BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Oktober 29, 2009
Novel : Sepupuku Suamiku? 14
Nama Pena : fantaghiro aka Lynn Allynna

Nana mengusap perlahan perutnya. Sudah masuk bulan ketiga usia kandungannya. Selama itu jugalah dia hanya duduk berehat tanpa membuat apa-apa kerja. Semua kerja yang mahu dibuat dilarang suaminya.

"Sayang, jangan buat tu. Biar apa buat. Sayang duduk ok. Jaga baby dalam perut tu." Penyapu yang berada di tangan Nana bertukar tuan. Hisyam menyorong tubuh isterinya memaksa wanita itu duduk. Nana mengeluh perlahan.

"Sayang rehat ok. Biar abang masak. Sayang nak makan apa? Abang buat special untuk sayang." Nana mengeluh lagi. Semua kerja Hisyam mahu buat. Buat itu tak boleh, buat ini tak boleh. Mulanya dia bosan, tapi lama-kelamaan, dia sudah biasa. Kadang-kadang dia buat juga kalau sudah terlampau bosan. Berat badannya juga makin naik.

Nana membelek-belek surat yang baru diambil dari peti pos. Satu-persatu nama penerima dibaca. Satu surat menarik perhatiannya. Namanya terpampang di situ. Dari kementerian pelajaran Malaysia. Jari jemarinya pantas mengoyak sampul surat berwarna putih itu. Hatinya berbunga ceria. Segaris senyuman terukir di bibir nipisnya. Isi surat dibaca bersungguh-sungguh.

"YES!!" Nana menjerit keriangan. Surat tawaran dari bahagian perguruan. Sudah lama dia menantikan surat tawaran itu. Nampaknya selepas ini, hari-harinya tidak lagi akan bosan seperti sekarang ini. Berguna juga ijazah yang dia dapat.

"Tapi abang nak bagi ke aku kerja. Buat kerja rumah yang biasa ni pun dia tak bagi, inikan pula pergi kerja…" Perasaan gembira bertukar risau. Surat tawaran itu dibelek lagi. Hatinya sedih. Makin sedih bila hatinya kuat merasakan suaminya takkan mengizinkannya kerja. Tapi dia tak boleh mengalah. Dia akan berusaha memujuk suaminya supaya bersetuju dengan cadangannya.


Usai makan malam, Nana berehat di anjung rumahnya. Angin malam menampar manja tubuhnya yang hanya disaluti baju tidur nipis. Rambutnya yang lurus dibiar ditiup bayu malam. Segar rasa tubuhnya. Tenang. Damai.

"Sayang buat apa kat luar ni? Tak sejuk ke?" Pelukan Hisyam menghangatkan tubuhnya yang seketika tadi terasa dingin ditiup angin. Terasa sedikit selesa. Kepalanya dilentok manja ke dada bidang suaminya.

"Tadi sejuk. Sekarang, dah tak sejuk." Pelukan Hisyam makin erat. Saat yang romantis begini tak mahu dibiar berlalu terlalu cepat. Bunyi kenderaan sayup-sayup kedengaran. Makhluk-makhluk kecil juga bernyanyi riang. Bagai melagukan irama cinta buat mereka.

"Abang, Nana ada benda nak bagitau dengan abang." Nana bersuara setelah agak lama mereka dibuai perasaan. Dia tak mampu lagi menanggung rasa ingin tahunya. Dia mahu tahu segera. Dia mahu izin suaminya.

"Shhh…kita cakap nanti ya sayang. Abang nak duduk macam ni sekejap je lagi." Hisyam menyuakan jari telunjuknya ke mulut Nana menyuruh isterinya senyap buat seketika. Dia mahu menikmati saat itu puas-puas. Bukan senang dia dapat berdua-duaan dengan isterinya begini. Jadual kerjanya tak menentu.

"Tapi penting ni bang." Nana masih belum mahu mengalah. Dia mahu suaminya tahu secepatnya. Badannya dipusing mengadap Hisyam.

"Ok. Apa dia?" Pelukannya masih kemas di pinggang isterinya. Rambut Nana yang kusut ditiup angin disisir menggunakan jarinya. Dahi Nana dikucup penuh kasih.
Nana menarik tangan suaminya memaksa lelaki itu masuk ke dalam rumah. Hisyam duduk di sofa. Nana berlari-lari anak menuju ke biliknya.

"Sayang, jangan lari. Nanti jatuhlah." Pesan Hisyam tapi langsung tak diendahkan Nana. Nana keluar dengan sampul surat di tangannya. Dilayang-layang surat itu di hadapan Hisyam. Muka Hisyam berkerut.

"Surat apa ni? Bagi abang tengok." Hisyam mengambil surat yang dihulurkan Nana. Dia membuka surat itu dan terus membaca isinya. Mukanya berkerut. Hati Nana berdebar-debar. Mukanya menanti penuh harapan. Dia tak habis-habis berdoa.

"No. Fullstop." Tegas Hisyam. Dia melipat kembali surat itu dan dimasukkan semula ke dalam sampulnya. Muka Nana jelas menunjukkan riak kecewa. Jawapan yang memang dijangka.

"Abang, bolehlah. Bukannya jauh sangat. Dekat Bangi je. Bolehlah…." Nana makin galak memujuk suaminya supaya membenarkannya bekerja.

"No. sayang kan tengah pregnant. Nanti, kalau sayang penat macam mana? Kalau jadi apa-apa kat sayang, kat baby macam mana?" Hisyam masih dengan keputusannya. Dia tak mahu apa-apa terjadi kepada isteri kesayangannya dan zuriat yang ada dalam kandungan isterinya.

"Tapi Nana bosanlah duduk kat rumah sorang-sorang. Tak buat kerja. Lama-lama jadi macam tong ikan badan ni tau." Nana meluahkan perasaanya. Dia memang betul-betul bosan tinggal di rumah seorang diri.

"Kalau sayang bosan, abang hantar sayang pergi kelas untuk ibu-ibu mengandung. Kat hospital abang ada kelas tu. Senang sikit abang nak tengok sayang." Hisyam memberikan ideanya. Dia harap Nana setuju dan melupakan hasratnya untuk mengajar.

"Tak naklah masuk kelas tu. Lagipun, kelas tu kan biasanya untuk ibu yang dah mengandung lima bulan. Nana baru masuk tiga bulan. Mana boleh lasak." Ye ke? Dia hanya meneka. Muncung Nana sudah panjang sedepa. Dia masih dengan pendiriannya. Dia mahu bekerja.

"Hah tahu pun tak boleh lasak. So, sayang tak payahlah kerja. Kalau kerja, kena naik turun tangga, kena jalan jauh-jauh. Banyak kerja tau. Nanti sayang penat." Hisyam sengaja bermain secara psikologi dengan isterinya. Susah juga memujuk isterinya yang seorang ini.

"Tapi berjalan kan bagus untuk ibu mengandung? Nanti senang nak melahirkan baby." Tetap juga tidak mahu mengalah. Dia mesti menang.

"Sayang, abang tak nak sayang susah-susah kerja. Kan abang ada. Abang boleh kerja. Masih mampu lagi nak tanggung keluarga kita ni. Sayang tak perlu kerja. Sayang tak payah kerja ya?" Lembut sahaja pujukan Hisyam. Sememangnya dia seorang yang sabar. Rambut Nana diusap perlahan. Pipi mulus itu disentuh penuh kelembutan. Dia harap hati Nana akan lembut.

Nana rasa mahu menangis. Entah kenapa perasaannya cepat benar tersentuh kebelakangan ini. Mungkin kerana dirinya mengandung. Tapi, kali ini dia memang betul-betul kecewa.

"Nana mengantuk. Nana masuk tidur dulu." Dia segera berlalu dari situ walaupun tangannya sempat disambar Hisyam. Pegangan Hisyam ditepis. Dia merajuk.

"Sayang…" Panggilan Hisyam langsung tak dilayan. Pintu bilik ditutup rapat. Air mata Nana gugur. Dia sedih. Mata cuba dilelapkan. Mahu melupakan masalah yang menyesakkan kepalanya.

Hisyam merenung karpet di bawah kakinya. Pandangannya kosong. Dia rasa bersalah. Tiada salahnya kalau isterinya bekerja. Tapi, dia risau. Dia tak mahu hidup dalam kerisauan. Tapi, dia tahu Nana memang kebosanan tinggal di rumah seorang diri tanpa melakukan apa-apa kerja. Apa taknya kalau dia melarang isterinya melakukan semua kerja rumah. Timbul rasa kasihan di hatinya. Terasa dirinya sangat mementingkan diri. Dia perlu memujuk kembali isterinya. Tapi, biarlah marah isterinya reda dulu.
Hisyam melangkah perlahan-lahan menuju ke biliknya. Pintu bilik dikuak perlahan. Tak mahu mengejutkan isterinya yang mungkin sudah lena. Perlahan-lahan dia mengatur langkah merapati katil. Nana sedang lena. Selimut di hujung katil ditarik menutupi tubuh isterinya yang kelihatan kesejukan. Diamati wajah mulus itu. Ada kesan air mata. Menangiskah dia? Hisyam terasa amat bersalah kerana telah membuatkan isterinya menangis. Wajah itu dielus perlahan. Dahi Nana dikucup lembut.

"I love you sayang…" Ucapnya perlahan. Sememangnya dia amat menyayangi wanita di hadapannya walaupun sewaktu mereka diijabkabul, perasaan itu tidak wujud.
Hisyam merebahkan diri di sebelah isterinya. Mata ditutup. Mahu melepaskan beban dikepalanya.

‘Esok aku mesti pujuk dia. Harap rajuknya tak panjang.’ Dia mengharapkan esok agar cepat muncul. Dia tak mahu bermasam muka lama-lama dengan isterinya. Dia tak sanggup.


Nana terjaga dari lenanya. Hisyam sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Perlahan-lahan dia turun dari katil menuju ke ruang tamu. Jarum jam di dinding menunjukkan ke arah angka tiga. Dia duduk menghadap televisyen yang kaku. Hanya cahaya lampu di luar menerangi ruang duduknya. Kertas putih yang menjadi punca pergaduhan antara dia dan suaminya ditenung tanpa perasaan. Pergaduhan pertamanya. Dicapai surat itu. Tawaran itu dibaca lagi buat kesekian kalinya. Hatinya sebal. Air matanya gugur lagi.

‘Kenapa abang buat Nana macam ni. Nana sedih. Nana nak kerja macam orang lain juga.’ Bisik hatinya yang turut sama menangis. Dia merebahkan diri di atas sofa dengan linangan air mata. Tak sedar ada mata yang sedang memerhati perlakuannya. Suaminya yang sedari tadi memerhatikannya, dari mula-mula dia keluar dari bilik langsung tak disedari kehadirannya dek kerana rasa kecewa dan sedihnya.

Hisyam turut merasa sedih. Nana memang terlalu ingin bekerja. Itu memang cita-citanya sejak kecil. Menjadi seorang pendidik. Dan sekarang, bila peluang itu datang kepadanya, ada pula halangan yang mengganggu. Dan halangan itu adalah dirinya yang terlalu ingin menjaga keselamatan isteri dan anak dalam kandungan. Dia merasakan dirinya telah bertindak tidak adil pada isterinya. Menghalang cita-cita murni wanita itu sejak sekian lama.

Hisyam melangkah ke hadapan menghadap isterinya yang terbaring lemah. Kehadiran Hisyam mengejutkan Nana yang sedang melayan perasaan kecewanya. Dia lantas bangun dan menyeka air mata yang galak mengalir menuruni pipinya.

"Abang. Kenapa abang ada kat sini?"

"Sayang masih marahkan abang? I’m sorry ok…" Sebelah tangannya menggenggam erat tangan Nana dan sebelah lagi menyapu manik-manik jernih yang mencemari pipi mulus itu.

"Taklah. Ermm…Nana nak masuk tidur dululah. Mengantuk pulak rasanya." Nana ingin bangun tapi pergerakannya dihalang tangan gagah Hisyam. Dia terduduk kemas di situ.

"Wait. Abang nak selesaikan perkara ni. Abang tak sanggup tengok sayang sedih. Masam muka macam ni." Perkara ini harus selesai. Dia tak mahu terus-terusan melukakan hati wanita yang paling dicintainya itu. Dia tak sanggup.

"Kan dah selesai tadi. Kalau abang tak bagi tak apalah. Nana nak buat macam mana." Jelas kedengaran rajuknya. Wajahnya ditundukkan.

"Betul sayang nak kerja?" Nana pantas memandang suaminya. Tak percaya dengan apa yang baru didengarnya. ‘Biar betul laki aku ni. Tadi beria-ia dia tolak permintaan aku.’

"Sayang? Betul sayang nak kerja?" Hisyam bertanya buat kali kedua bila dilihat isterinya masih tercengang tidak percaya. Nana mengganggukkan kepalanya penuh harapan. Dia tak boleh jual mahal dan merajuk lama-lama. Nanti, tawaran ditarik balik.

"Abang izinkan sayang kerja tapi dengan satu syarat." Bukan semudah itu dia mahu membenarkan isterinya bekerja lebih-lebih lagi dalam keadaan isterinya berbadan dua.

"Apa?" Penuh semangat Nana bertanya. Matanya yang tadinya dicemari genangan air mata kembali ceria penuh harapan.

"Kalau abang tengok sayang letih atau sakit, secara automatik sayang kena berhenti kerja. Setuju?" Nana mengangkat tangannya tanda setuju.

"Setuju." Ceria sekali suaranya. Impiannya untuk bergelar seorang pendidik akan tercapai. Cita-citanya sejak dibangku sekolah rendah.

"Ok. Kalau macam tu, jom kita masuk tidur. Dah lewat ni. Nanti baby kat dalam tu sakit pulak." Hisyam membantu isterinya untuk bangun dan mendorong tubuh itu masuk ke kamar mereka.

"Abang. Thanks…" Nana terharu dengan keputusan dan keizinan suaminya. Memang dia beruntung memiliki suami sebaik Hisyam.

"Hmm…sayang kena bagi hadiah kat abang ni." Hisyam sengaja mahu mengusik isterinya. Dahi Nana berkerut. ‘Kot ye pun nak hadiah, tunggulah esok. Nana masak special untuk abang.’

Hisyam menyuakan pipinya. Nana senyum. Satu kucupan mesra hinggap di pipi suaminya. Hisyam tersenyum bahagia.

"Ok, sekarang baru boleh tidur. Jom…" Hisyam menyelimuti tubuh isterinya. Seperti biasa, satu kucupan singgah di dahi isterinya. Nana bahagia. Terlalu bahagia. Dia hampir mengecapi kebahagiaan yang diimpikannya selama ini. Bila bayi dalam kandungannya lahir nanti, dia yakin kehidupannya akan lebih bahagia. Lengkap dan sempurna.

Novel Ini akan di terbitkan. teruskan menyokong penulis dan karya ini. selamat membaca dan semoga terhibur.
posted by Penulisan2u @ 5:29 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
36 Comments:
  • At 29/10/09 9:46 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hmm cpt ye terbitkan dah lame tggu ne...pe pon best...-nk-

     

  • At 29/10/09 10:09 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    betoi kata awak
    lamer toi nak update cerita ni

     

  • At 29/10/09 12:43 PTG, Blogger Penulisan2u said…

    lama sebab sementara penulis siapkan manuskrip. so kami terpaksa slow slow kan posting.. nanti dapatkan di pasaran

     

  • At 29/10/09 1:24 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cepat la ye...dh xsabau dh ni.....apalah agaknye kesudahannye....ke lps ni sumtin bad happen to both of them..huhuhuhuh.

     

  • At 29/10/09 2:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Bila baca karya ni, hati turut berbunga dan ianya seperti kehidupanku...suke suke suke. Tak sabar untuk kesudahannya. Tahniah!!!

     

  • At 29/10/09 2:39 PTG, Anonymous Sue said…

    Sungguh romantik n i like karya ni....tak sabar untuk seterusnya. Suke suke suke. Tahniah!!!

     

  • At 30/10/09 11:13 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    biler baca karya nie aku rasa seronok sangat.. bahagianya disamping suami tersayang yang begitu mengambil berat dan memahami kehendaknya isterinya..indahnya kehidupan..keindahan berumah tangga sentiasa terbayang di fikiran ku..

     

  • At 30/10/09 5:24 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Bez!! Suka la kat Hisyam....caring...memahami....kalau la blh dpt pakwe mcm Hisyam...bertuah badan....hahaha!!!
    Harap2....

     

  • At 1/11/09 7:03 PTG, Anonymous eleeza eva said…

    ingt dh xde yg terbaru..
    rupanya ad lg..
    cpt cky ye penulis..
    siapkn nvl n..
    dh lma tunggu n..
    nvl biarlah ym berbicra dh dpt..
    sipakh di hatiku n baju pengantin mak andam pm dh bli..
    tp x sempat nk bca lg..
    nk dptkn nvl n plok..
    cpt ckt taw..
    novel ad + iz pm x sbr nk bca..
    huhu..

     

  • At 4/11/09 2:13 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bagus jalan cerita dia.saya hampir-hampir nak menangis baca.sebab apa?saya membayangkan diri saya berada di tempatnya.saya pun ada cita-cita yang sama.saya tak sanggup suami saya halang cita-cita saya seperti di pertengahan cerita.

     

  • At 4/11/09 11:38 PG, Blogger ~LyNN ALLynNA~ said…

    tq kepade sume...terharu sy bace sume komen2....huhu...
    tp mmg betul...isteri mmg mendambakan suami yg sebegitu...huhu..sy hrp sume akan sabar menunggu novel ni pada tahun depan...tq again....

     

  • At 7/11/09 8:54 PG, Anonymous johana said…

    lorr kalau dh dibuat sebagai novel di pasaran sambungla jugak kat sini saye bukannye boleh beli novel mak saye mrh..

     

  • At 9/11/09 7:45 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wah!!
    beznyew..
    cpt ckit wt novel..
    jgn lpe bgtau blew novel tu akn dpsrkn..
    syerr org yg prtme yg akn bli novel 2...

     

  • At 29/11/09 3:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    TAHNIAH ATAS PENERBITAN TERSEBUT!!!!!

     

  • At 30/11/09 3:30 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    aiii fantaghiro..
    ok..gud job..!!
    keep on writing..
    niya1501@y.c

     

  • At 15/12/09 8:53 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    so sweet...
    best la cter nih...
    cpat ckit smbung...
    gud job writer..
    :)

     

  • At 16/12/09 12:31 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    papepun tahniah pd penulis...
    sebuah ctr yg best...
    nnt da ada novel ni d pasaran jgn lpa bgtau
    xsbar nk bli ctr ni

     

  • At 17/12/09 12:30 PTG, Anonymous liza said…

    besy r citer niii....aku sanggup masuk klas lmbt2.sajek jek sal nk baca citer ni.bila ah novel ni nak kuar kat pasaran?rasa da x sabar nk serang bookstore kat tempat aku sal nak cari buku nih!...

     

  • At 7/3/10 2:34 PTG, Blogger rini said…

    fantaghiro..keep up your good job..xsabar nk beli n bace novel nih..nnt dah kua bgtau yer..xsabar nye..n 2 penulisan2u thanks sbb smbung post cite ni.. =)

     

  • At 26/3/10 10:26 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hei ! saye da beli buku nye ! da baca sampai bab 40 lebih .. bes gile la ..

     

  • At 3/4/10 6:01 PTG, Anonymous qysrah said…

    nvel ni terbitn pe ek?best la!!!gud job writer!!!hrap2 ending nye nana n hisyam bhgia...

     

  • At 8/4/10 3:04 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    x sbr rasenya nk tau ending nye mcm mane..

     

  • At 8/4/10 7:05 PTG, Blogger rini said…

    yey!!!!..sy dah bce novel nih..
    best sgt..
    congrates to lynn sbb dah berjaya wat sy tersenyum,ketawa,sedih,marah geram n paling penting,wat sy nangis2 smpai kene sediakan handkerchief..
    kepada sepe2 yang belum beli,sy rase anda seme patut beli..
    congratessssss lynn..

     

  • At 21/10/10 3:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sy dh bce novel ni,but sje nak bce bnyak kali!!
    sngat seronok!
    x puas la

     

  • At 13/11/10 11:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    smbung la cter ni cpt2, xsbr nak bce, bezt cter ni..

     

  • At 21/11/10 2:03 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    jalan cita best.. hisyam so loving and caring husband..
    hope dpt husband mcm tu.. one day.. interesting story.. keep it up... ;)

     

  • At 6/2/11 10:09 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bila nak update lagi....
    lambatnye...

     

  • At 16/4/11 2:27 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cepat....x sabar dah nie
    sambungannye????????????

     

  • At 27/4/11 2:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nk smbungannye!!!!!! please3!!! hurry up...hehehe

     

  • At 27/6/11 3:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nak sambungannya!!!!

     

  • At 9/7/11 11:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mana nak beli novel ni....syoknya teruja nak tahu ending......

     

  • At 2/10/11 11:32 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bila nak sambung lagi cerita ni...x sabar nak tau cerita selanjutnye..

     

  • At 7/10/11 10:11 PTG, Blogger anisyah zainul said…

    sambung sambung !

     

  • At 19/10/11 8:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Kan ade novel dia, belilah.

     

  • At 11/7/12 3:29 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    smbung2....cpat ye

     

  • At 23/8/12 12:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    memang best tapi kena beli novel harap kisah ini bersambung cepat..........

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group