Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Cantiknya kain ni, Lia. Di mana Lia beli?" Tanya Datin Syarifah sambil membelek-belek dirinya di hadapan cermin. Gembira sungguh dia mendapat baju baru, apatah lagi baju itu dijahit oleh menantu kesayangannya.
Maria hanya tersenyum melihat gelagat ibu mertuanya. Soalan itu dibiarkan sahaja. Yang penting, datin sukakan hadiah yang diberi.
"Eh, dah pukul enam ni. Syam tak balik-balik lagi. Tak berubah lagi ke perangainya?" Tanya datin tiba-tiba. Rasa marah timbul dalam hati mengenangi perangai anak lelaki tunggalnya itu.
Deruan enjin kereta kedengaran memasuki pekarangan rumah.
Maria menghembus nafas. Lega! Tidak perlu menjawab soalan tadi. Tetapi, hairan juga dia. Hisyam pulang awal hari ini? Entah apa mimpi suaminya semalam?
Hisyam terkejut melihat Maria tersenyum menyambut kepulangannya. Walau kelihatan hambar, diri terasa segar. Penat seakan hilang.
"Assalamualaikum, sayang. Lia tunggu abang?" Soalnya. Tubuh isteri cuba diraih namun dielak oleh Maria.
"Mami ada!" Bisiknya lalu mencapai beg kerja Hisyam dan mendahului lelaki itu masuk ke dalam rumah.
Hisyam melepaskan keluhan. Kiranya senyuman tadi bukan untuknya. Senyuman itu hanya satu cara bagi menyembunyikan pergeseran mereka agar tidak dapat dihidu oleh ibunya. Hampa!
Hisyam segera mendapatkan mami. Menyalami dan mencium dahi ibu, penuh kasih sayang.
"Dah lama mami sampai?" Tanya dia. Cangkir kopi yang diunjukkan oleh Maria disambut. Maria kemudian ditarik supaya duduk di sisinya.
"Dah sejam. Cadangnya nak makan malam kat sini bila ayah balik dari padang golf nanti." Jawab ibunya sambil tersenyum, mungkin berasa puas melihat tangan Hisyam yang memaut mesra bahu menantunya.
Maria rimas namun senyuman dan lirikan mata mami memaksa diri agar dia redha dengan perlakuan Hisyam yang mengada-ngada itu.
"Gulai ayam, Syam. Tumis buncis, daging masak kicap. Ada sambal belacan kegemaran ayah lagi! Untuk kamu, masak lemak ketam pun ada. Tentu kamu suka." Datin Syarifah memberitahu.
"Hmm, sedapnya! Kalau macam tu, Syam nak naik mandi dulu, mami. Busuk ni!" Hisyam berkata sambil menarik tangan Maria untuk bangun. "Jom." Bisiknya.
Dengan hati yang berat, Maria terpaksa menurut kemahuan Hisyam. .....................
Bulat sepasang matanya merenung keadaan bilik yang seperti tongkang pecah. Berserabut dengan pakaian Hisyam yang bersepahan di atas lantai.
"Kenapa terkejut? Macam bilik orang tak ada bini, kan?" sindir Hisyam.
Maria diam. Dia terus sahaja mengutip kain-kain yang bertaburan dan memasukkan ke dalam bakul. Geram rasa hati. Dia tahu, itu adalah cara Hisyam melepaskan kemarahan terhadap dirinya yang sudah seminggu tidak memasuki bilik itu.
Tiba-tiba dia terpandang beg pakaian suaminya di suatu sudut. Beg itu selalu Hisyam gunakan jika dia ingin ke luar negeri. Serta merta wajah suami yang baru keluar dari bilik air dipandang.
"Abang ajak Lia naik sebab nak beritahu tentang itulah." Kata Hisyam sambil menjuihkan bibir ke arah beg. Kemudian dia merenung Maria yang sudah duduk di birai katil. "Lusa abang akan ke Afrika Selatan."
"Lusa? Abang nak pergi lusa? Jadi, bila sebenarnya abang nak beritahu Lia? Atau memang abang tak nak beritahu?" Maria menyindir.
"Dah lama perkara ni diatur. Cuma, abang tak ada masa nak beritahu Lia."
Maria menjuihkan bibir. Tak ada masa, konon? Sakit hatinya mendengar alasan itu. Kecil hatinya tetapi dia tidak mahu bertikam lidah dengan Hisyam. Ibu mertuanya ada di bawah. Apa nanti yang akan difikirkan oleh mami jika dia menunjukkan muka yang masam?
"Abang tahu Lia marah sebab abang tak beritahu Lia lebih awal. Abang minta maaf. Abang sibuk sangat sampai terlupa. Sebenarnya, dah lama syarikat merancang nak pergi tapi sebab ada masalah hari tu, rancangan ni ditunda. Memandangkan semua dah ok sekarang, abang rasa inilah masa yang sesuai untuk ke sana. Peluang melabur di Afrika Selatan amat luas, Lia. Jadi, kesempatan ini tak boleh dilepaskan." Panjang lebar Hisyam memberitahu.
"Kalau mami tak datang, abang tak akan beritahu Lia. Betul, kan?" Soal Maria sepi, mengelak pandangan tajam Hisyam kepadanya.
"Lia tak nampak ke abang balik awal hari ini?"
"Baik tak payah! Dah terpaksa, takut mami dengan ayah tertanya-tanya, barulah cakap yang abang terlupa nak beritahu Lia. Mengaku ajelah yang Lia ni dah tak penting lagi pada abang! Kan senang?" gumam Maria.
"Abang dah ambik cuti, dah. Ingat malam ni nak ajak Lia keluar. Dinner. Nak beritahu masa tu nanti. Then, abang nak habiskan masa sepanjang dua hari ini dengan Lia. Kita berdua saja!" Balas Hisyam, menolak kemarahan yang mencuit di penjuru hati. Menarik nafas dalam-dalam. Cuba menolak kemarahan jauh-jauh.
"Kali ini, abang pergi agak lama. Mungkin tiga minggu." Tambahnya. Melihat Maria yang diam, dia terus memberitahu lagi, "Maafkan abang, Lia. Abang mengaku salah. Abang tak sepatutnya buat macam ni. Lia isteri abang. Lia sepatutnya orang pertama yang abang beritahu. Tolonglah, tolong jangan marah abang lagi! Kita ada dua hari saja. Abang tak nak tinggalkan Lia dalam keadaan sedih dan marah-marah. Nanti satu kerja pun abang tak boleh buat di sana. Lia baik, kan? Lia maafkan abang, ya?"
Sudah terlalu lama Maria menunggu Hisyam merayunya seperti itu. Seperti yang selalu dilakukan dahulu. Kata-kata yang penuh kelembutan. Bisikan yang kini membuai perasaan. Yang bisa membuat hati terpujuk. .............................
"Bila dah ada di sana nanti, jangan sampai lupa nak telefon kami pulak."
Hisyam ketawa mendengar bebelan ibunya. "Insya-ALLAH. Kalau ada masa, Syam akan telefon."
Maria ketawa melihat telatah ibu mertuanya. Dan Hisyam bahagia memerhati isteri. Sudah lama tidak dilihat keriangan di wajah itu.
Mereka kini berada di KLIA untuk menghantar Hisyam dan rombongan perdagangan yang disertainya pergi ke Afrika Selatan. Kapal terbang dijangka berlepas jam 2.00 petang.
Tiba-tiba...
"Hai, Syam. Maaf, ya! I lambat sikit. Dah lama sampai?"
Kalau degupan jantungnya dapat didengari saat itu, pasti bunyinya kuat sekali. Pasti deruannya amat kencang! Membawa pergi cairan merah jauh dari wajah sehingga pucat ditoreh tidak berdarah.
‘Apa yang dibuat oleh gadis itu di sini? Mengapa dia membawa beg seperti suaminya? Apakah dia juga akan ke luar negara? Ke mana? Aduhai...ke manakah lagi? Bukankah soalan tadi sudah menyampaikan maksud?’
Sudah pasti, Salina juga akan pergi ke Afrika Selatan! Bersama-sama suaminya!
Maria mula gusar. Mula terasa marah. Marah kepada perempuan itu. Marah kepada suaminya. Entahlah. Rasa ingin sahaja dia membaling sesuatu kepada kedua-duanya. Biar bengkak muka Salina! Biar wajahnya itu cacat! Biar kaki Hisyam patah! Langsung tidak boleh bergerak!
Mungkin Hisyam menyedari kemarahan di dada kerana suaminya kini sedang memeluknya dengan erat sekali. Sepasang mata yang sedang merenung dirinya seolah-olah meminta pengertian.
‘Pengertian? Untuk apa? Supaya aku tidak membuat kecoh? Begitu?’ desis di hati Maria.
Datin yang turut berasa geram lantas bertanya, "Lin pun ada? Ayah tak ikut sekali?"
Salina ketawa manja. "Daddy dah amanahkan syarikat tu pada Lin, auntie. Jadi, apa-apa pun, Lin lah yang kena pergi ke sana ke mari."
"Syam, kamu tak beritahu pun yang Salina pergi sekali?" Tegur Datin Syarifah kepada anak lelakinya. Keras!
Hisyam mengeluh. Ingin sahaja dia berkata bahawa dia sembunyikan perkara ini kerana tidak mahu Maria membuat hal lagi. Tidak mahu Maria susah hati.
"Salina pergi mewakili syarikat ayah dia, mami. Syam tak kisah kalau dia nak pergi sama. Trip ni akan beri keuntungan pada sesiapa juga. Kenapa nak halang rezeki dia pulak?" Jawabnya tegas.
"Mami you takut nanti I tackle you, Syam. Takut nanti bila kita balik, I jadi bini nombor dua you?" Sindir Salina sambil ketawa-ketawa.
Maria tidak dapat mengawal diri lagi. Dia menarik muka masam.
Datin yang mengerti perasaan menantu segera membalas, "Memang pun! Auntie cukup takut kalau itu berlaku. Bagi auntie, cukuplah Maria sorang jadi isteri Hisyam ni. Auntie tak sudi perempuan lain ambil tempat dia. Atau jadi madu dia, walau cantik macam mana sekali pun."
"Tak apalah kalau macam tu! Tapi ingat, Syam! Kamu tu ada isteri kat sini." Mata tajam menatap wajah kacukan itu. Datin memberi amaran, "Lin, pandai-pandai jaga diri. Awak tu perempuan. Tak baik mengejar suami orang. Rasa-rasanya, banyak lagi orang bujang dalam dunia ni. Insya-ALLAH, jodoh Lin akan ada juga nanti."
Hisyam ketawa besar mendengar celoteh maminya. Maria yang sedang dipeluk, ditarik lebih rapat lagi. Hidung isteri dipicit. "Suka, ya? Dah ada yang membela, eh?"
Maria berbalas renungan dengan ibu mertuanya. Bagai mengucapkan terima kasih atas pembelaan yang diterima.
Wajah cantik Salina mencuka melihat Hisyam mengeratkan pelukan dan merenung Maria dengan sepasang matanya yang kuyu dan redup.
"Lin tak ada niat pun nak jadi nombor 2, 3 atau 4 pada Hisyam, auntie. Syam ni kawan baik Lin. Dia sayang Lia. Lin kena hormati pilihan dia. Dia dah dapat seorang gadis yang cukup istimewa. Tak gitu, Syam?" soalnya.
Maria mengeluh di dalam hati. Kalaulah suaminya tahu betapa kata-kata itu hanya satu pembohongan? Bahawa Salina tidak benar-benar bermaksud? Gadis itu sekadar ingin menunjukkan kepada Hisyam betapa baiknya dia. Gadis itu hanya berpura-pura. Salina hanya ingin membuktikan kepada Hisyam bahawa dia adalah sahabat yang baik sedangkan pada hakikatnya, Salina memang ingin merebut lelaki itu daripadanya.
"Masa untuk bertolak. Jom, Amir! Cik Salina! Kita bagi peluang pada pasangan mesra ni untuk mengucapkan selamat tinggal!" Encik Amar mengajak Salina dan Amir ke balai berlepas sebaik panggilan berlepas ke udara.
Kedua-dua lelaki itu sudahpun mula melangkah menuju ke sana. Hanya Salina yang kelihatan sedikit teragak-agak, namun kemudiannya dengan senyuman yang sengaja dibuat-buat, dia menuruti mereka.
"Syam, jangan lama-lama tahu! Nanti terlepas kapal terbang pulak!" Pesannya kepada Hisyam.
Maria mendengus. ‘Huh, kalau terlepas, lagi bagus! Tak payah nak pergi dengan ko! Tak adalah aku nak risau. Nak susah hati!’
"Sedihnya muka isteri abang ni!" Hisyam berkata dengan lembut. Entah kenapa kali ini, dia begitu sukar untuk meninggalkan Maria. Kakinya dirasakan berat untuk melangkah pergi. Tiba-tiba, rasa rindu itu sudah menjenguk.
"Pemergian abang kali ni penting sangat untuk syarikat kita. Jadual abang padat pulak tu. Kalau tidak, tentu abang bawak Lia." Hisyam mengeluh. "Tentu abang akan rindukan Lia nanti! Jaga diri baik-baik, ya sayang! Ada apa-apa, call abang. Dan satu lagi. Jangan fikir yang bukan-bukan tentang abang dengan Salina."
Maria ingin sahaja bertanya, bagaimanakah cara untuk dia menghilangkan keraguan itu? Bagaimanakah dia mampu melakukan? Ingin tahu mengapa Hisyam merahsiakan pemergian Salina bersamanya. Apakah yang disembunyikan?
Namun mulut tidak mampu melafazkan. Sebaliknya tubuh suami didakap bagai tidak mahu dilepaskan! Lama keadaan mereka begitu. Bila panggilan terakhir ke udara, terpaksalah pelukan dileraikan. Dengan wajah yang sayu, dia melambaikan tangannya sehingga kelibat suami hilang dari pandangan.
ape hl plak minah tu ikt skali..ni msti nk goda hisyam...cian kt maria..xske2x!!! pnulis cpt smbng...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
alahai, pendeknya sambungan...
tak puas baca...
cepatla sambung....