Isnin, Oktober 05, 2009

Novel : Misteri blok cempaka 1

Nama Pena : miz_apple

BAB 1
"Apalah kau ni.Mana ada apa-apa dekat dalam tandas tu,"marah Alina.Mungkin marah kerana lenanya diganggu.Adira hampir mahu menangis mendengar kata-kata rakannya itu.
"Ada hantu,"jawab Adira.
"Hantu?Kaulah hantunya malam-malam macam ni.Hei,aku ngantuk ni.Kau ajaklah orang lain,"kata Alina sambil menarik selimutnya kembali.Adira mencebik.Pantas dia bangun lalu memulas tombol pintu lalu memerhatikan lorong di sebelah kanan dan kirinya.Adira mengusap lengannya.Bulu romanya serta merta berdiri apabila teringat kembali cerita rakan-rakannya.
Perlahan-lahan Adira menyarung selipar tandas lalu berjalan perlahan-lahan kearah tandas di hujung blok Cempaka.Dorm yang diduduki Adira pula berada di hujung iaitu dorm Cempaka 5.Adira menyusuri dari satu dorm ke satu dorm.Dorm 4,3,2,dan dorm 1.Adira menarik nafas lega apabila kakinya mula melangkah masuk ke dalam tandas.
Selepas menunaikan hajatnya,Adira mencuci tangan.Tok..tok..tok..Adira menoleh ke arah salah satu pintu tandas.Bunyi ketukan itu kedengaran lagi.Bulu romanya menegak.Adira memberanikan diri membuka pintu yang agak renggang itu.Apabila dibukanya…..
Lah…seekor kucing berwarna hitam sedang merenung ke arahnya.Kaki kucing tersebut mengetuk-ngetuk batang paip di situ.Adira mengeluh.Buat takut aku aje.Adira segera melangkah keluar.Apabila Adira sudah melangkah keluar,tanpa disedarinya sepasang tangan menggapai seperti meminta pertolongan daripadanya.


Adira tekun membuat kerjanya.Dari tadi dia mendengar cerita Alina dan rakan-rakannya mengenai tandas aras 1 di blok yang mereka duduki tetapi dia malas mahu masuk campur tambahan pula dia boleh dikatakan seorang yang agak penakut.
"Betul,takkan aku nak tipu korang pulak.Ha Adira?Malam tadi kau pergi tandas tu,takde apa-apa ke?,"tanya Alina sambil tersengih-sengih.Adira mencebik.Malam tadi orang ajak teman tak nak,kata hatinya.
"Eleh,kalau nak tau sangat,lain kali temanlah aku pergi tandas.Dahlah.Kan dah 2 tahun kita tinggal blok tu,"jawab Adira acuh tidak acuh.Namun,dia mahu menenangkan hatinya sendiri yang agak ketakutan.Dia teringat ketukan yang bertalu-talu semalam.Ah,kucing ajelah,katanya sekadar untuk menenangkan dirinya sendiri.
"Ah,jangan dilayan si Adira ni.Penakutnya semacam,"sela Adhlin.Adira yang mendengar hanya menganggap itu satu gurauan sahaja.Lagipun,memang betul pun apa yang mereka katakan itu.



"Dari siang tadi aku suruh kau buat kerja ni.Tengok,kan sekarang dah tak siap,"kata Alina agak marah kepada Adira yang terkocoh-kocoh menulis.Semua dorm sudah gelap dan hanya study room sahaja yang masih berlampu.
"Janganlah marah.Aku bukannya apa.Penatlah buat backdrop siang tadi.Mana aku tau esok ada majlis,"bela Adira.Beberapa orang pelajar yang ,membuat study group sudahpun beransur-ansur pulang ke dorm masing-masing.Kini,tinggallah Adira,Alina dan beberapa orang pelajar tingkatan lima yang masih menelaah pelajaran.Maklumlah,percubaan hampir tiba.
Apabila melihat Alina yang tersengguk-sengguk di sisinya,Adira mengemaskan barang-barangnya."Lina,bangunlah.Kesian aku tengok kau ni,"kejut Adira simpati melihat temannya itu yang tersengguk-sengguk semata-mata mahu menemankannya.Alina terpisat-pisat merenungnya.
"Eh,kerja kau dah siap ke?,"tanyanya perlahan.
"Belum lagi.Takpelah.Nanti aku sambung dekat dorm."
"Kau macamlah tak tau mana boleh bukak lampu lagi bila dah pukul 12 malam.Takpelah,aku temankan kau.Buatlah kerja tu.Kau macam tak tau Miss Rozie tu.Mampus kau kena dengan dia nanti."
Adira mengangguk lalu duduk kembali menyambung kerja-kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi."Eh,Adira.Dah nak dekat pukul satu dah ni.Tak nak balik dorm ke?,"sapa Elyn sambil mengemaskan peralatan menulisnya.Adira tersenyum memandang pelajar tingkatan lima yang satu dorm dengannya itu.
"Takpelah kak.Kejap lagi Dira baliklah dorm."
Elyn mengangguk lalu keluar membuntuti rakan-rakannya yang sudah ke tandas sebelah untuk menggosok gigi dan mencuci muka sebelum masuk tidur.Tinggallah mereka berdua sahaja.Adira mempercepatkan kerjanya.Alina sudah terlentok di sebelahnya.
Tiba-tiba Adira dapat merasakan angin kencang bertiup.Adira menoleh ke luar.Secara tiba-tiba juga pintu study room yang sudah tertutup rapat ditutup Elyn tadi terbuka luas.Adira tersentak.Bulu romanya serta merta meremang."Kak Elyn ni tutup ke tak pintu ni tadi,"ngomelnya seorang diri.
Adira pantas bangkit dari kerusi yang didudukinya itu.Ketika tangannya hendak memegang tombol pintu yang agak berkarat itu,dia merasakan ada sesuatu yang pelik.Eh,angin dah tak ada lagi.Rasanya tadi angin bertiup kencang tapi sekejapan sahaja angin yang menderu tadi hilang secara tiba-tiba.
Adira cepat-cepat menutup pintu study room tersebut lalu menguncinya dari dalam.Ketakutan yang menguasai diri hampir-hampir sahaja membuatkan tangannya ringan mahu mengemas tetapi apabila teringatkan wajah Miss Rozie yang bengis itu membuatkannya membatalkan hasratnya.
Adira meneruskan kerjanya dengan ketakutan yang masih menguasai dirinya.Tok..tok..tok…Pintu bilik study room tersebut diketuk dari luar.Adira…Adira….terasa sayup-sayup namanya disebut.Adira menggigil ketakutan.Dia ingin mengejutkan Alina tetapi niatnya dimatikan.
Dengan lafaz bismillah,Adira membuka pintu.Elyn dan rakannya tersengih-sengih memandangnya.Adira menarik nafas lega."Akak ni buat takut Dira aje tau.Kenapa panggil nama Dira macam tu?,"berkerut-kerut dahi Adira sambil membuka pintu tersebut luas-luas.
Elyn mengerutkan dahinya."Akak nak ambik pencil box tertinggal tadi.Eh,rasanya mana ada akak panggil nama Dira.Akak ketuk pintu aje tadi.Kalau tak percaya tanya Kak Kina ni hah,"kata Elyn.Kina mengangguk mengiakan kata-kata rakannya itu.
Adira membeliakkan matanya tidak percaya.Biar betul,kata hatinya."Eh,kak.Tadi ada angin tak masa akak nak balik dorm?,"tanya Adira.Elyn berpandangan dengan Kina.Kedua-duanya mengerutkan dahi tanda kehairanan mendengar kata-kata Adira itu.
"Kau mengigau ke Dira?Angin apa pulak ni?Jangankan angin,daun pokok pun tak bergoyang tau,"kata Kina.Elyn mengangguk.Adira kehairanan.
"Eh,akak tau tak masa lepas akak semua keluar aje dari sini,pintu ni terbukak sebab ada angin tiup.Kuat sangat.Tapi bila Dira nak tutup balik,angin tu dah takde,"jelas Adira.Elyn dan Kina kelihatan agak ketakutan mendengar kata-kata Adira itu.
"Kau ni biar betul,Dira?,"tanya Kina.
"Eh,apa pulak yang tak betulnya.Alah,mungkin perasaan Dira aje tu.Kenapa akak berdua ni nampak takut-takut aje?,"tanya Adira.Walaupun hatinya kehairanan,tetapi tangannya masih lincah menulis apabila mengenangkan kerjanya banyak lagi yang perlu dibereskan.
"Dahlah Dira.Jom balik dorm cepat.Seram sejuk akak dengar cerita kau tu.Kejutlah si Lina tu cepat,"gesa Elyn.kelam-kabut dia mengejutkan Alina yang sedang tidur itu.
"Kau buat aku takut ajelah Lyn.Aku takut pulak nak balik dorm aku.Dahlah dorm aku aras 3,"rungut Kina.
"Kau tidur ajelah dorm aku.Besok pagi-pagi baliklah dorm kau.Kalau kau naklah.Kalau kau tak nak mungkin aku ke…."
"Ok..ok…aku tidur dorm kau.Dah cepatlah Lina,Dira,"gesa Kina sambil menarik tangan Alina yang masih terpisat-pisat itu.Adira yang masih tidak mengerti apa-apa hanya menurut.Pandai-pandailah dia mahu mencari alasan kepada Miss Rozie esok.

18 ulasan:

  1. first ye??
    heeeee...cepat la sambong...cepat laaa
    (pilet)

    BalasPadam
  2. seramnyer.....takut giler...pe terjadi erk????

    BalasPadam
  3. best lah! cepat2 yer siapkan yang seterusnyer! harap2, lagi seram n menyeramkan. lagi best, interesting!

    BalasPadam
  4. bez jgak citew yew

    BalasPadam
  5. best gak..tp slalu sgt la bca cite seram kt asrama skolah..mcm dh bleh agk je apa jd pastu..

    BalasPadam
  6. eeh seram nye.dah la mlm ni mlm jumaat

    BalasPadam
  7. peliknye...........

    BalasPadam
  8. peliknya....betul cerita ni.Seram aku baca!

    BalasPadam
  9. amenda yg sbnrnye berlaku msa si adira tu kuar toilet? ade bnda pgng tgn cm mntk tolong?? tp tetiba cte tgntung trus g dye at hw plak. cmne tu...?

    -A.N.A-

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama3/7/10 11:38 PG

    seronok tak seram pun

    BalasPadam
  11. la....xseram pn...

    BalasPadam
  12. citer ni macam penah berlaku masa sya di sekolah lama sya di kelantan.. waktu dlm tandas dan ketika waktu study sama ngan kawan2 lain cuma beza dengar org berjalan kehulu hilir dibalik pintu..

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama6/8/11 4:59 PTG

    hye , sram kew , cam ta jew , hehe , gwau jewk , ta de smb0ngan kew ? tgh best bce , tetibe da abez ! >.<

    BalasPadam
  14. MCM SERAM JEK.SERAM SGT KE?????

    BalasPadam
  15. Seramnyaaaaaaa!!!!!!not bad lha cerpen awk ni...teruskhan usaha anda!!!!hehex

    BalasPadam
  16. seram cerita ni

    BalasPadam
  17. eeee...suke suke,hehe best la seram je mcm bleh rasakan seolah olah saya berada brsama2 mereka. cepatla sambung

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan