Selasa, Oktober 13, 2009

Novel : Kasih Novabossa 2

Nama Pena : Akira Hiroshi

"AWAK cakap tadi, dia panggil awak Roman Klolesinki...awak kenal siapa-siapa yang namanya, Roman Klolesinki?" soal Dr. Amin yang duduk bertentangan dengan Hero dan Kamelia.
Hero mengelang-gelangkan kepalanya.

"Saya tak dapat memberikan kamu apa-apa keputusan, cuma... apa yang berlaku ke atas Erin berkemungkinan disebabkan pembedahan yang dijalankan sebelum ini. Pembedahan untuk membuang darah yang membeku di otak kemungkinan menyebabkan Cik Erin mengalami amnesia atau dengan bahasa lebih ringkas kehilangan ingatan seperti apa yang saya jelaskan sebelum ni." Ujar doktor yang berumur dalam lingkungan empat puluhan itu bersuara tenang.

Hero mengerutkan keningnya. Hilang ingatan? Macam mana boleh jadi macam ni?
Hero melurutkan mukanya pula. Pening, kepalanya semakin pening.

"Cik Erin mengalami kehilangan mungkin sepenuh, sebahagian atau mungkin hanya tiga puluh peratus, dua puluh daripada memori, saya tak dapat pastikan lagi. Saya tidak dapat berikan keputusan sekarang berapa jauh Cik Erin mengalami amnesia. Saya harus jalan ujian dahulu ke atasnya. Kemungkinan juga dia sendiri tidak dapat mengingati diri dan mungkin juga dia tidak mengingat kejadian yang berlaku.."

"Proses ini mungkin mengambil masa seminggu, sebulan,setahun...semua tu terpulang kepada pesakit." Ujar Dr. Amin.

Hero kelihatan agak terkejut dengan kata-kata yang keluar dari bibir Dr. Amin. Sebulan, setahun, itu tidak mungkin sekali. Harap apa yang dikatakan Dr. Amin hanyalah auta bukannya fakta. Walaupun hanya kemungkinan-kemungkinan, tapi dadanya tetap berombak kencang. Ada perasaan takut mulai menyelubungi fikiran. Kenapa semua ini berlaku kepadanya? Ahh...sakit kepalanya.

"Tapi kenapa Roman Klolesinki?" soal Iskandar yang masih lagi tidak berpuas hati dengan penjelasan Dr. Amin. Kenapa perempuan itu mengelar dirinya kekasih? Dia sememangnya tidak dapat menerima keadaan itu.

"Saya pun tidak tahu kenapa dia panggil kamu, Roman Klolesinki." Ujar Dr. Amin yang seperti masih kabur.

"Roman Klolesinki?" Kening Kamelia berkerut. Otaknya mula berfikir.

Bukankah Roman Klolesinki adalah watak dalam novel terjermahan yang dibacanya itu? Kening Kamelia berkerut. Novel itu adalah novel yang selalu dibacakan olehnya sewaktu dia menjaga Erin.

"Saya tahu siapa Roman Klolesinki..." Serentak dari itu Kamalia terus bangun dari duduknya.

"Siapa?" soal Dr. Amin dan Hero serentak.

"Sekejap..." ujar Kamelia yang kemudiannya melangkah keluar.

Dr. Amin dan Hero sama-sama berpandangan dengan kening yang berkerut-kerut. Belum sampai seminit Kamalia datang dalam keadaan tercungap-cungap. Terdapat sebuah novel di tangannya. Kamalia melangkah masuk.

"Roman Klolesinki adalah watak dalam novel ini." Ujar Kamelia yang kemudiannya meletakkan novel yang bertajuk The Secret Garden of Novabossa atau nama terjemahaannya Taman Rahsia Novabossa di atas meja. Kata-kata Kamalia membuatkan Hero ketawa.

"Tak mungkin...tak mungkin." Gelak ketawa yang bermaharajalela itu membuatkan Kamelia memuncungkan mulutnya.

"Lia...selalu bacakan novel ini kat Kak Erin, siap berlakon lagi." Ujar Kamelia dengan penuh gaya.

" Mungkin waktu dalam koma tu...semua cerita-cerita yang Lia ceritakan masuk dalam fikiran." Ujar Kamelia membuatkan Hero ketawa lagi.

Dr. Amin mengangguk-anggukkan kepalanya seakan-akan memahami apa yang dikatakan oleh Kamelia.

"Ada kemungkinan juga... kerana orang yang koma, boleh mendengar apa yang orang lain katakan." Ujar Dr.Amin.

"See, Abg Is...don’t laugh at me..okey. Doktor pun kata ada kemungkinan." Ujar Kamelia yang kemudian tersenyum.

"Saya harap kamu berikan dia semangat, berikan dia perangsang. Dengan keadaan pesakit sebegitu, dia perlukan sokongan daripada ahli keluarganya." Ujar Dr. Amin.

"Dia bukan ahli keluarga kami pun." Juih Hero dengan wajah yang penuh dengan perasaan benci.

"Lia dah anggap dia macam kak Lia. Kalau Abang Is tak suka jangan datang ke sini lagi. Dan jangan sesekali hina kak Lia." pintas Kamelia sinis membuatkan Hero menarik muka.

"Lia, kau tak sedar ke yang dia dah banyak menyusahkan kita sekeluarga. Lagipun, asal usul pun kita tak tahu, kat mana keluarga dia pun kita tak tahu. Orang macam tu Lia anggap kakak? Lagipun, Lia tak sedar ke apa yang dia dah buat kat abang?" sambung Hero dengan perasaan geram.

"Abang Is dah lupa ke? Kalau tak sebab Abang Is yang hari tu yang pujuk, minta mama dan Lia jaga Kak Erin...tak mungkin Lia kenal Kak Erin." Ujar Kamelia lantang dengan mata yang membulat.

"Bila masa pulak Abang Is suruh mama dan Lia jaga, cakap?" soal Hero suara yang agak keras.

"Bertenang, bertenang." Ujar Dr. Amin yang mengangkat kedua-dua belah tangannya.

"Saya tak tahu apa yang membuatkan En. Is marah sangat dengan pesakit . Tapi, saya harap buat masa sekarang ni, En. Is cuba untuk kawal kemarahan En.Is. Kalau nak pesakit cepat sembuh En. Is kena lah lupakan sengketa dulu. Layan pesakit dengan penuh kasih sayang dan banyak-banyak lah bersabar." Ujar Dr. Amin membuatkan Hero hanya memandang dengan perasaan kosong.

4 ulasan:

  1. x sabar nak tau...

    sambung2 lagi

    BalasPadam
  2. not 2 bad

    BalasPadam
  3. xsbr nk taw pew yg jd lps tu...
    hope dpt taw ending nye...

    BalasPadam
  4. cpat2 la smbung cte 2....x sbar rsenye nk thu pe yg jadi lpas 2....

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan