Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Fasiha memandang kiri dan kanan, bimbang jika perbuatannya ini disedari oleh ahli keluarganya yang lain. ‘Line clear!’ bisik hati kecilnya. Dengan perlahan, kakinya melangkah menuju ke sebuah bilik. Dia tercari-cari sesuatu. Diselongkarnya sebuah beg sandang yang terletak di atas katil. Akhirnya, dia tersenyum girang. Benda yang dicari, kini telah ditemui. Sepucuk surat bersampul biru berada di tangannya. "Hek eleh... kolot betullah mamat ni. Zaman sekarang orang main SMS, bukannya main surat," Fasiha merungut sendirian. Dia segera keluar dari bilik tersebut, bimbang penghuninya menyedari akan kehadirannya di situ. Pokok rambutan di hadapan rumah menjadi sasaran. Dalam beberapa saat, gadis itu sudah berada di atas pokok tersebut. Dengan rakus, dia mengoyakkan sampul surat tersebut dan membaca kandungan di dalamnya. "Siapalah agaknya yang minat kat minah lurus bendul tu?" ujarnya sendirian sambil tersenyum sinis.
Assalamualaikum... Ke hadapan saudari Fatiha,
Sudah lama saya memerhatikan saudari daripada jauh. Hati saya meronta-ronta ingin mengenali saudari dengan lebih dekat. Tapi saya takut untuk memulakan bicara. Wajah saudari sering menghiasi mimpi-mimpi malam saya. Hari ini, saya memberanikan diri... menghulurkan salam perkenalan ikhlas daripada hati. Saya harap saudari sudi menyambut salam perkenalan daripada saya. Saya meminta izin untuk berkawan dengan saudari. Saya tunggu saudari di perpustakaan pada waktu rehat esok. Itu pun kalau saudari sudi.
Salam perkenalan, Shahrizal
"Shahrizal? Huh!" Fasiha mengoyak-ngoyakkan surat yang baru dibacanya sebentar tadi. Wajah Shahrizal, ketua pustakawan di sekolah muncul di benak fikirannya. ‘Tak guna kau, Tiha. Semua yang aku nak, mesti kau yang dapat. Aku benci kau!’
Fatiha menadahkan tangan agak lama, memanjatkan doa ke hadrat Illahi agar dipelihara daripada sebarang kemungkaran, diampunkan segala dosa dan memohon agar hidup mereka sekeluarga dirahmati-NYA. Usai solat Zohor, Fatiha duduk di birai katil sambil mengeringkan rambut ikalnya yang masih basah. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. "Tiha... ada orang bagi surat," ujar Liyana sambil menyerahkan sepucuk surat kepada gadis manis itu. "Surat? Daripada siapa?" soal Fatiha, kehairanan. "Tu..." Liyana menunjukkan ke arah sesusuk tubuh yang sedang memerhatikan mereka daripada jauh. Belum sempat Fatiha menoleh ke arahnya, pemuda itu telah menghilangkan diri. "Mana ada orang kat situ," ujar Fatiha. Liyana tersenyum. "Dia malu kot. Tak apalah, awak buka je la surat ni kat rumah nanti. Kalau bukak sekarang, tak suprisela," pujuk Liyana kepada sahabat baiknya itu. Fatiha mengangguk. Kelihatan saudara kembarnya itu sudah keluar daripada kelas. "Yana... saya balik dulu ya. Fasiha dah keluar tu." Fatiha meminta izin sebelum berlalu pergi mendapatkan adiknya. "Kenapa lambat? Penat Tiha tunggu," soal Fatiha "Aku kena dendalah tadi. Tak guna punya orang tua," getus Fasiha. "Hah? Siapa yang denda? Che Ah buat apa tadi sampai cikgu denda?" "Kau ni sibuklah, Tiha. Aku kena denda sebab aku tak buat kerja khusus yang si Zainila bagi tu. Kau pun satu, kan aku dah suruh kau tolong buatkan. Tapi kau tak nak, pemalas!" "Che Ah... kerja khusus tu kerja individu. Bukan Tiha tak nak tolong, tapi Along nak Che Ah buat sendiri." "Kau pun satu... yang kau buat benda tu depan Along kenapa? Kau saja kan, nak tunjuk yang kau tu pandai dan aku ni bodoh depan Along." "Che Ah... Tiha tak buat pun macam tu. Along yang dapat tahu sendiri. Dia tengok Tiha buat kerja, tapi Che Ah duduk goyang kaki je." "Ah... sudahlah. Kau dengan Along sama je. Kaki bodek!" Masing-masing hanya membisu dan meneruskan langkah menuju ke rumah yang terletak kira-kira 1 kilometer daripada sekolah. Tiba-tiba, mata Fasiha tertancap pada sesuatu di tangan Fatiha. Sedari tadi, Fatiha asyik membelek-belek sampul surat di tangannya sambil tersenyum sendirian. "Surat apa tu?" soal Fasiha, kehairanan. "Surat? Erm... tak ada apa-apalah. Surat kawan Tiha bagi." "Kawan ke boyfriend? Bak sini aku tengok" Fasiha cuba merampas surat tersebut. "Eh... apa ni Che Ah? Ni surat Tiha lah. Tak baik tau ambil surat ni tanpa kebenaran Tiha." Segera surat itu dimasukkan ke dalam beg sandang Fatiha. Dia mempercepatkan langkah, bimbang Fasiha melakukan sesuatu. Setibanya di rumah... "Weh, Tiha. Kau pergi mandi dululah. Aku nak bagi si Kiki tu makan," ujar Fasiha, yang tiba-tiba muncul di muka pintu bilik Fatiha. Fatiha terkejut. Dia baru memasang niat untuk membaca surat tersebut. Namun, kemunculan kembarnya itu mematikan hasratnya Fatiha memandang dengan penuh hairan. Selama ini, Fasiha tidak pernah menghiraukan kucing peliharaan mereka itu, malah haiwan kecil itu sering menjadi tempat gadis itu melepaskan geram. "Err... okay!" ujar Fatiha. Dengan terburu-buru, dia mencapai tuala dan bergegas menuju ke bilik air.
"Kau cari apa?" soal Fasiha, tiba-tiba. "Err... tak ada apa-apa," Fatiha memasukkan kembali barang-barang yang dikeluarkan daripada beg. Hatinya tertanya-tanya, di manakah surat itu berada. ‘Rasanya, Tiha dah simpan dalam beg ni tadi. Takkan tercicir kot?’ soal Fatiha dalam hati. Dia segera mencapai selendang di birai katil. Dia perlu mencari surat itu sebelum ada sesiapa yang menemuinya. Fasiha hanya melihat gelagat kembarnya itu daripada jauh. ‘Padan muka kau. Selalu sangat kacau hak aku!’ Fatiha menyusuri semula jalan yang dilaluinya sebentar tadi. Matanya difokuskan ke permukaan jalan tersebut dengan harapan bakal menemui surat yang dicarinya. Gadis itu mengeluh. "Assalamualaikum..." tegur satu suara. Fatiha segera berpaling. Dia terkejut melihat sesusuk tubuh yang sedang berdiri di hadapannya. Bagaikan ada kuasa yang menarik tubuh itu menjauhi pemuda yang sedang berdiri di hadapannya. "Err... awak tak apa-apa ke?" soal Shahrizal. Dia bimbang kerana gadis itu kelihatan pucat sekali. Fatiha menggeleng-gelengkan kepala. Dadanya berdebar-debar. "Nak saya hantarkan awak balik?" Sekali lagi gadis itu menggelengkan kepala. "Awak ni bisu ke? Atau muka saya ni handsome sangat ke sampai awak tak terkata apa-apa?" Shahrizal cuba menduga perasaan gadis itu. Fatiha tertunduk malu. "Fatiha!" jerkah satu suara. Kedua-dua mereka terperanjat. "Balik sekarang!" tegas Farid. Kelam-kabut gadis itu berlalu pergi. Shahrizal terpinga-pinga. "Kau nak apa dengan adik aku?" soal Farid, tegas. "Err... aku, aku cuma..." Lidah Shahrizal kelu untuk terus berkata-kata. "Kau jangan cuba-cuba nak ganggu dia. Kau ingat aku tak tahu? Kau cuba nak tackle dia, kan?" "Kalau ya pun, kenapa? Salah ke aku nak berkenalan dengan adik kau? Hina sangat ke aku sampai tak boleh nak berkawan dengan dia?" "Aku nasihatkan, kau jaga je lah awek kau tu baik-baik. Kalau ya pun tak cukup dengan sorang awek, janganla kau jadikan adik aku sebagai sasaran." "Farid... aku dah cakap, Suria tu bukan awek aku. Kita orang cuma berkawan je lah." "Sudah... aku tak nak dengar lagi kau mengarut. Lepas ni, kalau aku nampak kau cuba nak dekati adik aku lagi... nahas kau aku kerjakan. Ingat!" "Kau tak ada hak nak tentukan dengan siapa dia boleh berkawan." Shahrizal segera menghidupkan enjin motornya sebelum berlalu pergi meninggalkan rakan sekelasnya itu.
"Arghh!!!" Farid melepaskan geramnya yang kian membuak. Kecut perut Fatiha yang muncul dengan dulang air di tangan. "Along, jemput minum," Fatiha terus berdiri di hadapan abangnya itu sambil menundukkan muka, serba salah. Dia tahu, abangnya marah kerana dia berkawan dengan lelaki lain. "Tiha minta maaf... Tiha janji, Tiha tak buat lagi," ujar Fatiha. Farid terdiam. "Kenapa Tiha cakap macam tu?" soal Farid, kehairanan. "Ye lah... Along kan tak bagi Tiha berkawan dengan budak laki. Tiha tau, Along marahkan Tiha. Tiha betul-betul minta maaf." "Tiha... Along bukannya marah disebabkan oleh Tiha. Along marah sebab orang lain. Tapi tu tak bermakna Tiha boleh berkawan dengan lelaki, kecuali untuk hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran. Along tak nak Tiha hanyut dalam percintaan. Tahun ni, Tiha dan Che Ah kan nak ambil PMR. Along nak Tiha fokus pada pelajaran, okay?" "Okay... Tiha janji. Sayang Along." Fatiha mencubit pipi abangnya itu sambil tersenyum riang. "Ish... ape cubit-cubit Along ni. Kalau berkedut nanti, kan susah. Tak pasal-pasal Along kena cucuk Botox kat muka." "Ala... tak yah pakai Botox la, Long. Guna seterika panas pun boleh." "Amboi... lazernya mulut. Kalah Azwan Ali. Ni Tiha dah masak ke belum? Nanti ayah dengan ibu balik, tak ada makanan pulak." "Ha’ah la, Long. Tiha lupa. Baik Tiha pergi masak sekarang."
Kakinya menguis-nguis sesuatu di atas tanah. Farid membongkokkan badannya, kemudian dia menggeleng-gelengkan kepala. "Ni mesti kerja Che Ah. Hish, budak ni... suka betul buat sampah," rungutnya sendirian. Dia tahu akan perangai adik bongsunya itu yang gemar membuat sepah di halaman rumah. Berbeza pula dengan Fatiha yang lebih suka membersihkan segala kekotoran yang dilakukan oleh kembarnya itu. "Hmm... ni mesti kertas ujian dia. Dapat markah rendah lagi kot. Tu yang takut nak tunjuk kat ayah dan ibu lah tu. Che Ah, Che Ah... apa nak jadi dengan kau ni?" Farid mengutip satu-persatu cebisan kertas yang bertaburan di atas tanah. Kemudian, dia mencantumkan cebisan-cebisan tersebut ke bentuk asal. Matanya terbeliak tatkala membaca isi kandungannya. "Sial kau, Rizal!" Rakan sekelasnya itu tidak habis-habis menghantui hidupnya. Kehadiran Shahrizal telah menggugat hubungan cintanya bersama Suria. Suria memutuskan hubungan mereka, sebelum mula menghampiri Shahrizal. Sejak itu, Farid menyimpan dendam terhadap lelaki tersebut. "Along, tolong ayah ni," laung Pak Kahar yang sudah tercegat di sisi kereta lamanya. Farid tersedar daripada lamunan. Segera dia berlari mendapatkan kedua orang tuanya. "Kamu menungkan apa tadi, Along? Sampai ayah dan ibu panggil... kamu buat tak tahu je," soal Ibu Fatimah sambil menyerahkan sekampit beras kepada Farid. "Err... tak ada apa-apalah, bu. Along tengah hafal apa yang Along baca tadi," ujar Farid, berbohong. "Maknya... awak jangan percaya cakap anak awak tu. Entah-entah, dia sibuk berangan nak kahwin," sampuk Pak Kahar. "Ish... tak baiklah awak ni. Suka buruk sangka. Hah, Along... sunyi je rumah ni. Tiha dengan Che Ah mana?" "Tiha ada kat dapur, tengah masak. Che Ah... entahlah, Along pun tak perasan." "Tengah membutalah tu. Takkanlah awak tak kenal dengan anak dara awak yang sorang tu," ujar Pak Kahar lagi. Ibu Fatimah hanya menggeleng-gelengkan kepala.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best gak..citer ttg kembar..
x sbr nak tau shahrizal pikat Tiha mcm mane.