Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Helo kawan,wa ingatlah lu pilih yang ini,nampak ngam dengan ini Amoi. Tatak mahal mah,kalau lu mahu………..Wa bolih kasi liskaun sama lu. Ni keluaran terbaru mah……….. Kalau lu tak ambil,Wa jamin lu akan menyesal sampai mati mah". Kata-kata Amoi si penjual emas yang tidak betul struktur ayatnya menyebabkan abang Zaky tersenyum beruang kutub. Aku memerhatikan sahaja Amoi penjual emas dan abang Zaky berinteraksi di antara satu sama lain biarpun kadang kala aku dapat rasakan yang perbuatan mereka tida ubah seperti ayam dan itik."Moi…………..ambilkan saya yang itu". Amoi si penjual emas mengambil cincin yang telah dipilih oleh abang Zaky. Ternyata pilihan abang Zaky memenuhi seleraku,namun begitu aku hanya mendiamkan diri sahaja. Tak sanggup rasanya untuk bersuara membicarakan soal cincin. Dah ada orang nak beri,aku dah cukup bersyukur.
"Wa ingat,cuba lu salung itu cincin pada itu Amoi." Aku merenung wajah Amoi berambut paras bahu di hadapanku. Ada segumpal perasaan geram terselit di hati. "Boleh abang cuba kat jari Amani?". Pertanyaan abang Zaky tidak segera ku jawab. Aku serba salah dengan permintaan abang Zaky kali ini. Aku tersepit diantara menjaga maruah sebagai wanita muslimah dan juga menjaga air muka abang Zaky yang terlalu banyak berjasa padaku. Aku membiarkan sahaja jari –jemariku di atas cermin bilik pameran barangan kemas menari-nari keresahan. Aku terkedu saat abang Zaky merenungku dengan pandangan yang penuh pengharapan. Sepantas kilat,abang Zaky menyentuh jemariku. Tergamamnya aku dengan tindakan berani abang Zaky. Seperti lembu dicucuk hidung,aku membiarkan sahaja perlakuan abang Zaky.
Cincin bertatahkan belian,abang Zaky sarungkan dijariku dengan lembut sekali. Terharunya aku saat jari jemai kami bersatu. Air mataku gugur tiba-tiba. "Abang…………….Amani sayang abang,Amani Cinta abang". Kata-kata yang cuba ku ungkapkan gagal untuk ku luahkan dihadapan abang Zaky. Berdosanya aku membiarkan perasaan cinta yang telah bercambah ,berlalu begitu sahaja. "Kan Wa dah cakap sama lu………….ini Amoi very sweet bila pakai ini cincin". Abang Zaky memandangku. "Kenapa menangis?". Pertanyaan abang Zaky tidak mampu ku jawab. Abang Zaky mengeluarkan sehelai sapu tangan dari poket seluarnya lalu mengelap air mataku. Malunya aku dengan ketulusan hati abang Zaky. Ku perhatikan Amoi penjual emas tersengeh seperti kerang busuk saat memperhatikan kami.
"Amoi hah……………Wa ingat,sipanjang Wa hidup,ni kali pertama Wa lihat ada lelaki sebaik dia. Kalau Wa jadi lu,Wa akan peluk dan cium lu punya pakwa". Amoi penjual emas tersenyum penuh tanda tanya. "Abang………….andai Amani bukan gadis timur yang sejati,mungkin saat ini,akan Amani berikan kucupan indah agar hatimu berkembang mekar dengan permaidani kasihku". "Amani marahkan abang ke?,abang minta maaf ya". Aku mengangguk-anggukan kepala tanda memberi kemaafan untuknya. "Abang cincin tu mahal sangat. RM 2220. Kalau hadiah dari abang,rasanya tak perlulah mahal-mahal sangat. Amani tak kisah. Kan lebih baik abang berikan wang tu pada orang yang memerlukan!!!" Abang Zaky memandangku penuh makna. "Abang ikhlas dari hati. Kan abang dah janji depan Kaabah dulu,andai dapat gaji pertama,abang akan beli cincin terhebat untuk Amani biar apa pun takdir Tuhan. Jadi tak ada sebab abang cuba menguburkan janji abang dulu. Anggaplah apa
yang abang berikan sebagai tanda persahabatan kita." Aku gagal mengubah pendirian abang Zaky. Malunya aku,saat cintanya ku tolak ke tepi,lelaki kacak di hadapanku memberikan sebentuk cincin yang terlalu mahal harganya buat seorang gadis naif seperti aku.
"Sulah tolak diskaun………..RM 2000 je. Amoi………lu jaga lu punya laki baik-baik mah. Lia manyak Carring. Kalau lu reject dia,lu call gua". Kata-kata Amoi penjual emas membuatkan aku gagal mengawal senyuman. "Silamat jalan,jumpa lagi. Jangan lupa jimput Gua nanti". Kedai Emas Po Kong kami tinggalkan. Abang Zaky membawaku ke pusat beli belah The Stor yang terletak berhampiran Kedai Emas Po Kong. Kami berjalan beriringan ke tingkat 2 yang menempatkan pakaian lelaki. "Buat apa pegi sini". Aku pandang wajah abang Zaky. "Amani ingat nak belikan baju untuk teman lelaki la". Wajah abang Zaky berubah tiba-tiba. "Orang mana?,lagi kacak dari abang ke!!!". Ku perhatikan wajah abang Zaky kelat mencuka. "Rahsialah…………..abang ni apa la,semua pasal Amani mesti nak tahu". "Bukan apa…………..abang tak nak kempunan sekali lagi. Amani tahu tak,kalau ditakdirkan Tuhan abang tak dapat kahwin ngan Amani,sampai matipun abang akan hidup membujang tau". Muncung panjang abang Zaky yang comel membuatkan aku tersenyum sendirian.
Luahan hati abang Zaky benar-benar membuatkan hatiku dibuat rasa rindu dendam yang amat dalam. Kata-kata abang Zaky aku biarkan berlalu begitu sahaja. "Boleh abang pilihkan baju untuk teman lelaki Amani tak?" Abang Zaky buat muka lembu tertelan tin sardin. Cemburukah dia? "Abang buah hati Amani………boleh tolong tak?. Tolong ya,jangan malukan Amani. Tengok tu jurujual tu…………dari tadi tengok muka kita". Dalam keterpaksaan abang Zaky mengambil T-Shirt berwarna merah biji saga. "Ni sesuailah untuk buah hati awak tu!!!". Aku mengambil baju yang dipilih oleh abang Zaky lalu membayar di kaunter pembayaran. Aku mencuri pandang pada seraut wajah abang Zaky. Mukanya nampak tidak berseri. Ada tompokan duka bersarang di wajahnya. "Abang,jom gi KFC,Amani dah lapar ni". " Tak padan kecik,selera makan mengalahkan ikan paus". Lengan abang Zaky ku cubit lembut. Dia mula tersenyum manis.
Dari tingkat 2 Pasaraya The Stor,Kami terus ke KFC untuk mengisi perutku yang mula berkeroncong. Ketika abang Zaky membuat pesanan,aku ke tingkat atas untuk mencari tempat duduk yang sesuai. Kebetulan ketika aku tiba ditingkat atas bangunan KFC,tidak ramai pelanggan yang menjamu selera. Ini memudahkan aku untuk memilih tempat duduk kegemaranku sejak dahulu iaitu yang berhadapan dengan Bangunan Jubli Intan Muar. Aku memerhatikan kenderaan yang lalu lalang di atas jalan raya.
"Assalamulaikum…………….jauh mengelamun". Aku mendongakkan wajahku. Pandangan ku bersatu dengan pandangan abang Zaky. "Eh……………..makanlah,tadi kata lapar sangat". "Malulah………." "Nak termuntah rasanya dengar Amani cakap macam tu". "Bukan apa………kan Abang marah lagi kat Amani,so………..tak tergamak rasanya nak makan ayam KFC tu kalau abang tak maafkan Amani lagi". Abang Zaky membesarkan bebola matanya. "Manja betul buah hati abang ni,dah lah ………….abang tak ambil hati pun,tapi……………abang nak tahu gak,siapa gerangan jejaka yang berani merampas buah hati abang ni!!!".
"Buah hati Amani tu ada kat sini,dekat je………..". Ku perhatikan abang Zaky memusing-musingkan tubuhnya untuk mencari jejaka misteriku. "Sayangkan……………..abang pilih baju yang tak cantik untuk buah hati Amani yang kacak macam Bred Pitt.". "Biar padan muka dia,ingat abang ni apa. Dahlah muka pecah empat belas,ada hati nak rampas buah hati abang yang cantik bak bidadari ni!!!". Aku mengambil baju yang telah dipilih oleh abang Zaky sebentar tadi. "Abang ambillah baju ini,Amani beli khas untuk abang". "Apa………………?baju ni murah je,menyesal abang tak pilih yang mahal-mahal tadi". Aku tertawa mendengar kata-kata abang Zaky. "Tulah………….nak cemburu buta,nanti balik pakailah baju pilihan hati abang tu……… !!! Terima je le bang,stok terhad"
Mulut abang Zaky terkumat-kamit seperti Bomoh Semaun. Mungkin dia menyesal dengan baju pilihannya sendiri yang tidak menepati citarasanya. "Suka betul Amani lihat muka abang hari ini. Tulah………cemburu tak tentu pasal. Kalau sabar tadi,dapatlah baju yang cantik sikit,ni tak……….baru je buka mulut,peluru berpandu meluncur dari mulut abang". Abang Zaky merenung tepat mataku. Aku menjadi tidak tentu arah. "Ok tak apa……………. ada ubi ada batas,lain hari boleh balas". Amaran abang Zaky membuatkan aku tersenyum kucing. Aku yakin dan pasti abang Zaky tidak tergamak memperlakukan aku sembarangan. "Eh………..makanlah ayam tu!!!. Sejuk nanti tak sedap. ". Tanpa banyak soal akan mencubit peha ayam yang gebu lalu ku sumbatkan ke dalam mulutku sendiri. Ku lihat abang Zaky sedang khusyuk mengunyah kepak ayam kegemarannya.
"Abang…………..dah lewat ni,nanti abah marah". Abang Zaky mengangkat wajahnya. Aku gagal mengawal tawaku saat terpandang wajah kacak abang Zaky. Tidak ku duga,seorang doktor sekacak abang Zaky mempunyai tabiat permakanan yang kurang sempurna. Di tepi bibirnya yang merah dan mekar,terselit beberapa carik daging ayam. "Kenapa ketawa?. Sopanlah sikit Ustazah!!!". Aku mengambil sapu tangan yang ku simpan di dalam poketku lalu ku sapu bibir abang Zaky. Mulut abang Zaky terlopong besar melihat tindakanku. Saat jemariku tersentuh bibirnya,hatiku dilambung ombak cinta. Sayangku berputik kembali dan pandangan kami bersatu. Aku terkesima sendiri. Seumur hidupku,pertama kalinya hatiku dibuai angin cinta yang begitu lembut sekali.
"Maafkan Amani bang,kat bibir abang tu ada beberapa carik daging". Tidak ku sedar,tangan kekar abang Zaky telah mengenggam erat jemariku. "Amani………………..I LOVE YOU ,jangan tinggalkan abang". Ku lihat air mata abang Zaky tumpah. Baru ku menyedari,sebenarnya abang Zaky memang amat menyintaiku. Terharunya aku,namun………"Maafkan Amani abang,Amani belum bersedia lagi". Aku gagal melepaskan ungkapan itu. Aku terkedu sendiri. "Abang………………beri sedikit masa pada Amani untuk mencipta ruang di hati untuk abang. Amani memang menyayangi abang,namun abang pun tahu …………Amani belum mampu menyambut ketulusan cinta abang". Air mataku tumpah lagi. Tika senja mula berlabuh,tanpa perasaan bersalah,abang Zaky mengucup lembut jemariku dan disaat itu getar jiwaku berombak kuat menepis panahan api cinta yang mula membara.
Tepat jam 7.15 malam kami meninggalkan Bandar Muar. Kali ini destinasi kami adalah Masjid Ke dua Muar. Bersyukurnya aku menerima utusan Tuhan menghadiahkan aku seorang lelaki yang punya segala-galanya. Punya wajah yang sempurna,berkerjaya dan paling penting seorang yang
beriman. Saat aku melipat telekungku,sayup-sayup kedengaran alunan merdu abang Zaky mengimamkan solat maghrib bersama beberapa orang lelaki. Hati keperempuananku tersentuh. Alangkah bersyukurnya aku,andai jodohku terpatri untuknya.
Selepas solat maghrib,kami terus pulang ke rumah. Baik abang Zaky mahupun aku,masing-masing diam membisu melayani perasaan sendiri. Mujur abang Zaky membuka CD lagu. Sempat aku menghayati seni kata lagu nyanyian Ukays. Kau Satu Satunya Oh... siapalah diri aku ini Tanpamu.. dunia ku pasti tak berseri Dan hidup tak menjadi Kau bagiku... satu-satunya Padamulah ku meminta, ku bermanja Ku rindui, ku kasihi Di hatiku kau abadi Dengan sinaran kasihmu Kian terancang hidupku Tiada lagi keraguan Kau bagiku kekuatan Mana jua kau berada Ditemani cahaya cinta Sejak dirimu ku dekati Diri ku ini ku kenali Hanya engkaulah sesungguhnya Tiada dua Di cermin kaca ku memandang Diri ku serba kekurangan Namun bagimu bukan itu jadi ukuran Melengkapi hidup kita Bukan harta, bukan nama, bukan rupa Kau... bagi diriku satu-satunya Ku meminta, ku bermanja Ku rindui, ku kasihi Di hatiku kau abadi...
"Amani…………….kita dah sampai ni. Kirim salam kat Cikgu Hadi. Katakan abang minta maaf sebab lewat. Bukan abang tak nak jumpa,abang yakin waktu ni Cikgu Hadi tentu masih di Masjid kan!!!". Aku tersenyum mendengar penjelasan abang Zaky. "Nanti Amani sampaikan pesan abang. Amani akan beritahu……………….. yang abang tak boleh dipercayai sebab dia pegang-pegang tangan anak daranya". "Amani…………tolonglah,nanti Cikgu Hadi tak bagi abang jumpa anaknya lagi. Kesian pada abang kan!!!". Ku tutup pintu kereta abang Zaky dengan pelahan. Sempat ku perhatikan wajah abang Zaky agak gusar bila mendengar kata-kataku tadi. Nukilan: Kayaizzat)
salam..cerita ni bagus..sbb kisah cnta yg ada unsur2 islamik ..just nak komen..hmm..dalam kisah cnta yg islamik,x patut ada adegan-adegan yg mncemar..cth:kuar bdua2 an llaki n pompuan bkn muhrim..pgg tgn n etc ..hope pnulis baiki lagi karya ni n pape pun all the best..tonjolkan keindahan islam tu sbnr2 nya..jgn campur aduk ngan unsur2 yg x elok.Maaf komen mgkin pds sgt..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salam..cerita ni bagus..sbb kisah cnta yg ada unsur2 islamik ..just nak komen..hmm..dalam kisah cnta yg islamik,x patut ada adegan-adegan yg mncemar..cth:kuar bdua2 an llaki n pompuan bkn muhrim..pgg tgn n etc ..hope pnulis baiki lagi karya ni n pape pun all the best..tonjolkan keindahan islam tu sbnr2 nya..jgn campur aduk ngan unsur2 yg x elok.Maaf komen mgkin pds sgt..