Jumaat, Oktober 02, 2009

Novel : Semarak Cinta 21

Nama Pena : Benangmas

*******
Murni dan abangnya sedang bersantai di ruang tamu menonton tv, malam ini Murni sedikit santai esok dia tidak terlibat dengan peperiksaan, namun begitu ditangannya masih memegang buku. Nur Alia didapur sedang menyediakan makan malam mereka. Malam ini dia hanya memasak macaroni goreng, Murni yang meminta dia menyediakan makanan kegemarannya.
"Dah siap ke kak...? Murni terjongol disebelah Nur Alia yang sedang leka memotong daun saderi dan cili ditangannya tidak lekang dengan buku geografi dikeleknya kesana kemari. "Dah.. Cuma nak taruk cili dengan daun ni aja. Murni pergi panggil abang makan, akak nak buat air sekejap."pinta Nur Alia.
"Yea lah kak." Katanya patuh. "Abang makanan dah siap." Laung Murni, dia langsung tidak berganjak dari tempat berdirinya tadi. "Eh! apa ni anak dara menjerit malam-malam. Tak baik la panggil abang macam tu, tak sopan."
"Ala akak ni bukan selalu. Malas la nak pergi jemput menjemput abang tu."
"Bukan selalu…kalau boleh jangan buat terus." Bebel Nur Alia sambil menggelengkan kepalanya. Teringat dia akan kenakalan Suraya adik perempuannya, walaupun sudah dewasa tapi perangainya masih tidak matang lagi. "Panggil la elok-elok, nanti kalau dah kahwin takkan nak panggil suami Murni macam tu jugak."
"Kalau suami sendiri, Murni dokong aja bawak ke dapur ni. selorohnya. Nur Alia tergelak mendengar jawapan dari adik iparnya.
"Takpelah akak pergi panggilkan."
"Orait.."
Adi Hamidi masih lagi asyik menonton tv, dia tidak menyedari kedatangan isterinya. Nur Alia hanya mampu mengelengkan kepala, khusyuk benar dia melihat suaminya menonton tv, entah apa cerita la yang ditengoknya.
"Makanan dah siap..jom makan" pelawa Nur Alia lembut menghampiri suaminya. Adi Hamidi berpaling ke arah isterinya yang sedang merenungnya. Dia tersengih. "Awak masak apa malam ni." Soalnya dengan ramah, dia mencapai remote tv lalu ditutup. Adi Hamidi bingkas bangun dari pembaringannya sambil membututi langkah isterinya ke ruang makan. "Saya masak macaroni goreng aja." Jawabnya sambil berpaling ke arah suaminya yang tersenyum memandang.

"Ooo…dah lama menapak kat sini tuan puteri kita ni yea. Patut la hamba ditinggalkan keseorangan rupanya macaroni goreng kegemarannya sedang memukaunya." Seloroh Adi Hamidi. Murni ketawa mengekek-ngekek mendengar kata-kata abangnya, Nur Alia hanya tersengih kecil melihat keletah dua beradik itu. Murni mencedok macaroni kedalam pinggannya.
"Jom makan nanti sejuk tak sedap pulak.."
"Eh! pinggan dia saja yang diceduknya, untuk abang mana?" dia memandang gelagat adiknya yang hanya mengisi macaroni kedalam pinggannya.
"Abang kan ada Kak Alia, nanti Kak Alia cedukkan untuk abang.." jawabnya selamba
"Eee..pemalasnya."
Murni tidak menghiraukan kata-kata abangnya dia sedang menikmati makanan kegemarannya dengan asyik. "Errmm..sedap!."

Sesudah menikmati makan malam, Nur Alia masuk kebilik untuk menggosok pakaian yang akan dipakainya esok. Dicapainya baju kurung sutera bewarna ungu didalam almari pakaian, beberapa kali dia menyuakan baju kurung itu kebadannya dihadapan cermin, Nur Alia tersenyum sendirian. Tiba tiba daun pintu biliknya dikuak, seketika dia menoleh, Adi Hamidi sedang tersengih memandangnya. Suaminya perlahan-lahan berjalan menghampirinya.
"Tolong gosokkan baju saya boleh, esok saya dah kerja."pintanya lembut. Nur Alia memandang suaminya dengan wajah kehairanan. "Hmm..boleh. mana bajunya." Perlahan dia bertanya.
Awak gosok aja mana yang awak rasa sesuai untuk saya pakai esok. Bertambah lagi rasa hairan dihatinya sebelum ini suaminya tidak pernah meinta dia mengosoknan baju kerjanya malah memlih untuk dipakinya pun tidak pernah sekali. Adi Hamidi masih lagi tersengih memandang.
"Ermm..nanti saya pilihkan." Dia hanya membiarkan persoalannya bermain diminda. Suaminya berlalu meninggalkanya untuk menyudahkan kerja-kerja mengosok.
"Terima kasih." Ucap Adi Hamidi perlahan sebelum menutup pintu bilik mereka. Nur Alia hanya menyembunyikan senyum."Pelik"bisiknya.

******

"Dah subuh ni bangun, hari ni kan awak kerja.\" Nur Alia mengejutkan suaminya yang masih lagi belum mahu membukakan mata.
"Dah pukul berapa..?"soalnya sambil mengeliat kecil, tangannya diangkat ke atas. Nur Alia hampir tergelak melihat aksi suaminya seperti Mr.Bean, baru bangun tidur. "Dah pukul 6.15 pagi.." jawabnya. "Dah solat subuh" soal Adi Hamidi kepada isterinya
"Belum." Jawab Nur Alia sepatah, dia yang sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala terhenti seketika ketika mendengara pertanyaan suaminya, sebelum ini Adi Hamidi tidak pernah bertanya.
"Tunggu saya nanti kita solat jemaah sama-sama." Nur Alia mengangguk kecil. Matanya masih tidak lepas memandang suaminya yang semakin pelik dimatanya. Adi Hamidi bangkit dari katil dia menuju ke bilik air membersihkan diri dan sebentar lagi dia akan mengerja solat subuh berjemaah dengan isterinya.
Kehairanan yang semakin pelik dengan tingkah laku suaminya itu membuatkan Nur Alia berfikir yang bukan-bukan. Semalam dimintanya gosokkan baju kerja dan sekarang dia akan mengimamkan solat subuhnya. Nur Alia mengucapkan syukur berkali-kali didalam hati. Perubahan suaminya ini diharap ke arah kebaikan. Nur Alia menghamparkan sejadah disudut bilik mereka. Dia sudah tidak sabar menjadi makmun kepada suaminya. Inilah yang diimpaikan nya sejak berumahtangga dahulu akhirnya doanya itu dimakbulkan Allah. Dia tersenyum sendirian airmatanya bertakung ditubir matanya tanda kegembiraan.
Sesudah Adi Hamidi mengimamkan solat subuh mereka. Nur Alai bergegas ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi untuk mereka. Suaminya pun sudah mula bekerja.
Adi Hamidi masih dengan T-shirt putih ketika turun bersarapan, Nur Alia memandang sekilas suaminya yang tersenyum memandangnya. Murah benar senyuman suaminya sejak dari semalam. Sedikit berkerut dahi Nur Alia, hairan merajai hati. Suaminya masih lagi berpakaian santai.
"Kenapa tak bersiap lagi…kan awak kerja hari ni." Soal Nur Alia sambil memandang sekilas wajah suaminya.
"Saya masuk lambat sikit hari ni. Ermm..awak tu tak bersiap lagi kenapa dah pukul berapa ni takkan nak pakai apron dengan T-shirt tu ke pejabat.." tegurnya
"Alamak!... terlupa lah." Nur Alia kelam kabut menyediakan minuman untuk suaminya. Adi Hamidi hanya menggelengkan kepala melihat tingkah isterinya. Apa yang membuat isterinya menjadi pelupa dia sendiri tidak tahu.
"Awak makan sendiri yea saya nak bersiap dulu nanti lambat pula ke office."
Adi Hamidi hanya menganguk kecil. Dia memang mengizinkan isterinya bekerja tetapi dia tidak pernah bertanya dimana isterinya bekerja, dan apa pula jawatannya. Sebagai seorang suami dia perlu ambil tahu semua itu, selama ini dia hanya bersikap sambil lewa. Ingin dia bertanya soalan itu ketika bersarapan bersama isterinya tadi namun kerana kelewatan isterinya dia tidak jadi bersembang tentang itu. Terasa seperti dia baru memulakan perkenalan dengan isterinya. Apakah cinta sudah berputik dihatinya atau dia sekadar mengambil berat. Adi Hamidi mengunyah nasi goreng sambil tersenyum kambing membayangkan soalan yang akan diutarakan kepada isterinya jika dia berpeluang bersembang nanti.
"Oii..apa senyum sorang-sorang ni bang..." Jerkah Murni adik kesayangannya yang sedang memerhatinya dari tadi.
"Uishh..apa ni dik main jerkah aja ni, kalau nak tegur pun bagilah salam ke apa ke?. Tengok abang senyum pun tak boleh ke."
Murni hanya tersengih "Bukan tak boleh tapi pelik jerk. Tak pernah-pernah pulak abang senyum macam ni. ada apa-apa ke bang." Dia mula mengambil tempat disebelah abangnya. Cadangnya ingin mengorek rahsia tetapi Adi Hamidi tetap dengan wajah selambanya.
"Tuang air untuk abang..tercekik ni." arah Adi Hamidi kepada Murni.
"La tu lah, makan sambil senyum-senyum orang tanya pun tak nak bagitahu." Murni mencebik bibirnya apabila Adi Hamidi merenungnya. "Mana kakak bang, makan sorang-sorang ni kenapa?"
"Kak Alia dah terlambat ke office tu. Dia tengah bersiap." Adi Hamidi menyudahkan suapan yang terakhir lagi lama dia disitu lagi banyak pula soalan dari adiknya ibarat seperti penyiasat.
"Kenapa pulak dia lambat, biasanya tak macam ni." Murni tersengih memandang abangnya.
"Apa senyum-senyum..dah! jangan nak fikir yang bukan-bukan, lepas makan pergi study, awak tu belum habis periksa lagi tahu.." Adi Hamidi menjentik hidung Murni. Adiknya mengaduh.
"Orang senyum pun salah. Ni abang pakai macam ni tak kerja ke, hai lamanya syarikat abang bagi cuti entah-entah dah kena tendang tak bang.." Murni mengangkat keningnya sebagai isyarat mengiakan telahannya.
"Hei..tak main lah tendang menendang ni dik oii.."
"Habis tu dah lama sangat abang cuti. Macam ada yang tak kena aja. Murni mulai mencuriagai abangnya. Dia mencapai nasi goreng lalu disuakan kedalam mulut otaknya masih lagi ligat bertanyakan hal abangnaya yang terlalu lama bercuti.
"Takde apa-apa lah. Hari ni abang masuk kerja lambat sikit." Katanya sambil membawa pinggannya kedalam singki lalu dicuci. Dia tidak mahu membebankan Nur Alia dengan membasuh pinggan yang dimakannya, lagipula dia memang tidak suka melihat selonggok pingan mangkuk yang tidak dicuci terkumpul didalam singki. Emaknya banyak mengajanya menjaga kebersihan.
"Saya pergi dulu." Nur Alia muncul dibelakangnya, dia menghulurkan tangan kepada Adi Hamidi, begitulah rutin hariannya bersalam dan mancium tangan suaminya jika Adi Hamidi tidak menyambung tidur.
"Akak tak makan dulu ke?" Soal Murni kehairanan melihat kakaknya tergopoh gapah.
"Akak dah lambat la Murni nanti akak makan kat pejabat aja yea. Akak pergi dulu. Jangan lupa kunci pintu nanti kalau ada apa-apa call kakak atau abang erk.." pesan Nur Alia kepada Murni yang menganguk perlahan. Adi Hamidi hanya diam memerhati isterinya terpegun dengan kecantikan isterinya berbaju sutera unggu.

*********
Nur Alia berlari-lari anak menuju ke lif, dia kelewatan hari ini walaupun waktu kerja belum bermula tetapi dia sudah berjanji dengan Haslinda untuk sama-sama membantu menyediakan majlis jamuan kecil itu. Hari ini hatinya berbunga riang,sepanjang perjalanan ke pejabat bibirnya menguntum senyum, pertama kalinya menjadi makmum kepada suaminya, kepenatan dia mengejar masa seakan-akan hilang bila teringat akan hal itu. Pintu lif tingakt 11 terbuka. Nur Alia melangkah senang. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang. Nur Alia berpusing "Opss..maaf",katanya sepatah, lelaki itu memadang bersahaja tiada riak senyum atau marah pada wajahnya. Nasib baik lelaki itu tidakk marah-marah diatas kecuaiannya tadi, jika tidak pagi-pagi lagi dia dapat peluru tabur. Nur Alia ingin melangkah tapi dia terasa seolah-olah lelaki itu belum lagi berganjak dari tempatnya berdiri. Nur Alia berpaling. Lelaki itu tersenyum memandang. Tangannya diarah kan kehadapan. Mulutnya yang tersenyum sedikit tergangga.
"Alia…" Nur Alia memandang tanpa berkalih, dia berasa hairan lelaki itu mengenalinya sedangkan tidak mengenali lelaki itu.
"Yea saya." Jawab Nur Alia. lelaki itu melangkah ke arahnya yang juga masih lagi tercegat didepan pintu lif. Kepalanya memproses maklumat mengenai lelaki dihadapannya kini tetapi dia masih tidak ketemu jawapan. Mungkin lelaki ini tersilap orang dan kebetulan namanya sama dengan namanya, bisik hatinya Nur Alia. Lelaki itu menghulurkan tangan ke arah Nur Alia, namun tiada sambutan. Nur Alia hanya mengangguk kecil dengan wajah yang sedikit curiga.
"U dah tak kenal I." Tanya pemuda itu setelah menyedari salam yang dihulurkan tidak bersambut. Dia menjatuhkan tangannya seraya memandang wajah yang dicari-cari selama ini.
"Maaf kita pernah jumpa ke?" Nur Alia masih sangsi, nampaknya kenal benar lelaki itu dengannya.
"Erm..cepat benar masa berlalu yea sehinggakan awak dah lupakan saya." Pemuda itu seakan merajuk hati. Nur Alia betul-betul tidak dapat mengingati siapakan lelaki itu.
"Maaf saya betul-betul terlupa. Ermm..boleh saya tahu encik ni siapa?" Dia mahu segera menamatkan pertemuan ini, janjinya dengan Haslinda perlu ditunaikan.
"Saya Hakim. Kawan kepada suami Suhana. Kita pernah jumpa sekali, mugkin awak dah lupa pertemuan tu agaknya." Tuturnya bersahaja.
"Kawan kepada suami Suhana? Berkerut wajah Nur Alia mengingati detik-detik pertemuan mereka. Oh, baru saya ingat kita pernah jumpa waktu saya temankan Suhana shopping barang-barang kahwin dia kan." Nur Alia akhirnya dapat mengingatinya siapakan lelaki didepan matanya setelah lelaki itu menyebut nama Suhana kawan satu University dengannya dahulu lebih mengharukan Suhana merupakan sepupu kepada suaminya. Makin bertambah lah keakraban Suhana dan dia.
"Haa ingat pun." Semakin melebar senyumannya apabila Nur Alia mengingati detik-detik pertemuan mereka. Nur Alia dan Hakim bersua hanya seketika sewaktu Hakim menemani Azahari bertemu tunangnya disebuah shopping complex. Disitulah dia terpaut pada seraut wajah ayu milik Nur Alia. "Awak buat apa kat sini." Soal Hakim. Sudah lama dia menyimpan keinginan untuk bersua kembali dengan Nur Alia, akhirnya hari ini penantiannya telah ternokhtah. Tidak sia-sia dia tersalah pejabat.
"Oh saya nak shopping sekejap." Jawabnya selamba..
"Shopping?…. Ah! awak kenakan saya yea." Hakim tergelak apabila Nur Alia berjaya mengenakannya.
"Saya kerjalah En. Hakim oii." Jawab Nur Alia. "En. Hakim?
"Eh! tak payah la ber encik-encik panggil saya Hakim saja dah cukup. Saya ada temujanji dengan orang."
"Oh yea ke? Kat sini ke.."
"Itu yang bestya kalau kat sini tentu seronok saya nanti dapat selalu jumpa Alia. tapi…"Nur alia menunggu Hakim menyudahkan ayatnya. "Sekali dah tersalah Office daa…." katanya sambil membulatkan mata. Nur Alia tergelak mendengar jawapan Hakim. Dia gelihati dengan tingkah Hakim sebentar tadi. Sekejap sahaja lelaki itu bertukar watak, tadi nampak seakan orang yang tidak berperasaan tetapi kini macam pelawak pulak jadinya.
"Kenapa boleh jadi macam tu?…"
"Itu lah saya ni cuai sangat, boleh pulak tersalah bangunan. Ingatkan yang ni rupanya yang sebelah."
"Ooo..jadi Hakim tersalah pejabat lah ni."
"A’aa..nampaknya macam tu lah Alia. Kelam kabut betul saya ni."
Nur Alia hanya tergelak kecil. "Takkan pejabat sendiri pun boleh tersalah."
"Itulah namanya jodoh Alia. kalau tak tersalah tak jumpanya saya dengan awak ni. actually office saya bukan kat sini, saya nak kena jumpa cliet kat pejabt tu, nasib baik saya datang awal, kalau terlewat dan sesat macam ni pulak mahunya melepas contarct tu." katanya sambil mengelengkan kepala berkali-kali.mungkin dia terasa lucu mengingantinya
"Oh yea ke. Saya ingatkan Hakim kerja kat sebelah tu."
"Kalau kerja kat sebelah takkan saya boleh tersesat cik Alia..
"Manalah tahu terikut awek cun sampai tak sedar tersalah bangunan ke…" Usik Nur Alia. "Ok lah saya nak masuk pejabat dulu lagipun saya dah janji dengan kawan saya nak tolong dia buat persiapan sikit." Sambungnya lagi
"Oh..yea ke. Takpelah kalau macam tu. bila lagi kita boleh jumpa yea."
Nur Alia hanya tersenyum. Hakim menghulurkan sekeping name card kepada Nur Alia. "Kalau ada masa free boleh lah kita minum-minum ke?" pelawa Hakim diaberharap agar perjumpaan klai ini merupakan satu titik permulaan untuk dia lebih mengenali Nur Alia.
"InsyaAllah Hakim. Ok lah saya minta diri dulu." Nur Alia terpaksa meminta diri tentu Haslinda sudah lama menunggunya.
"Ok.. Jumpa lagi." Hakim melambaikan tangannya ke arah Nur Alia yang terseyum dan mengangguk kecil lalu berlalu meninggalkannya.

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama5/10/09 8:43 PG

    ade blog tak

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama5/10/09 9:12 PG

    nk blog........

    BalasPadam
  3. http://diarihati-diarihati.blogspot.com

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan