Nama Pena : Ridhwan Zainudin
DRAMA bersiri Korea bertajuk “My Girl” tidak sedikit pun menarik perhatian Rosalina walhal dia tidak pernah terlepas menonton drama menarik itu. Kisah seorang gadis yang gemar berbohong yang jatuh hati pada seorang lelaki kaya namun terpaksa berlakon menjadi sepupu lelaki itu demi menjaga kesihatan datuk lelaki tersebut. Rosalina lebih memikirkan tentang kata-kata Hafiz Hakimi beberapa hari yang lepas. Apakah lelaki itu akan melakukan perkara yang cuba dihalang oleh Rosalina dari terjadi? Tidak! Hafiz Hakimi sudah berjanji untuk tidak membongkarkannya kalau dia tidak berkahwin dengan Farhan Hasri. Hafiz Hakimi tidak boleh memungkiri janji. Serta-merta peristiwa pertemuannya dengan Hafiz Hakimi beberapa minggu yang lalu terbentang di layar mindanya.
“Jangan berkahwin dengan Farhan Hasri kalau awak tak mahu dia masuk penjara,” kata-kata Hafiz Hakimi berbaur ugutan.
“Maksud awak?”
“Tentu awak terkejut kalau saya beritau lelaki yang awak cintai tu tak adalah sebaik yang awak sangkakan,”
“Jangan berkias lagi Hafiz, straight to the point please,” desak Rosalina.
“Farhan terlibat dengan rasuah,”
Dum! Hati Rosalina terasa bagai baru dihujani bom tatkala mendengar kata-kata lelaki di hadapannya ini.
“Awak jangan nak buat kelakar,”
“Saya ada buktinya. Farhan telah melakukan rasuah untuk mendapatkan tender projek pembinaan landskap di salah sebuah kawasan perumahan di Lukut. Kawan saya yang beritahu saya tentang ni,” beritahu Hafiz Hakimi.
“Tidak! Awak tipu!”
“Saya tahu awak pasti terkejut. Tapi ini hakikat. Farhan telah melakukan jenayah,”
“Dan... jangan kata awak...” ujar Rosalina seakan mengetahui apa yang Hafiz Hakimi akan lakukan.
“Tepat sekali! Saya akan laporkan perkara ni pada polis dan biar dia meringkuk dalam penjara,”
“Don’t you dare to do it,” Rosalina memberi amaran.
“Terpulang... awak boleh selamatkan dia. Dan saya rasa awak tahu apa yang perlu awak lakukan,”
“Awak memang kejam Hafiz!”
“Saya hanya kejam untuk mendapatkan apa yang seharusnya menjadi milik saya!”
“Saya tak akan tinggalkan Farhan!”
“Kalau itu yang awak inginkan, lebih baik awak bersedia untuk menerima khabar tentang kekasih hati awak yang bakal meringkuk dalam penjara,” sinis nada suara Hafiz Hakimi.
Rosalina terasa badannya menggigil. Hafiz Hakimi memang sudah gila!
“Apa yang awak dapat dengan buat begini?”
“Saya dapat awak,”
“Tak mungkin!”
“Saya rasa mungkin. Tinggalkan Farhan dan terima saya. Selesai masalah,” ujar Hafiz Hakimi.
“A... a... awak memang tak guna!” bentak Rosalina.
Kokokan ayam di belakang rumah mengejutkan Rosalina dari lamunan. Begitulah perihalnya. Dia meninggalkan Farhan Hasri kerana tidak mahu lelaki itu menderita. Dia tidak sanggup melihat Farhan Hasri dipenjarakan. Selebihnya, dia menjauhkan diri kerana mahu menyiasat keadaan yang sebenar tetapi dia tidak tahu dari mana dia hendak mulakan langkah. Rosalina kembali mengalihkan pandangannya pada kaca televisyen namun mindanya tidak berada di situ. Dia berfikir dan terus berfikir sehingga tanpa sedar dia terlena di atas kerusi beralaskan kusyen nipis itu.
* * * * *
“APALAGI yang awak nak Hafiz? Saya kata saya tak mahu, saya tak mahulah!” bentak Rosalina sejurus keluar dari kereta Gen-2 milik Hafiz Hakimi.
Hafiz Hakimi turut keluar dari kereta. Dia mengekori langkah Rosalina yang menuju ke sebuah pangkin di bawah pokok rambutan yang rendang. Mereka berdua melabuhkan punggung di situ. Dia dan Rosalina baru pulang dari menikmati makan tengah hari di bandar. Itu pun setelah puas didesak, barulah Rosalina bersetuju. Sudah lama mereka tidak makan berdua. Hajat Hafiz Hakimi adalah untuk melamar Rosalina sebenarnya namun belum sempat dia membuka mulut, gadis itu sudah menolaknya mentah-mentah.
“Susah sangat ke awak nak faham apa yang saya rasakan?” soal Hafiz Hakimi.
“Dan susah sangat ke awak mengerti yang saya hanya cintakan Farhan?” soalan Hafiz Hakimi dijawab oleh persoalan oleh Rosalina.
“Kenapa tak boleh terima saya?”
“Sebab saya cintakan Farhan,”
“Kalau begitu, saya minta diri dulu,” ujar Hafiz Hakimi lalu bangun.
Rosalina tersentak. Ah, sudah! Hafiz Hakimi bukan boleh diteka orangnya. Pasti dia sudah merancang sesuatu.
“Tunggu dulu! Apa yang awak nak buat?”
“Awak takut?” duga Hafiz Hakimi.
“Apa yang awak nak buat?”
“Kalau awak takut, terima saya sebagai kekasih awak,”
“Itu tak mungkin!”
“Jangan cabar saya Lina,”
“Saya hanya cintakan Farhan, Farhan dan Farhan!” tegas Rosalina.
“Awak sedang menguji kesabaran saya Lina,”
“I hate you so much!!!”
“Lina!”
Bergegar jantung Rosalina mendengar jeritan Hafiz Hakimi. Dia mula diselubungi gusar.
“Kalau aku tak dapat kau, jangan harap orang lain akan dapat!” bentak Hafiz Hakimi lalu menerpa ke arah Rosalina.
“Apa ni Hafiz? Lepaskan saya! Lepaskan!”
Hafiz Hakimi sudah tidak mampu mengawal nafsu dan amarahnya lagi. Rakus dia mencumbui Rosalina. Dia sudah tidak kisah akan dosa, akan perikemanusiaan. Apa yang dia tahu, Rosalina akan jadi miliknya selepas ini. Rosalina meronta-ronta minta dilepaskan namun pegangan Hafiz Hakimi terlalu kuat. Dia tidak menyangka lelaki itu akan jadi seperti seekor binatang!
“Lepaskan saya! Lepaskan saya!”
Hafiz Hakimi langsung tidak mengendahkan teriakan Rosalina. Hanya deraian air mata yang mampu Rosalina luahkan. Sampai hati Hafiz Hakimi!
“Hasri!!!” jerit Rosalina.
Tiba-tiba satu penumbuk singgah ke muka Hafiz Hakimi membuatkan lelaki itu jatuh terduduk di tanah. Rosalina membuka matanya. Alangkah terkejut melihat wajah lelaki yang dirindui saban waktu kini berada di depan mata.
“Lina tak apa-apa?”
Ah, suara tu kembali bergema di telinganya. Suara yang menemani lenanya setiap malam.
“Ha... Hasri...” ucap Rosalina lemah sebelum dia terkulai layu dalam dakapan Farhan Hasri.
* * * * *
MATANYA dibuka perlahan-lahan. Bunyi deruan kipas syiling menampar pendengarannya. Apakah yang telah berlaku?
“Lina dah sedar?”
“Hasri?” nyata Rosalina terkejut.
“Saya di mana?”
“Ruang tamu. Awak pengsan tadi,”
Rosalina cuba menyusun peristiwa yang berlaku satu persatu dalam lemah. Dari makan tengah hari bersama-sama Hafiz Hakimi sehinggalah... Ya Allah! Pantas Rosalina menekup dadanya.
“Lina selamat. Jangan risau,” ujar Farhan Hasri.
“Mana lelaki tak guna tu?”
“Dia dah pergi,”
“Hasri...” ucap Rosalina lalu segera mendakap lelaki di hadapannya.
Air matanya mengalir laju. Farhan Hasri mengeratkan pelukannya. Rindu di hati terurai sudah. Rosalina berasa tenang dan selamat dalam pelukan lelaki itu. Hanya lelaki itu yang menghadirkan perasaan begini kala mereka bersama. Rasa tenang. Rasa hangat dan dilindungi.
“Saya rindukan awak,” ucap Rosalina.
“I miss you too so much!” balas Farhan Hasri.
Perlahan-lahan pelukan dileraikan. Farhan Hasri menyeka air mata Rosalina dengan jemarinya. Tidak semena-mena Rosalina kembali mendakap Farhan Hasri. Dia dihambat kerinduan.
“Lina...”
“Sekejap, biarkan saya begini sekejap,” pinta Rosalina.
Farhan Hasri membelai lembut rambut Rosalina. Terasa kasih sayang yang melimpah meresap dalam sanubari Rosalina. Serta-merta dia dihambat rasa bersalah. Lelaki ini masih sudi menerimanya setelah ditinggalkan oleh dirinya.
“Maafkan Lina, Hasri. Maafkan Lina...”
“Sudahlah, awak berehat. Nanti kita berbual lagi,” ujar Farhan Hasri lalu segera meleraikan pelukan Rosalina kerana dia tahu tidak manis mereka buat begitu tanpa ikatan yang sah.
Rosalina kembali merebahkan tubuhnya ke atas kusyen. Wajah Farhan Hasri ditatap. Senyuman lelaki itu masih lagi manis seperti dulu. Cuma pipinya agak cekung. Apakah kerana kesalahan yang dilakukan oleh dirinya pada lelaki itu? Perlahan-lahan, mata Rosalina kembali terkatup rapat.
* * * * *
HABIS barang-barang dalam biliknya bertaburan. Apa sahaja yang dicapai dek tangan dilemparkan tanpa arah tuju. Hafiz Hakimi bengang. Perasaannya berbaur. Ada marah, ada kecewa dan ada serba-salah. Marah dengan kehadiran Farhan Hasri. Kecewa dengan Rosalina dan serba-salah atas tindakannya pada gadis itu. semuanya kerana Rosalina yang tidak putus-putus menguji kesabarannya. Nampaknya, Hafiz Hakimi perlu bertindak. Dia sudah tidak boleh bertangguh lagi. Farhan Hasri harus lenyap. Dia menaip mesej lalu dihantar pada Hasliza. Kemudian, dia menelefon seseorang.
“Hello, Idham. Aku ni...”
jhtnya hafiz hakimi tu.
BalasPadamhope2 lar farhan ngan lina b'sama.
best2...tp pndek la..
BalasPadamcpt2 smbung ye.
keep it up!
Terima kasih sudi singgah membaca... ;)
BalasPadam-Ridhwan Zainudin-
jahatnya kimi tu! sambung pliz..
BalasPadam