Isnin, Oktober 05, 2009

Novel : Sungguh Aku Cinta 2

Nama Pena : Cik Pink Princess

"Okay, sekarang masa untuk pengantin bergambar berdua", kata jurukamera kuat untuk melawan hingar bingar dalam bilikku. Aku terkedu.

‘Tak nak!!’ namun aku hanya mampu menjerit dalam hati. Tidak mahu kelihatan childish di hadapan keluarga dan sahabat, aku hanya menurut dengan hati yang berat. Aku sempat menoleh ke arah Lutfi untuk melihat reaksinya. Namun kulihat wajahnya tetap tenang.

‘Huh.. rahsia di hati tak siapa tahu’, bisikku dalam hati.


"Diorang sama cantik sama padan kan.."

"Rapat la lagi.."

"Pengantin perempuan la pulak yang peluk pengantin lelaki.."

"Huhu..comelnya diorang ni"

"Bagai pinang dibelah dua.."

"Serasi bersama betul.."

Semua suara kedengaran bercampur-campur. Namun semuanya tidak kuhiraukan sekarang kerana jantungku yang sedang berdegup kencang ketika tubuhku berada dalam pelukan Lutfi. Dengan keadaanku sekarang, tidak dapat aku mengenalpasti suara siapa yang asyik mengusik kami.

"Abang tahu, Dira tak suka dengan perkahwinan ni. Tapi benda ni dah terjadi. Apa je yang mampu kita buat.. At least, ikhlaskanlah hati tu agar perkahwinan ni menjadi satu ibadah..", bisik Lutfi di telingaku perlahan. Aku tahu dia cuba menenangkanku. Tapi aku terus memekakkan telingaku. Panggilan abang-Dira yang digunakan Lutfi membuatkan aku tergelak besar dalam hati. Entah mana dia dapat panggilan tu tak tahulah. Aku biarkan sahaja dia berbicara sendirian. Malas aku hendak menjawab. Lantaklah!!

‘Ah..senangnya kau cakap Lutfi. Kau tu lelaki senanglah!!’ bentakku di dalam hati. Tapi tiada kata-kata yang mampu terkeluar, hatiku menangis lebat namun berjaya kutahan air mataku agar tidak mengalir.

‘Ya.. Khadijah Nadhirah Bt Ahmad merupakan seorang yang kuat!!’, ujarku dalam hati cuba memujuk hatiku yang sedang meratap pilu. Selesai sahaja gambar kami berdua ditangkap, semua keluarga dan sahabat handai kami berebut-rebut untuk menangkap gambar bersama. Setiap gambar yang diambil, pasti aku sedang tersenyum manis.

‘Ya..rahsia di hati tak siapa tahu. Biarlah aku menanggung sendiri kesedihanku ini’, bisikku lagi dalam hati.


Apabila tetamu mula surut pulang ke rumah, barulah aku boleh duduk berehat. Jam tepat menunjukkan pukul 9.30 malam.

‘Huh..penatnya...’ bisik hatiku. Satu keluhan berat kelepaskan.

"Tak baik mengeluh sayang. Penat sangat ke?" tanya Lutfi sambil mengambil tempat duduk disebelahku. Aku terkejut.

‘Bila masa lah pulak dia duduk sini? sayang-sayang pulak tu..’ tanya hatiku pelik. Aku yang malas nak menjawab soalannya hanya mendiamkan diri. Gula-gula choclairs di tangan kubuka bungkusannya dan kusuapkan ke mulut. Tanpa memandang ke arahnya, aku mengangkat punggungku berlalu kebilikku. Ketika aku membuka pintu bilik, baru kusedari yang Lutfi mengekoriku dari belakang.

‘Apa lagi lah yang dia nak? Sibuk je la’ rungutku dalam hati. Apabila kami berdua masuk ke bilik, Lutfi menutup pintu bilikku perlahan. Tiba-tiba dia menolak badanku ke dinding. Tidak sempat ku menolak badannya kembali, dia merapatkan mukanya ke mukaku. Aku hanya sempat memejamkan mataku. Tanpa kuduga, dia mengambil choclairs di dalam mulutku dengan mulutnya. Bulat mataku memandangnya. Aku yang terkejut dengan tindakannya, terkaku. Inilah kali pertama bibirku disentuh oleh lelaki, yang kini sudah sah bergelar suamiku.

"Ni balasan untuk tak mengendahkan abang tadi. Lain kali kalau abang tanya, jangan diam je..", bisiknya di telingaku perlahan sambil ketawa kecil. Kemudian, dengan selambanya dia berlalu ke bilik air. Sempat lagi tangannya menarik towel dari ampaian.

"Tolong ambilkan baju tidur abang ye", laung Lutfi dari bilik air.

‘Selamba je dia ni. Geram betul aku’, bisik hatiku geram. Dengan selambanya juga, aku melangkah keluar dari bilikku.


Jam berdenting lagi. Semua mata memandang ke arah jam yang tergantung di dinding.

"Ya Allah, dah pukul satu dah!", ujar Ummi Lutfi terkejut.

"Apa nak terkejutnya akak, dah lama kita sembang ni. Agak-agaknya dah lebih empat jam kot", balas mamaku pula. Semua orang ketawa mendengar jawapan mama. Bising sekejap ruang tamu apartment kami dengan derai ketawa keluarga yang hadir.

"Ni, pengantin baru ni. Bila nak masuk tidur?" usik papa. Terkejut aku dengan usikannya. Wajahku mula merona merah. Sempat aku mengerling sekilas ke arah Lutfi dan seperti biasa wajah itu tetap tenang. Sebuah senyuman manis terukir di bibirnya.

\'Manis ke? Hahaha,, buat lawak ape aku ni\', gelakku dalam hati. Dan tanpa diduga pandangan kami bertaut. Aku terkaku seketika. Pantas kularikan pandanganku.

"Ish, papa ni. Kan dah merah muka pengantin baru tu", balas kak long sambil ketawa. Aku menjengilkan mataku pada kak long. Namun dia hanya mempamerkan riak selamba. Sekali lagi apartment kami gamat dengan gelak tawa.

"Dah la tu. Jom lah semua masuk tidur. Dah lewat sangat dah ni. Pengantin pun dah tak sabar dah", ajak Abah Lutfi. Semua bangun dari tempat duduk masing-masing sambil ketawa besar. Apartment yang hanya mempunyai tiga bilik, agak terhad ruangnya untuk dipenuhi oleh keluarga kami yang agak besar itu. Master bedroom digunakan sebagai bilik pengantin aku dan Lutfi. Bilik pertama di sebelah master bedroom, digunakan oleh Ummi, Ummi Lutfi, kak long dan adik perempuanku, Dhiya. Manakala bilik kedua digunakan oleh papa, abah Lutfi dan adik-adik lelaki. Di ruang tamu juga, comforter dibentang untuk adik-adik lelaki yang tidak muat tidur sekali di dalam bilik. Sebenarnya, sudah puas kupujuk mama supaya bilik pengantinku ditukarkan ke bilik yang lebih kecil. Supaya semua orang boleh dimuatkan ke dalam bilik. Tetapi mama membantah dan mengatakan bahawa malam pertama untuk pengantin baru mestilah selesa dan sempurna. Aku hanya mampu mendiamkan diri apabila Ummi Lutfi turut menyokong pendapat mama. Adoiiiyaiii!!


p/s: thx a lot sebab sudi luangkan masa untuk baca,,dan kalau boleh tinggalkanlah komen kat bawah ye,, xoxo~cik pink princess

15 ulasan:

  1. best laa
    nape pendek sangat?
    sambung lagi

    BalasPadam
  2. terlalu trgntung

    BalasPadam
  3. bez! tp pendek. ada blog??

    BalasPadam
  4. ahahahah..best giler op..
    ak ske r novel gine2 er..

    BalasPadam
  5. _sweet gurlz_28/10/09 8:23 PG

    Best...
    tapi xdek kesudahannya lah...
    nampak sangat tergantung!
    continue lagi writer...

    BalasPadam
  6. cik pink,sgt best ok!saya ske..tp plz upload cpt sket..xsaba nk bace..plz3x!

    BalasPadam
  7. Cik Pink Princess:

    thanks a lot for all d comments,,
    saya betul2 hargainya,,
    insya Allah saya akan sambung ASAP,,
    jgn lupa baca sambungnnya ya,,

    xoxo,,
    Cik Pink Princess,,

    BalasPadam
  8. huhu..best..
    so shhwweettt..!!

    BalasPadam
  9. rahsia hati xsiape yg tahu...
    can novel kau yang satu yg ahmad fuad ngn nurul umairah jek...

    BalasPadam
  10. -sweet lolipop-12/1/10 10:18 PG

    bleh la tahan..
    trskan brkarya k..
    gud luck!!!!!

    -sweet lolipop-

    BalasPadam
  11. sweet sgt cte ne. buat panjan2 lg ea!

    BalasPadam
  12. best best....
    teruskan berkarya...

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama25/1/11 3:08 PG

    sambunhg lagi..best2..hehehe

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama2/2/11 9:42 PG

    gud..:)

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama2/2/11 10:45 PG

    nakal btol..huhu..papepom, so sweet..:)

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan