Nama Pena : oRkId eDyliYnE
"Bik Ita ada apa-apa lagi ke nak dibuat?" tanya Asha kelihatannya begitu teruja entah kenapa.
"Bik Ita rasa dah tak ada apa yang nak dibuat. Biasanya lepas makan malam memang dah boleh rehat," jawab Bik Ita sambil menyusun beberapa pinggan ke rak.
"Jadi boleh rehatlah kan?" tanya Asha sungguh-sungguh dengan mata yang berkaca dan wajah yang begitu teruja.
Bik Ita mengangguk. Kadang-kala pelik dengan kelakuan gadis itu.
"Asha pergi depan dulu eh," pinta Asha sambil melangkah untuk berlalu.
Bik Ita mengangguk lagi.
Asha pun dengan pantas berlalu menerjah ke ruang tamu dan duduk di sofa empuk kemudian menekan alat kawalan jauh television.
'Oh nasib baik belum start,' gumam Asha dalam hati. Lega kerana cerita yang dia hendak tengok belum lagi disiarkan. Buat macam rumah sendiri je Asha ni.
Siap melingkar baring di sofa. Uh selesanya.
Kelihatan Ara baru turun dari biliknya setelah naik selepas makan malam tadi. Dipandangnya Asha yang melingkar di sofa membuatkan dia mengukir senyuman. Khusyuk je Asha dengan muka tersenyum-senyum tengok cerita.
"Asha. Tengok cerita apa?" tanya Ara sambil duduk di sofa hujung kaki Asha.
Asha menarik sedikit kakinya.
"Full house," jawab Asha dengan muka terujanya.
"Full house? Bukan dah banyak kali tayang ke cerita ni? Asha tak pernah tengok ke?" tanya Ara sedikit pelik melihat keterujaan Asha menanton.
"Yelah. Setiap kali tu Asha tengok," jawab Asha selamba. Setiap gelagat pelakon itu membuatkan bibir munggil itu tersenyum.
"Tak bosan ke?" tanya Ara makin rancak pula dia hendak berbual sedangkan Asha sedang menonton. Sesekali matanya memandang Asha.
"Tak pun. Dekat vila ayah Asha ada DVD dia," jawab Asha masih lagi bernada selamba.
"Pardon?" Ara sedikit pelik dengan ayat Asha.
Asha menoleh setelah iklan yang digantikan dengan cerita tadi. Wajahnya tertanya-tanya kenapa Ara bertanya kembali.
"Tak ada apa-apalah. Ara salah dengar agaknya," tambah Ara sambil menggeleng dengan senyuman malunya.
Asha mengangguk dan matanya kembali kepada muka television.
Ruang tamu hanya kedengaran bunyi perbualan orang dalam television sahaja tidak pada Asha dan Ara yang memfokuskan kantanya pada cerita yang ditayangkan.
Emir yang baru siap melakukan kerjanya di atas, turun kerana bosan duduk di biliknya. Matanya tertacap pada tubuh dua gadis yang terpaku di sofa. Satu berbaring dan satu duduk.
'Apa yang khusyu' sangat budak berdua ni?' getus hati Emir mula berniat jahat. Kakinya melangkah mendekati sofa dan berdiri di belakang sofa itu.
Kehadirannya tidak diketahui Asha dan Ara yang mula berminat menanton.
'Ish minah Korea ni. Ni gila tengok cerita Korea lah ni,' bual hati Emir sendiri sambil tersenyum-senyum memikirkan rancangan jahatnya.
"Asha. Buatkan saya air," pinta Emir yang masih lagi berdiri di belakang sofa.
Asha yang terperanjat terus terduduk dan memandang wajah Emir. Hilang tumpuannya menatap wajah kacak Rain yang menjadi hero drama tadi.
"Awak nak apa ni Xiah celup?" tanya Asha dengan muka yang siriusnya.
"Apa awak panggil saya?" tanya Emir sambil dibongkokkan tubuhnya menentag pandangan Asha terhadapnya. Buat muka sirius supaya Asha takut dengannya.
Ara sudah memandang pelik dua makhluk yang lansung tidak boleh berjumpa itu. Ada sahaja yang mereka debatkan.
"Xiah celup. Kenapa?" tanya Asha kembali setelah menjawab soalan yang diajukan Emir Jihan.
"Pergi buatkan saya air sekarang. Disebabkan awak panggil saya bukan dengan nama saya, saya nak air jus epal hijau," pinta Emir dengan lagak pengarah besarnya. Dia sudah memeluk tubuh memandang wajah Asha.
'Dia ni. Ingat ni restoren ke?' marah Asha dalam hati tidak puas hati.
"Tunggu saya nak tengok ni sampai iklan," balas Asha selamba sambil berpaling menghadap television kembali.
'Melawan?' getus Emir dalam hati yang kian membara. Sudahlah Asha suka memanggilnya dengan panggilan 'Xiah celup'. Entah siapa Xiah tu dia pun tak tahu. Ini dah pandai nak melawan sedangkan baru sahaja seminggu dia berkerja di situ.
Emir Jihan melangkah mengatur niat jahatnya menganggu ketenteraman pembantu rumahnya yang satu itu. Dia sudah tergelak jahat di dalam hati.
Asha kembali tersenyum-senyum kerana ceritanya.
"Eh kenapa dengan tv ni?" tanya Asha sambil menekan-nekan alat kawalan jauh yang berada di tangannya kerana skrin television sudah menjadi gelap tiba-tiba.
Ara sudah mengeluh memandang wajah abangnya yang memegang hujung wayar yang menyambungkan television pada sumber elektrik.
Senyum Emir sudah bagai nenek kebayan yang berjaya meracun Puteri Salju. Hatinya tergelak ganas dan kejam.
"Alah takkanlah masa ni kau nak rosak? Vila besar macam ni pun tv boleh rosak ke?" tanya Asha yang sudah turun dari sofa dan mendekati television berskrin rata itu dan diteleknya skrin itu sambil menekan apa-apa butang yang berada di alat kawalan jauh.
Akhirnya tawa Emir pecah membuatkan Asha memandangnya. Ditunjukkan wayar ditangannya pada Asha dengan muka puasnya.
"Xiah celup. Apa yang awak buat? Kan saya tengah tengok cerita ni," marah Asha geram. Matanya membulat menatap wajah Emir.
"Siapa tuan rumah? Suka hatilah. Saya nak air kan tadi? Pergilah buatkan," suruh Emir masih lagi hendak mengenakan Asha. Dia tidak tahu kenapa ada sesuatu yang menarik di balik wajah marah Asha.
"Awak ni kan," gumam Asha geram sambil mengetap bibirnya.
"Kenapa dengan saya? Handsome? Macho? Bergaya?" tanya Emir dengan penuh gaya perasannya.
Asha berdegus geram dengan kelakuan Emir yang tidak sudah-sudah hendak mengganggu ketenteraman hidupnya semenjak dia berkerja di situ.
"Buatkan saya air ye Cik Asha. Saya nak jus epal hijau. Cepat sikit saya haus," pinta Emir dengan muka tidak bersalahnya.
Asha berlalu menuju ke dapur setelah meletakkan alat kawalan jauh dia atas sofa.
Ara yang dari tadi memandang kelakuan abangnya itu hanya mengerut-gerutkan dahinya.
'Abang aku ni dah kenapa? Suka dekat Asha ke?' Duga Ara dalam lubuk hatinya. Kalau nak tanya pada abangnya, nanti mesti tak nak mengaku punya.
Emir kembali memasang plug dan mengambil tempat di sisi Ara yang dari tadi memandang pelik dirinya yang tersenyum puas itu.
"Silakan minum Encik Emir Jihan. Encik Emir Jihan nak apa-apa lagi?" tanya Asha dengan sopan santunnya sambil meletakkan satu gelas berisi jus yang dibuatnya bersusah payah dengan pantas dan lajunya kerana tidak mahu terlepas certianya tadi.
Emir menahan tawanya memandang wajah merah Asha.
'Huish. Cepatnya dia ni buat jus. Expert betul guna blander buat jus tu,' bual hati Ara sedikit terkejut. Sedangkan Bik Ita dan Bik Lina yang sudah bertahun-tahun berkerja tu pun terkial-kial hendak menggunakannya.
"Dah. Tak ada apa-apa," jawab Emir sambil hendak digapainya gelas tadi jus.
Asha berpaling pada television.
"Hah. Dah habis?" kata Asha kedengaran terlalu kecewa nadanya.
"Biarlah dah habis. Saya nak tengok cerita melayu. Ni tengok cerita apa entah tak faham sebutir apa pun dia cakap. Tak ada subtitle pula tu," celah Emir dalam Asha sedang kecewa itu. Memang dia tengok setiap kali ada suara, tiada sarikata yang tertulis.
Asha berpaling pada Emir.
Emir memandang wajah Asha dan terkesima sebentar melihat mata Asha yang kelihatan berkaca dan ada manik jernih berkumpul di sudut mata bundarnya itu.
Ara turut terkaku dan terkelu memandang wajah Asha.
"Awak tak faham. Saya faham dia cakap apa sebab saya pandai bahasa Korea. Awak ni memang suka nak sakit hati dengan saya." Manik jernih yang tadi berkumpul sudah jatuh menyapa pipi putih kemerahan Asha.
Asha berlalu dengan berlari-lari anak meninggalkan ruang tamu dan masuk ke dalam biliknya.
Emir menelan air liurnya kerana Asha sudah menangis.
Ara terkebil-kebil seketika memproses apa yang dikatakan Asha sebentar tadi.
Lagi...lagi...lagi...cepat....cepat...cepat.... apasal pendek sangat...huhuhuhuhuhu
BalasPadamcerita ini amat menarik..... jln cerita yg teratur..... lg cepat upload kat sini lg bagus....... seronok... tak sabar nak tau...-silkysimple06-
BalasPadambesh2...cepat2 la entry baru ekk...=D
BalasPadamwaaaaaaaaaaaa.mne lg?????
BalasPadamwah....bestnyer.....
BalasPadamcepat r sambung dah x sabar dah nie......
warggggghhhhhhhhhhhhhh cepat sambung!!!!!!!!!!
BalasPadamCEPAT...CEPAT....CEPATLAH SAMBUNG...TOLONGLAH.....JGN BIARKAN PEMINAT ANDA MENUNGGU...PLEASEEEEEE.....AK BAGI 100 BINTANG..HAHA....
BalasPadam...rasa tak sabar lah Orkid,cepat la.....
BalasPadambtui2..cpt2 r skit...
BalasPadammkn besh nie..pastikn novel nie pn di terbitkn k...
ahh ...
BalasPadamcepat , cepat smbung .....
x sbar nye ...
panjang lg ke cite ni?makin panas nmpkny..best..
BalasPadamHebat!!!
BalasPadamBaby
xsabar nk tau sambungan cerita ni...asha...siapakah dia yg sebenarny..watak yg mjadi tanda tanya....sama2 lh kita wahai pembaca ikuti sambungan cerita ny ye...nuraziana
BalasPadamcepatlah sambung cerita ni..tak sabar nak tau kisah selanjutnya......
BalasPadamnape asha tu wat mcm umh die jer..
BalasPadamGEDIKZ tahap mawas n gaban da nie..
euww...
cepat sambung ya..
BalasPadamdah tak sabar nak baca episod yang seterusnya
bestttttttt
BalasPadamA.1
btl2...gedikz nak mampos..
BalasPadamgeli-geleman aku...
yuks,,
besttttttttttttttttttttttttttttttttttnnnnnnnnnnnnnnnyyyyyyyyyyyyyyyyyyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeerrrrrrrrrrrrrrrr
BalasPadamsuke la watak emir............
BalasPadamgud job, i love it
BalasPadamsaya suka watak asha so sweet.tapi emir jgnlh cool sangat,gud job
BalasPadamharap emir dan asha berakhir dngn prnikahan
BalasPadamcpat larr smbung ..............................................................
BalasPadamcepat cmbung !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
BalasPadambez ah citer nie.......mana sambungan dia?????tak sabar nak baca.........
BalasPadampendek nyer............takde lagi ker?????
BalasPadamish tak sbr nk baca.
cpt ckit uplooooooooad
cepat la smbg cter nie..........................
BalasPadambest laaa citer nih..cpat2 smbung..x sbar dh nih
BalasPadamsirius cite ni mmg best gler hehe
BalasPadambest nyeeeeeeeeeeeeeeeerrrrr citer nie... kitew pun suke gler tgk citer korea hehehe
BalasPadammcm watak wife rain dlm cter full house je...
BalasPadamcume di ubah suai....
tp pape pn best gler!!!
keep up d gud work!!!
mcm mana saya nak order buku ni.."she's my maid"
BalasPadamcerita ni best giler tak sabar saya nak tau cerita selanjutnya.. bg lah saya no tel utk dptkan buku ini dgn segera
BalasPadamwah, engatkan klakar je...sedih pun ade ke....
BalasPadampepehal pun cantek...punye!!!
wish u good luck!
perg..gempak maa.
BalasPadamluv it sooo much....
cpat r sambung...
bezzzzzzzzzzz gler
best la cite nie...huhuhuhuhu
BalasPadammanje nye asha...
BalasPadamtp best sgt...........
i like.........
ok teruskan writing anda
BalasPadamchayook
chayook
best gila!
BalasPadam