Selasa, Oktober 13, 2009

Novel : Keringat Kasih 3

Nama Pena : Lyna Zahir

" Dah balik adik? " Qayyum keluar dari dapur bila terdengar bunyi enjin motorsikal kesayangan adiknya itu.
" Abang masak apa tu? Sedapnya bau!" Ujar Qarin Nasuha tersenyum manis, terus mengorak langkah menuju ke dapur.
" Anak dara sorang ni. Tak tahu apa nak jadi. " Qayyum membebel sendirian melihat gelagat adik bongsunya itu. Perangai tak ubah ubah.
" Sambal udang!Sedapnya. " Terjerit Qarin Nasuha dari dapur. Bau masakan itu menusuk hidungnya.
" Dah Asar ke belum? Pergi naik mandi. " Ujar Qayyum, dipandangnya adik yang tidak mengendahkan kata katanya, sebaliknya leka menjamah udang goreng dibawah tudung saji.
" Dengar tak? " Ditepuknya bahu Qarin Nasuha. Geram dengan sikap tak endah adiknya itu.
" Tau lah bang. Orang dengar. " Ujar Qarin Nasuha sambil memandang Qayyum yang mengacau sambal diatas api.
" Pergi solat dulu adik. " Tiba tiba terdengar suara Encik Qairil menegur gelagat anak gadisnya.
" Babah adik lapar lah. " Manja dia bersuara. Mendekati Encik Qairil, sengaja memeluk manja lengan bapanya itu.
" Lapar pun kena solat. Nanti dekat sana, lagi teruk seksanya tau. Dekat sini kalau babah tanya adik jawab lapar, kalau Allah tanya apa adik nak jawab? " Tersenyum Encik Qairil memandang anak manjanya.
" Iyalah. Orang naiklah ni. " Qarin Nasuha menarik muka masam. Lantas beg sandangnya diambil dari atas kerusi. Perlahan dia memanjat anak tangga kebiliknya.
Selesai mandi dan bersolat maghrib Qarin Nasuha duduk menghadap computer. Mula menaip tugasan yang dah pun siap ditulis tangan, dia hanya perlu menaipnya kembali. Sesekali dibuka buku yang diletak diatas meja itu. Berserabut meja komputer itu dibuatnya.


Pling!! Konsentrasinya terganggu bila Yahoo Mesenggernya berbunyi menandakan ada mesej dihantar. Malas dia menjawabnya. Balik balik ajak pergi jalan. Gumamnya dalam hati. Boy tu tak ada kerja lain agaknya. Dia lantas memadamkan mesenggernya tidak mahu diganggu. Budak tu kalau mengacau kasi ajelah dekat dia. Tak buat kerja lain nanti asyik dok melayan dia aje.
" Adik!Turun makan!" Terdengar jeritan Qayyum dari tingkat bawah.
Qarin Nasuha hanya membiarkan saja. Malas mahu menjawab. Sebentar lagi dia akan turun, sekarang ni ideanya tengah mengalir, dia nak habiskan kerjanya dulu.
" Boleh babah masuk? " Terdengar suara Encik Qairil sejurus pintu biliknya diketuk.
" Masuk lah. " jawab Qarin Nasuha sepatah, tapi mata masih tidak dialihkan dari dada monitor, tekun benar dia menyiapkan kerjanya.
" Banyak kerja ke? " Dia duduk diatas katil Qarin Nasuha yang tersusun kemas. Memerhatikan anak itu tekun menyiapkan kerjanya teringat memori pada seseorang. Lantas serentak itu rasa pilu menyelinap kedalam hati kecilnya.
" Kejap lagi bah. Adik taip sikit aje lagi. Babah makan lah dulu dengan abang. " Ujar Qarin Nasuha lagi, tidak mengendahkan pertanyaan babahnya sebaliknya dia masih tekun menghadap komputer.
" Okey, babah tunggu dekat bawah. Cepat sikit, abang dah lapar sangat kat bawah tu. " Bicara Encik Qairil tenang. Dia bangun sebelum mengusap perlahan kepala anak gadisnya. Qarin Nasuha tersenyum kecil dengan gelagat babahnya itu. Kepala dianggukan, perutnya pun dah berbunyi kelaparan.


" Sedapnya!"
" Kalau sedap, lain kali adik pula kena belajar masak. Biarlah babah dengan abang pula merasa masakan adik tu. " Qayyum tersenyum mendengar pujian Qarin Nasuha.
" Alah, cukuplah abang dengan babah yang jadi tukang masak. Adik tak minat. " Jawab Qarin Nasuha pantas. Dia memang tidak mempunyai minat yang sama dengan babah dan abangnya itu. Dia gemarkan aktivit lain.
" Tak minat? Nanti dah kawin kena masak jugak tau." Encik Qairil tersenyum mendengar pendapat anak gadisnya itu.
" Itu belakang kira babah, tapi rasanya adik tak kawin kot. Siapa nak perempuan kasar macam adik ni? " ujar Qarin Nasuha ketawa kecil mendengar kata kata Encik Qairil.
" Kalau dah tahu kasar, cuba ubah. " spontan Qayyum bersuara.
" Berubah? Susah bang. Biarlah dulu. Tunggu pintu kebal ni terbuka." Ujar Qarin Nasuha tangan dibawa kedadanya, ketawa mendengar kata kata Qayyum yang dirasakan mengeletek hati kecilnya.
" Babah lupa nak bagi tau. Next week babah ke Johor sebulan. Hari Isnin babah bertolak. " ujar Encik Qairil, teringatkan projek empangan sungai yang perlu diselenggara segera.
" Lamanya!Bosanlah babah, hari-hari menghadap muka abang. " Usik Qarin Nasuha manja. Sengaja menyakat abang sulongnya itu.
" Amboi, bukan main lagi. Bosan konon. Bila babah tak ada nak duit ke, nak makan ke semua cari abang. Bila babah ada bosan pulak dia kata kita. " Bebel Qayyum geram mendengar kata kata adik kesayangannya itu.
" Sakitlah bang!" Terjerit kecil Qarin Nasuha bila cubitan Qayyum hinggap dilengannya.
" Padan muka. " Giliran Qayyum pula mengejek adik manjanya itu.
Encik Qairil hanya ketawa melihatkan gelagat anak anaknya itu. Tidak langsung mengingati memori lalu, kelukaan lampau bagai tidak pernah wujud dalam hidup mereka saat itu.


" Babah tak ada semua tak menjadi. " Rungut Qarin Nasuha geram.
Sakit hatinya pagi itu. Dah dekat seminggu babahnya pergi ke Johor. Hari ini dah masuk empat hari dia lambat kekelas. Dan hari ini motorsikalnya pula meragam, tidak mahu hidup.
" Itulah, dah tau kelas pagi jangan bangun lambat. Liat sangat abang kejut tak mahu bangun. " Qayyum disisinye bersuara sasmbil tenang memandu. Sejak tadi dia menunggu Qarin Nasuha siap, dia masuk kerja pukul sembilan, jadi tidak kisah. Lain pula dengan kelas Qarin Nasuha yang bermula pukul lapan pagi.
" Abang tak kejut betul betul. Cuba kejut bebetul. " Ujar Qarin Nasuha tidak mahu mengalah.
" Eleh, nanti adik bising kalau abang memekik. " Jawab Qayyum geram dengan gelagat adiknya itu. Tidak sudah sudah dengan perangai kalutnya. Nak tergelak pun ada, tapi di diamkan bila melihat wajah Qarin Nasuha yang tidak ceria.
" Balik nanti ambik tau. Adik tak nak naik bas. " Ujar Qarin Nasuha. Dia paling tak suka naik bas kalau nak kemana mana. Kena tunggu berjam jam pulak tu. Tak kuasa aku!
" Pukul berapa balik? " Tanya Qayyum. Dia masih tenang memandu.
" Petang ni kelas habis enam setengah. Abang ambik tau!" Qarin Nasuha mengingatkan abangnya itu sekali lagi. Dia tidak mahu Qayyum lupa.
" Tahu lah. Nanti adik call ingatkan abang balik. " Ujar Qayyum lagi. Mereka diam bila dilihat Qarin Nasuha mula memejamkan mata. Qayyum menggelengkan kepala, perjalanan tak sampai sejam pun sempat lagi nak tidur tu.
Dia tersenyum memerhatikan adiknya itu. Bukan tidak cantik dilihatnya Qarin Nasuha, cuma penampilannya yang ringkas dan selamba bagai menyembunyikan kecantikannya. Dengan ketinggian lima kaki lima inci, kulitnya putih gading dan rambutnya yang panjang kehitam hitaman Qarin Nasuha memang merupakan seorang gadis yang sempurna kalau didik betul.


" Motor mana? Balak baru ke? " Tersengih sengih Boy menghampiri Qarin Nasuha yang melengang menuju ke cafeteria tadi.
" Balak baru pun kau apa susah. Balak aku bukan kau. " Ujar Qarin Nasuha selamba, dia duduk disebelah Boy.
" Pergilah ambik makan. " Boy bersuara bila dilihat Qarin Nasuha masih duduk mematung disebelahnya.
" Eleh, nantilah dulu. Apa kedekutlah tu. Ingat aku nak ambik ke kau punya makanan tu. " Qarin Nasuha mencebik, namun akhirnya menguntum senyuman buat teman itu.
Perlahan lahan dia bangun menuju ke kaunter makanan. Namun langkahnya mati bila terpandangkan seseorang. Serta merta ingatan pada peristiwa seminggu lalu kembali keruang ingatan. Cepat cepat diisinya lauk pauk kepinggan. Dan segera menuju kekaunter bayaran pula. Not lima puluh dikeluarkan, membayar harga makanannya. Langkah diatur perlahan menuju kearah Boy yang sedang menyuap makanan dengan lahapnya.
" Buruk perangai betul lah dia ni. " Tegur Qarin Nasuha, perlahan dia mengambil tempat disebelah Boy.
" Aku tak tahan lapar lah. " Tersengih sumbing Boy bila ditegur begitu.
" Kot iya pun cover la sikit. Buat malu aku aje. " Usik Qarin Nasuha. Dia ketawa kecil, kerusi ditariknya. Nasi berlaukkan rendang ayam begitu membuka seleranya. Ditambah pula dengan sirap limau!Alamatnya kalau babah lalu pun tak nampak, bisik hati kecilnya. Dia mula membaca bismillah, namun belum habis bacaan seseorang berdiri tegak dihadapannya.
" Terima kasih ya. " Ujar Hariz Azhan, memandang gadis yang baru selesai membaca doa. Walaupun tampak keras tapi adab berdoa masih melekat pada dirinya.
" Oo. . tak apa. Saya salah hari tu, minta maaf. Saya ganti balik la ni kiranya. " Jawab Qarin Nasuha sopan sambil tersenyum kecil. Faham dengan makna kata kata Hariz Azhan bila lelaki itu menatang dulang didepannya.
Memang tadi pun dia tergesa gesa mengambil lauk semata mata nak bayarkan makanan lelaki itu. Orang lelaki kadang kala ego, tak mahu makan belanja perempuan konon!Sebab tu cepat cepat dia membayar harga makanan Hariz Azhan. Tidak mahu berhutang apa apa pun dengan lelaki itu.
" Tak mengapa, hal dah lepas lagipun saya dah lupakan pun. " Tersenyum Hariz Azhan dengan kata kata itu.
" Okeylah. Saya pun nak makan ni. Kita berbual lain kali ya. " Perlahan Qarin Nasuha berbiacara, dalam halus menghalau lelaki itu. Tidak selesa kalau buatnya Hariz Azhan mahu makan didepannya.
" Boleh duduk sini? Lagipun saya sorang aje. " Tanya Hariz Azhan tanpa mempedulikan kata-kata Qarin Nasuha sebelum itu. Dia berpura-pura tidak memahami maksud kata-kata gadis itu walaupun hakikatnya dia amat mengerti bahasa halus yang cuba disampaikan Qarin Nasuha.
" Duduklah. " Ujar Boy bila Qarin Nasuha lama mendiamkan diri.
" Iya duduklah. " Jawab Qarin Nasuha dalam keterpaksaan. Kan dah kata, dia nak duduk sini. Orang dah halau pun tak reti bahasa, takkan aku nak cakap direct!
" Saya Hariz Azhan. " Hariz Azhan memperkenalkan diri sambil menghirup air kopi ais kegemarannya.
" Hai, saya Boy. " Giliran Boy pula memperkenalkan diri.
" Yang ini Qarin Nasuha. " Dengan selambanya Boy menyebut nama penuh Qarin Nasuha.
Sedangkan dia tahu gadis itu tidak gemar memperkenalkan nama penuhnya kepada orang yang baru dikenalinya.
" Panggil Qarin aje. Semua orang panggil gitu. " Ujar Qarin Nasuha sambil sempat menghadiahkan jelingan buat Boy yang gatal mulutnya. Geram dengan senyuman Boy yang menyakitkan hatinya waktu itu.
Siap pulak tu mintak diri, ada temujanji konon. Nasib baik aku belum sudah makan lagi. Kalau tidak jaga lah!Bisik hatinya geram.
" Qarin ambil jurusan apa ya? Kalau tak keberatan. " Tanya Hariz Azhan lagi. Tidak mahu melepaskan peluang untuk berbicara dengan gadis itu.
" Student IT. " Jawab Qarin Nasuha perlahan. Leka menikmati hidangannya.
" Awak pulak ambil apa? " Tanya Qarin Nasuha sekadar berbahasa.
" Tak ambil apa apa pun. " Jawab Hariz Azhan sambil menghulurkan senyuman buat gadis itu.
" Hah? " Sedikit ternganga mulut Qarin Nasuha mendengarkan jawapan itu.
" Saya staff dekat sini. " Ujar Hariz Azhan ketawa dia melihat gelagat Qarin Nasuha waktu itu.
" Ooo. . tapi tak pernah nampak. Awak kerja kat ofis mana? " Tanya Qarin Nasuha lagi.
" Duduk kat bilik kebal. " Jawab Hariz Azhan lagi.
" Bilik kebal? Buat apa? Tunggu duit beranak? " Ujar Qarin Nasuha geram dengan jawapan Hariz Azhan yang selalu mengelirukannya.
Ketawa Hariz Azhan mendengar pertanyaan gadis itu. Kelihatan wajah Qarin Nasuha yang kelat. Mungkin marah dengan jawapannya yang kelihatan bagai bermain main.
" Qarin ni cepat sangat marah la. Saya gurau aje. " Hariz Azhan tersengih, dia masih menahan sisa tawanya.
" Dah tu cakap main main. Cuba cakap betul betul, kan senang nak cakap. Saya pun senang nak faham. Tak adalah berbelit belit. " Rungut Qarin Nasuha tidak mengendahkan lelaki yang baru dikenalinya itu.
" Sebenarnya saya ni akauntan. " Jawab Hariz Azhan setelah reda tawanya.
" Cakap macam tu kan senang. " Tersenyum Qarin Nasuha dengan jawapan itu. Kan senang, tak berbelit macam ular kena palu.
" Qarin tahun berapa? "
Tanya Hariz Azhan, masih berminat mahu mengetahui perkara yang berkaitan dengan gadis itu. Tertarik dengan sikap selamba Qarin Nasuha.
" Akhir, hujung tahun ni merdekalah. " Jawab Qarin Nasuha. Saat itu dia menghirup air yang tinggal baki. Sudu diletakkan diatas pinggan. Terasa kenyang saat itu.
" Tak nak sambung belajar ke? " Tanya Hariz Azhan ingin tahu.
" Bosan lah. Kalau sambung pun mungkin kerja dulu setahun dua lepas tu baru sambung balik. Kasi la mesin kat kepala ni rehat dulu. Penat sangat. " Ujar Qarin Nasuha sambil tersenyum memandang Hariz Azhan yang juga ketawa kecil mendengar kata katanya itu.

1 ulasan:

  1. Jalan ceritanya bagus....teruskan sambungannya.semoga berjaya!!!

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan