Nama Pena : Puteri Qashrenna
"Kau tahu tak, semua lecture kita adakan mesyuarat tergempar hari ni?"
"Ye ke? Dari mana kau dapat tahu?" soal Risya acuh tak acuh.
"Ada lah. Kau rasa kenapa ye?" soal Sofea kembali sambil memandang Risya yang duduk di sebelahnya.
"Entah. I don’t have any idea. May be…ada masalah kot." Jawab Risya dengan selamba. Dia memandang Sofea.
"Takkan kau tak tahu.? Kau kan CNN kolej kita…?"
Sofea tersenyum.
Alah…banggalah tu. Bisik hati Risya dalam hati.
"Aku ada dengar yang salah seorang dari pelajar kita akan disingkirkan. Semua lecture tengah perhatikan dia." Jelas Sofea. "Kau ingat lagi tak, aku pernah cerita tentang pelajar baru kat kau?"
Risya tersenyum.
" Ingat. Apa yang dia buat sampai lecture-lecture kat sini ambil berat tentang dia? Dan…siapa pulak dia? Anak datuk ke?" soal Risya bertubi-tubi.
"Memang anak Datuk pun. Tapi..cuba kau bayangkan, dia baru je tiga minggu belajar kat sini. Dah buat hal."
"Tak hairanlah, Sofea. Sekarang ni semua benda berlaku dengan cepat. "
Sedangkan cinta pun, ada yang dinamakan cinta kilat. Inikan pula orang tu. Entah-entah dia sememangnya pelajar yang bermasalah. Who khow?
"Apa kesalahan dia?" soal Risya sekadar ingin tahu. Jam di tangan dipandang sekilas. Hampir ke pukul 10.00 pagi. Nampak gayanya, hari ni holiday. Seorang lecture pun tak masuk lagi ni……
"Bergaduh dengan budak-budak sekuliah dengannya. Seorang masuk hospital."
"Fantastic. "
Sofea membeliakkan matanya. "Fantastic kau kata? Eh! Kau dah demam ke?"
Risya tersengih. "Yelah….tak ke mengkagumkan bila ada seorang masuk hospital kerana penangan budak tu? Tentu dia pergi gim setiap hari. Apasal tak semua sekali masuk hospital? " Seloroh Risya.
Sofea merenung tajam. Risya ni…orang punyalah serius cerita kat dia tapi dia….
"Marah? Sorrylah, Sofea. Ok…siapa nama budak tu?"
"Azmie Esqandar Bin Datuk Zulfahar." Jawab Sofea dengan dingin.
"Hem…patut pun. Anak Datuk Zulfahar rupanya. Datuk tu kalau tak silap aku baru je menerima anugerah Usahawan Berjayakan?" soal Risya sambil matanya memandang Sofea yang kelihatan masih marah padanya.
"Yap. Dua bulan lepas rasanya. Entahlah…aku pun tak tahulah dengan dunia sekarang. Anak orang yang berkemampuan tak nak belajar, asyik menaikkan nama ibubapa je di mata masyarakat. Sebaliknya..anak orang yang tak berkemampuan seperti kita ni, yang bersengkang mata. Mencari ilmu walau sesempit mana pun."
Risya menghela nafas perlahan.
"Biasalah tu. Mereka dah biasa hidup senang. Cuma…aku harap bukan aku orangnya yang akan uruskan kes dia seandainya pihak pentadbiran arahkan kita membantu mereka." Sofea hanya diam. Berfikir.
Dia mengemaskan kertas dan buku-bukunya dan memasukkannya ke dalam beg.
Hah! Nak kemana pulak tu?
"Oklah..aku nak blah dulu. Aku nak cari bahan kat library kejap. Kalau kau nak ikut, jom." Pelawa Risya tanpa mempedulikan riak wajah sahabatnya itu yang masih lagi kelihatan marah.
Bukannya boleh di layan sangat budak ni. Tak pasal-pasal karang, sehari suntuk aku dok dengar cerita dia je.
"Kau pergilah dulu. Lagipun aku ada janji dengan Syafiq hari ni." Jawab Sofea.
"Aku dah agak dah. Oklah…chow dulu. Kirim salam kat buah hati kau tu."
Sofea mengangguk. Dia melemprkan pandangan ke hadapan. Mencari Syafiq didalam kumpulan pelajar yang ada dihadapannya.
Taman Siti Khadijah kelihatan tenang seperti biasa. Hanya kedengaran kicauan burung di sana sini. Sememangnya sesiapa yang inginkan ketenangan pasti akan mengunjungi taman mini ini yang terletak jauh dari mana-mana bangunan, sama ada bangunan pentadbiran mahu pun bangunan yang lain di kawasan itu. Tidak ramai pelajar yang ingin mengunjunginya kerana ia jauh. Hanya seorang pelajar sahaja yang sering mengunjungi taman ini. Dia yang ingin lari dari keriuhan pelajar-pelajar lain dan kesibukan tugasan sebagai seorang pelajar. Dia yang ingin melupakan segala masalah yang meresahkan jiwanya. Dia yang bernama Azmie Isqandar. Pertama kali datang ke taman itu dengan Khai tempoh hari, sudah membuatkan Azmie jatuh cinta dengan taman ini.
"Assalammualaikum.....Mie." sapa seseorang dari belakang. Sapaan itu mengejutkan pemuda itu dari menungannya. Dia tersenyum. Kelihatan lesung pipit di pipi kanannya. Dia menjawab salam itu dalam hati.
"Emm...apahal kau datang?" soalnya sambil membetulkan duduknya. Sahabatnya yang bernama Khairil tersengih.
"Saja. Nak jenguk kau. Kau tak masuk ke hari ni?" Azmie hanya diam. Khairil menepuk bahu rakannya itu dengan mesra.
"Masuklah. Lagipun, lecture kita sibuk cari kau dari pagi tadi. Dah lenguh mulut aku ni menjawab." Pujuk Khairul.
Dia tetap memujuk walaupun dia tahu bukan semudah itu untuk melembutkan hati Azmie yang sememangnya keras seperti batu. Dulu Azmie tidak seperti itu. Dia merupakan pelajar cemerlang dan menjadi anak emas dalam kolej. Siapa yang tak kenal dengan Azmie Isqandar Bin Datuk Zulfahar pada masa itu? Selain dari bijak dalam pelajaran, dia juga aktif bersukan. Ditambah lagi dengan wajahnya yang tampan, membuatkan ramai gadis yang tak tidur lena dibuatnya. Namun semuanya hanya tinggal nama apabila orang yang amat Azmie sayangi meninggal dunia. Ibunya meninggal dunia semasa Azmie berada di Jepun kerana mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pihak kolej.
Sejak dari hari itu, prestasi akademik Azmie mulai menurun. Ditambah lagi dengan imej barunya, berambut panjang membuatkan ramai rakan-rakannya yang dulu ada disisinya mulai meninggalkannya seorang demi seorang. Hanya Khairul yang masih bertahan bersamanya. Azmie menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak berada disisi ibunya semasa ibunya menghembuskan nafas yang terakhir. Hubungannya dengan ayahnya juga tidak semesra dahulu. Khairul ingin mengembalikan Azmie seperti Azmie yang dahulu tapi dia tak tahu bagaimana. Hanya masa yang menentukan. Dan..Azmie juga tidak betah berada di dalam satu-satu kolej dalam jangka masa yang lama. Akibatnya, Azmie pasti akan membuat masalah demi masalah hinggalah pihak kolej membuangnya.
"Maafkan aku, Khai. Aku tak de mood nak masuk hari ni. Aku pinjam nota kau jelah nanti." Jawab Azmie dengan lemah. Khairul mengeluh.
"Sampai bila kau nak begini? Ayah kau risau tau tak." Azmie tersenyum sinis.
"Ayah? Risau? Kau tak perlu nak pancing aku dengan menggunakan ayah aku, Khai. Ayah aku tak akan pernah risau tentang aku. Kalau dia risau pun, itu sebab dia takut namanya tercemar dengan adanya aku sebagai anaknya. Biarkanlah, aku disini."
"Terpulanglah pada kau. Tapi..aku harap, kau masuklah kuliah hari ni. Kalau pun bukan untuk ayah kau, untuk masa depan kau." Ujar Khairul sebelum meninggalkan Azmie. Azmie hanya diam sambil memerhati kelibat sahabatnya hilang sedikit demi sedikit dari pandangannya.
Aku memang dah tak de masa depan lagi, Khai. Dan...aku malas untuk memikirkannya. Mana aku nak fikirkan lagi pasal Semalu yang dah lama tak hantar email kat aku. aku tak tahu apa salah aku sampai dia menyepikan diri. Semalu…I miss you so much. Kemana kau selama beberapa hari ni? Apasal kau tak balas email aku lagi? Rintih Azmie sebelum menyambung kembali lamunannya yang terhenti.
Kelas Cik Syuhadah berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Risya dan rakan-rakannya mendengar dengan kusyuk kuliah yang disampaikan. Hanya Khai yang kelihatan gelisah. Matanya kelihatan sesekali melirik ke pintu dewan. Dia masih mengharap agar Azmie masuk ke dewan itu hari ini.
Sofea hanya memerhati tingkah laku Khai. Dia bukanlah kenal sangat dengan Khairul. Cuma rakan sekuliah bagi kelas Ekonomi.
"Mohd. Khairul, awak ada apa-apa masalah ke pintu dewan kita ni?" soal Cik Syuhadah tiba-tiba. Khai terkejut. Semua mata memandang ke arahnya. Dia bangun perlahan-lahan.
"Tak de, Cik Syuhadah."
Cik Syuhadah memeluk tubuh sambil memakukan matanya pada Khai.
"Habis tu, kenapa mata awak asyik memandang pintu tu? Ada sesiapa ke yang awak tunggu?" Khai diam. Dia tak tahu apa yang harus dijawab.
"Maafkan saya, Cik Syuhadah. Saya janji tak akan buat lagi."ujar Khai dengan harapan agar Cik Syuhadah tidak menyoalnya lagi. Malu rasanya bila semua mata pelajar di dewan itu memandangnya. Dia rasa seperti seorang pesalah yang menuggu hukuman hakim.
"Baiklah, awak boleh duduk Khairul. Saya harap mata awak tak akan memandang pintu tu lagi."arah Cik Syuhadah sambil mula menyambung kembali kuliah yang terhenti seketika.
Sementara itu, Sofea yang duduk bersebelahan dengan Khairul hanya tersenyum. Dia menyinggung bahu Khai. Khai menoleh. Dia mengerutkan dahi.
"Apahal?"soal Khai dengan suara yang perlahan. Sofea mengunjukkan sehelai kertas padanya. Khai membaca nota yang ditulis oleh Sofea.
Kau tunggu buah hati kau datang ke?
Khai tersenyum. Dia membalas nota itu.
Aku mana ada buah hati.
Sofea mengerutkan dahi lalu menulis sesuatu diatas kertas itu.
Habis itu, apasal mata kau asyik pandang pintu itu? Jangan kata kat aku yang kau dah jatuh hati kat pintu tu pulak! Tak pernah dibuat orang tau.....
Khai mengeluh perlahan. Dia memandang Sofea dengan tajam. Sofea buat-buat tak nampak. Dia menumpukan kembali perhatiannya pada Cik Syuhadah. Khai mengembalikan kertas tersebut. Sofea membiarkannya tanpa membaca. Keadaan kembali tenang seperti sediakala.
Sofea bergegas menuju ke kantin untuk bertemu dengan Risya. Kafetaria kelihatan sesak dengan pelajar. Almaklumlah....time lunch. Sofea duduk di sebelah Risya.
"Apasal lambat?" tanya Risya tanpa memandang Sofea. Dia sedang membelek-belek novel yang baru saja dipinjam dari library.
"Cik Syuhadah bagi assignment. Lepas tu, ada pula pelajar yang tak faham benda yang Cik Syuhadah nak untuk assignment tu. So, kenalah Cik Syuhadah explainkan panjang lebar." Jawab Sofea sambil membuka nota yang ditulis oleh Khai. Risya menoleh. Dia mengerutkan dahi sambil cuba untuk membaca apa yang tertulis di kertas itu.
Aku memang dah jatuh hati dengan pintu dewan kita tu. Rindu sangat kat dia. Itu yang mata aku asyik pandang dia je dari tadi. Aku takut dia kena rampas dengan orang lain. Almaklumlah....pintu dewan. Semua orang nak sentuh. Aku jealous tau!
Tiba-tiba Risya tergelak besar. Sofea terkejut.
"Wei! Cik adik. Ingat sikit kita kat mana sekarang." Kata Sofea. Semua mata sedang memandang mereka berdua. Risya menahan tawanya.
"Sorry, aku tak sengaja. Mamat mana yang bagi nota ni pada kau?" bisik Risya perlahan. Sofea tersenyum.
"Kharul, budak DBS yang satu kuliah dengan kita untuk subject ekonomi tu." Risya mengerutkan dahi. Siapa pulak budak Khairul ni?
"Takkan kau tak ingat? Budak yang famous sekejap masa eko tadi! Dia duduk di sebelah aku .. "
Risya menggeleng.
"Aku tak ingat sangat. Tapi...luculah mamat ni." Sofea memandang Risya dengan pandangan yang nakal.
"Kenapa? Kau dah jatuh hati kat dia ke? Kalau ye, aku boleh kenenkan." Wajah Risya berubah. Dia terus memandang ke arah lain.
Sofea tersengih.
"Dah lah. Aku gurau je. Risya...aku lapar sangat ni. Jom, kita makan?" ajak Sofea. Risya hanya menurut. Dia malas hendak bermasam muka lama-lama dengan Sofea. Kenalah aku mengalah coz aku sendiri tengah lapar giler.
Selesai makan, mereka berdua keluar.
"Sofea, aku nak jumpa dengan Ustaz Mahfuz kejap."
"Lama ke?"
"Entahlah, aku pun tak tahu. Kalau aku lama sangat, kau tak payah tunggu aku. Apa-apahal, aku call kau malam ni." Sofea mengangkat bahunya.
"Oklah. Tapi kalau tak lama, kau cari aku kat library. Cari bahan sikit untuk assignment Cik Syuhadah." Risya menganggukkan kepala. Risya mula berjalan menuju ke pejabat Ustaz Mahfuz apabila tiba-tiba.........
"Risya......tunggu kejap." Risya menoleh ke belakang.
Haiya...tak ada orang lain lagi ke? Asyik, asyik dia je.....boring betul dengan mamat sorang ni. Risya mencebik muka. Adli hanya tersengih. Sementara Sofea hanya memandang. Ada juga yang kena cili padi karang. Mamat ni.....saja nak cari pasal. Bisik hati Sofea.
"Hah! Apahal?" sergah Risya. Adli tersenyum.
Risya semakin tidak sabar dengan gelagat Adli yang hanya tersenyum memandangnya. Dia melambai-lambaikan tangan di hadapan wajah Adli.
"Hello, hello,hello. Dah kemana awak tadi? Cepatlah cakap. Saya ada banyak benda yang nak diselesaikan."
Aku tampar juga mamat ni karang. Dahlah aku ada appoinment dengan Ustaz Mahfuz, dia lagi nak lambat-lambatkan berita gempak yang nak distorykan pada aku.
"Takkan tak boleh berbual dengan awak sekejap. Dah lah semalam awak tak datang ke rumah. Rindu kat awak tau." Ujar Adli.
Uwekk.....rindu?
"Sofea, tolong aku kejap. Aku rasa nak muntahlah."
Sofea ketawa besar melihat adegan yang dilakonkan Risya. Dia menyerahkan sehelai tisu kepada Risya.
"Nah, ambil tisu ni."ujar Sofea sambil cuba menahan tawanya.
Risya mengambil tisu tersebut lalu menekup mulutnya. Adli terpinga-pinga. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.
"Sofea, Ad. I think....i must go to toilet now. See you later." Risya berlalu sebelum sempat Adli menahannya. Sofea pula ketawa sehingga mengeluarkan air matanya. Adli menoleh dan memandangnya.
"Sofea...Risya tu memang tak sihat ke? Atau dia saja bagi alasan nak larikan diri dari saya?" soal Adli.
Sofea menggelengkan kepalanya. Apalah mamat ni. Lurus bendul betul. Takkan itu pun tak faham lagi? Hai...patut pun Risya tak pandang kau walaupun kau ni boleh tahan juga orangnya. Rupa ada, gaya pun ada. Tapi...lambat pick-up.
"Entah. Awak tanyalah dia nanti. Anyway...saya ada kelas ni. Jumpa lagi nanti." Ujar Sofea sambil meninggalkan Adli yang masih lagi terpinga-pinga. Tak faham dengan apa yang baru saja berlaku.
p/s: Sorry coz lambat sikit sambung citer ni...saya bertugas untuk konvo UMS ke 11 baru2 ni. Minta maaf banyak2 ya....
ada blog x?????????
BalasPadamtruskan usha..
BalasPadamsambung lagi...nak tahu endingnya...
BalasPadambes la!!dh terbyg byg dh muke si azmie ngan farid..
BalasPadammesti hnsm!!hahaha...
waa, best giler crter ni...smbung lg k, tk sbr nk tau next epsdnye....
BalasPadambile nk smbg nie?????
BalasPadamtk sbr nk bace yg strsnye......
xnak smbung dah kew? xkn xdew blog? bez crite nie
BalasPadamcpt lah smbg ..
BalasPadamtk sbr da rsenyer nim ..
ishh,msti hensome gler kn azmie n farid tu ??
hehehehehe
bila la agaknye nk sambung ni??? krng la panjg2 sikit... hehehe... anyway cite ni sgt best la..
BalasPadamsmbung cpt skit.mcm mn azmie and risya bertemu??
BalasPadamxsbr nk tggu smbungn....gud luck ya...
BalasPadamrse cite ni latest 2009... biler nk smbung??
BalasPadambila nak sambung story ni.....x sabar2 nk bca dah ni
BalasPadam