Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku berjalan mengikuti Ieka dan Anna yang berlari-lari anak menaiki tangga ke tingkat 2 bangunan blok A. Aku membiarkan sahaja mereka untuk bergegas ke kelas di mana sudah pasti Puan Nadzirah sedang menunggu untuk mengajar subjek sejarah yang acap kali membuatkan fikiran aku melayang. Entah kenapa susah aku nak concentrate bila belajar subjek yang sangat membosankan tu. Tapi setiap kali aku cakap macam tu mesti ada je hujah yang buat aku tak terjawab. Rasa macam nak ponteng je kelas, tapi bila tiba-tiba aku ternampak Puan Nadzirah menjenguk ke luar kelas, terus aku membatalkan niat terpuji aku tu.
Aku pun masuk ke kelas dengan muka seposen aku yang menyatakan aku dipaksa untuk belajar subjek yang aku langsung tak minat, tak mungkin aku boleh duduk dan mendengar cerita tentang orang-orang yang dah mati, yang tak mungkin boleh hidup kembali. Jadi aku pun duduk kat tempat duduk aku yang di sebelah tingkap di mana aku boleh menyaksikan pelbagai adegan dan drama. Anna yang duduk di sebelah aku hanya mengeluarkan buku teks sejarah sambil memandang aku seraya bertanya,
"Hang ok?" tanya Anna. Aku hanya mengangguk dan meneruskan pemerhatian aku ke luar tingkap yang meliputi pemandangan dari asrama, blok pentadbiran dan bilik-bilik unjuran. Kalau aku pusing ke belakang aku boleh nampak bilik guru dan dewan samsudin. Tiap-tiap hari aku pasti menghalakan pandangan aku ke bawah sebab aku rasa aku dapat menyaksikan perkara yang lebih menarik daripada mendengar cikgu-cikgu berceloteh di hadapan kelas. Entah sedar atau tidak mereka tentang perhatian aku sepanjang kelas.
Kadang-kala aku dapat menyaksikan para pelajar senior yang tinggal di asrama merayau di kawasan sekolah tika hari makin petang, dan kadang-kala, jika bernasib baik, aku akan terlihat si dia. Aku dan Anna memanggilnya ‘sempai’ yang bermaksud senior dalam bahasa jepun.
Sejak aku berkawan dengan Anna, aku makin suka dengan segala-galanya dari negara itu. Anna memperkenalkan aku dengan manga dan anime. Kemudian setiap hari dia akan menceritakan tentang ini dan itu. Dan yang menjadi kegemaran aku ialah anime Detective Conan yang menceritakan tentang Shinichi Kudo yang bertukar menjadi seorang kanak-kanak yang amat comel. Tapi bukan Conan yang aku dan Anna berebut, tapi Shinichi…
Aku terus melemparkan pandangan aku ke luar sambil Puan Nadzirah terus berceloteh tentang lebih banyak orang yang telah lama meninggalkan dunia. Selesai kelas, pelajar semua turun ke surau untuk solat asar dan kemudian kelas aku dan kelas Syu yang bersebelahan pergi menukar pakaian untuk bersiap sedia untuk subjek pendidikan jasmani, subjek yang paling digemari kalau Puan Rabiatul memberi peluang untuk kami melakukan apa sahaja.
Aku tak suka bila kena main bola jaring. Entah kenapa, aku memang tak minat la. Jadi selalunya aku akan duduk termenung memikirkan masa hadapan…
"Eh, Efiza termenung apa kau ni?" tanya Syu tiba-tiba sambil duduk di sebelah aku, sah dah boring main bola jaring la tu…
"Teringatkan si dia la tu," kata Anna.
"Fiza best la, ada abang Adam usher," sampuk Ieka pula. Hanya Ieka seorang yang memanggilnya Fiza.
"Mana ada! Hang ni Ieka," balas aku lantas untuk mendiamkan mereka, malangnya Syu terdengar.
"Ha? Apa dia? Hang cakap cepat!" ugut Syu segera. Aku tak sempat mengatakan apa-apa, Anna pula yang jawab.
"Abang Adam, abang Saerah, usher Efiza. Bila jumpa je mesti senyum memanjang, kan Efiza?" balas Anna sambil tersenyum. Saerah merupakan pelajar sama tingkatan dengan kami semua.
"Ooo.. Efiza ada abang ye…" kata Syu perlahan.
"Aku mana ada abang! Eeei…. Korang ni la!" marah Efiza dengan muka masammnya.
"Alamak tengok Efiza merajuk. Ni kena panggil abang Adam ni," tutur Syu perlahan ingin melihat reaksi Efiza.
"Eeei.. benci la!" marah Efiza lagi lalu terus bangun meninggalkan mereka. Anna, Ieka dan Syu hanya tersenyum memandang sesama mereka.
********
Malam itu Efiza termenung di hadapan laptopnya. Menjadi kebiasaan Efiza untuk menulis diarinya di dalam laptop yang merupakan hadiah hari lahir dari papanya. Tetapi malam itu, Efiza hanya mampu memikirkan tentang abang Adam, tangannya tidak menaip sepatah pun perkataan tentang memori yang sedang bermain di kepalanya.
Efiza dan beberapa pelajar lagi akan hadir pada sesi pagi setiap hari Rabu untuk menjalani latihan bermain alatan instrumental. Suatu hari selepas latihan, semasa Efiza sedang makan tengahari bersama Syu di kantin, sekumpulan pelajar lelaki senior lalu di hadapan mereka. Mereka semua berpakaian Kadet Polis. Mungkin baru pulang dari pertandingan kawad kaki antara daerah.
Tetapi apa yang merungsingkan Efiza apabila salah seorang daripada senior itu memandang ke arah meja di mana dia dan Syu sedang makan.
"Syu, hang kenal ke abang tu? Asyik pandang kita dari tadi lagi," aku bertanya kepada Syu yang sah sedang makan sampai tak ingat dunia.
Syu memandang sekilas ke arah senior yang ku nyatakan itu sambil berkata, "Entah, tak pun. Abang tu berkenan kat hang kot," sebelum menyambung menikmati makan tengaharinya. Aku hanya menggelengkan kepala.
Senior itu pula terus memandang Efiza sambil tersenyum. Makanan di hadapan Efiza tidak dihabiskan kerana malu dengan pandangan senior tersebut. Sejak hari itu, setiap kali bertemu dengan senior itu pasti dia akan tersenyum memandang Efiza. Kadang-kadang kalau senior tu sedang berjalan, dia akan berhenti memandang Efiza. Hinggalah suatu hari semasa berjalan dengan Ieka, barulah Efiza mengetahui nama senior yang sering tersenyum itu, Adam.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
penggunaan ayat awk xbrape ok sgt.. nmpak biase dan xbgitu mnarik.. mybe awk bley elaborate cite awk niey mnjadi mantap.. sy tgok bnyk kekurangan pd cite awk.. so hopefully awk scan blek mne yg kurang k..?
all da best utk "ERIZUWA"..
(maaf klu komen ni wtkan awk trase)
-tengku hairiel alfieyyan-