Isnin, Oktober 12, 2009

Novel : Mirror 1

Nama Pena : Hasrudi Jawawi

Bahagian 1


KERETA yang di pandu oleh Puan Azizah berhenti betul-betul di depan banglo lama yang baru sahaja di belinya beberapa bulan lalu. Walaupun banglo ini kelihatan usang, tetapi keadaan banglo ini masih elok dan tersergam indah. Banglo lama yang terletak betul-betul di pinggir bukit ini cukup strategik sekali lokasinya. Selain dekat dengan kawasan hutan bukit, udara disini segar. Jauh sekali dari keriuhan hiruk pikuk bandar. Kawasan seperti inilah yang di cari oleh Puan Azizah selepas dia memiliki cahaya mata enam belas tahun lalu. Baru sekarang dia dapat miliki.

Dewi, anak tunggal perempuannya, sudah pun mencecah usia 15 tahun. Seorang remaja wanita yang sopan santun dan meminati musik pop melayu ini, sangat meminati artis kesayangannya, iaitu Datuk Siti Nurhaliza. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia meminati artis wanita itu. Mungkin personaliti artis itu yang membuatkan dia meminatinya. Dari album Adiwarna, sehinggalah album Transkripsi, dia telah miliki. Lagu terbaru dari idolanya itu yang menjadi kegemarannya masa ini adalah ‘Siti Situ Sana Sini’. Menurutnya, di antara banyak-banyak lagu idolanya itu, lagu itulah yang paling best. Dia memang suka lagu berentak lebih kepada R&B.

Ibu dan ayahnya, sudah hampir sepuluh tahun bercerai. Jika tidak silapnya, ibu dan ayahnya terlah bercerai ketika dia berusia lima tahun lagi. Menurut ibunya, ayahnya meninggalkannya kerana perempuan lain. Tapi… ntahlah, dia sendiri tidak tahu kesahihanya. Sungguh pun begitu dia tidak pernah berpisah dengan ayahnya. Ayahnya selalu mengejenguknya bila tiba cuti sekolah dan setiap hujung minggu. Hanya di ketika itu sahajalah ayahnya ada masa untuk menjenguknya. Sedikit pun dia tidak merasakan kekurangan kasih sayang dari seorang ayah.

Kebiasaannya jika dia bertemu dengan ayahnya, pasti ayahnya akan mambawanya membeli belah, menonton wayang, dan bersiar-siar. Jika di musim cuti sekolah pula, kerap ayahnya membawanya bercuti ke tempat-tempat menarik. Tempat yang paling menarik baginya adalah Genting Highland. Dia suka ke kawasan tanah tinggi. Dia suka dengan kawasan yang beriklim sejuk. Jika boleh, satu hari nanti dia ingin ke Korea. Ingin merasai musim sejuk dan musim salji di sana.

Apa yang mengecewakannya, ibunya tidak pernah turut serta atau turut bersama-sama dia dan ayahnya keluar membeli belah, tengok wayang atau pun bercuti. Ibunya selalu sibuk. Ibunya berkerja sebagai seorang usahawan kosmetik berjaya. Ibunya kurang masa untuk diluangkan untuknya.
Cuti hujung minggu pun, kadang kala ibunya terpaksa ke pejabat menguruskan perniagaan kosmetiknya. Bila di tanya mengapa ibunya perlu berkerja di waktu cuti? Lekas ibunya menjawab, apa yang dia lakukan ini untuk kepentingannya dan suatu hari nanti ibunya bakalan mewariskan perniagaan kosmetiknya itu kepadanya. Tapi… Dewi kurang minat dalam dunia perniagaan. Dia lebih berminat menceburkan diri dalam dunia glamour.

Pernah suatu hari itu, Dewi memberi tahu ibunya, bahawa suatu hari nanti dia ingin menjadi seorang yang terkenal seperti artis. Ibunya keras membantah. Menurut ibunya, dunia artis itu dunia yang penuh kepura-puraan dan penuh dengan kontroversi. Silap langkah boleh memakan diri sendiri.
Ibunya tidak sedar, dalam perniagaannya, tanpa artis menjadi duta produk syarikatnya, mungkin produk kecantikkan syarikat ibunya itu tidak mungkin sepopular dan selaris sekarang. Nasib baik ada seorang artis yang bakatnya di cungkil dari rancangan realiti tv mencari bintang nyanyian sudi menjadi duta produk syarikat ibunya. Jika tidak, sampai sekarang syarikat ibunya bakalan tidak sepopular sekarang. Sekurang-kuranganya jika dia menjadi seorang yang terkenal, boleh juga melariskan produk ibunya itu kelak.
"Dewi, apa termenung lagi tu? Cepatlah ambik bag-bag Dewi dalam bonet ni. Hari dah nak gelap ni, nanti tak sempat nak berkemas." Panggil Puan Azizah pada anak tunggalnya yang sedari tadi termanggu di dalam kereta. Termenung ntah apa-apa. Sedangkan dia sudah mula menganggat bagasinya kedalam banglo.
Dewi tersentak. Cepat sahaja dia membuka daun pintu kereta. Selepas berdiri keluar dari kereta, dia memandang kearah banglo yang bakal menjadi rumah barunya itu. Nampak kusam dindingnya. Ada sebahagian-sebahagian kawasan dinding sudah di tumbuhi lumut hijau. Dewi mengerutkan dahi dan mencebikkan bibirnya. Pelik perasaannya bila melihatkan keadaan banglo itu. Seperti rumah tinggal sahaja.
"Ibu, ini ke banglo yang bakal jadi rumah kita?" Tanya Dewi seolah tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Matanya masih memandang kearah banglo yang tersergam di depan matanya ketika ini.
"Ha’ah, kenapa?" Tanya Puan Azizah. Kerja-kerja mengeluarkan bagasi dan bag dari bonet keretanya tiba-tiba terhenti. Lekas dia memandang wajah anaknya yang masih melilau matanya memandang keadaan sekeliling banglo itu.

"Macam pelik je banglo ni ibu. Dahlah buruk, jauh dengan kawasan badar pulak tu. Ibu pasti ke, ini banglo yang ibu beli?" Tanya Dewi lagi seolah tidak percaya.

Puan Azizah tersenyum sambil mengelengkan kepalanya.

"Yalah, ini banglo yang ibu beli. Ibu tahu banglo ni nampak lama. Nanti kita catlah banglo ni, nampak barulah nanti. Kenapa Dewi risau sangat ni?" Tanya Puan Azizah hairan melihatkan perangai anak gadisnya itu. Sedari tadi memandang pelik pada banglo itu.

"Kenapa tak beli banglo baru je?" Tanya Dewi lagi.

"Ibu sengaja beli banglo ni. Bukan sebab dia murah. Tapi lokasinya ibu suka. Jauh dari bandar. Boleh dengar bunyi unggas, cengkerik." Jawab Puan Azizah beria sambil mengeluarkan barang-barang perhiasan yang sempat di sumbat di dalam bonet keretanya pagi tadi.

"Tapi ibu, banglo ni jauh dari bandarlah. Jalan nak ke banglo ni pun kena lalu jalan kampung. Belakang banglo ni pulak hutan. Seram je ibu." Luah Dewi apa yang terbuku di hatinya sedari tadi. Dia tidak menyangka ibunya sanggup membeli banglo using ini.

"Seram? Dah jangan nak mengarut. Tak ada apa-apanya." Jawab Puan Azizah acuh tidak acuh lalau menyambung semula kerjanya mengeluarkan bagasinya dari dalam bonet keretanya.

"Puan, ada apa-apa boleh saya tolong?" Muncul seorang wanita tua yang boleh di anggar usianya dalam pertengahan 50 tahun. Wanita tua itu yang ntah dari mana munculnya tiba-tiba menyapa.

"Mak We, tolong bawa masuk barang-barang ni." Arah Puan Azizah pada wanita tua tadi.
Wanita tua tadi segera mengangkat bagasi dan bag-bag yang puan Azizah keluarkan tadi, lalu di bawa masuk ke dalam banglo. Terkial-kial wanita tua itu mengheret bagasi yang sarat berisi pakaian itu. Kesian pula Puan Azizah melihatkan keadaan wanita tua itu.

"Sispa tu ibu?" Tanya Dewi hairan.
"Perempuan tu namanya Mak We, orang gaji banglo ni. Dia dah berkerja di banglo ni sejak 20 tahun yang lalu." Jelas Ibunya.

"Siapa penghuni asal banglo ni? Kemana mereka semua pergi?" Tanya Dewi ingin tahu. Ingin benar dia tahu siapa pemilik asal banglo ini.

"Kata penjual yang menjual banglo ni pada ibu, orang yang tinggal banglo ni dulu sebuah keluarga dari Indonesia, tapi, sejak 10 tahun lalu, mereka sekeluarga telah kembali ke Indonesia. Sampai sekarang mereka tidak balik-balik ke sini lagi, sebab tu banglo ni dijual, sebab sudah terlalu lama tidak di diami." Jelas Puan Azizah panjang lebar.

Dewi akur. Mengulum bibirnya. Dahi berkerut. Hairan melihatkan banglo yang tersergam di hadapannya. Nampak usang, tapi kawasan persekitaranya besar. Ntah bagaimanalah keadaan di dalam banglo ini agaknya. Pasti menyeramkan.

Dewi melangkah ke belakang kereta, dia mengeluarkan bagasai dan bag-bag yang berisi barang-barang peribadinya dan pakaiannya. Di heret masuk ke dalam banglo yang di anggap menyeramkan itu. Sebelum melangkah masuk, sempat lagi dia melihat keadaan banglo itu dari luar. Ada sesuatu yang mengusik perasaannya setiap kali dia melihat banglo ini. Satu perasaan yang dia tidak tahu bagaimana ingin digambarkan.

Dewi mula menanamkan perasaan positif. Cuba menganggap tiada apa-apa yang bakal menyeramkannya. Dia mula melangkah masuk dengan bersahaja. Sesampai di depan pintu, dia meletakan bagasi dan bagnya. Dia melihat keadaan dalam banglo itu. Sangat besar. Segala perabut sudah tersedia ada.
Di teliti setiap sudut rumah itu. Semua perabutnya, perabut lama. Dia merasakan seolah dia berada di Indonesia, kerana konsep dekorasi di dalam banglo itu ala-ala Indonesia. Dengan ukiran yang simbolik pada perabut dan lukisan-lukisan batik Indonesia menjadi hiasan dinding di dalam banglo itu, menambahkan lagi keunikan banglo itu.

"Mak We, ini anak saya, nama dia Dewi." Puan Azizah tiba-tiba muncul dan memperkenalkan Dewi kepada pambantu rumah di banglo ini.

"Apa khabar Mak We?" Tanya Dewi ramah sambil menghulurkan salaman pada wanita tua itu.
Salaman bersambut. Mak We hanya tersengeh. Menampakkan barisan gigi tuanya yang kelihatan sudah mula membusuk. Dewi terkejut dengan sengehan Mak We. Wanita tua itu menyeramkan. Lirikkan matanya tajam dan jelas sinis.

"Mak We, tolong bawa Dewi naik atas. Tunjukkan di mana bilik dia." Arah Puan Azizah lalu melangkah keluar. Mengambil barang-barangnya yang masih tertinggal di dalam kereta.
"Yok Dewi. Mak We tolong tunjukkan bilik Dewi di atas." Ajak Mak We sambil mengheret bagasi ke tingkat atas. Terkial-kial wanita tua itu mengangkat bagasi Dewi menaiki setiap anak tangga. Melihatkan keadaan itu, segera Dewi menolong.

Sambil menaiki anak tangga. Dewi melihat-lihat gambar yang di gantung di sepanjang dinding menaiki anak tangga itu. Kesemua lukisan yang ada terlalu simbolik dan unik. Seolah lukisan conteng-conteng di atas kanvas. Sedikit pun dia tidak memahami maksud di setiap gambar. Dewi mengabaikan perasaannya itu bila dia tanpa di sedari telah pun sampai ke anak tangga yang terakhir.

Di tingkat atas itu ada lima bilik. Salah satunya menjadi bilik ibunya. Dan salah satunya di jadikan biliknya. Empat lagi bilik kosong yang tinggal, di biarkan kosong. Kelima-lima bilik yang ada di aras ini semunya mempunya saiz sudut yang sama. Cuma kedudukan dan jenis perabut sahaja yang berlainan. Mak We telah memberi peluang kepada Dewi untuk memilih biliknya sendiri di antara empat bilik yang tinggal.

Bilik pertama, sudah menjadi bilik ibunya. Dia masuk ke bilik yang kedua. Dia melihat kedaan bilik itu. Cantik. Tapi ianya tidak menarik minat Dewa bila melihatkan keadaan bilik itu yang terlalu ringkas. Dia menggelengkan kepada kearah Mak We tanda dia tidak mahu bilik itu menjadi biliknya. Dia melangkah keluar dan di ekori oleh Mak We yang terhegeh-hegeh mengheret bagasi Dewi.

Dewi masuk pula ke bilik yang ketiga. Susunan katilnya sama seperti bilik nombor dua tadi. Cuma jenis katil sahaja berlainan. Jika bilik dua tadi katilnya di perbuat dari pada kayu, di bilik yang ke tiga ini katilnya di perbuat dari pada besi. Terlalu formal. Bilik ini mungkin sesuai bagi mereka yang baru berumah tangga. Dewi berandaian sendiri di dalam hati. Dia melangkah keluar selepas melihat keadaan bilik itu tidak sesuai dengan jiwa. Dia melangkah ke bilik seterusnya.

Sampai ke bilik yang keemapat. Bilik ke empat ini kelihatan kosong. Hanya sekadar ada katil besi berkelambu, almari bercermin sahaja. Tiada eksesori bilik yang lain. Terlalu ringkas berbanding dengan bilik nombor dua tadi. Sekali lagi dia menggeleng kepada Mak We tanda dia tidak mahu dengan bilik itu.
Sampai di bilik yang terakhir. Dewi mengeluh. Dia mengharap agar bilik yang terakhir ini dapat menarik perhatiannya. Jika tidak, terpaksalah dia berbincang dengan ibunya untuk membuat pengubahsuaian bilik selepas ini. Dewi dengan perasaan sedikit hampa menguak daun pintu bilik terakhir itu.

Dewi terkesima. Bilik terakhir ini nampak sangat cantik. Suasana bilik ini seolah dapat mengusik jiwanya. Katil kayu berukirnya memang cantik dan kelihatan moden walaupun perabut itu perabut lama. Posisi katil yang mengadap tingkap membuatkan Dewi tertarik dengan keadaan itu.

"Jadi macam mana cik? Minat dengan bilik ini?" Tanya Mak We yang kelihatan sudah letih mengheret bagasi Dewi sedari tadi. Kelihatan termengah-mengah wanita tua itu.

"Mak We, Dewi suka bilik ni. Bilik ni cantik. Nyaman je suasananya. Cahaya dari tingkap ni pun redup." Jelas Dewi gembira sambil menghenyak punggungnya di atas katil.

Mak We akur lalu terus membuka bagasi Dewi untuk mengemaskan pakaian Dewi untuk di masukkan ke dalam almari. Walaupun bilik ini sudah di tinggal kosong hampir 10 tahun, keadaan dalam bilik ini seolah terjaga rapi. Bersih. Tiada kesan habuk pun pada perabut.

"Mak We, siapa yang duduk banglo ni dulu ya?" Tanya Dewi selepas puas berehat dia atas katil.
Mak We yang sedang mengemas pakaian Dewi untuk di masukkan ke dalam alamari tidak terus menjawab. Dia menyiapkan dulu kerja-kerjanya memindahkan pakaian Dewi dari bagasi ke dalam almari.

"Sepuluh tahun dulu, keluarga yang duduk rumah ni adalah sebuah keluarga dari Indonesia yang telah menetap di sini." Jawab Mak We mendatar nada suaranya. Dia kembali menyambung kerjanya.

"Siapa nama keluarga tu Mak We." Tanya Dewi lagi, teringin sangat untuk mengetahui siapa yang mediami banglo ini sebelum ini.

"Keluarga Pak Makojiwo. Nama isterinya ibuk Tatty. Mereka ada tiga orang anak. Dua orang anak lelaki, dan sorang anak perempuan." Jawab Mak We sedikit pun tidak memandang kearah Dewi. Sibuk dengan kerjanya menyusun pakaian Dewi ke dalam alamari.

"Jadi, bilik ni… bilik anak perempuan dialah ya?" Dewi mengangak.

"Tak, bilik ini bilik kosong. Pak Makojiwo dan ibuk Tatty duduk satu bilik. Bilik anak-anak lelakinya pula di bilik dua dan tiga. Bilik anak perempuannya pula, bilik sebelah. Jadi bilik ini di biarkan kosong." Jelas Mak We panjang lebar.

Dewi menggarukan kepalanya memikirkan kata-kata Mak We tadi.

"Mak We dah habis kemas baju-baju ni. Nak Mak We kemaskan barang di dalam bag ni pula?" Tanya Mak We sambil menunjukkan jari telunjuknya pada bag Dewi yang masih belum di buka.

"Tak apalah Mak We, barang-barang dalam bag tu biar Dewi kemaskan sendiri." Jawab Dewi mesra. Mak We tanpa berlengah terus meluru keluar dari bilik itu. Seolah sedang lari dari sesuatu. Dewi kehairanan. Dan kemudian dia mengabaikan perasaannya itu.

Dewi mengeluh halus sambil memandang sekeliling bilik barunya itu. Dia tepandang suatu gambar yang di gantung di dinding betul-betul di atas kepala katil. Bila di teliti betul-betul ianya sebuah lukisan. Dia cuba memahami apa maksud yang tersirat di sebalik lukisan itu. Membingungkan. Di teliti betul-betul lukisan itu.

Dewi naik keatas katil untuk melihat dengan lebih dekat lukisan itu. Bila di amati betul-betul, seolah lukisan sebuah cermin. Cermin yang memancarkan biasan cahayanya. Apa motif pelukis melukis sebuah cermin? Persoalan mula berputik di ruang benak Dewi. Sungguh pun begitu, lukisan itu nampak terlalu simbolik. Sekali imbas, tidak kelihatan apa yang ada di dalam lukisan itu yang hanya sebuah cermin yang membiaskan cahayannya.

Dewi meneliti gambar itu dekat-dekat. Di sudut bawah bahagian kiri gambar itu tertulis satu perkataan yang terlalu kecil. Dia terpaksa mengecilkan kelopak matanya untuk membaca ayat yang tertulis pada glukisan itu.

‘Cermin tidak bisa menipu’

Dewi kehairanan, apa maksud sebenar di sebalik ayat itu. Ya, dia tahu cermin memang tidak boleh menipu sesiapa yang melihatnya. Apa yang di letakkan di hadapan cermin, benda itulah yang akan terpantul balik di dalam cermin. Dewi cuba menyentuh lukisan itu. Belum sempat dia berbuat demikian, kain yang menutupi meja solek yang berada betul-betul di sebelah katilnya tiba-tiba terselak.

Pandangan Dewi terkalih pada cermin itu. Dia melangkah turun. Dia terkesima lagi. Cermin itu cantik. Ukiran pada bingkai cermin itu juga kelihatan sungguh unik. Bersimbolkan flora. Ukiran pada bingkai cermin itu nampak klasik dan antik. Sungguh unik dan cantik.

Inilah kali pertama Dewi melihat cermin seindah itu. Cerminnya nampak bersih. Dia berasa bangga kerana dapat bilikn ini. Di teliti cermin itu dekat-dekat. Seni ukirannya sangat halus. Cermin yang berbentuk semacam lonjong itu memang strategik kerana mengadap tingkap.

Dewi menyentuh seni ukiran pada bingkai cermin itu. Dia bangga pada si pengukir bingkai cermin itu. Teliti di dalam ukiranya. Napak sempurna. Tiada sekit pun cacat cela.

Dewi mengambil sehelai tisu dari bag galasnya. Lalu di lap pada permukaan cermin itu yang sedikit berhabuk. Di lap sehingga permukaan cermin bertambah jelas dan menampakkan wajahnya dari dalam cermin itu.
Sedang asyik Dewi mengelap cermin itu, Dewi terlihat satu ayat pendek di sudut kiri atas cermin itu. Dia cuba membaca, tapi tidak jelas, keadaan pencahayaan bilik itu yang redup menyebabkan keadaan bilik itu sedikit malap. Dewi melangkah kearah tingkap lalu di selak langsir seluasnya. Keadaan bilik menjadi terang benderang.

Dewi menoleh kerah cermin tadi. Mengejutkan, cahaya dari tingkap yang menghala kerah cermin itu terbias dan menerangkan lagi keadaan bilik itu. Dewi kehairanan. Dia kembali menghampiri cermin tadi dan cuba membaca ayat pendek yang terdapat pada sudut kiri atas cermin itu. Dewi terjinjit-jinjit kakainya untuk membaca ayat itu.

Dewi mengeluh bila masih tidak dapat membaca dengan jelas ayat pendek tadi. Di ambil kerusi kecil yang menjadi kerusi meja solek itu lalu di panjat perlahan-lahan. Di teliti ayat yang tertulis di sudut kiri atas cermin itu. Tertulis samar-samar…

‘Ku Seru Kuasa Mu… Datanglah Kau Pada Ku…’ Dewi membaca dalam keadaan berbisik. Cuba memahami apa maksud ayat-ayat itu. Di baca sekali lagi. Kehairanan. Apa maksud ayat-ayat itu? Dewi tertanya sendirian.
Dewi menyebut ayat itu lagi buat kali yang ketiganya.

Tiba-tiba cermin itu bercahaya terang dan bersilauan. Sehinggakan Dewi terpaksa menutup matanya. Dewi cemas, apa yang telah terjadi? Mengapa cermin itu bercahaya secara tiba-tiba? Dari manakah datangnya cahaya itu? Persoalan itu menujah-nujah benak fikirannya di saat tanganya masih menutup matanya dek kesilauan kerana cahaya dari cermin itu. Tanpa di sedari, kerusi yang di tenggek Dewi tandi tergolek. Dewi pula terus rebah di atas lantai.

Kepala di Dewi pening. Pandangannya menajadi kabur. Cermin tadi masih bercahaya, dia dapat melihat seorang wanita muncul dari cermin itu dan tersenyum padanya dan dalam beberapa saat wanita itu menangis pula. Dewi cuba bangun untuk melihat siapa wanita itu, tiba-tiba pandangannya semakin kabur, kabur, kabur dan…. Gelap!


Bersambung....

17 ulasan:

  1. ok...
    nak juga tahu apa yang jadi...
    first impression macam satu cerita tu..
    tapi...
    mungkin tak rasanya kalau baca yang seterusnya...
    so, teruskan usaha..

    BalasPadam
  2. lain pada yg lain...nampak menarik ceritanya,kemaskan lagi penulisannya...

    BalasPadam
  3. pe ctenyer.....xsabo da nie...

    BalasPadam
  4. Ikrar Radiksya23/11/09 9:56 PG

    cukup menarik!

    BalasPadam
  5. best...plg best dlm bnyk2 cerpen..

    BalasPadam
  6. warina akarima31/3/10 7:38 PTG

    betulkan ejaan crite mantap x rase bored sgt time baca

    BalasPadam
  7. cerita nye best pnuh dgn misteri..

    BalasPadam
  8. ok lah.........

    BalasPadam
  9. salam......mendebarkn
    amat menarik....ternanti-nanti siri akn dtg
    jalan cita yg mudah difahami
    sesuai untuk suma peringkat umur
    teruskn usaha
    insyaAllah berjaya

    BalasPadam
  10. best citer nie...
    novel pun da ade...
    good job pnulis..
    keep it up..

    BalasPadam
  11. best...
    coz penulis selitkn unsur2 suspens..
    so sy xsba nk tgk yg strusye..

    BalasPadam
  12. best...
    penuh misteri..buatkn nk tau cerita seterusnya apa yg berlaku..=)

    BalasPadam
  13. teringat cerita chermin lakonan natasya hudson..haha..

    BalasPadam
  14. pehh,, best siot,, boleh wat filem,, penohh ngn sapens...

    BalasPadam
  15. boring arrhhh citerr die... :( x takut pon...

    BalasPadam
  16. mcm mana nk copy cerita seram ni

    BalasPadam
  17. CERITA BEST, CUMA DALAM TULISAN INI TERLALU BANYAK KESALAHAN EJAAN...

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan