Nama Pena : dai
Suara sayup-sayup pemandu teksi yang mengatakan mereka sudah sampai mengejutkan Hariz daripada lena.Segera dia membuka mata.Dilihatnya teksi yang dinaiki sudah pun berhenti di perkarangan Villa Kayangan.Setelah membayar tambang teksi,Hariz melangkah pantas ke arah pintu utama Villa Kayangan.Tidak banyak perubahan yang berlaku di perkarangan Villa Kayangan,melainkan bunga-bunga ros yang semakin banyak di bahagian sudut kanan villa.Pasti Datin Zefrina yang menanam bunga-bunga ros tersebut.Kenal sangat dia akan kegemaraan mamanya terhadap bunga yang satu itu.
Tidak mahu membuang masa,Hariz segera melangkah masuk ke dalam villa apabila dilihatnya pintu utama tidak berkunci.Hairan dia melihat suasana sunyi yang menyelubungi ruang villa tersebut.Biasanya hujung minggu begini papa dan mamanya akan berehat di rumah. ‘Takkanlah hari Ahad macam ni pun papa kerja kot?’bisik hati kecilnya.
Mendengarkan ada bunyi orang memasak,Hariz bergegas ke arah dapur.Beg pakaian yang dipegang sedari tadi dibiarkan sahaja terdampar dia atas sofa di ruang tamu.Tersenyum dia memerhatikan Datin Zefrina sedang menolong Mak Mah,orang gaji Villa Kayangan memasak di dapur.Dilihatnya Mak Mah sudah pun menyedari kehadirannya di pintu dapur.Hampir melopong mulut wanita tua itu melihatnya.Datin Zefrina pula masih tidak menyedari kehadiran Hariz memandangkan wanita itu asyik mengacau sesuatu di dalam kuali.Hariz pantas memberikan isyarat kepada Mak Mah agar tidak memberitahu Datin Zefrina akan kehadirannya di situ.Mak Mah tersenyum tanda mengerti.
Perlahan-lahan Hariz menghampiri Datin Zefrina. "Mama,Riz dah balik ni,"Hariz segera memeluk erat tubuh mamanya dari arah belakang.Terkejut Datin Zefrina apabila tubuhnya dipeluk secara tiba-tiba.Sudip yang dipegangnya terlepas dari tangan.
Hariz segera melepaskan pelukan.Dia ketawa terkekek-kekek apabila melihat mamanya memandangnya bagaikan ternampak hantu. "Mama terkejut ke?"
Datin Zefrina bagaikan baru tersedar.Memang benarlah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu adalah Hariz.Sangkanya tadi dia hanya bermimpi di sianag hari.Pantas dia memeluk Hariz.Diciumnya bertalu-talu pipi anaknya itu,melepaskan kerinduan yang mencengkam dirinya selama ini.
"Riz,kenapa balik tak bagitau mama?Kalau tak, boleh mama pergi jemput Riz tadi,"ujar Datin Zefrina.Direnung penuh kasih sayang wajah Hariz.Hampir empat tahun tidak berjumpa,anak tunggalnya itu bertambah kacak pula.
"Saje je Riz nak bagi suprise kat mama dan papa?Oh ya,papa pergi mana mama?"
"Papa kamu pergi main golf dengan Datuk Johan.Tengahari nanti baliklah papa kamu tu.Untung Riz balik hari ni,mama dan Mak Mah ada masakkan ketam masak lemak,lauk kegemaran Riz tu.Kami macam tau-tau aje yang Riz nak balik."
Hariz tersengih mendengar kata-kata mamanya itu.Kecur air liurnya mengingatkan lauk kegemarannya itu. "Ok lah mama,Riz naik dulu ya?nak mandi dulu.Nanti kalau mama dah siap masak,mama panggil Riz tau,"Hariz berkata manja.
Datin Zefrina tersenyum senang.Hariz sememangnya anak yang manja,malah sifat itu bagaikan masih ada pada anaknya itu.Dia memerhatikan sahaja langkah Hariz yang laju mendaki anak tangga.
Sampai sahaja di biliknya,Hariz terus merebahkan tubuhnya ke atas katil.Terasa lega apabila dapat merehatkan diri.Diperhatikan suasana biliknya.Masih lagi sama seperti empat tahun yang lalu.Bingkai gambar dia bersama papa dan mama masih tergantung elok di sudut kiri biliknya.Bingkai gambar yang terletak di atas meja belajar menarik perhatiannya.Dia bingkas dari pembaringan.Dicapai bingkai gambar tersebut.Gambar seorang gadis sedang tersenyum ceria menyapa matanya.Gambar tersebut diambil secara curi-curi oleh kawan baiknya,Shahril semasa pesta buku di sekolah menengah dahulu.
Dia tidak menyangka yang Shahril akan memberikan bingkai gambar gadis pujaannya itu sebagai hadiah hari jadinya yang ke-17.Hariz mengusap perlahan wajah gadis di dalam bingkai gambar tersebut.Masih diingatnya yang gadis itu cuba menghubunginya setelah tamat SPM.Tapi entah di mana silapnya,salam perkenalan daripada gadis itu hanya dipandang sepi.Dia berlagak sombong apabila gadis pujaannya itu cuba menarik perhatiannya.Akhirnya,tiada lagi panggilan telefon dan sms daripada gadis itu sejak dia malas menunjukkan minat untuk melayan gadis tersebut.
Akhirnya sehinggalah dia melanjutkan pelajaran ke luar negara,hubungan dia dan gadis itu menjadi hambar.Sangkanya cintanya semasa zaman sekolah itu hanyalah cinta monyet sahaja,jadi pasti dia akan dapat melupakan gadis tersebut dalam masa yang singkat sahaja.Namun,ternyata andaiannya itu silap.Setiap saat dia berada di luar negara,tidak sekalipun dia dapat melupakan gadis itu.Malah mimpinya sentiasa ditemani oleh gadis tersebut.Sungguh,rindunya terhadap gadis tersebut semakin kuat dari hari ke hari.Untuk tidak terlalu memikirkan gadis itu,dia cuba menyibukkan diri dengan menelaah pelajaran dan menyertai aktiviti persatuan di universiti.Malah dia sudah pun bercouple dengan ramai perempuan,namun tidak ada satu pun hubungan yang mampu bertahan lama.Paling lama pun hubungan yang dibina hanyalah sebulan sahaja.
Hariz mengeluh perlahan.Diletakkan kembali bingkai gambar yang dipegangnya itu ke tempat asalnya semula.Spontan dia teringat kembali pertemuannya dengan gadis tersebut di balai berlepas KLIA.Sungguh dia tidak menyangka yang dia akan bertemu gadis itu di KLIA.Dilihatnya gadis itu tidak banyak berubah,masih sama seperti dahulu.Sebab itulah dia dapat mengecam gadis itu dengan cepat.Ingin sahaja dia menegur gadis itu,tetapi mengingatkan layanannya yang dingin dahulu membuatkan Hariz menahan niatnya itu.Apatah lagi dilihatnya gadis itu langsung tidak menyedari kehadirannya yang hanya beberapa kaki sahaja dari situ.Buatnya gadis itu tidak mengenalinya lagi,dia juga yang malu nanti.Akhirnya dia hanya memerhatikan sahaja pemergian gadis itu dari jauh.
best.
BalasPadamnk blog.
ptotla wat pendek2..penulis wat citer ni mse kol 4;44 pagi lol..
BalasPadamcite best tp mcm ade skit canggung la.. bkn ke tambang teksi dari KLIA adalah secara kupon yg mane tambang dibayar terus di kaunter teksi yg ade kt sane.. mntk buat research lebih k..
BalasPadam