Nama Pena : purplish pink
Kafe Jimmy
" Anum.. bilik kite sem depan aras 4 la.. " kata Tina kepada aku..
"Iya ke?? Hahaha.. kalau tak kurus gak kita, tak tau la aku.." aku gelak bersahaja..
Aku saja mengusik Tina. Padahal, badan si Tina tu ala – ala macam Tini 3R je.. Aku selalu usik dia katakan mereka kembar. Bukan main marah lagi dia. Anak kacukan mamak yang berasal dari Penang. Kami roommate masa tahun satu kat Universiti Malaysia Pahang dan berhasrat untuk kekal sebagai roommate sampai akhir tahun walaupun boleh pilih roommate dari kalangan rakan-rakan sekelas. Ramai yang buat macam tu. Kononnya, senang nak ulangkaji. Elehh… Cakap je la senang nak bergosip.. kataku pada Tina satu masa dahulu.
Hostel kami 4 tingkat je. So, lift, apatah lagi eskelator tidak disediakan. Dua orang budak lagi, dari bilik lain. Kami saja ajak mereka sebilik ngan kami. Nak cari cerita baru. Lagipun, syarat nak mohon bilik, kena ada 4 orang. Ifa ngan Dewi. Diorang ni ak ngan Tina panggil orang bandar sebab diorang asal dari Selangor dengan Kuala Lumpur. Ooops.. Dua-dua tu melayu. Senang nak ajak solat terawih nanti.
Sem 3 ni kami semua terlibat dengan kokurikulum. Sebagai pilihan beramai-ramai, kami pun pilihlah subjek badminton. Sebabnya, semua orang pun pandai main, so, tak lah kekok sangat nanti. Semasa perjumpaan pertama, aku terserempak dengan Alif. Alif ni pemain badminton universiti. Rupa-rupanya dia pun ambil subjek badminton. Alif juga merupakan budak kelas aku. Sebenarnya, aku suka kan dia. Sejak kami satu kelas pada sem ke2. Tapi, dia tak tau kot….
Masa perjumpaan kelab, dia dipilih jadi pengerusi. Aku pula jadi naib pengerusi. Kawan-kawan aku tahu pasal aku sukakan dia. So, memang sengaja la nak kenakan aku. Aku wat endah tak endah saja. Takut diketahui pula.
"Tahniah ye Anum, nanti buat kerja elok-elok tau.. Kalau tak, saya report dekat Big Boss" gurau Alif.
"Haha.. Amboi.. Tahulah jawatan dia lagi tinggi, nak kena kan saya pula"aku tersipu malu.
"Tak sangka kan. Kita dah la satu kelas. Terpaksa bekerjasama dalam subjek ni pula"sambung Alif lagi.
"Terpaksa?? Ye la.. siapalah saya ni.. Awak tu kan pemain universiti. Saya pula pilih subjek ni sebab kawan-kawan" ujarku sedikit merajuk.
Alif hanya tersenyum. Senyuman yang sangat manis. Aku cair. Tidak pula dipujuk aku. Aku tau dia hanya bergurau. Tapi, dalam hati berharap juga untuk dipujuk.
" Tapi…"Alif menyambung.
Tiba-tiba, Ifa menyergah aku dari belakang.
"Hahh!! Dating.. Ooooo… Mak ayah hantar korang suruh beljar kat sini, korang bercinta pulak ye.." kata Ifa sambil tersengih-sengih menampak baris giginya yang putih.
"Banyak la ko. Kitorang tengah berbincang la ni.." aku rasa muka aku hangat. Aku malu. Malu sangat2..
"Nani ajak pergi kafe Jimmy. Dia kata ada keropok lekor panas"
"Pergilah, nanti kita sambung lagi"kata Alif
Alamak.. Melepas peluang aku nak berbual berdua dengan Alif. Kacau daun betul la Ifa ni. Tapi takpe, aku kat U ni lama lagi. Banyak lagi peluang kan. Aku nasihat diri sendiri.
*******************************************
Lepas menunaikan solat Isya, aku mengadap laptop Compaq kesayanganku. Buka skype. Alamak.. Alif online lagi la. Internet kat bilik aku selalu bermasalah. So, aku jarang-jarang dapat online. Tapi, kalau online pun, aku sekadar berchatting dengan rakan sekelas membincangkan tugasan yang diberikan. Sekali sekala ada juga aku berchatting dengan Alif. Melepaskan rindu.
Aku pernah dengar dia sukakan budak kelas aku, tapi ditolak. Budak tu jenis yang alim-alim sikit. Alif bukannya budak tak baik, tapi entah la. Bukan taste budak tu kot. Dan, aku juga pernah dengar yang Alif ni juga sukakan aku. Tapi, gossip.. Bukan boleh percaya sangat.
Sedang asyik berangan, bunyi skype menggangu aku. Ada orang hantar mesej. Alif. Dia nak jumpa aku. Katanya, tiada teman nak makan. Aku tersenyum sendirian. Dikesan pula oleh Ifa. Aku bersetuju. Walaupun, aku baru je menghabiskan sepinggan mee.
Menyarung sweater dan shawl, aku touch-up sikit-sikit muka aku. Tina mula mengusik. Mudah betul mereka meneka apa yang aku nak buat.
"Kirim salam ye pada Alif cayang tu eaaa.." kata mereka serentak.
Aku tergelak. Tersenyum juga aku. Namun nak sampaikan salam mereka aku mengiyakan tidak, menindakkan pun tidak. Then, calit sikit eyeliner supaya mata aku nampak besar sikit. Lagipun, Alif pernah menegur aku masa tidak memakai eyeliner. Dia ingatkan aku sakit, sebab dia kata aku nampak pucat. Risau jugak dia kat aku kan. Berbunga je hati masa tu.
Berhati-hati aku menuruni tangga. Hati berdebar-debar. Kafe terletak sebelah blok asrama aku. So, kalau lambat siap pun tak menjadi masalah. Aku menoleh jam kat lengan kiri. Jam 9.15 malam. Aku tak lewat rupanya. Bila aku buka je pintu blok, aku Nampak dia. Dia bersama dua orang budak perempuan lain. Aku tarik balik pintu. Rasa nak batalkan saja hasrat nak berjumpa. Tapi, bila fikir-fikir balik, siapa aku nak haling dengan siapa Alif nak berkawan. Aku teruskan saja langkah aku.
Sampai jek kat meja. Alif bersuara, "Haa.. sampai pun.. Ok ladies, my date dah sampai.. kami nak dinner dulu ye.."
Cepat-cepat aku menafikan. Budak-budak perempuan tu tersenyum saja. Memandang aku dari atas sampai bawah. Ok. Aku memang tak secantik mereka. Selepas mengucapkan selamat tinggal dan berpesan untuk berchatting dengan mereka, mereka meninggalkan meja kamu. Aku cubit lengan Alif. Puas hati aku. Tapi, rasa bangga pun ada. Baru aku tahu romantik juga si Alif ni. Dia ajak aku memesan makanan. Aku ikut je dari belakang. Dia ke kafe Jimmy. Citarasa kami sama rupa-rupanya.
Tiba-tiba ada seorang perempuan melanggar bahu aku. Boleh tahan juga kuatnya. Macam aku ni kayu balak kat tengah jalan yang tengah haling laluan dia je. Aku menoleh. Dengan muka tak bersalah, dia menjeling aku. Menepuk bahu Alif dari belakang.
"Hi darling.." katanya pada Alif.
Aku terpaku. Seperti sedang melihat drama melayu kat tv3. Tapi, drama ni tak ada subtitle English..
besh lar....smbg lagy yer..
BalasPadam~nadia~
sambong lagi ek... best...
BalasPadamsambong la cepat...please...
BalasPadamaq mohon...
best la novel awak...
mcm best je..smbong la lg....
BalasPadamsanad bess ini novel..
BalasPadamso sambung la cpat..sngt bes..
harap ad sambungan ah citer ni
BalasPadambest citer ni..good job..truskn penulisan anda!!
BalasPadamMana sambunganya??
BalasPadam