnya tidak ke tandas, sebaliknya dia menuju ke tangga di bangunan blok C. Dia menghamburkan tangisannya puas-puas.
"Mama, papa..Dania malu. Dania malu.! Papa, percayalah, Dania tak buat pun semua tu. Dania dah berubah namun kenapa semuanya jadi macam ni. Mama, Dania dah cakap tak nak datang sini tapi, mama paksa jugak. Sebab sayangkan mama dan papa, Dania ikut jugak." Tangisan Dania semakin menjadi-jadi. Amir yang mengekorinya hanya diam melihat Dania. Dia berasa serba- salah kerana dia lah punca semuanya yang berlaku. Perlahan-lahan dia menghampiri Dania.
Amir memegang bahu Dania.Dania terkejut! Dia mendongak mahu memastikan gerangan siapakah itu. Setelah dilihat itu ialah Amir, dia berusaha menjauhkan diri.
"Awak, kenapa semua orang tak suka saya? Hina sangat ke saya sebagai orang bandar?" tanya Dania dalam keadaan sebak.
Amir merapatkan kedudukannya. Begitu hampir sehinggakan nafas Amir dapat dirasakan di telinga Dania. Dania gementar. Jantungnya begitu laju dirasakan.
"Kau tak salah apa-apa.Kau dah cukup baik bagi aku. Diorang semua tu yang buta." Kata Amir lembut sekali. Dania tergaman. Air matanya sudah kering namun, gementar pula dirasakan.
"Apa..apa awak cakapkan ni?" soal Dania gementar.
"Syy..mulai sekarang aakuu err Amir akan melindungi Nia. Tiada lagi orang yang akan berani mengata Nia." Dania terharu. Air matanya mengalir semula. Murahnya air mata dia hari itu.
Amir sudah nekad mahu berbaik-baik dengan Dania. Dia sedar, dia sebagai lelaki seharusnya melindungi dan membimbing perempuan. Bukannya menindas mereka.
"Tapi, awak kan tak suka saya. Awak kan benci saya?. " Tanya Dania. Kepalanya ditegakkan bersama linangan air mata.
"Tak adalah. Mir tak pernah benci Nia. I’m so sorry." Tanpa sedar, Amir menarik kepala Dania ke dadanya. Mereka berdua hanyut dalam perasaan masing-masing. Mujurlah, tiada siapa berada di situ namun mereka lupa bahawa Allah melihat setiap perkara mungkar yang dilakukan oleh hambaNya.
Sejak dari itu hubungan mereka bertukar akrab. Tiada lagi pertingkahan yang berlaku namun, mereka menjadi sahabat sejati.
ade pun smbungan.. penat dah tunggu.. menyentuh ati lah n3 kali ni.. cpt2 lah smbung.. x sabar dah..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hmm..smbungan 2 eh..wah, menusuk aty btol..