Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Malam sebelum keberangkatanku, segala pakaian dan keperluanku dikemas rapi oleh ibu. Aku menegah ibu dari melakukannya, namun ibu tetap berkeras. Kata ibu biarlah dia tolong kemas kerana hanya itu saja cara ibu untuk meluahkan rasa gembiranya. Air mataku jatuh lagi ke pipiku. Esok pagi adalah hari keberangkatan aku ke Kota metropolitan Kuala Lumpur. Teringat lagi aku saat abang Haris masih hidup, abang Haris berjanji untuk membawa aku berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Namun tak kesampaian. Ah! Untuk apa aku harus menginat memori itu lagi. Biarlah ia menjadi kenangan silam yang terindah. Aku berlalu meninggalkan ibu di ruang tamu, aku duduk di tangga sambil melihat langit yang terbentang luas. Lama aku memandang langit , aku terpukau melihat dada langit dihiasi wajah abang Haris yang aku rindui. ‘abang Haris, Qis akan pergi abang.Hari ini Qis lepaskan cinta abang Haris. Bukan Qis tidak mahu mencintaimu, tapi Qis mahu abang Haris tenang di alam sana. Kenangan cinta kita adalah kenangan terindah dalam hidup Qis.’ Aku segera ke dapur tidak betah rasanya memandang ke alngit lagi. Aku menyediakan air kopi untuk ibu. Ibu gemar minum kopi pada waktu malam begini. Setelah selesai membancuh, aku membawa air kopi yang telah siap ke ruang tamu. Aku menghulurkan cawan yang berisi air kopi yang telah siap kepada ibu. Ibu segera mengambil cawan dari tanganku dan menghirup air kopi tersebut. "Qis, ini nombor telefon makcik Fauziah. Sampai kat KLIA nanti telefonlah dia ya." Aku mengambil kertas yang dihulur ibu kepadaku. "ya lah ibu." "duduk kat rumah orang tu kenalah pandai membawa diri Qis. Tolonglah mereka buat kerja apa yang patut kat rumah tu. Makcik Fauziah tu baik orangnya, masa kita susah dulu pun dia juga yang banyak menolong. Nak harap saudara mara kita jangan harap Qis. Kamu jaga juga maruah kelaurga makcik Fauziah dan maruah keluarga kita Qis. Jangan buat benda bodoh." Berjela nasihat ibu. Tapi nasihat itu tanda ibu saying padaku. "InsyaAllah ibu, Qiesha ingat pesan ibu. Ibu kat sini pun jangan buat kerja sangat. Hujung bulan Qiesha janji kirim duit untuk belanja ibu dan Fatiha ." Ibu hanya mengangguk. Setelah agak lama berbual, aku minta izin ibu untuk beredar ke bilik tidur. Sebelum itu aku mengambil cawan kosong ke dapur. *** "Qis , sampai airport nanti jangan lupa telefon makcik Fauziah ya. Ibu dah telefon dia semalam." "Yalah ibu, nanti Qis sampaikan ya." Aku menyalami tangan ibu dan memeluk Fatiha sebelum aku masuk ke balai pelepasan. Air mata ku mengalir lagi, namun tidakku tunjukkan pada ibu dan Fatiha. Aku tidak mahu penghijrahan aku ini diiringi dengan air mata , aku ingin menjadi insane yang cekal dan tabah. Lantas kuhapuskan air mata yang kian membasahi pipiku. Di balai pelepasan aku tidak lama menunggu. Lebih kurang setengah jam semua penumpang pesawat MH2663Y ke Kuala Lumpur diminta beratur. Aku segera memberi boarding pass kepada pramugari itu, aku segera memeasuki perut kapal terbang tersebut dan mencari tempat duduk ku sendiri. lebih kurang 20 minit pesawat ku naiki telah meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalau Sabah. Perjalanan 2 jam 30 minit amat menyeksakanku. Nasib baiklah pesawat MAS ni menyediakan hidangan untuk para penumpang. Selesai makan aku lantas mengeluarkan novel ‘cinta kau dan aku’ untuk mengisi kebosananku. Orang disebelahku agak tidak selesa denganku , apa tidaknya aku ketawa seorang diri ketika membaca novel ‘cinta kau dan aku.’ Aku lantas menyimpan novelku setelah mendengar arahan ketua pesawat yang MH2663Y akan mendarat tidak lama lagi. Tepat pukul 11.30 pagi , aku tiba KLIA. Rekabentuk KLIA memang mengkagumkan , sama seperti yang ku lihat di televisyen. Rakyat Malaysia perlu bangga atas pembinaan ini. Sebelum aku ke ruang tuntutan bagasi aku singgah di tandas terlebih dulu. Aku ingin merapikan diriku , aku tidak mahu nampak selekeh di depan makcik Fauziah nanti. Setelah selesai aku segera ke tuntutan bagasi. Sementara menanti beg pakaianku yang belum kelihatan , aku mendail nombor telefon makcik Fauziah. "Assalammualaikum." "waalaikumsalam." "ni makcik Fauziah ke? Saya Qiesha anak…" belum sempatku menghabiskan bicara dia sudah memintas. "ni Qiesha ya. Qis dah sampai ke?" tuturnya lembut. "dah makcik, tapi Qis masih kat tuntutan bagasi ni." "taka pa Qis. Makcik ada kat luar ni. Kat nombor 4. Qis pakai baju apa ya? Makcik takut tak cam muka Qis nanti." "Qis pakai baju kurung biru laut makcik. Sekejap lagi Qis cari makcik kat luar ya." Talian dimatikan , aku lihat beg pakaianku sudah kelihatan. Aku segera mengambilnya dan bergerak meninggalkan tuntutan bagasi. Aku segera mencari makcik fauziah di tempat yang dikatakannya sebentar tadi. Kelihatan dari jauh seorang perempuan sebaya ibu bersama seorang lelaki muda , aku dapat rasakan dialah makcik Fauziah , kerana dari gayanya dia sedang menunggu seseorang. Aku memberanikan diri bertanya. "Assalammualaikum." Tegurku. "waalaikumsalam." "ni makcik Fauziah ke ?" tapi mata perempuan di depanku ini tidak menjawab segera tapi hanya memandang dari atas ke bawah. Kemudian tersenyum. "ni Qiesha ya. Dah cantik Qiesha sekarang ya , tak sama macam dulu. Manis." Malu sungguh aku bila makcik Fauziah terlalu memuji diriku yang tak seberapa ini. Aku tahu manis kerana lesung pipit ku agaknya. "dah lah tu mama, dah blushing sangat muka dia tu." Lelaki itu tersenyum memandangku. aku rasa muka aku macam dah tebal sangat dah. "Qiesha ni anak mama. Razif." Aku menyalami tangan yang dihulur kepadaku dan aku fikir dia tua dariku , lantasku cium tangannya. Tidak sangka pula perbuatanku mencium tangannya telah menjadikan mukanya yang putih tu bertukar merah. Malu agaknya. Aku pun rasa begitu juga. Kenapalah aku terlanjur mencium tangannya tadi , dia bukannya suamiku yang perlu ku lakukan begitu. Pantas saja beg pakaianku dimasukkan ke bonet keretanya. Aku dan makcik Fauziah segera masuk ke perut kereta abang Razif. Di dalam kereta pula banyak betul pertanyaan dan cerita makcik Fauziah. Kelihatan abang Razif hanya diam , mencelah bila perlu saja , itupun apabila ada yang tidak betul diungkap oleh makcik Fauziah. Daripada cerita makcik Fauziah , minggu depan abang Razif akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis johor. Menurut makcik Fauziah gadis itu pilihan abang Razif sendiri. Kalau aku tak silap namanya Herlina. "nanti dapatlah Qiesha tolong mama ya. Tak larat mama nak buat sorang Qis. Nak harap Razif ni nak tolong , sampai bertelur ayam di reban pun jangan haraplah Qis." "tak apa makcik. Kecil tapak tangan padang bola saya tadahkan makcik. Qis Bantu apa yang boleh." "tak payah panggil makcik lah Qis. Panggil mama je lah. Anggap saja mama ni macam mama kamu Qis." Aku mengangguk. "Qis, kalau Qis tak keberatan Qis tinggal saja kat rumah mama ya. Tak payah nak sewa rumah. mama ni pun bukan ada siapa kat rumah tu. Razif ni kawin nanti tinggal mama soranglah kat rumah tu." "terima kasih banyak-banyaklah m..m…mama" Razif yang dari tadi diam akhirnya bersuara juga . "Qis melapor kerja bila ?" "kalau ikut dari surat tawaran ni, Qis kena lapor diri Lusa." "kalau macam tu nanti saya tolong hantarkan. Nanti Qis beri saya alamatnya ya." "yalah. Tapi tak menyusahkan abang Razif ke?" "tak adalah, lagipun saya tak kerja , cuti kahwin." "Oh! Terima kasihlah abang Razif." Setelah agak lama berbual, masing-masing diam seribu bahasa. Aku pula melihat pemandangan sekelilingku, yalahkah pertama kali ke semenanjung Malaysia. Perjalanan dari KLIA ke rumah makcik Fauziah agak jauh juga. Tanpaku sedar aku terlena di dalam kereta. Aku tersedar bila ku rasakan kereta yang kunaiki tidak bergerak lagi. Aku diajak mama masuk ke rumah. Abang Razif pula mengeluarkan beg pakaianku dari dalam bonet belakang keretanya dan membawa masuk kebilik yang telah disediakan buatku. Aku diberitahu oleh mama, bilikku berada di sebelah bilik abang Razif. Apabila aku dibawa oleh mama ke bilikku , aku sungguh terharu , bilikku lengkap tersedia dan bersih. Menurut mama , dia mahu aku selesa tinggal dirumah ini. Aku diarah berehat oleh mama , namun mana mungkin aku boleh berehat dibilik sekarang. Setelah selesai mengemas barang-barangku , aku turun ke tingkat bawah mendapatkan mama. Aku lihat mama sedang tekun membuat gubahan hantaran untuk hari perkahwinan abang Razif. Aku ringankan tulang untuk membantu mama. Membuat gubahan hantaran bukanlah sesuatu yang sukar bagiku. Di kampung aku sudah biasa menolong orang membuat gubahan hantaran perkahwinan. "pandai Qis gubah ya. Kalau Qis tak tolong sampai malam pun tak siap ni. Mana Qis belajar ni?" "tak ada belajarnya mama. Qis ikut kakak sepupu kat kampung buat gubahan untuk pelanggan dia , sebab tulah Qis senang je nak gubah." Aku lihat terpamer wajah gembira di muka mama. Aku dan mama cepat sangat mesra bagai sudah kenal lama. Dari pengamatanku , mama amat gemar bercerita dan suka bergurau. Ku lihat abang Razif sedang menuruni anak tangga , tanpaku sedar mata kami bertembung. Entahlah , kenapa aku bergetar dengan renungan itu. Renungan itu sangat tajam padaku. "Qis nak ikut abang Razif jalan tak?" "kemana?" "pergi Putrajaya. Mesti Qis nak pergi kat sanakan?" "pergilah Qis. Bila dah kerja nanti tak ada masa lagi nak ronda-ronda." Pujuk mak bila aku masih belum memberi jawapan tentang ajakan abang Razif tu. Setalah lama berdiam diri sedang mak dan abang Razif tak berhenti memujuk aku pun bersetuju untuk mengikutnya. Aku resah juga sebenarnya bila mak tak mau ikut serta. Katanya banyak kerja nak dibuat. Di dalam kereta aku diam seribu bahasa. Hanya radio saja yang berkumandang memecahkan kesunyian yang ada. "kenapa Qis diam ni. Tak suka jalan ke?" "tak adalah abang Razif. Qis cuma segan. Segan jalan dengan tunang orang. Manalah tau terserempak dengan spy tunang abang Razif, matilah Qis." Pecah ketawa abang Razif mendengar kata-kataku. ‘ketawa pula dia ni, kita cakap betul dia ketawa pula.’ Monologku. "okey, okey. Abang minta maaf kalau Qis kecil hati. Abang Razif tak terniat pun nak ketawa tadi. Cuma kata-kata Qis tadi lucu sangatlah." Aku diam saja. "biarlah dia nampak kita dua. Bukan kita buat apa-apa pun yang salah." Setiba di kawasan putrajaya aku bagai tidak percaya dengan apa yang ku lihat , terlopong saja mulutku memandang setiap bangunan yang didirikan di situ. Abang Razif yang sedar dengan perilaku ku itu terus menegur. Aku tersenyum malu hingga menampakkan dua lesung pipit di pipiku. Dia bagai terpukau dengan senyuman itu. "macam tak percaya kan bang Razif. Qis dapat juga menjejakkan kaki ke sini. Senibina sini amat mengkagumkan." Abang Razif juga membawa aku ke jambatan putrajaya yang ala-ala jambatan kat Paris tu. Seronok bila dapat berdiri kat jambatan tu dan abang Razif mengambil gambarku menggunakan telefon bimbitnya. Katanya untuk kenanganku nanti. Setelah agak lama ronda-ronda di Putrajaya , abang Razif mengajakku ke tasik titiwangsa. Agak jauh juga dari Putrajaya. Setiba di Tasik Titiwangsa , abang Razif ku lihat sedang merenung pasangan yang duduk tepat di depan kami. Wajah abang Razif merona kemerahan. Perempuan itu pula dari tadi sedang berpelukan dengan lelaki itu segera meleraikan pelukannya. Abang Razif menghampiri perempuan itu. Tanpa ku sangka , Abang Razif menampar muka perempuan itu dan sempat ku lihat, abang Razif mengambil cincin di jari permpuan itu. Tahulah aku yang perempuan itu tunang abang Razif , sempatku dengar abang Razif memutuskan pertunangan mereka. Aku yang terkejut menyaksikan adegan itu sebentar tadi , terkejut lagi bila tanganku ditarik kasar oleh abang Razif dan membawa aku meninggalkan Tasik Titiwangsa. Abang Razif ku lihat menitiskan air mata. Aku kasihan melihat abang Razif , aku tahu hatinya luka. ‘Ya Allah luka hatiku menanti saat debar pengantin dulu rupanya tidak seberapa kalau nak dibandingkan dengan abang Razif. Kau berikanlah kekuatan untuknya Ya Allah.’ Setiba dirumah , abang Razif terus masuk ke bilik. Panggilan mama tidak dihiraukannya. Mama bertanya padaku perihal anaknya abang Razif. Aku katakan saja aku tidak tahu. Aku tidak mahu masuk campur hal ini. Biarlah abang Razif sendiri yang memberitahu kepada mama.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bestlah cite ni,
cepatlah sambung......
excited sngt nak tau pe jadi lps 2..