Khamis, Oktober 08, 2009

Novel : Tali mawarku 5

Nama Pena : Ain Azmadeey

"Bertunang?" Nisa dan beberapa orang rakanku yang lain hampir serentak mengutarakannya. Aku tersenyum nipis. Yang korang pelik sangat ni kenapa... biasalah tu, i\'m not a little girl anymore. eceh... Aku mengangguk mengiakannya, Dah besar Hana rupanya... "Aku ingat kau nak tunggu umur 3o baru nak kahwin ke, kau tak pernah kawan dengan laki pun dah nak bertunang?" kata Shaza kelihatan teruja. Aku yang nak bertunang, kau teruja buat apa....

"Laki mana tu?" soal Nisa pula. Aku mengunyah nasi goreng dihadapanku perlahan. Mata rakan-rakanku kini tertumpu padaku, mengharapkan jawapan. "Rahsia punya kes... nanti datang jelah," balasku pendek, sebenarnya... aku pun tak taulah lelaki mana sebenarnya yang akan jadi tunang aku tu, tapi yang penting, matanya yang redup tampak menyenangkan. orang baik-baik tu... tak kisahlah, bukan perogol bersiri sudah.... Nisa menolak kepalaku, tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Aku haya sekadar membalasnya dengan kerlingan tajam. Tiba-tiba kotak fikiranku melayang mengingati memori yang telah tercipta dulu. Deeyana, Azra, Madihah, Ain dan Hani. seandainya mereka ada di sisiku kini, pasti aku akan menjadi lebih bahagia. Namun, peristiwa itu....
Ah! aku tidak mungkin akan berjumpa lagi dengan mereka, walaupun mereka...Tali mawarku.

"Handsome tak?" soalan Suhaila mengembalikan aku ke dunia nyata. Aku mengerutkan dahi berpura-pura berfikir. Mr.Tuxedo aku mestilah Handsome.. kalau tak, aku reject. "Lagi kacak, tampan bergaya daripada Fariz kaulah kot..." kataku sengaja mengenakan Suhaila yang sudah memuncungkan bibirnya. eloklah tu... aku ikat buat ampai kain kang!
Aku menjalani kehidupan selama 3 minggu ini setelah aku kembali daripada bercuti dengan perasan yang tenang, maksudku, Ikram tidak datang untuk mendajalkanku atau membalas sebarang dendam yang kesumat dihatinya. sekurang-kurangnya aku boleh bernafas lega. Dan selama 3 minggu ini jugalah, Haiqal kerap juga melawatku, tetapi... aku masih berasa kekok dengannya. selama itu jugalah bermacam-macam alasan diberikan kepada Nisa untuk keluar berseorangan bagi mengelakkan Nisa mengenali Haiqal.

*****

Aku melangkah beriringan dengan mereka untuk balik ke asrama puteri. Perbualan tetang hari pertunanganku telah pun aku tamatkan sebentar tadi. Kalau dibiarkan meleret-leret nanti...
"Hana, mak cik kau buat kenduri besar tak?" soal Nisa padaku. Tak habis lagi... " Aku tak tau, Aku tak terlibat walaupun yang bertunang tu aku, biarlah orang lain nak excited pun. Macam mak cik aku pulak yang nak kahwin," balsku, Nisa tergelak kecil. Aku tak buat lawaklah...
tiba-tiba, mataku menangkap susuk tubuh seseorang di depan pintu pagar Aspuri, aku tidak jadi meneruskan langkah. Beberapa orang mahasiswi tampak membalas senyuman lelaki itu.
"Nisa... Kari daginglah aku," kataku perlahan. Nisa memandangku hairan.
"Kau lapar lagi? baru tadi makan..."
Ops! terlambat. Ikram telah berjaya mengesan kod kedududanku, seperti biasa aku terus berlari membiarkan Nisa termangu-mangu kerana aku menarik tangannya turut membabitkan dirinya dalam adegan ini.

"Tunggu... aku tak buat apa-apalah... aku datang ba..wak..pes..pesanan," Ikram sudah tercungap-cungap melaung padaku. Aku dan Nisa yang semput akhirnya terhenti dalam jarak 2 meter daripadanya. beberapa pasang mata kini memandang ke arah kami. "Boleh percaya?..ke?" soalku turut tersekat-sekat. Ikram mengangguk laju, aku mempercayai kata-katanya. Mungkin ada pesanan daripada ibu Haiqal, Memandangkan Ikram anak saudaranya, aku mempercayai kata-kata Ikram untuk kali ini.

"Yang kau takut tu kenapa?" soal Ikram apabila kami sudah berhampiran dengannya. Sebab kau tu jembalang tanah... "Pesanan apa?" soalku, kadar pernafasanku kini sudah mula teratur. Nisa disebelahku memandang Ikram dengan perasaan jengkel. "Ni..." sebuah bungkusan di dalam begnya dikeluarkan, aku tersenyum, mungkin hadiah daripada Haiqal, Haiqal asyik mengirimkan Hadiahbuatku sehingga aku jadi malu untuk menerimanya. sebelum... Habis seluruh tubuhku putih disalut tepung yang dengan mudah ditumpahkan Ikram ke atas kepalaku yang hanya separas bahunya. Eh, rendah betul? tinggi sikitlah... Terlopong Nisa memandangku, seketika, aku tergamam. "Mak cik suruh kau balik awal sikit Jumaat ni...kau kan nak bertunang sabtu tu, nanti kenduri kau, aku datang!"
Ikram terus berlari meninggalkanku yang masih tergamam disitu dengan keadaan sekeliling yang sedang menyaksikanku ibarat aku baru berjaya melaksanakan pementasan teater. Nisa masih lagi terlopong melihat adegan yang baru disaksikannya.Padan muka aku! tak pasal-pasal jadi tugu. Nisa, sudah-sudahlah tu... Lalat tempah bilik dalam mulut kau tu kang.

"Ikram...!" Aku menjerit lagi. Perasaan amarahku padanya masih lagi membara. Aku taulah dulu kau jatuh kolam, tapi yang tu... aku tak berniat, kak Maz yang buat. Sakit hatiku atas perbuatannya tadi.
"Dah-dahlah tu..." kata Nisa memujukku. Aku mengesat rambutku yang basah dengan kasar. Marahkan Ikram, rambut yang terima natijahnya, nasib aku bertudung, kalau tidak, susah pasti sukar membersihkan tepung yang melekat dirambut.

"Kau ada buat apa-apa ke dekat dia sebelum ni?" soal Nisa, aku tidak menghiraukan soalan tersebut. serabut... Nisa melabuhkan pungungnya disisiku sambil menepuk-nepuk bahuku menyuruh aku bersabar. "Kau akan jadi salah seorang keluarga Ikram tu jugak nanti, mintak-mintak suami kau tak seteruk Ikram tu," Kata Nisa sambil tersengih, Aku memonyokkan muka,masih terpandang-pandang akanku senyuman sinis siswa-siswi yang melihatku sebentar tadi. Aku menggetus geram. Malam itu aku melelapkan mata dengan hati yang masih lagi kekal tahap suhu didihnya.

******

Puan Hazarina menggeleng perlahan melihat tingkah anaknya yang tersenyum-senyum melangkah masuk ke dalam rumah, "Dah beritahu Hana dah, suruh dia balik awal sikit, Mak cik dia nak padankan baju..." Kata Puan Hazarina. Ikram yang sudah menghadap television, memperlahankan suara television tersebut sebelum mengangguk ke arah ibunya. Dia tersengih mengenangkan peristiwa tadi, pasti selepas ini, dia akan dikenakan kembali. suka hati dia je lari dari aku ya...
"Ibu tengok Ikram asyik tersengih dari tadi...kenapa?"soal Puan Hazarina lagi, huh? Ikram kembali memandang ibunya. Ikram sengih ye mak... "Tadi Ikram buat patung pagoda bu, warna putih, cantik Ikram tengok bu..." balas Ikram. Puan Hazarina hanya mampu menggeleng dengan tingkah anak keduanya yang masih belum matang walaupun sudah menganjak ke usia 25 tahun.

"Ibu... kenapa nak tunangkan Haiqal cepat sangat?" soal Ikram tiba-tba. matanya tidak lepas menatap kaca TV. "Kamu pun nak ke?" soal Puan Hazarina kembali. Apa salahnya Bu... tapi kalau aku, kahwin teruslah senang.
"Ikram, kerja Ikram tu buat elok-elok, jangan asyik nak menganggur je... kalau Ikram kena buang kerja lagi, Ibu tak nak tolong tau," kata Puan Hazarina mengingatkan anaknya. yelah bu... Ikram hanya mendiamkan diri, bekerja di syarikat Haiqal dan berada di bawah naungannya bukanlah merupakan pekerjaan yang diidamkan. Ikram hanya mampu mengeluh, Haiqal merupakan bos yang baik baginya, cuma dia merasakan suatu hari nanti dia juga perlu memulakan bisnes sendiri sepertimana Haiqal menjadi CEO disyarikatnya sendiri. takkan sampai ke tua dia nak mengharapkan makan gaji daripada Haiqal. Ikram memasang angan-angannya sendiri, mengharapkan suatu hari nanti, mimpi ini akan menjadi kenyataan.

2 ulasan:

  1. best
    cepat2 sambung good luck

    BalasPadam
  2. caiyalah!!! teruskan usaha anda....

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan