Selasa, Oktober 13, 2009

Novel : Lady Gagah 4

Nama Pena : SilVer SiLinDeR

Qhaizriel menarik begnya. Terasa bebas setelah berjam-jam duduk di dalam perut kapal terbang. Baru sekarang dia dapat bernafas menggunakan udara Malaysia. Pemandu peribadi keluarganya sudah sedia menunggunya. Tapi dia belum bercadang untuk terus pulang ke rumah. Dia harus pergi ke satu tempat terlebih dahulu. Kalau mummy dan daddy nak mengamuk pun dia perduli apa.

Tujuan utamanya setelah sampai ke Malaysia sudah terlakar di dalam kepala. Seseorang yang amat dirindui mesti ditemui. Setelah lima tahun berkelana di negara orang baru hari ini dia dapat melempiaskan rindu. Tak sabar rasanya. Hehe... Excited macam nak sambut raya aje gayanya. Hadiah yang sudah siap dibeli dari London berlegar-legar di ruang kepala. Sebentar lagi hadiah itu akan bertukar milik.

"Excuse me, sir," langkah Qhaizriel terhenti. Perasaan berkobar-kobar tadi hilang apabila mendengar suara seseorang menegurnya. Wajah yang tadi baru nak bagi senyuman ala-ala artis antarabangsa macho terbantut.

"Yes," jawab Qhazriel. Dia memandang gadis yang menegurnya sebentar tadi. Uniform yang dipakai gadis tersebut menarik hatinya untuk mengetahui apa yang diingini oleh gadis tersebut. Takkan aku ada tertinggal barang kot? Rasanya semua dah diambil. Dia bukannya seorang yang lalai tapi seorang yang sangat teliti. Satu barang pun dia tak akan tertinggal. And I’m Mr. Perfectionist. Semuanya akan dipastikan sempurna.

Senyuman gadis itu semakin lebar. Jelas kelihatan giginya yang tersusun rapi. Nak tunjuk gigi tu cantik sangat ke kak. Senyuman gadis tersebut tak cukup untuk bibirnya sama-sama mengukir senyuman.

Sekeping kertas dihulurkan kepadanya. Ada bunga-bunga lagi tu. And guess what? Pink colour... I hate that colour.

Qhazriel terpinga-pinga. Aku tertinggal kertas tu ker? Sejak bila pulak aku ada kertas yang sentimental macam tu. Malas nak banyak fikir kertas tersebut diambil.

Belum sempat dia hendak bertanya gadis tersebut sudah pun meninggalkannya dan mendapatkan teman-teman seperjuangannya yang siap sedia menunggu. Qhaizriel menjongketkan bahu. Kepingan kertas itu dilihatnya sekilas.

Nama dot..dot...dot... No telefon...XXX-XXXX....

Apasal tak tulis sekali biodata? Tak pun buatlah resume. Kot-kot berminat nak kerja kat syarikat bapak aku ker.

Aiseh.. Apa kes ni? Perempuan yang ngorat lelaki. Aduss. Nak berkenalan pun janganlah guna cara lama ni. Kuno betullah. Qhaizriel menepuk dahinya. Ada jugak manusia macam ni kat Malaysia. Hmm...muka perempuan tu macam erm...macam mana nak cakap ek....entahlah. Tapi cun jugak stewardess tu tadi. Hatinya berbisik nakal.

Alaa... Setakat muka macam tu dah melambak aku jumpa. Patutlah dalam flight tadi asyik tanya "kalau encik perlukan apa-apa sila bagitahu saya". Naik rimas pulak aku. Nasib baik aku ni waras lagi. Kalau tak dah lama aku terjun dari kapal terbang tu.

Kertas tersebut digumpal lalu dibuang ke dalam tong sampah yang berdekatan. Bukan tak menghargai pemberian orang. Dia tak minat nak berkenalan dengan sesiapa pun sekarang ni. Kalau nak mengorat pun biarlah dia sendiri yang mengorat perempuan. Bukannya perempuan mengorat dirinya. Memanglah perigi cari timba tu tak salah. Tapi itulah yang paling tak disukainya. Sorrylah. Qhaizriel Fizo tak main cintan-cintan ni.

Langkah yag tergendala diteruskan dengan penuh bergaya.

--------------------------------------------------------


"Hoi, buta ke apa? Main langgar-langgar pulak. Mata letak kat lutut ke hapa," Khairina melempiaskan marahnya kepada seorang lelaki yang selamba merempuh tubuhnya dari arah yang bertentangan. Hampir melayang dibuatnya.

Nasib baik dia dapat menampung tubuhnya tadi. Jika tidak memang dah jatuh terlentang di atas koridor. Kalau jatuh confirm aku buat-buat pengsan. Nak cover malu dan cover macho punya pasal.

"Sorry, tak sengaja. Tak perasan I nak cepat ni," lelaki tersebut meneruskan perjalanannya. Sedikit pun tidak menoleh ke arah Khairina. Macam tengah mengejar masa kerana asyik merenung jam dipergelangan tangan. Ingat cantik sangat ke jam tu. Setakat satu RM10 tak payahlah nak berlagak dengan aku.

Khairina masih tak berpuas hati. Apa I, I?? Cakap bahasa Melayu tak boleh ker??? Ganti rugi mesti dituntut. Paling tidak pun duit ubat pergi klinik.Yang penting bila melibatkan duit ni aku memang fobia sikit. Ingat tak sakit ke kena rempuh. Macam kena rempuh dengan badak air rasanya. Aku tahulah badan tu tough. Dahlah aku ni cikeding dan ramping.

Khairina berlari anak mendapat lelaki tersebut. Bahu lelaki itu ditepuk selamba. Sesekali dia menggosok hidungnya yang gatal. Kesan daripada alah terhadap udang. Apa tidaknya semalam hampir sepiring sambal udang dibedalnya. Penangan Mak Dah memang menepati cita rasanya. Dan kesannya.......tahu sendirilah kan.

"Apa?" dengan sombong lelaki itu bertanya. Ketat sahaja riak wajahnya. Apa pulaklah budak ni nak.
He’eleh. Kerek pula. Ingat muka hansome sangatlah tu bila buat muka macam tu. Dah macam lembu nak beranak je aku tengok.

Khairina menadah tangan kanannya. Tangan kirinya pula mencekak pinggang.

Lelaki itu berkerut. Tangan Khairina dipandang lama. Nak kata nak bagi sesuatu tak pulak. Kosong aja tapak tangannya.

"Dah langgar tu pandai-pandai arh bagi duit ubat. Setakat mintak maaf tu orang dah tak mainlah sekarang ni. Sakit tu kena rempuh. Paling tidak pun bahu ni boleh lebam seminggu tahu tak?" ujar Khairina berani.
Amboi-amboi nak buat tak tahu pula ya. Jangan harap boleh blah macam tu aja. Jangan jadi lelaki yang tak bertanggungjawab.

\'owh, nak mintak duit rupanya\'

"Apa masalah ni. Kat sini bukan tempat minta sedekah. Tak nampak ke sign tu. ‘dilarang meminta sedekah di kawasan ini’. Dah tak reti baca ke. Kalau tak reti pergi masuk tadika balik," lelaki itu menjauhkan diri daripada Khairina. Banyak cantik nak mintak duit kat aku. Awek aku sendiri pun aku tak pernah nak kasi. Inikan pula perempuan yang aku tak kenal.

Erk?! Jap! Jap! Laki ke perempuan budak ni ek. Macam perempuan tapi sebenarnya lelaki atau macam lelaki tapi sebenarnya perempuan? Kalau perempuan memang cunlah. Kalau lelaki pulak memang hansome tahap kapak. First time ni jumpa manusia yang dua-dua jantina pun dia boleh jadi. Confused. Sempat lagi dia berfikir.

Khairina mendengus geram. Ada ke patut suruh dia masuk tadika balik. Aku dah berkali-kali khatam kat tadika tu. Dah naik jemu cikgu tadika tu dengan muka aku ni.

"Brader. Kau dah langgar aku jangan nak buat bodoh pulak,"

Sejak bila pulak aku jadi abang kau ni?

"Kau nak apa?"

"Aku nak duit ganti rugi sebab kau dah langgar aku,"

Lelaki tersebut mendengus bosan. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

"Nah. Ambik. Kecoh betul," lelaki tersebut meletakkan duit di atas tangan Khairina. Malas hendak bertekak dengan manusia di hadapannya. Nanti tak pasal-pasal jadi semakin berpanjangan. Elok-elok dah cepat nanti jadi lambat pulak.

Kharina sudah tersenyum puas. Tahu takut kau takut dengan aku. Ingatkan kedekut sangat mamat ni. Paling koman pun mesti sepuluh ringgit ni. Tak pun lima ringgit pun dah kira cukup. Senyuman yang menguntum di bibir Khairina berubah kelat apabila melihat telapak tangannya. Duit yang terletak cantik di atas telapak tangannya dipandang lama.

Grrr...Aku nak jadi Hulk sekarang ni. Boleh tak?

Sepuluh sen je? Ceh. Duit beli aiskirm pun tak cukup. Memang kedekut. Penghulu segala Pak Haji Bakhil. Baru puji tadi. Ah! Tarik balik pujian tu. Tak layak lelaki ni diberi pujian.

"Oi. Sepuluh sen ni buat hapa? Buat duit tambang pun tak cukup," Khairina mula bengang. Nak dicampak duit itu terasa sayang. Sepuluh sen pun duit juga kan?

"Owh, kebetulan duit tu jumpa kat lantai tadi. Dah memang rezeki awak agaknya. Simpanlah duit tu. Kumpul lama-lama duit syiling tu nanti banyaklah. Boleh pergi beli ubat. K lah, kereta saya dah sampai," lelaki tersebut terus meninggalkan Kharina lalu masuk ke dalam sebuah kereta Mercedes Kompresor yang berhenti di hapadannya.

Kereta mewah tapi kedekut. Kereta pinjamlah tu. Urgh! Duit sepuluh sen pun sanggup pergi kutip. Miskin plus fakir. Kesian kat kau. Apalah nasib aku agaknya ni. Khairina menggosok-gosok bahunya yang masih terasa sakit. Balik nanti terpaksalah suruh Mak Dah tolong urutkan. Terasa sengal bahunya.

Khairina melambung-lambung duit sepuluh sen di tangannya. Hmm... Nak simpan ke duit ni. Simpan jelah dalam tabung dekat rumah tu. Bertambah jugak duit syiling dalam tabung tu nanti. Dah lama duit dalam tabung tu tak bertambah. Tahniah tabung, kau bakal dapat anugerah duit sepuluh sen dari mamat kerekssss...

Hansome juga mamat tadi tu. Tapi tak belum boleh lagi challenge kehenseman aku ni. Ruginya aku tak mintak nombor telefon kan. Ekekeke.... Sejak bila pulaklah penyakit gatal si Laila ni berjangkit kat aku ni.




-------------------------------------------------



"Apsal kau lambat ni, Khai? Nak tumbuh janggut aku tunggu kau," bebel Laila. McDonald menjadi tempat pertemuannya dengan Khairina seperti yang telah dijanji.

"Bisinglah kau ni," Khairina terus duduk tanpa dipelawa.

"Aku bukannya bising. Aku ni dah letih tunggu kau. Hampir satu jam aku duduk tercongok kat sini," macam orang bodoh Laila menunggu Khairina.

"Sapa suruh kau tunggu. Blah jelah kalau dah lama sangat kau tunggu. Ni nak membebel pulak," Khairina menjawab mudah. Dia bukannya kisah sangat kalau Laila nak mengamuk ke hapa. Lagipun hatinya tengah panas dengan mamat yang melanggarnya tadi. Kalau dia jumpa lagi mamat tu tahulah nasibnya nanti.

"Ish. Malas aku nak cakap dengan kau. Buat sakit hati aku ja,"

"Hah, dah tahu sakit hati kau diam jelah. Nak memekak lagi buat apa," balas Khairina.

Laila menahan jiwa. Gerammm!!!

"Nah, burger untuk kau," Laila menghulurkan air milo dan burger kesukaan Khairina. Tanpa banyak bicara Khairina terus mengambilnya. Laju sahaja mulutnya mengunyah.

Awal-awal lagi sudah dibelinya burger kesukaan Khairina iaitu Big Mac. Nak beli jiwalah katakan. Setakat keluar duit sikit dia tak kisah. Nanti boleh claim balik daripada Khairina.

"Macam mana Khai? Boleh tak?" Laila terus bertanya apabila Khairina selesai menghabiskan makanannya. Tak sabar-sabar hendak tahu jawapan dari Khairina. Gelojoh.

Khairina tidak terus menjawab. Seolah-olah masih lagi berfikir. Agak lama Laila menanti jawapan Khairina.

Habis semua jampi serapah dibacanya sebelum Khairina sampai tadi. Jampi serapah ciptaan sendiri. Setakat puh sana puh sini cukuplah. Nak baca lebih-lebih bukannya dia ni keturunan dukun atau pawang.Salah baca nanti lain pulak jadi jampinya itu. Tak pasal-pasal Khairina jadi Jentayu=jantan ayu sepanjang hayat. Kalau jadi wanita ayu tak pelah jugak. Tak ke haru.

"Sekali je kan?" Khairina bertanya serius.

Bersinar-sinar mata Laila mendengar kata-kata yang keluar dari bibir merah asli milik Khairina. Dia tahu harapan itu semakin cerah. Matahari semakin menyinar. Pelangi memancarkan warnanya. Cewahh. Sasteralah pulak.

"Hoi! Aku tanya ni. Sempat pulak kau berangan ya," Khairina menepuk meja perlahan. Berangan pula minah ni. Nak berangan pergi makan buah beranganlah! Gerutu hati Khairina.

"Ya, sekali je," semakin mekar senyuman Laila.

"Jaminan?" soal Khairina terangkat keningnya. Double-jerk.

"Ala, takkan tu pun nak jaminan kot. Aku berani potong rambutlah. Memang sekali je," jawab Laila sambil menunjukkan rambut ikal panjang kesayangannya yang sudah paras pinggang itu. Mulut nak manis je. Jangan haraplah Laila nak potong rambutnya itu. Perdana Menteri arahkan pun dia tak akan potong. Sanggup dia meringkuk dalam lokap daripada melihat rambutnya dipotong.

"Okay, aku pegang jaminan kau tu. Aku sendiri yang akan potong rambut kau tu kalau jaminan kau tu tak laku. Tapi aku boleh tolong kau tapi dengan 5 syarat," kata Khairina sambil mengangkat sebelah keningnya. Jari-jemarinya kembang di hadapan mata Laila. Pening kepala Laila menghidu bau yang kurang enak dari tapak tangan Laila. Bau Kari. Cehh..Tak basuh tangan ke hapa.

"Apasal banyak sangat syarat? Satu je cukuplah," soal Laila sambil menutup hidung. Ni yang susahnya kalau minta tolong siap ada syarat pulak. Dengan Khairina semuanya mesti bersyarat. Kalau tidak jangan haraplah dia hendak membantu.

"Firstly, Gerai tu. Aku nak kau pastikan bapak aku tak suruh aku tutup lagi. Aku tak kisah apa cara sekali pun yang kau nak buat. Kalau tak berjaya, memang mati kau aku kerjakan. Jangan harap aku nak tolong kau lepas ni. Syarat-syarat yang seterusnya tu nanti aku bagitahu. Level by level," Khairina mengemukakan syaratnya.

Tidak melayan kata-kata Laila sebentar tadi. Pertolongan tu dah cukup besar yang pernah diberikan kepada Laila. Mana boleh bagi syarat yang cikai-cikai.

Laila terus memetik jarinya.

"Kacang je tu. Setakat syarat yang pertama macam tu no hal punyalah," Laila mencapai kata persetujuan. Besar maknanya pertolongan Khairina walaupun tak seberapa.

"Tapi aku hairanlah Khai. Buat apa kau kisah sangat dengan gerai tu. Bukannya untung pun buka gerai kecik macam tu. Lainlah kalau buka restoran. Berbaloilah jugak. Bapak kau tu bukannya tak boleh tanggung kau. Lebih daripada mampu.

Kalau aku jadi kaulah kan, aku tak heran dengan gerai tu. Baik aku duduk rumah goyang kaki. Pastu macam-macam aku mintak dengan bapak aku. Setakat jeans and t-shirt cikai yang kau pakai sekarang ni aku tak pandang langsunglah," Laila memberitahu kemusykilannya. Pelik jugak perangai anak orang kaya ni. Dia yang hidup sederhana ni kalau boleh nak jadi macam Khairina. Tapi terbalik pulak dengan minah ni.

"Banyak songel betullah kau ni. Itu kau, bukan aku. Kau tu menghabiskan duit mak bapak aje ada la. Gerai tu bukan aku yang handle. Setakat tolong ambil order boleh arh. Bukan untuk aku tapi untuk mamat dua ekor tu. Kau kan tahu yang Sham dengan Kerol tu bukannya orang senang. Datang dari kampung. Aku just kesian dekat diorang je. Setakat sumbang modal untuk gerai tu berapa ringgitlah sangat," jawab Khairina.

"Khai, kau ni baik sangat dengan diorang tu kenapa? Baru je kan kau kenal mamat-mamat tu. Ke kau ada terjatuh hati kat salah sekor mamat tu? Aku tengok si Kerol tu hansome juga orangnya. Sham tu pun boleh tahan. Baby face gitu," tanya Laila sambil tersengih-sengih macam kerang tak cukup masak.. cuba membuat andaiannya sendiri.

Khairina memandang Laila. Dia malas hendak menjawab soalan Laila. Memang diakui mereka berdua memiliki paras yang boleh menarik hati wanita. Tapi pleaselah, bukan hati Khairina.

Khairina tersenyum bila memikirkan tanggapan Laila yang tidak berasas itu.

"Apa yang kau senyum tu? Dah buang tabiat ke?" Laila pelik. Tiba-tiba sahaja Khairina tersenyum. Risau pula Laila dibuatnya. Tengah angau ke hapa. Eh, jap. Betul ke Khairina tengah angau???? Ish..Tak boleh jadi ni. Kalau betullah ni mesti ada langau melekat dekat badan Khairina ni. Langau gatal namanya. Ee.. Mesti dah lama Khairina ni tak mandi. Ish...Dengan siapa Khairina dah angau ni?

"Tak ada apa-apalah. Ni kau nak aku tolong macam mana ni?" Khairina mengubah tajuk perbualan. Senyuman yang entah kenapa tiba-tiba terukir di bibir segera mati. Sedikit pun tidak berminat hendak menjawab soalan Laila. Dibiarkan sahaja jawapan itu tergantung tak bertali. Dia bermain dengan straw di tangannya. Airnya sudah habis disedut. Hanya tinggal sisa ketulan-ketulan ais sahaja.

Laila merenung wajah temannya. Lupa dengan persoalan yang terlintas di fikirannya tadi. Dari alis mata sehinggalah ke bibir Khairina. Semua ditelitinya seluruh wajah Khairina. Temannya itu memang cantik. Comel lagi tu. Terlalu sempurna di mata Laila. Mata Khairina bulat macam anak patung, hidungnya mancung terletak dan bibirnya merah bak delima tetapi kecantikan tersembunyi disebalik sifat kasarnya dan penampilannya.

Khairina selesa berpakaian ala-ala lelaki dan memakai cap Nike kesayangannya serta cermin mata yang dua puluh empat jam tersangkut di batang hidungnya walaupun dia sebenarnya tidak rabun. Sekali imbas tengok memang nampak macam original lelaki. Memang hansome tahap kapaklah gua cakap lu. Sampai Laila sendiri pun boleh cair.

Tapi tengok lama-lama memang nampaklah cetak rompaknya. Ramai jugak junior-junior perempuan yang salah anggap sampai ada yang menghantar surat cinta kepada Khairina. Kalau Khairina ni minat pada perempuan pasti surat-surat tersebut dibalasnya. Tapi Khairina tak pernah pun melayan mereka. Buang tenaga dan masa katanya.

"Okay, first sekali kena ubah gaya pakaian kau," Laila meneliti pakaian yang dipakai Khairina.

"Lagi?"

"Gaya jalan kau,"

"Lagi?"

"Make-up untuk muka kau,"

"Lagi?? Lagi??? Lagi???" semakin lebar senyuman Khairina. Rasanya sikit lagi dia nak baling ais kat muka Laila. Habis semua nak diubahnya. Habis tu apa yang tinggal? Nasib baik jantina tak ditukarnya.

"Ish, kau ni janganlah banyak tanya sangat. Tak cukup satu hari satu malam nak cakap apa yang kau patut ubah," Laila geram.

Pap!

"Adoi, sakitlah," Laila menggosok-gosok dahinya. Sakit woo kena baling dengan ais batu.

"Kau yang banyak sangat songel. Aku yang geram dengan suara kau tu,"

"Cuba citer sikit pasal mamat yang kau cakap hari tu?" soal Khairina. Entah apa yang istimewa sangat pasal mamat ni sampai Zack boleh jadikan Qhaizriel sebagai bahan senda-gurau pun dia tak pasti. Yang jadi mangsa sekarang ni adalah Qhazriel. Kena main dengan Zack dengan si Laila ni.

Laila tersenyum.

"Biar aku bagitahu kau something about him. Dia tu anak Dato’ Kahar. Anak sulung tak silap aku. Qhaizriel Fizo ni sekarang dekat London. Dia tengah uruskan syarikat milik keluarga dekat sana. Almost five years dah dia dekat sana. Umur dia kalau tak silap aku 29 tahun," ujar Laila. Serba-sedikit mengenai personal details Qhaizriel

Khairina pula sibuk membilang jarinya. Kemudian dia memandang Laila lama.

"Apsal tua sangat? Pakcik dah mamat ni. Mesti muka dah ada kedut-kedut sikit," Khairina menunjukkan 9 jari tangannya tanda jarak usia mereka.

Sengal betullah kawan aku ni. Kutuk Laila.

"Bukan kau nak khawin dengan dia pun. Aku nak kau berlakon je jadi wanita sejati pi ngorat dia. Tapi kalau kau berkenan nak jadikan dia laki kau pun apa salahnya kan. Kalau kau tak berkenan mesti aku yang berkenan. So, kau boleh pas mamat tu pada aku," Laila sudah tersengih-sengih.

Khairina mencebik. Tak habis-habis nak menggatal.

Laila mula menyambung ceritanya semula. Penuh semangat dia bercerita. Pot..Pet..Pot...Pet...

"Erk........," Laila terdiam memandang Khairina. Ceritanya tergantung. Laila mendengus. Aku patut mengamuk tak agaknya ni???

Arghh!!!

Kurang Asam keping tol!!! Sempat lagi tidur!!!!

"Hoit, aku tengah cerita ni janganlah tidur," Laila menggoncang kuat tubuh Khairina.

"Aku dengarlah. Cerita ajalah. Telinga aku tak tertutup pun," jawab Khairina lemah sambil matanya tertutup. Bosan dia mendengar cerita Laila.

"Okay, aku sambung balik. Aku tak tahu apa motif dia cabar aku suruh buat Qhaizriel tu jatuh hati dengan mana-mana perempuan tapi yang pasti tu takda kena-mengena dengan aku asalkan aku terlepas dari cengkaman si Zack tu.bla...bla...bla," terang Laila panjang lebar.

Kroohh...kroohhh...

"Makcikkk!!!!!!" jerit Laila. Buat penah dia bercakap tapi Khairina boleh tidur sampai berdengkur. Eeeeyark!! Air liur pun meleleh. Apa jenis perempuanlah kau ni Khairina. Bilalah nak berubah. Selekeh!!! Tempat awam pun boleh tidur.

--------------------------------------------------


Khairina duduk semula di hadapan Laila setelah mukanya dibasahkan dengan air. Syok sangat tidur tadi. Sampai senget-senget muka Laila kerana geram. Sapa suruh buat cerita bosan. Patutlah time kat sekolah dulu tak pernah menang dalam pertandingan bercerita. Baru hari ni aku tahu setelah bertahun-tahun aku tinggalkan sekolah.

"Apa kata kalau kau suruh aku belasah si Zack tu. Habis cerita. Yang aku kecoh-kecoh dengan cabaran dia tu buat apa. Aku tengok dalam kelas tak dalah pulak dia nak buli kau. Sopan aja dia tu," Khairina memberikan cadangan. Mukanya yang basah dengan air dilap menggunakan lengan baju.

"Masa kau ada memanglah kau boleh jadi hero aku tapi bila kau tak da macam mana dengan aku. Nak mampus ke hapa? Kau tu dahlah hari-hari dok kecoh dengan Kerol ngan Sham. Sampai Zack tu berani buli aku sekarang ni. Aku ni dahlah bukan orang berpengaruh macam kau. Bapak aku tu takat pensyarah je. Lainlah bapak kau dengan bapak si Zack tu.Zack tu pun satu. Kalau nak ngorat aku pun janganlah cara kasar. Malu aku tau," Laila bersuara manja. Tepi meja diusap-usap gedik.

Loya tekak Khairina mendengarnya. Jari telunjuknya menolak perlahan kepala Laila. Macam manalah dia boleh berkawan dengan Laila yang gatal ni.

"Gatal mengenyam betul pompuan ni. Setakat muka macam Zack tu melambak dekat pasar malam. Bukan takat dekat pasar malam. Pasar jual ikan tu pun ada. Bersepah," Khairina memakai semula cermin matanya semula.

Laila tersengih. Kesian Zack, kat pasar malam rupanya muka kau. Bukan setakat pasar malam tapi kat pasar jual ikan pun ada jugak. Hinanya.

"Jom," Laila menarik tangan Khairina mengikutinya.

Ish..Main tarik-tarik pulak. Tapi Khairina hanya menurut. Tidak membantah.


----------------------------------------------------


"Cantiknya kau Khai. Alalala.... cutenya macam barbie doll," puji Laila ikhlas. Kedua-dua tapak tangannya melekat di pipi. Dia terlalu kagum dengan kecantikan Khairina pada kala itu. Pipi Khairina dicuit geram. Pertama kali dia melihat Khairina anggun seperti itu. Terlalu comel wajah Khairina pada pandangannya. Tidak berkelip matanya memandang Khairina. Dress labuh berwarna hitam dan berlengan panjang itu sesuai sekali dengan tona kulit Khairina yang putih. Hehe...terpaksalah dia pilih baju yang ala-ala Muslimah ni.

"Tapi ada satu benda yang tak kenalah," Dahi Laila sudah berkerut-kerut. Habis ditelitinya seluruh tubuh Khairina. Dari kepala hinggalah ke kaki. Khairina sudah menguap bosan. Sudah letih dia menanti Laila memilih pakaian untuknya tadi.

Dahlah mahal nak mampus. Baju yang dipakainya hari-hari pun tidak semahal ini. Boleh beli sepuluh pasang t-shirt lagi. Kempislah poketnya bulan ni. Kalau papanya bertekad untuk memotong duit poketnya. Memang jadi fakir miskinlah dia. Cukup syarat kalau nak ambil bantuan zakat nih.

"Ha! Rambut kau tu," Laila menyentuh rambut lurus potongan pendek Khairina. Khairina menepis kasar. Pantang baginya jika ada yang menyentuh rambutnya. Tajam mata Khairina memandang wajah Laila.

"Pantang betul aku kalau orang sentuh rambut aku ni," Khairina memberi amaran. Tepat jari telunjuknya ke muka Laila. Laila mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda mengalah. Dia memang dah tahu kepantangan Khairina yang satu itu. Tapi dia terlupa tadi kerana terpegun dengan kecantikkan Khairina.

"Actually aku nak suruh kau pakai rambut palsu. Tak pun kau pakai tudung ajalah. Rambut pendek kau ni tak menampakkan kau ni lady lah. Tapi nampak macam Lady Gagah. Confirm Zack and the gang tu dapat cam muka kau yang cute ni," saran Laila.

"No..No..Pakai tudung aku tak nak. Aku dahlah tak pandai nak pakai tudung. Selekeh nanti," awal-awal lagi cadangan kedua ditolak. Tulah, dulu Kak Jiha suruh pakai tudung tak nak. Tengok sekarang dah tak reti nak pakai tudung.

"Okay, kalau macam tu kau kena pakai rambut palsu,"

Suka hati kaulah Laila. Ikutkan ajalah kata mak nenek ni.

"Pape jelah. Aku nak tukar baju. Geli aku pakai macam ni. Macam perempuan gatal macam kau je bila pakai baju ni," segera ke bilik persalinan. Khairina menukar pakaiannya. Dia sudah mula geli geleman memakai baju itu. Dia lebih sanggup pakai baju kebaya yang Dato’ Hassan belikan dua tahun lepas. Sekurang-kurangnya nampaklah seperti perempuan melayu terakhir.

"Hah! Lepas ni nak buat apa pula?" Khairina mengangkat keningnya sebelah. Ganas sahaja gayanya. Pakaian rasminya sudah dipakai. Dia hendak semua selesai secepat mungkin. Nanti bolehlah dia berehat di rumah.

"Kau ni, cubalah tanya sopan-sopan sikit. Kalau aku ni lelaki mesti dah tak selera nak bercakap dengan kau. Cubalah jadi original girl. Mesti ramai yang datang nak buat date dengan kau tau," Laila menegur Khairina.

Khairina naik berang mendengar ayat yang keluar dari mulut Laila. Asyik nak bercakap mengenai penampilannya sahaja. Sama aja macam papanya. Naik berasap telinganya.

Yang paling tak boleh bla dikaitnya pula dengan lelaki. Macamlah dia desperate sangat dengan lelaki. Tak rugi pun kalau tak da lelaki dalam hidupnya. Lelaki ni menyusahkan hidup. Contoh yang paling baik adalah abang aku yang dua ekor tu. Hidup aku tak pernah tenteram.

"Hoi, minah. Aku takda masa nak berlemah-lembut dengan kau. Kau nak aku tolong ke tak ni? Kalau tak nak aku nak blah dulu. Jangan nak buang masa aku dengan dengar suara kau yang macam katak puru tu membebel. Cair tahi telinga aku ni tahu tak," wajah Khairina sudah kemerah-merahan. Tanda marah.

"Eh, janganlah merajuk. Aku nak belikan rambut palsu untuk kau. Jom!" Laila sudah memeluk lengan Khairina erat. Tak mahu kemarahan Khairina terus memuncak. Laila tersenyum.

Khairina menarik kasar tangannya. Rimas bila Laila memaut tangannya. Rimas dengan monyet sekor ni. Asyik nak begayut je kat badannya. Hari tu kat kaki. Sekarang ni kat tangan pulak. Monyet+beruk+cipanzi maka jadilah Laila versi manusia. Makin kuat pula pelukan Laila dibuatnya apabila Khairina cuba melepaskan tangannya daripada terus dipeluk. Terpaksalah Khairina mengalah.

Malu pun ada melihat orang sekiling menjeling-jeling ke arah mereka. Pasti mereka tengah mengumpat pasal kitorang. Ayat yang paling femes sekali yang muncul dalam kepala otak Khairina ialah "tulah dia budak-budak zaman sekarang. Pasangan lesbian". Tak pun mereka kata kitorang ni couple yang paling over dan bahagia di dunia. Oh, no! Khairina menundukkan wajah. Sabar ajalah.

"Khai,"

"Apa?"

"Aku sayang sangat kat kau. Kaulah sahabat aku dunia akhirat,akan kukenang jasamu sampai bila-bila,"

"Whatever,"

Entah apa yang akan berlaku Khairina sendiri pun tak pasti. Kadang-kadang bila terfikir balik memang dia tengah buat kerja yang paling bodoh di dunia. So wait and see ajerlah..

"Qhaizriel Fizo. Huduh punya nama," bisik Khairina. Belum jumpa lagi dah benci. Agaknya kalau dah jumpa bertambah benci ke terjatuh hati ek?

"Khai, you\'re my friends forever. remember that and I love you like orang gilak," Laila mengingatkan Khairina.

"Kau memang dah gila sejak aku kenal kau," balas Khairina.

Langkah terus diatur.. Kini misi sudah hampir bermula..



----------------------------------------------

p/s: Ni sambungan dari bab 2.. so ni bab 3 yang sebenar..bab yang sebelum ni salah lah pulak..sowy guys..aku terdouble n3 bab yang ke 2 masa tu..tengah pening lalat beb..keep reading..

40 ulasan:

  1. ad blog x???

    BalasPadam
  2. cpt sambung!!

    BalasPadam
  3. i'm waiting for ur continued story..

    BalasPadam
  4. best2...smbg lorh cepat2,,

    BalasPadam
  5. haha..cepat2 la update!aku dah tersyok bace citer ni walaupun sok aku ade pesentation!

    BalasPadam
  6. btol ke Laila lg rela meringkuk dlmpenjara drpd mentaati PM kalo PM suh dia potong rmbut dowh?

    chayok la sista!

    aku suka part tuh. sempoi je bahasa ko, tp lawak gak..
    bagus2..

    =D

    well done!

    tp nasehat eklas,,,
    jgn byk sgt monolog.. boring plak.

    and sesuatu babak tu jgn pjg sgt..
    bosan..

    jap2!

    apa perbezaan boring ngan bosan dowh?
    ngewh3

    -D

    BalasPadam
  7. aku sokong mu captain rowk..
    agak bosan la...
    aku wat ni bnyk monolog..
    bila baca balik, baru prsan...
    haha...
    -silver silinder-

    BalasPadam
  8. paper pon tima kasih la coz bg komen..

    nanti aku ubah la style aku mnulis ni...
    hehe..
    thanx a lot

    -silver silinder-

    BalasPadam
  9. Lady gagah 5:-

    http://penulisan2u.blogspot.com/2009/11/novel-lady-gagah-5.html

    BalasPadam
  10. sgt gagah lady nih

    BalasPadam
  11. tolong la cept sngt smbung cite ni...mintak tolong sngt la......saye mmg bleh terime cinta ni...tapi ade 1 yg x puas hati.nape khairina tu suke sngt menghine orng...sukati je ckp name orng x sedap la.pastu mengate kwn dia yg bleh diktkn melepasi thp normal.tu je..(@_@)

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. (@_@) haha..watak Khairina ni memang ske mngutuk sikit + banyak.. watak khairina akan diperbaiki sikit demi sikit.. watak yg len2 pun akan d perbaiki..TQ.. arigatO..

    BalasPadam
  14. aiik....naper suma wtak overall anak dato'...takder ker ank bapuk @ cucu datuk ker..tp pa per pown..sye bg 5.47 star drp 6 star....hehehe..

    BalasPadam
  15. Anak bapuk @ cucu datuk?? hmm..idea yg menarik.. hehe

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama11/2/10 1:08 PG

    so mane num 4?????

    BalasPadam
  17. bab2 yg len bley cari kt website p2u yg bru..
    http://www.penulisan2u.my/
    -silver silinder-
    (^_^)

    BalasPadam
  18. cepat sambung!!! aku dah x sabar nie nak tau ape jadi....
    huhuhu..

    BalasPadam
  19. cpt la smbung.bosanlah kalau kena tunggu...

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama24/6/10 1:53 PG

    cpt cpt sambung best wow

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama1/9/10 1:07 PTG

    sumpah aq ckp,cte nie mmg best gle la.. da la best,gle plak tuh.. hahaha..yg bab4 bile nk kuar??? tak sabo nk bce nie!! huhuhu.. pe2 hal,all the best r tuk ko.. ayt tuh jgn ksi jiwang,hehe.. ayt kne smpoi n spoting bru best bile bce.. hahaha xD da cm karangn komen aq nie.. xD
    smbung la cpt skit,khamsahamida xD(time ksih dlm bhase korea) xD

    BalasPadam
  22. seronok sgat crite nie...
    cpt2 laa smbg..

    BalasPadam
  23. bab 4!!!....
    cpt smbung....
    ngh excited nk bce ni.....
    ad blog x??..

    BalasPadam
  24. best2...

    BalasPadam
  25. best2...menarik n d bom la..

    BalasPadam
  26. ngEtOp r...
    fUn r citE nyE....

    BalasPadam
  27. sambung la cepat ooi

    BalasPadam
  28. a'ah.best gak la....kita layan ZZZzzzz.

    BalasPadam
  29. sambung crta bila nak siap

    BalasPadam
  30. Tanpa Nama4/7/11 8:12 PTG

    siuk jua cerita ni....nda sabar kn tau sambungannya..cali bah....

    BalasPadam
  31. PIECE 1MALAYSIA SMBG TAU....

    BalasPadam
  32. Best.. waiting 4 next chapter..

    BalasPadam
  33. nape lmbt sgt smbungan cite nie? huhhu...

    BalasPadam
  34. best3..smbung cpt..kalo kuar pasaran nie,cnfirm aku beli..~abil;)

    BalasPadam
  35. bestlah cerita ni. tolong cept2 sambung ya

    BalasPadam
  36. mmng trlalu best cite ni...sye suka:)

    BalasPadam
  37. ceptlh smbung.ceptlh ceptlh....x sbr ni.best siot

    BalasPadam
  38. cerita yg mnarik. .best. .xsbr nk tau smbngn nya. .

    BalasPadam
  39. cte ni best.. cepat ye smbung nye..

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan