Khamis, Oktober 15, 2009

Novel : Pertemuan 12

Nama Pena : kayaizzat

Mungkinkah :


Wajah ke dua mempelai yang tersenyum manis di atas pelamin ku renung seketika. Betapa agung dan besarnya perjalanan hidup yang Tuhan telah aturkan untuk setiap hambanya. Sepasang baju pengantin yang berwana merah hati menambahkan seri di wajah pengantin perempuan. Jauh disudut hatiku,ada rasa rindu yang bertandang bila melihat wanita ayu yang kini berasa betul-betul di hadapanku. Lidahku menjadi kelu yang teramat sangat. Wajah wanita manis inilah yang telah mewarnai dunia remajaku dulu. Saat susah dan senang kami tempuhi bersama.



"Assalamulaikum………………". Wanita itu memandang wajahku. Dia seakan kaget mendengar suaraku. "Ni………….Hana ke!!!". Wanita itu merenungku dengan pandangan yang sukar untuk ku tafsirkan." Ni Aisyah Amani Maulad Abdul Hadi……………ingat lagi tak". Wanita itu memandang ku . Air mataku mengalir di pipi. Tak ku duga,akhirnya di sini aku menemui sahabat,teman dan rakan yang paling hebat. "Ya………….saya Hana". Ku peluk tubuh Hana dengan seerat mungkin. " Tahniah Hana…………..akhirnya kau memilih Haikal juga". Senyuman Hana semakin melebar. "Nanti …………..jangan balik dulu,tunggu Hana. Ada banyak benda yang Hana nak perkatakan. Tunggu ya". Aku menganggukkan kepala. Ku pandang wajah Haikal. "Tahniah Haikal". Haikal sekadar mempamerkan senyuman manisnya.



Pelamin indah Hana dan Haikal ku tinggalkan untuk memberi peluang kepada tetamu lain menepung tawar. Air mataku mengalir deras. Rinduku pada Hana akhirnya terubat jua setelah hampir 7 tahun kami terputus hubungan. Bersyukurnya aku,akhirnya doa ku termakbul jua. Pot puri yang ku terima tadi ku gengam erat. Ku lihat dari celah orang ramai,abang Zaky masih mengunyah makanan. Tanpa membuang masa ku hampiri abang Zaky yang tak henti-henti menyuap makanan. "Hai…………..agak dah berapa lama abang tak jumpa nasi ya. Buat malu je…………kalau Amani tahu tadi,lebih baik kita singgah dulu makan kat warung tepi jalan. Kalau mak abang tahu,tentu dia pun marah pada abang kerana kuat makan. Abang tu………………kalau dah gemuk tak hensom tau." Buat seketika abang Zaky berhenti mengunyah. "Amboi………..berceramah panjang nampaknya. Abang tahulah sekarang ni cuti sekolah. Eh…………..tadi kat pelamin tu,abang tengok bukan main mesra ngan pengantin tu. Cemburu betul abang tengok. Kan seronok kalau pengantin tu abang dan Amani kan!!!" . Aku pandang wajah abang Zaky yang nampak kalut. " Tak kan abang nak cemburu ngan kawan abang sendiri kot. Kawan abang ni sebetulnya yang lelaki ke perempuan !!!". Kali ini abang Zaky gagal menahan tawanya. Mujur kali ini tawanya tidak besar. " Yang perempuan tu le,dia tu bekas Ex-girlfriend". Geramnya aku mendengar pengakuan abang Zaky. "Abang ni kan dari dulu sampai sekarang sama je".



"Gurau je le……….sebetulnya si Haiqal tu yang kawan abang. Kami satu tempat kerja. Isterinya tu bekerja kat Hospital Sultanah Amaniah ,Johor Baharu. Abang tak berapa kenal sangat. Tapi not bedlah. Cantik,manis sesuai buat penyedam mata. Tapi kan yang abang musykil sangat ngan Amani ni…………..siapa pulak mereka berdua di hati Amani,bukan main mesra abang tengok tadi. Dengan abang Amani tak pulak semesra tu. Siap peluk-peluk. Kalau abang yang dipeluk tadi kan best". "Cemburu nampak……………….,sebetulnya mereka berdua tu adalah kawan baik Amani semasa di Labu dulu. Dah lama kami terputus hubungan. Baru hari ni berpeluang untuk berjumpa. Kalau dari semalam abang beritahu,yang kawan abang tu adalah Haiqal dan Hana,tentu Amani beli hadiah besar untuk mereka. " Senyuman abang Zaky semakin manis. "Lega rasanya bila Amani cakap macam tu,maklumlah…………abang ni sayang sangat kat Amani. Kalau boleh hari ni juga abang nak nikah dengan Amani. Tak tahulah macam mana abang nak hadapi kalau Amani hilang sekali lagi seperti dulu."



Kata-kata abang Zaky membuatkan diriku menjadi semakin tidak karuan. Bagiku……………..saat untuk menyemai cinta yang diharapkan oleh lelaki kacak di hadapanku belum tentu akan menjadi. Rentak cintaku telah lama pincang,namun aku pasrah dengan ketentuan-NYA. "Apalah…………abang Zaky ni,Amani kan dah cakap banyak kali,hati Amani belum terbuka untuk meraih cinta sekali lagi. Amani harap sangat,abang faham. Bagi peluang pada Amani untuk berfikir". Ku alihkan bebola mataku ke arah lain. Ku sapu air mata yang mula bertakung di kelopak mataku. "Abang Zaky……………maafkan Amani,Amani berdosa kerana menyayangi abang secara diam………….Amani takut untuk menempuh sekali lagi dunia itu……….".



Aku membetulkan kain tudungku yang agak senget. "Amani………..kita balik sekarang ya,nanti lewat sampai rumah,habis abang kena ganyang oleh Cikgu Hadi. Tadi abang janji dengan Cikgu Hadi akan hantar Amani balik sebelum jam 8 malam. Abang kan dah janji nak belanja Amani kat KFC tadi". Ku pandang wajah lelaki itu. "Abang…………tadi Amani dah janji nak jumpa Hana dan Haikal lepas mereka bersanding. Tunggu jap bolehkan !!!" Abang Zaky menganggukkan kepala tanda setuju. Kami berjalan beriringan ke arah Hana dan Haikal. "Hana…………Maaf sebab kami tak boleh lama,Amani lupa kami ada hal lain". " Tak apalah Amani………………Eh………….Amirul mana?. Tak silap Hana…………kan Amani dah kahwin dengan dia kan!!" . Abang Zaky memandangku dengan rasa serba salah. "Panjang ceritanya,lain masa kita jumpa lagi. Ni nombor telefon Amani. Ada masa nanti datang le ke kampung kami yang indah ya". Hana mengambil nombor telefon yang telah ku tulis di atas kertas. "Zaky……………..cantik orang kat sebelah tu!!!". Haikal tersenyum memandang abang Zaky. "Ni lah orangnya yang aku cakap kat kau dulu. cantik macam isteri kau. Kau doakan le aku dapat memperisterikan dia kelak. Lagipun umur aku dah lanjut. ". "Amani…………..dia ni siapa?. Hana merenung tepat ke arah ku seolah-olah mahu memperoleh jawapan dengan segera. "Dia ni bakal isteri saya Hana………………….". Mulut Hana ternganga besar". "Kacak dan gagah betul dia ni Amani". Apa yang mampu ku lakukan hanyalah melemparkan senyuman yang penuh keterpaksaan demi menjaga air muka abang Zaky. "Haikal,Hana…………….kami balik dulu. Jangan lupa lepas ni datang rumah Amani tau. Assalamulaikum…."



Rumah Haikal kami tinggalkan tepat jam 4.30 petang. Aku biarkan abang Zaky melayan perasaannya sendiri. "Amani marah pada abang ya!!!". Aku buat-buat tak dengar. Ku lemparkan pandangan ku ke luar tingkap kereta. "Abang minta maaf kalau dah singgungkan hati Amani". Aku tetap membatukan diri sendiri. Secara mengejut abang Zaky memberhentikan kereta Viosnya betul-betul di tepi jambatan Sungai Kesang yang menjadi sempadan di antara Negeri Melaka dan juga Negeri Johor.



Aku mengurut dadaku kerana terkejut. "Abang ni apa ke hal nya. Nasib baik Amani tak ada sakit jantung. Kalau tetiba Amani mati tadi,siap yang susah?". Kali ini abang Zaky buat muka seposen. Seumur hidupku…………tidak pernah aku melihat wajah abang Zaky seserius itu. Hatiku semakin kecut. "Amani………………..cuba tengok wajah abang ni. Abang ni teruk sangat ke? Hari ini,abang nak Amani tahu………………dari dulu sampai sekarang cinta abang tak pernah padam untuk seorang wanita. Biar langit runtuh ke bumi,biar matahari membakar isi alam,biar ombak menelan pantai-pantai indah,cinta abang untuk Amani tak akan surut walau seinci. Semakin lama ia semakin dalam . Kalau Laut Cina Selatan dianggap dalam,cinta abang pada Amani lebih dalam dari itu. Maafkan abang kerana menyimpan rasa cinta abang terlalu lama. Abang tak nak kehilangan Amani lagi. Terlalu sakit hati abang bila emak beritahu Amani bakal menjadi isteri orang lain. Abang mengaku…… semuanya silap abang sendiri. Bodoh dan penakut untuk berterus terang pada Amani. Sudahnya abang sendiri yang yang merana". Aku tutup mulut abang Zaky dari meneruskan kata-kata. Air mataku semakin deras.



Ada butiran jernih mengalir di pipi abang Zaky. "Abang…………terima kasih kerana akhirnya Amani tahu wanita misteri yang bertakhta di hati abang. Bersyukurnya Amani bang………………akhirnya abang mengakui kebenarannya. Amani nak abang tahu………beberapa tahun lalu,saat hati ini mula mengenal rasa cinta,Amani terasa rugi yang amat sangat. Tak tahu pada siapa harus Amani serahkan rasa cinta itu. Tapi yang pasti,saat itu hati ini terpaut pada hati budi seorang lelaki yang tidak pernah tahu yang Amani amat memerlukan dirinya. Amani menunggu cinta itu berputik dan berkembang sendiri. Apa daya Amani untuk menyubur cinta untuknya. Amani seakan bertepuk sebelah tangan. Namun maafkan Amani kali ini,hati ini belum terbuka untuknya sekali lagi. Berilah peluang pada Amani untuk berfikir. Abang pun tahu……….saat lelaki itu pergi tanpa berita,hati ini dipagut rasa rindu yang amat sangat. Jangan salahkan Amani,kenapa Amani gagal menyambut cinta lelaki itu,terasa bodohnya diri ini menunggu buah yang tak gugur. Abang pun tahu,cinta Amani buat Amirul belum bisa untuk Amani usir jauh. Abang berdoalah agar hati Amani terbuka sekali lagi untuk membentang sejadah kasih paling istimewa untuk abang. Amani takut………….". Ku lihat air mata abang Zaky semakin lebat. Baru sekarang Zaky tahu,kenyataan pahit yang terpaksa ditelan kerana mempersiakan cinta yang Amani cipta untuknya dulu.



"Maafkan abang Amani,abang akan tunggu sehingga hati Amani tersenyum untuk abang." Aku tersenyum mendengar ungkapan maaf abang Zaky. "Eh…………abang jadi tak belanja Amani makan KFC hari ini?". Abang Zaky menganggukan kepala. Ada senyuman terukir di wajahnya. Hatiku jadi lapang meluah rasa hati lewat musim lalu. Di luar tingkap hujan renyai mengiringi perjalanan kami ke Bandar Muar. Bunga-bunga telah berputik dalam sanubariku. Mungkinkah ini yang dikatakan kehebatan sebuah cinta. Aku termanggu sendiri dan wajah abang Zaky ku enung."Abang……………sejujurnya dari naluri ini,abanglah lelaki terhebat pernah bertakhta di hati. Dan andainya tiada gadis lain mahu menghulur cintamu,biarlah aku menjadi insan terakhir menyambut cintamu. Sesungguhnya cintaku untukmu dulu masih tercalar di hati hingga kini". Amani memandang ke luar tingkap sekali lagi dan air matanya gugur kembali.



Hujan semakin lebat. Sepanjang perjalanan,aku dan abang Zaky sekadar membisu. Tiada bicara mampu ku luahkan. Begitu juga dengan abang Zaky. Aku mencuri pandang ke wajah abang Zaky. Bersalahnya aku bila melihat wajah abang Zaky kaku tak bermaya. Dalam diam hatiku dimamah rasa bersalah yang amat sangat. Namun apakan daya,telajak perahu boleh diundur,tapi telajak kata,rasanya sukar untuk ku tarik lagi. Aku menekan punat radio. Lagu nyanyian Aizat"Hanya kau yang mampu"memenuhi seluruh ruang kereta Vios abang Zaky. Aku cuba menghayati bait-bait indah lagu berkenaan. Sudahnya air mataku gagal untuk ku tahan. Aku alihkan semula bebola mata ku ke luar tingkap. Biarlah kali ini air mataku mengalir sendiri. "Abang………….maafkan Amani kerana belum mampu menyambut cintamu. Amani tahu bahawa nila cinta abang pada Amani terlalu tinggi darjatnya untuk dibuang. Sememangnya Amani amat mererlukan abang hingga ke akhir hayat,namun apakan daya,hati Amani tidak sekuat Puncak Ledang. Hati ini terlalu rapuh." Air mataku semakin lebat membasahi seluruh jasadku. Aku cepat-cepat mengesat air mataku sendiri.



"Abang cuti sampai bila?". Seperti orang tolol,abang Zaky memandangku dengan pandangan yang sukar untuk ku terjemahkan. "Amani cakap apa tadi". Aku tersenyum mendengar pertanyaan abang Zaky. "Berangan ya atau masih marah lagi pada Amani". "Tak lah,abang berhati-hati di jalan raya. Kan abang sedang membawa Puteri Amani. Nanti brek mengejut,kok apa-apa yang terjadi kat dia,abang gak…………….yang susah". Betapa tingginya tahap kesabarannya. Aku semakin kagum dengan dirinya. Biar kenyataannya…… hatinya baru ku lukai,namun ia masih gagah menongkah kesedihan di wajahnya. "Ni yang tersenyum-senyum macam kerang busuk apa pulak?" "Eh…………….tak ada apa-apalah,Amani suka tengok muka abang. Abang kacak." Aku dapat rasakan hati abang Zaky kembang mendengar pujianku. "Terima kasih banyak-banyak sebab puji abang hensem. Tapi abang memang hensem kan!!!!!". Kata-kata abang Zaky membuatkan aku gagal menahan tawa. Aku tertawa kuat sehingga beberapa butir air mataku tumpah. Ada senyuman indah terukir di wajah abang Zaky.



"Eh………….dah sampai pun. Tengok wajah Amani ketawa sampai tak sedar kita dah sampai Bandar Muar. Sebelum gi makan kat KFC abang nak ajak Amani jalan-jalan cuci mata kat Wetek dulu. Amani sudi ke tidak?" . Aku mengangguk-anggukan kepala tanda bersetuju. Sebaik sahaja abang Zaky meletakkan kereta Viosnya di hadapan Pusat Perubatan Tee,kami berjalan beriringan ke Wetek Praid. Namun begitu,kami tidak seperti insan lain yang berpimpinan tangan. Adab dan nilai-nila ketimuran tetap ku pertahankan. Suasana jalan raya yang sesak menyebabkan aku tertinggal di seberang jalan. Abang Zaky tersenyum memandang wajahku tika dia menoleh ke belakang. Seperti pahlawan agung Iskandar Zulkarnain,abang Zaky berjalan kembali ke arahku. Abang Zaky berjalan sepantas kilat ke arahku. Mungkin dia mahu menyelamatkan puteri hatinya. "Kesian buah hati abang ni,nak lintas jalan pun tak lepas,maafkan abang ya".



Aku kaget,bila tiba-tiba abang Zaky memegang tanganku dengan lembut. Seperti tiada perasaan bersalah,dia memimpin tanganku melintas jalan yang sesak dengan kenderaan. Aku menurut sahaja tindakan berani abang Zaky. Saat inilah aku teringat akan abah. Seingatku,waktu kecil dulu,abang akan memimpinku penuh kasih sayang jika kami ke Bandar Muar. Biar aku telah teramat dewasa,abah tetap memimpin aku dan mak saat kami mahu melintas jalan raya yang sesak. "Terima kasih abang kerana tolong Amani" "Sama-sama sayang". Malunya aku mendengar ungkapan manis abang Zaky. Ternyata cintanya padaku terlalu dalam,biar apa yang ku ungkapan saat berada di sempadan Melaka –Johor tadi telah menyebabkan air matanya tumpah.



"Amani………….kita singah kat kedai emas kejap. Ni hah,abang nak beli cincin,kawan sekerja abang kirim hari tu". Aku menurut sahaja ajakan abang Zaky. Saat abang Zaky di hadapanku,aku melihat susuk tubuh tinggi lampai,gagah milik abang Zaky. Aku tersenyum sendiri. Mungkin suatu hari nanti,aku akan berjalan seiring dengannya. "Amani pilihlah,hari ini abang belanja. Jangan tolak ya. Ni gaji pertama abang. Niat abang sejak di Mesir dulu,andai abang dapat gaji pertama nanti,abang akan beli cincin untuk Amani" Aku menganguk-anggukan kepala dengan lembut sekali. Senyuman abang Zaky semakin indah mewarnai Kedai Emas Po Kong. Kembangnya hatiku saat memandang senyuman abang Zaky. Mungkinkah air keruh yang bertamu di muara akan hilang dilaut lepas? Terasa kebahagiaanku mula mengorak senyuman saat menatap wajah Abang Zaky dengan hati yang tulus dan suci. Dalam diam aku menadah kesyukuran. (Nukilan:Kayaizzat)

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama9/1/10 9:50 PTG

    bagus sangat cita ni..........suka sgt,,,blogs ada x

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan