Nama Pena : oRkId eDyliYnE
'Huih. Tak sangka ada court bola keranjang dekat tepi rumah ni. Ni yang best ni kalau dapat tunjuk skill,' bual Asha dalam hati dengan senyuman penuh kebanggaannya.
Selesai semua kerjanya, dia berjalan-jalan meninjau keadaan keliling vila itu. Ada apa yang dia boleh jumpa supaya nanti dia tidaklah tersesat jika disuruh Bik Ita atau Bik Lina.
"But, siapa yang main bola keranjang?" tanya Asha pada dirinya sendiri sambil digaru kepalanya yang tak gatal membuatkan rambutnya yang tadi tersanggul cantik sudah berterabur.
"Apalah aku ni. Reflex agaknya. Bila nak fikir je, garu kepala. Macam orang berkutu pula," bebel Asha sambil dia berlalu menolak pintu pagar yang memagari gelanggang bola keranjang itu.
"Nak main bola keranjang ke?" Kedengaran satu suara menyapa pendengaran Asha membuatkan dia berpaling mencari suara itu.
Satu bola menuju ke arahnya ketika dia berpaling membuatkan dengan pantas dia menangkapnya.
"Nasib baik tak kena muka." Terasa selamat dirinya dari bencana hidung patah kerana bola menghentam wajah comelnya itu.
"Asha?" tanya lelaki itu dengan senyuman di bibirnya.
Asha mengangguk sambil melambung-lambung kecil bola itu ke udara kemudian disambutnya.
"Lut," tambah lelaki itu.
Asha membesarkan matanya kerana kurang faham.
"Nama saya Lut. Driver Tan Sri," beritahu lelaki itu dengan senyuman. Faham sahaja dia yang Asha kebingungan.
Asha membulatkan mulutnya membentuk huruf O. Dicampak kembali bola keranjang itu kepada Lut.
"Nak main ke? Pandai?" tanya Lut bertalu-talu sambil dibaling bola itu kepada tiang jaring yang paling dekat dengan tempat mereka berdiri dan masuk tepat ke tempat sasaran.
Asha membuat riak terkejut. Power gila dia ni. Campak dari jauh pun boleh masuk. Hebatnya. Asha tergedik-gedik dalam hati.
"Pandailah juga. Time sekolah dulu ada juga main," jawab Asha sambil berlalu mengambil kembali bola itu.
"Tadi masa tangkap bola tu macam berskill je. Wakil sekolah peringkat apa?" tanya Lut lagi. Tubuh yang sibuk mengambil bola itu dipandangnya.
"Tak adalah berskill sangat pun. Sikit je tu nak protect diri. Dulu wakil negeri je," jawab Asha selamba.
'Boleh tahan juga dia ni. Sama level dengan aku masa sekolah dulu,' bual hati Lut sambil mengangguk-angguk.
"Kenapa terangguk-angguk?" tanya Asha pelik melihat Lut. Tak tanya apa-apa tiba-tiba mengangguk. Tersenyum-senyum sendiri pula tu.
"Tak ada apa-apa. Dafi dengan Emir pun main boleh tahan. Ara pun," beritahu Lut.
Asha pula mengangguk. Patutlah ada court bola keranjang dekat situ. Memang family main bola keranjang. Nasib baik bukan mata keranjang.
"Lut tak ada kerja ke?" tanya Asha kerana tiba-tiba hatinya bergelodak nak main bola keranjang. Yelah dah tahu ada pesaing hebat depan mata. Dirinya pun dah lama tak tunjuk skill bermain bola keranjang ni.
"Tak. Tan Sri baru balik tadi," beritahu Lut seakan dapat membaca isi hati Asha yang dah tak sabar nak mencabar dirinya.
"Jom main nak?" cadang Asha dengan senyuman comelnya meminta Lut bersetuju dengan cadangannya itu.
"Boleh je. 3 jaringan je cause hari dah petang saya nak balik."
"Oh. Lut tak duduk sini ke?" tanya Asha pelik. Patutlah dia tak pernah nampak Lut sejak dia datang semalam.
Lut menggeleng.
"You're married?" tanya Asha tiba-tiba senyumannya mati seketika. Takut juga dia hendak dekat-dekat dengan orang yang dah kahwin ni. Mati dia nanti dibelasah isteri orang.
Lut menggeleng dengan senyuman melihat wajah kegerunan Asha yang Asha ukir dalam dia tidak menyedarinya.
"Still single," tambah Lut sambil digamit Asha supaya membaling bola keranjang yang dipegang Asha kepadanya.
Asha menarik nafas lega dan membaling bola itu.
Baguslah tu. Yang Ashanya dengan seluar pendek separas lutut, baju baby T dan hanya berselipar Jepun dia tu nak main bola keranjang. Tambahkan lagi dengan rambut yang hanya bersanggul tu. Yang Lutnya pula, dengan kemeja, seluar slack, kasut kilatnya itu, siap bertali leher lagi. Apa-apa je budak berdua ni. Suka-suka je.
Lut memantulkan bola itu berkali-kali di atas lantai bersama gerakkannya mengacah-acah Asha yangg berdiri di hadapannya.
'Hebat juga dia ni. Siap lalu celah kelengkang lagi. Tercabar ni rasa,' bual hati Asha melihat gelagat Lut yang kelihatannya begitu hebat bermain dengan gayanya yang tersendiri.
"Lut ada benda dekat belakang tu," beritahu Asha.
Satu balingan disasarkan pada jaring oleh Lut dan masuk tanpa sedikit pun terganggu dengan apa yang Asha buat.
Asha terkeras seketika. Tak makan dengan tipu helah.
Lut tersenyum bangga.
'Jangan harap aku nak percaya. Ara pun selalu buat macam tu,' bisik Lut dalam hati kecilnya berbangga dengan diri sendiri.
"Asha," panggil Lut sambil dilemparkan bola itu kepada Asha pula.
'Oh nak tunjuk depan aku eh. Kejap. Kita tengok siapa lagi skillful,' bidas Asha dalam hati kegeraman. Tercabar jiwanya.
Dia pun apa lagi dengan bermacam gaya dia lakukan mengacah pandangan Lut. Siap lalukan bola tu pada pinggang ramping dia tu dan Lut cuba mengambilnya tapi tak berjaya.
Dalam mengacah-acah, dia keluar dari depan Lut dan dibalingnya ke jaring dan masuk tepat ke dalamnya membuatkan dia bersorak gedik tapi dalam hati je. Masuk.
\'Huh aku pun hebat lagi main bola keranjang ni,' dabik Asha bangga. Tadi bolehlah Lut nak bangga sebab dia tak ada goalkan apa-apa lagi. Tapi kali itu, seri.
'Dia ni pakar je tengok. Tak boleh jadi ni. Mana boleh lelaki kalah dengan perempuan,' tegah hati Lut tidak puas hati.
"Lut." Asha menyerahkan bola pada Lut. Giliran Lut pula memegangnya.
'Tadi tektik tipu menipu tak jalan. Tektik lain pula,' rancang Asha dengan ketawa jahat dalam hatinya.
Dalam asyik Lut bermain bola itu pada kakinya, Asha mengacah Lut dengan mendekati lelaki itu setapak demi setapak membuatkan Lut yang kegugupan melihat wajah Asha yang begitu comel melangkah ke belakang.
Dalam dia tidak sedar, bola yang tadi ditangannya sudah berpindah pada Asha yang sudah pun membawanya dan membuat satu lagi jaringan.
"Yosh," kata Asha dengan semangatnya kemudian menepuk tangan. Bangga yang amat kerana taktiknya berjaya.
Lut terkesima sebentar. Adakah dia akan kalah dengan kecomelan wajah Asha.
'Oh no. I can't give up,' ucap Lut dalam hati menaikkan semangat.
Asha tersenyum memandang wajah Lut.
'Aku dah tahu kelemahan Lut dekat mana. With the easy way aku akan kalahkan Lut ni,' tawa Asha dalam hati kecilnya itu. Dia bukan jenis yang senang nak mengaku kalah.
"One more," kata Asha sambil menunjukkan skill dia bermain. Dan kali itu diacah lagi Lut dengan senyumannya menikam anak mata hitam pekat milik Lut dengan tenungannya membuatkan Lut yang tadi baru naik semagatnya menjadi gugup semula.
Lut menelan berat air liurnya membalas tenungan itu. Hebat juga si Asha ni. Main tak payah nak focus pada bola. Dia pandang muka Lut je dari tadi.
"Masuk!" jerit satu suara membuatkan Lut terkeras di tempat dia berdiri.
Asha dah tergelak dan berpaling. Ada Ara di pintu pagar gelanggang yang sedang menepuk tangan.
"Abang Lut. Sejak bila kalah dengan perempuan?" tanya Ara dengan senyumannya memandang wajah Lut yang dah kemerah-merahan. Pertama malu sebab kalah. Kedua, gugup ditenung oleh Asha sebentar tadi.
"Mana ada Abang Lut kalah. Abang Lut cuma nak bagi chance je pada Asha," jawab Lut menutup malunya. Pipi dah merah-merah ada lagi alasan yang dia nak keluarkan.
"Lut. Thanks," ucap Asha sambil menyerahkan kembali bola kepada Lut dan lelaki itu menyambutnya.
Lut tersenyum sekadar menutup malu.
Ara dah pergi mendekati Asha yang dah nak balik masuk vila.
"Bye Lut. See you tomorrow. Boleh main lagi petang-petang," cadang Asha yang sudah sampai pada pintu pagar gelanggang.
"Ya for sure," jawab Lut sambil turut melangkah hendak pulang. Hari sudah berganjak malam. Nanti takut tak sempat sampai rumah dah Maghrib.
Ara yang bersama Asha dah gelak-gelak entah apa yang dia bercerita pada Asha.
Lut yang hendak ke kereta hanya memandangnya dengan hati yang penuh malu di dada.
best, padan muka si lut , pandai asha gunakan kelebihan dia. harap cepat la siapkan sambungannya, tak sabar nak baca.
BalasPadamada blogspot x????
BalasPadambestnyer cite nie....
BalasPadamcepat r sambung x sabar dah nie nak bc....
yang kelakar nyer part Emir dgn Asha....
best..tak sabar nak sambung bc apa yang terjadi seterusnya..
BalasPadammmg bez....
BalasPadambila sambuganny???
tak sabar nk bace.
bez ...
BalasPadamcpat2 smbung ye ...
best2....ble nk smbg nieh????lmbt sgt la....dah x sabo nie...
BalasPadambez...
BalasPadamcepat sambung.. tak sabar nak bc ni...
like it!!!!!! tak sabar nak tunggu.....-sutera-
BalasPadambestnye...cepat sambung...x sabar tahap maksima dah nie.. panjangkan skit bab emir ngn asha ye..buat yang terbaik, semoga berjaya
BalasPadamgedik glr asha tu..
BalasPadamda la pakai baju seksa glr..
mcm tak de agama jer..
writer??
tak tau adap seorang muslim...
hancur..
cerita da best tapi..
cara pakaian lak yg...
ntah la nape org suke wat cerita heroin die
mcm tak ckp kain..
walaupun cerita...
suma bez cuma pakaian je..
BalasPadamciternyer cam giler-giler... seronok membaca..... tpi penulisnya lambatlah bila nak masuk bab baru... cepat skit bleh tak... lama sangat nunggu nie.
BalasPadambolehlah.. dspt jugak imagine..
BalasPadamapelah lut nie.. mane bole cepat gugop depan pompan.. tak macho lerr..
BEST GILER CITER NI!!!
BalasPadamumur lut ni bpe??
cam muda lg je hehe
Yap, bab pakaian je.. sy tgk, rmai org kita ske citer2 cam ni.. citer dah best,tp bile bab pakaian,sy istigfar byk2.. tulah,melayu moden.. ahh, sedih je bile bce.. pasal lut plak, sng tergoda ngan prempuan, which is likely will not be a good husband..
BalasPadamciter bez.....
BalasPadampsl bju 2,ok jer...
simple...
seksi ker?
best giler...huhu...
BalasPadamnak kenal dgn penulis boleh?
kalau ak..nk tau cter psl asha n emir je..
BalasPadamhuhuhu..ape2 pon best cter ni
ak suka sgt..
cite bez..bab baju tue yg x bez..brsopan la skit..
BalasPadambez..aq respek r writer ni
BalasPadamcuma cam org lain ckp kalau bleh pakaian tu biar sopan ckit.
lut mesti smart kan.hehe....
ak ah la...citer dh best..baju die je kureng sikit..
BalasPadamsa suka jln cerita good....em bla lah lg ni ending dia kelur?
BalasPadamharap2 cepat keluar lah ya ebdak sabar dah ni mo baca yg seterusnya hehehehehe
beST! CITER NIH! menarik <3
BalasPadam