Jumaat, Oktober 09, 2009

Novel : Mr. Teddy 26

Nama Pena : Noreyn

"Macam mana perkembangan semasa sekarang ni Norman?"

"Okay yah, semuanya berjalan lancar. Cuma sekarang ni cuaca tak menentu jadi susahlah juga tapi buat masa ni masih dalam kawalan lagi"

"Ayah taulah kau tu Site Engineer tapi yang ayah maksudkan ‘perkembangan semasa’ tu bukan kat site tapi yang sebelah kau tu?"

"Sebelah? Manja? Okay je.. kenapa?" Eh orang pun ada perkembangan semasa ke?

Sapa yang taruh Kerang kat dalam pinggan aku ni? Tak tau ke yang aku ni allergic dengan Kerang? Ni yang rasa macam nak muntah ni.

Teddy bangun dari tempat duduknya sambil menekup mulut dan berlari ke arah bilik air.

"Hah.. hah.. baru je ayah cakap. Dah ada ke?"

"Ada apa?" Spider yang masih tidak faham terpinga pinga.

"Kau ni kan, dah nak jadi bapak budak pun tak faham lagi ke? Maksud ayah, budak Manja tu mengandung ke?"

"Hah mengandung?!" Isyh.. mengarut je. Nasib baik tak tersembur nasi yang dalam mulut aku ni. Mengandung? Mana boleh? Aku tak pernah cuit pun.

"Yang kau terkejut sangat ni kenapa?"

"Er.. tak ada apa.." Maunya tak terkejut? Mengandung mengandung ni bukannya boleh dibuat main. Betul tak?

Teddy yang baru keluar dari bilik air kembali duduk di tempatnya.

"Mak.. sapa masak hari ni? Tak tau ke yang Manja tak boleh makan ke.."

"Tak pe. Tak pe. Manja tak payah makan nasi goreng tu. Manja nak makan apa?"

"Tak naklah. Manja rasa tak sihat nak rehat dalam bilik je. Manja naik dulu ye?"

"Okay. Norman, tolong bawa Manja naik ke atas"

"Tapi.. naik atas je kan? Boleh pergi sorang kot?"

"Kau ni. Dah budak tu macam tu masih tak nak ambil berat lagi ke?"

"Okay mak. Saya temankan Manja naik. Jom Manja" Spider menarik tangan Manja.

"Isyh budak ni. Pelan pelanlah sikit"

"Oh.. sorry. Sorry." Teddy yang tidak mengerti apa apa mengaru kepala.

"Tak payahlah nak papah saya, bukannya sakit teruk pun. Lagi satu, yang awak beriya iya nak hantar saya sampai ke bilik ni kenapa?"

"Ikut ajelah. Banyak cakap pulak" Aku yang beriya iya ke mak dan ayah yang beriya iya suruh aku temankan kau? Tapi kenapa pulak dia ni sampai muntah pulak tadi?

Sampai dibilik Spider berjalan mundar mandir. Teddy yang malas nak ambil tau terus baring dan menutup matanya. Baru saja dia mahu terlelap dia dikejutkan apabila Spider memegang kedua belah bahunya.

"Apa lagi ni Norman?"

"Kenapa awak muntah tadi?"

"Nantilah saya bagi tau awak, saya rasa tak sihat ni. Awak pergilah pejabat saya nak berehat"

"Saya nak tau sekarang juga. Awak tau tak yang mak dan ayah ingat awak mengandung?"

"Mengandung?" Dengan cara apa? Takkan magic pulak?

"Yelah. Pasal tu saya tanya awak kenapa awak tiba tiba muntah?"

"Kenapa nak kaitkan muntah dengan mengandung? Asal muntah je mengandung. Asal muntah je mengandung"

"Jadi?"

"Memang. Memang saya mengandung"

"Hah?! Awak.."

"Mengandung anak kerang"

"Anak kerang?"

"Sapa yang letak kerang dalam pinggan saya tadi?"

"Saya. Kenapa?"

"Awak tak tau ke yang kerang tu makanan yang terlarang dalam rumah ni?"

"Eh ye ke? Kenapa?"

"Sebab setiap kali saya makan kerang, saya akan mengandung"

"Hah???" Kenapa pulak? Bukan ke dia perlukan aku untuk buat dia mengandung? Bukan kerang. Confuse aku.

"Kalau muntah dikaitkan dengan mengandung, jadi setiap kali saya makan kerang saya akan mengandunglah sebab saya allergic dengan kerang. Kesannya saya akan muntah dan demam. Puas hati? Saya nak tidur. Okay?"

Spider melekapkan tangannya di atas dahi Teddy.

"Panas ni. Awak tak nak pergi klinik ke?"

"Tak payah. Awak pergilah kerja. Tak payah risau, esok baiklah"

"Okay awak rehat, saya turun dulu"

Manja allergic dengan kerang? Macam mana pulak aku boleh tak tau? Mak pun kenapa tak bagi tau bila mummy hantar rendang kerang tu tadi? Kalau macam ni terpaksalah aku berhenti makan kerang sebab ianya boleh memudaratkan Manja.











"Sep sep sep tom tom tom. Pelangi pelangi ala indah mu. Merah di bajuku, hitam di rambutku. Sayanglah aku jangan malu malu. I love you I love you One two jus"

Spider yang baru pulang dari tempat kerja memerhati Teddy yang asyik bermain dengan anak jiran sebelah.

Dah sehatlah tu. Teddy aku ni memang pantang ada masa lapang mulalah perangai budak budak dia tu. Masih tak berubah lagi. Masih seperti Teddy yang aku kenal masa sekolah dulu.

"Kenapa? Nak join sekali ke?"

"Eh along. Off ke hari ni?"

"Orang tanya dia, tanya kita balik. Jomlah duduk kat laman tu"

"Yelah"

"Seronok kan tengok Manja ceria macam ni?"

"Ye long. Macam masa kami masih sekolah dulu. Macam budak budak"

"Manja.. along tau ramai yang tak berapa suka dengan cara kami membesarkan dia"

"Maksud along?"

"Masa mak bersalinkan Manja along berumur 10 tahun. Angah pula 7 tahun. Kami tak ambil peduli pasal dia masa tu. Masing masing dengan hal sendiri. Mak dan ayah pun sibuk dengan bisnes. Kami serahkan bulat bulat tanggungjawab menjaga Manja pada pembantu rumah. Sampailah Manja berumur 3 tahun. Masa tu dia bermain bola di laman rumah. Along dengan angah pula leka main basikal sampai tak sedar Manja dah ke tengah jalan depan rumah. Kami hanya perasan bila terdengar bunyi kereta berlanggar. Masa tu barulah macam nak gugur jantung along ni"

"Habis Manja? Apa jadi pada Manja?"

"Masa tu along nampak Manja tengah mencangkung sambil menangis. Pemandu kereta tu keluar dari kereta dengan tenang dan memujuk Manja. Dia langsung tak kisah kereta dia kena langgar teruk dari belakang. Dia pujuk Manja tapi Manja tak nak berhenti menangis. Lelaki tu pun masuk balik dalam kereta dia dan keluar balik bersama patung teddy bear lalu diberikan pada Manja. Tak sangka.. nampak je teddy bear tu Manja terus ketawa"

"Lepas tu apa jadi pulak long?"

"Lepas kejadian tu barulah kami berasa yang Manja lebih penting dari yang lain lain. Keluarga kami bertambah rapat. Mak berhenti kerja dan menjaga kami sepenuh masa. Ayah pun nasihatkan along tanggungjawab sebagai seorang abang dan angah sebagai seorang kakak. Pendek kata kejadian tu memang menyedarkan kami. Lepas tu kami semua sayangkan Manja lebih dari segalanya. Apa yang dia nak semuanya kami penuhi. Mungkin juga dia jadi macam ni kerana kami tak pandai memdidik dia. Mungkin juga salah along kerana terlalu ikutkan kehendak dia. Tapikan yang along perasan sejak dari tu Manja memang minat semacam dengan teddy bear sampailah sekarang"

"Kenapa along cakap macam ni? Manja okay je apa"

"Manja tu memang degil, manja dan kadang kadang tu brutal juga tapi along harap Man dapat jaga dia sebaik mungkin. Bertolak ansur dengan perangai dia tu"

"Jangan risaulah long, dah memang tanggunjawab saya. Mak, ayah, along dan angah dah didik Manja menjadi seorang manusia yang berguna. Memanglah dia tu degil sikit dan manja.. tapi dia okay"

"Baguslah kalau Man ingat macam tu. Dahlah along masuk dulu"

"Macam tu saya pun nak naik ke bilik dululah long. Nak mandi"

Along hanya mengangguk dan berlalu ke bilik bacaan.

Sampai dibiliknya Spider terus membuka baju kemeja dan t-shirt yang dipakainya.

"Ops.. sorry" Teddy yang baru masuk ke dalam bilik tersebut berpatah balik untuk keluar.

"Manja. Masuk jelah bukan orang lain pun, laki awak juga"

Teddy menurut dan duduk di atas katil.

"Temankan saya tengok album ni" Spider meletakkan album album yang dikeluarkan dari almari ke atas katil.

"Apa yang awak cari sebenarnya? Dah lebih 20 kali awak belek album ni semua. Tak jemu ke?"

"Awak ni macam tau tau je"

"Oo jadi betullah awak mencari sesuatu? Awak cari apa?"

"Mana gambar awak pakai Cheongsam?" Spider meniarap di tepi Manja.

Hah? Soalan cepu emas tu. Mana? Tak adalah sebab aku tak pakai pun.

"Manja. Saya tanya ni. Kenapa diam?"

Kau sanggup ke tengok aku pakai cheongsam tu? Aku yang tuan punya badan pun tak berani. Kalau tak ada tu faham faham aje maksudnya tak pakai. Kenapa nak dipersoalkan lagi?

"Manja?" Spider sudah duduk di sebelah Manja.

Manja yang terkejut dengan tindakan Spider menjawab spontan.

"Saya nak pakai masa malam majlis kita" Manja menutup mulutnya dengan kedua belah tangan. Hah? Apa yang aku merepek ni?Argh.. malunya. Baru saja Teddy ingin menuruni katil Spider pantas menarik lengan Teddy.

"Habis tu kenapa awak biar saya tidur sorang sorang malam tu?" Spider berbisik di telinga Manja. Dia semakin merapati Manja. Hampir saja bibirnya mengenai pipi Teddy telefon bimbit Teddy tiba tiba menyanyi minta diangkat.

"Hanphone saya" Teddy laju saja mencapai telefon bimbitnya dan turun dari katil munuju ke anjung bilik.

Spider pula setelah menunggu beberapa ketika menyusul Teddy. Baru saja tangannya dihulur untuk merangkul pinggang Teddy tapi terhenti apabila terdengar perbualan Teddy.

"Mr. Teddy? Manja lupa. Kat mana? Okay okay Manja datang sekarang" Teddy yang tidak perasan dengan kehadiran Spider dibelakangnya hampir saja terlanggarnya.

"Eh Norman. Saya nak keluar sekejap okay?" Teddy terus berlalu tanpa menunggu jawapan dari Spider namun Spider sempat menangkap pergelangan tangan Teddy.

"Awak nak kemana?"

"Keluar jumpa kawan. Okaylah ye? Saya dah lambat ni" Teddy membuka pegangan tangan Spider dan berlari anak keluar dari bilik mereka.

10 ulasan:

  1. best2.. urm.. tp pesal pendek sgt? leyh pnjgkn ag x?
    hehehe.. anyway, i like it..

    BalasPadam
  2. laa...pndek jep..hehe. pndek2 xksah,asl cpat smbung cte ni...

    BalasPadam
  3. siape mr tedy ni???cpat2 sambung....heheh

    BalasPadam
  4. alamk...suspen...
    cpt2 smbg..
    x sbar dah...
    sy penah bc mr teddy nih dulu2...
    x sgka ada kat sini...
    suka2..wink*

    BalasPadam
  5. ada blog x???

    BalasPadam
  6. ad blog x? lme dh t'gu ni....

    BalasPadam
  7. cter x best lgsg

    BalasPadam
  8. kalu xnk smbung, bk x pyah letk dlm blog nie...bt org ttunggu aje la

    BalasPadam
  9. tuh la pasal =.= buat org tertunggu2 ja

    BalasPadam
  10. mmg xder smbungan ye kew..
    xbes la mcm nie..
    tlng smbng kn eah..
    da nk msok 2 taun da nie..

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan