Khamis, Oktober 15, 2009

Novel : Tali mawarku 6

Nama Pena : Ain Azmadeey

tunangan orang ye....

"Assalamualaikum puan," Hana terdongak mendengar suara Ikram yang sedang memberi tabik hormat kepadanya.Dia tersenyum kecil kemudian cepat-cepat mematikan senyumannya. "Puan? Aku belum kahwinlah..." balas Hana kasar. Dia tahu, kedatangan Ikram hanya akan menggetuskan kekacauan.
"belum ya? sorry.... muka awak macam makcik-makciklah, saya terconfuse," Ikram sengaja menambah suhu didih di hati Hana. hana meneguk air minuman disebelahnya cuba untuk tidak mengendahkan kata-kata Ikram yang sedari tadi berada di muka pintu biliknya. Hana setia menunggu kehadiran Datin Faizah, ibu Haiqal untuk menyarungkan cincin bagi sesi pertunangan ini.
"Tumpang lalu tuk," kata Hana cuba melepasi Ikram yang menghadang pintu bliknya. " Nak ke mana nek?" balas Ikram. Hana kembali ke katilnya. 'nasiblah...nasib, bakal bersedara dengan jembalang tanah kepala tiga, Ikram memang tak ada kerja lain, kerja menyusahkan aku seumur hidup. Eh? lebihlah tu... '

"Eh, Ikram dah datang? mana Mak Long kamu ni... orang dah ramai datang, dah ada yang balik pun, tapi tak apalah..." Kata Puan Limah, Ikram menggaru kepalanya yang tidak gatal. manalah saya tahu makcik...saya bukan laki dia pun, "tak tau sudah," balas Puan Limah akhirnya apabila melihat Ikram kekal tersengih tidak bereaksi.
"apalah punya sedara... sedara sendiri pun tak tau," kata Hana perlahan, tetapi masih sempat didengari Ikram. "bakal mak mertua pun tak tau ke?" perli Ikram kembali, sinis.
"belum lagi, kau tu sedara kan.. dah ada pertalian darah kan," kata Hana marah, tetapi dngan nada yang sengaja ditenangkan supaya dia kelihatan berwibawa membidas kata-kata Ikram. "Masalah kau ke sekarang kalau aku tak tau dia kat mana, makan tepung karang..." ugut Ikram. Hana mencebik membetulkan selendangnya. "Takutnyalah aku...". Ikram merengus geram kemudian beredar tidak membalas kembali kata-kata Hana.

Hana sekadar tersenyum apabila melihat Balqis didalam biliknya. semenjak dua menjak ini, mereka cuba untuk berbaik, walaupun membesar bersama. Hana tidak pernah berpeluang bergaul mesra dengan mereka. Mungkin kerana Naqib dan Balqis juga kehilangan ayah, mereka merasakan perhatian Puan Limah sedikit sebanyak dicuri Hana.
'kenapalah...aku kena tunang segala tunang ni dulu, makcik ni memang tak sabar, takut aku jadi anak dara tua le tu... Balqis ni ha, tak laku ke? pereka fesyen lagi tu...aku? dengan atuk cucu 64 pun tak apa, tapi kenapa aku jugak yang ditunangkan mak cik dulu... pelik-pelik'
"Apa yang Hana tengah fikir tu?" soal Balqis lembut. Hana tersengih 'Fuyyoh.... aku dah baik ke dengan Balqis? ajaib! apa nak jawab ni... alamak! lidah terkelu tak terkata, aku ni bercinta dengan Balqis pulak ke? say something please Hana...'
"Kahwin" hanya itu yang mampu dijawab Hana, dia sendiri terkasima dengan jawapannya. Yes! berjaya mengungkapkan sesuatu akhirnya! walaupun jawapan itu agak aneh sebenarnya. Balqis tergelak kecil, 'kena gelak? tak kisah...dapat berbaik pun cukuplah'
"Takut kahwin ke?" soal Balqis. entah apalah yang difikirkannya. Hana ragu-ragu. Eh, bukan takut kahwinlah... "kenapa Tak tunangkan Balqis dulu? Hana kan muda lagi..." Kata Hana lambat-lambat, bimbang sekiranya ada hati yang akan terguris, tetapi Balqis kekal dengan senyumannya. "Sebab, Balqis tunggu Lovers Balqis balik dari Australia lagi lima tahunlah sayang..." balas Balqis. Hana terkasima. lama tu...
'kalau aku dah cari lain dah...' tetapi Hana hanya berbisik sekadar dihatinya sahaja.
Naqib juga masih belajar di Rusia, hanya Hana yang mahu menyambung pelajaran di UM, katanya belajar di dalam negeri lebih baik, walaupun dalam diam, dia bercita-cita untuk menyambung pelajarannya ke peringkat Master di England.
"Maklong aku dah sampai," kata Ikram yang muncul tiba-tiba. Hish Ikram ni...macam cerita Harry potterlah pulak. aneh-aneh ajalah. Balqis meluru keluar mendapatkan Datin faizah, meninggalkan Hana dengan ditemani Ikram di muka pintu. Dia tak berani masuk bilik anak dara... Hana tersengih.
"Hana... Congratulations!" kata Ikram tiba-tiba mengunjukkan ibu jarinya, Hana tercengang. kata-kata tersebut dirasakan kata-kata yang paling berharga pernah diterima daripada Ikram buatnya. "Jangan lukakan Haiqal lagi..."

kehadiran datin Faizah menggamatkan suasana apabila rakan-rakan Hana turut menyertai upacara menyarungkan cincin tersebut. Kini, Hana sudah sah menjadi tunangan orang. Aku bukan bini orang lagi pun... Datin faizah mengucup lembut dahi Hana. Hana masih dengan senyumannya walaupun dia merasakan pipinya sudah kekejangan. "Hana nak sembahyang zuhur kan?" soal Ikram dari belakang dengan kuat. seolah-olah memahami riak wajah Hana yang sudah kepenatan. Hana mengangguk laju sekadar mengiakan. "Hana keluar dulu ya..." kata Hana bingkas menuju ke arah tandas, tidak mengendahkan tetamu Makciknya yang lain. 'cayalah Ikram, you are my superman today...sakitnya pipi aku,'

****

"How's Hana Ma?" soal Haiqal, dia tidak dibenarkan ke rumah Hana sehari suntuk. Datin Faizah tersenyum melihat anak lelaki kesayangannya. Sudah lama dia berkenankan Hana, dan hasrat hatinya itu segera disuarakan kepada Puan halimah, rakan baiknya sendiri. Hana gadis yang tidak terjejas dengan keruntuhan fesyen zaman kini. Gadis itu berjaya menawan hati tuanya. "Cantik...kan Ikram?" soal Datin Faizah kepada anak saudaranya. sengaja dia mengundang kakaknya untuk ke rumah malam itu, Ikram juga turut sama berkepit dengan ibunya. Maklumlah, kakak dan Abang telah bekerja ke luar kota, adiknya pula menuntut di kolej, hanya Ikram, Ibu dan ayahnya sahajalah yang mengisi kekosongan di rumah sederhana mewah mereka. "ish...cantiklah Qal, macam patung pagoda..." balas Ikram dalam nada gurauan kemudian mentertwakan Haiqal. Puan Hazarina menepuk paha Haiqal, keletah anaknya masih tidak berubah. susah hendak serius.

Haiqal hanya tersengih, menepuk-nepuk bahu Ikram. sepupunya ini hanya tiga tahun lebih muda darinya, tetapi kematangan mereka tampak berbeza. "Ina, ikut akak kejap, tolong pilih kad dekat belakang," kata Datin Faizah, lalu, mereka pergi meninggalkan Haiqal dan Ikram sendirian. "Kau pergi tadi?" soal Haiqal. Ikram mengangguk, tangannya lincah menekan butang telefon bimbit.
"Aku dah bagi warning dekat dia Haiqal, kau jangan risau...kalau dia cuba apa-apakan kau, aku goreng dia jadi KFC," Haiqal tersengih mendengar kata-kata sepupunya. Haiqal termenung, dia masih pening dengan berita yang baru diterima petang tadi. apakah dia patut menceritakannya kepada Ikram.
"Ikram..." Haiqal mengeluh seketika. masih berkira-kira "Ana dah putus tunang dengan Daniel Abdullah,"
Ikram termanggu sebentar, "kau nak kembali pada dia ke?" soal Ikram. Haiqal menjungkit bahu, berperang dengan perasaanya sendiri. "Haiqal... fikirlah betul-betul, kau akan kahwin dalam tempoh 5 bulan dari usia pertunangan kau sekarang, you better think it fast,"
kata Ikram serius. tempoh ini, Ikram berjaya membawa watak lelakinya dengan matang. Namun dia juga tidak sampai hati sekiranya Hana merasakan dirinya dipermainkan dengan saudara Ikram sendiri. Justeru itu, Haiqal perlu bermain dengan situasi.
"Aku berjanji akan belajar mengasihi Hana dulu....mungkin aku dapat cuba..."

5 ulasan:

  1. cptlar smbg

    BalasPadam
  2. Hye.,..mgg nak jemput pembaca setia nOvel jOin my blog and komen my first nOvel k ? :)

    BalasPadam
  3. nk blog u pls!!!~~~

    BalasPadam
  4. cepat-cepat la sambung yer...

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan