Khamis, Oktober 08, 2009

Novel : Peluang kedua 6 (akhir)

Nama Pena : anis

Kebanyakan tetamu telah berkumpul dan memenuhi dewan. Bila-bila masa saja majlis perjumpaan yang mengumpulkan bekas pelajar-pelajar 06/07 akan dimulakan. Perjumpaan ini yang di anjurkan oleh Majlis Alumni Universiti. Imran memandang ke segenap ruang dewan. Kedengaran riak tawa tetamu yang datang, ada yang bersalam-salaman, berpelukan kegembiraan and ada yang berbual. Jika tiada majlis perjumpaan ini pasti mereka belum tentu dapat bersua muka kerana kesibukan masing-masing.

Bagi Imran inilah peluang baginya untuk bertemu semula dengan Anis. Pelbagai usaha yang telah di lakukan olehnya untuk mencari Anis. Dia pernah mengupah penyiasat persendirian untuk mencari Anis tapi semua itu tidak menjanjikan apa-apa hasil. Bila di tanya pada Faisal mengenai Anis. Faisal hanya mendiamkan dirinya, dia sudah berjanji dengan amy untuk tidak memberitahu di mana Anis berada.

"Hai, Imran." Tersentak Imran. Dia mkenoleh ke belakang, kelihatan Amy sedang memandang ke arahnya.

"Kenapa berdiri kat sini sorang-sorang?"

"La…Amy ruapanya. Ingatkan siapa tadi." Imran memandang susuk tubuh wanita itu. Amy yang sedang sarat mengandung anak sulungnya setelah berkahwin dengan Faisal. Terpancar seri wajah seorang bakal ibu di wajahnya.

"Lama tak jumpa dengan awak. Baby girl ke baby boy? Im tanya Faisal hari tu, dia tak nak beritahu," Ujar Imran.

"Hahaha…Memang la dia tak nak beritahu. Kami tak nak tahu jantina baby ni. Hari tu waktu scan, doktor tanya juga nak tahu jantina baby tak. Faisal beria-ria tak nak tahu. Nak buat surprise katanya. Amy ikut aje la," Ujar amy bersungguh-sungguh.

"Oooo…patutlah dia tak nak beritahu saya."

"Im tengah tunggu siapa tadi? Dari tadi saya tengok Im asyik pandang sana pandang sini. Cari siapa?"

"Eh…tak tunggu siapa pun," Ujar Imran sambil melihat ke arah pintu utama dewan.

"Im tengah tunggu Anis kan? Betul tak tekaan saya?"
Ya. Memang aku tengah menunggu Anis. Dia mahu bertemu dengannya. Setelah apa yang berlaku dahulu, dia baru tersedar yang selama ini dia cintakan Anis. Dia telah tersilap langkah dengan mengatakan sesuatu yang membuatkan anis pergi dari hidupnya. Kita tak akan sedar kita mencintai seseorang bila orang itu ada di depan mata. Kita hanya akan sedar setelah orang itu pergi dari hidup kita. Itu lah yang berlaku pada aku. Aku melepaskan Anis pergi walaupun aku mencintainya. Betapa bodohnya aku saat itu kerana melepaskan seseorang yang terlalu baik padaku.

"Kalau kau tak beritahu aku pun, aku dah lama tahu. Faisal dah ceritakan semuanya pada aku."

"Maafkan aku, Amy. Aku tak sepatutnya buat Anis macam tu. Aku menyesal dengan apa yang aku dah buat. Aku benar-benar menyesal." Imran memandang ke arah Amy. Rasa bersalah ini telah membelenggu dirinya bertahun-tahun. Dia kecewa dengan sikap dirinya yang selama ini tidak pernah mengambil berat tentang perasaan orang lain. Itu perangainya yang dulu. Kini dia sudah berubah. Semuanya berlaku kerana Anis. Anis yang mengubah dirinya.

"Kau tak perlu lah minta maaf dengan aku. Kau tak buat salah dengan aku pun. Sepatutnya kau minta maaf dengan Anis. Aku doakan agar suatu hari nanti dia akan maafkan perbuatan kau pada dia dahulu."

"Amy…Anis datang tak hari ini? Kau kawan baik dia tentu dia ada beritahu kau, sama ada dia datang atau tak hari ini."

"Anis!" Ujar Amy sambil memandang ke arah pintu utama dewan.

"Ye la…Anis. Dia datang tak hari ini?"

"Tu Anis…Anis…Dia dah sampai. Panjang umur dia."

Imran menyorotkan matanya ke arah pintu. Kelihatan seorang wanita memakai kebaya putih memasuki ruang dewan sambil melihat ke kiri dan ke kanan. Amy yang sebentar tadi berada di sebelahnya berlalu pergi menuju ke arah Anis.

"Assalamualaikum."

Imran tersentak. Dia menoleh ke belakang dan wajah Anis menerjah anak matanya. Menggigil seluruh badannya tatkala melihat Anis di depan matanya. Jantungnya berdegup kencang. Di tarik nafasnya dalam-dalam.

"Anis buat apa kat sini?" Imran memulakan bicara walaupun ada nada getaran dalam alunan suaranya setelah mereka hanya berdiam diri.

"Kat dalam tu ramai sangat orang. Rimas pula rasanya. Ingatkan nak ambil angin kat luar, ternampak pula Im kat sini. Im buat apa kat luar ni sorang-sorang?" Anis tersenyum manis seperti tiada peristiwa yang pernah berlaku di antara mereka dahulu.

Imran hanya membiarkan persoalan Anis berlalu pergi. Sebelum kedatangan Anis, dia sudah banyak berfikir. Apa yang harus dia katakan pada Anis? Adakah Anis akan maafkan dirinya stelah apa yang dia sudah lakukan pada Anis dahulu? Dia menarik nafas dalam-dalam, mencari kekuatan untuk meluahkan apa yang selama ini terbuku di dalam hatinya.

"Anis…Im minta maaf sangat denagn Anis. Im dah banyak buat salah dengan dengan Anis. Im tak patut buat macam itu pada Anis. Im betul-betul menyesal. Im tak pandai nak jaga hati orang yang selama ini ambil berat pasal Im. Im terlalu ego. Ego ini lah juga yang membuatkan Im melukakan hati Anis. IM menyesal. Selama ini Im rasa seba-salah. Hidup Im tak tenteram selagi Anis tak maafkan.

Selama ini Anis terlau baik dengan Im. Anis tolong Im dalam pelajaran. Anis tak pernah pun mengaku pada Prof yang Im tak pernah tolong Anis pun dalam siapkan tugasan dulu. Anis sabarkan Im bila Im naik angin. Anis tolong ajarkan Im kalau Im tak faham dalam pelajaran. Tambahan pula waktu nak exam. Walaupun Anis ada exam juga tapi Anis sanggup tolong Im. Kenapa la waktu itu im tak sedar yang selama ini Anis dah banyak tolong Im. Im berdosa pada Anis. Im dah lukakan hati Anis. Anis cakap je apa yang Im patut lakukan asalkan Anis maafkan Im. Im menyesal. Menyesal sangat."

Imran menatap wajah Anis mengharapkan Anis mengerti apa yang dia rasakan selama ini. Tak tertanggung rasanya membawa beban rasa bersalah selama ini.

"Im, Anis pun nak minta maaf dengan Im. Anis dah memanjangkan masalah ini walaupun kita boleh selesaikan masalah ini dulu."

"No! Im yang salah. Im tak sedar yang kata-kata Im dulu akan buatkan Anis benci pada Im. Maafkan Im. Im harap Anis dapat beri peluang kedua pada Im. Tolong lah bagi peluang pada Im, Anis."

Entah mengapa air mata bergenang. Di tahan supaya ia tidak mengalir di pipi. Egonya yang dulu di pertahankan sudah lama di buang. Sekiranya air matanya akan mengalir, dia rela.

"Sudah la Im. Anis maafkan Im. Im juga perlu maafkan Anis. Biarlah masalah ini berakhir hari ini. Kita beri peluang pada diri kita sendiri untuk memulakan persahabatan yang baru."

Imran memandang ke rah Anis. Di saat dia mendengar ayat yang mengatakan Anis. Sudah memaafkan dirinya, hatinya berasa sungguh lega.

"sekarang kita tak ada hutang. Zero…zero…"

"Hai, saya Anis," Ujar Anis sambil menghulurkan tangan ke arah Imran.

"Hai, saya Imran. Awak boleh panggil saya Im." Imran menyambut huluran persahabatan Anis.

"Imran…Anis…Mari masuk. Majlis dah nak mula ni."
Laungan Faisal mengejutkan mereka.

"Jom kita masuk. Faisal dah memanggil tu." Ujar Imran sambil meghulurkan tangan memberi tanda supaya anis berjalan dahulu. Mereka beriringan masuk ke dalam dewan.

22 ulasan:

  1. kanata luv kaori8/10/09 4:17 PTG

    da abis ke????cm tegantong je????hmhhhhhhhhhhhhhhhhmmmmmmmmmmmmmmm

    BalasPadam
  2. memang tergantong pun
    huh
    pnt jer ak bce

    BalasPadam
  3. lor..apa jd ngan zakuan pulak..abis mcm tu je??

    BalasPadam
  4. ya lah, apa jadi dengan zakuan??? and apa citer nie dengan im??? haizzzzz pelik daaaaa....

    DiYaNN

    BalasPadam
  5. xkan nie je leh pjgkan lagi tau citer nie...citer psl pe jd kat zakuan...citer psl mama anis..lastnye mama anis leh time anis ke....

    BalasPadam
  6. mcm ni ja ending....
    apa jd ngan zakuan..
    tgntong sgt...

    BalasPadam
  7. kalau nak tahu seterusnya tengok la kat blog saya sebab saya jarang masuk blog penulisan ni...sory yek...cerita ni tak habis lagi sebenarnya masih ada. nanti saya add kan kat dalam ni episod seterusnya...soryyy sangat sangat kat u all semua

    BalasPadam
  8. nak blog..

    BalasPadam
  9. http://butterflysinamania-mylittleworld.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. aikkk...asl trgntung jek..
    x best r...
    please smbng balek...

    BalasPadam
  11. aikk..zakuan mcm mna plak ???
    Apa yg dh jdi ??
    smbung lgi..

    BalasPadam
  12. tergantung la....penat je bace...igtkn cite ni best coz dpn 2 dah best dah...tgk2 t'gantung rupenyerrrrr....

    BalasPadam
  13. lah..mne final nye??
    at least bgtau la dorg ni bcinte ke,kwin ke,anis kne lamar ke..
    zakuan plak cmne?
    npe yg ni tgntung..

    BalasPadam
  14. Maca, mane ngan tunang Anis ?

    BalasPadam
  15. so ape kes anis & zakuan tu? jadik ke x?
    hu..hu..

    BalasPadam
  16. trgantung la..
    pe jd ngan tunang anis ni yer..
    mama anis plak, xkn x berubah..

    BalasPadam
  17. boring la endind,
    entah apa2.

    BalasPadam
  18. cm ni je ke habis cite..cm t'gantung je..macam mane ngan papa, mama n tunang anis..wlau ape pun teruskan usaha anda..

    BalasPadam
  19. x best laa ending ye...
    mcm mane dgn keluarga n tunang anis???
    huh...
    x best laa citer ni...
    tergantung...
    huh....
    punyelah semangat mmbace....
    akhirnyer kecewa...
    sbb x best....
    huh...

    BalasPadam
  20. yelah..x tau pun lg kisah zakuan dan mamanya..nk jg tau..huhu

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama2/2/12 2:03 PTG

    Smbung la cite nie ... syok2 bace tibe2 da hbis ... mcm mne ksudhn anis gan mama die , zakwan semua .. tergantong x bertali ni .. =)

    BalasPadam
  22. ..cm 2 je ke ending ny..hmm..

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan