Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ferdinand menyelak maklumat keluarga Darius.Dia benar tidak menyangka dia tidak akan sempat bersua muka dengan Darius.Baru sahaja berjaya dijejaki,namun harapan terputus pula kerna ketentuanNya lebih menguasai.Fardinand pasrah.Kematian yang disebabkan kemalangan dua tahun lalu menyebabkan Darius dan isterinya pergi buat selamanya.Apa yang Ferdinand pasti,anak angkat dibawah jagaan Darius tidak terlibat dalam kemalangan tersebut. Pintu diselak dan muncul Harris di balik muka pintu berserta fail ditangannya.Ayahnya memberi isyarat masuk dan duduk.Harris duduk dihadapan ayahnya sambil matanya tertumpu pada fail yang berada di tangan ayahnya. "Ni ada beberapa proposal yang kita terima dari staf outlet.Apa yang ayah tengok tu?Serius je?"ujarnya sambil menghulurkan fail biru pada ayahnya. "Darius.Keluarga angkat kakak kamu..dah meninggal dua tahun lepas.Ayah tak tahu pun,ayah tak tahu langsung.Dua tahun Ris! Dan selama dua tahun ayah ikhtiar cari dan jejak dia semula..sia-sia." "Ayah..tiap suatu yang berlaku pasti ada hikmah.Itu yang ayah selalu kata kat Ris.Jadi,kakak Ris?!" "Dia mungkin selamat sebab tak terlibat dengan accident tu.Tapi dua tahun..dia terpaksa sara hidupnya sendiri.Sekarang ni dia dah masuk 23 tahun.Darius memang tak ada keluarga terdekat.Isterinya pula keluarga ramai.Tak mungkin mereka ambil peduli tentang kakak kamu,keluarga Darius tu bukan orang senang."Ferdinand resah bercampur kesal.Kalaulah dia tidak sanggup menyerahkan anak sulungnya kepada Darius,semua ini pasti tidak akan berlaku.Tapi cintanya pada seorang isteri dan kasihnya pada seorang anak,dia terpaksa berbohong dengan ibunya sendiri.Seakan menidakkan ada kelahiran baru pada keluarganya. "Aku nak cucu aku tu lelaki!Lelaki!Aku tak nak cucu sulung aku perempuan..mak takkan terima cucu tu hidup-hidup!" "Mak,lelaki ke perempuan ke,ia tetap cucu mak!Kenapa mak percaya sangat dengan benda karut tu??Berapa ramai lagi yang ada anak sulung lelaki kat dunia ni?Tapi ada juga yang timbulkan masalah..itu semua Tuhan yang tentukan.Saya nak mak terima jugak!Tak kisah walau apapun!" "Dengar Ferdinand! Itu syarat mak kau kahwin dengan perempuan bukan melayu tu!Mak tak nak orang kampung tengok cucu campur aku tu perempuan.Aku yang kena kutuk tau!Dah besar tak tau nak jadi betina apa! Mak lebih rela mati dari tengok cucu betina tu ko bela! Kalau ko nak sangat pelihara..aku akan suruh ko kahwin dengan perempuan pilihan mak!" "Astaghfirullah!Mak sengaja kan?!Bangkit hal cucu..tapi mak sebenarnya memang tak suka anak yang lahir dari Nita kan?Mak memang tahu yang Ferdi tak sanggup nak lepaskan anak Ferdi pada orang lain kan?! Mak silap! Ferdi tak akan bagi peluang mak penuhkan impian mak tu nak kahwinkan Ferdi dengan anak pakcik Wahab tu..sebab Ferdi lebih rela beri anak Ferdi tu kat orang lain.Dan Ferdi nak mak ingat..suatu hari nanti mak akan menyesal buat hidup anak Ferdi macam ni mak."Ferdinand terjaga dari imbasan kenangan hitamnya.Air mata yang jatuh diseka cepat-cepat.Harris dihadapannya masih membaca maklumat mengenai kakaknya.Ibunya benar-benar menyesal.Nyata tindakannya memakan emosi diri.Dia disahkan terkena gangguan jiwa.Meracau meminta cucunya dikembalikan.Menjerit tiba-tiba meminta Nita memaafkannya.Mujur ayah yang selalu setia menjadi penenang padanya.Semua tu ada hikmah.Tuhan tunjukkan kasih sayang si suami yang benar-benar ikhlas dari hati melalui kejadian yang menimpa pada diri ibu.Mujur dengan rahmat Tuhan,ibu kini dalam keadaan terkawal dan mula kembali seperti biasa.Jiwanya lebih tenang dan banyak mendekati diri kepada Allah.Berdoa semoga cucu yang dihinanya sentiasa dilindungi dan kembali pada keluarga semula. "Kalau kita dapat tahu nama kakak,skala pencarian mungkin dapat dikecilkan." "Itulah masalahnya.Ayah takut..kakak kamu tu dah bukan Islam lagi.Malah tak mustahil tak berbintikan nama ayah."Ferdinand melepaskan keluhan panjang.Buntu.Merasakan dirinya tidak akan berpeluang menemui anak perempuannya. "Kenapa ayah tak beri akak pada kawan ayah yang beragama Islam atau masukkan ke pusat anak yatim je masa tu?Kenapa Darius juga yang jadi pilihan ayah?"Kalau ayah tak berikan kakak pada keluarga Darius pasti syahadahnya terjaga,fikir Harris. "Kawan ayah yang sanggup tolong ayah masa tu cuma Darius,Ris.Kamu tahu kan..masa tu hidup ayah bukannya senang macam sekarang.Bila kita hidup susah kat dunia ni..susah nak ada kawan yang betul-betul ikhlas disamping kita Ris.Lagipun akak kamu tu mana layak masuk pusat anak yatim kalau dia masih ada ayah dan mak.Mungkin silap ayah..ayah ingatkan nenek kamu akan ubah fikiran secepatnya.Tapi tak tahu pula masa setahun yang ayah janjikan dengan Darius tu tetap tak mampu ayah tunaikan." "Ayah janjikan apa?"tanya Harris semakin berminat mencungkil rahsia terpendam di sebalik kehilangan kakak kandungnya.. "Darius jaga anak perempuan ayah selama setahun sahaja..sebab ayah yakin yang mak ayah akan dapat terima kakak kamu.Tapi ayah silap.Pada mula Darius berpindah kerja dan rumah,kami masih berhubung.Tapi selepas tu..makin lama hilang macam tu jer.Mungkin sebab masa tu mak ayah dapat tahu tentang perjanjian ayah dengan Darius.Jadi ayah tak dapat hubungi Darius selama hampir setengah tahun.Tak hairanlah kalau dalam jangka masa tu..Darius mungkin berpindah ke tempat lain." "Dalam dunia ni ayah..memang tak wujud keajaiban atau kebetulan secara tiba-tiba melainkan itu ditakdirkan.Dan apa yang Harris tahu,dalam hidup ni lahirnya harapan bila kita ada tempat sandaran.Dari situ kita akan ada keyakinan untuk terima suatu dengan penuh tawakkal.Iman,usaha ,doa dan tawakkal.Harris akan bantu ayah cari kakak semula.Dia keluarga kita.."Harris berdiri disebelah Ferdinand sambil meletakkan tangannya ke atas bahu ayahnya. "Ayah rasa kekayaan ayah bukan pada harta,tapi pada anak macam Harris.Pada keluarga yang sentiasa berikan kekuatan untuk ayah."Ferdinand tersenyum bangga seraya mendakap anak lelaki dihadapannya.Sesuatu yang lebih berharga.
*********************************************************************** "So,setakat ni awak selesa dengan kerja baru ni Dimie?"pertanyaan dari Sufyna disambut dengan senyuman dariku.Sejak tiga jam yang lalu, aku cuma duduk di kerusi dan memikirkan beberapa pengubahsuaian yang perlu dibuat dari rekaan Sufyna.Perkara yang tidak pernah aku lakukan selama aku bekerja di Kafe.Tentulah ia menggembirakan.Tetapi,aku rindukan suasana House Kafe yang ceria dengan rakan dan gelagat pelanggan.Aku terpaksa mengaku yang aku rindukan kenakalan mulut Johan yang tak habis-habis memerli aku.Tapi disini..aku cuma berbual sebagai Dimie dengan Sufyna dan menghabiskan masa mencari ilham dan bermonolog.Bosan. "Mestilah happy Cik Sufyna! Duduk dan buat ubahsuai rekaan.Tidak memerlukan sepenuhnya daya fizikal."jawabku antonim dengan pendirian. "Hah..awak belum jumpa pelanggan lagi Dim..Kalau kena customer yang cerewet,minta rekaan yang bukan-bukan..pastu tak kena dengan dia lagi.Rasanya awak akan fikir sepuluh kali untuk kata happy." "Ada ke customer macam tu?"tanyaku memastikan ia bukan sekadar gurauan. "Ada dan selalu macam tu..Terutamanya remaja perempuan.Anak orang kaya lah katakan.Tak hairanlah.."getusnya.Cara dia bercakap seolah menggambarkan dia bukan dari status berkenaan. "Tapi cik Sufyna tak macam tu pun?"aku masih membahasakan ‘cik’ padanya. "Saya?Saya bukan anak orang kaya pun.Ayah kerja guru sekolah rendah,mak pula kerani am."bicaranya terus-terang.Bangga dengan sikapnya yang berlabuh kepada realiti.Tidak terbit rasa rendah diri pun walaupun dilahirkan dari golongan sederhana.Memang layak wanita macam dia memiliki dan dimiliki Irfand. "Bagus sebab awak berterus terang." "Saya bahagia dengan keluarga saya.Terpulanglah mereka terima saya atau tak..sebab status bukan penghalang untuk kita dapat kejayaan.Kamu Dimie?"Aku terdiam mendengar kata-katanya yang penuh nada kesedaran itu.Kalaulah dia tahu aku ni perempuan dan bukan lelaki seperti yang disangkakannya,mungkin perspektifnya pada perempuan macam aku lebih teruk daripada prejudisnya terhadap anak orang kaya.Mungkin?Tapi..aku lebih selesa dikenali sebagai Dimie daripada Mia Ferrera.Agak keterlaluan sebab imej lelaki sepenuhnya yang aku bawa akan merosakkan kelembutan nama asal aku sendiri.Bayangkan saja si lelaki yang agak kacak dipanggil dengan nama Mia dikhalayak ramai.Pasti menjadi tanda tanya. Bukan aku tidak berbangga menjadi perempuan.Mungkin sikap prejudis aku terhadap penerimaan keluarga asal yang diceritakan papa Darius membuatkan aku menolak kelembutan perempuan.Aku melihat dengan mata aku sendiri..betapa ramai kawan perempuan sekolah aku yang stress,frust dan tertekan dikecewakan lelaki.Jika aku diberi pilihan..aku lebih rela dianggap lelaki.Berada dalam kumpulan yang menjadi pemangsa daripada menjadi mangsa.Tapi aku adalah pemangsa yang tidak mencari mangsa,cuma sekadar menumpang habitat sebagai tempat perlindungan,sebagai perumpamaan. "Saya..tak ada sesiapa lagi.My adopter parents dah meninggal kemalangan jalan raya dua tahun lalu.So..macam ni lah..berdikari."ujarku menunjukkan isyarat peace padanya sambil tersenyum. "I can’t imagine..Dimie,you hebat sebab boleh survive dalam keadaan macam tu.kalau saya..saya tak tahu saya mampu setabah awak." "Saya kan lelaki..lagipun saya masih ada hidup.Tak ada guna saya menangisi pemergian mereka terus..semua tu takdir tuhan.Tuhan uji saya macam tu agaknya..pasti ada hikmah."sengaja aku menggunakan perkataan ‘lelaki’ bagi menutup topik.Takut dia akan terus berbual dan akhirnya aku akan tidak tersengaja terbongkarkan identiti sebenar aku. "So,macammana awak dan Irfand tu bertemu dan bertunang?"soalku seraya mengubah hala tuju perbualan. "Macam awak kata..semuanya takdir.Saya buat rekaan baju pengantin untuk kakak dia dan saya bertemu dia melalui ibunya.Lepas tu ibu dia berkenan dengan saya dan cuba satukan saya dengan anaknya.Mulanya saya tolak dia serta merta..tapi ada suatu peristiwa yang buat saya kenal keikhlasan dia."aku memandang Sufyna penuh minat. "Dia hadiahkan saya sepasang telekung tanda perpisahan.Masa tu dia buat keputusan untuk menjauhi saya setelah mencuba macam-macam untuk terima saya.You tengoklah I Dimie?Tak tahu kenapa lelaki kaya macam dia boleh sukakan Sufyna si gadis biasa?Dia pesan untuk gunakan telekung tu..dan dia kata dia doakan saya dapat lelaki yang baik..dan dia nak I doakan dia untuk dapat wanita yang baik macam saya." "Kadang-kadang..bila kita mencintai seseorang sepenuhnya,kita tak mampu berikan sebab kenapa kita boleh sayang dan rasa cinta pada orang tu.Sebab semua tu hadir tanpa dipinta,takdir yang menentukan.Apa yang kita perlu buat ialah menghargai sebaik mungkin.Menghargai dengan menjaga dan mewarnai cinta itu dengan kejujuran dan keikhlasan.Lagipun,you bukan gadis biasa,Kalau mak Irfand pun sampai berkenan,tu dah luar biasa tu."Sufyna melontarkan senyuman.Senyuman dari gadis bertudung ini pasti membuatkan sesiapa yang memandangnya tenang.Ada suatu daya ketenangan pada pancaran wajahnya. "Saya bukan sahaja ambil pekerja yang hebat dalam rekaan..tetapi seorang penasihat yang baik.Kata-kata awak tu bermakna Dimie.Awak pernah ucapkan pada mana-mana perempuan ke sebelum ni? Saya pasti mereka boleh cair tau.."Aku tergelak dan teringat Nurul adalah orang yang selalu menjadi rakan bual aku.Malah aku banyak kali ungkapkannya pada Nurul.Mujur aku adalah perempuan dimata Nurul.Kalau tak.. "Dimie..awak ni dah ada girlfriend ke?Muka macam awak ni,letak kat majalah pun boleh laku tau.Kalau jadi model butik ni pun bawa untung."usik Sufyna terus. "Tak ada lah.Saya belum jumpa yang berkenan lagi."jawabku teragak-agak. "Takpe..saya faham.Lelaki selalunya tumpukan pada kerjaya dahulu sebelum cari pasangan yang sesuai kan?Irfand pun macam tu juga.." "Ya..tapi kahwin awal pun kadang-kadang ada baik juga cik." "Ala Dimie..panggil saya Su je..atau kak Su.Lebih mesra.."Bertuah aku punya majikan sepertinya.Kak Su dan aku mempunyai beza 4 tahun,sama macam Dimie.Tak hairanlah kalau dia membahasakan dirinya kakak.Kalaulah aku Mia sekarang pasti dia akan menjadi seseorang yang rapat dalam hidup aku.
******************************************* "Assalamualaikum.." "Waalaikumussalam.Eh,awal hari ni Johan?Biasanya Dimie yang tunggu awak.."Johan tersengih.Ceh..kalau Johan datang awal,mesti dia off day atau kerja shift malam.Kak Su yang sudah biasa dengan Johan berbual sementara aku mengemas beberapa kertas kerja diatas meja aku yang berselerakan.Semuanya tentang rekaan baju pelanggan aku yang meminta aku membuat beberapa rekaan untuk gaun pengantinnya dengan gaya retro dan moden.Aku dah tunjukkan dua jenis rekaan aku kepadanya sebelum ni yang ditolak mentah-mentah kerana belum cukup elegan.Maka dengan alasan itu,aku berusaha berbual dengannya dalam masa yang sama cuba menyelami identiti dan personalitinya supaya dapat memberi gambaran penuh tentang rekaan yang dimintanya. "Eh..masam mencuka je kawan aku sorang ni kenapa?"usik Johan yang tiba-tiba muncul betul-betul dihadapan wajahku. "Bukan apa Johan,tadi customer ada call siap marah-marah kat dia tentang rekaan yang dia buat tu tak sama dengan citarasanya."Kak Su menjawab soalan Johan sukarela. "Ala…aku dah tanya macam-macam dah, pasal nak warna apa?Nak yang macammana?Nak labuh ke tak?Tapi dia kata dah memang kerja pereka buat semua tu.Tapi bila dah buat begitu lawa..dia kata langsung tak sesuai dengan kehendak dia.Dia kata aku suka hati jer pick colour yang dia tak suka.."aku mengomel panjang. "Kenapa tak bos jer yang amik?"tanya Johan beralih memandang ke arah Sufyna. "Dia nak Dimie juga..sebab dia kata rekaan lelaki ni lebih kreatif."Sufyna mencebik.Johan tiba-tiba ketawa.Perkataan ‘lelaki’ yang disebutkan Sufyna memberi kelucuan pada dirinya.Kalaulah dia tahu yang semua rekaan yang dibuat Dimie sebenarnya ilham dari perempuan..habislah Dimie. "Lucu ke?"Sufyna kebingungan sementara aku terus melulu ke arah Johan dan mencubit lengannya. "Kalau ko rasa nak hidup lagi,bagus ko berhenti ketawa Joe!"bisikan yang berbaur amaran keras menusuk ke telinga Johan dan lantas Johan menutup mulutnya dengan kedua belah tangannya.Aku senyum sinis. "Biasalah…si Johan ni memang suka bab customer cerewet ni…" "Ala..takdelah.Pandai-pandai jer.." "Korang ni saya nampak selalu berdua je..Johan pun tak ada girlfriend ke?"soal Sufyna sambil memandang Johan dan aku yang sudah hampir melangkah keluar dari butik. "Belum ada jodoh Su.."jawab Johan ringkas dan aku cuma tersenyum setuju.Kami terus keluar beriringan ke restoran berdekatan untuk makan tengahari.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bila nak sambung cerita ni????