Jumaat, Oktober 16, 2009

Novel : Semarak Cinta 23

Nama Pena : Benangmas

*******
Nur Alia melangkah untuk masuk kebiliknya, dia terpaksa melalui meja Irda dan juga Ely, beberapa rakan sekerja juga turut memandang dengan hairan, wajahnya tidak seceria sebelum dia keluar makan sebentar tadi. Ely yang sedang berborak dengan Irda masing-masing berpandangan.
"Kenapa tu, tak pernah-pernah pun macm tu." Tanya Irdanya kepada rakannya.
"Entah..biasa la tu datang bulan kot.." ketewa kecil meletus dari bibir mereka, Irda dan Ely menyambung dengan aktivitinya men touch up muka yang sudah pun tercalit dengan mekup tebal, beberapa staff lelaki hanya menggelangkan kepala melihat kelakuan dua gadis yang leka dengan aktiviti mereka. Tak cukup satu warna ditambahnya pelbagai warna lagi. Pantang ada masa terluang selain menganyam ketupat mereka juga suka bersolek.
Nur Alia menghempaskan punggung dikerusi hitamnya, keempukan kerusi itu sudah tidak terasa lagi. Hatinya pedih. Apakah suaminya telah mempunyai pilihan hati sebelum bernikah dengannya. Penghawa dingin yang terpasang sedikit pun tidak terasa sejuknya. Dipandang wajah suaminya yang tersenyum didalam gambar. Bingkai gambar yang terukir menarik itu disudut mejanya dicapai. Seraut wajah lelaki yang menggegarkan hati wanitanya itu seakan memperlinya. Puas dia menatap potret itu lalu dia menekupnya diatas meja. Malas dia mahu memandang wajah Adi Hamidi terasa semakin menyesakkan dada. Kertas-kertas kerja yang memenuhi mejanya langsung tidak terusik, hilang moodnya seketika. Nur Alia meraup wajahnya perlahan dia beristifar beberapa kali mengembalikan ketenangan hatinya. Dalam diam hatinya terpujuk, baginya dia tidak perlu melayan rasa hatinya ketika ini, bimbang semua kerja yang perlu disiapkan akan tertangguh. Emosi yang tidak menentu itu diketepikan seketika. Dia mahu menyiapkan semua kerja-kejanya sebelum waktu pulang. Nur Alia menyambung kembali tugasnya selepas menunaikan solat asar di ruang solat. Rakan sekerjanya juga tekun melakukan kerja termasuk Ely. Masa berlalu tanpa disedarinya, tanpa sedar dia keseorangan ketika ini, semua staff sudah pun meninggalkan office dua jam yang lalu, kesuraman cahaya lampu diluar biliknya menyeramkan, penghawa dingin yang terpasang rupanya sudah lama dimatikan, dia terlalu ralit dengan kerjanya, dilihatnya jam dipergelangan tanggan, matanya membulat. Nur Alia tidak pernah kelewatan pulang kerja sehingga ke angka 7.30 petang. Dia cepat-cepat berkemas. Jika tidak kerana melayan hati yang tidak menentu tadi sudah tentu dia tidak akan balik selewat ini. Pasti suaminya dan Murni risaukannya. "Ah…siapalah dia yang perlu dirisaukan oleh suaminya jika dibandingkan dengan buah hati misterinya itu.." bisik hati kecilnya
"Kenapa lah aku cuai sangat ni." omelnya sendirian. Fail-fail kerja yang dikemasnya tadi kembali bertaburan setelah dia terlangagar bucu meja. Nur alia duduk mencangkukng dia mengutip kembali satu persatu isi fail yang bertaburan dilantai, terasa ingin menangis, sudahnya isi fail yang bertaburan tadi cuma disumbatkan tanpa disusun semula kedalam laci mejanya. Tubuhnya terasa seram sejuk. Pagi-pagi besok dia akan datang awal untuk mengemas kembali isi fail yang berterabur tidak tersusun tadi. Nur Alia melangkah keluar dari biliknya. Hanya dua sahaja lampu terpasang kesemuanya bercahaya suram menambahkan lagi rasa seramnya. Dia terkocoh-kocoh berlari-lari anak sambil matanya meliar tertoleh ke kiri dan kanan seperti melarikan diri dari seseorang. Dia tarasa seperti ada sesuatu yang mengkeorinya dari belakang. Kepalanya ditoleh kebelakang sambil berjalan pantas dan tiba-tiba….Damm.. Tanpa sengaja badannya terlangar benda keras didepannya nasib baik badannya dapat mengimbaginya daripada terjatuh, dengan mata yang terpejam Nur Alia menjerit sekuat hati. "Tolong!… susuk tubuh itu merangkulnya dengan kemas. "Alia…Alia…abang ni". suara garau yang didengarinya menambahkan lagi rasa takutnya. Nur Alia masih lagi menjerit, matanya yang terkatup rapat itu mulai merembeskan air jernih, tangan sasa itu menekup mulutnya. "Alia mengucap sayang…abang ni.. buka mata tu." Adi Hamidi memegang kepala Nur Alia digoyangnya beberapa kali, lalu dia menampar kecil pipi halus milik isterinya itu. Seakan tersedar dari ketakutan apabila namanya disebut, Nur Alia mula membukakan matanya perlahan-lahan wajah cemasnya sebentar tadi hilang seketika bilamana terpandang akan wajah suaminya didepan mata. perasaan takutnya yang masih bersisa beransur-ansur pergi, dia memeluk erat tubuh suaminya lalu menangis kelegaan. Adi hamidi membalas rangkulan isterinya itu, dia mengosok perlahan belakang tubuh isterinya. Semangatnya yang hilang kini perlahan-lahan muncul kembali, Nur Alia kelegaan dia melepaskan rangkulan isterinya yang menunduk malu. "Kenapa balik lambat kalau dah tahu takut, esok kan boleh sambung lagi" katanya lembut. Adi hamidi mengambil brifcasenya lalu mengengam tangan isterinya dengan erat. "Kenapa awak tak balik lagi.." dibiarkan Soalan suaminya itu dengan persoalan baru. "Abang terpandang kancil Alia kat bawah tu, rasa pelik pulak, biasanya Alia balik awal dari abang, itu yang abang naik semula, sampai sini abang tengok bilik Alia masih terang, abang tunggu lah kat luar ni malas nak panggil, abang solat maghrib kat bilik sekejap…" direnung wajah isterinya yang kelihatan comel selepas menangis. "Banyak kerja ke?" Soal suaminya. Nur Alia hanya mengangguk kecil, malu dia untuk menatap wajah suaminya. "Dah solat belum? Kalau nak solat kat rumah abang rasa tak sempat ni, karang jalan sesak pulak, lagipun tadi hujan." Tuturnya lembut. Nur Alia melihat jam dipergelangan tangganya jam menunjukkan ke angka 8.00 malam. "Alia solat kat sini aja, abang temankan yea.. Adi Hamidi memberi cadangan, Nur Alia mengangguk kecil. Dia membuka jam dipengelangan tangannya lalu dimasukkan kedalam tas tanganya. "Erm.." Nur Alia berpatah semula setelah melangkah dua tapak. Suasana yang agak suram itu mulai menakutkannya. "Abang temankan.." kata Adi Hamidi setelah dapat membaca apa yang ada difikiran isterinya. Dia menemani isterinya mengambil wuduk. Nur Alia berasa selamat bila berada dekat dengan suaminya. Seusai menunaikan solat mereka beriringan menuju ke lift. Tiada kata yang terkeluar dari bibir mereka, masing-masing membisukan diri. Pintu lift terbuka mereka melangkah bersama. "Abang dah call Murni." Perkataan abang terluncur dari mulut Nur Alia, Adi Hamidi menyembunyikan senyuman. "Dah… Abang dah bagitahu dia, kita balik lambat sikit." Hanya itu yang ditanyakan isterinya, ruang lift kembali sunyi.
Mereka melangkah keluar dari perut lift bersama. "Lepas ni kita pergi makan abang lapar." Adi Hamidi mengajak isterinya makan bersama, Nur Alia hanya mengangguk kecil, teringat akan kertas tisu yang ditulisnya untuk Adi Hamidi. Janganlah suaminya teringat akan hal itu. Adi Hamidi mendekatkan mulutnya ke telinga isterinya yang bertudung itu, "Abang nak bayar hutang, lagipun
Menurut kenyataan dalam sebuah hadis, orang yang enggan membayar hutang itu dianggap sebagai pencuri. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang maksudnya : \"Sesiapa juga yang berhutang dan dia bercita-cita tidak akan membayarnya, dia akan menemui Allah sebagai pencuri.\"…"
Lancar lidah itu menuturnya. "Nah terkena batang hidung sendiri la pulak, siap dengan hadis sekali." Bisik hati kecilnya. Nur Alia terdiam dia hanya menundukkan wajah, mukanya sudah membahang langsung tidak disangka suaminya memperli secara lembut.
Nur Alia berlalu menghampiri kereta kancilnya. "Nak kemana tu." tegur Adi Hamidi melihat isterinya menuju ke kereta kancil putih itu yang terletak di petak parking tidak jauh dari pintu guard diselah kanan. "Nak ambik kereta lah" jawabnya tenang setelah berpaling menghadap suaminya yang tidak jauh darinya.. "Tak payah, kereta awak tu tinggal aja kat situ naik kereta abang." Nur Alia hanya menurut tanpa membantah. Ada beberapa buah kereta yang masih terpakir ditempatnya. Bukan dia sahaja yang pulang lambat rupanya masih ada lagi yang pulang leawat darinya. Dia senyum sendirian mengingati kembali rasa takutnya bila tinggal sendirian tadi di pejabatnya. Mujurlah suaminya yang didakapnya tadi jika bukan, pasti entah apa yang akan jadi, kecut perutnya mengingati yng bukan-bukan. Lopak air kelihatan dibeberapa tempat sesekali dia menglak dari memijak lopak yang terbentuk dari air hujan tadi, dia sendiri tidak sedar bilakah hujan membasi bumi. Nur Alia mengelengkan kepalanya lalu tersenyum sendirian.

Ely baru turun dari kereta rakannya yang dipakir ditepi jalan. Dia keluar makan bersama rakan lelakinya setelah pulang dari pejabat. Kereta Aveo hijau miliknya masih dipakirkan diperkarangan pejabat. Ketika dia menghidupkan enjin keretanya, tanpa sengaja dia terpandang akan kelibat Adi Hamidi dan seorang wanita bertudung yang sedang beriringan menuju ke kereta Adi Hamidi. Dia memerhati dari jauh. ‘Itu macam Alia, apa dia buat dengan En. Adi lewat begini baru balik." Jari jemarinya diketuk beberapa kali ke stereng kereta, matanya masih tidak mahu terlepas memandang walau seminit pun adengan mereka. "Isk..tak sangka nampak aja baik, Bertudung litup rupanya perempuan murahan." Ely membuat tuduhan melulu. Sakit hatinya melihat kemesraan En. Adi dan Nur Alia. "Jaga kau Alia.." dia mengekori kereta milik Adi Hamidi dari belakang Ely ingin tahu kemanakah En.Adi membawa Alia malam-malam begini. Ely menjarakkan keretanya dari mengekori rapat kereta bosnya, kereta Honda Arccord itu meluncur dengan laju..Tiba disimpang tiga, Ely terpaksa membrekkan keretanya secara tiba-tiba sebuah kereta Pajero hitam meluncur laju hampir-hampir melanggarnya. Hon yang dibunyikan pemandu kereta tadi seakan-akan guruh berdentum dipendengarannya bagaikan nyawa mahu melayang. Kereta Adi Hamidi hilang dari pandangan. Dia mengehentak tangannya beberapa kali ke stereng keretanya. "Sial punya kereta…" Marahnya pada pemandu yang hampir-hampir melanggarnya tadi. "Takpe kali ni kau terlepas Alia esok lusa tahu lah engkau", katanya sinis. Dia memandu perlahan pulang kerumahnya dengan hati yang sebal. Esok akan ada agendannya yang tersendiri.

Nur Alia meninggalkan suaminya dibelakang, dia terkejar-kejar ke pintu lift hari ini dalam sejarah dia kelewatan puncanya mereka terperangkap dilaluan yang sesak. Ada kemalangan besar berlaku di jalan yang mereka lalui, jalan hanya dibuka satu lorong. Dengan kelewatan itulah dia berlari-lari anak mengejar masa. Dah la dia datang bersama Adi Hamidi, kalau teman-teman yang lain nampak pasti dia akan disoal siasat dengan soalan bertubi-tubi tidak kurang juga pasti ada yang memandang serong padanya maklumlah staff perempuan ramai juga yang tertarik hati pada suaminya. Adi Hamidi hanya melihat dari jauh, melihat keletah isterinya dia mengelengkan kepala beberapa kali.
Sebaik sahaja kaki Nur Alia melangkah menghampiri pintu biliknya dia bertembung dengan Irda lalu melemparkan senyum sebagai sapaan pagi. Senyuman yang dihulurkan langsung tidak berbalas malah dia dihadiahkan dengan jelingan tajam seolah-olah dia pernah menyakiti hati wanita itu. "Apa kena pulak dia ni lain macam aja, gaduh dengan Ely ke?..."hatinya membuat telahan sendiri. Dia menjungkit bahu sebagai menjawab soalan hatinya. Nur Alia masuk ke biliknya seperti biasa. Kertas kerja yag bertaburan semalam perlu disusunnya kembali. Semua kerja yang perlu disiapkan telah pun siap kesemuanya, dia tidak prlu megamil masa yang lama untuk menyiapkannya semalam dia telah terlajak masa. Dikerlingnya jam di didnding biliknya hamper pukul 12.30 tengah hari.

Seperti biasa tiba waktu makan tengah hari dia menghubungi Haslinda, temannya itu setia menanti. Setelah Nur Alia mengemas seketika mejanya dia keluar mendapatkan teman yang sedang menunggunya.
"Banyak kerja ke Alia..?" soal Haslinda dengan senyuman terukit dibibir merahnya. "Takde lah kak biasa aja.." balasnya lembut, mereka berjalan menuju ke lift, beberapa oang staff yang mungkin akan memasuki perut lift yang sama dengannya langsung tidak membalas senyuman yang dihulurkan. Dia berasa pelik. Apa yang terjadi pada pejabatnya kini, semua orang berlainan sekali hari ini atau adakah cuma perasaannya sahaja. Pejabatnya menyambut hari berwajah cemberut seduniakah. Haslinda hanya berlagak selamba disebelahnya, tidak perasankan temannya itu akan perubahan ini.

Nur Alia bertanyakan hal itu kepada rakannya setelah mereka selesai menjamu selera. "Ermm..akak perasan tak semua budak office kita berwajah cemberut hari ni" soalnya Nur Alia, dia tidak mahu lagi membendung soalan yang menerajang hatinya.
"A’aa..perasan." balasnya selamba.
"Akak pun perasan. Ermm.kenapa yea kak, diaorang semua macam tu…?" Minuman yang masih berbaki itu disedutnya sedikit demi sedikit.
"Lupakanlah hal diorang tu." Lain pula jawapan yang diberikan Haslinda.
"Eh akak ni nak lupakan apanya Alia cuma rasa hairan aja kenapa jadi macam tu dengan akak diaorang ok aja..kalau syarikat kita ni ada sambutan hari ceberut sedunia mahu juga Alia sertai. Takdelah nak penat-penatkan diri senyum sorang-sorang sedangkan orang lain tak senyum." Katanya sambil bergurau.
"Sempat lagi kamu nak bergurau.."sanggah Haslinda sambil tergelak kecil.
"Dah akak tak nak bagitahu sangat…" balasnya kembali, dia turut ketawa kecil apabila mendengar temanya itu ketawa.
"Ermm..kalau akak tanya Alia marah tak..?"
"Marah..? Soalan apa yang akak nak tanya sampai menaikkan suhu darah Alia ni kak." Katanya berseloroh.
"Eh budak ni boleh main-main lagi."
"Nak marah pasal apa pulak, soalannya pun akak tak tanya lagi macam mana Alia tahu nak marah ke tak?" dia sedia disoaln oleh temannya itu, matanya tertumpa pada seraut wajah yang tidak jemu jika memandang. Tentu adiknya juga seperti temanny yang seoarang ini.
"Erm.. semalam Alia balik lambat dengan En Adi erk…?"
"Eh macam mana akak tahu, semalam pun akak balik lambat juga ke? Nur Alia sedikit terkejut dengan soalan Haslinda. Tidak sangak rupaya ada juga yang nampk dia pulang bersama suaminya.
"Takdelah. Pagi tadi masa akak ke pantry buatkan air untuk En. Adi, akak ada terdengar diaorg mengumpat pasal Alia dan En. Adi. Katanya ada orang nampak Alia dengan En. Adi baru turun dari office dan pulak tu Alia naik kereta En. Adi" "Oh… macam tu, patut la Irda pun lain macam aja dengan saya pagi tadi, ini rupanya yang menyebabkan diaorang cemberut aja tengok Alia rupanya. Semalam memang Alia balik lambat, tak sedar ralit sangat buat kerja, tak sangka pulak Alia, Adi pun tak balik lagi, kami balik sama-sama kak." Katanya dia tidak mahu menjelaskan kenapa dia balik lambat biarlah disimpan rahsia itu. Masalah rumahtangganya biarlah dia sendiri yang tanggung.
"Akak bukan apa Alia, sakit hati akak ni bila ada orang mengumpat pasal kau. Walaupun kau bukan adik akak tapi kita dah lama kawan kan, dah macam darah daging sendiri." Luah Haslinda jujur, dia tidak mahu reputasi Nur Alia sebagai perkerja yang berdikasi itu rosak gara-gara adanya cerita yang tidak sedap didengar walaupun mereka suami isteri. "Akak rasa baik Alia bagitahu semua orang apa hubungan Alia dengan En. Adi, tak pun kalau Alia malu nak bagitahu biar akak aja yang bagitahu diaorang." Sambungnya lagi.
"Erm..tengok dulu lah kak, tapi siapa pula yang nampak Alia semalam. Setahu Alia takde seorang pun staff kita yang balik lewat semalam."
"Erm.. entah la.."
"Lepas ni apa pula cerita yang diaorang nak sebarkan kan kak?"
"Hmmm.." Haslinda mengeluh kecil, dia sendiri pun tidak tahu apa pula cerita yang akan didengarinya nanti.
"Dah jom sambung kerja……" Nur Alia mula melangkah perlahan-lahan meninggalkan meja makan yang dudukinya. Dia malas memanjangkan cerita ini, biarlah buat masa ini rahsianya perhubungannya dengan Adi Hamidi kekal rahsia.

18 ulasan:

  1. buat ape nak rahsia bg tau je la kat kwn2 tu

    BalasPadam
  2. cerita ni kan best tapi last sekali ending dia sedih sebab berakhir dengan sebuah kematian. kalau tak caya cuba baca kat blog dia

    BalasPadam
  3. ape blognye?

    BalasPadam
  4. ni blog nye..
    http://diarihati-diarihati.blogspot.com

    BalasPadam
  5. blognye dah dpt tapi dpt baca spai epsot 49 je...mcn ner nak baca ending dia ni......

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama11/1/10 1:21 PG

    ala xbes la ending sedey...cte nie comey dah

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama16/5/10 1:40 PG

    ala x blh bce jgk la kt blog..
    ade mslh..
    ni yg sdih ni..

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama5/7/10 2:10 PTG

    mcm mane korg boleh bace sampai episod 49 tu....
    xde pulak aku cari...
    musykil..musykil....
    tolong laaa

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama4/8/10 4:39 PTG

    Salam, mmg best gler...nnti sy try bukak blog dia...mmg smpai hbs ke cerita nie dia update?

    BalasPadam
  10. ntah x jumpa pun smpi episod 49

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama28/5/11 1:05 PG

    asl x jumpe ar blog dier... uh3 xpat la aq bce....

    BalasPadam
  12. sapew yg mati???
    alia ke adi???

    BalasPadam
  13. pada pandangan saya setelah membaca novel ini secara keseluruhannya, pengakhiran cerita ini seperti tergantung.... Apa jadi dgn watak Ely... Sebenarnya watak Mimie di situ tidak berkesan. Cara pengolahan masih kurang kemas.

    BalasPadam
  14. Mimie yg meninggal.... tp who care... dia perosak... watak Mimie tidak memberi kesan pada jalan cerita ni sebenarnya.

    BalasPadam
  15. Saya adalah peminat novel dan banyak novel yang telah saya baca, dan dijadikan koleksi.. novel ini saya beli dan baca 'every single page without miss it'... keseluruhan cerita okay.. tp masih belum sampai kategori 'meruntun jiwa'

    BalasPadam
  16. smbong lha lg..tringin sgt na bce bg abes

    BalasPadam
  17. Mane sambungan cite ni?tlg la bt smbgan dia cepat sikit...plssssss saya msk blog awak tapi tkde pun smbgan nye...tk sabar pls update cepat sikit...nice story good luck..

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama4/9/12 1:31 PTG

    mna sambungan cite ni...tak best la cite alang2...

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan