Jumaat, Oktober 09, 2009

Novel : Penjara Rindu 29

Nama Pena : Nia Arissa

Farisya menanti taliannya berjawab. Sudah dua kali mencuba masih tidak berjawab. Akhirnya, Farisya meletakkan ganggang talifon perlahan. Sudah dua minggu dirinya cuba menghubungi Anisa. Ingin bertanya khabar berita. Agak lama mereka tidak berhubungan. Farisya merenung monitor computer di hadapannya kosong. Sejak dirinya berkhidmat di syarikat Perwaja Berhad, tidak pernah walau sekalipun Anisa cuba menghubunginya.

Ke mana Anisa menghilang. Apa yang telah terjadi kepadanya. Fikirannya tidak berhenti berfikir mengenainya. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

"Masuk!" arah Farisya. Wajah setiausahanya kelihatan di sebalik pintu.
"Puan, En.Hamidi dan Tuan Hashim dah tunggu puan di bilik mesyuarat," Farisya mengerutkan dahi. 'Apasal pula ni…takkan ada problem lagi…'

Untuk apa mereka menantinya di bilik mesyuarat. Walaupun masih baru, dirinya telah di beri jawatan yang agak tinggi di syarikat berkenaan. Ini semua di sebabkan Haziq, suaminya. Memang di akui keluarga Haziq mempunyai satu nama yang besar. Perwaja Berhad adalah salah satu syarikat yang sering menggunakan perkhidmatan Kembara Holding untuk menguruskan import dan export bahan-bahan binaan dari luar negara.

"Ada tak mereka bagitahu untuk apa?" soal Farisya kepada setiausahanya.
"Tak pula puan. Tapi semalam saya ada dengar yang pihak syarikat ada buat temuduga. Jawatan apa saya tak pasti," Farisya mengeluh. Kerja yang masih belum terusik dibiarkan. Buku catatan harian dan talifon bimbit dicapai lalu bangun meninggalkan biliknya.

Farisya menaiki lif untuk turun ke tingkat tiga. Melangkah perlahan sambil menegur sapa beberapa staff. Farisya mengetuk pintu bilik mesyuarat. Memulas tombol pintu dengan perlahan. Wajah En Hamidi dan Tuan Hashim mendongak ke arahnya. Terdapat seseorang sedang duduk membelakanginya.

"Masuk Farisya. Kami lupa nak inform you awal sikit. You kena jadi panel untuk temuduga hari ni," Farisya sudah mengagak dari awal lagi. Bukan tiada sesiapa lagi yang berjawatan tinggi selain darinya tetapi dirinya juga yang dipilih. Farisya mengambil tempat duduk yang di sediakan.
"Ramai ke yang nak datang untuk interview ni?" soal Farisya.
"Tak ramai sangat. Cuma ada lima calon je," ujar Tuan Hashim sambil tersenyum-senyum. Senyuman yang paling di benci Farisya. Andai ia satu sedekah, pasti Farisya akan menyambutnya dengan baik.
'Dasar lelaki tua miang keladi…'

Farisya merasa tidak selesa. Pandangan Tuan Hashim menyesakkannya. Memang sejak dari awal dirinya berkhidmat disyarikat berkenaan, sudah banyak kali Tuan Hashim cuba mendekatinya. Sudah bermacam-macam cara Tuan Hashim lakukan. Mujur dirinya bijak mengelak. Mungkin mereka menganggap dirinya kelihatan seperti perempuan-perempuan zaman sekarang yang tidak mengenal hukum-hakam batasan agama. Farisya cuba bersikap professional. Berurusan atas nama kerja.

Wajah seorang lelaki di hadapannya direnung. Mempunyai perwatakan yang menarik dari segi penampilan. Kemas. Farisya hanya mendengar Tuan Hashim dan En.Hamidi bertanya itu dan ini kepada calon temuduga. Fail yang menempatkan sijil-sijil milik calon disemak. Agak membanggakan. Calon tersebut mempunyai kelulusan dari luar negara dalam bidang pengurusan. Sayangnya, calon tidak mempunyai pengalaman kerana baru saja menamatkan pengajian.

"Kamu ada apa-apa nak soal Farisya?" Tuan Hashim bertanya lembut membuatkan Farisya tersentak. En.Hamidi di sisi hanya tersenyum.
'Dua-dua sama je…dah tua makin miang…menyampah aku…' rungut Farisya. Wajahnya sedikit kelat. Geram dengan sikap yang di tunjukkan oleh orang yang lebih kurang sebaya dengan bapa tirinya. Berapa ramai agaknya yang telah menjadi mangsa dengan lelaki tua yang bermulut manis ini.
"Tak de kot," jawabnya pendek. Malas untuk memanjangkan sesi.
"Kalau macam tu, kamu boleh balik. Kami akan hubungi kamu untuk keputusan interview ni nanti," dengan wajah yang tenang, calon iu melangkah pergi.

Setelah penat melalui sesi yang begitu membosankan, Farisya merasa amat lega kerana hanya tinggal satu saja calon yang akan ditemuduga. Sepanjang sesi itu, banyak juga yang dipelajari untuk menjalankan sesi temuduga. Bukan senang untuk membuat pilihan walaupun kesemua calon yang hadir mencukupi kriteria yang diinginkan. Sebaliknya, pengalaman dan daya pemikiran yang cekap juga diambil kira.

"Aida, panggil calon yang terakhir tu masuk," arah En, Hamidi menggunakan talian interkom. Mengarahkan agar calon yang terakhir memasuki bilik itu. Farisya meregangkan badan yang sedikit sengal.
"You penat ke?" Farisya menoleh. Mengapa Tuah Hashim tidak pernah faham dengan bahasa tubuhnya yang merasa tidak selesa dengan cara Tuan Hashim melayannya.
"Boleh la. Saya nak pergi ke tandas sekejap," Farisya memohon izin. Melangkah dengan pantas tanpa menanti jawapan dari Tuan Hashim.

Farisya melambat-lambatkan pergerakannya. Membelek penampilannya yang sederhana. Wajahnya yang mulus direnung. Wajah yang suatu tika dulu pernah dihina oleh suaminya sendiri. Mengapa cinta zaman sekarang tidak di ukur dari ketulusan hati. Mengapa sifat luaran yang menjadi keutamaan. Adakah semua itu mampu menjanjikan kebahagian. Bagaimana pula dengan hati dan perasaan. Tidakkah itu yang paling bernilai.
Farisya mengeluh.


Terpaksa akur dengan peredaran zaman yang lebih berat ke barat. Anak-anak melayu lebih cenderung mengikuti cara hidup negara barat. Tiada lagi soal adat dan resam yang sering meniti di bibir pujangga. Begitu banyak pun pameran-pameran yang dilakukan, hanya seglintir anak muda yang masih mengekalkan keharmonian adat resam budaya ketimuran. Farisya melangkah menuju ke bilik mesyuarat semula. Merasakan dirinya sudah agak lama berada di tandas.

Ketika melangkah, Farisya merasa dadanya berdebar-debar. Jantungnya berdegup dengan pantas. 'Ish…kenapa aku ni…rasa lain macam je…' Farisya merasa tidak sedap hati. Namun langkahnya diteruskan jua. Menolak daun pintu dengan perlahan.
"Sorry i'm late," ujar Farisya perlahan. Tidak mahu sesi itu terganggu atas kelewatannya.

"It's ok. We all baru je nak start," En. Hamidi bersuara. Farisya tersenyum. Malu kerana dirinya menjadi tumpuan. Melabuhkan punggungnya dengan tenang. Mengambil fail dihadapannya tanpa menoleh lagi. Menyelak helain demi helaian sijil dihadapannya. Sedangkan degupan jantungnya semakin pantas. Tidak reda walaupun Farisya cuba menarik nafas sedalam mungkin.
"Kamu pernah bekerja sebelum ni?" kedengaran suara Tuan Hashim menyoal.
"Pernah. Sebelum ni saya perkhidmat di salah sebuah syrikat yang menyalurkan projek-projek pembinaan kepada sub-sub kontrak. Terutamanya kepada kontraktor bumiputra,"

Farisya tersentak. Amat kenal akan suara itu. Suara yang pernah bertahta di hatinya. Perlahan Farisya mendongak. Sungguh benar jangkaannya. Merenung seraut wajah tanpa berkedip. Mata mereka bertentangan. Senyuman yang terukir di wajah itu tidak mampu dibalas. Farisya ingin bersuara tetapi lidahnya menjadi kelu. Kelu seribu bahasa. Dirinya menjadi kaku. Mengapa dirinya tidak sedar ketika meneliti sijil-sijil itu.

"Jadi kamu dah ada pengalaman la dalam syarikat pembinaan ni. Kenapa kamu berhenti?"
"Saya terikat dengan kontrak. Pihak syarikat tidak mahu menyambung kontrak saya kerana krisis kegawatan ekonomi sekarang ni," Farisya masih lagi merenung wajah itu. Sedangkan wajah itu begitu tenang sekali. Memang tidak pernah berubah. Farisya terpana lagi.

Mengapa wajah itu bertamu kembali. Wajah yang pernah menjadi kekuatan pada dirinya. Dengan ketenangan itu juga, Farisya dengan redha melepaskanya pergi. Merenung kembali saat pertemuan membuat Farisya kehilangan kata-kata. Kecilnya dunia ciptaan yang Maha Esa. Walau sebesar mana yang terlihat, andai tersurat pasti akan bertemu juga. Tetapi untuk apa mereka perlu dipertemukan semula. Hanya sekadar mengeruhkan lagi keadaan.

Ahh…. Wajah Haziq pantas menerjah menepis segala bayangan yang memenuhi ruang fikirannya. Cepat-cepat dirinya tersedar. Adalah menjadi satu dosa andai dirinya terlalu memikirkan lelaki lain selain suaminya.

2 ulasan:

  1. best...gd luck k.
    mg awk cpt smbng citer ni..hehehe

    BalasPadam
  2. siapa pulak nie tak sabar nak baca

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan