Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
SEPERTI yang dijanjikan, Danial datang menjemput Putrisya. Tetapi Putrisya mencadangkan agar menggunakan keretanya sahaja. Kerana dia yang akan memandu. Danial hanya menurut. Tidak mahu menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada pada wajah Putrisya.
Entah kenapa Danial perhatikan wajah gadis itu murung sekali. Hanya terukir sedikit senyuman ketika Putrisya menyambut kedatangannya di awal tadi. Sekali sahaja. Selepas itu senyuman itu terus lenyap bersama kesunyian.
Dalam kereta pun Putrisya begitu tekun dengan pemanduannya. Mata ayunya lurus memandang jalanraya di hadapannya. Tetapi fikirannya kemana, Danial pun tidak tahu. Bila sesekali Danial bertanya, sekali itu lah Putrisya menjawap.
"Siapa nama kawan Putri tu?" Danial bertanya sambil memandang Putrisya.
"Emm? Kawan yang mana?" tanya Putrisya bingung. Pandangannya tidak sedikit pun dialihkan.
Danial sudah menjangka fikiran Putrisya tidak di situ. Danial tidak bertanya soalan yang sama. Sebaliknya dia bertanya lain.
"Putri rasa terpaksa ke nak bawa Dani jumpa kawan Putri tu?"
"Eh tak lah... memang Putri nak bawa pun. Nak bersihkan nama Putri dari tuduhan," balasnya dengan perlahan. Sempat dia melemparkan senyuman sedikit agar Danial tidak terasa hati dengan sindirannya.
Belum sempat Danial bertanya, Putrisya lebih dahulu menyambung.
"Kawan Putri tu... Aisha namanya..."
Tidak jadi Danial hendak mengulas kata-kata Putrisya awal tadi. Dia sekadar menganggukkan kepala bila mendengar nama sebenar Amira.
Tiba-tiba pandangan Danial terarah ke sekelilingnya. Dia menyedari kalau jalan yang di ikut oleh Putrisya sudah jauh meninggalkan kawasan perumahan. Tidak pula menunjukkan jalan yang akan membawanya ke mana-mana hospital. Namun berat pula rasanya untuk bertanya. Sekadar menanti dalam persoalan.
Terkejut sekali Danial apabila kereta berhenti di kawasan tanah perkuburan. Matanya memandang tepat wajah Putrisya. Tetapi Putrisya hanya menunduk. Mereka masih belum keluar dari kereta.
"Putri..." Danial memanggil kehairanan.
Putrisya menghembuskan nafasnya dalam-dalam. Kemudian dia mengangkat wajahnya menoleh Danial yang begitu asyik memerhatikannya.
"Dani nak jumpa dia, kan?"
"Tapi...?"
Sepatah kata Danial sudah difahami oleh Putrisya. Oleh yang demikian dia lebih dahulu mengangguk tanda membenarkan apa yang Danial fikirkan.
"Aisha sudah meninggal, Dani..."
Ada getaran pada nada suara Putrisya. Ada air yang bertakung di kelopak matanya. Danial kehilangan kata-kata.
"Inna lillahi wa inna ilaihi raji\'un..." Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari bibirnya.
Tiba-tiba Danial teringat salah satu ayat dari mesej Amira.
‘U akan menyesal kalau u tau keadaan I sebenarnya.’
"Bila yang dia meninggal?\" tanya Danial untuk menutup kegugupannya. Terasa bersalah kerana pernah mengecewakan permintaan orang yang akan menghadap Tuhannya.
"Percaya atau tak... terpulang Dani. Aisha sebenarnya dah meninggal... hampir tiga tahun lepas..."
"What.!!??"
Bagaimana Danial mahu percaya. Wanita misteri yang mengganggunya mungkin memang sudah meninggal, jika benar dari ceritanya, dia berpenyakit. Tetapi bila dikatakan sudah meninggal dalam tempoh yang begitu lama, Danial keliru. Padahal baru tiga minggu lepas sahaja dia tidak terima apa-apa mesej lagi dari Amira.
"Memang susah nak percaya kan? Putri sendiri pun tak percaya bila baca mesej-mesej tu. Tapi Putri yakin dari apa yang tertera, yang dia ngadu pada Dani, yang dia rasa, semuanya memang Aisha juga mengalaminya sebelum akhir nafasnya."
* * * * *
IMBASAN 2002
KASIHAN Aisha. Dia terlibat dengan kemalangan bersama kekasihnya Ruyudy. Akibat dari kemalangan itu, Ruyudy maut di tempat kejadian. Sementara Aisha dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana luka parah di bahagian kepala. Dia mengalami gegaran yang teruk pada otaknya. Aisha koma selama tiga minggu. Doktor melakukan pembedahan pada Aisha.
Berkat kesungguhan Putrisya yang seringkali datang dan berbual, walaupun dia tahu Aisha tidak sedar, tetapi Putrisya yakin Aisha mendengar tiap kata-katanya. Akhirnya Aisha sedar semula dan ditukar masuk ke wad.
Sedarnya sahaja dia sudah bertanya tentang keadaan Ruyudy. Kerana desakanlah maka akhirnya Putrisya mengkhabarkan berita buruk yang menimpa Ruyudy.
"PAPAA!!! Tidakkk!! Papa tak boleh tinggalkan Mama... Papa tak boleh pergi..." Jeritan itu begitu menyayat hati.
"Astaghfirullah lazim... Bawa mengucap Sha..."
Sebak hatinya sendiri sengaja ditahan. Sedih mengenangkan nasib yang menimpa Aisha. Dia perlu kuat jika ingin memberi semangat pada sahabatnya.
Aisha benar-benar tidak dapat menerima hakikat yang Ruyudy terkorban. Dia begitu emosional dan terjerit histerius. Dia cuba mencabut wayer yang melekat di kepalanya. Putrisya gagal menenangkan sahabatnya. Dia segera menekan butang pemanggil untuk minta bantuan.
"Sabar Sha... tiap yang hidup pasti mati lawannya. Kau kena terima hakikat ni semua." Putrisya masih lagi cuba menyabarkan.
"Tapi kenapa mesti dia saja yang pergi? Kenapa dia tinggalkan aku? Dia... dia janji akan bersama sehidup semati dengan aku. Sepatutnya aku dibawa sama, Putri..." Aisha masih lagi meraung tidak ketentuan.
"Jangan cakap macam tu, Sha. Kita patut bersyukur... kau selamat. Aku sendiri tak mahu kehilangan kau..." Menitis juga airmata Putrisya.
Dalam keadaan yang kelam kabut itu doktor sampai dan memberi suntikan pada Aisha. Tetapi tiba-tiba pergerakan Aisha terhenti. Dia memegang kepalanya. Menekan-nekan seakan cuba menahan sakit yang teramat sangat. Dahinya berkerut dan matanya terkejam. Akhirnya dia lemah dan tangannya terkulai.
"Sha...," bisik Putrisya tidak kedengaran. Dia hanya memerhati doktor menguruskan sahabatnya.
"Jangan bimbang. Kami dah beri dia ubat menahan sakit. Biarlah dia berehat dulu. Buat masa sekarang otaknya masih lemah lagi." Doktor itu memberi keterangan pada Putrisya sebelum melangkah keluar.
Putrisya mengangguk tanda memahami maksud doktor itu.
‘Tuhan... selamatkanlah kawan ku...,’ dalam hati Putrisya memanjatkan doa.
* * * * *
KEMBALI 2007
PUTRISYA gagal menahan airmatanya yang mengalir di hadapan Danial.
"Bila teringat balik pada tahun dia kemalangan tu, berapa susahnya Putri membimbingnya kembali menjadi Aisha yang dulu. Walau tidak sepenuhnya, tapi Alhamdulillah... dia masih mampu meneruskan perjuangannya. Tak tahulah atas dasar apa? Mungkin kerana dia benar-benar ingin kelihatan pulih seperti biasa atau hanya kerana kasihankan Putri..." Putrisya menyambung cerita diselangi dengan isakannya.
Danial begitu tekun mendengar cerita Putri. Tidak sangka begitu sekali pengalaman ‘Amira’ yang dikenalinya.
"Dalam masa tu... dia begitu sensitif, Dani. Mungkin dia rasa dirinya masih belum pulih secukupnya kerana harus sering membuat pemeriksaan doktor. Sakit kepalanya perlukan perhatian yang lebih. Selagi itulah dia rasa dirinya menjadi beban pada ibunya dan Putri..." Putrisya meneruskan cerita. Kepalanya tunduk sahaja. Sedihnya masih terasa.
"Tapi keadaannya tidak lama.. dua tahun sahaja dia mampu bertahan..."
Danial melihat Putrisya mengesat airmatanya yang hampir menitis lagi. Danial mengeluh perlahan. Masih ada soalan yang belum terjawap.
"Ya.. kita tak boleh tolak segala kemungkinan. Semuanya kalau dengan izin Allah, perkara pelik mungkin boleh terjadi. Tapi.. apa kena mengena dia dengan Dani? Kenapa dia mesti ganggu Dani dan seboleh-boleh nak jadikan Dani ni sahabatnya?"
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan